Saturday 30 November 2013

USTAZ KAZIM AKUI BELIAU MASIH AHLI PAS YANG SAH DAN BELUM PASTI MENERIMA JAWATAN SEBAGAI AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO.



Ustaz Mohamad Kazim Elias terus menimbulkan persoalan mengenai kedudukannya sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO apabila memberitahu bahawa beliau masih belum membuat keputusan sama ada menerima atau menolak pelantikan tersebut.

Malah, dalam sidang akhbarnya di sini malam tadi, penceramah  itu memberitahu bahawa beliau masih ahli PAS yang sah.

Katanya, sehingga kini beliau belum menerima sebarang surat pelucutan keahlian dari parti tersebut.

Untuk rekod, beliau sebelum ini dilaporkan merupakan ahli PAS Kampung Manjoi dalam Parlimen Tambun, Perak.

“Saya berhajat nak jumpa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Keputusan terima atau tolak bergantung pada jaminan Perdana Menteri yang saya boleh terus berdakwah tanpa terikat,” katanya.

Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor semalam mengumumkan bahawa Mohamad Kazim merupakan antara sembilan individu yang dilantik mengisi kerusi MT UMNO.

GAMBAR PERKAHWINAN KEDUA USTAZ SYED ABDUL KADIR SYED HUSSIN AL JOOFRE DENGAN SALIMA AF TERSEBAR PANTAS DI ALAM MAYA.




Subhanallah!!! ... Tahniah diucapkan kepada Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre yang telah selamat diijabkabulkan menjadi suami yang sah kepada Salima AF4.

Pihak Omak Kau difahamkan, pernikahan dan majlis resepsi diantara Ustaz Syed Abd Kadir Aljoofre dan Salima telah berlangsung di kampung halaman Salima di Chemor, Perak.

Kepada Ustaz Syed Abd Kadir dan Salima, Omak Kau ucapkan tahniah sekali lagi dan doa ini ditujukan khas buat pasangan raja sehari ini.
Semoga dapat meluaskan lagi pengaruh dakwah di bumi Malaysia

Barakallahu lakuma wabarakah ‘alaikuma wajama’a baina kuma fikhair.

KEPUTUSAN YANG TIDAK DISIARKAN OLEH UTUSAN DAN BERITA HARIAN .... SETIAP WAKIL RAKYAT KEADILAN AKAN SUMBANG 20% DARI JUMLAH KENAIKAN GAJI SETIAP BULAN KE TABUNG PENDIDIKAN ANAK SELANGOR!!!



KENYATAAN MEDIA
30 November 2013


WAKIL RAKYAT KEADILAN SELANGOR SUMBANG SEBAHAGIAN KENAIKAN GAJI KE TABUNG PENDIDIKAN


Saya telah menerima pandangan semua pihak mengenai kenaikan gaji yang melibatkan wakil rakyat Selangor. Saya juga telah mendapat penjelasan dari YAB Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai rasional kenaikan gaji tersebut.


Pun begitu, KEADILAN sebagai parti yang membawa semangat reformasi perlu terus sensitif dengan kesempitan hidup yang dihadapi rakyat terbanyak.


Oleh itu, setelah berbincang dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, saya bersetuju bahawa satu Tabung Pendidikan KEADILAN Anak Selangor akan ditubuhkan bertujuan mengagihkan biasiswa pendidikan kecil dan mengendalikan program pendidikan terutamanya di peringkat sekolah menengah dan pra-universiti.


Setiap wakil rakyat KEADILAN akan menyumbang RM1,000 sebulan atau 20% dari jumlah kenaikan gaji bulanan yang diumumkan untuk membiayai pemberian biasiswa kecil dan program pendidikan di bawah Tabung Pendidikan KEADILAN Anak Selangor.


Jumlah sumbangan wakil-wakil rakyat KEADILAN dari Selangor kelak dijangka mencecah setengah juta setahun dari kenaikan gaji mereka yang dapat membantu keluarga berpendapatan rendah dalam bidang pendidikan.


Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

POLIS MINTA BANTUAN ORANG RAMAI CARI SAMPAI TERTANGKAP 10 ORANG LAGI PENGIKUT TUHAN HARUN.




10 LAGI PENGIKUT TUHAN HARUN DICARI

Pihak polis percaya dengan 10 tangkapan baru yang menjadikan jumlah keseluruhan 13 orang termasuk 2 wanita serta dengan rampasan sepucuk pistol semi auto, kes bunuh Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Penguatkuasa) Jabatan Agama Islam Pahang dianggap telah diselesai.

Walaubagaimanapun pihak polis akan mengesan 10 lagi individu bagi membantu siasatan kes ini. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai-pegawai berikut:-

DSP ZAKARIA - 019-3822020
ASP ZUKRI - 013-9764999
INSP MOHD HASNI - 016-4888025

Pihak polis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama dan keprihatinan mereka dalam membantu menyelesaikan kes ini.

