Friday 31 October 2014

TIKET KHAS UNTUK MEREKA YANG GAGAL BELI TIKET PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2014 JDT LWN PAHANG.


LIWAT II ... PROSIDING RAYUAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN DILANJUTKAN KE SELASA DEPAN.



Perbicaraan rayuan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masuk hari keempat hari ini ditangguhkan ke minggu depan dan ia dijangka bersambung semula pada Isnin dan Selasa.

Bagaimanapun Ketua Pendakwaraya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, perbicaraan kes itu pada Isnin depan akan berlangsung separuh hari manakala Selasa pula beliau menjangkakan perbicaraan penuh dapat dilakukan.

Saya rasa Isnin ada peluang tidak habis (pendakwaan) ada kemungkinan itu, jadi kita akan bersambung pada Selasa.

"Selasa kami yakin perbicaraan akan bersambung dan saya ambil bahagian kecil di awal pagi Selasa dan mereka akan hantar (submit).

Petang ini tiada (perbicaraan penuh) sebab hari Jumaat dia selalu tak buat, jadi Isnin depan setengah hari sampai pukul 1 petang, saya fikir Selasa adalah sepanjang hari," katanya kepada pemberita di luar kamar Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman, di sini, hari ini.

Hari keempat pendengaran rayuan akhir Liwat II, Ketua Umum PKR itu bermula jam 9 pagi hari ini dengan pihak pendakwaan yang diketuai Muhammad Shafee memulakan hujahan balas.

Muhammad Shafee juga telah membuat hujahan balas pada sebelah pagi berhubung dakwaan pihak pembelaan bahawa tuduhan liwat terhadap Anwar adalah satu konspirasi.

NASIB BAIK ADIK KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA, DATUK AHMAD MASLAN PANDU KERETA BENTLEY YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN.



Adik lelaki kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, Rahim Maslan, 42, terselamat selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 202.1, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, kereta jenis Bentley dipandu Rahim dipercayai hilang kawalan selepas cuba mengelak lopak air dalam hujan lebat sebelum kenderaan itu berpusing beberapa kali.

Rahim berkata, dia dalam perjalanan pulang ke Pontian, Johor selepas menghantar abangnya di Putrajaya sebelum terbabit kemalangan.

“Ketika tiba di tempat kejadian, hujan lebat sebelum saya nampak kenderaan di hadapan cuba mengubah haluan ke kiri lalu saya mengelak ke kanan, tetapi malangnya tanpa disedari terdapat lopak air di hadapan.

“Saya cuba menekan brek menyebabkan kereta terus berpusing lalu merempuh besi penghadang tengah dan terseret sebelum terhenti melintang di lorong kanan,” katanya.

Menurutnya, dia yang dihimpit beg udara sempat melihat kenderaan dari arah sama cuba mengelak merempuh keretanya sebelum sebuah treler menekan brek kecemasan dan hampir melanggar kenderaannya.

“Saya lihat bagaimana pemandu treler mengawal kenderaan beratnya dengan memaut stereng ke kiri bagi mengelak merempuh kereta saya dengan menghimpit penghadang kiri hingga kepala treler terlipat dua.

“Selepas keadaan tenang, saya keluar daripada kereta dan melompat ke kawasan besi penghadang tengah dan berlari beberapa meter ke hadapan lalu terus bersujud kerana terselamat dalam kejadian itu,” katanya.

Katanya, dia bersyukur terselamat biarpun terpaksa meredah hujan lebat di tengah lebuh raya sebelum anggota peronda lebuh raya dan pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian.

“Saya tidak dapat bayangkan keadaan ketika itu kerana hanya berserah kepada takdir dan saya bersyukur tidak cedera,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Asisten Superintendan Jasmani Othman berkata, kemalangan berlaku ketika hujan lebat menyebabkan kereta dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas.

“Bagaimanapun, pemandunya sempat keluar dan menyelamatkan diri di bahagian besi penghadang tengah tanpa cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 43, Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya

PENGASUH YANG IKAT KANAK-KANAK BERUSIA TIGA TAHUN DI HERET KE MAHKAMAH MENGIKUT SEKSYEN 31 (1) (a) AKTA KANAK-KANAK 2001.




BUTTERWORTH
: Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun pada Selasa lepas.

Noor Faezah Rahman, 39, didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Blok A-8-19, Flat Seri Pinang di sini pada kira-kira 10 pagi, 28 Okt lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Mengikut kertas pendakwaan, kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan tangannya diiikat di belakang badannya manakala kakinya diikat dengan tali.

Tiada pengakuan dicatatkan di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab, yang menetapkan 5 Dis depan untuk sebutan kes bagi membolehkan tertuduh mendapatkan khidmat peguam.

Terdahulu, semasa  merayu jaminan yang lebih rendah, tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia mempunyai lapan anak untuk disara.

Muhammad Firdaus kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Fairuz Rahman.

BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT ... TAMBANG BAS EKSPRESS AKAN NAIK SEBANYAK 30%.



Rakyat Malaysia bakal berdepan dengan kenaikan caj tambang bas ekspress sebanyak 30% dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini menunggu kelulusan daripada Putrajaya bagi memuktamadkan kadar perkhidmatan tersebut, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, keputusan mengenai pelaksanaan caj tambang bas ekspress dijangka akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

"SPAD sudah syorkan kepada kerajaan permohonan mereka ( pengusaha bas). InsyaAllah kita tunggu keputusan muktamad secepat mungkin," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Kajian kenaikan caj tambang itu susulan daripada gesaan pengusaha bas di negara yang terbeban dengan kenaikan harga harga minyak selepas Putrajaya memotong subsidi.

Syed Hamid menyifatkan ia merupakan satu cadangan yang munasabah.

"Permohonan daripada pengusaha bas adalah munasabah berasaskan kepasa keperluan yang mendesak terutama selepas penurunan subsidi minyak baru- baru ini," katanya.

Bagaimanapun beliau menjamin SPAD akan mencari kaedah sesuai untuk tidak membebankan pengguna sekiranya berlaku kenaikan.

Putrajaya‎ baru-baru ini mengurangkan subsidi RON95 dan diesel sebanyak 20 sen sebagai sebahagian daripada program rasionalisasi subsidi.



BAK KATA HASAN MALEK RAKYAT JANGAN MERUNGUT DAN MEMBANTAH TETAPI SOKONG DAN BERSYUKUR.

SETELAH SIASATAN DIJALANKAN POLIS NAFI LUDAH TAHANAN.



SHAH ALAM – Polis menyifatkan status seorang pemilik Facebook (FB) bernama Abdul Muqit Muhammad sebagai berniat jahat bagi memberi imej buruk kepada pasukan itu.

Abdul Muqit dalam statusnya mendakwa diludah seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul ketika menyatakan hasrat untuk menunaikan solat Zuhur.

