KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Saturday, 31 May 2014

PRK TELOK INTAN...DEBARAN MENANTIKAN KEPUTUSAN PENUH..


Siapa pilihan pengundi Teluk Intan hari ini, Dyana Sofya Mohd Daud atau Datuk Mah Siew Keong. Pengundian bagi pilihan raya kecil Teluk Intan bermula di 37 pusat mengundi di kawasan Parlimen ini, selepas dua minggu kempen yang sengit antara calon Gerakan mewakili Barisan Nasional (BN) dan calon DAP mewakili Pakatan Rakyat.

DAP dijangka mengekalkan kerusi ini melalui calon baharu dalam politik, Dyana Sofya Mohd Daud, yang menentang Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong daripada BN yang juga bekas ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal, demikian ramal MalaysianInsider.

Cuaca di Teluk Intan dilaporkan cerah di sebelah pagi, dan diramalkan hujan sebelah petang, menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia

LINTAS LANSUNG oleh mkini, mstar, harakahdaily dll

5.30pm: Menurut SPR, seramai 39,850 atau 66.5 peratus pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan hari ini.

Peratusan itu adalah lebih rendah daripada yang diharapkan oleh DAP. Sejumlah 80.4 peratus keluar mengundi dalam PRU13.

5pm: Tempoh pengundian berakhir.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, parti itu menjangka jumlah keluar mengundi hari ini sekitar 70 peratus.

4.38pm: Menurut SPR, jumlah keluar mengundi di Teluk Intan mencapai tahap 38,158 orang atau 63.67 peratus menjelang jam 4pm.

Jumlah keluar mengundi paling besar untuk kawasan parlimen ini direkodkan pada 2013, dengan 48,649 pengundi (80.4%)

Penyandangan kerusi tersebut, Seah memenangi kerusi tersebut dengan 56.32% undi (dengan majoriti 15%).3.45pm: SK Kg Bahagia - Dengan tempoh mengundi tinggal kira-kira satu jam sahaja lagi, penyokong-penyokong BN masih lagi bersorak-sorak dan mengejek penyokong DAP.

Kedua-dua kumpulan berkenaan hanya dipisahkan kira-kira lima meter sahaja dari mereka.

Mereka mengulangi sorakan "Abang polis baik", "DAP komunis", dan "Lim Kit Siang bodoh" berulang kali.

3.40pm Menurut SPR, seramai 58.36 peratus atau 34,974 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab setakat jam 3 petang.45 petang: Proses membuang undi berjalan lancar di semua pusat mengundi Parlimen Teluk Intan

2.57pm: Kg Bahagia – MP Batu Kawan, Kasthuri Patto mendakwa kereta yang dinaiki Dyana menjadi sasaran serangan oleh para penyokong BN yang menggunakan bendera parti untuk mengetuk kenderaan tersebut.

"Kereta calon dipukul dengan bendera BN di Kampung Bahagia. Jeritan 'barua DAP' dan 'pengkhianat' kedengaran,” tulisnya di Twitter.

Parti DAP melalui akaun rasmi Twitter turut melaporkan insiden sama, dengan menyertakan gambar penyokong BN cuba menyentuh satu kenderaan menggunakan bendera BN yang dipasang pada galah panjang.

2.40 pm: Dyana Sofya Mohd Daud hari ini memaklumkan bahawa ahli Parlimen Pasir Salak daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Tajuddin Abdul Rahman memasuki pusat mengundi memakai baju berlogo BN, lapor TMI.





Calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan itu berkata kejadian itu berlaku ketika beliau membuat lawatan ke pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia hari ini.

"Kita ada gambar dan pengawal keselamatan sekolah di sini boleh sahkan. Ahli Parlimen Pasir Salak memakai baju penuh dengan dacing melawat pusat mengundi.

"Dengan lambang begitu sememangnya tidak boleh melepasi pagar," katanya ketika ditemui media di Kampung Bahagia hari ini.

2.30pm: Menurut SPR, jumlah yang keluar mengundi setakat jam 2 petang adalah 52.21 peratus atau 31,286 pengundi.

2pm: Ketua polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata kekecohan yang berlaku di dua kawasan mengundi pada pagi ini terkawal.

Laporan Bernama menyebut, beliau berkata kekecohan berlaku disebabkan keghairahan kedua-dua penyokong parti melakukan provokasi untuk meraih undi di saat-saat akhir.

