Sunday 30 November 2014

APAKAH DAP SUDAH MENJADI PELAHAP JAWATAN SAMPAI SANGGUP LOBI JAWATAN TIMBALAN SPEAKER II DUN SELANGOR DIWUJUDKAN???????



DAP tetap akan melobi agar satu lagi jawatan timbalan speaker diwujudkan apabila jawatan tersebut dimenangi PAS melalui undi rahsia yang dijalankan di DUN baru-baru ini.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menyatakan hasrat parti itu dalam konvensyen DAP Selangor pagi ini.

"Kami tidak berniat untuk menghalang timbalan speaker dari PAS yang telah dilantik .

"Kami hanya menuntut bahawa timbalan speaker kedua dilantik seperti sebagaimana di Perak dan Sabah," ujar Pua dalam ucapannya dalam konvensyen itu hari ini .

DAP mencalonkan ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim untuk jawatan itu minggu lalu, namun wakil rakyat itu tewas dalam undi rahsia yang dijalankan.

Pua hari ini berkata Ng kekal sebagai pilihan parti itu untuk jawatan timbalan speaker tambahan.

Seorang lagi wakil rakyatnya, Hannah Yeoh kini memegang jawatan speaker Selangor.


ULASAN OMAK KAU:-

Apa lagi yang DAP Selangor mau ... sudah dapat jawatan Speaker, 1 Exco Kanan dan 2 Exco.

Tak cukup dengan itu sudah nak pelahap jawatan Timbalan Speaker dengan mau membuat desakan agar jawatan Speaker Kedua diwujudkan khas untuk ADUN DAP.

Itu hari masa ditanya mengapa mengusulkan nama ADUN Sekichan sebagai Timbalan Speaker sedangkan sudah dipersetujui secara bersama bahawa jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor diperuntukkan kepada PAS .. jawabnya ialah saja nak ajar PAS agar jangan khianati kesepakatan Pakatan Rakyat yang dipersetujui bersama.

Nah!!! Yang sampai nak lobi agar jawatan Timbalan Speaker II diwujudkan semata-mata untuk DAP apa ceritanya????

Jadi jelaslah yang tujuan sebenar DAP usulkan nama ADUN Sekichan Ng Suee Lim tempoh hari menentang calon PAS ADUN Bangi bukan tujuan mengacah dan mengajar tetapi berniat sungguh-sungguh .. tidak berjaya kini mau melobi pula dan hasrat itu diluahkan dalam konvensyen parti yang sudah pasti bukan perkara main-main.

KETUA WANITA KEADILAN PUSAT ZURAIDA KAMARUDDIN TIDAK DI IZINKAN PIJAK KAKI DI BUMI SARAWAK.



Pagi ini Ketua Wanita KeADILan Pusat, Zuraida Kamaruddin telah dihalang oleh pihak imigresen dari memasuki Sarawak.

Atas alasan dan sebab apa tidaklah diketahui tetapi yang pasti diharamkan kakinya pijak bumi Sarawak.

Sebelum ini Timbalan Menteri Dalam Negeri pernah memberitahu tentang hak mutlak kerajaan Sarawak yang sedang memerintah mempunyai kuasa mengarahkan pihak imigresen menghalang mana-mana individu dari memasuki negeri Sarawak atas alasan-alasan keselamatan dan ketenteraman awam serta keharmonian negeri Sarawak.

Kerajaan Sarawak sememangnya mempunyai hak untuk menghalang mana-mana individu atau ahli politik yang dilihat boleh mengancam keharmonian rakyat daripada memasuki negeri ini.

Perkara itu ditegaskan baru-baru oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang memberitahu ia sudah menjadi hak istimewa Sarawak dalam pembentukan Malaysia pada masa dahulu.

Malah, menurutnya, tindakan kerajaan negeri juga tidak melanggar undang-undang dan perjanjian.

“Saya sentiasa berpandukan kepada dua perkara sahaja iaitu perjanjian yang ditandatangani pada 1963 dan Perlembagaan Malaysia yang mengatakan bahawa kerajaan negeri mempunyai hak untuk menghalang mana-mana individu yang dianggap boleh memecah belah perpaduan.

