KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Wednesday, 30 April 2014

NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA SANGGUP BANTU PAS KELANTAN UNTUK BERI PENERANGAN DAN PERINCIAN BERKAITAN HUKUM HUDUD KEPADA GOLONGAN MUDA BUKAN ISLAM!!!!



Pergerakan Pemuda Umno sedia membantu PAS Kelantan untuk memberi penerangan dan perincian berkaitan hukum hudud kepada golongan muda bukan Islam.

Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun (gambar) berharap kerajaan negeri Kelantan dapat menerima pelawaan Pemuda Umno dan mengadakan perbincangan bersama untuk menerangkan versi hukum hudud.


"Pemuda bersifat positif dan gembira sekiranya Pemuda PAS boleh bersama sama dengan pergerakan Pemuda Umno bergabung untuk kita turun padang dan perjelaskan kepada masyarakat terutama generasi muda apakah hudud yang sebenarnya.


Hadir sama Exco Pergerakan Pemuda Umno Dr Fathul Bari Mat Jahya dan Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno Azmir Yuzaimi Mohd Yunos.


Khairul Azwan mencadangkan pelbagai pendekatan termasuk program dialog di universiti-universiti tempatan, memperkenalkan video klip pendek tentang hukum hudud dan ceramah yang dimuat naik di laman sosial.


Mengulas tentangan terhadap hukum hudud daripada parti komponen Barisan Nasional (BN), beliau berkata tentangan itu adalah kerana mereka risau serta tidak jelas dengan hukum hudud.


"Tetapi kepimpinan Pemuda MIC dan Gerakan dalam semangat setia kawan BN bersetuju untuk menerima penjelasan dan penerangan daripada biro agama untuk lebih memahami hukum ini," katanya.

BEKAS KETUA PENERANGAN UMNO BAHAGIAN PANDAN KASI PECAH TEMBELANG YANG PEMILIHAN UMNO TAHUN LALU TERLIBAT DALAM KEGIATAN RASUAH SECARA BESAR-BESARAN DALAM BILIK HOTEL!!!!!!



Kegiatan ini didedahkan sendiri secara terbuka di akaun laman sosialnya Facebook . .. siap kasi nombor bilik dan nama hotel dan gambar lagi siapa penerimanya.


KECUALI WANITA DAN PUTERI, PIMPINAN UMNO PANDAN YANG ADA SEKARANG INI PATUT KURANG BERMEGAH DAN BANYAK BERTAUBAT DIATAS PERBUATAN KEJI ANDA MEROSAK DAN MENCACATKAN NAMA BAIK UMNO DALAM PEMILIHAN PARTI PADA TAHUN LALU.

JIKA ANDA SEMUA LUPA AKAN KESALAHAN DAN JUGA KEMUNGKARAN YANG ANDA LAKUKAN, PENULIS INGIN MENGINGATKAN........

1. KESALAHAN MELAKUKAN RASUAH BESAR BESARAN DI BILIK NO. 166, HOTEL MALURI INN MENJELANG HARI PEMILIHAN PARTI PADA 19 OKT. 2013.

2. BERKONSPERASI DAN BERNIAT JAHAT MELAKUKAN PENIPUAN DALAM PROSES PENGIRAAN UNDI PADA HARI PEMILIHAN TERSEBUT.

JIKA TAK PUAS HATI DENGAN PERTUDUHAN PENULIS INI, SILALAH MEMBUAT ADUAN KEPADA PIHAK BERKUASA SAMA ADA DI DALAM PARTI ATAU DI LUAR PARTI.

JIKA UMNO PANDAN MAHU DISELAMATKAN, PIMPINAN PERASUAH DAN PENIPU INI PATUTLAH DISINGKIRKAN DENGAN SECEPAT YANG MUNGKIN DAN JALAN YANG TERBAIK IALAH DENGAN MENGADAKAN PEMILIHAN SEMULA SEKALI LAGI.

INGATKANLAH PESANAN TUN DR. MAHATHIR DI HADAPAN KITA SEMUA DI JANDA BAIK PADA 27 JUN 2009.

" MEMBERI DAN MENERIMA RASUAH UMPAMA MEMAKAN DAGING BABI."

ADAKAH DIRI KITA SEMUA MAHU DIANGGAP MEMAKAN DAGING BABI DENGAN MELIBATKAN DIRI DALAM KERJA KERJA TERKUTUK INI. ?

PEMILIHAN KEADILAN 2014 ... KJ SUDAH KANTOI MENIPU!!!!!!


Dapat sumber maklumat dari blog Pro UMNO gred haprak bangsat ... cerita seinci dia kasi tebar sampai 10 km , pintal gila dengan tujuan dan niat nak jatuhkan kredibiliti pemimpin KeADILan/PR amnya dan KeADILan khasnya.

Omak Kau mengambil pendirian .. yang benar tidak akan disorokkan .. yang salah tidak akan disapu dibawah permadani buruk .. memang ada sedikit kekecuhan berlaku semasa pemilihan Cabang Kemaman tetapi bukanlah sampai terbang kerusi meja dan beterabur kertas undi atas lantai.

