KEBENARAN ITU PAHIT!! KEADILAN ITU PERIT!! PERJUANGAN ITU SAKIT!! RAKYAT BENCI UMNO!! UMNO IS DEAD!!

Pengikutku yg cool..muah33x

Friday, 31 August 2012

LAGI KERAP DAN GALAK UMNO DAN MCA PERMAINKAN ISU HUDUD, LAGI BERTAMBAH RAMAI KAUM CINA MENYOKONG DAN MENDAKAP PERJUANGAN PAS!!!



Ingatkan jika diputar belitkan isu hudud oleh UMNO dan rakan akrabnya MCA, kaum Cina akan membenci dan menjauhkan diri dari PAS.....Rupa-rupanya mereka silap besar... salah percaturan.

Lagi dikutuk PAS,  lagi rakyat kuat menyokong perjuangan PAS.

Suasana di Dataran Merdeka JANJI DEMOKRASI, sebagai bukti.

Bila kaum bukan Melayu terutamanya kaum Cina sudah tidak fobia dan gentar dengan PAS, petanda UMNO bakal tersungkur dan terus terkubur apabila tiba PRU 13 nanti, sama-sama dengan Pakatan Rakyat bertempur.

BIAR GAMBAR BERBICARA!!!!!......MENGAPA BUDAK INI TAK MAU BERSALAM DENGAN ROSMAH MANSOR???


BIAR GAMBAR BERBICARA

Suasana yang dirakam di rumah terbuka Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar, di Dewan PKNS, Kelana Jaya semalam.

GAMBAR YANG PALING COOL DAN SEMPOI JANJI DEMOKRASI DI DATARAN MERDEKA.



Pada admin, inilah gambar yang paling cool, sempoi dan tersentuh jiwa sempena perhimpunan aman JANJI DEMOKRASI di Dataran Merdeka malam tadi.

Gambar ini sudah pasti diharamkan terbit dimana-mana media dan akhbar milik UMNO/BN.

Gambar yang memberi kisah, betapa bukan Melayu/Islam sudah mula dakap perjuangan yang dibawa oleh PAS.

Mereka sudah tidak takut dan terpengaruh dengan hasutan dan dakyah UMNO selama ini.

Lagi dihasut dan difitnah, lagi ramai yang mau bersama-sama dengan PAS.....TAKBIR!!!

JAMAL TOWKEY RESTORAN SEKICHAN IKAN BAKAR TIDAK KELIHATAN DIDATARAN MERDEKA MALAM TADI......YANG SIBUK NAK GANGGU KACAU PERHIMPUNAN AMAN JANJI DEMOKRASI IALAH MAT-MAT REMPIT!!!...MUNGKIN MEREKA INILAH YANG DIMAKSUDKAN JAMAL SEKINCHAN AKAN BERTINDAK AGRESIF DEMI MENGAGALKAN PROGRAM SANTAI JANJI DEMOKRASI..



Kelihatan beberapa mat rempit bersama-sama dengan awek mereka telah datang ke Dataran Merdeka, seolah-olah mau menganggu kacau perhimpunan aman JANJI DEMOKRASI.

Mereka datang dalam berkumpulan bersama-sama dengan teman wanita masing-masing.

Mula membuat bising dengan menguatkan bunyi motosikal mereka tetapi berjaya dihambat oleh para peserta JANJI DEMOKRASI.

Akhirnya kesemua mereka meninggalkan tempat perhimpunan tanpa ada sebarang kejadian yang tidak diingin berlaku.

ADAKAH MEREKA INI DIHANTAR KHAS OLEH JAMAL SEKINCHAN YANG BERJANJI MAU BERTINDAK AGRESIF KEPADA PARA PESERTA JANJI DEMOKRASI?.

Thursday, 30 August 2012

PADAN MUKA WEH!!!!... JANJI DEMOKRASI DIDATARAN MERDEKA TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN RAKYAT!!!!... HAMBAR, LENGANG, SUNYI SEPI TIADA PENGHUNI....TAK CAYA?.. SILA LIHAT GAMBAR-GAMBAR SEBAGAI BUKTI!!!!



Betul seperti ramalan para pemimpin UMNO.

Himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka tiada mendapat sambutan dari rakyat...Sunyi sepi, lengang dan hambar!!!