Status yang dimuat naik itu seolah-olah cuba menarik perhatian ramai serta menjadi viral apabila dikongsi pemilik FB lain.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan setakat ini berhubung kejadian itu.

“Kami tidak pernah halang mana-mana tahanan untuk solat. Ruangan solat juga ada disediakan. Apa tujuan dia untuk memuat naik status seperti itu? Statusnya itu sengaja untuk mencetuskan provokasi dan mencemarkan imej pihak berkuasa,” katanya.

Menurut Munusamy, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap anggota yang bertugas pada hari berkenaan dan jelas perkara itu tidak terjadi.

“Jika benar dia  dikasari oleh anggota kami, buat laporan pada saluran yang betul dan kami akan siasat,” katanya lagi.

MENJELANG HARI KE-4 RAYUAN KES LIWAT II ... PENYOKONG DSAI SEMAKIN AMAT BERKURANGAN.



Menjelang hari keempat rayuan Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini, kira-kira 50 penyokong ketua pembangkang itu berkumpul di hadapan Istana Kehakiman setakat jam 9 pagi.

Senario ini berbeza seperti hari sebelumnya yang menyaksikan lebih ramai penyokong Anwar berhimpun dengan berlaku pergaduhan kecil dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) bersilih ganti menyampaikan ucapan.

Hari ini giliran pasukan pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk menyampaikan hujah kepada mahkamah selepas tiga hari pasukan pembelaan yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram berhujah kepada mahkamah.

Semalam, peguambela Anwar, Ramkarpal Singh ketika membuat penggulungan berkata, seorang doktor Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid dalam keterangannya memberitahu mahkamah tidak ada sebarang penatrasi berlaku ke atas dubur pihak yang menuduh, Mohamad Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, Dr Osman ketika memeriksa Saiful tidak menemui sebarang kesan kecederaan walaupun Saiful mengadu sakit.

Ramkarpal berkata keterangan Dr Osman yang merupakan saksi pembelaan, tidak dipertimbangkan "sama sekali" oleh mahkamah.

Katanya, terdapat banyak keraguan daripada dakwaan awal Saiful bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

HIMPUNAN "KEADILAN UNTUK SAIFUL" TIDAK MEMBERI KESAN KEPADA LONCATAN POLITIK UMNO??????



Mungkin ini tidak digemari dan di sangkal beberapa pihak,  tetapi setakat usaha untuk melakukan perang saraf dengan kehadiran slogan “Keadilan untuk Saiful” tidak melambangkan kematangan dan kecerdikan dalam menangani isu untuk mendapatkan loncatan sokongan.

Sama ada suka atau pun tidak, asasnya mudah “Keadilan untuk Saiful” akan terus dilabel sebagai anjuran Umno.

Dua slogan yang nampak di gunakan, "Rakyat hakim negara" dan “Keadilan untuk Saiful” adalah antara yang amat menonjol dalam masa perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bezakan antara kedua-dua ini dalam musim perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apa sebenarnya impak dan kesan yang hadir dengan slogan "Rakyat hakim negara" dan “Keadilan untuk Saiful”.

Penafian apa pun – serangan slogan“Keadilan untuk Saiful” tetap akan dikatakan anjuran Umno sementara "Rakyat hakim negara" terang-terang adalah anjuran PKR.

Dalam mengupas kedua-dua kempen ini, "Rakyat hakim negara" – meliputi tuduhan konspirasi, sistem perundangan yang tidak bebas, sistem kepolisan yang tercemar, perang politik serta arahan kempen bukan sahaja untuk mendesak membebaskan Anwar Ibrahim tetapi mahu menonjolkan kepincangan dalam semua sistem – khususnya kepolisan dan kehakiman.

Sementara slogan “Keadilan untuk Saiful” pula mendesak agak Saiful diberi keadilan dengan memenjarakan Anwar Ibrahim.

Mungkin satu desakan agar mahkamah memberi keadilan buat Saiful. Akhirnya kedua-dua kempen seolah-olah mendesak mahkamah membuat keputusan mengikuti kehendak masing-masing.

Penelitian harus di buat dalam melihat kedua-dua bentuk kempen yang dikatakan memberi loncatan kepada kedua-dua parti politik tersebut.

Kempen yang dilakukan penyokong dan pendokong PKR bukan sahaja meliputi desakan Anwar di bebaskan tetapi dalam masa yang sama – menonjolkan tuduhan besar perlanggaran dasar pemerintahan negara dan kempen untuk terus mendapatkan sokongan dengan tuduhan sistem penting negara ini dicabuli BN dan Umno.

Dalam isu perbicaraan Anwar Ibrahim ini, kesempatan diambil untuk menunjukkan kerakusan kerajaan Barisan Nasional dalam isu Anwar Ibrahim sehingga memanipulasi asas kehakiman dan kepolisan.

“Keadilan untuk Saiful” – sungguhpun dinafikan BN/Umno terbabit namun ia nya terus dilabel sebagai kempen Umno.

Apa impak slogan ini? Ia mahu menuntut keadilan agar Anwar Ibrahim terus di penjara kerana liwat.

Itu sahaja – yang nampak.

Tidak ada pendalaman slogan ini untuk menunjukkan kepimpinan yang ada di kalangan pembangkang hanya mahu menentukan kuasa – sistem pentadbiran yang seadanya baik dan perlu di bersihkan dari fitnah dan tohmahan campur tangan dan manipulasi sistem kehakiman dan polis.

Apa yang ada ialah slogan pengesahan "Saiful diliwat" – itu sahaja.

Mereka yang menganjurkan “Keadilan untuk Saiful” sebenarnya tidak memandang impak negatif yang di terbitkan pada Umno.

Mereka sekadar mahu melakukan sesuatu bagi menunjukkan mereka anti Anwar Ibrahim dan percaya Anwar Ibrahim adalah peliwat.

Mereka yang menganjurkan tidak menyemarakkan tentangan terhadap tuduhan besar pembangkang mengenai demokrasi dan campur tangan politik parti Umno dalam sistem kehakiman dan polis.

Mereka hanya menyokong Saiful yang dikatakan di rogol secara luar tabii.

Melihat kedua-dua ini kita dapati sedikit sebanyak bagaimana kedua-dua corak kempen musim perbicaraan Anwar Ibrahim memberi impak kepada kedua-dua parti politik tersebut.

Kalau di simpulkan, satu memberi tekanan serta mencampakkan tuduhan sistem keadilan yang ada di robek pemerintahan yang ganas mempertahankan kuasa dan satu lagi menyatakan Saiful di liwat dan harus diberikan keadilan kepada beliau.

Andai kedua-dua ini dikatakan sebagai kempen PKR dan kempen Umno maka hakikat kempen Umno lemah dalam membawa isu liwat ini sebagai sandaran menewaskan arus besar pembangkang yang sudah mula merebak.

Teliti sendiri dan tanya pada diri sendiri – adalah “Keadilan untuk Saiful” memberi impak besar menolak serangan pembangkang dalam persoalan demokrasi, kebebasan badan kehakiman dan menolak kerajaan yang korup.

