Thursday 24 April 2014

AHLI PARLIMEN YANG GELAR KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG (MPPP) SEBAGAI KUCING KURAP KINI DISANJUNG OLEH PARA MACAI UMNO HANYA DISEBABKAN DIA DESAK AGAR MB SELANGOR DI PECAT!!!!!



Dulu masa dengan lantang kencang gelar kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai kucing kurang bukan main lagi hiruk pikuk kecoh macam nak terbalik dunia para macai UMNO desak agar ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi tarik balik kata-kata menghina itu ..

Satu tindakan biadap dan kurang ajar sampai ugut nak buat demo.

Jom kita terjah sejarah perangai dan gelagat Ahli Parlimen Jelutong yang buat bukan sahaja kakitangan awam marah malahan membangkitkan rasa meluat rakyat tempatan betapa sikap angkuh dan sombong sudah meresap dalam tubuh badannya.

GEORGETOWN  17 Nov 2013- Lawatan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun ke pasar awam Jelutong di sini pagi semalam bertukar kecoh apabila 'diserang' seorang kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Ia gara-gara rasa tidak puas hati lelaki berkenaan terhadap kenyataan Jeff Ooi sebelum ini yang menghina kakitangan MPPP dengan gelaran kucing kurap (small fry).

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, Jeff Ooi yang sedang memberi taklimat kepada beberapa wartawan yang mengikuti lawatannya mengenai masalah peniaga tanpa lesen sebelum didatangi kakitangan MPPP itu bersama isterinya.

Mohd Rofi Osman bersama isterinya, Aminah Abdullah pada mulanya hanya mendengar taklimat yang disampaikan Jeff Ooi namun apabila wartawan memintanya mengulas isu gelaran kucing kurap secara tiba-tiba Mohd Rofi 'naik angin' dan mendesak supaya ahli parlimen itu menarik balik kenyataannya itu.

Jeff Ooi dan beberapa pengikutnya kemudian terus meninggalkan kumpulan wartawan dan beredar dari pasar berkenaan.

Mohd Rofi yang berkhidmat di Bahagian Kesihatan Vektor MPPP berkata, Jeff Ooi tidak sepatutnya mengherdik kakitangan MPPP dengan memberi gambaran dan gelaran sedemikian.

Beliau berkata, gelaran kucing kurap adalah keterlaluan dan menjatuhkan maruah penjawat awam sekali gus menonjolkan sifat sebenar ahli parlimen berkenaan yang kurang ajar.

"Kita mahu Jeff Ooi tarik balik kenyataan itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka melalui semua media di negara ini. Siapa dia untuk memberi gambaran sedemikian terhadap penjawat awam?

"Lupakah dia bahawa ada dalam kalangan 'kucing kurap' ini yang membantu memenuhi impiannya untuk menjadi ahli parlimen,"katanya ketika ditemui media di sini hari ini.

Pada 20 November lalu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan Jeff Ooi membidas tindakan MPPP yang bertindak menghantar pegawai berpangkat rendah untuk satu sidang akhbar bersamanya di Pasar Jelutong.

Akhbar itu juga melaporkan, Jeff Ooi turut menggambarkan pegawai yang hadir itu sebagai kucing kurap kerana tidak bersedia dan tidak menyediakan perangkaan mengenai aduan penjaja di pasar itu.

Mohd Rofi berkata, akan terus menjejaki Jeff Ooi ke mana sahaja programnya di sekitar kawasan ini bagi menuntutnya menarik balik kenyataan itu.

"Sepatutnya sebagai ahli parlimen, dia  bertindak lebih profesional. Cuba bayangkan kalau sehari tiada pekerja MPPP, bolehkan dia tidur dengan lena?

"Baru menjadi ahli parlimen sudah berani menghina penjawat awam, bagaimana pula agaknya nanti selepas mereka berjaya menawan Putrajaya?" katanya.

Sementara itu, Aminah menggesa Yang Dipertua MPPP, Datuk Patahiyah Ismail supaya tampil mempertahankan maruah kakitangannya.

Aminah yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan Insan Mulia berkata,sebagai ketua kepada semua kakitangan MPPP, Patahiyah perlu segera tampil mempertahankan maruah kakitangannya dan bukan berdiam diri apabila kredibiliti warga MPPP dipijak oleh orang lain.