USTAZ KAZIM ELIAS ADALAH AHLI PAS CAWANGAN MANJOI, KAWASAN TAMBUN PERAK, SEJAK 1998?????


Omak Kau mendapat kiriman berita menyatakan bahawa Ahli Majlis Tertinggi UMNO Latinkkan yang baru, Ustaz Kazim EliasNo MyKad 721128-08-6051 adalah seorang ahli PAS Cawangan Manjoi, Kawasan Tambun, Perak No: ahli 0475276 semenjak 17/7/1998.

Sama ada kisah ini benar atau tidak perlu tuan punya badan dan Parti Islam SeMalaysia memberikan jawapan.

Rakyat nak tahu kebenarannya .. masakan ahli PAS di lantik menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Sebab Ustaz Al Hafiz ni memberitahu satu dunia bahawa dia tidak pernah menjadi ahli UMNO ... tapi bagaimana dia boleh dilantik menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO?

PELANTIKAN SEBAGAI AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO ... USTAZ KAZIM ELIAS NAIK ANGIN SATU BADAN SEBAB DI FITNAH KATANYA!!!!!


Belum apa-apa Ustaz "Politik" Kazim Elias sudah mengamuk sebab di kritik pedas mengenai menerima pelantikan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Dulu bermati-matian menafikan dirinya bukan ahli UMNO dan tidak pernah menjadi ahli UMNO dalam seumur hidupnya.

Tetiba semalam Najib Razak angkat dia sebagai salah seorang ahli lantikan MKT UMNO... Kalau bukan ahli UMNO yang cukup banyak berjasa kepada UMNO mana mungkin Najib lantik beliau sebagai Ahli MKT UMNO.

28hb November 2013 kata nak berhenti berceramah .. 29 hb November 2013 di lantik menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO.


Kenyataan pertama Ustaz Kazim Elias setelah beliau dilantik ke jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.


“Subhanallah.. Saya pun terkejut saya dilantik, belum apa2 dah kena maki.. Alhamdulillah, salah ke kalau orang lain minta nasihat? Saya ni sentiasa berlapang dada,jgnlah tuduh tanpa melihat secara halus..Apa yg kita sangka ttg orang lain kadang2 itulah dlm jiwa kita.Berhati2 la dlm berbicara.Apa tuan2 ingat saya kemaruk wang, kuasa pangkat?Apa salahnya doakan yg terbaik, bila takde org agama dikata teruk bila org agama dijemput pun dikata teruk, sy tak faham.Kalau tak tau apa2 alangkah baik kalau diam..Esok saya akan adakan sidang akhbar khas di PPR Setapak, dgr penjelasan saya..Dlm hal ini sepatutnya bg pandangan atau nasihat bukan maki hamun fitnah n cacian..Bab bersara dr ceramah, berkali2 sy cakap bila masa saya nak berhenti berdakwah, dakwah sgt luas cuma saya kata sy nak tumpu pd sekolah dan berdakwah dgn media spt tv radio dll.. Salah ke sy nak berdakwah di sekolah?Bc la sampai habis apa sy ckp dlm cd, ceramah dn fb saya..Terlalu banyak yg jemput ceramah malah ada yg booking bertahun, semua kena kira termasuk kesihatan saya.Bab lantikan MT UMNO ni baru sgt sy dijemput, diminta bantu apa yg patut utk Islam..tu pun jadi masalah., jd isu?Saya ada prinsip saya, tak pernah dgr ceramah saya tp nak komen lebih2,,Esok saya akan dapatkan apa bentuk lantikan yg diberi pd saya n saya jugak kena jaga byk perkara dr keluarga, sekolah, kuliah2 saya, anak murid saya, pengikut kuliah sy dll.Bagi anda yg betul ikhlas dlm memperjuangkan Islam boleh dengar apa saya cakap selepas saya berbincang spt yg saya sebutkan tadi.. 30hb jam 9mlm di PPR Setapak.Semoga Allah merahmati kita semua,terima kasih atas kata2 yg sgt manis dlm komen anda sebelum ini.Jgn lah menilai hati org,kita tak tahu apa dlm hati org, Allah yg menilai bukan kita. Wassalam.” – FB Ustaz Kazim Elias

Friday 29 November 2013

Ustaz Kazim Elias - Saya BUKAN ahli UMNO

KETUA POLIS NEGARA SAHKAH KUMPULAN TUHAN HARUN YANG TERLIBAT MEMBUNUH KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PENGUAT KUASA JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG (JAIP)



KES BUNUH PENGUATKUASA JAIP SELESAI:

Ketua Poles Negara telah mengucapkan syabas kepada Pasukan Op Cantas (STAFOC) Bukit Aman atas kejayaan menyelesaikan kes bunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Seramai 13 orang daripada kumpulan Tuhan Harun ditangkap dan pistol telah dirampas.

Pada 10 Nov 2013 yang lau .. negara telah dikejutkan berita ,Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malik,49 , mati ditembak mati di hadapan rumahnya di Bandar Indera Mahkota. Pahang.