Malah semakin ramai yang belum berparti yang menuduh “Keadilan untuk Saiful” sebagai kempen Umno dan ini tidak memberi kesan kepada loncatan politik BN/Umno sendiri.

Cuit minda tanya akal waras.

MAJLIS PEGUAM MASIH KONSISTEN DALAM PENDIRIAN LARANG BEKAS HAKIM WAKILI ANAK GUAM.




Majlis Peguam Malaysia semalam mengekalkan pendiriannya melarang bekas hakim muncul di mahkamah mewakili anak guam mereka seperti dinyatakan dalam resolusi badan itu 15 Mac lepas.

Presidennya, Christopher Leong berkata walaupun terdapat kebimbangan badan itu dalam isu ini, yang telah dinyatakan di mahkamah, namun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa pada masa ini tidak ada apa-apa dalam undang-undang yang melarang hakim bersara daripada muncul sebagai peguam di mahkamah.

"Majlis juga menyatakan isu-isu baru-baru ini atau kontroversi membabitkan kepatutan atau pelantikan dan kemunculan ketua pasukan pendakwa dalam kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sekali lagi, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa tidak ada yang tidak tepat dalam dalam hal ini," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata: "Walaupun atas sebab-sebab yang berbeza, isu bersama dan kebimbangan Majlis Peguam berkaitan kedua-dua pelantikan dan kemunculan  pendakwa utama dan peguam utama (bekas hakim) bagi Anwar dalam rayuan itu keadilan mungkin tidak dapat dilakukan atau mungkin dilihat tidak dilaksanakan."

Bagaimanapun, Leong berkata Majlis Peguam tidak akan mengulas lanjut kerana pendengarwn kes rayuan masih berjalan di Mahkamah Persekutuan.

Mesyuarat 15 Mac badan itu menerima usul bahawa hakim bersara dari mahkamah yang lebih tinggi perlu dilarang atau dihalang dari segi undang-undang menjadi peguam di mahkamah.

Terdahulu, ketua pasukan pendakwaan dalam kes rayuan Anwar, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata tiada sesiapa boleh menghalang bekas hakim bertindak sebagai peguam dan ia adalah pilihan mereka berbuat demikian.

Pada 3 Julai, 2013, Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata hakim bersara bebas muncul di mahkamah mewakili anak guam mereka dan tidak kira siapa yang muncul di mahkamah, pihak kehakiman akan menentukan kes berasaskan merit.

Beliau menegaskan badan kehakiman tidak boleh menghalang bekas hakim daripada menjalankan tugas guaman dan tidak harus menyekat hak mereka berbuat demikian.

Kontroversi timbul selepas bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pembelaan dalam kes rayuan Anwar terhadap sabitan kes liwat.

Anwar, selaku Ketua Pembangkang, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar, 67, atas kesalahan tersebut.

Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar di akhir kes pembelaan.

Mahkamah Persekutuan sedang mendengar rayuan itu sejak Selasa lepas. – Bernama

PIHAK UNIVERSITI MALAYA SAHUT CABARAN PRESIDEN PERSATUAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA (PMUM)



Universiti Malaya (UM) hari ini telah mengenal pasti sembilan pelajarnya yang disyaki menghadiri perhimpunan sempena pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan pada 27 Oktober lepas di Dataran Dewan Tunku Canselor.
  
Ketua Unit Media dan Korporat UM Izzad Zalman Abd Kader berkata, antara sembilan pelajar itu termasuk Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Fahmi Zainol.
  
Menurutnya, UM telah mengenal pasti Fahmi di dalam perhimpunan itu dan dia berada di barisan hadapan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
  
"Fahmi merupakan pelajar tahun akhir daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial, dia bersama lapan mahasiswa yang lain akan dibawa ke Lembaga Tatatertib dalam masa terdekat berdasarkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 serta mengikut Perlembagaan Universiti," katanya ketika dihubungi Bernama.
  
Jelasnya, jumlah sebenar bilangan pelajar UM yang didapati terlibat belum dapat dipastikan namun rakaman CCTV itu telah dikongsi bersama institusi pengajian yang lain untuk proses pengecaman.
  
"Pelajar UM yang dikenal pasti akan disiasat oleh UM sendiri manakala selebihnya oleh institusi terlibat," katanya.
  
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata suspek yang terlibat dalam perhimpunan itu kini sedang dikenal pasti berdasarkan bukti rakaman CCTV serta video.
  
Dalam perhimpunan pada 27 Oktober lepas, kira-kira 300 belia termasuk beberapa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) merempuh masuk pintu pagar UM pada jam 9.20 malam untuk acara pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan berlangsung di Dataran Dewan Tunku Canselor.
  
Program itu tidak mendapat kebenaran UM dan pihak keselamatan universiti itu mengunci pintu pagar utama universiti.

Sebelum ini dia pernah membuat cabaran terbuka agar pihak Universiti Malaya ambil tindakan pecat dirinya jika UM berani memiliki tulang belakang.

Diperturunkan kata-kata cabaran beliau.


Dalam usaha memulakan fasa baru "reformasi" di kalangan belia di negara ini, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol kini menghadapi ancaman penggantungan dan dalam jangka masa panjang, menurut jejak langkah aktivis belia Safwan Anang dan Adam Adli Abd Halim yang disabitkan hukuman penjara.

Tetapi pelajar berusia 23 tahun dan pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu tidak terpengaruh dengan ancaman universiti dan kemungkinan penjara, jika itu adalah apa yang diperlukan untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang penyalahgunaan kuasa oleh Putrajaya.

"Jika mereka mahu buang saya, teruskan. Biarlah ini menjadi pengajaran kepada orang ramai mengenai apa yang berlaku di universiti dan Malaysia," kata Fahmi kepada The Malaysia Insider.

"Biar pelajar melihat kebenaran, ketika mereka boleh mendapatkan ilmu dari institusi terkemuka di Malaysia, akhirnya mereka masih dikawal oleh pihak berkuasa yang tidak adil.

"Saya bersedia untuk dipecat, untuk dipenjara, apa pun demi menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik."

Fahmi merupakan generasi pelajar yang dibimbing secara langsung oleh ahli akademik yang terbaik di negara ini yang tidak berpuas hati dengan sikap masyarakat dan kerajaan yang memerintah.

Pelajar tahun akhir Pentadbiran dan Keadilan Sosial itu katanya diinspirasi oleh profesor, pensyarah dan rakan pelajarnya untuk menyahut cabaran mengetuai gerakan mahasiswa untuk membawa perubahan.

"Sebagai pelajar kita perlu membuat pengorbanan ini, sama ada kita suka atau tidak, kerana Malaysia perlukan perubahan. Kerajaan tidak patut memperlekeh pengaruh mahasiswa.