1.28 petang : Setakat pukul 1 petang, seramai 27,955 pengundi atau 46.65 peratus membuang undi untuk P.76.

Sementara itu, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata sehingga tengah hari ini saluran-saluran mengundi melibatkan pengundi muda mencatatkan jumlah pengundi yang agak rendah.

12.35 tengahari: Calon BN adakan sidang media di pusat media bertempat di Pusat Kesihatan UKM.

12.00 tengahari: Rekod SPR menunjukkan seramai 25,050 pengundi atau 40.13 peratus sudah menunaikan hak masing-masing setakat ini.

11.33 pagi: Sidang media Pengerusi SPR memaklumkan berlaku dua insiden provokasi di SK Dato Laksamana dan SK Kampung Bahagia. SPR juga memaklumkan, setakat pukul 11 pagi, seramai 19,508 atau 32.55 peratus keluar mengundi.

11.15 pagi: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusoff berkata ketegangan yang berlaku di Kampung Bahagia adalah "tidak serius" kerana ia tidak membabit "fizikal".

Bercakap kepada pemberita, beliau berpendapat ia disebabkan jalan yang kecil menujukk sekolah berkenaan," katanya.

Abdul Aziz juga mengatakan bahawa seramai 13,754 pengundi telah mengundi sehingga jam 10 pagi dan 23 peratus sudah keluar mengundi setakat ini.

Katanya, kadar pengundian ialah 10 peratus setiap satu jam.

11.10 pagi: Kampung Kerentina - Seorang pekerja kempen BN menghalang wartawan Malaysiakini daripada mengambil buku kecil dan risalah percuma dari kaunter parti itu di luar tempat mengundi itu.

"Anda dari Malaysiakini, anda putar (cerita) sepanjang masa dan anda tidak boleh ambil ini," katanya.

Apabila wartawan menyebut yang ianya diedar percuma, lelaki itu menjawab: "Ya ia percuma tetapi kamu tak boleh ambil."

Risalah itu memaparkan gambar Dyana dan Lim Kit Siang, dan menuduh mereka sebagai pengkhianat manakala muka depan buku kecil itu menunjukkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi tidak diketahui kandungannya.

Sementara itu, Menteri besar Perak tiba dan berjabat tangan dengan pekerja kempen.

Pada masa yang sama, penyokong PAS membawa poster Dyana dan menggesa orang ramai mengundinya. Seorang wanita berpakaian seragam Puteri Umno menjawab: "Kak, dia tak sokong hudud".

11.12 pagi: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, kadar peratusan pengundian pada jam 10 pagi ialah 22.95 peratus.

11.00 pagi: Pengerusi SPR dijangka mengadakan sidang media di pusat media bertempat di Pusat Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Teluk Intan sebentar lagi. 10.35 pagi: Seramai 13,754 orang keluar mengundi iaitu 22.95 peratus setakat pukul 10 pagi.

10.30 pagi: Kampung Bahagia - penyokong BN dan DAP masih bertekak antara satu sama lain serta menggunakan perkataan kesat.

Di pihak DAP agak tenang dengan hanya dua atau tiga orang sahaja yang bertindak balas jeritan Pemuda BN di bawah pancaran panas matahari.

Anggota polis memerhati dan memantau keadaan tersebut.

10.28 pagi: Calon DAP, Dyana Sofya tiba di pusat mengundi SMK Sultan Abdul Aziz bagi meninjau proses membuang undi.

10.15 pagi: SPR memaklumkan, setakat pukul 9 pagi tadi, seramai 7,080 pengundi atau 11.81 peratus keluar mengundi pada PRK P.76.

9.50 pagi: Calon BN, Datuk Mah Siew Keong melawat pusat mengundi di SJKC Phooi Yong dan memberitahu pemberita bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya jika beliau kalah.

Mah juga mengatakan beliau tidak tidur kerana peringkat akhir kempen sangat "meletihkan".

Sementara itu, Dyana ketika melawat ke sini sebelum ini, memberitahu pemberita bahawa beliau "kagum" dengan kehadiran di ceramah kemuncak DAP malam tadi.

9.40 pagi: SJK (C ) Chong Min - Suasana di pusat mengundi kawasan bandar yang menjadi kubu kuat DAP ini tenang, di mana kebanyakan mereka yang mengundi pada sebelah pagi adalah golongan pengundi pertengahan umur dan warga emas.