Kejadian ini yang cuba diambil kesempatan oleh KJ selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia untuk memburukkan Ahli Parlimen Pandan nampaknya makan tuan.

Sebab itu walau sebijak mana dan belajar di menara gading mana sekali pun .. kalau dah masuk UMNO pasti akan jadi dungu.

Dulu ingatkan Utusan dan Berita Harian termasuk RTM dan TV3 akan kutip maklumat dari blog macai UMNO .. rupa-rupanya pemimpin lulusan Oxford pun begitu juga .. perangai tegar dalam UMNO sampai bila-bila tidak akan dapat dikikis.

AKHIRNYA TEMBELANG SIAPA DALANG CATUAN AIR DI SELANGOR PECAH JUGA!!!!!!



Catuan air di Selangor akan ditarik balik mulai esok, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ismail Kassim, lapor akhbar The Star, hari ini.

Tindakan diambil selepas mengambilkira usaha yang diambil oleh kerajaan negeri Selangor untuk menambahkan sumber air mentah.


"Ekoran itu, Span bersetuju menarik balik catuan air peringkat 1,3 dan 4 di Selangor dan Kuala Lumpur," kata Ismail di perkarangan sidang Dewan Undangan Negeri Perlis hari ini.


Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak agar catuan air di Selangor dihentikan berikutan hujan yang berterusan.

ERTINYA YANG MENGARAHKAN CATUAN DIBUAT IALAH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA (SPAN) YANG DI PENGERUSIKAN OLEH ADUN UMNO TAMBUN TULANG, PERLIS MERANGKAP ADIK KEPADA SHAHIDAN KASSIM, DATO' ISMAIL KASSIM.

BILA RAKYAT MERUNGUT DIA BUAT MATI KUTU .. BILA NAK BATALKAN CATUAN DIA MELOMPAT DULU NAK DAPAT BATUAN POLITIK (POLITICAL MILAGE).


KINI ITU PEMIMPIN UMNO MAU DILIHAT DIALAH YANG JUARA DALAM ISU CATUAN AIR DITAMATKAN SEDANGKAN HAKIKATNYA OMAK KAU SUDAH PUN BUAT ARTIKEL PEMBATALAN ITU SEMALAM BETAPA YAB TAN SRI DATO' MENTERI BESAR SELANGOR BERKERAS CATUAN AIR DI HENTIKAN SEGERA WALAUPUN MENDAPAT TENTANGAN HEBAT DARI PIHAK YANG BERKEPENTINGAN.

KINI RAKYAT SUDAH TAHU SIAPA PUNYA KERJA MENYEBABKAN AIR DI SELANGOR DI CATU BEGITU LAMA!!!!!!.

PARKIR KERETA PUN SUDAH KENA GST 6% ... AYUH!! KITA HIMPUN SECARA AMAN BANTAH GST!!!!


Itu baru parkir kereta .. belum barang-barang keperluan lain lagi .. yang di kecualikan kena GST setakat ini ialah belacan, budu, cincalok dan tempoyak.

Jadi amat wajar kita turun berhimpun secara aman esok di Dataran Merdeka sepertimana di izinkan perlembagaan negara hak untuk berhimpun asalkan jangan lakukan huru hara dan merosakan harta benda awam.

Yang pasti satu lagi fatwa "bughah" akan keluar ... mungkin dari orang yang sama atau dari Majlis Ulama Pemuda UMNO yang baru ditubuhkan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA DARI ADUN KOTA ANGGERIK DAN AHLI PARLIMEN SHAH ALAM.



Para warga pekerja tanpa mengira sektor merupakan tulang belakang negara kita. Tanpa kaum pekerja, tidak mungkin kita mencapai pertambahan GDP tahunan antara 4-7% setiap tahun. Tanpa sumbangan  warga pekerja, tidak juga  mungkin halatuju ekonomi negara mampu diubah dari berpendapatan pertengahan (middle income economy) ke berpendapatan tinggi.

Jika kita tidak memfaktorkan golongan pekerja, cita-cita Malaysia untuk mencapai status negara maju di ambang tahun 2020 hanya sekadar mimpi dan retorik.

PERINGATAN KEPADA SEMUA WARGA PEKERJA !!! ... JANGAN LUPA ESOK DI DATARAN PETALING JAYA, AMCORP MALL PJ .. RALLY HIMPUNAN MAY DAY!!!



MTUC anjurkan pada semua rakyat Malaysia, tak kira ahli kesatuan atau pun bukan ahli kesatuan, sebagai kesatuan gabungan adalah wajar melibatkan diri bagi menunjukan kekuatan kaum pekerja, sehubungan dengan itu tak kira siapa yang bergelar pekerja atau pun bekas pekerja juga boleh hadir bagi meramaikan dan memeriahkan perhimpunan, malah semua individu pekerja rakyat Malaysia diharap dapat hadir di perhimpunan hari pekerja MTUC esok.

Adalah menjadi harapan setiap individu pekerja dapat menghadirkan diri dalam perhimpunan ini, demi kepentingan kaum pekerja di negara ini.

Lokasi di Dataran Petaling Jaya, Amcorp Mall antara jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari 1 hb Mei 2014.