"Lihat sahaja Umbrella Revolution di Hong Kong dan reformasi di Indonesia. Ia bermula dengan pelajar," kata Fahmi.

Pemimpin pelajar itu kini bermasalah dengan pentadbiran universiti kerana menjemput ketua pembangkang dan alumni UM Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kampus untuk berucap pada malam rayuan kes liwat beliau.

Program yang bertajuk "40 tahun dari UM ke Penjara" diumumkan haram oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Profesor Datuk Dr Rohana Yusof, kerana akan "merosakkan imej" universiti.

Namun Majlis Perwakilan Pelajar UM yang diketuai Fahmi bukan sahaja ingin meneruskan dengan program tersebut, tetapi juga menggunakannya sebagai platform untuk memulakan gelombang "reformasi" kedua – seruan pembaharuan yang pernah dibuat Anwar selepas dipecat dari Kabinet.


BILA MENTERI COP AYAM BERBICARA .... KAWASAN PERINTAH BERKURUNG LEBIH SELAMAT DAN AMAN DARI KUALA LUMPUR.


Rakyat Sabah tidak perlu risau akan keselamatan di pantai timur negeri itu kerana ia lebih selamat daripada Kuala Lumpur, kata Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kepada Dewan Rakyat hari ini, jaminan itu diberikan berdasarkan lawatan turun padangnya di kawasan keselamatan khas pantai timur Sabah (Esscom) untuk memastikan zon tersebut benar-benar selamat.

"Saya pergi ke kawasan yang paling bahaya pada malam tanpa adanya butiran keselamatan, saya ke sana untuk memastikan negara selamat.

"Dan perintah berkurung tidak menyebabkan kesusahan kepada penduduk di sana. Sebaliknya mereka gembira kerana kita dapat mengesan pergerakan luar biasa ketika kawalan bagi menjamin keselamatan," katanya di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan mengenai isu keselamatan dan perintah berkurung di pantai timur Sabah itu.

Tambahnya memandangkan sidang Dewan Rakyat disiarkan secara langsung beliau mahu memberi jaminan kepada penduduk di Sabah kawasan itu selamat.

"Apa yang bagus di Zon Esscom, sementara kita menumpukan perhatian terhadap mana-mana ancaman luar pada masa dapat mencegah jenayah berlaku di kawasan itu, dengan erti kata lain Esscom lebih selamat dari Kuala Lumpur," katanya.

Terdahulu Ahli Parlimen Putatan (BN) Datuk Dr Marcus Mogijah mendakwa perintah berkurung itu menimbulkan kesusahan kepada penduduk kerana mereka dikelilingi dengan pengawal bersenjata namun keselamatan tidak juga bertambah baik.

"Saya ingin tahu pada jam berapa kalan Esscom, berapa yang ditahan, disiasat dan didakwa," kata Marcus


JENIS MENTERI AKAN BERCAKAP TANPA MENGGUNAKAN AKAL DAN FAKTA ASALKAN JANJI BERCAKAP ... TIDAK PEDULI SAMA ADA RAKYAT PERCAYA ATAU AKAN DIJADIKAN BAHAN KUTUK DAN KETAWA.

INILAH CONTOH MENTERI YANG CAKAP SEMBORONO YANG MERASAKAN RAKYAT INI BODOH-BODOH BELAKA.

Thursday 30 October 2014

Permandangan yang memalukan negara dan jadi bahan jenaka seluruh dunia .. KLIA2 yang baru dibina banjir .. pekerja terpaksa ceduk air guna baldi.. penyelia kerah berhenti sebab kerja-kerja sedang dirakam.

SIRI SELANJUTNYA, KISAH ISTERI ISA SAMAD MASUK CAMPUR PENGURUSAN FELDA.




Gergasi perladangan negara, Felda akan berhenti daripada melabur dalam sektor hospitaliti selepas menerima kritikan ekoran pembelian kompleks apartmen bernilai £98 juta (RM497 juta) di London.

Syarikat perladangan kelapa sawit itu kini hanya akan memberikan fokus kepada hotel milik mereka yang stabil dengan dua daripadanya terletak di dalam negara.

Buat masa ini, Felda tidak merancang untuk membeli mana-mana hotel. Konglomerat itu hanya akan fokus kepada hotel sedia ada beroperasi.

Felda kini memiliki tiga hotel - Hotel Seri Costa di Melaka dengan nilai belian berjumlah RM24 juta, Hotel Grand Borneo di Sabah bernilai RM86 juta, dan Apartment Service Plaza di Bayswater, London yang bernilai RM500 juta. Kesemuanya dibeli sejak dua lalu... semuanya di waktu Isa Samad menjadi Pengerusi bukan eksekutif Felda.

 Pembelian di London amat mengejutkan pemain industri dengan harga terlalu tinggi dibuat oleh Felda Investment Corp (FIC) UK Properties. Lokasi berkenaan adalah popular di kalangan rakyat Malaysia yang menetap di London.

Pengkritik berkata, Felda seharusnya melabur dalam bidang yang berkaitan kepakaran mereka iaitu pertanian berbanding hartanah mahupun pelancongan.

Jadi jelas ada kesangsian wujud penyelewengan dan salah guna kuasa pihak terbabit dalam pembelian sektor hospitaliti yang secara kebetulannya semasa ini berlaku Isa Samad ada Pengerusinya dan Bibi Sharliza Khalid sudah pun menjadi isterinya.

Kala tindakan pembelian itu tepat dan bijak mengapa perlu diarahkan berhenti oleh pihak Jabatan Perdana Menteri??????

Tidak cukup dengan itu sudah mula kedengaran rungutan betapa anak syarikat Felda,  Felda Prodata yang diketuai oleh individu yang mempunyai talian persaudaraan dengan isteri Isa Samad melakukan kerja-kerja membahagi2kan kerja-kerja membekal dan kontrek kepada syarikat-syarikat kroni Bibi Sharliza Khalid ... dari sekecil-kecil kotrak sampailah sebesar-besarnya ... habis disapu keliling sampai sedikit pun tidak tinggal sisa .. dahsyat sungguh .. itulah yang pemberi maklumat memberi tahu.

Bunyi macam tidak percaya jer ... tetapi pemberi maklumat suruh pastikan dengan cuba merisik di Felda Prodata bagi pengesahan dan bakal dilakukan.

Tidak berhenti dengan itu dikhabarkan Felda kini berdepan dengan tindakan saman RM14 juta gara-gara kontraktor ubah suai Menara Felda diberhentikan kotraknya dipercayai atas campur tangan Bibi Sharliza dengan menyerahkan kontrak ubah suai kepada syarikat pilihan hatinya. Kisah ini sudah menjadi rahsia umum dan perbualan kalangan kakitangan Felda.

Last but not least ialah nama 3 indvidu yang dikenali sebagai The Three Stooges of Bibi Sharliza iaitu Rais, Razlan dan David.