Pengundi muda tidak ramai kelihatan setakat ini.

Ketua cawangan DAP Bagan, Kaw Nang Hua, 53, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dan rakan-rakannya secara sukarelawan memandu membawa pengundi di luar kawasan balik mengundi.

"Saya tinggal di perkampungan nelayan Sabak Bernam, saya memandu membawa beberapa pengundi Teluk Intan yang tinggal di sana, balik mengundi," katanya. 9.05 pagi: Calon BN, Datuk Mah Siew Keong tiba di pusat mengundi SMK Sultan Abdul Aziz untuk membuang undi.

9.00 pagi: Pasir Bedamar - SJK(C) Phooi - Pengundi tiba untuk membuang undi. Terdapat enam saluran di pusat mengundi ini.

Dyana kelihatan bersama Lim Kit Siang, dan bergambar dengan mereka yang telah selesai mengundi.

8.50 pagi: SRK Sekolah Perempuan Methodist - Pengundian di sini bermula agak perlahan. Seorang wanita warga emas tiba untuk mengundi dan kakitangan SPR membantu untuk mendapatkan kerusi roda.

8.45 pagi: SMK Sultan Abdul Aziz - Pengundi kelihatan beratur untuk memeriksa saluran mengundi mereka, manakala yang lainnya sudahpun selesai mengundi.

Polis trafik bertugas di setiap persimpangan jalan di sekitar sekolah berkenaan.

Tiada kelihatan penyokong parti politik di kawasan luar, begitu juga keadaannya di sekolah rendah Cina SJKC Chong Min di seberang jalan, kerana pihak berkuasa telah meletakkan notis bahawa tiada kempen dibenarkan.

8.15 pagi: SJKC San Min - Langit cerah berawan pagi ini. Calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud tiba di sekolah tersebut yang menjadi salah satu daripada tempat mengundi di Pasir Bedamar, bersama dengan pemimpin yang lain.

Dyana bukan pengundi di situ, maka anak kelahiran Ipoh itu dijangka mengunjungi tempat-tempat mengundi lain dalam di Pasir Bedamar dan Changkat Jong.

Sementara itu, calon BN kelahiran Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong akan tiba di SMK Sultan Abdul Aziz untuk membuang undi pada pukul 9 pagi.

7.30 pagi: Ini adalah pilihan raya kecil (PRK) keenam selepas PRU13, dan PRK kawasan parlimen kedua selepas Bukit Gelugor minggu lalu.

Mah telah berkempen atas tema isu-isu tempatan seperti perkhidmatan majlis tempatan, manakala Dyana bertumpu kepada isu-isu nasional seperti kos hidup dan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan kerajaan.

Pengundi berdaftar di Teluk Intan terdiri daripada 42 peratus Cina, 38 peratus Melayu dan 19 peratus India.

PRU13 menyaksikan 80.4 peratus keluar pengundi, yang tertinggi pernah dicatatkan di kawasan ini.

AKHIRNYA MAYAT SUSPEK YANG MEMBUNUH KANAK-KANAK TELAH DITEMUI TERSANGKUT DI JAMBATAN...




Mayat suspek bagi kes pembunuhan kejam kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui mati lemas oleh anggota Bomba dan Penyelamat Selangor di Sungai Klang berhampiran Plaza Tol Lebuh Raya Kesas dekat sini petang tadi.

Sepasukan 10 anggota bomba menjumpai mayat berkenaan kira-kira pukul 4 petang dipercayai lemas.

Suspek sebelum ini disyaki terjun ke Sungai Klang selepas membunuh kejam seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di tebing sungai yang sama pada Khamis lalu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi MalaysiaGazette berkata, pihaknya telah memulakan operasi selepas menerima laporan suspek kes bunuh itu terjun ke dalam sungai pada hari kejadian.

"Kami memulakan pencarian suspek yang dikatakan lemas bermula dari kawasan Sungai Klang berhampiran stesen minyak Petronas Brickfields menghala ke selatan sehingga ke Puchong .

"Usaha mencari bermula kira-kira pukul 10.50 pagi dengan dibantu tujuh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dan Unit Skuba atau unit penyelamat dalam air serta tiga buah kayak turut digunakan dalam operasi pencarian hingga ke dalam kawasan negeri Selangor dengan bantuan pasukan bomba Selangor sehingga ke Puchong jika perlu.