Difahamkan mangsa terkena tiga das tembakan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut sumber, tiga suspek dipercayai menaiki kereta Proton Saga Wira Aeroback warna putih, dan salah seorangnya pakai kupiah  serta berbaju hitam.
Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Tuhan Harun' pernah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Pahang kerana terlibat dengan ajaran sesat dan tudahan melakukan penipuan.

Tahniah di ucapkan kepada PDRM atas kejayaan cemerlang menyelesaikan kes pembunuhan kejam ini.

EDISI MACAI UMNO MENIPU ... MB SELANGOR NAFI SEKERAS-KERASNYA DSAI DI BAYAR RM15JUTA TAHUN LEPAS.


Bekas mata-mata polis trafik Balai Polis Ampang Konstable Wan Muhammad Azri b Wan Deris a.k.a. Papagomo yang kena masuk jel sebab makan rasuah dari penagih dadah sebanyak RM400 telah buat fitnah lagi kononnya DSAI selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor tahun lepas telah buat tuntutan RM15 juta dari kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Dia cuba kata ianya di kutip dari Selangor Kini sedang carian di SelangorKini langsung tidak jumpa .

Tapi macai-macai UMNO bukanlah main seronok dok canang satu dunia kononnya apa yang dikatakan oleh perasuah bekas mata-mata polis trafik ini benar belaka.

Patutlah Tun Mahathir kata tiada seorang pun para ahli dan penyokong UMNO yang cerdik tinggal dalam kandang UMNO.

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan dakwaan kerajaan negeri membayar tuntutan elaun dan sebagainya berjumlah RM15 juta kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi negeri.

"Perkara itu tidak betul," katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Dalam pada itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Arfaa' Eza Abdul Aziz ketika dihubungi Bernama, turut menegaskan dakwaan tersebut palsu dan Abdul Khalid tidak pernah membuat sebarang kenyataan dan ulasan mengenai tuntutan berkenaan.

"Pejabat Menteri Besar sendiri tidak pernah keluarkan kenyataan mengenai tuntutan Anwar dan saya berasa hairan bagaimana isu itu boleh timbul malah mendakwa pula ia disiarkan di laman web rasmi kerajaan negeri sedangkan itu tidak benar.

"Saya telah membuat semakan dan tiada berita sedemikian disiarkan namun tidak menolak ini permainan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengeruhkan keadaan sedia ada," katanya.

Beberapa laman blog baru-baru ini melaporkan Anwar didakwa membuat tuntutan kira-kira RM15 juta tahun lalu membabitkan tuntutan elaun pejabat, perjalanan ke luar negara dan  perbelanjaan makan serta minum. - Bernama

INFO BARU MASUK ...USTAZ "POLITIK" KAZIM ELIAS KINI ADALAH SEORANG AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO YANG BARU DI LANTIK OLEH NAJIB RAZAK!!!!


Dapat info bahawa Ustaz Kazim Elias yang berjanji ikrar akan berhenti berceramah mulai semalam 28 hb November 2013 kerana di katakan kena ugut bunuh serta bosan dengan gelaran "USTAZ POLITIK" yang dilebelkan terhadap dirinya kini sudah di lantik oleh Najib Razak sebagai salah seorang Ahli Majlis tertinggi UMNO lantikan.

Pergh!!! .. akhirnya kebenaran terungkai jua .. dulu rakyat tuduh ustaz ini berceramah macam ahli politik berdarah UMNO namun dia nafikan .. Nah sekarang apa certa!!!!!

Beliau adalah antara 9 individu yang di lantik oleh Najib Razak untuk menanggotai MKT UMNO tahun 2013-2016.

Jadi alasan mau berhenti ceramah di wujudkan bagi mendapatkan jawatan sebagai Ahli Majlis tertinggi UMNO tidak boleh di tolak begitu saja ..

Ini kata-kata beliau pada 18hb Mei 2013 mengapa mau berhenti dari berceramah ...

“Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.

“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.

Katanya, kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak.

Selain itu, menurutnya, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka".

Lepas ini beliau tidak boleh lagi mendabik dada kononnya berceramah tanpa memihak kepartian.

Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melantik sembilan ahli Majlis Tertinggi (MT) tambahan sebagai melengkapkan jumlah barisan MT sesi 2013-2016.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sidang media hari ini.


Berikut adalah senarai MT tambahan:


1. Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz

2. Datuk Hamzah Zainudin
3. Datuk Mohd Shakar Samsudin
4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
5. Datuk Irmohizam Ibrahim
6. Datuk Johari Abdul Ghani
7. Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah
8. Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
9. Ustaz Mohammad Kazim Elias

BN KINI SUDAH DI TERIMA DI PERINGKAT ANTARABANGSA!!!! ...PENYOKONG BN INI DI RAKAM KETIKA SEDANG ASYIK MENONTON KONSERT DI CHENNAI, INDIA!!!!