Siapakah mereka-mereka ini yang cukup berpengaruh dalam menentukan hala tuju keputusan penting terutamanya melibat pelaburan dan perniagaan Felda????  Pihak terlibat wajar memberikan pencerahan sebab kisah ini sudah ligat dijadikan baha perbualan dalam kelompok warga Felda.

Felda perlu dibersihkan dari pandangan negatif dan persepsi buruk rakyat akibat terlalu rancak campur tangan isteri Isa Samad dalam keputusan-keputusan penting Felda.

Tidak mau isteri lebih berkuasa dari suami .. malahan ada jua kedengaran gurau senda bahan jenaka betapa kini isteri Isa Samad jauh lebih berkuasa dan kaya dari beliau sekarang .. Sama ada ianya benar atau tidak, perlu tuan punya badan mengeluarkan kenyataan yang menyakinkan demi pencerahan dan kebenaran.


Tiada komen ertinya benar .. memberikan jawapan semborono beerti menghina kebijaksanaan rakyat berfikir dan menilai.

LIWAT II ... PEGUAM BELA BANGKITKAN ISU SELUAR DALAM SAIFUL.



Ram berkata, doktor HKL tidak menemui sebarang tanda koyakan atau atau luka akibat mempertahankan diri daripada Saiful.  .... Justeru, kata Ram, terdapat keraguan terhadap tembusan faktum pada Saiful.

Peguam bela juga berkata, Dr Mohd Osman mendapat duburnya dalam keadaan normal.

“Bagaimana kamu temui air mani dalam rektum apabila tiada terdapat bukti tembusan (penetration),” katanya.

Katanya, perkara itu hanya boleh ditemui jika sampel berbeza digunakan.

Justeru, katanya, hakim perbicaraan dan hakim mahkamah rayuan terkhilaf dengan menjangkakan sampel yang betul ditemui.
Saiful mendakwa kejadian liwat itu berlaku lima minit (ketika memberi keterangan) tetapi memberitahu Supt Jude dan doktor HKL bahawa ia berlaku selama 30 minit.

“Jika begitu (tempoh) lebih lama, akan terdapat tanda-tanda kecederaan.

"Ia menimbulkan keraguan jelas pada testimoni Saiful,” katanya.
Laporan pro forma di hospital menunjukkan Saiful melawan tetapi tiada luka akibat mempertahankan diri.

“Empat doktor, termasuk tiga daripada HKL, menyatakan tiada tanda-tanda kecederaan.

"Saiful berkata beliau diperlakukan secara kasal, menyebabkan kesakitan luar biasa tetapi tiada kecederaan.”


Ram bertanya, bagaimana air mani boleh ditemui dalam rektum sedangkan tiada tembusan.

Katanya, satu-satunya kesimpulan yang boleh dibuat, ia bukan sampel yang sama.
Tiada kesan air mani pada seluar Saiful selepas insiden itu.

Hakim Suriyadi bertanya jika terdapat bukti bahawa seluar dalam Saiful dibasuh.

Ram berkata, seluar dalam Saiful yang digunakan pada hari insiden dibasuh tetapi kesan mani ditemui pada seluar dalam lain, yang tidak digunakannya pada hari itu.

“Jika kesan mani ditemui pada seluar dalam sebelum itu, ia patut sama dengan kesan pada seluar yang digunakannya pada hari insiden,” tambahnya.

Ram berkata, ahli kimia kerajaan berat sebelah apabila tidak mahu menjawab soalan oleh peguam bela.

4 FOTO KANAK-KANAK 3 TAHUN DIIKAT KAKI DAN TANGAN OLEH PENGASUH KEJAM TIDAK BERHATI PERUT YANG MENJADI GEMPAR SELURUH NEGARA.




Butterworth Pulau Pinang- .. Apalah punya kejam dan zalimnya langsung tidak berhati perut punya pengasuh yang di bayar upah.

Lemah dan luluh hati seorang ibu apabila mendapati anaknya berumur tiga tahun diikat dalam keadaan meniarap di rumah pengasuhnya


Muhammad Nor Nalis Esma Abdullah,3 tahun ditemui ibunya Nalita ahmad,38,semasa melakukan intipan di rumah pengasuh itu pukul 10 pagikelmarin


Lebih menyedihkan Nalita,apabila mendengar sendiri pengakuan pengasuh itu yang anak bongsunya itu bukan sahaja diikat tetapi turut dipukul dan dibiarkan kelaparan beberapa kali sebelum ini.


Rumah pengasuh itu berada ditingkat lapan manakala rumah Nalita di tingkat lima Flat Taman Seri Pinang,Sungai Puyu,Butterworth, Pulau Pinang.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Polis, Abdul Rahman Ibrahim yang dihubungi pemberita mengesahkan kejadian itu dan berkata,sebaik menerima lapuran ibu mangsa,pengasuh itu ditahan malam itu juga dan kini direman.

LIWAT II HARI KETIGA LENGANG ... MANA PERGINYA PARA PENYOKONG SEMUA??????



Keadaan sekitar Istana Kehakiman Putrajaya sehingga jam 9.30 pagi pagi tadi yang lengang dengan kehadiran kedua-dua penyokong bagi mengikuti keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan ke liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dikhabarkan jumlah para wartawan dan jurukamera melebehi angka penyokong.

Mana perginya kesemua penyokong dan pendokong????? .. Apakah semangat juang sudah layu dan luntur... Mana perginya sumpah ikrar jeritan nyaring Membujur Lalu Melintang Patah, lawan tetap lawan .. adakah sesudah membujur semangat juang pun terus patah?????

Sebab itu dari awal lagi Omak berbicara bahawa semangat juang dan jati diri serta kesungguhan para pejuang KeADILan tahun Reformasi era 98 jauh lebih hebat dan jitu dari sekarang... para pejuang KeADILan terutamanya budak-budak AMK yang baru nak berjinak-jinak dan kenal politik serta makna perjuangan,  memiliki semangat juang ala-ala embun .. semangat juang tong kosong ... mudah lesap .. cakap berdegar-degar kuat tapi retorik omong-omong kosong.

Ketika itu jangan katakan 2 hari, berminggu-minggu sanggup turun memberikan sokongan .. ketika itu akan berdepan dengan semburan air berasid, gas pemedih mata dan kalau nasib kurang baik kena belasah dengan belantan ... amat berbeza dengan situasi sekarang .. lebih-lebih dihadang dengan besi penghadang .. tiada semburan air, gas pemedih mata dan kejar mengejar dengan FRU.

Apakah masih mau menafikannya?????

Esok masih ada untuk memperbetulkan keadaan.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

AKHIRNYA TEMBELANG PECAH JUA ... PEMIMPIN MAHASISWA YANG DI JULANG DSAI AKUI SECARA TERBUKA DIA PRO TOTOK MAHATHIR



Walaupun dijulang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “harapan anak bangsa”, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol berkata beliau bukan penyokong pembangkang.

