Memberi suatu gambaran yang pihak polis hanya menjalankan tugas...ada sifat kemanusiaan kerana masih mengizinkan rakan Adam Adli menyuap makanan kepadanya...tidak perlu bersangka buruk kepada PDRM.
Kita memberi ruang agar PDRM menjalankan tugas dan amanah tanpa ada sebarang gangguan dan campur tangan pihak ketiga.
Monday, 20 May 2013
Sunday, 19 May 2013
NAJIB MUDAH LUPA....DULU DITUDUH SEBAGAI NGO BERSIKAP KETERLALUAN KINI PEMIMPINNYA DI ANGKAT SEBAGAI TIMBALAN MENTERI!!!!
Sengaja copy paste keratan akhbar Utusan Malaysia, media rasmi UMNO yang mengkisahkan cerita betapa Hindraf di tuduh sebagai keterlaluan kerana menggangu majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Kabinet 1Syawal di PWTC beberapa tahun yang lalu.
Menjadi tajuk utama di muka depan Utusan ketika itu.
Kini pemimpin pertubuhan yang sama itu telah di angkat sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tanpa perlu bertanding dalam PRU pun.
Apakah Najib Razak sudah lupa akan gelagat dan perangai ahli-ahli Hindraf yang Utusan sendiri labelkan sebagai keterlaluan?
Atas alasan apa Najib Razak melantik pemimpin Hindraf sebagai Timbalan Menteri.. Apa sumbangan besar beliau kepada negara melainkan menghuru harakan negara suatu ketika dulu sampai ada anggota polis yang pecah kepala... apa jasanya kepada UMNO dan Barisan Nasional.
Pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang banyak berjasa dan sentiasa setia padu kepada UMNO/BN langsung tidak diberi muka.
Najib Razak sudah melakar cipta satu precedent yang cukup bahaya kepada UMNO/BN.
Yang banyak bersaja bakti dan setia kepada parti diketepi sedangkan yang kerjanya caci cerca maki hamun UMNO, akhirnya diberikan tempat dalam kerajaan.
Tak kan Utusan pun mudah lupa juga akan artikel di muka depan ini kot?????
RIBUAN HADIR DI PERHIMPUNAN "HARAM" PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG DI PADANG KOTA LAMA MALAM TADI!!!!
Puluhan ribu rakyat hadir di Padang Kota Lama, Pulau Pinang untuk sama-sama dengan para pemimpin Pakatan Rakyat negeri Pulau Pinang dalam perhimpunan kerajaan malam tadi walaupun polis mengisytiharkan ianya satu perhimpunan haram.
Orang ramai kelihatan mulai datang ke lokasi perhimpunan mulai jam 7.00 malam dan jam 10.00 malam melebehi separuh padang telah dipenuhi dengan orang ramai,
Jumlah orang ramai tidaklah sebesar dan seramai serta sehangat seperti perhimpunan terakhir yang diadakan di lokasi yang sama , pada 3hb Mei 2013 yang lalu , hanya dua hari sebelum PRU 13 di mana lebih daripada setengah juta ringgit sumbangan telah dikumpulkan.
Perhimpunan malam tadi, yang pada asalnya dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, adalah satu perhimpunan kerajaan negeri untuk memperkenalkan kepimpinan baru dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Pulau Pinang atas sokongan mereka.
Ramai di khalayak ramai berpakaian hitam, merah, kuning dan hijau, sebagai tanda yang menyokong PR.
Pihak polis sebelum ini mengisytiharkan ia satu perhimpunan haram dan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak melanggar undang-undang tetapi tidak mengancam untuk membuat apa-apa tangkapan.
Beberapa buah trak Unit Pasukan Simpnan Persekutuan (FRU), anggota polis trafik kelihatan berada dilokasi dan juga beberapa anggota polis berpakaian biasa telah dilihat berada sama bergaul di kalangan orang ramai.
Barisan pemimpin Pakatan Rakyat yang berucap dalam perhimpunan malam tadi termasuk YB DSAI, Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Gelang Patah YB Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Pulau Pinang YB Chow Kon Yeow, Pengerusi Kebangsaan DAP YB Karpal Singh, dan lain-lain pemimpin negeri PR .