Penyokong dan pendokong BN kini sudah bertaraf international ... boleh di dapati dimerata dunia.

Sebagai bukti ... gambar seorang lelaki berpakain baju T ada logo 1M'sia dan huruf BN ini di rakam di konsert popular di Chennai India baru-baru ini.

Sudah di kira polisi dan fahaman politik yang di bawa oleh UMNO/BN pimpinan Najib Razak sudah diterima masyarakat dunia terutamnya dari rakyat di India ... TAHNIAH!!!!

BERITA BAIK!!!! ... PUSAT WANITA BERDAYA SELANGOR (PWB) BAKAL MENWUJUDKAN JUALAN SECARA ONLINE.




Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor bakal mewujudkan jualan atas talian (online) bagi memudahkan pelanggan yang berminat dengan hasil kerja tangan wanita di Selangor mendapatkan produk yang dihasilkan dan meluaskan pasaran.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, berkata penjualan secara atas talian ini mampu menggandakan hasil pendapatan mereka.

Katanya, ini kerana, sebelum ini halangan jarak dan sebagainya menjadikan para pembeli sukar untuk mendapatkan hasil kreatif dan inovatif ini.

“Saya berbincang dengan pelbagai pihak berkenaan untuk meneruskan program jualan secara online ini supaya setiap hasil kerja tangan wanita Selangor tidak hanya terhad di pusat wanita berdaya sahaja.

“Cabaran yang dihadapi oleh wanita Selangor amat banyak seperti kekangan masa dan sebagainya tetapi saya yakin wanita Selangor dapat mengatasinya kerana wanita Selangor sekarang dilihat lebih matang dari dahulu.” kata beliau

Tambah beliau lagi, dengan adanya pembaharuan dalam program wanita berdaya ini, wanita di Selangor mampu mengambil bahagian dalam mengembangkan lagi ekonomi.

“Kita harus berikan bimbingan dan latihan kepada wanita ini tidak kira muda mahupun yang berusia bagi memastikan pembangunan wanita berdaya ini dapat dimaksimumkan.

“Dengan adanya PWB Mart ini dan juga jualan secara online, saya percaya ianya akan menjadi satu destinasi yang ditunggu oleh semua untuk membeli produk-produk yang dihasilkan oleh wanita Selangor.” kata beliau.

Rodziah yang ditemui ketika merasmikan PWB Mart di pekarangan Stadium Melawati di sini memberitahu bahawa kedai wanita berdaya ini akan ditempatkan di dalam kawasan Shah Alam.

Ia juga bakal menempatkan pelbagai jenis bentuk barangan yang telah dihasilkan oleh setiap pusat wanita berdaya di seluruh Selangor untuk dipasarkan serentak.

Majlis yang dihadiri lebih dari 600 orang terdiri daripada pengunjung dan peserta pusat wanita berdaya seluruh Selangor turut dimeriahkan dengan kehadiran Exco Pembangunan Usahawan, Dr. Daroyah Alwi.

KULIAH JUMAAT TGNA SEJAK TIDAK MEMEGANG JAWATAN SEBAGAI MB KELANTAN SUDAH TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN????



Gambar suasana kuliah yang di sampaikan oleh YB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abd Aziz Nik Mat mantan Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS pada sesi kedua di Medan Ilmu, Kota Bharu Kelantan sebentar tadi pada 29hb November 2013 bersamaan 25 Muharram 1435H.

Omak Kau ingatkan kalau dah tidak lagi memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan orang ramai akan mula meminggirkan kuliahnya. .. Nampaknya kehadiran dan sambutan tetap serupa .. berjawatan maupun tidak.



Thursday 28 November 2013

EDISI MENIPU!!!! ... TIMBALAN MENTERI KATA KERAJAAN UMNO/BN TIADA HASRAT NAIKKAN TARIF ELEKTRIK .. MENTERINYA KATA TARIF ELEKTRIK AKAN NAIK TAHUN HADAPAN!!!


Pada 13hb September 2013 Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, kementerian yang menjaga Tenaga Nasional (TNB) Dato' Seri Mahadzir Khalid memberi jaminan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa, walaupun harga minyak sudah naik namun kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak tidak sekumit pun menyimpan hasrat dan cita-cita serta niat nak menaikkan tarif elektrik.

Sudah pasti berita itu di sambut dengan penuh keseronokkan dan kegembiraan oleh rakyat.

Tapi semalam menterinya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pula berkata mulai tahun 2014 tarif elektrik akan di naikkan sebanyak 20 peratus.

Dalam tempoh 2 bulan sahaja kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak sudah bersimpul berbelit lidah buat flip flop menipu rakyat.

Kalau perkara sejelas ini pun menteri dan pemimpin UMNO/BN sanggup menipu rakyat .. bayangkan perkara yang samar-samar.

APA LAGI RAKYAT MAHU .... BN BERI NIKMAT!!!!