"Kita juga mahu Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengambil tindakan ke atas Jeff Ooi kerana jika berdiam diri, ia seolah-olah menunjukkan Setiausaha Agung DAP itu senada dengan Ahli Parlimen Jelutong ini," katanya.

GEORGETOWN  1 Disember 2013- Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi membuat kejutan naik ke pentas utama tanpa dijemput dan mengemukakan permohonan maaf kepada kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPP) kerana menggelar mereka kucing kurap.

Pada mulanya beliau dilihat mendiamkan diri ketika ucapan Karpal yang menegurnya berhubung isu itu.

Jeff Ooi kemudiannya mengumumkan beliau memohon maaf kepada semua kakitangan MPPP setelah diminta Karpal ketika Kovensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2013, hari ini.

Menurutnya, beliau hanya mengikut nasihat Pengerusi DAP Kebangsaan dan bukan orang lain

Sebelum itu Pengerusi DAP dilaporkan telah berkata semua kakitangan dan pegawai MPPP sama ada berpangkat rendah atau tinggi perlu dihormati.

Menurutnya, tindakan Jeff Ooi itu keterlaluan dan menghina penjawat awam.

Beliau meminta Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi supaya meminta maaf kepada semua kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berikutan ketelanjurannya menggelar kakitangan pihak berkuasa tempatan itu kucing kurap.

23 April 2014 ...Disebabkan catuan air yang berpanjangan, seorang Ahli Parlimen DAP, Jeff Ooi menuntut agar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat kerana didakwa gagal mengatasi masalah tersebut.

Jeff Ooi, Ahli Parlimen DAP Jelutong dilaporkan Malaysiakini berkata, masalah bekalan air itu menyulitkan urusannya hingga terpaksa “mandi kerbau” (mandi cincai) setiap kali pulang ke kediamannya di Subang Jaya.

“Saya merupakan seorang pembayar cukai di Selangor sejak bertahun-tahun lamanya kerana saya memiliki rumah di Subang Jaya.

“Kami tidak pernah menghadapi catuan air yang berlarutan begitu lama seperti ini, malah semasa pentadbiran BN sekalipun.

“Kegagalan Pakatan adalah kegagalan Pakatan. Masa Khalid sudah tamat. Pecat orang ‘tidak guna’ ini,” katanya.

Ahli Parlimen DAP berkenaan turut memuatkan satu gambar bilik air yang menempatkan empat bekas takungan air.

Tulisannya itu mendapat perhatian meluas rakannya di Facebook yang meninggalkan lebih 80 komen di tulisan tersebut.

Para pengikutnya itu antara lain bertanya sekiranya beliau yakin pengganti Khalid akan dapat menunjukkan prestasi lebih baik dari sedia ada.

Mengulas komen tersebut, Jeff Ooi menyoal kembali mengapa perkara itu tidak boleh dilakukan.

“Jika penyandang timbalan presiden PKR Azmin Ali lebih baik daripada Khalid, kenapa tidak?,” katanya.

Abdul Khalid dalam kenyataan hari ini berkata Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk menghentikan catuan air yang dilaksana sejak Mac apabila paras air di Empangan Sungai Selangor meningkat ke 42 peratus.

Namun, katanya, setakat pukul 8 pagi ini, paras air di empangan itu masih berada di bawah paras kritikal iaitu 38.97 peratus dengan jumlah takungan 89.63 juta liter padu.

“Seperti yang diumumkan semalam kerajaan negeri telah mengenal pasti usaha untuk menambah bekalan air mentah dan jika hasilnya positif, kita bersedia untuk mengkaji semula pelan catuan air,” kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

PERLU INGAT .. KALAU DAH TARAF AHLI PARLIMEN SANGGUP DAN TERGAMAK PANGGIL KAKITANGAN AWAM SEBAGAI KUCING KURAP DAN BERDEGIL KERAS KEPALA ENGGAN MINTA MAAF HANYA MOHON MAAF SETELAH MENDIANG YB KARPAL SINGH SURUH ... SEBELUM ITU YAB LIM GUAN ENG MINTA DIA MOHON MAAF DIA ENGGAN .... APA YANG BELIAU TIDAK SANGGUP HAMBURKAN...