Selepas itu boleh lah ke Dataran Merdeka pula sambung Himpunan Aman Bantah GST.

PEKERJA BERSATU RAKYAT MAJU ... SUARA PEKERJA SUARA KERAMAT ... PEKERJA SEPAKAT RAKYAT DAPAT NIKMAT.


HUDUD DI HINA SEBEGITU RUPA TETAPI MACAI-MACAI UMNO TERUS MEMBISU, PEKAKKAN TELINGA DAN BUTAKAN MATA!!!!


Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe yakin wanita dan kanak-kanak akan menjadi sasaran mudah untuk dirogol jika hukum hudud dilaksanakan. Katanya, usul yang dibawa PAS itu jika diluluskan Dewan Rakyat pada Jun ini juga akan memberi tamparan kepada perjuangan kesamarataan jantina di Malaysia.

Langsung sepatah haram tidak berdetik keluar dari mulut macai-macai UMNO yang selama ini menjerit sampai putus urat kentut sanggup mati bermandikan darah mau mempertahankan Islam ...

Mau Islam dihina macam mana lagi baru macai-macai UMNO nak buka mulut bersuara??????


ISU AIR DI SELANGOR .. KJ KENA BELASAH KAW-KAW SEBAB BERSIKAP KUMAN SEBERANG LAUT NAMPAK GAJAH DEPAN MATA SENGAJA BUAT BUTA!!!!



Merujuk kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang disiarkan The Star Online pada 29 April 2014 berkenaan isu air di Selangor. Khairy dalam kenyataannya membangkitkan persoalan mengapa isu air di Malaysia ini hanya berlaku di Selangor.

Untuk pengetahuan beliau yang tinggal di kejiranan mewah di Lembah Klang, masalah air bukan hanya berlaku di Selangor malah sering berlaku di negeri lain di Malaysia ini tanpa mengira musim, sama ada musim kemarau mahupun musim hujan.


Bagi penulis yang bermastautin di Johor sejak 30 tahun lalu, masalah air sudah menjadi kelaziman bagi rakyat di sini walaupun di kawasan bandar. Pengguna di Johor antara yang membayar tarif air tertinggi di Malaysia sejak sekian lama tetapi ia bukan jaminan mereka akan mendapat bekalan air mencukupi setiap hari.


Pada musim kemarau baru-baru ini (yang masih berlarutan sehingga kini), bekalan air sering terganggu tanpa notis. Lebih memburukkan keadaan, sebarang aduan kepada syarikat pemegang konsesi tidak pernah mendapat tindak balas yang memuaskan.


Sepanjang Februari hingga Mac lalu, pengguna dibekalkan air masin, berkualiti rendah dan bertekanan sangat rendah tanpa sebarang notis, yang disyaki berpunca daripada sumber air alternatif akibat penurunan paras air di empangan negeri ini. Kebanyakan pengguna berasa ragu-ragu dengan kualiti air ini dan terpaksa berebut-rebut membeli air mineral yang dibotolkan kerana khuatir kesihatan akan terjejas.


Sepanjang tempoh ini, tiada langsung notis dikeluarkan kepada pengguna yang terjejas tentang paras empangan di negeri ini atau keadaan kualiti air apatah lagi sidang media daripada menteri besar atau kerajaan negeri. Tiada pula liputan meluas yang diberikan pihak media arus perdana seperti TV3 atau Utusan Malaysia tentang masalah ini.


Selain itu, masalah catuan yang berlarutan di Kluang, Johor sepanjang Februari hingga Mac lalu  menjejaskan sebahagian besar penduduk daerah itu tetapi tidak juga mendapat liputan meluas media Umno seperti TV3 dan tidak disensasikan Utusan Malaysia.


Adakah Khairy sedar akan fakta ini atau sengaja menenggelamkan isu ini kerana ia mendedahkan kelemahan kerajaan negeri pimpinan BN dan pemegang konsesi air yang berkait rapat dengan Umno? Jika Khairy benar-benar ikhlas hendak mencari penyelesaian bagi isu air, maka eloklah beliau menilai juga prestasi kerajaan-kerajaan negeri dan pemegang konsesi air di seluruh Malaysia ini.


Sebelum isu air di Selangor menjadi hangat, kita juga sering mendengar tentang masalah air di beberapa bahagian negeri Pahang terutamanya kawasan tanah rancangan Felda. Masalah air tersebut juga  berlarutan bertahun-tahun malah sering disiarkan dalam rancangan terbitan TV3, Aduan Rakyat. Seperti biasa isu ini tenggelam kerana ia berlaku di negeri pimpinan BN. Rakyat juga yang menjadi mangsa.


Di samping itu, umum masih belum lupa akan catuan air di negeri yang diwakili Khairy sendiri iaitu Negeri Sembilan baru-baru ini ekoran kemarau berpanjangan yang menjejaskan paras air di empangan negeri tersebut.


Tidak pula kita terbaca artikel panjang lebar Khairy di media arus perdana yang mengkritik pengurusan air di Negeri Sembilan. Malah kita amat hairan dan pelik dengan kenyataan menteri besar Negeri Sembilan yang mempelawa pengusaha industri di Selangor untuk berpindah ke Negeri Sembilan ekoran masalah air di Selangor sedangkan negeri itu turut dibelengu krisis air yang berlarutan. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu ibarat kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak.