Berita ini sudah pasti di akan sambut dengan penuh kegembiraan di iringi dengan paluan kompang dan percikkan bunga api oleh para penyokong, pendokong dan ahli-ahli UMNO/BN yang pada PRU 13 lalu tanpa berbelah bagi memberikan undi padu kepada UMNO/BN.

Ini dinamakan BN Beri Nikmat.

Tarif elektrik naik 20 peratus dan harga rumah naik sekurang-kurangnya 5 peratus mulai tahun hadapan selain cukai taksiran di Kuala Lumpur naik beratus peratus.

GAMBAR NAJIB TUNJUK CARA YANG BETUL MAKAN DURIAN TERSEBAR CUKUP PANTAS DI ALAM MAYA.


Dikatakan inilah cara sebenar dan paling betul bagaimana kita hendak makan buah durian.

Cara seorang pemimpin yang lahir dari keluarga orang kebanyakkan ... makan durian dengan menggunakan sudu.

Pasti para juak-juak UMNO berasa bangga dan megah sakan apabila melihat rakaman gambar ini dimana pemimpin teragung mereka menunjukkan kepada rakyat cara yang betuk makan durian.

Lepas ini pastikan semua rakyat terutamanya para pendokong dan penyokong tegar UMNO gunakan sudu untuk makan durian. .. Ikuti contoh dan teladan yang di tunjukkan oleh pemimpin teragung kalian.

LELAKI YANG TETAK PENGARAH HOSPITAL TAIPING DENGAN PARANG AKHIRNYA BUNUH DIRI!!!



TAIPING: Seorang kakitangan Hospital Taiping yang menyerang pengarah hospital tersebut dengan parang pada Mac lalu ditemui mati tergantung di rumahnya.


Sumber berkata, seorang rakan kepada Law, 53, cuba menghubungi telefon bimbitnya kira-kira pukul 7 malam Selasa tetapi tidak berjawab.


Rakannya itu kemudiannya memasuki rumah Law di kuarters pekerja hospital itu sebelum menemui mayat Law yang tergantung di tingkap.


Law telah menetak Pengarah Hospital Taiping, Dr Mohd Yassim Abdul Rahman dengan parang dalam satu pertengkaran pada 5 Mac lalu.


Serangan itu dipercayai berpunca daripada arahan perpindahan yang diterima Law.


Dr Mohd Yassim mengalami kecederaan serius dalam serangan itu dan dipindahkan ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.


Law kemudiannya didakwa dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan dilepaskan dengan ikat jamin berjumlah RM10,000.


Difahami, Law menerima rawatan perubatan baru-baru ini dan dimasukkan ke wad psikiatrik minggu lalu sebelum dibenarkan keluar beberapa hari lalu.


Rakan-rakannya berkata, Law kecewa selepas berpisah dengan isterinya dan keadaan bertambah buruk apabila dia mengalami tekanan peraasaan akibat kerjanya.


Mayat Law akan dibakar dan dikebumikan di Taman Peringatan Prestavest di Taiping pada Khamis. MSTAR


BERITA DI PUTAR UNTUK MENYEDAPKAN JIWA PARA AHLI, PENYOKONG DAN PENDOKONG UMNO/BN ... HARGA TOL BARU DEMI MENJIMATKAN RM400 JUTA WANG KERAJAAN.


Lagi hadiah istimewa kepada para rakyat yang mengundi UMNO/BN pada PRU 13 lalu.

Kalau tengok pada gaya bahasa yang di ucapkan oleh Menteri Kabinet UMNO/BN jaga tol amat jelas alasan digunakan ialah demi menjimatkan dana kerajaan RM400 juta di bayar kepada pengendali tol-tol seluruh negara.

Apabila rakyat terutamanya para ahli, penyokong dan pendokong UMNO tidak membantah malahan menyokong padu tindakan kebelakangan ini kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak yang menaikkan harga petrol, diesel, gula dll maka kesempatan akan diambil untuk menaikkan tol mulai tahun depan selain tarif elektrik.

Para ahli, penyokong dan pendokong UMNO/BN mungkin tidak terkesan dengan kenaikan ini sebab mungkin mereka mendapat pengecualian kot.

Yang terkesan dan di seksa dera ialah rakyat yang membenci UMNO/BN ... agak-agaknyalah ...Kalau betul maka PADAN MUKA PARA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT!!!!.

UMNO PERAK BERGOLAK KENCANG!!! ... DIARAHKAN PEMILIHAN DI ADAKAN SEMULA KERANA HAMIDAH OSMAN KALAH PERTAHANKAN JAWATAN KETUA WANITA BAHAGIAN GOPENG MENDAPAT TENTANGAN TOTAL DARI UMNO BAHAGIAN GOPENG!!!!



IPOH - Jawatankuasa Umno Bahagian Gopeng sebulat suara menolak keputusan Ibu Pejabat Umno pusat supaya pemilihan bagi kesemua jawatan dalam jawatankuasa Pergerakan Wanita Umno bahagian itu diadakan semula Sabtu ini.