"Akhirnya mayat dipercayai suspek kes bunuh kanak-kanak itu ditemui orang awam kawasan itu sebelum anggota kami bergegas ke lokasi dan menemui mayat di sungai itu dalam keadaan tersangkut pada tiang sebuah jambatan berdekatan Tol Lebuhraya Kesas, Subang," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kok Meng berkata, mayat sedang disiasat bagi mengenal pasti identiti bagi mengesahkan dia adalah suspek yang sedang diburu dalam kes pembunuhan kanak-kanak Khamis lalu.

Polis dijangka akan mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung penemuan mayat dipercayai merupakan suspek kes bunuh kanak-kanak Khamis lalu lewat petang ini.

Media sebelum ini melaporkan saksi melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak tersebut di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan melakukan sesuatu pada leher mangsa dipercayai mengerat sehingga kepala terputus.

Mayat kanak-kanak tersebut ditemui dalam keadaan kepalanya terpisah daripada badan berhampiran stesen Keretapi Tanah Melayu, Jalan Tun Sambanthan kira-kira pukul 9 malam.

Polis kemudian turut menemui serpihan seramik yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa di tempat kejadian.

Kanak-kanak itu dikatakan dilarikan suspek setelah ditinggalkan ibunya yang berusia 32 tahun sebelum dia ke tandas di sebuah pusat beli-belah.- - MalaysiaGazette.



Friday, 30 May 2014

KENYATAAN MEDIA DARI PENGARAH KOMUNIKASI KEADILAN UNTUK MENANGKIS DAKWAAN PUTERI UMNO KEDAH..




KENYATAAN MEDIA
29hb Mei 2014

KELUAR KEADILAN TAGIH HABUAN; KELUAR UMNO TAGIH KEADILAN

Semalam Ketua Puteri UMNO Kedah, Norashimah Md Nowar berkata ramai yang keluar KEADILAN kerana parti cukup bermasalah dan dikawal satu kelompok. Ini adalah tohmahan yang tidak berasas dan berusaha mengalih pandangan umum daripada kepincangan kronik dalam UMNO sendiri.

Jika kita lihat, mereka yang keluar KEADILAN terutamanya bila berdekatan waktu strategik seperti musim pilihanraya kerana umpan, habuan dan tawaran. Ada yang keluar untuk jadi senator. Ada yang keluar untuk jadi duta. Ada yang keluar untuk jadi pengerusi yayasan besar. Ada yang keluar untuk membantu melangsaikan hutang.

Bila dibandingkan dengan mereka yang keluar UMNO, khusus di kalangan pucuk pimpinan dan pengasas, jelas mereka menagih keadilan serta menolak dasar dan kepimpinan parti itu sendiri. Dato' Onn Jaafar keluar UMNO kerana parti itu enggan mengubah dasar dan membuka pintunya kepada kesemua rakyat Malaya. Tun Hussein Onn mengikuti langkah bapa beliau dan keluar UMNO atas prinsip yang sama. Tunku Abdul Rahman keluar UMNO kerana rasa teraniaya dan mendahagakan keadilan buat dirinya. Malah Tun Dr Mahathir juga pernah keluar UMNO kerana terasa diri dianiaya.

Menyentuh sedikit isu Pemilihan KEADILAN, jelas kenyataan dan pengumuman Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) KEADILAN membuktikan betapa seriusnya parti dalam menangani isu disiplin dan memastikan proses berjalan lancar.

Suara akar umbi diamati apabila aduan dan bantahan yang diterima daripada lebih 60 Cabang didengar satu per satu; setelah bukti dikumpul dan disahkan, mereka yang didapati melanggar tatatertib, tatatetika, dan disiplin parti akan dikenakan tindakan tanpa mengira bulu.

Oleh itu, saya cadang Ketua Puteri UMNO Kedah dan seluruh pimpinan parti itu untuk cermin diri sendiri dan bermuhasabah sebelum menyerang pihak lawan dengan retorik lemah sebegini.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

Thursday, 29 May 2014

Mat Sabu: Samseng UMNO Masuk DUN Penang Adalah Perbuatan Paling Biadap Dan Celaka...

