Tuesday 25 November 2014
WALAPUN DIANCAM DENGAN TINDAKAN SAMAN RM15 JUTA .... UTUSAN TERUS SERANG ADNAN YAAKOB ... KALI INI DEDAHKAN ISU TASIK CINI YANG GAGAL DIKAWAL SELIA AKIBAT PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN YANG TIDAK TERKAWAL.
Utusan Malaysia mendedahkan kegagalan kerajaan negeri Pahang memelihara Tasik Chini hingga terjejas akibat pembangunan dan penerokaan tidak terkawal, selepas diancam saman RM15 juta daripada Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.
Dalam laporan khas hari ini, Utusan melaporkan tasik tersebut berada dalam keadaan bahaya akibat aktiviti perlombongan, pembalakan dan perladangan yang berleluasa.
Memetik laporan dibuat Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan tidak mengendahkan laporan mengenai keadaan tasik tersebut.
Pelbagai usaha dilakukan PPTC, termasuk bermesyuarat dengan exco kerajaan negeri, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan wakil istana bagi membincangkan masalah di Tasik Chini, kata laporan itu, seperti dipetik Utusan.
Bekas Ketua PPTC UKM, Datuk Dr Mushrifah Idris dipetik berkata dalam akhbar itu, tasik tersebut penting kerana diiktiraf sebagai rizab Biosfera oleh Unesco.
"Kita sekarang tidak banyak tasik asli. Yang ada hanya dua iaitu Tasik Bera yang dipilih sebagai kawasan tanah lembap berkepentingan antarabangsa di bawah Konvensyen Ramsar dan Tasik Chini yang diiktiraf sebagai rizab Biosfera oleh Unesco. Tak kan dua tasik ini pun kita tidak boleh jaganya dengan betul," katanya.
Tasik itu dikatakan mengalami hakisan, bukit sekeliling gondol, tumbuhan sekitar mati, air berkeladak dan ikan juga sukar dilihat di tasik tersebut.
"Tiada tindakan serius diambil terhadap cadangan dikemukakan pakar setakat ini," kata Utusan.
Sekurang-kurangnya 20 tahun diperlukan untuk memulihara tasik tersebut.
Utusan baru-baru ini berdepan tindakan saman RM15 juta daripada Adnan susulan artikel yang mengkritiknya dalam sebuah artikel bertajuk "Hebat Sangatkah Adnan?".
Pada 9 November lalu, Utusan Malaysia membidas Adnan apabila menghina akhbar itu kerana berang dengan laporan mengenai kebanjiran 30,000 warga asing, terutama warga Bangladesh di Cameron Highland.
Awang mempersoalkan kehebatan menteri besar tersebut dengan berkata Adnan sudah terlalu selesa berada di kedudukannya hingga tidak dapat menerima kritikan.
"Awang seperti tidak percaya ada pemimpin bertaraf menteri besar yang berfikir seperti itu. Inilah masalahnya kalau sudah lama sangat sandang jawatan dan terleka dalam zon selesa sehingga takut dengan bayang-bayang sendiri.
"Ulat pun disangka ular. Beliau sepatutnya belajar dengan menteri besar lain yang mengambil positif dan menjadikan laporan media sebagai peluang menangani sesuatu isu dengan lebih berkesan.
"Ada laporan lebih panas melibatkan negeri lain tetapi menteri besarnya tidak melatah," kata Awang Selamat mengkritik Adnan.
Adnan menuduh akhbar milik Umno tersebut berdendam dengan beliau.
"Utusan sudah lama berdendam dengan saya, tiada yang mustahil.
"Utusan ini musuh lama. Mereka menghukum saya sejak dulu, jadi saya hukum mereka balik. Semuanya berkaitan dendam lama," kata Adnan dipetik dalam Utusan hari ini mempertahankan tindakan saman beliau.
ADNAN YAAKOB DAYS AS MB PAHANG ARE NUMBERED.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Surat kuning lg kut ....satu Pahang boleh hancuuus ini mcm ....adoooiyai...
ReplyDelete2.[41] (samb)
ReplyDeletedan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.
AL QURAN
Utusan
ReplyDeleteU-utusan
T-teruskan...
U-usaha
S-serangan demi serangan
A-adnan..?
N-nasib mu?
Adnan
A-adnan
D-dah tiba masanye....
N-negeri pahang..
A-aok bagi...
N-name MB baru........
Adnan kalau saman utusan sama jugak mcm menyaman umno, dia ade fikir ke?....ramai pemimpin2 umno sebelum ni jatuh sbbkn lidah rasmi umno ni, x kn adnan x tau ...
ReplyDeleteini semua permainan dalamn umno mnyerang dato adnan yg.telh datur secara rapi olh team B yg ingn mnjatuhkn.dato nan secara gerk gempur yh halus mgunkn plbagai sumber agr trcapai matlamt dato nan dsingkir dgnti dgn mb bru dri cslun te B.
DeleteAla Omak kau tak bestlah isu ni,cuba hentam Azmin sebab bagi pada adun pembangkang Selangor ciput je,Cuba kalau Khaldi ibrahim pegang semuala MB selangor pasti dia akan beri setaip dun 2.6 juta,kah,kah,kah
ReplyDeleteSedarlah......
Delete2.6 juta tu bukan duit bapak dia pun. Apa nak bangga sangat? Tu duit yg TSKI tolong simpankan sblm kena pecat dulu. Klu duit simpanan tu dah habis nanti, jgn harap la nak dpt 2.6 juta lagi....
Azmin untuk keadilan raya....hapuskan petualang yg menyekat keadilan raya walau pun orang kuat pkr sekski pun.....
ReplyDelete2.6 juta tu nak buat hapa?
DeleteSenang nak bg masuk poket kerr?
Tak boleh ker klu semua projek kjaan Selangor yg dipohon @ dibuat oleh adun2 tu dibayar terus oleh kerajaan negeri tanpa guna org tengah spt adun?
Nyata Utusan akhbar tak jujur dan tak telus. Banyak berita buruk disembunyikan jika berkait dgn BN. Masalah kecil di pihak pembangkang sengaja diperbesarkan. Bila bermusuh dgn MB umno baru satu lepas satu rahsia jelek keluar.
ReplyDeleteEeeiiiiii akhbar warna putih... Isi dalam hitammm...... Dah tak larisss.
baginilh klu nk tahu sikp org umno sbnrnya. sangup brbuat ape saja klu nk mnjatuhkn kwn sprjuangn dgn niat utk menaikkn nama seseorg yg drancng.
DeleteApa lagi gaduhlaa, bertumbuk ke, bertikam ke dan jangan lupa senjata tradisi orang melayu iaitu santau menyatau!! Bila lagi? Hantam sampai lumat. Kata orang sampai ada kenduri arwah laa!
ReplyDelete