Ketua Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamzah Kassim menegaskan mesyuarat pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian pada 12 Oktober lepas adalah sah dan mengikut kehendak perlembagaan Umno dan peraturan persidangan.

"Mesyuarat jawatankuasa khas Umno Gopeng meminta jawatankuasa pemilihan pusat mengkaji semula dokumen  berkaitan termasuk senarai kehadiran perwakilan pada hari tersebut," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Khas Umno Bahagian Gopeng malam ini.

Katanya Umno Gopeng kesal dengan arahan yang dikeluarkan itu kerana tanpa menyatakan sebarang alasan.

Beliau berkata Umno Gopeng berasa hairan kerana bukti-bukti kukuh jumlah keluar mengundi dan kertas undi yang telah dikeluarkan tidak disemak sedangkan kedua-dua perkara itu menjadi bukti utama sama ada berlaku sebarang penyelewengan ataupun tidak dalam pemilihan lepas.

"Pemilihan (semula) tidak sepatutnya diadakan dan (kami) memohon supaya diberi keadilan dan masalah ini tidak sampai ke peringkat akar umbi," katanya.

Dalam pemilihan sayap parti pada 12 Oktober lalu, Hamidah yang juga Ketua Penerangan Wanita Umno pusat gagal mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng apabila tewas kepada bekas Ketua Puteri Umno bahagian itu, Juliliyana Mohd Junid dengan majoriti 20 undi.

Sementara itu, Juliliyana berkata beliau dan pengadu diminta menghadirkan diri ke Ibu Pejabat Umno pusat pada Isnin lepas untuk berbincang mengenai perkara tersebut.

"Keesokan harinya (26 Oktober) saya dapat berita dari jawatankuasa pemilihan bahawa pemilihan semula jawatakuasa akan diadakan semula Sabtu ini," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Perhubungan Umno Perak, Datuk Khusairi Abdul Talib berkata, Jawatankuasa Pengurusan Badan Perhubungan Umno negeri menyerahkan kepada Ibu Pejabat Umno dan Jawatankuasa Pemilihan parti untuk mengendalikan pemilihan semula jawatankuasa Pergerakan Wanita Umno Bahagian Gopeng. - Bernama

SELANGOR PUSAT WANITA BERDAYA (PWB) AKAN DI LANCARKAN HARI INI 28HB NOVEMBER 2013 JAM 4.00 PETANG DI PERKARANGAN LETAK KERETA STADIUM SHAH ALAM.



Hari ini, 28 November 2013, pelancaran SELANGOR Pusat Wanita Berdaya ( PWB) MART di perkarangan letak kereta Stadium Shah Alam kira-kira jam 4.00 petang.

Pelancaran akan di lakukan oleh YB Puan Hajah Rodziah Ismail Exco Kerajaan Negeri Selangor Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita merangkap ADUN Batu Tiga.

Ianya merupakan  fasa awal untuk mengembang rangkaian usahawan dan membina pasaran produk-produk Pusat Wanita Berdaya (PWB) di negeri Selangor.

Semua warga Selangor dijemput untuk bersama meraikan serta menyaksikan suatu detik bersejarah dalam mengangkat ekonomi wanita Selangor khasnya dan negara amnya.

Ayuh, kita semua ke sana petang ini.

WANITA BERDAYA, SELANGOR BERJAYA, KELUARGA BAHAGIA.

Wednesday 27 November 2013

TNB POTONG BEKALAN ELEKTRIK KERANA PENGGUNA BERHUTANG SEBANYAK 1 SEN ??????


Seorang pengguna di Kuantan,  Pahang, telah menerima notis arahan pemotongan bekalan elektrik dari Tenaga Nasinal Berhad (TNB) kerana berhutang dengan TNB sebanyak 1 sen sahaja.

Hanya berhutang sebanyak 1 sen ...  TNB sanggup potong bekalan .. bagi Omak Kau itu sudah teramat zalimlah.

Miskin sangat kah TNB sekarang sampai pengguna berhutang sebanyak 1 sen pun di kejar sampai lubang cacing???

Tiap tahun bukan main lagi cerita untung ratusan juta ringgit .. pengguna tertunggak 1 sen pun beri notis nak potong bekalan.

Langsung tiada sifat ehsan sedikit pun.


PERSATUAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) MERUNGUT TEMPAT LETAK KERETA YANG DIKHASKAN UNTUK MEREKA KENA REMBAT SELALU!!!



KUALA KANGSAR - Orang awam diminta lebih prihatin dan bertimbang rasa dengan tidak menggunakan kemudahan yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah ini untuk orang kurang upaya (OKU).

Presiden Persatuan OKU Sungai Siput dan Kuala Kangsar (Pokusk), Tang Ah Lik berkata, kemudahan yang disediakan itu bertujuan memudahkan pergerakan OKU melakukan tugasan seharian mereka.

