Friday 3 January 2014

ISU RAMPASAN BIBLE OLEH JAIS ... KENYATAAN AKHBAR KETUA PENERANGAN PKR (KEADILAN).



Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menyatakan rasa perihatin untuk melihat konflik yang timbul antara JAIS dengan Persatuan Bible Malaysia dapat diselesaikan dengan segera dalam suasana yang harmoni, adil dan jujur. Konflik dan ketegangan yang melanda negara masa kini menampakkan dengan jelas bahawa perhubungan dan persefahaman rakyat Malaysia yang majmuk – pelbagai agama dan etnik – masih berada ditahap meresahkan dan membimbangkan serta perlu kepada usaha penyelesaian yang segera.

Justeru, KEADILAN menawarkan diri untuk mengambil inisiatif bagi mempertemukan semua pihak yang terlibat duduk dalam satu meja perundingan. Kami berpendapat salah faham, prejudis dalam kalangan sebahagian penganut-penganut agama Islam dan Kristian seperti yang telah berlaku kebelakangan ini boleh diselesaikan secara praktis dan harmoni meskipun terdapat beberapa halangan.

Amalan tersebut bertepatan dengan perintah Allah (SWT) seperti yang termaktub di dalam al-Qur’an:

“..Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan peperangan dan keduniaan. Kemudian apabila kamu telah berazam (sesudah mesyuarat untuk membuat sesuatu), maka bertawakallah kepada Allah (SWT), Sesungguhnya Allah Maha Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.”
(Surah Ali ‘Imran: 159).

"Serulah ke jalan Tuhanmu wahai Muhammad dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berdebatlah (berdialog) dengan mereka dengan cara yang lebih baik."
(Surah An-Nahl : 125)

KEADILAN yakin pendekatan berhikmah dalam menangani isu-isu keagamaan adalah cara yang terbaik bagi mengelakkan ketegangan antara penganut-penganut agama Islam dan Kristian di negara ini berterusan. Sesungguhnya ketegangan hidup beragama adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip beragama, Perlembagaan Malaysia dan amalan demokrasi.

Justeru, antara perjuangan utama KEADILAN adalah untuk menjamin kedamaian hidup beragama berasaskan nilai-nilai keadilan sejagat dan juga perlembagaan negara. Bagi mencapai tujuan di atas, KEADILAN sentiasa menganjurkan supaya disuburkan budaya interaktif untuk mewujudkan iklim yang kondusif ke arah kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.

KEADILAN berharap dialog dan perunding yang bakal dianjurkan nanti akan dapat:

Menyuburkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan budaya dialog antara masyarakat Malaysia yang majmuk ke arah Malaysia yang aman dan makmur.

Menyediakan medan sesuai yang bersifat interaktif untuk para peserta saling mengenali sebagai asas komunikasi positif dan bermanfaat untuk masyarakat pelbagai agama.

Mengumpul pandangan secara objektif berkaitan keresahan dan kebimbangan sebenar masyarakat pelbagai agama untuk diusahakan jalan penyelesaian terbaik oleh semua pihak.

KEADILAN berharap semua pihak yang terlibat tidak terperangkap dengan agenda musuh yang mahu melihat hidup aman dan tolaransi beragama menjadi musnah. Masyarakat berbilang agama di Malaysia selama ini telah berjaya membina suasana harmoni, saling hormat menghormati dan bertolak ansur.

Dr Muhammad NurManuty
KetuaPenerangan PKR
3hb Januari, 2014
Tel: 019-3328302
Email: dr_manuty@hotmail.com

10 comments:

  1. Di Malaysia mesti banyak Quran dwi bahasa . agar pembaca faham makna.Tak payah ikut bible yang diterjemah terus ke bahasa melayu. Kita di momokan oleh penjajah supaya pandai baca tapi tekanan tentang memahami tidak langsung di beratkan.Ini lah kesilapan pelajaran ugama di negara ini, pemerintah sengaja mahu rakyat tak faham ilmu Islam dengan betul.supaya mereka boleh selari dengan perangai burok mereka.Soal injil bahasa melayu dah lama ada di indonesia dan malaysia cuma lani perasan. Pengertian bahasa Al Quran harus di wajib kan untuk semua pelajar Islam agar mereka betul betul faham setiap huruf Al Quran agar tak mudah terpesong. di samping lakukan apa saja ibadah yang Allah SWT wajib keats kita.Hanya Islam dengan hidayah Allah SWT saja penyelamat. negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelirulah aku lagu ni, suam suam kuku lagi PiEm kata "Omnu tempat rakyat berpaut" macamana pulak awak kata Hanya Islam dengan hidayah Allah SWT saja penyelamat. negara.

      Ini kalau TokPeti Harossanasini tahu naas awak, haros akan dihalalkan kencin berak awak.

      Parak lagu ni

      Delete
  2. Mahkamah telah membuat keputusan melarang bible terjemahan BM begitu juga kalimat Allah dilarang penggunaannya pd penganut agama lain. Titah Sultan juga selari dgn keputusan mahkamah, sedangkan ia bercanggah dgn perlembagaan. Timbul kekeliruan kpd Jais untuk bertindak dan penganut kristian pula merujuk kepada perlembagaan. Disebabkan percanggahan itulah maka terhasil pertembungan. Tentu ada yg tidak kena dlm situasi ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam situasi ini elok bertanya kepada Enche Idris Jala, semoga dengan itu dapat menghilangkan segala kekerohan dan kusut misai itu. Siapa yang telah memberi kebenaran 35,000 naskah Al-Kitab Berita Baik yang sangkut di pelabohan itu diambil oleh pihak pengimpot.

      Semoga pekara ini dapat difahami oleh sekelian rakyat jelata dari berbagai lapisan anutan kefahaman ugama, and then nampaklah di dahi siapa tertulis huruf "kaf fa ro" sehingga orang ummi pun tahu membacanya

      Delete
  3. Eli... Eli.. lama babakhtani

    Semua orang tahu bahawa Isa/Yesus bertutur Suryani
    Bagaimana pulak boleh ada kalimat "Allah" pulak

    Jika mereka mempertahankan kalimat "Eli" lebih menasabah

    Adalah lebih baik jika mereka TIDAK MELUPAKAN kalimat berikut :-
    "Hikko man takkim, dey khullo Mahammaddim, zey doddi ve zer 'im, ve not Zerusalem" ini lebih baik bagi mereka.

    ReplyDelete
  4. PKR mana berani rampas bible.. PAS pun tak berani.. jadi jangan salahkan PKR.. sekian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pala hotak ko nak rampas bible!pkr ada ahli dari kristian india, cina. keimanan kami sama. kami umpama saudara sehidup semati. HIDUP PKR!


      PAS lantaklah. Dia parti Islam. dia nak rampas nak begaduh dia punya pasal.

      Delete
    2. Anonymous3 January 2014 20:34 tulis pkr ada ahli dari kristian india, cina. keimanan kami sama.
      er... melayu takde ker??

      Delete
  5. Mamak mana ni? mamakkk oh mamakkkk. Ko masuk PAS la lagi elok. Islam2. Ingat PKR ni parti islam ka.haiyaaa.Kami pkr ada mcm2 olang ada sini woo

    ReplyDelete
  6. Dalam isu rampasan Bibile versi bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah telahpun menjadi satu isu nasional dengan sokongan dari pelbagai pihak termasuk ulamak, mufti dan pelbagai NGO. Tetapi PKR masih mempertahankannya lanataran ia adalah sebuah parti yg bukan berasaskan ugama tetapi pluralisasi ugama. Maka kita tidak terkejut "mamak" ini yg dulunya adalah jasad dari ABIM, tetap mempertahankan ideologi parti bagi menyisihkan pegangan uagama Islam.

    Sila ikuti kupasan saya mengenai isu ini di sini :

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2014/01/isu-kalimah-allah-dan-rampasan-bible.html

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...