Saturday, 18 May 2013
USTAZ KAZIM AKAN BERHENTI BERCERAMAH KERANA DIUGUT BUNUH...TAPI AKAN BERHENTI BERKUATKUASA MULAI 28HB NOVEMBER 2013 DAN BUKANNYA BERHENTI SERTA MERTA!!!!
Kuala Lumpur: “Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.
“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.
Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.
Katanya, kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak.
Selain itu, menurutnya, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka.
IKUT HUKUM AKAL LOGIKLAH.. KALAU BENAR-BENAR DIA BERASA TAKUT DENGAN UGUTAN BUNUH MENGAPA PERLU TUNGGU SEHINGGA 6 BULAN BARU NAK BERHENTI MEMBERIKAN CERAMAH..
BELIAU MEMBERITAHU ADA ORANG DATANG SENDIRI KERUMAHNYA DAN PUSAT PENGAJIAN MILIKNYA DATANG UGUT NAK PUKUL DAN BUNUH DIRINYA...TAPI TIADA LANGSUNG DICERITAKAN BELIAU SUDAH MEMBUAT LAPORAN POLIS...SUDAH PASTI DIA CAM ORANG YANG DATANG UGUT NAK PUKUL DAN BUNUH DIRINYA.
MASUK AKAL KE?.. SEORANG PENDAKWAH AKAN BERHENTI BERCERAMAH HANYA SEKADAR KENA FITNAH DAN DAN DICERCA?????..PENDAKWAH JENIS APA DIA NI???
JANGAN CARI PUBLISITI MURAHAN... RAKYAT BUKANNYA BODOH... JANGAN NAK HINA RAKYATLAH...CAKAPLAH YANG CERAMAH ANDA TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN LANGSUNG!!!!!
SEBENARNYA DALAM TEMPOH 6 BULAN INI NAK LIHAT RESPON DAN TINDAK BALAS DARI RAKYAT SAMA ADA CERAMAH ANDA AKAN MENDAPAT SAMBUTAN ATAU SEMAKIN SURAM.. ITU SAJA BEB!!!
BUKTI JELAS BETAPA PAKATAN RAKYAT MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT!!!!!
Dimana jua Pakatan Rakyat menganjurkan black 505 Suara Rakyat Suara Keramat yang bermula di Stadium MBPJ Kelana Jaya, Selangor pada 8hb Mei 2013 dan terbaru semalam 17hb Mei di Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan...puluhan ribu malahan sampai ke angka ratusan ribu rakyat datang berhimpun secara aman menunjukan bantahan cara perjalanan PRU 13 yang lalu.
Rakyat boleh menerima kekalahan jika PRU 13 yang lalu dijalankan secara adil, telus dan bersih.
Himpunan ini bukannya himpunan revolusi tapi himpunan aman bantahan rasa tidak puas hati.
Perlunya pihak berwajib ambil berat agar sistem Pilihanraya kita bukan saja adil,telus dan bersih tapi perlu jua dilihat adil, telus dan bersih.
Kebanjiran orang ramai membuktikan Pakatan Rakyat sebenarnya 'memenangi' hati rakyat Malaysia dalam PRU13 walaupun belum berjaya membentuk kerajaan.
KOLEKSI RAKAMAN GAMBAR HIMPUNAN BLACK 505 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN... SAMBUTAN CUKUP HEBAT!!!!..PULUHAN RIBU RAKYAT HADIR!!!
Jika dilihat pada sambutan yang rakyat berikan kepada Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat Black 505 Peringkat Negeri Sembilan di Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersil Oakland, Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan.. amat jelas sekali majoriti rakyat masih memberikan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat.
Majoriti rakyat merasakan kemenangan BN pada PRU 13 yang lalu adalah kemenangan yang meragukan...kemenangan yang menimbulkan pelbagai persoalan yang wajar dijawab oleh SPR...Menang dan kalah adalah adat pertandingan tapi jika kalah dengan ada yang mencurigakan maka perlu pihak yang bertanggung jawab mengendalikan Pilihan Raya memberikan pencerahan minda.