Rupa-rupa rakyat akur akan kemahuan dan kehendak para pemimpin UMNO serta arahan Ketua Polis Daerah, Dang Wangi Kuala Lumpur.

Kesiannnnnnn...menitis air mata admin bila lihat gambar-gambar yang dimuat naikkan ini.

Tak caya?.. Sila lihat gambar-gambar yang dimuat naik.

Macam mana rakyat nak datang sebab tak de cabutan bertuah beb!!!

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAAYAN ANJURKAN CABUTAN BERTUAH HADIAH-HADIAH KERETA, MOTOSIKAL DAN TIKET KAPAL TERBANG UNTUK PUJUK DAN PIKAT RAKYAT DATANG KE HIMPUNAN MERDEKA KE-55 JANJI DITEPATI DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL...DAH TERDESAK SANGAT NI WEH!!!!!!



Difahamkan demi memikat dan memujuk rakyat supaya datang beramai-ke Stadium Nasional  Bukit Jalil, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ( KPPK ) yang menterinya Rais Yatim, telah mengadakan cabutan bertuah kepada para pengunjung.

Hadiah-hadiah adalah seperti sebuah kereta, motosikal dan tiket kapal terbang selain beberapa barangan elektrik.

Sebelum itu SKMM dan juga KPKK telah menghantar beberapa kali sms kepada pengguna celcom, maxis dan digi supaya sama meramaikan.

Dah terdesak sangat dah UMNO ni..Petanda mereka tau himpunan Merdeka kali ini tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.

ITULAH PADAHNYA APABILA PROGRAM NEGARA DICULIK MENJADI PROGRAM PROPAGANDA MURAHAN UMNO!!!

GEMPAR!!!!!... SEBUAH BANGUNAN DEKAT DATARAN MERDEKA TERBAKAR!!!!


GAMBAR DIRAKAM DARI ARAS 22 MENARA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.

Dipercayai sebuah bangunan berhampiran dengan Dataran Merdeka terbakar sebentar tadi.

POLIS DANG WANGI DAH KELUARKAN SURAT KEPADA PENGAJUR " JANJI DEMOKRASI "..POLIS TAK KASI TETAPI RAKYAT TETAP JUGA MAU PERGI!!!!

JIKA MAUKAN PAPARAN YANG LEBIH JELAS DAN BESAR, SILA KLIK PADA FOTO.

PDRM melalui Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur telah menyerahkan surat kepada penganjur " JANJI DEMOKRASI" yang mau berhimpun sambil bersantai di Dataran Merdeka jam 10 malam ini.

Alasan yang diberikan ialah :   1) Gagal memberi pemberitahuan di bawah Sek 9 (1), Akta Perhimpunan Aman 2012, (Akta 736) kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur........


2)  Gagal memperolehi kebenaran dan persetujuan dari Datuk Bandar Kuala Lumpur sebagai pemunya tempat berhimpun iaitu Dataran Merdeka.

3) Akan menggugat dan menggagu persiapan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55 yang akan berlangsung keesokan harinya.


NEGARA EDAN!!!!.. NEGARA TIADA HUKUM!!!!.. NEGARA GUNA PAKAI UNDANG-UNDANG RIMBA!!!...NEGARA KUKU BESI!!!....NEGARA DEMOKRASI PALSU!!!..


LAGI BERTAMBAH PENING UMNO!!!!...



Nampak gayanya UMNO semakin bertambah pening lalat.

Cara PR mendampingi rakyat dengan menggunakan bas akan memudahkan persiapan setiap kali ceramah.

Tidak perlu bina pentas..yang perlunya kawasan lapang yang boleh sebuah bas parkir.

Jimat kos, masa dan yang pentingya memberi kesan yang kuat.

PENJELASAN DARI DATUK MENTERI BESAR SELANGOR, TAN SRI DATUK SERI KHALID IBRAHIM:-

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, kos sewa bas dua tingkat, yang akan digunakan Pakatan Rakyat (PR) sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor.

Katanya, bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya beliau sendiri tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri.

“Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri.

“Justeru, saya menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan Selangor dan wang rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Ketua Umum PKR, Seri Anwar Ibrahim. -SINAR H
ARIAN

LIHAT SAJA AKHLAK DAN PERIBADI PARA BLOGGER DAN FACEBOOKER BERJIWA DAN BERDARAH UMNO!!!!.. SANGGUP MELAKUKAN APA SAJA DEMI KEPUASAN HATI TANPA ADA RASA BERDOSA DALAM HATI!!!