“Selain itu, individu yang boleh mendatangkan ketidakstabilan, menjejaskan keharmonian dan membawa cara politik yang membawa kepada perpecahan rakyatnya,” katanya.

Wan Junaidi memberitahu perkara itu sudah menjadi tanggungjawab pemimpin kerajaan negeri untuk menjaga keharmonian rakyatnya yang berbilang kaum dan agama.

“Kita sedia maklum negeri Sarawak mempunyai banyak suku kaum, kita hidup macam saudara perpaduan kita amat akrab.

“Oleh yang demikian sudah menjadi tugas pemimpin negeri untuk memikirkan perkara itu bahawa satu keutamaan,” jelasnya.

Justeru, beliau menegaskan tidak menjadi isu sekiranya kerajaan negeri bertindak menghalang beberapa individu datang ke negeri ini.

Berita selanjutnya akan menyusul.


KEMALANGAN MAUT .. ADIK LANGGAR ABANG.



Seorang penunggang motosikal maut dilanggar sebuah kereta dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 23, Jalan Kuantan-Sungai Lembing, berhampiran Jambatan Sungai Atong, dekat sini, semalam.

Lebih menyedihkan, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, pemandu kereta, Azhar Husin, 32, adalah adik mangsa sendiri yang menyedari motosikal berkenaan adalah milik abangnya.


Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Deputi Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, ketika kejadian, mangsa Azhari Husin, 37, yang beralamat  di Kampung Jelihang, Sungai Lembing dalam perjalanan pulang ke rumahnya.


Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai terlanggar belakang sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu seorang wanita berusia 26 tahun menyebabkannya tercampak ke laluan bertentangan.


“Mangsa kemudiannya dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu Azhar yang datang dari arah Sungai Lembing menuju ke bandar,” katanya.


Akibat rempuhan itu,  katanya, mangsa  yang juga Pembantu Am Rendah Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) parah di kepala dan anggota badan sebelum disahkan sudah meninggal dunia sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)di sini, untuk tindakan lanjut.


Bagaimanapun katanya,  kedua-dua pemandu kereta tidak mengalami kecederaan dan siasatan awal mendapati penunggang motosikal dan pemandu kereta Perodua Myvi adalah adik beradik.


Katanya, siasatan awal mendapati  kemalangan  berlaku selepas mangsa  terlanggar belakang kereta Toyota Vios menyebabkannya tercampak ke laluan bertentangan sebelum dilanggar pula oleh kenderaan di belakang.


Mohd Noor berkata, pihaknya sudah merekodkan keterangan pemandu dan saksi kejadian untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

GAYA DUDUK LIM GUAN ENG SILA PANGGUNG YANG MENERIMA KRITIKAN PEDAS.


Gambar diatas dikhabarkan dirakam sewaktu suatu delegasi pelabur luar negara berkunjung ke pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kena perlu akui betapa dari segi adab rasanya duduk cara sila panggung yang ditonjolkan oleh Lim Guan Eng tidak kena pada tempatnya lagi-lagi dari seorang yang bergelar pemimpin Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).

Amat jarang-jarang melihat pemimpin negara kita akan lakukan sebegini punya rupa.

Mohon respon dari tuan punya badan atau wakilnya demi pencerahan.

KERANA SENARAI INI PENJAWAT AWAM KETURUNAN DAYAK BERANG KERANA DISKRIMINASI KENAIKAN PANGKAT.



Satu senarai mereka yang dinaikkan pangkat, dipercayai di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, menimbulkan kemarahan golongan profesional dan penjawat awam berketurunan Dayak, gara-gara menjadi bukti diskriminasi terhadap Bumiputera bukan Melayu di dalam perkhidmatan awam persekutuan.

Senarai yang dimuat turun sebuah blog dan di laman Facebook menunjukkan lapan pegawai berbangsa Melayu “berjaya” naik pangkat daripada skala N27 kepada N32, manakala tiga pegawai berketurunan Dayak disenaraikan sebagai "simpanan".

Bagi kaum Dayak, iaitu penduduk asal Sarawak, senarai itu hanya mengesahkan apa yang dirasakan selama ini, dan yang terkandung di dalam Laporan Pembangunan Manusia 2013, iaitu wujudnya diskriminasi di kalangan Bumiputera dalam perkhidmatan awam, dengan keutamaan diberikan kepada orang Melayu berbanding penduduk asal Sarawak itu.