Jangan dipandang remeh dan enteng puluhan ribu rakyat yang datang berhimpun...
Cara penghebahan dilakukan hanya melalui alam maya terutamanya laman sosial FB, Twitter dan beberapa blog termasuk sms...bukan hebahan dibuat melalui RTM,TV3, maupun akhbar-akhbar arus perdana.
Dengan cara sebegini pun sudah berjaya menghimpunkan puluhan ribu rakyat.
Friday, 17 May 2013
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) SAHKAN PELAKON SHAH JASZLE KENA TAHAN SEBAB KHALWAT!!!!
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Kini Sahkan Shah Jaszle Ditahan Khalwat Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan identiti pelakon terkenal yang di tangkap khalwat awal pagi Khamis sebagai Shah Jaszle.
SHAH ALAM, 16 Mei 2013 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan bahawa Mohd Shahrizal Jaszle Bin Jasmi atau lebih dikenali sebagai Shah Jaszle telah ditahan oleh Bahagian Penguatkuaasaan JAIS pada 3.30 pagi bertempat di Apartment Taman Sri Subang.
Penahanan Mohd Shahrizal Jaszle berdasarkan kepada Seksyen 29 (1) A
& B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995. Pengangkapan
dibuat berdasarkan aduan awam ke Bahagian Penguatkuasaan semalam.
Bersama sama ini dilampirkan Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah
Syariah Negeri Selangor 1995 untuk tindakan dan makluman.
Sekian, terima kasih.
HEBOH SATU DUNIA PENGERUSI MAJLIS PERSEKUTUAN SEKOLAH MUBALIGH KRISTIAN MALAYSIA DI LANTIK JADI TIMBALAN MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI!!!!!!!
Mendapat khabar dan berita Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia, Datuk Mary Yap Kain Ching yang pernah menang anugerah Tokoh Maulidur Rasul tahun 2007 telah diangkat menjadi Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi yang baru.
Rasa pelik dan hairan sungguh....mengapa sampai sekarang langsung tidak ada sebutir haram perkataan bantah pun tersembur dari mulut PERKASA dan JATI .
Kalau tidak tu bukan main lagi mereka punya naik angin satu badan cerita satu dunia pasal Pakatan Rakyat terutamanya PKR dan DAP jual kalimah Allah kepada gereja...Nah!!!! sekarang yang ini apa cerita pula beb!!!
Tak mau ke PERKASA/JATI/PPIM/Belia 4B/GPMS/GAPS/TIBAI/PEKIDA/Pemuda UMNO/Puteri UMNO/ Kak Midah Othman buat demo bantahan... Jangan main-main.. Don't play play....ini pasal aqidah beb!!!!.. pantang nenek moyang PERKASA dan JATI isu aqidah dipermain-mainkan...Betul tak Ibrahim Ali dan Hasan Ali.
"...Bagi orang Melayu, pantang larangnya, jangan dikhianati orang Melayu. Oleh kerana orang Melayu bila dikhianati, dia membalas dendam kesumatnya tak sudah-sudah," kata Datuk Mohd Nor Abdullah Bekas Hakim Mahkamah Rayuan.
Thursday, 16 May 2013
PETUA CUKUP MUDAH BAGAIMANA MAU DILANTIK TIMBALAN MENTERI DALAM KABINET NAJIB RAZAK!!!!
Sesiapa nak jadi Timbalan Menteri dengan tidak payah bersusah payah masuk bertanding PRU sila ikut petua mudah ini...
1) Tubuhkan satu NGO yang bersikap perkauman dan agama melampau... Maki hamun UMNO/BN siang malam, pagi petang 24 jam sehari, 7 hari seminggu, empat minggu sebulan, 12 bulan setahun tanpa henti dan jemu.
2) Buat tuntutan-tuntutan yang tidak masuk akal macam nak saman kerajaan British berbillion ringgit.