Kita juga tahu tentang inisiatif DAP melalui program Impian Sarawak dan Sabah yang menggali sumber air bersih bagi masyarakat pedalaman yang masih tidak menikmati bekalan air bersih dan bergantung hidup kepada air sungai yang tercemar.

Semuanya akibat kegagalan kerajaan negeri mengurus tadbir sumber air yang mengutamakan rakyat miskin dan memberi akses kemudahan asas kepada rakyat selepas 51 tahun menyertai Malaysia. Tiada pula kedengaran sungutan Khairy tentang isu bekalan air bersih di Sabah dan Sarawak selama ini.


Selaku seorang menteri Kabinet yang disegani, Khairy harus berlaku adil dengan mengulas isu air ini secara objektif dan bukan berdasarkan politik kepartian yang sempit. Tidak dinafikan, masalah air di Selangor ini adalah masalah yang serius yang melibatkan rakyat terbanyak dan ketidakcekapan kerajaan negeri Selangor mengurus situasi ini turut dikesali.


Namun, kita juga sedia maklum masalah air di Selangor sebahagian besarnya turut berpunca daripada kegagalan Syabas mengurus sumber air dengan baik. Diharap Khairy tidak membutakan mata dan memekakkan telinga beliau daripada menilai isu ini berdasarkan fakta yang tepat dan perspektif yang menyeluruh.


Sebagai pemimpin parti yang mahu menjuarai isu-isu rakyat, Khairy tidak harus bersikap selektif dan menuding jari kepada sesetengah pihak yang berbeza pandangan politik dengan beliau. Umum juga mengetahui perancangan untuk membina Langat 2 diusulkan sejak era kepimpinan BN di Selangor dahulu tetapi hanya disensasikan oleh Umno Selangor dan kerajaan Persekutuan sekarang untuk kepentingan politik masing-masing.


Malangnya rakyat yang sering menjadi mangsa permainan politik sempit sebegini.

Tuesday, 29 April 2014

Penjelasan terperinci mengapa Tan Sri Khalid Ibrahim menawarkan diri sebagai Timbalan Presiden KeADILan.

SEMUA PENUMPANG PESAWAT CEMAS APABILA KAPAL TERBANG YANG DI NAIKI MEREKA TERPAKSA PATAH BALIK SELEPAS SALAH SATU ENJINNYA TERBAKAR SEBAIK BERLEPAS!!!



PERTH 29 April - Sebuah pesawat penumpang berpatah balik di Lapangan Terbang Perth, pagi ini dan melakukan pendaratan cemas selepas salah satu enjinnya terbakar sebaik berlepas.

Laporan ABC News memetik, salah seorang penumpang pesawat Cobham Aviation berkata mereka melihat api marak dan asap dari enjin yang terbakar sebaik pesawat berlepas jam 10.30 pagi waktu tempatan.

Pesawat bagaimanapun berjaya berpatah balik dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Barrow Island.

Cobham Aviation Services dalam satu kenyataannya berkata, pesawat BAE 146 empat enjin itu kembali ke Lapangan Terbang Perth jam 10.53 pagi.

Katanya, kejadian berlaku ketika pesawat sedang naik ke ruang udara apabila enjin nombor duanya tiba-tiba terbakar.

Ketika kejadian pesawat membawa 92 penumpang, dua juruterbang dan tiga anak kapal dan semua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penumpang pesawat, Jason Grimmett, berkata kejadian berlaku kira-kira 10 minit selepas pesawat berlepas.

"Saya duduk di sebelah kanan enjin dan tiba-tiba kepulan asap keluar dari enjin.

"Minyak bertaburan di udara sebelum api menyambar dan keadaan panik ketika itu namun juruterbang bertindak pantas untuk menutup saluran minyak," katanya. Foto -  ABC News

BUKU YANG DILANCARKAN OLEH NAJIB RAZAK TELAH DIHARAMKAN OLEH ZAHID HAMIDI KEMUDIANNYA.



Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan pengharaman sebuah buku yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2012.

Novel Perempuan Nan Bercinta karangan novelis Faisal Tehrani yang sebelum ini diharamkan Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (Jakim), didakwa mempunyai unsur syiah.

Pewartaan itu dibuat pada 22 April lalu bawah subseksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301] kerana melanggar larangan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan yang diperihalkan mungkin memudaratkan ketenteraman awam.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Faisal berkata beliau berterima kasih kepada kementerian dan 'mendambakan' status terbarunya itu kerana akan dikenang sebagai seniman dan pemikir tertindas.

"Terima kasih mengangkat saya dari makam caci maki ke makam haram. Ini status dambaan, kerana karya saya ini senasib dengan karya George Orwell, John Milton, Voltaire, Pra dan Solzhennitsyn," katanya.

TAN SRI KHALID IBRAHIM BERTEGAS MAU CATUAN AIR DITARIK BALIK SEGERA WALAUPUN DITENTANG HEBAT DARI BEBERAPA PIHAK!!!!!



Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) difahamkan telah memutuskan untuk menarik balik catuan air yang dilaksanakan negeri itu ekoran masalah kekurangan bekalan.

Perkara itu itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang dipengerusikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lewat petang semalam.

Sumber-sumber memberitahu, cadangan penarikan balik catuan itu terbit daripada mulut Khalid  sendiri.

"Khalid berkata keputusan itu adalah untuk rakyat Selangor," menurut sumber yang mengetahui tentang mesyuarat di pejabat MTES di Shah Alam lewat petang semalam.

Walaupun mendapat bantahan dari beberapa pihak yang menghadiri mesyuarat tersebut, Khalid dikatakan bertegas untuk mengakhiri catuan itu.

Keputusan itu sepatutnya diumumkan hari ini oleh exco Selangor Dr Abdul Yunus Hairi bagaimanapun ditunda kepada esok, selepas mesyuarat exco Selangor.

Tweet Khalid hari ini turut membayangkan perkembangan “positif” selepas hampir 2.9 juta pengguna bertahan hampir dua bulan sejak catuan diumumkan Mac lalu.

"Untuk makluman, pengumuman penting isu catuan air pada jam 2.30 petang ini akan ditangguhkan ke hari esok. Insya-Allah positif #DemiRakyat," tulisnya hari ini.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sebelum ini berkata, catuan tidak akan ditarik balik sehingga paras air di Empangan Sungai Selangor melebihi 55 peratus.

Bagaimanapun Khalid dikatakan membuat keputusan drastik dengan berharap paras empangan – kini 40.08 peratus – akan terus naik dengan bantuan pam bertekanan tinggi dan hujan sejak minggu lalu berterusan.

Mesyuarat exco minggu lalu meluluskan peruntukan RM10 juta bagi melicinkan operasi itu.

Jika gagal, bekalan yang ada sekarang hanya mampu bertahan 29 hari dan bakal menjurus kepada krisis yang lebih serius.


Empangan Sungai Selangor membekalkan 60 peratus keperluan air ke Lembah Klang.

TAHNIAH TAN SRI ATAS KEBERANIAN DAN KETEGASAN TAN SRI... JELAS SEKARANG SIAPA DALANG YANG MEMANJANGKAN CATUAN AIR DI SELANGOR.

TOLAK POLITIK KOTOR YANG CUBA AMBIL KESEMPATAN PIHAK LAWAN .... KAIN RENTANG MEMBURUKKAN SECARA MELAMPAU AZMIN ALI DITURUNKAN!!!


Lokasi di Kuantan, Pahang ... dapat info ada beberapa kain rentang yang dipasang dibeberapa tempat memburukkan calon Timbalan Presiden KeADILan telah diturunkan oleh petugas parti setelah pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuantan tidak bertindak.

Dari risikan dipercayai kuat ianya dilakukan oleh pihak parti lawan dan bukannya dari pesaing dalam parti yang kini sedang hangat dan rancak dalam Pemilihan KeADILan 2014 ... cuba ambil kesempatan untuk mengeruhkan suasana ... Omak Kau cukup yakin ini tidak ada kena mengena langsung dengan cara para penyokong KeADILan berkempen .. kami tidak diajar dan dididik berkempen sekotor dan sejijik ini.

Omak Kau adalah pengtaksub kepada politik telus, adil dan bersih ... menang kalah adat pertandingan .. Kalah biar bermaruah Tidak guna Menang kalau anggota bawahan asyik Marah.

Tolak politik kotor .. Masih segar akan pesanan YAB Tan Sri Khalid dan YB Rodziah Ismail betapa jangan keterlaluan dalam berkempen untuk mengejar kemenangan .. ada had dan batasan .. kena jaga akhlak kerana yang bertanding itu bukannya lawan tetapi pesaing dalam suatu kekeluargaan.

Pesaing walaupun bukan pilihan kita mereka tetap jua pemimpin kita yang memegang jawatan penting dalam parti..

Yang mau dicari ialah pemimpin yang terbaik dikalangan yang terbaik .. itu sahaja.

APALAH PUNYA TERUK KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR NI ... RAKYAT NAK KE PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR PUN DISEDIAKAN BAS PERCUMA!!!!!



SHAH ALAM, 29 APRIL: Warga Shah Alam kini berpeluang menggunakan perkhidmatan pengangkutan bas secara percuma ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Seksyen 13, di sini.

Timbalan Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, berkata perkhidmatan yang mula beroperasi itu juga adalah sebahagian tanggungjawab sosial dan keprihatinan pihaknya dalam menyediakan kemudahan buat warga kota.

“Kita prihatin dengan keperluan pengangkutan ke PPAS, khususnya cuti sekolah atau hujung minggu.

“Pada waktu ini selalunya bilangan pengunjung bertambah, jadi perkhidmatan bas percuma pasti membantu,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini.

Katanya, MBSA menyediakan bas mini jenis ‘coaster’ yang boleh memuatkan seramai 16 orang penumpang pada satu masa dan akan beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad setiap minggu.