Sebaliknya, kata mahasiswa 22 tahun itu, beliau menjadikan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai inspirasi.

“Saya suka dengan pemikiran atau pun pandangan Tun Mahathir,” kata Fahmi.

Beliau mengakui menggemari pemikiran pandang ke hadapan dan cara Mahathir menjatuhkan Anwar yang ketika itu timbalan perdana menteri.

“Saya suka bagaimana beliau buat pandangan hadapan, pembacaan beliau yang mendalam, strategik beliau bagaimana beliau menjatuhkan Anwar,” ujar Fahmi.

Beliau juga berkata strategi Mahathir menjatuhkan Anwar itu boleh digunakan dan dipelajari.

“Mungkin strategi itu boleh digunakan. Bagaimana liciknya (Mahathir), mungkin kemahirannya kita perlu belajar, perlu diambil, jadi saya meminatinya,” kata Fahmi sambil tersenyum.

Menurut mahasiswa semester akhir Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya itu, meskipun ramai tidak bersetuju dengan Mahathir, beliau mengagumi cara mantan perdana menteri itu berfikir dan mencorak Malaysia.

Dalam wawancaranya dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur semalam, Fahmi mengakui beliau meminati biografi Mahathir Doktor Umum.

Buku itu, katanya merakamnya kenapa Mahathir lebih bijak daripada Anwar dalam percaturan politik, yang menyebabkan beliau lebih tertarik dengan pemikiran Mahathir.

“Bukan saya nak kata saya bukan pro-Anwar Ibrahim, tetapi saya lebih minat dengan teknik atau kemahiran Tun Mahathir,” katanya.

Fahmi Zainol 27 Oktober lalu mencuri perhatian kerana menganjurkan pidato "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara” yang menampil Anwar sebagai penyampai utama.

Beliau kini berdepan dengan kemungkinan disingkirkan universiti kerana tidak mendapat kebenaran UM.

Malah, dalam kejadian malam Isnin lalu, 2,000 hadirin, termasuk kumpulan mahasiswa, merempuh pintu pagar utama UM

Anwar, yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh, ketika mengakhiri pidatonya mengangkat tangan Fahmi dan menggelarkannya sebagai “harapan anak bangsa".


ULASAN OMAK KAU:-


Semalam telah Omak dedahkan betapa pemimpin mahasiswa ini tidak boleh dipercayai akan sokongannya sebab sebelum ini pernah mencaci cerca DSAI dengan pelbagai labelan dan ayat semasa Langkah Kajang ... antaranya badut, gila kuasa, gila nama, gila pangkat dan tumpang populariti orang lain untuk naik... dhasutnya rakyat supaya DSAI tumbang di Kajang.

Sebab itu kena berwaspada dan bersifat cemburu dengan sokongan yang diberikan sebab akan muncul niat dan hasrat songsang.

Apabila Omak dedahkan maka melenting kalut beberapa pentaksub totok DSAI kononnya Omak ini duri dalam daging dan gunting dalam lipatan. walhal Omak memberitahukan kebenaran dan kenyataan berdasarkan kepada fakta bukan auta, kenyataan bukan rekaan dan realiti bukan emosi dan ilusi.

Sebab itu kita perlu berpolitik secara matang .. berpolitik secara realiti jangan asyik dilamun mimpi .. menerima kenyataan bukannya bersifat sindrom nafi.

Nah!!! sekarang apa nak cakap lagi ... masih nak maki hamun Omak????

Bangkitlah dari lamunan mimpi jika misi dan visi tawan Putrajaya mau dijadikan realiti... bersifat jiwa terbuka dengan mengutip segala informasi yang sonsang dengan jiwa dan kemahuan agar dijadikan teladan dan iktibar untuk memperkukuhkan parti bukannya asyik kerja cerca, caci, carut, maki hanum dengan kata-kata kesat dan keji.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

PRESIDEN PasMa SEDAR DIRINYA TIDAK LAYAK GANTI DSAI SEBAGAI PEMIMPIN ULUNG PAKATAN RAKYAT.



ALOR SETAR - Presiden Pasma, Datuk Phahrolrazi Zawawi diminta menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai PR jika Ketua Pembangkang itu gagal dalam rayuan kes liwatnya pada perbicaraan yang sedang berlangsung di Mahkamah Persekutuan sekarang.

Itulah mesej yang disampaikan menerusi Facebook bawah profil yang dinamakan sebagai Pasma Terengganu.

Menurut kenyataan yang dipaparkan bermula 23 Oktober lalu, 'sekiranya pada 28 Oktober ini Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara, kami tanpa ragu-ragu memilih Datuk Phahrolrazi sebagai ketua kepada PR bagi meneruskan agenda Pakatan Rakyat'.

Gambar Phahrolrazi turut sama dipaparkan bersama kenyataan berkenaan.

Selain Facebook, 'print screen' kenyataan itu disebarkan secara meluas menerusi Whatsapp dan aplikasi media sosial yang lain.

Perkembangan itu ternyata menambah kejutan besar dalam Pas yang pada masa ini sedang dicengkam isu larangan Majlis Syura Ulama terhadap ahli parti itu daripada menyertai Pasma.

Ini berikutan dakwaan bahawa program ceramah Pasma yang mengaku hanya mahu bergiat sebagai NGO untuk mengekalkan hubungan Pas dengan parti-parti lain dalam PR sebaliknya diisi dengan kecaman terhadap pemimpin utama parti itu, terutama Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Difahamkan, buku Inside Story: Kejatuhan Kerajaan Pas Kedah tulisan Mohd Sayuti Omar yang menempelak kepimpinan Pas juga diedarkan dalam program anjuran Pasma.

Senario ini menambah lagi kelam kabut dalam Pas yang sedang berdepan dengan isu perpecahan paling teruk dalam sejarah, terutama apabila kenyataan mereka yang mendakwa diri sebagai 'Pasma Terengganu' mahu mengangkat Phahrolrazi menggantikan Anwar seolah-olah menafikan Abdul Hadi sebagai ketua rasmi parti sejak sekian lama.

Apa lagi ia dibuat oleh pihak yang mengaku senegeri dengan Presiden Pas.

Phahrolrazi ketika ditanya Sinar Harian semalam, pantas menafikan itu kenyataan rasmi Pasma Terengganu.

"Saya yakin itu dibuat oleh individu, pandangan peribadi. Bukan kenyataan rasmi Pasma Terengganu. Ada juga kemungkinan ini perbuatan sabotaj pihak tertentu. Jangan kaitkan Pasma dengan parti politik," tegasnya.


Tambah Phahrolrazi lagi, Pasma mampu berdiri sendiri sebagai NGO dan tidak mempunyai pendirian politik, sebaliknya berperanan sebagai wadah untuk penyokong PR menyuarakan pandangan.

Mengulas mengenai namanya dibangkitkan sebagai pengganti Anwar, Phahrolrazi berkata, jawatan itu terlalu besar untuk dirinya, selain menyifatkan mengetuai Pasma sudah memadai.