SUKAN MALAYSIA (SUKMA) KE-17 DI KANGAR, PERLIS TERCEMAR APABILA SEBAHAGIAN BESAR BUMBUNG KANVAS KOMPLEKS RENANG (KSN) KANGAR TERKOYAK SELEPAS TIDAK SAMPAI 10 MINIT HUJAN TURUN!!!!.



Acara renang Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 diteruskan walaupun sebahagian besar bumbung kanvas Kompleks Renang (KSN) Kangar terkoyak selepas lebih kurang 10 minit hujan turun.
  
Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) Edwin Chong berkata acara renang yang menawarkan 10 pingat emas itu bakal diadakan selepas bumbung kanvas dibuka.
  
"Kita akan teruskan acara renang, tidak ada masalah beraksi di kolam renang terbuka ataupun tertutup. Sukan SEA di Cheras dulu pun dijalankan di kolam renang terbuka.
  
"Kolam renang di sini boleh digunakan dan pertandingan boleh diteruskan selepas bumbung kanvas dibuka. Kita akan adakan pertandingan secara terbuka," katanya kepada pemberita sebaik sahaja kejadian itu berlaku.
  
Bumbung kanvas kompleks renang tersebut mula koyak semasa acara terjun berjalan di kolam terjun, berhadapan dengan kolam renang itu, selepas hujan selama 10 minit dan pemberitahuan kolam renang ditutup dipaparkan pada skrin kira-kira pukul 2.20 petang.
  
Acara terjun terpaksa dihentikan sejurus sahaja kejadian berlaku namun ia bermula semula setengah jam selepas itu, sebaik sahaja hujan dan angin kuat berhenti.
  
Bumbung kanvas tersebut mengalami kerosakan selepas lebih kurang empat jam acara terjun berlangsung.
  
Edwin berkata acara terjun tidak terganggu dengan masalah bumbung kanvas terkoyak dan ia akan diteruskan sehingga acara terakhir.
  
"Saya tidak boleh beri komen mengenai acara renang, saya bertanggungjawab untuk bahagian acara sahaja. Bagi fasiliti seperti kolam, ia tanggungjawab penganjur namun bagi saya kemudahan lain tiada masalah," katanya.
  
Sebelum ini, acara akuatik yang dijadualkan berlangsung pada Rabu ditunda ke hari ini selepas Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M.Saravanan meminta aspek keselamtan kompleks tersebut diperiksa dengan betul.
  
Sementara itu, Pengarah Operasi Lima Corporation Sdn Bhd, Hishamuddin Abdul Hamid, wakil kontraktor utama projek pembinaan pusat akuatik itu, berkata kanvas yang digunakan untuk bumbung kolam renang adalah berbeza dengan kanvas yang dipasang pada bumbung utama iaitu bumbung bagi kolam terjun.
  
Katanya, kanvas yang digunakan ialah jenis 'porous' bersifat tidak kalis air dan pihaknya bersetuju menggunakan kanvas jenis itu selepas diberikan taklimat mengenai fungsinya.
  
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong berkata pihaknya akan berjumpa dengan kontraktor, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis dan jawatankuasa teknikal Sukma ke-17 sebelum menghantar laporan kepada Kementerian Belia dan Sukan berhubung insiden itu.
  
"Sebelum ini kita mendapat jaminan bahawa pusat akuatik ini selamat digunakan dan JKR telah mengeluarkan sijil perakuan bahawa kompleks ini selamat digunakan," katanya.

- Bernama

HIDUP UMNO!!!!! ... HIDUP BN!!!!!

TIMBALAN MENTERI CGPA 3.85 LARI LINTANG PUNGKANG SAMPAI LOMPAT PARIT TAKUT BERTEMU DENGAN WARTAWAN ISU KANTOI MENIPU 150 AHLI DAP MASUK BN!!!



Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan enggan bertemu para wartawan Malaysiakini pada malam tadi untuk mengulas mengenai satu acara ganjil anjuran BN sebelum ini.

Menteri tersebut malah mengelak daripada meninggalkan majlis melalui pintu utama dan sanggup menyeberangi satu parit demi mengelak dari bersemuka dengan wartawan Malaysiakini dan KiniTV yang menunggunya.

Drama tersebut berlangsung pada kira-kira jam 10.40 malam tadi, selepas Ahmad menyampaikan satu ucapan berhubung cukai barangan dan perkhidmatan kepada kira-kira 50 orang di Kampung Padang Tembak Dalam, Teluk Intan.