Bas itu akan menunggu penumpang di perkarangan tempat letak kereta Pasaraya Ole-Ole, Seksyen 18 pada jam 10.00 pagi dan 2.00 petang dan akan melalui beberapa lokasi tumpuan seperti Stesen Komuter, Seksyen 19, Kompleks PKNS, dan Pangsapuri Perdana, Seksysen 13.

Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi pihak urusetia Bahagian Pembangunan Masyarakat, Jabatan Korporat dan Pembangunan Komuniti MBSA di talian 03-5522 2735.

Sejak awal Mac lalu, MBSA turut menyediakan perkhidmatan bas percuma yang bermula di Hentian Pusat Bandar, Seksyen 14 dan akan melalui beberapa seksyen seperti 2, 7, 11, 16, 17 dan 18.

Perkhidmatan itu juga beroperasi tiga kali sehari dari Hentian Pusat Bandar, Seksyen 14 pada jam 7.30 pagi, 11.30 pagi dan 4.30 petang.

JAWAPAN TUDUHAN KJ INSIDEN BLACKOUT SEMASA PEMILIHAN KEADILAN 2014 SEBAGAI HUKUMAN KARMA.


KJ berkicau gembira sakan insiden blackout semasa pemilihan KeADILan di Cabang Batang Sadong Sarawak ..
"Dulu tuduh blackout masa PRU. Sekarang betul2 blackout masa pemilihan parti. Hukum karma. Ambik kau".

Pihak Jawatan Kuasa Pemilihan Parti (JPP) KeADILan yang diketuai YB Dato' Johari Abdul, berjiwa besar akui secara terbuka memang berlakunya blackout semasa pemilihan di Cabang Batang Sadong, Sarawak setelah menerima laporan dari anggota parti bawahan sama ada melalui blog maupun laman sosial, Facebook, Instagram dan Twitter.

Berbeza dengan SPR .. apabila pertuduhan dan bantahan dibuat pihak SPR semacam memekakkan telinga. membutakan mata dan membisu ...  pihak JPP KeADILan pula bukan sahaja mengaku setelah siasatan awal dijalankan, malahan dengan pantas menyiasat secara terperinci .. bukannya macam SPR sekadar sapu bawah permaidani buruk dan sorok .. itu bezanya .. bila ada aduan siasat dengan pantas dan tuntas .. turun kelokasi .. lihat sendiri .. bukannya mendiamkan diri.

Bila tegur lebih sikit ada menteri halau suruh berambos dari negara ini dan ada juga suruh duduk dalam hutan.

JPP KeADILan tidak mengamuk kepada anggota parti yang melapurkan ada kesangsian semasa pemilihan dengan ugut nak pecat atau diambil tindakan disiplin.

Jelas sekali  JPP KeADILan bukannya hipokrit cakap besar berdegar-degar tapi tidak serupa bikin ... Ada prinsip yang jelas ... akui kelemahan dan berusaha keras mau memperbaikinya.

Bukan macam KJ dulu maki hamun kedatangan Setiausaha Negara AS kenegara ini .. bila dah jadi Menteri lain pula prinsip dan pegangan politik dan hidup .. sanggup jadi menteri penggiring kepada Presiden Obama .. sanggup ikut gaya Presiden Obama lagi ... ini dinamakan munafik bin hipokrit bin talam dua muka .. jenis ludah kahak hijau akhirnya bukan sahaja jilat balik tetapi siap telan sekali gus tanpa ada tinggal kesan.

PETALING JAYA - Jawatankuasa Pemilihan (JPP) PKR akan segera menyiasat mengenai dakwaan wujudnya kejadian mencurigakan ketika pengiraan undi pemilihan parti itu di Batang Sadong Sarawak baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Johari Abdul berkata, beliau dan ahli jawatankuasanya akan berangkat ke Sarawak hari ini bagi menyiasat aduan tersebut.

"Jika ada bukti, kita akan ambil tindakan segera.

"Saya tidak akan bertoleransi mengenai perlanggaran disiplin parti. Jika sesiapa yang melanggar garis panduan ini kita akan ambil tindakan yang tegas," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Terdahulu menurut laporan mengatakan bahawa berlaku kejadian mencurigakan ketika proses pengiraan undi berlangsung di Batang Sadong.

Dimana dikhabarkan berlaku 'blackout' ketika proses pengiraan undi berlaku.

Sementara itu, ketika menyentuh tentang keputusan keseluruhan pemilihan PKR kali ini, beliau berkata beliau akan menunggu sehingga mendapat borang 14 (borang kiraan jumlah undi rasmi) baru beliau akan memaklumkan kepada umum.

"Kita akan umumkan secepat mungkin, dalam 20 jam lagi.

"Keputusan boleh dilihat dilaman sesawang rasmi PKR," jelasnya.

BUKTI KUKUH UMNO MUNGKIRI JANJI DAN MENZALIMI RAKYAT!!!!


Bill board dengan ayat-ayat power membodek melangit kerajaan UMNO seperti gambar diatas semasa PRU 13 lalu cukup banyak dipacak merata tempat terutamanya dikawasan Rancangan Felda, luar bandar dan kampong-kampong tradisional yang rata-rata punca rezeki dan pendapatan mereka ialah hasil getah, kelapa sawit dan kelapa.