Boleh berbeza pandangan politik...tetapi perlu ada adab dan tertibnya.

Bagi para soldadu maya UMNO perkataan adab dan dosa serta rasa bersalah langsung tiada dalam kamus dirinya.

Akan sanggup lakukan apa saja asalkan matlamatnya tercapai, walaupun sanggup memfitnah dan menghina seorang insan bergelar ulama sebegitu rupa.

Terkini gambar Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Bentara Setia, Tuan Guru Nik Azizi Nik Mat, disuperimpose dan diedit sebegitu rupa selaha-olah beliau seronak bermadikan dalam arak jenis.

Apa punya akhlak juak-juak UMNO ni.

Adakah mereka ingat pengundi atas pagar terutamanya anak-anak muda akan terpengaruh terus mendakap perjuangan UMNO?.

PENGARAH STRATEGI PKR, SDR RAFIZI RAMLI DAH GILA!!!!...MINTA RAKYAT DEDAHKAN APA JUA MAKLUMAT PENYELEWENGAN YANG DILAKUKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT!!!!!!!.....



KUALA LUMPUR, Ogos 30 — Pengarah strategik PKR yang mendedahkan beberapa skandal besar, Rafizi Ramli akan melancarkan projek terbaru beliau hari ini – Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional atau “NOW” – sebuah badan untuk menggalakkan pendedah maklumat datang ke hadapan pada ketika keyakinan awam terhadap agensi-agensi kerajaan sangat rendah.

Rafizi memberitahu The Malaysian Insider bahawa NOW akan menjadi “alternatif masyarakat sivil” kepada pihak berkuasa kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis, yang mana reputasi telah dicemari oleh kerana banyak laporan kematian tahanan dan serangan serta ugutan oleh pegawai bersenjata.

“Rakyat Malaysia telah ditakutkan dari tampil ke hadapan tetapi pendedahan maklumat harus menjadi budaya di Malaysia, dan itulah yang kita harap untuk wujudkan,” katanya dalam temubual eksklusif.
Rafizi menjelaskan bahawa pusat itu menyediakan proses langkah demi langkah untuk pendedahan maklumat, termasuk khidmat nasihat ditawarkan kepada pendedah maklumat mengenai risiko perundangan yang mungkin dihadapi akibat pendedahan mereka, jika mereka bersetuju untuk teruskan.

Setiap pendedahan mesti disiasat dengan teliti, kata beliau, dari kredibiliti pemberi maklumat kepada kesahihan dokumen-dokumen yang disediakan, serta menggali jauh dengan lebih dalam tentang kes itu untuk memastikan terdapat bukti mencukupi sebelum apa-apa pemberitahuan umum dilakukan.

Langkah terakhir dalam proses pendedahan adalah mendedahkan skandal tersebut kepada media — langkah yang paling mencabar, Rafizi mengakui.
Ini adalah kerana dengan serta-merta akan membuka dirinya dan NOW kepada risiko undang-undang, jika mana-mana undang-undang bertulis telah dilanggar dalam proses penyiasatan.

Undang-undang pemberi maklumat tunggal negara — Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (WPA) — hanya menawarkan perlindungan kepada pemberi maklumat jika mereka membuat “pendedahan kelakuan tidak wajar” kepada agensi penguatkuasaan yang diberi kuasa.

Kerana undang-undang tersebut tidak memberi perlindungan kepada pendedah maklumat melalui media, sistem NOW mungkin akan menyebabkan ‘segunung’ tindakan undang-undang dan pendakwaan di mahkamah.

“Itulah sebabnya kita perlukan dana untuk yuran guaman. Kemungkinan besar, kita akan didakwa dari kiri, kanan atau tengah,” kata Rafizi.

Rafizi sendiri sekarang ini berhadapan dengan dua kes mahkamah kerana mendedahkan skandal penternakkan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) – selepas mendedahkan dokumen kewangan NFC kepada media.

“Tetapi kita perlu untuk melakukan dan mengambil risiko. Lagipun, undang-undang menyatakan bahawa jika anda menyerahkan laporan kepada SPRM, sebagai contoh, anda perlu mengemukakan semua bukti anda kepada mereka dan anda tidak boleh bercakap kepada orang lain atau pergi ke tempat lain.