3) Kerahkan semua ahli yang terpedaya dengan tuntutan tidak logik itu buat demo secara besar-besaran di Batu Caves...lawan sama polis sampai ada anggota polis pecah kepala.
4) Bila suasana tidak boleh dikawal lagi, cabut lari keluar negara, kalau boleh ke United Kingdom..Duduk disana dan biarkan ahli-ahli di negara ini kena cekup di bawah ISA.
5) Setelah beberapa lama keluar negara balik ke Malaysia dan terus buat tuntutan mengarut.
6) Terus buat mogok lapar 21 hari kononnya akan mati kelaparan jika tuntutan tidak dipenuhi.
7) Selepas 21 hari buat aku janji dengan Najib Razak melalui MoU dan istiharkan ahli-ahli NGO kamu sokong padu kepimpinan Najib Razak.
8) Masa PRU tak perlu bertanding mana-mana kerusi..jima masa, tenaga dan wang ringgit...Itu serahkan kepada UMNO dan komponen Barisan Nasional.
9) Bila dah menang majoriti mudah tak perlu pun 2/3 majoriti tunggu saja nama diumumkan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Mudah bukan?...Selamat mencuba nasib.
KOLEKSI RAKAMAN GAMBAR RIBUAN RAKYAT HADIR WALAUPUN HUJAN, HIMPUNAN SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT BLACK OUT 505 DI ULU TIRAM JOHOR!!!!
MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH...LAWAN TETAP LAWAN....SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT....KALAU TAKUT PADA RISIKO JANGAN BERBICARA MENGENAI PERJUANGAN
Lokasi asal Dataran Bandaraya Johor Bahru... terpaksa berpindah tempat atas nasihat dan pandangan Polis Johor kerana tempat asal itu kepunyaan Kerajaan Negeri lagi pun Pegawai Daerah Johor Bahru tak izinkan.
Berpindah lokasi diminit-minit terakhir ke Depan Pejabat Parti KeADILan Rakyat, Jalan Beladau 19, Taman Puteri Wangsa Ulu Tiram, Johor.
Notis dihebahkan kepada rakyat sekadar tak sampai 2 hari.. Itu pun buat di internet melalaui laman sosial , twitter dan blog saja.
Ingatkan sudah pastilah hambar sambutan yang diberikan..Alangkah terkejutnya beb!!!.. Masih ribuan juga yang datang walaupun hujan turun agak lebat juga.
Nampaknya rakyat masih lagi bersemangat tinggi segar lagi bugar untuk menuntut agar SPR bersikap adil, bersih dan telus dalam mengendalikan pilihanraya.
Malam yang penuh bermakna bagi rakyat Johor kerana kini Johor sudah hilang label dan takhta sebagai negeri UMNO paling kuat di dunia.
Malam tadi PR telah mengumpulkan beberapa pemimpin agungnya seperti DSAI, Lim Kit Siang, Dr Hatta Ramli dan Chua Jui Meng.
Tabik spring paling melantun kepada PDRM Johor kerana memberikan kerjasamna yang amat rapat kepada penganjur... Setakat ini PDRM Johor adalah yang paling profesional dalam menghadapi Himpunan Rakyat Black out 505..
AGAKNYA RAKAMAN GAMBAR INILAH YANG BUAT BEKAS HAKIM MAHKAMAH RAYUAN MEROYAN????
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah dalam satu forum Ahad lalu lalu mencuri perhatian apabila
mengingatkan orang Melayu agar berwaspada dengan "pengkhianatan orang
Cina" ekoran keputusan pilihan raya 5 Mei lalu.
"Pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu itu adalah benar oleh kerana mereka merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi," katanya hujung minggu lalu.
"...Bagi orang Melayu, pantang larangnya, jangan dikhianati orang Melayu. Oleh kerana orang Melayu bila dikhianati, dia membalas dendam kesumatnya tak sudah-sudah," katanya lagi.
Kenyataannya itu diselar Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai berbaur perkauman dan lebih teruk daripada kumpulan pelampau kulit putih Klu Klux Klan.