“Pemimpin yang bakal menggantikan Anwar mestilah daripada  kalangan pemimpin paling kanan atau berpengaruh dalam PR. Perkara itu hanya layak dibincangkan dalam jawatankuasa tertinggi Majlis Presiden PR,” katanya.

Ditanya sama ada kemungkinan kenyataan itu direka pihak tertentu untuk melaga-lagakan pimpinan dalam PR, khususnya Pas-PKR, Phahrolrazi berkata, tidak mustahil ia dakyah untuk menjejaskan kesepakatan dalam PR.

“Saya tak tolak kemungkinan ada pihak sengaja mahu laga-lagakan pimpinan PR, kerana pihak yang mahu melihat parti ini bertelagah sesama sendiri sentiasa ada, cuma pemimpin perlu waspada elak terperangkap,” katanya.

Menurutnya, perkara yang dibangkitkan menerusi laman sosial khususnya, tidak perlu diambil serius.

PELAKSANAAN GST ... MENTERI SARAWAK CAKAP HARGA RUMAH TIDAK NAIK TETAPI PRESIDEN PERSATUAN PEMAJU HARTANAH DAN PERUMAHAN MALAYSIA (REDHA) PASTI NAIK ... SIAPA YANG BERBOHONG NI??????




Bakal pembeli rumah di Sarawak diminta tidak terpedaya dengan dakwaan pemaju  harga hartanah akan meningkat susulan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada April tahun depan.

Menteri Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg  berkata pembeli tidak akan dibebankan dengan GST berkadar 6% itu kerana pemaju bakal menikmati potongan cukai input bagi bahan pembinaan yang mereka guna.

"Mereka memang perlu membayar GST bagi bahan tersebut, tetapi pada akhir rantaian (proses pembinaan), pemaju boleh membuat tuntutan semula GST terhadap bahan yang dibeli," katanya pada sidang media, di Kuching hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kemungkinan berlaku pembelian tergesa-gesa disebabkan kebimbangan harga rumah melambung seperti diuar-uar oleh pemaju.

"Harga tidak boleh lebih tinggi daripada harga sekarang. Pada masa ini anda membayar 10 (peratus cukai kerajaan) campur 6 (peratus cukai jualan). Jika ia (GST) pada 6%, harga patut lebih rendah. Itu baru logik," katanya.

Abang Johari berkata kementeriannya akan menganjurkan seminar khusus mengenai GST bagi semua pihak berkepentingan pada 20 Januari depan, bagi memberi gambaran lebih jelas mengenai implikasi cukai tersebut.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan  mewujudkan mekanisme bagi menampung keperluan perumahan jika penawaran tidak dapat memenuhi permintaan.

Beliau berkata dua anak syarikat kementeriannya, Daya Builders Sdn Bhd dan Mutiara Mortgage and Credit, masing-masing akan memainkan peranan sebagai pemaju perumahan dan pemudah cara pembiayaan.

Menurutnya pendekatan itu juga bertujuan mewujudkan persaingan dengan pemaju swasta yang dipacu keuntungan dalam melaksanakan projek perumahan.

"Syarikat (Daya Builders) tidak terlalu bertujuan membuat keuntungan kerana objektif utama ialah menyediakan perumahan berkualiti dan mampu milik untuk rakyat," kata Abang Johari.

Beliau juga berkata Ordinan Pembangunan Perumahan Sarawak (Kawalan dan Pelesenan) 2013 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri pada 2013 akan dikuatkuasakan 1 November ini.

Beliau berkata undang-undang baharu itu akan mempertingkat perlindungan terhadap hak dan kepentingan pembeli rumah termasuk dalam isu projek terbengkalai. – Bernama .. 29 Oktober 2014.


PELAKSANAAN
cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula April 2015 akan memberi impak negatif ke atas industri hartanah, sekali gus memberi kesan terhadap kenaikan harga rumah terutama kepada pembeli rumah mampu milik.

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Datuk Seri Michael KC Yam berkata, selain pelaksanaan GST, kenaikan harga rumah juga didorong oleh beberapa faktor iaitu kesukaran pemaju mendapatkan pekerja selain soal gaji dan kekurangan pekerja.

“Faktor kedua adalah disebabkan kenaikan harga dan kekurangan bekalan bahan binaan utama seperti simen, bar keluli, pasir dan batu-bata.

“Pemain industri merasakan adalah perlu untuk melanjutkan penarafan cukai sifar ke atas bahan binaan utama ini bagi membantu menguruskan aliran tunai dengan lebih baik,” katanya selepas mengumumkan Laporan Kajian Industri Hartanah Rehda, di Kelana Jaya, semalam.

Menurutnya, pelaksanaan GST akan menyebabkan tambahan kos lain yang mana pemaju juga berdepan cukai sedia ada iaitu setem duti, cukai keuntungan harta tanah, levi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan cukai perkhidmatan.

“Kami juga mahu agar kerajaan mempertimbangkan semula cadangan untuk menaikkan setem duti kepada empat peratus dan mengekalkan kadar maksimum tiga peratus seperti dinikmati sektor hartanah sekarang,” katanya.

Sementara itu, hasil kajian laporan itu ke atas 150 pemaju dari 12 negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapati jumlah pelancaran unit perumahan bagi tahun kedua 2013, menurun berbanding tahun sama sebelumnya.

“Prestasi jualan turut mencatat penurunan 20 peratus berbanding separuh tahun pertama 2013. Bagaimanapun pembeli tempatan masih mendominasi pasaran hartanah dan pembelian adalah bagi tujuan kediaman sendiri,” katanya. ... SH .. 11hb Mac 2014.

AGAK-AGAK CAKAP SIAPA YANG BETUL DAN BOLEH DIPERCAYAI??????

SHAFEE ABDULLAH BERKATA DATO' SERI GOPAL SRI RAM BEBAS MEWAKILI ANWAR IBRAHIM.




Hakim-hakim yang bersara bebas untuk beramal dan mewakili mana-mana anak guam mereka kerana itu hak masing-masing dan tiada sekatan untuk mereka berbuat demikian.

Peguam Kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata hakim yang bersara bebas untuk hadir ke mahkamah selaku peguam cara atau peguam bela asalkan mereka selesa untuk mewakili anak guam masing-masing.

"Saya berpendapat itu hak asasi masing-masing, terpulang kepada mereka untuk beramal jika mereka selesa untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita di perkarangan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini.

Shafee, yang bertindak sebagai ketua pendakwa dalam kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan memang ada hakim yang tidak keberatan untuk 'turun' beramal selepas mendiami kamar hakim selama bertahun-tahun.

Beliau mengulas kenyataan media oleh sekumpulan peguam yang mendesak Majlis Peguam menyatakan pendiriannya berhubung tindakan hakim bersara yang kemudiannya menjadi peguam bela di mahkamah.