“Jika SPRM berfungsi dengan baik, kita tidak perlu NOW. Tetapi adakah ia berfungsi dengan baik?” soal beliau.

“Jadi pada ketika ini, apa yang kita ada dua pilihan — sama ada kita terus bekerja dalam rangkakerja semasa WPA, yang digunakan untuk menindas pendedah maklumat, atau kita buktikan dan yakinkan masyarakat bahawa pendedahan maklumat sebenarnya adalah baik untuk negara.

“Kita boleh tunjukkan kepada mereka bahawa terdapat satu sistem sokongan dari pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan pergerakan masyarakat sivil diharapkan dapat meningkatkan tekanan kepada kerajaan untuk meminda Akta,” katanya.

Rafizi berkata peruntukan lain dalam WPA menyebabkan niat Akta tersebut sia-sia — ia menetapkan bahawa pemberi maklumat tidak boleh memecahkan mana-mana undang-undang bertulis lain apabila membuat pendedahan kepada pihak berkuasa.

“Jadi, jika dokumen yang didedahkan adalah sulit walaupun anda mendedahkan mereka kepada pihak berkuasa, anda tidak mempunyai perlindungan,” katanya.

Ini dicerminkan dalam kes mahkamah NFC Rafizi itu, di mana beliau telah didakwa kerana melanggar Seksyen 97, Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) kerana mendedahkan butir-butir perbankan sulit Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), firma yang menjalankan projek NFC.

Tetapi, ahli politik itu ditentukan untuk menolak ke hadapan dengan NOW, mengatakan pusat itu perlu memberi perkhidmatan sebagai gerakan masyarakat sivil untuk membantu penyebaran kesedaran kepentingan pendedahan maklumat sebagai “budaya Malaysia” dan meningkatkan tekanan kepada kerajaan untuk memulakan reformasi perundangan.

Tentang ini, ahli politik itu berkata salah satu objektif utama NOW adalah untuk menjadi pelobi reformasi perundangan dan pusat “pemantauan” untuk memastikan ahli-ahli parlimen, kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan bertanggungjawab dengan tindakan mereka.

Menurut beliau lagi, pendedahan maklumat hanya 50 peratus daripada kerja utama pusat itu.
“Kita perlu pusat seperti ini sekarang kerana jika kita bergantung kepada kerajaan, kita akan terus tersekat. Cara terbaik adalah untuk mengambil jalan masyarakat sivil, “katanya.

Beliau menegaskan melalui tekanan daripada pergerakan masyarakat sivil selama berdekad menyebabkan akhirnya kerajaan bersetuju untuk memansuhkan akta kontroversi British digubal menjadi Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

“Ia telah berjaya sebelum ini. Dalam kes ini, kita mahu mengubah cara pandangan masyarakat tentang pendedahan maklumat yang mungkin akan memakan masa lima atau enam tahun.

“Akan ada cukup tekanan awam sehingga kerajaan tidak boleh mengabaikan ia,” katanya.

Tentang tujuan NOW demi akauntabiliti, Rafizi berkata pusat itu akan memberi tumpuan kepada “kerja pemantauan parlimen”, termasuk memantau prestasi ahli parlimen, bagaimana mereka menghabiskan peruntukan mereka dan pelaksanaan undang-undang selepas diluluskan di Parlimen.

Beliau berkata NOW juga akan menyiarkan suatu Indeks Pendedahan Maklumat tahunan untuk menilai bidang atau industri di negara ini  yang memerlukan pembetulan.

Ini, tambah Rafizi, adalah di mana beliau berharap persepsi awam bahawa NOW adalah pusat politik yang partisan akan berubah.

“Apa yang kita akan lakukan adalah untuk menjejaki prestasi setiap ahli parlimen di Parlimen - berapa kali dia telah bercakap, apakah isu-isu yang diambil dan sebagainya. Ini boleh memalukan, walaupun terhadap sesetengah wakil kami dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Tetapi ia mesti dilakukan supaya mereka akan menyedari bahawa mereka boleh terus memegang kerusi mereka kerana ada sebab ... ia adalah satu bentuk KPI, “katanya.

Rafizi berkata pusat itu juga akan mengesan dan memerincikan dalam laporan bagaimana ahli parlimen menghabiskan peruntukan parlimen mereka di kawasan dan akan didedahkan kepada umum.