Justeru, sikap tidak prihatin segelintir orang awam bukan sahaja menyukarkan mereka malah mereka kadangkala terpaksa membatalkan niat untuk berurusan kerana perkara tersebut.

Tambah Ah Lik, antara kemudahan untuk OKU yang  sering digunakan orang awam adalah petak tempat letak kereta.

“Tempat parkir khas bukannya banyak disediakan untuk OKU, biasanya di satu kawasan itu ada dua atau tiga. Itu pun orang awam hendak ambil sedangkan banyak parkir lain.

“Bertimbang rasalah pada OKU kerana keadaan mereka yang serba kekurangan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berharap agar petak parkir untuk OKU dibuat dengan saiz yang lebih besar berbanding tapak parkir biasa.

“Bila ada kereta lain parkir bersebelahan dengan  parkir khas untuk OKU, sukar  untuk golongan tersebut keluar dan masuk kereta kerana ruang yang sempit.

“Kami harap sangat agar tapak parkir ini diluaskan untuk memudahkan pergerakan golongan OKU,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain itu, Ah Lik memaklumkan dia ada mendengar rungutan daripada ahli persatuan yang mahukan perkhidmatan lebih baik disediakan untuk OKU khususnya ketika berurusan di pejabat kerajaan.

Menurutnya, ada antara ahli terpaksa beratur panjang untuk membayar bil atau menjalankan urusan lain dan situasi itu sedikit sebanyak mengecewakan mereka.

“Kadangkala, ada orang awam tidak peka dengan keadaan mereka dan hanya membiarkan mereka beratur panjang bersama orang lain.

“OKU berharap agar layanan baik diberikan  kepada mereka kerana ia dapat memudahkan segala urusan harian,” katanya.

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SHAH ALAM TELAH MENGELUARKAN WARAN TANGKAP TERHADAP PAPAGOMO!!!!



Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini telah mengeluarkan waran tangkap keatas blogger pemfitnah nombor satu dunia, bekas banduan yang kena tangkap oleh SPRM kerana ambil rasuah RM400 dari seorang penagih dadah, Papagomo atau nama sebenarnya mengikut dalam MyKad, Wan Mohamad Azri b Wan Deris kerana enggan hadir bicara di mahkamah mengenai kes melibatkan hak penjagaan dua anak perempuannya.

Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili bekas isterinya, Bellina Omar Sharifuddin Chin supaya satu waran tangkap dikeluarkan berikutan kegagalan responden untuk hadir ke mahkamah berhubung pelanggaran perintah hak jagaan sementara dan penyerahan dua anak perempuannya.

Sebelum itu, mahkamah pada 2 September lalu memerintahkan Wan Muhammad Azri menyerahkan dua anak mereka, Wan Cassandra yang berusia empat tahun dan Wan Camillea, dua tahun kepada bekas isterinya namun, dia ingkar untuk berbuat demikian.



Dengan bekas bini pun kecut perut nak bersemuka dalam Mahkamah .. inikan pula nak lawan DSAI.


BERITA YANG PASTI BUAT PARA PENYOKONG UMNO BERASA SYUKUR .... AIR SUAM KINI 70 SEN SEGELAS!!!!



Pergh!!!! Sudah pasti para penyokong, pendokong dan ahli-ahli UMNO apabila melihat resit ini akan berasa megah dan gembira serta bersyukur.

Mau nya tidak .. sekarang segelas air suam di jual dengan harga 70 sen ... Menunjukkan negara kita kini sudah maju setaraf Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan.

Bersukurlah kita dan ucapkan jutaan terima kasih kepada UMNO dan para pemimpinnya terutamanya Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor.

Kita sudah ubah gaya hidup kita .. dulu tahun lepas paling mahal segelas air suam tuan punya restoran akan caj paling mahal 30 sen .. kini sudah menjadi 70 sen.

Siapalah kita tanpa UMNO/BN ... kalau bukan UMNO/BN yang memerintah negara ini,  pasti kita masih lagi minum air telaga dan sungai serta tinggal dalam hutan atas pokok pakai cawat daun.

AKHIRNYA SAMPAI JUA WAKTU YANG DI TUNGGU-TUNGGU ..... MULAI ESOK USTAZ KAZIM ELIAS AKAN BERHENTI BERCERAMAH!!!



Pada 18hb Mei 2013 yang lalu, Ustaz Kazim telah memberitahu satu dunia betapa mulai 28hb November 2013 beliau akan berhenti memberikan ceramah.

Alasan diberikan ialah kerana kecewa di tuduh sebagai Ustaz Politik, di fitnah konon dan di cerca selain di maki hamun dalam Facebook serta di ugut mau memukul dan membunuh dirinya.

Lagi pun katanya dirinya tidak beberapa "sihat" selain rumahnya ada pihak cuba menyimbah asid.

Esok ialah 28hb November 2013 .. Tarikh keramat yang di ikrar oleh Ustaz Politik Kazim Elias.