Setiausaha Biro Guaman DAP, Gobind Singh Deo pula menggesa agar Mohd Noor didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.
Sebenarnya kaum Tionghua terutamanya dari golongan anak-anak muda sudah tidak takut dan termakan dengan segala dakyah dan fitnah yang dilemparkan terhadap PAS khasnya dan Pakatan Rakyat amnya.
Bila suasana sebegini berlaku membawa maknanya yang UMNO tidak akan bertahan lama dalam arus politik perdana.
Lima tahun akan datang jumlah pengundi muda akan bertambah...Jika diikutkan kepada trend pengundian PRU 13 sudah pasti majoriti dari kelompok ini akan mengundi dan menyokong tegar Pakatan Rakyat.
"Pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu itu adalah benar oleh kerana mereka merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi," katanya hujung minggu lalu.
"...Bagi orang Melayu, pantang larangnya, jangan dikhianati orang Melayu. Oleh kerana orang Melayu bila dikhianati, dia membalas dendam kesumatnya tak sudah-sudah," katanya lagi.
Kenyataannya itu diselar Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai berbaur perkauman dan lebih teruk daripada kumpulan pelampau kulit putih Klu Klux Klan.
Setiausaha Biro Guaman DAP, Gobind Singh Deo pula menggesa agar Mohd Noor didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.
Sebenarnya kaum Tionghua terutamanya dari golongan anak-anak muda sudah tidak takut dan termakan dengan segala dakyah dan fitnah yang dilemparkan terhadap PAS khasnya dan Pakatan Rakyat amnya.
Bila suasana sebegini berlaku membawa maknanya yang UMNO tidak akan bertahan lama dalam arus politik perdana.
Lima tahun akan datang jumlah pengundi muda akan bertambah...Jika diikutkan kepada trend pengundian PRU 13 sudah pasti majoriti dari kelompok ini akan mengundi dan menyokong tegar Pakatan Rakyat.
Wednesday, 15 May 2013
PANASSSSS!!!!... RAKYAT SELANGOR MENGAMUK SEBAB SUDAH LAMA SANGAT TIDAK BERATUR PANJANG BAYAR BIL AIR?????
Rakyat Selangor semenjak negeri itu di perintah oleh Pakatan Rakyat bermenteri besarkan Tan Sri Abd Khalid Ibrahim dikatakan sudah mula naik angin...
Rata-rata RAKYAT SELANGOR melahirkan rasa kecewa amat sangat sebab setiap bulan asyik sifar bayaran dikenakan oleh SYABAS pasal penggunaan air sebanyak 20 meter padu.
Rakyat Selangor amat rindukan suasana beratur panjang dikaunter bayaran bil..
Nampak sangat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor "tidak berhati perut langsung"...Seksa jiwa rakyat yang kini sedang kemaruk nak bayar bil air!!!!!!.
Desak Kerajaan PR Selangor jangan terus menerus seksa rakyat lagi...Ikutilah contoh Kerajaan BN dengan memeriahkan kaunter bayaran bil....bukan saja kaunter bayaran bil meriah tapi butiran bil pun semakin bertambah.
Sudah lebih 5 tahun rakyat Selangor menderita terseksa batin sebab kerenah Kerajaan PR Selangor beri air percuma...kini terpaksa tanggung penderitaan selama 5 tahun lagi..
HIDUP UMNO!!!... HIDUP BN!!!!.. TANPA UMNO SEMUA KANTER BAYARAN BIL TIDAK MERIAH!!!!
Tuesday, 14 May 2013
HIMPUNAN SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT "BLACK 505" DI KUANTAN, MALAM INI TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN LANGSUNG!!!!!
Perhimpunan 'Suara Rakyat Suara Keramat' di Kuantan malam ini yang terpaksa bertukar lokasi ke Dataran Rakyat berdepan dengan Markas PKR di Jalan Beserah, atas "nasihat polis" dikhabarkan "tidak " mendapat sambutan langsung.
Lokasi asal yang dicadangkan bagi perhimpunan 'Black 505' itu adalah di Padang Mahkota Aman di Kuantan.