BEZA ANTARA PEMIMPIN BERJIWA BESAR DENGAN YANG CAKAP BERDEGAR-DEGAR BESAR.

36 comments:

  1. kahkahkahkahkahkah... macam omakkau bila Khir Toyo cakap BN tak perlu bertanding terus omakkau puji melangit Khir Toyo.. Bila Dr. MAZA kutuk BN omakkau puji melangit bila dia cakap PR membazirkan duit rakyat sebab adakan PRK Kajang senyap terus... kahkahkahkah... apapun omakkau yang buka pekung di buah dada... kahkahkahkahkah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesilapan PR mungkin 10%. Kesilapan n salahurus negara oleh UMNO/BN lebih dari 100K%....

      Delete
    2. Kalo serba tahu sangat, sila buat laporan polis dan SPrM.. kemukakan semua bukti yang ada wahai anon 16:24. Jangan cakap berdegang je mcm jeff ooi. Kalo tak.. apa yg ko cakap hanyala sebagai fitnah.. paham2la hukumnya.

      Delete
    3. 1733......kes rasuah melibatkan mantan mb dibawa ke sidang parlimen.dimaklumkan bahawa sprm punya cukup bukti untuk mendakwa tapi hingga kini AG sonyap jer.1733 tolong jawab....isa samad dan yg lain lain didapati bersalah oleh lembaga disiplin umno kerana rasuah politik.apa tindakan dari sprm.tiada.lu komen mcm gampang bangang.BUKTI konon.wajar dan selayak nyer kebebalan hangpa pencacai umno merelakan diri dibaruakan oleh mca.

      Delete
  2. PERLU INGAT .. KALAU DAH TARAF AHLI PARLIMEN SANGGUP DAN TERGAMAK PANGGIL KAKITANGAN AWAM SEBAGAI KUCING KURAP DAN BERDEGIL KERAS KEPALA ENGGAN MINTA MAAF HANYA MOHON MAAF SETELAH MENDIANG YB KARPAL SINGH SURUH ... SEBELUM ITU YAB LIM GUAN ENG MINTA DIA MOHON MAAF DIA ENGGAN .... APA YANG BELIAU TIDAK SANGGUP HAMBURKAN... 

    BEZA ANTARA PEMIMPIN BERJIWA BESAR DENGAN YANG CAKAP BERDEGAR-DEGAR BESAR.

    kahkahkahkah... dulu omakkau jugak yang pertahankan jeff oii...kahkahkahkahkah.. politik... politik demokrasi!!!!

    ReplyDelete
  3. omakkau membuka pekung di buah dada!!!!

    ReplyDelete
  4. Najib panggil peneroka haramjadah adalah ayat suci dan murni dan disahkan oleh mahkamah..

    kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau takdak idea nak komen tak payah komen.. nampak sangat bangang tu!!! atau kau nak cakap Jeff Ooi hanya cakap kucing kurap... kiranya kau ni nak menentang Tan Sri Khalid!!!

      Delete
  5. salah isu ni bang.. orang isu jeff ooi dia isu najib.. bangang ka bodoh ni!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa pulak kata2 macai PR sekarangni!!! Jeff Ooi yang mereka sentiasa sokong apa saja kata2 beliau!!!

      Delete
  6. Aik! salah tajuk ke bhai.bukan puak macai yg selalu kua tajuk.bhai bru isap gam kasut ke.

    kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkahkah.. lu sokong omakkau ke jeff ooi???

      Delete
  7. ABU bhai.yg lain semua sokong,walau yahudi sekalipun.omakau betul jeff betul..

    kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkahkahkah.. omakkau keseorangan menentang penentang Tan Sri Khalid ( jeff ooi)..kau pun kata jeff betul...

      Delete
  8. Yg xbetul komen la bhai.gagap2 ts khalid pun bsar jasa dia kt rkyt selangor.msa umno dulu dok sibuk isi poket kroni je.

    kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya komen jeff ooi supaya pecat tan sri khalid tu tak betulla kan??? susah sangat ka bhai nak kata salah terhadap tindakan pemimpin DAP ni!!!