Kita tengok .. dia ni jenis pegang pada janji atau tidak ataupun saja nak cipta gempar heboh untuk dapat simpati rakyat demi menaikkan rating beliau.

Demi berlaku adil maka Omak Kau perturunkan semula apa yang di ucapkan oleh Ustaz "Politik" Kazim Elias ini.

“Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.

“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.

Katanya, kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak.

Selain itu, menurutnya, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka.

INILAH WAJAH SEPASANG SUAMI ISTERI YANG MENGURUNG RAKYAT MALAYSIA SEBAGAI HAMBA PSIKOLOGI DI LONDON LEBIH KURANG 30 TAHUN LAMANYA.



Ini adalah gambar pertama suami isteri dituduh mengurung tiga wanita di sebuah rumah di London sebagai hamba selama lebih daripada 30 tahun.

Aravindan Balakrishnan dan isterinya  Komrad Chanda dilihat di suatu inkues pada tahun 1997 mengenai kematian salah seorang dari pengikutnya Sian Davies.

Chanda digambarkan di kerusi roda dengan suaminya berdiri di sebelah beliau.

Balakirshnan - yang memanggil dirinya Komrad Bala - telah ditangkap minggu lalu bersama-sama dengan isterinya kerana disyaki terlibat dalam kesalahan perhambaan psikologi lebih dari 30 tahun dan imigresen.

Polis berkata, mereka berjaya membebaskan tiga wanita .. seorang darinya ialah warga Malaysia berumur 67 tahun dipercayai Siti Aishah Abdul Wahab.

Aishah belajar di sebuah sekolah antara yang paling elit di Malaysia, Kolej Tunku Kurshiah Seremban dan mendapat anugerah biasiswa Komanwell untuk belajar dalam bidang Juruukur Bahan di London.

Dia berlepas ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi kemudiannya terlibat dengan kegiatan politik melampau yang menyebabkan dia melupakan segala-galanya untuk mengikut ajaran Maoist.


Dia terpengaruh dengan Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda, yang telah ditangkap minggu lalu atas dakwaan menahan tiga wanita tanpa kerelaannya melebihi tiga dekad di London.

Tuesday 26 November 2013

SALAH SEORANG PENYUMBANG BUKU 50 DALIL PUN LAHIRKAN RASA AMAT HORMAT KEPADA DSAI DAN KUTUK MUHYIDDIN YASSIN!!!!


Omak Kau dari dulu tidak pernah menyukai mamat ini kerana pada pandangan Omak Kau secara ikhlas dan jujur beliau ini seorang oportunis .. tapi bab ini Omak Kau rasa di berkata jujur.

Suatu kelebihan yang ada pada tubuh DSAI ialah dia tidak pernah berdendam kesumat kepada sesiapa pun .. waima kepada individu yang terlibat dalam menganiaya dirinya sampai terhumban dalam penjara selama lebih 6 tahun lamanya... DSAI sentiasa bersangka baik dengan sesiapa pun .. satu sifat mulia yang selalu di ambil kesempatan pihak lawan untuk dijadikan suatu kelemahan.

Dari pemerhatian dan pengalaman Omak Kau berinteraksi dengan DSAI ... memang benar apa yang dikatakan oleh blogger UMNO ini ... hubungan awam DSAI memang hyper First Class ... tiada tolok bandingnya dengan para pemimpin UMNO yang sedia ada dan yang lalu.

Tabik spring bertingkat kepada DSAI  ... perlu para pemimpin PR yang lain mencontohi sikap yang di tonjolkan oleh DSAI jika mau tawan dan pikat hati rakyat terutamanya pihak lawan.

EDISI KANTOI!!! ... BUKANNYA 11 KETUA CABANG KEADILAN YANG KELUAR PARTI TETAPI HANYA 5 ORANG SAJA!!!!!

Pagi tadi bukan main lagi seronoknya Najib Razak selaku Presiden UMNO memberitahu satu dunia kononnya 11 Ketua Cabang Parti KeADILan Rakyat Negeri Sabah telah keluar parti.

Hari ini penipuan itu dideahkan oleh seorang ahli KeADILan bernama Jonathan Yasin... Beliau berkata di dinding laman sosialnya Facebook dengan kata-kata...

"Mengikut pemerhatian saya adalah tidak benar 11 Ketua Cabang PKR yg keluar. Hanya 5 Ketua Cabang (Kota Marudu/ Beluran/Kinabatangan/Silam/Semporna) dan 3 Pemangku Ketua Cabang (Kudat/Inanam/Pensiangan) yg saya kenal pasti dari dulu. Angki Adek, Muhd Jun, Solo Yuna, Jelani Hamdan dan Jeremy Malajad tidak pernah menjadi Ketua Cabang PKR Sabah".

Jelas sekali Najib Razak amat mudah di tiupu oleh para pengampunya ... Perkara se asas dan semudah ini pun beliau boleh di tipu ataupun beliau tahu tapi sengaja nak menipu. Wallah wuakhlam.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...