Bagaimanapun, terpaksa memindahkan lokasi perhimpunan tersebut, hasil rundingan dengan wakil polis daerah Kuantan semalam.
Pegawai polis dalam pertemuan tersebut antara lainnya memberi alasan bahawa perhimpunan berkenaan tidak mengikut peruntukan seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Polis juga menyatakan bahwa lokasi asal merupakan padang awam yang tidak mendapat kelulusan daripada Pegawai Daerah Kuantan.
Semalam, Ketua Polis Daerah Kuantan Mohd Jasmani Yusoff dilapor berkata perhimpunan itu adalah perhimpunan haram kerana penganjur tidak memaklumkan perkara itu dalam tempoh 10 hari kepada polis sepertimana yang diperuntukan bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Agaknya sebab itulah perhimpunan ini boleh ditakrifkan gagal...Tidak sampai pun 100 orang datang memberikan sokongan...Kesian juga tengok beb!!!!....Pakatan Rakyat sudah ditolak rakyat....Maklumlah UMNO kan parti serba hebat.
Sudah tidak mampu nak tulis panjang lebar sebab Omak Kau amat sedih dan pilu sekali apabila diberitahu yang Himpunan Black 505 Kuantan tidak mendapat sambutan...lokasi kelihatan lengang sunyi sepi tanpa orang.
GEMPAR!!!!!... RIBUAN RAKYAT JOHOR BERDEMO DEPAN IBU PEJABAT POLIS TANGKAK, BANTAH KEHADIRAN DSAI DI JOHOR RABU INI!!!!
Dianggarkan tidak kurang 2000 warga Johor yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, NGO, guru-guru Agama telah berkumpul di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak, Johor bagi membantah kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Johor bagi Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Membantah Penipuan PRU 13 yang dijadualkan akan berlangsung malam Rabu ini.
Maka amat wajar para pengajur terutamanya DSAI sendiri untuk memikirkan sama ada mau meneruskan atau batal terus Perhimpunan tersebut memandangkan bantahan dari rakyat Tangkak amatlah kuat sekali.
Lagi pun bukankah Johor negeri UMNO paling kuat gagah perkasa sekali dalam dunia...PRU 13 yang lalu membuktikan UMNO tetap teguh dan tiada kawasan pun UMNO tumpas.
Kalau tak percaya cuba tanya Ahmad Maslan dan Puad Zakarshi.
SURAT SETIAUSAHA SULIT DYMM SULTAN SELANGOR MENGENAI ALASAN-ALASAN TUANKU SULTAN SELANGOR PERKENAN MELANTIK TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM SEBAGAI DATO' MENTERI BESAR SELANGOR TERSEBAR LUAS DI INTERNET!!!
SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini memberikan tiga sebab mengapa baginda berkenan melantik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas.
Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata baginda berkenan melantik Abdul Khalid sebagai Menteri Besar sebab ketua-ketua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Pas, DAP dan PKR mengemukakan hanya satu nama iaitu Abdul Khalid sebagai calon menteri besar.
"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga memenuhi semua syarat yang diperlukan bagi jawatan Menteri Besar Selangor seperti mana diperuntukkan di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Selangor 1959," katanya.
Mohamad Munir berkata satu lagi sebab ialah Sultan Selangor berpendapat Abdul Khalid pernah menjadi menteri besar sebelum ini dan pengalamannya boleh membantu melicinkan pentadbiran kerajaan negeri.
Beliau menjelaskan bahawa kelewatan melantik menteri besar ialah kerana Sultan Selangor menunggu calon-calon menteri besar dikemukakan oleh ketiga-tiga parti itu.
"Di samping itu, Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pernah menyatakan sebelum pilihan raya bahawa calon menteri besar tidak semestinya Abdul Khalid apabila PR memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.