      Delete
  9. APA LAGI CINA DAP MAHU?? BILA MASA DAP BAYAR CUKAI AIR??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau cina dap tak mintak maaf pkr penang tak akan tolong prk gelugor.

      Delete
  10. Masa BN perentah Selangor dulu ada masalah catuan air bukan sehaja dibawah PR. Apa lah yg beria sangat marahkan Tan Seri Khalid. Allah dah tak tunkan hujan bagaimana nak ada air sabar jelah.Banyak kan doa kepada Allah supaya hujan turun dan dapat memenuhi stock simpanan air di Selangor. Adalah tu musibah nya kita kena berbalik kepada rukun iman yg keenam QADHA DAN QADHA Allah.Jefri oi tu kafir mana dia tahu qadha DAN qadha ini habeh hangpa nak ikut cara dia. Dia mati masuk neraka hangpa juga nak masuk neraka. Bismillah hirabilalamin (segala puji bgi Allah pencipta sekelian alam). Alam ini milik Allah suka Allah apa nak dibuatnya kalau umat manusia ini dah terlalu banyak mengingkari perintahnya. Kat Selangor apa maksiat yg tak ada dari sekecil maksiat hingga sebesar besar maksiat. Terima lah belanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeff ooi mati masuk neraka??? abis masa karpal lain pulak bunyinya!!!

      Delete
    2. Alhamdulillah percaya kepada Qada' dan Qadar.. jangan bila kalah PRU lupa akan ketentuan itu..

      Delete
  11. isu Mh 370 lg besar bhai,najib xkena buang pun.

    kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian la mamat ni sorang.. Jeff ooi bhai.. bukan najib!!!

      Delete
  12. Apa pula bismillahirabilalamin. Alhamdulilah hirabialamin. Aq setuju dengan pendapat anoy 13.43 berbalik kepada kuasa Allah qadha dan qadhak.

    ReplyDelete
  13. Kaki maksiat kat sgr dah tentu dr puak anti hadis.diaorang mengucap x guna nama nabi muhammad.mak bapak dulu jdi bohsia dan bohjan lahirlah anak yg jahil dan menentang ulamak.

    kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesan ketaksuban dan keketuman tak hilang lagi!!!

      Delete
  14. Woi OOI boddo piang kenapa tak hentam CEO syabas yg gaji 1/2 juta sebulan tu... sebab dia lah kerajaan negeri berhempas pulas menyelesaikan masalah air ni.. patutnya syabas kena satlekan masalah air ni sebab berniaga untung berlipat ganda tapi kerajaan selangor yg dapat balanya.. Babi kontoyong ko OOI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeff Ooi dah dimaki babi oleh pengikut PR.. tetapi dulu waktu karpal mereka pesan jangan maki orang kafir!!!

      Delete
    2. non 1428; jgn mudah terpedaya, yg mencaci tu biasanye macai umno... biasalah byk parasit suke menyamar kat blog pr... dah blog macai sunyi sepi penuh ngan sampah...

      Delete
  15. Siapa yg taksub? najib rasuah,liwat tuya,janji munafik.tp umno hidup sampai sekarang.

    kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak taksub lagi??bila tuduhan nuar liwat saiful kau kata boleh dikenakan hukum 80 kali sebatan dalam Islam tuduh seseorang melakukan liwat atau zina tanpa 4 saksi.. tapi bila tuduh najib tanpa 4 saksi tu kau buat!!! tak taksub lagi namanya tu.. bertaubatlah!!!

      Delete
  16. Ini sumer poyo.....haktuihhhhhh

    ReplyDelete
  17. sirul dan azilah tu pegawai khas najib.ada saksi pun x jalan bhai.

    kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. saiful mangsa.. dan dia yang lapor.. kenapa kau taknak percaya???

      Delete
  18. pda hemt aku YB Jelutung ni ada pykit mental yg x dketahui umum. krna x sptutnya seorg YB bolh brkta dmikian rupa pda rakn politknya dn lagi sblm ni byk mslh yg bukn2 dlakukn olh bliau pd masyrkt.kpd YB lim guan eng tolg pantau prilaku YB ni yg bolh meroskn nma dn rakn PR.

    ReplyDelete
  19. Ini sumer poyo.....haktuihhhhhh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...