“Akhir sekali, apabila undang-undang diluluskan di dalam Dewan, kita akan melaporkan bagaimana ia dilaksanakan dan apakah kesannya.

“Kita tidak mempunyai apa yang saya panggil aktivisme perundangan.

“Tetapi ia adalah penting kerana orang ramai tidak memahami proses perundangan dan tidak tahu bagaimana ia memberi kesan kepada kehidupan mereka,” katanya

Tanpa “pemantauan”, Rafizi berkata tiada siapa akan sedar sama ada niat undang-undang sebenarnya dilaksanakan.

“Mungkin apabila kami mengeluarkan laporan, beberapa ahli parlimen atau pemimpin boleh membuangnya, tetapi kita meletakkan maklumat dalam ruang awam dan jangan lupa, masyarakat lebih berjaga-jaga hari ini daripada sebelum ini,” katanya.

Sebagai contoh, Rafizi menegaskan bahawa pada masa lalu, walaupun Laporan Ketua Audit Negara telah dikeluarkan setiap tahun, tidak ramai memberikan perhatian kepada kandungannya.

“Tetapi apabila seseorang membawa sebagai agenda awam, maka kesedaran naik dan pihak berkepentingan tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menjadi bertanggungjawab kepada ia.

“Dan ini adalah fungsi NOW,” katanya.

Tetapi Rafizi juga mengakui bahawa peranan beliau sebagai pengarah eksekutif NOW menyebabkan ia sukar untuk menangkis persepsi bahawa fungsinya adalah bersifat politik.

Beliau menegaskan bahawa NOW tidak mempunyai agenda politik, sambil menambah bahawa dia akan melakukan segala-galanya dalam keupayaan untuk memastikan bahawa tiada parti politik dalam PR — PKR, PAS atau DAP — akan menggunakan pusat sebagai alat politik untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin dari Barisan Nasional (BN).

“Kami sangat prihatin tentang itu,” katanya, sambil menambah bahawa dalam beberapa tahun, beliau berharap untuk melepaskan peranan beliau kepada individu yang tidak partisan.

Rafizi menambah bahawa selepas beberapa bulan pelancarannya, beliau berharap untuk meletakkan bersama panel penasihat untuk menyelia fungsi NOW.

Pasukan itu, katanya, mesti termasuk pemimpin melangkaui jurang politik, serta wakil masyarakat sivil.

Impian kami bukan tentang pendedahan bersifat politik, ia bukan hanya pendedahan maklumat mengenai skandal politik ... terdapat isu-isu yang lebih besar  — kebimbangan alam sekitar, kesihatan dan keselamatan ... perkara-perkara yang memberi kesan kepada kita semua pada setiap peringkat.

Hidup bukan hanya tentang politik,” katanya.

NOW kini mempunyai pasukan empat anggota termasuk Rafizi dan dijangka untuk memulakan temu bual sukarelawan tidak lama lagi, tidak lama selepas pelancaran hari ini.

INI BARU BETUL!!!!!... INI BARU ADIL.. INI BARU DINAMAKAN NEGARA HUKUM,  BUKAN NEGARA GUNAPAKAI UNDANG-UNDANG RIMBA SEPERTIMANA MENJADI AMALAN UMNO KINI..

PENDEDAH PENYELEWENGAN SEPATUTNYA DIANGKAT SEBAGAI WIRA BUKANNYA DISUMBAT KEDALAM PENJARA!!!!

ISU DS NIZAR SAMAN UTUSAN MALAYSIA KISAH NO PLATE WWW1....BELUM APA-APA UTUSAN DAH REBAH TUMBANG....MAHKAMAH ARAHKAN UTUSAN BAYAR GANTI RUGI SEBAB " DEFAULT IN JUDGEMENT"..

Belum apa-apa dan tak sempat nak panas badan, akhbar lidak biawak rasmi UMNO, Utusan Malaysia telah diarahkan membayar ganti rugi kepada YB Ir Nizar jamaluddin, kerana memfitnah beliau dalam isu no plate WWW 1.

Pada normalnya, judgement di default dianugerhkan kepada plaintif ( pihak yang menyaman ) apabila pihak yang kena saman tak hadirkan diri di Mahkamah bila tarikh perbicaraan ditetapkan.