Oleh sebab terpedaya dan terpengaruh dengan dakyah ini, maka majoriti warga dikawasan ini memberikan sokongan dan undi kepada UMNO/BN.

Akhirnya apa yang terjadi?????? ... Harga getah turun sehingga RM1.80 sen sekilo begitu juga kelapa sawit hanya harga kelapa masih agak tinggi.

Jadi slogan TIDAK MUNGKIRI JANJI SENTIASA MEMBANTU RAKYAT adalah suatu pembohongan yang nyata.

Yang naik ialah kos sara hidup dan harga barang-barang keperluan harian.

Kalau ada macai-macai UMNO bermati-matian nak memnyokong UMNO lagi, bayangkan nasib yang menimpa penyokong kuat UMNO di kampong-kampong dan rancangan Felda .. mereka inilah yang memenangkan UMNO/BN tempoh hari .. tanpa sokongan padu mereka kerana percaya habis dengan propaganda seperti diatas, sudah pasti UMNO kini berperanan sebagai parti pembangkang.

Kalau UMNO boleh tipu dan mungkiri janjinya kepada penyokong-penyokong kuat mereka .. apa yang UMNO tidak mampu buat sanggup lakukan semata-mata mau mempertahankan kuasa...

RAHSIA MENGAPA WARGA IRISH LANGSUNG TIDAK ADA PERASAAN RISAU DI HATI MEREKA..



Why Worry?
There are only two things to worry about;
Either you are sick or you are well;
If you are well, there is nothing to worry about;
If you are sick, there are only two things to worry about;
Either you live, or you die;
If you live, there is nothing to worry about;
If you die, there are only two things to worry about;
Either you go to heaven or hell;
If you go to heaven, there is nothing to worry about;
If you go to hell…
You’ll be so busy shaking hands with friends,
You won’t have time to worry;

So why worry?

Monday, 28 April 2014

5 FOTO SEORANG LELAKI TERGAMAK LETUPKAN KEKASIHNYA YANG SEDANG SARAT HAMIL.



Seorang lelaki menculik kekasihnya berusia 21 tahun yang sarat mengandung sebelum mengikat kanister gas pada belakangnya yang dinyalakan apabila polis datang menyelamatkan wanita berkenaan.

Li Moulian, 36, mengheret Xu Fan, 21, yang sedang tidur dari katilnya dan disumbat ke belakang keretanya sebelum dia mencederakan wanita berkenaan dengan kejam di Huizhou, wilayah Guangdong di selatan China.

Akibatnya pasangan itu terlantar sebelah-menyebelah di hospital manakala doktor berusaha menyelamatkan kedua-duanya. Namun ajaibnya, bayi dikandung Xu terselamat walaupun kecederaan dialami wanita terbabit begitu teruk.

Xu dipercayai mengandung selepas hubungan satu malam dengan Li, namun pasangan itu bersetuju terus menjalin hubungan, malah memilih untuk tinggal bersama.

Bagaimanapun, Li dipercayai tertekan selepas enam bulan. Dia menyerang Xu ketika tidur, malah mengugut berkali-kali akan membunuhnya.

Dia memandu di sekitar bandar itu sebelum dijejaki polis yang dihubungi jiran selepas melihat Xu diheret ke dalam kereta teman lelakinya itu, namun ketika itu Li sudah meletupkan kanister gas berkenaan.

Anggota polis berjaya menarik Xu keluar dari kereta itu sebelum memadamkan api dan membawa kedua-duanya ke hospital untuk rawatan. Kecederaan dialami Li amat serius dan dia tidak dijangka dapat diselamatkan.

Bapa saudara Xu, Wu Chin, 47, berkata, keluarganya pernah menasihatkan wanita itu supaya berhati-hati dalam hubungannya dengan Li.

KALAU ANGGOTA KEADILAN BENAR-BENAR SERIUS MAUKAN PAKATAN RAKYAT AMBIL ALIH PUTRAJAYA ... MAKA PILIHLAH PARA PEMIMPIN INI.



Lagi sekali Omak Kau tegaskan .. kalau anggota KeADILan benar-benar serius mau Pakatan Rakyat ambil alih Putrajaya melalaui PRU 14 akan datang ini maka perlu juga serius dalam membuat pemilihan pucuk pimpinan KeADILan bagi membantu DSAI dan Kak Wan dengan kerjasama rakan-rakan dalam Gagasan Pakatan Rakyat agar ianya menjadi realiti.

PRU 13 lalu pemimpin-pemimpin tertentu yang sedia ada telah diberi peluang melakukan yang terbaik untuk membantu tetapi ternyata kemampuan mereka tidak boleh menyumbang kepada UMNO/BN tumbang di Putrajaya.

Beberapa jawatan penting dalam parti KeADILan perlukan perubahan jika Putrajaya mau diubah.

Yang deliver dan perform perlu dikekalkan .. yang gagal dan kurang menyerlah perlu ditukar .. kita sebagai anggota parti perlu berfikir secara realistik dan tidak sepanjangan terperangkap dengan poilitik taksub dan fanatik.

Omak Kau membuat penilaian sebagai aktivis parti, pemerhati politik dan penggiat blog...