Kumpulan peguam itu mengeluarkan desakan itu berikutan keputusan Badan Peguam Malaysia yang meluluskan resolusi melarang bekas hakim yang  bersara daripada bidang kehakiman beramal.

Resolusi itu dicapai ekoran maklum balas terhadap tindakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Gopal Sri Ram yang kini kerap dilihat membawa kes-kes yang menyentuh isu Perlembagaan.

Semalam, Sri Ram muncul di Mahkamah Persekutuan bagi mewakili Anwar dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada 3 Julai 2013, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata hakim-hakim bersara bebas untuk muncul di mahkamah mewakili anak guam mereka dan tidak kira siapa yang muncul di mahkamah, badan kehakiman akan menentukan kes berasaskan merit.

Beliau menegaskan  badan kehakiman tidak boleh menghalang bekas hakim daripada menjalankan tugas guaman dan tidak harus menyekat hak mereka untuk berbuat demikian.

Arifin menjawab pertanyaan sama ada hakim bersara boleh muncul di mahkamah sebagai peguam, selepas merasmikan Persidangan Undang-undang dan Korporat Malaysia 2013 di Kuala Lumpur. – Bernama



BAGI OMAK BELIAU TELAH MENUNJUKKAN SUATU SIKAP YANG MATANG TIDAK MENYIMPAN PERASAAN DENDAM KESUMAT YANG TAHU MAHKAMAH PERSEKUTUAN SEBELUM INI TELAH PUN MEMBUAT KEPUTUSAN BETAPA MANA-MANA HAKIM BERSARA BEBAS UNTUK BERAMAL SEBAGAI PEGUAMCARA MAU PUN PEGUAMBELA.

HUJAH LAWAN DENGAN HUJAH BUKAN DENGAN TERJAH .... BAGI OMAK SEGELINTIR PEGUAM YANG DIKETUAI ZUL NOORDIN YANG MEMBUAT BANTAHAN BUKAN BERDASARKAN KEPADA UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN YANG TELAH PUN DI PUTUSKAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN TETAPI BERSIFAT EMOSI KEBUDAK-BUDAKAN DAN BERDENDAM KESUMAT HASAD DENGKI.

JELAS APABILA PEGUAM YANG BERILMU MEMBERIKAN KENYATAAN DENGAN PEGUAM YANG JARANG MUNCUL DI MAHKAMAH MEMBUAT BANTAHAN.

Wednesday 29 October 2014

MAJLIS PEGUAM BERDIAM DIRI ISU BEKAS HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN DATO' SERI GOPAL SERI RAM BERTINDAK SEBAGAI KETUA PEGUAMBELA DSAI.



Sekumpulan peguam hari ini meneruskan tuntutan agar Majlis Peguam membuat ketetapan berhubung bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang bertindak sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes rayuan Liwat II.

Peguam terbabit, termasuk bekas naib presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin dan peguam pro-Akta Hasutan, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, membangkitkan ketetapan Majlis Peguam sebelum ini bahawa hakim kanan yang bersara tidak boleh bertindak sebagai peguam di mahkamah.

Mohd Khairul sebelum ini mencadangkan pembentukan Majlis Peguam alternatif kerana badan sedia ada itu didakwanya mengambil sikap bersimpati dengan pembangkang.

"Tidak elok jika Majlis Peguam menggunakan dua prinsip berbeza apabila Anwar Ibrahim terlibat dan kewibawaan profesyen guaman pastinya tercalar dengan tindakan hipokrit seperti ini,” kata peguam berkenaan dalam satu kenyataan bersama.

Gopal Sri Ram semalam bertindak mengetuai barisan peguam Anwar dan mengemukakan penghujahan untuk pembelaan ketua pembangkang itu di Mahkamah Persekutuan.

Kumpulan peguam itu seterusnya menggesa Majlis Peguam meneliti isu tersebut serta mereka kerana ia akan memberi kesan ke atas imej badan berkenaan.

"Presiden Majlis Peguam tersebut mendiamkan diri yang boleh disifatkan sebagai tindakan hipokrit, dalam isu tindakan Gopal Sri Ram.

“Majlis Peguam gagal mematuhi ketetapannya sendiri dalam hal ini. Tindakan Majlis Peguam berdiam diri bercanggah dengan komitmennya untuk menegakkan keadilan tanpa takut atau memihak.

Para peguam yang menandatangani kenyataan bersama itu termasuk Faidhur Rahman Abdul Hadi, Azril Mohd Amin, Mohammad Yahya Zakaria dan Farah Nadiah Zainuddin.

Ia turut disokong oleh Zamzuri Mohamed Tahir, Ahmad Soffian Mohd Sheriff, Suhaimi Adnan dan Nadiah Hanum Md Nadzri.

Dalam ketetapannya, Majlis Peguam menggariskan prinsip bahawa hakim kanan dari mahkamah tinggi tidak harus bertindak sebagai peguam dalan pendegaran mahkamah, dan ini diamalkan sejak berdekad lamanya.

Badan tersebut menegaskan perkara itu dalam resolusinya susulan tindakan sekumpulan enam orang hakim yang bersara, yang menulis surat kepada Majlis Peguam untuk menyatakan kebimbangan mereka.

Sementara itu, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng ketika ditemui di Istana Kehakiman selepas menghadiri prosiding rayuan tersebut berkata beliau bersetuju dengan resolusi Majlis Peguam.

Bagaimanapun, pelantikan Gopal Sri Ram adalah keputusan peribadi ketua pembangkang itu, katanya.
"Secara peribadi, saya hormati resolusi Majlis Peguam, tapi saya fikir terpulang pada Anwar untuk buat keputusan,” katanya.

Para peguam Anwar, N Surendran dan Eric Paulsen turut mempertahankan pelantikan Gopal yang menurutnya tidak menjadi masalah kerana Mahkamah Persekutuan sebelum ini telahpun membuat ketetapan bahawa bekas hakim itu boleh bertindak sebagai peguam.

Surendan dan Paulsen memberi alasan bahawa Gopal selaku bekas hakim mahkamah persekutuan tidak mewakili Anwar di mahkamah yang lebih rendah tetapi yang setara dengan tahapnyna.

"Ini adalah Makamah Persekutuan, mahkamah tertinggi di negara ini,” katanya.

(3 FOTO) PENGHADANG BARU DIBINA DI KAUNTER TIKET STADIUM TAN SRI HASSAN YUNUS, LARKIN DEMI KESELAMATAN MENJUAL TIKET SEMPENA PERTANDINGAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2014.



Pihak Stadium Tan Sri Hassan Yunus Larkin, Johor Bahru sedang giat memasang penghadang baru di kaunter tiket bagi menggantikan penghadang lama yang telah rosak.

Usaha dilakukan demi memudahkan urusan penjualan tiket namun kerjasama daripada para pembeli dan penyokong agar mematuhi arahan para petugas amat diperlukan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...