Adakah ini menunjukkan pihak Utusan melalui para peguamnya kecut, takut menikus?.


Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman malu yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu.

Peguamnya Mohd Zamri Ibrahim berkata, keputusan interlocutari hari ini memerintahkan demikian memandangkan Utusan tidak diwakili peguam untuk pendengaran kes tersebut.

NONESehubungan itu, pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan Mohammad Nizar memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan, katanya.
"Kita kena kemuka taksiran kerana saman ini kita tak tentukan berapa yang kita hendak," katanya ketika dihubungi. 
Mohammad Nizar pula ketika dihubungi berkata, ketidakhadiran peguam Utusan hari ini menunjukkan akhbar tersebut tidak dapat membela laporan yang didakwa memfitnahnya itu.

"Mereka tak hantar peguam, melambangkan mereka tak boleh bela diri mereka," katanya lagi.
Mohammad Nizar mendakwa, Utusan pada 31 Mei menerbitkan menerbitkan pernyataan fitnah berhubung kenyataannya berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.
Mohammad Nizar mendakwa pernyataan ftnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.

Sementara itu, satu lagi saman Mohammad Nizar berhubung kes serupa ke atas stesen penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) akan diputuskan pada 19 September, kata seorang lagi peguamnya, Mohd Fitri Asmuni.

"TV3 baru kemuka pembelaan. Jadi kita beri jawapan dan pada masa sama, mahkamah minta TV3 cadang penyelesaian (dengan Mohamad Nizar)," katanya ketika dihubungi.
Jelasnya, TV3 mengemukakan pembelaan pada 22 Ogos lalu untuk kes yang didengar di hadapan hakim Datin Yeoh Wee Sian.

ADUN Pasir Panjang itu mendakwa TV3 pada 30 Mei lalu mengeluarkan berita melalui rancangan Buletin Utama pukul 8 malam, berhubung satu kenyataannya di Twitter....M'SIAKINI

BELUM BERTEMPUR... UTUSAN SUDAH TERSUNGKUR.



KERAJAAN PKR/PR SELANGOR PIMPINAN DATUK MENTERI BESAR, TAN SRI KHALID IBRAHIM AMAT ZALIM, TIDAK BERHATI PERUT MENINDAS RAKYAT YANG TINGGAL DIRUMAH KOS RENDAH!!!!!!!


Zalim sungguh!!!!... sampai hati kerajaan PKR/PR lakukan keatas warga Selangor yang tinggal dan memiliki rumah kos rendah!!!!..

CUKUP-CUKUP PUNYA ZALIM....LANGSUNG TIADA RASA EHSAN DAN BERHATI PERUT...SANGGUP TINDAS RAKYAT YANG BERPENDAPATAN RENDAH!!!
Lihat saja keratan akhbar ini...menyirap darah admin.

PSSTTT....APA MACAM!!!! OK TAK WEH ADMIN BODEK DENGAN MEMBUAT FITNAH KEPADA KERAJAAN PKR/PR SELANGOR...LAYAK TAK DIANGKAT SEBAGAI BLOGGER PUJAAN UMNO...MENCAPAI PIAWAIAN TAK SEBAGAI BLOGGER UPAHAN UMNO?.

SELEPAS DBKL, KINI GILIRAN KTMB PULA ARAH DAN PAKSA KAKITANGANNYA HADIR HIMPUNAN JANJI DITEPATI DISTADIUM BUKIT JALIL....SIAP BAGI DUIT SAKU RM30, PERCUMA BAJU -T SEHELAI DAN CUTI 1 HARII!!!!




Setelah semalam, terbongkar sepucuk surat mengarahkan kakitangan Bahagian Sumber Manusia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menghadiri sambutan kemerdekaan, hari ini pula kerajaan Umno 1M'sia, Islam Wassatiyah telah mengerahkan kakitangan awam dan badan berkanun hadir ke sambutan Hari Kemerdekaan bagi menjayakan Himpunan Janji Ditepati yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Ogos ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai daripada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), surat pengerahan kakitangan mula dihantar melalui Unit Sumber Manusia dengan mewajibkan setiap jabatan menghantar wakil.

"Berdasarkan maklumat dalam surat tersebut, KTMB diwajibkan menghantar 100 peserta dan setiap jabatan wajib menghantar wakil.

