Dua kereta milik anak perempuan calon PKR Dr Xavier Jayakumar terbakar apabila sekumpulan lelaki membaling bekas berisi minyak tanah di pintu masuk kediamannya di Klang Jaya, Klang, semalam.
Kejadian itu dipercayai sebagai satu lagi insiden bermotifkan politik.
Dalam kejadian pada jam 11 malam itu, ejen pilihan raya Sangetha Jeyakumar, 30, berada bersama bapanya di pusat khidmat Pakatan Rakyat untuk bermesyuarat selepas satu sesi ceramah.
Seorang jiran yang tidak mahu dikenali berkata, dua orang lelaki, seorang daripadanya bersenjatakan parang, dalam sebuah kereta Kia Sephia berwarna perak, turun dari kereta itu dan memanjat pintu pagar rumah tersebut untuk masuk ke halamannya.
"Anjing saya mula menyalak semasa kedua-dua lelaki itu menjerit dengan kuat sebelum memanjat pintu pagar.
"Saya menjerit kembali untuk memberi amaran kepada jiran saya tetapi diancam oleh mereka supaya jangan masuk campur atau jika tidak, mereka akan membuang bekas berisi minyak tanah ktu ke dalam rumah saya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Suami, anak kecil dan amah ada di rumah
suami Sangetha, Dr Arnil Srimanne, 36, anak kecilnya berusia setahun dan pembantu rumah mereka berada di rumah ketika kejadian itu berlaku.
"Saya terdengar satu kekecohan dan menjenguk keluar melalui tingkap rumah saya apabila mereka menjerit lucah dan mengugut saya," kata Arnil.
Katanya, suspek kemudian memecahkan tingkap belakang kereta isterinya yang diletakkan di anjung depan sebelum mencurahnya dengan minyak tanah dan membakarnya.
Menurutnya, dalam keadaan tergesa-gesa kerana orang ramai telah berkumpul di situ, suspek melemparkan salah satu bekas berisi minyak tanah ke sebuah lagi kereta sebelum meninggalkan tempat kejadian," katanya.
Dalam masa beberapa minit, kereta bomba tiba untuk memadamkan api.
Ketika ditemui, Xavier (kanan) yang juga penyandang kerusi DUN Seri Andalas, berkata beliau percaya kejadian itu bermotifkan politik.
Katanya, kejadian berlaku terhadap anaknya kerana dia terlibat dalam politik dengan beliau.
Sementara itu polis yang tiba di tempat kejadian sedang menyiasat kes itu sebagai perbuatan membakar
Xavier akan mempertahankan kerusi itu pada 5 Mei ini dalam pertarungan lima penjuru dengan Ketua Pemuda MIC, T Mohan, P Uthayakumar daripada Parti Hak Asasi Manusia dan dua calon Bebas, KS Kottappan Suppiah dan Hanafiah Husin.
- The Malay Mail
siapa lagi punya angkara kalau bukan umnungok be end atas arahan piem penjenayah negara la.
ReplyDeletecucu mak semah
tak masuk tv 3 pun...ni fitnah ni,,gambar ni masa perang vietnam dulu ni...
ReplyDeletemaka nanti akan disalahkan DSAI.Gani petail akan segera menbuka kertas pendakwaan.mahadet akan komen DSAI bersalah dan keluarga Xavier sengaja membakar kereta.perkasa akan anjurkan demo membantah Xavier kerana membakar kereta.senaman punggung akan menjual punggung dihadapan rumah Xavier.peniaga akan membuka tapak pasar malam.guru silat akan bersilat depan rumah Xavier.dan pengurusan syabas akan memujuk Xavier supaya jgn bertindak membakar rumah pula kerana masaalah ketiadaan bekalan air untuk memadam api plak.
ReplyDeletehahaha...lucu komen bro. inikalilah tukar...tabirr... tiada simpati tiada keamanan tiada keadilan tiada demokrasi . bm harus dihapuskan. amin. semua rakyat malaysia harus bersatu pastikan pr menang pru13 ini. amin.
Deletemacai setan haram jadah akan kata dr xavier yg bakar kete anak2 dia...mmg bangsat sape yg buat ni...puihh....mga org yg wat ni dn yg myokong pbuatan ni dpt balasan....
ReplyDeleteBaru Dr xavier tu sedar...jika hudud dilaksanakan tentu tak siapa yg berani bakar kereta dia walau di upah sekalipun!!
ReplyDeleteKalau tanya dia malam ni...tentang hukum hudud aku kompom dia sokong!! Cer try tanya kalu tk caya!!