Dalam realiti politik menuju ke Putrajaya kena pilih yang popular dikalangan rakyat bukannya hanya popular pada majoriti anggota parti.

Tiada gunanya popular dikalangan anggota parti tetapi ditolak rakyat bila tiba pilihanraya ... paling afdal dan idealnya popular dikalangan anggota parti dan rakyat .. jika tidak boleh dilakukan maka popular dikalangan rakyatlah menjadi pilihan anggota parti mengangkat pemimpin yang ternyata popular dilangan rakyat untuk jadi pemimpin.

Populariti adalah subjektif tapi secara keseluruhannya pemimpin yang popular dikalangan rakyat ialah pemimpin yang ternyata bersih, telus, dan berintegriti .. tidak kotroversial .. mengamalkan politik berteraskan nilai .. tidak ada bagasi dan liabiliti .. disukai rakan dan disenangi lawan .. berjiwa besar bukan yang bercakap besar .. mempunyai pengalaman mengurus negeri ataupun membantu mengurus negeri sehingga di hormati .. tidak mudah panik, melatah dan gelabah .. tenang bila diuji dengan krisis .. tidak bersikap dendam kesumat .. pemaaf merendah diri .. hidup dalam kesederhanaan walaupun sudah bergelar negarawan .. pedengar yang baik dan sabar .. JUJUR, AMANAH dan BIJAKSANA.

Dengan mengambil kira kesemuanya  DEMI MASA BERSAMA MENUJU REFORMASI TULEN POLITIK BERTERASKAN NILAI DENGAN PENGALAMAN MELONJAK PARTI MENUJU PUTRAJAYA UNTUK TERAJUI PERUBAHAN itu maka konklusi pilihan Omak Kau ialah:-

Presiden :   YB Datuk Seri Wan Azizah bt Wan Ismail

Timbalan Presiden:    YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ( Dato' Menteri Besar Negeri Selangor)

Naib-Naib Presiden:  1) YB Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai)   2) YB Tian Chua (Ahli Parlimen Batu)   3) YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan)  4) Sdr Mustaffa Kamil Ayub   5)  YB Rafizi Ramli (Ahli Parlimen Pandan)

Ketua Wanita Pusat:   YB Hajah Rodziah Ismail (ADUN Batu Tiga Merangkap Ah Exco Kerajaan Negeri Selangor)

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) :   1)  YB Dr Hj Yaakob Sapari (ADUN Kota Anggerik)   2)   YB Elizabeth Wong (ADUN Bukit Lanjan)   3)  Sdr Azizi Ayub (Ketua Cabang Kapar)  4)  Sdr Fariz Musa ( Jingga 13)   5) Sdr Zakaria Ab Rahim  6)  David Cheong Kian Young (Ketua Cabang Kuala Langat)

FACEBOOKER FITNAH ROSMAH MANSOR SEPANTAS KILAT KENA CEKUP .. FACEBOOKER YANG FITNAH KAK WAN BILA LAGI NAK BERTINDAK!!!!!!



Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa untuk mengambil tindakan segera menangani gejala fitnah di laman media sosial yang semakin berleluasa, tanpa sebarang diskriminasi parti politik.

Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail berkata, jika perbuatan menggunakan medium media sosial ini tidak ditangani segera dkhuatiri gejala ini merosakkan demokrasi yang ada.

Katanya, fitnah terbaru membabitkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga adalah sangat melampau dan memerlukan tindakan undang-undang pihak berkuasa.

“Saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya sepertimana mereka bertindak jika membabitkan parti pemerintah.

“Diharap SKMM dapat mengambil tindakan segera, bukan dalam kes ini (Wan Azizah) sahaja, tetapi semua tidak kira siapa kerana ini perbuatan salah,” katanya kepada Selangor Kini.

Kelmarin, sekeping gambar tersebar di facebook ‘Blue Wave Army’ memaparkan wajah Wan Azizah dengan memakai cermin mata berada di dalam balutan kain kafan putih.

Sekeping lagi gambar memaparkan tiga orang lelaki sedang memasukkan jenazah ke dalam liang lahad sambil diperhatikan orang ramai.

Pada awal bulan ini, seorang pemilik akaun Facebook, Syed Saifullah 25, ditahan oleh sepasukan polis di kediaman suspek di Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak.

Polis turut merampas beberapa barang milik suspek seperti telefon bimbit, komputer peribadi dan beberapa alatan yang lain yang disyaki digunakan dalam penyebaran gambar itu.

Beliau dilaporkan menghina isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan memaparkan gambar cebisan daging mayat manusia yang berkecai dan dikatakan milik Rosmah.

SEBUAH KAPAL TERBANG RINGAN TERJATUH DI PADANG GOLF!!!







Sebuah kapal terbang latihan dari Akademi Latihan Penerbangan Asia  Pacific (APFT) dilaporkan terjatuh di sebuah padang golf berhampiran Taman Kurnia, Kota Bharu, jam 12.30 tengah hari tadi.

Pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya mengeluarkan juruterbang yang tersepit.


Pilot cedera agak parah kakinya patah dan di hantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, untuk rawatan lanjut.