"Mengikut surat itu, mereka akan diberikan RM30 dan sehelai baju-T, tetapi tidak diketahui bila wang tersebut akan diberikan," katanya kepada Keadilan Daily.

Bagaimanapun kata beliau, sebagai balasan, mereka yang hadir akan diberikan cuti ganti sehari.

"Kalau ikutkan surat tersebut, pihak penganjur mahu capai 'target' lebih 100,000 hadir program itu," katanya.

Pengerusi KTMB, Mohd Zain Mohamed merupakan Koordinator dan Setiausaha BN Selangor yang juga Ahli Parlimen Sepang.

Ramadan lalu, kakitangan KTMB dijadikan alat kempen kerajaan semasa program penyampaian kurma di beberapa stesen terpilih dengan memakai baju korporat BN.

Pada April pula, 30 bendera BN dipasang di Stesen Komuter Batu Tiga dan 10 lagi di Stesen Komuter Shah Alam.

Baru-baru ini, iklan kempen ‘Sayangi Selangor’ yang menampilkan gambar Najib Razak mula ditampal di tangga, tiang dan gerabak komuter, terutama di laluan menghala ke Pelabuhan Klang.

Gambar Perdana Menteri itu diiringi slogan ‘Kami mendengar dan memahami keperluan anda tentang pendidikan’ dan ‘Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup.

TAK PERNAH LAGI DALAM SEJARAH PEMERINTAHAN UMNO, SEBURUK DAN SETERUK INI UMNO MAU MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN...

WANITA YANG MENGGAMUK DIPUTRAJAYA TEMPOH HARI SUDAH JADI POWER RANGERS!!!!!



Putrajaya
- Wanita yang terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) awal Julai lalu memakai topeng 'Power Rangers' warna merah bagi mengelak wajahnya dirakam media selepas selesai sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Gambar: Muhdalena Ahmad dilihat hadir ke mahkamah berbaju dan bertudung merah, ditemani bapanya, sempat menunjukkan isyarat keamanan ketika wajahnya cuba dirakam media.
Pada prosiding semalam, mahkamah mengarahkan wanita itu, melantik peguam secepat mungkin.

Hakim Mohd Kafli Che Ali berkata, mahkamah memberi tempoh dalam masa satu bulan untuk dia melantik peguam supaya semua isu berkaitan dokumen-dokumen kes itu boleh diselesaikan sebelum tarikh bicara ditetapkan.

Mahkamah turut menetapkan tarikh 12 September depan untuk pengurusan kes berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nor Mazrah Ahmad Din berkata, tertuduh perlu melantik peguam dan menyelesaikan segera perkara-perkara yang dipersetujui antara pihak pendakwaan dengan tertuduh sebelum perbicaraan.

Menurutnya, terdapat pindaan dalam kanun prosedur jenayah yang menyatakan, kes perbicaraan perlu dilaksanakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh didakwa.

Pada 19 Julai lalu, Muhdalena Ahmad, 28, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu mengugut polis dan membawa pedang.

Prosiding pendakwaan ketika itu terpaksa dijalankan di Hospital Putrajaya kerana dia sedang dirawat selepas cedera dalam kejadian amuk berkenaan.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lalu.

Kesalahan pertama didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dia diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Pada kejadian tersebut, dia bersama dengan Khalil Afandi Hamid, 47, mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang, namun Khalil mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala Muhdalena turut terkena tembakan di paha kanan. -SINAR HARIAN

LAGI KISAH ISU AIR NEGERI YANG DITADBIR UMNO/BN....BUKAN SAJA BEKALAN SERING TERGANGGU TETAPI TERCEMAR TERUK!!!



AIR MENTAH TERLEBIH CEMAR PUNCA GANGGUAN BEKALAN


SEREMBAN 29 Ogos 2012 - Gangguan kualiti air yang dilaporkan di beberapa kawasan di daerah Port Dickson, Rembau dan Rantau didapati berpunca daripada penurunan kualiti air mentah di Sungai Linggi.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata bermula awal bulan ini, kadar kandungan ammonia, iron dan manganese pada air mentah di sungai tersebut meningkat melebihi spesifikasi parameter piawaian air mentah biasa.

"Penurunan kualiti air mentah di sungai tersebut menyebabkan kualiti bekalan air terawat yang dihasilkan di loji rawatan air Sungai Linggi terjejas.