Terdahulu semasa beliau sedang berucap, seorang lelaki memakai baju kempen BN mendekati wartawan Malaysiakini dan meminta pengenalan daripada mereka.

Lelaki tersebut kembali ke tempat duduknya tanpa sepatah kata selepas mendapat tahu bahawa wakil Malaysiakini sedang membuat liputan majlis tersebut dan dilihat mencatat sesuatu di atas sekeping kertas.

Beliau seterusnya dilihat menyampaikan nota berkenaan kepada Ahmad yang sedang berucap. Ahmad selepas itu membacakan nota berkenaan dengan kuat "Malaysiakini sedang rakam ucapan".

Selepas ucapannya tamat dan bergambar dengan hadirin di majlis tersebut, Ahmad meminta pembantunya menunjukkan tempat di mana wartawan Malaysiakini dan KiniTV sedang menunggu, di pintu masuk dewan.

Beliau kemudian membuka langkah ke satu longkang berdekatan dan melintas longkang tersebut untuk keluar dari kawasan berkenaan. Seorang pembantu yang membawa lampu suluh turut membantu menunjukkan jalan kepada Ahmad.

Ahmad seterusnya berjalan cepat-cepat untuk keluar dari kawasan berkenaan dan mengelak dari lensa sertai enggan melayan permintaan untuk menemubualnya.

Beliau yang dikawal oleh lima orang pembantu bergegas ke sebuah kenderaan sambil dikejar oleh para wartawan.

Wartawan berkenaan mahu beliau menjelaskan mengenai program melibatkan sekumpulan penyokong DAP yang dikatakan mahu berpaling tadah.

ANGGOTA POLIS YANG BIADAP SANDAR DAN LETAK KAKI PADA KAABAH MENERIMA KECAMAN HEBAT DARI MASYARAKAT ISLAM.



MEKAH – Tindakan kurang ajar seorang anggota polis di Arab Saudi yang menyandarkan badan dan meletakkan sebelah kaki yang berkasut di atas dinding kaabah telah mencetuskan kecaman dan cemuhan ramai.

Ia merupakan perbuatan biadap yang tidak menghormati kesucian Kaabah.

Susulan itu, Gabenor Mekah, Putera Mishal Abdullah mengarahkan siasatan dijalankan berhubung insiden tersebut.

Beliau juga memaklumkan tiada tolak ansur terhadap tingkah laku berkenaan.

Selain siasatan, Putera Mishal juga mahu tindakan disiplin diambil ke atas anggota polis terbabit kerana gagal menjaga kesucian kaabah.

Dalam pada itu, media di Arab Saudi melaporkan orang ramai terkejut dengan imej tersebut dan kecaman serta hentaman diterima oleh anggota polis terbabit dalam media sosial.

( 2 FOTO ) PRK TELUK INTAN ... PUTERI UMNO DIMALUKAN APABILA PEMBERIAN TOPI BERLAMBANG DACING RAKYAT TIDAK AMBIL PUSING???


Inilah realiti sebenar yang berlaku diakar umbi apabila Puteri UMNO Malaysia sendiri turun padang tanpa ada pemimpin-pemimpin besar UMNO disisi.

Cukup-cukup hambar sambutan diberikan oleh warga Melayu kepada mereka ... teguran disambut dengan sambil lewa, malahan ada yang langsung tidak angkat muka .. cukup dihina begitu sekali ... pemberian topi langsung rakyat tidak ambil peduli.

Memberi mesej yang cukup kuat dan jelas betapa rakyat sudah muak dan bosan dengan cara UMNO/BN berpolitik ikut musim dan bukannya berterusan ... Anggap rakyat amat mudah digula-gula dengan sekadar memberi umpan topi berlambangkan dacing.

Apakah Puteri UMNO Malaysia anggap nilai rakyat sekadar sebuah topi?????  .. Harga getah turun merudum cukup teruk dimana suara Puteri UMNO???? .. Harga barang-barang keperluan harian naik mencanak dimana pendirian Puteri UMNO???? .. Kehidupan rakyat makin terhimpit mana suara jerit Puteri UMNO????

Bila rakyat kampong sudah cerdik .. nyawa UMNO semakin pendik!!!!!