"Justeru itu, Sultan Selangor menunggu parti-parti komponen PR mengemukakan calon menteri besar dan akhirnya berpuas hati bahawa hanya seorang calon yang dikemukakan,"
PASARAYA GIANT MAKLUMKAN KEPADA SEMUA PELANGGANNYA BAHAWA MULAI HARI INI SETIAP PEMBELIAN DI PASARAYA GIANT AKAN DIKENAKAN CUKAI GST 6%...BN MENANG RAKYAT MALANG!!!!
| BN menang Pilihan Raya Umum ke-13, dengan pantas rakyat dihukum dengan kenaikan Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas semua barangan dan perkhidmatan
yang dikenakan kepada pengguna. Hari ini Pihak Pengurusan Pasaraya GIANT telah mengeluarkan notis kepada semua rakyat yang melanggan di semua Pasarayanya bahawa mulai hari ini setiap pembelian akan dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6%. Inilah hadiah pertama Kerajaan BN berikan kepada rakyat kerana memilih UMNO/BN terus menerajui negara. Tidak hairan kenaikan ini akan berlaku reaksi berantai. Inilah akibatnya apabila rakyat degil dan memilih parti ikut emosi bukannya ikut akal budi. Apa dia cukai barang dan perkhidmatan (GST)? |
GST adalah merupakan cukai kepenggunaan yang berasaskan kepada konsep nilai ditambah. Ianya dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk barang dan perkhidmatan yang diimport.
| Adakah GST merupakan cukai penggunaan yang baru? |
GST akan menggantikan cukai kepenggunaan sedia ada iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan.
Perbezaan GST dengan sistem cukai penggunaan sedia ada hanyalah dari segi skop pengenaan cukai yang lebih meluas iaitu disemua peringkat pengeluaran dan pengedaran di samping boleh menuntut kredit cukai ke atas GST yang dibayar ke atas input perniagaan.
Berbanding dengan sistem cukai penggunaan sedia ada, dimana cukai jualan hanya dikenakan pada satu peringkat pengeluaran iaitu semasa barang-barang tersebut dikeluarkan daripada kilang atau diimport.
Manakala, cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan-perkhidmatan tertentu pada peringkat ianya disediakan kepada pihak pengguna.
Gasak Sampai Terburai!!!!!
MESYUARAT PERTAMA EXCO NEGERI PULAU PINANG DIHIDANGKAN SEBUNGKUS NASI LEMAK, KUIH GULUNG DAN KARIPAP JER!!!!
Hari adalah mesyuarat pertama Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang setelah berjaya mempertahankan Pulau Pinang pada PRU 13 yang lalu.
Para ahli Exco termasuk SUK, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri hanya disediakan sebungkus nasi lemak, kueh gulung, dan karipap, sepiring buah segar dan susu
cultured"...
Amat berhemah dan jimat sekali pentadbiran Negeri Pulau Pinang pimpinan YAB Sdr Lim Guan Eng.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM ANGKAT SUMPAH SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR BAGI PENGGAL KEDUA.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru saja pagi tadi mengangkat sumpah sebagai Dato' Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang .
Perkembangan ini sekali gus menamatkan teka-teki dan spekulasi yang berlarutan selama seminggu tentang siapa pemimpin daripada gabungan parti PAS, PKR dan DAP (PR), yang akan mengisi kerusi menteri besar selepas pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei.
"Senarai barisan exco dah ada. Sasaran kami, paling lebih dua minggu, paling awal seminggu exco baharu akan dilantik"..kata beliau.
Abdul Khalid mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas PRU 2008 manakala barisan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor mengangkat sumpah pada 23 Mac, iaitu 10 hari selepas itu.
Beliau juga merupakan orang pertama dalam kalangan pemimpin pembangkang yang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Kesemua 13 MB Selangor sebelum ini daripada Umno, parti komponen utama Barisan Nasional (BN).
Pada PRU13, PR memenangi 44 daripada 56 kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor, meningkat daripada 36 kerusi yang diperoleh pada 2008.
PKR menang 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. Barisan Nasional (BN) pula memenangi 12 kerusi.
Beberapa hari lepas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyatakan sokongan mereka kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Subscribe to:
Posts (Atom)





















