"Kandungan ammonia dan manganese ini adalah antara punca aduan air berbau yang dilaporkan oleh pelanggan di kawasan terbabit," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, Sains mengambil tindakan untuk meningkatkan kualiti air di loji berkenaan, termasuk menambah pengudaraan air mentah untuk mengurangkan kadar iron dan manganese.

Langkah lain ialah meningkatkan pengedosan hydrated lime, mengaktifkan pengedosan activated carbon bagi mengurangkan bau serta menjalankan pencucian kolam mendapan dan penapis dengan lebih kerap.

Azlan berkata, pihaknya telah dan sedang melaksanakan pencucian paip scouring dan kolam simpanan air di kawasan terbabit.

"Tindakan ini akan terus diambil sehingga kualiti air mentah di Sungai Linggi kembali pulih ke tahap yang asal," katanya.

Beliau memohon semua pihak supaya menyumbang terhadap pemeliharaan sungai utama di negeri ini yang menjadi sumber untuk rawatan air, terutamanya Sungai Linggi untuk mengelak gangguan seperti ini daripada berulang. — BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20120830/ws_04/Air-mentah-terlebih-cemar-punca-gangguan-bekalan

Indeks Kualiti Air (IKA) telah dihasilkan melalui bancian pendapat ahli ikhtisas.
Pada umumnya, setiap sungai di negara ini dikategorikan kepada lima kelas iaitu;
Kelas 1 - airnya boleh terus diminum tanpa rawatan
Kelas 2 - airnya memerlukan rawatan biasa
Kelas 3 - air nampak bersih, tidak berbau, tetapi kualitinya tercemar dan orang ramai tidak boleh berenang tetapi boleh berkelah di tebing
Kelas 4 - sedikit tercemar *
Kelas 5 - sangat tercemar *
*Bagi Kelas 4 dan 5, keadaan air antara lain berbau busuk dan berwarna hitam.

Nitrogen Ammonia (NH3-N) juga digunakan sebagai penunjuk utama kepada kehadiran kumbahan binatang dan manusia, buangan domestik, bandar dan industri serta baja pertanian. Konsentrasi Nitrogen Ammonia yang tinggi akan mempertingkatkan denyutan, kadar aktiviti respirasi dan keseimbangan hidupan akuatik serta mempengaruhi kadar metabolisme. Pada kebiasaannya, air semulajadi mempunyai kandungan ammonia kurang daripada 0.1 mg/l. Di Malaysia, paras konsentrasi Nitrogen Ammonia untuk bekalan air domestik mestilah kurang daripada 0.1 mg/l. Nilai cadangan Nitrogen Ammonia untuk bekalan air mentah ialah 1 mg/l.

Pepejal Terampai (SS) dan Pepejal Terlarut (TDS). Sedimen merupakan petunjuk pencemaran berasaskan pembukaan tanah, perlombongan, larutan dan pencemaran. Ia biasa terdiri daripada lumpur, sisa halus mineral, zarah pasir halus, klodak dan liat, partikel bahan organik, plankton, dan organisma mikroskopik. Dalam kajian kualiti air ianya meliputi 2 parameter iaitu Pepejal Terampai (SS) dan Pepejal Terlarut (TDS). Kebiasaannya, sungai yang baik mempunyai SS sebanyak 25 mg/l. Di Malaysia, paras cadangan nilai standard interim SS ialah 50 mg/l iaitu satu standard yang sesuai untuk berenang dan berekreasi.

http://wqms.info/glosari/

Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri terhadap pengusaha ternakan, pengusaha ladang, industri, perlombongan pasir yang beroperasi di sepanjang Sg Linggi jika didapati mereka melanggar peraturan Jabatan Alam Sekitar?

GAMBAR-GAMBAR YANG UTUSAN MALAYSIA, BERITA HARIAN, THE STAR, NSTP, HARIAN METRO DAN KOSMO TERLUPA NAK TERBITKAN!!!!




















GAMBAR-GAMBAR INI AKHBAR MILIK DAN KAWALAN UMNO TERLUPA NAK TERBITKAN...

HARAP DENGAN TERBITNYA GAMBAR-GAMBAR INI DAPAT MEMBERIKAN GAMBARAN  YANG JELAS SOKONGAN RAKYAT KEPADA CERAMAH ANJURAN ANTARA PAS/PR DENGAN UMNO/BN.