Senarai itu diterbitkan pada 25 November oleh sebuah blog yang mengutarakan isu Dayak, www.pengerindu.com, yang diikuti ramai orang Iban.

"Dayak hanya layak menjadi Simpanan sehingga bila?!

"Sekiranya tiada tindakan diambil oleh kerajaan Sarawak, mungkin akan mengakibatkan Tsunami Gelombang Anak Dayak bakal mengugat mandat yang sediakala," tulis Mr J yang memuat naik senarai itu.

Kiriman tersebut yang dikongsi di laman Facebook menerima pelbagai sindiran dan komen marah, seperti reaksi dalam bahasa Ibran Mijin Asong, yang diterjemahkan, "Kasihan kami disenaraikan sebegitu... amat jelas ini nepotisme agama".

Pengguna Facebook, Cobbold John berkata, kaum Dayak ibarat "pemain simpanan", manakala Ribi Rayang merumuskan, “Inilah realitinya".

Secara berseloroh, beliau berkata singkatan "AK" (anak kepada) pada nama orang Dayak sebenarnya bermaksud "Awak Kemudian".

BLOGGER UMNO ADALAH BANGANG KATA NAJIB???????


Datuk Seri Najib Razak menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat “friendly fire”.

Presiden Umno itu berkata, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka. 

“Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," kata Najib merujuk kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam perkembangan lain, Najib mengumumkan Indeks Syariah Malaysia yang digerakkan Universiti Islam Antarabangsa dan Jakim akan dibentangkan pada Februari selepas mendapat pandangan pakar Islam.

Katanya, apabila Indeks Syariah itu diperkenalkan kelak, ia boleh dipanjangkan ke negara Islam lain supaya tidak ada sesiapa yang boleh menyangkal negara di bawah Umno benar-benar menegakkan Islam.

“Bagaimana kita nak cari satu penilaian yang boleh menggambarkan hala tuju yang dibawa Umno dari dulu hingga sekarang berpandukan kepada tuntutan Islam sebenar?

“Maka lahirlah cadangan kita buat Indeks Syariah yang akan buat penilaian negara di bawah Umno ini menjaga agama, akal, keturunan, nyawa dan harta (iaitu) lima tuntutan maqasid syariah,” katanya.

ULASAN OMAK KAU:-

Apa yang Najib cakap ini kena akui ianya benar dan tepat ... dibiayai dan ditaja oleh parti tetapi cukup aktif menyerang parti.

Sasaran Najib sebenarnya ialah para blogger pro UMNO tetapi pro Mahathir yang sejak menjak ini amat kuat menyerang UMNO dengan matlamat mau Najib di tukar ganti dengan Muhyiddin Yassin .. Itu sudah pun menjadi rahsia terbuka.

Apa yang Omak lihat dan perhatikan ialah Najib adalah seorang pemimpin yang mendengar suara akar umbi walaupun ianya bercanggah dengan pandangannya sendiri .. amat menghargai pandangan mereka kerana percaya kekuatan sesebuah parti adalah akar umbi yang kuat ... tidak mudah mengambil tindakan keras kepada ahli parti yang mengkritik beliau melainkan jika ahli itu secara terang dan jelas menyokong parti lawan seperti menjadi calon, menjadi pencadang calon atau berkempen cergas untuk calon pihak yang menentang UMNO/BN setiap PRU maupun PRK. Mereka ini memang patut dipecat kerana jelas pengkhianat parti dan bukannya mengambil tindakan keatas ahli parti yang mempunyai pendapat dan pandangan yang sedikit berbeza.

Kalau memberikan kritikan keras dan pedas, Najib dilihat amat berjiwa besar, berlapang dada dan berdingin kepala .. kutip kritikan tersebut untuk dijadikan panduan mengemudi parti seperti mana kehendak suara majoriti akar umbi... Itu Omak Kau cukup hormat dan tabik melantun.

Omak tidak nampak pada PRU 14 akan datang UMNO/BN dipimpin oleh pemimpin lain selain Najib Razak untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat .. yang jelas beberapa muka lama akan diganti dengan muka baru bagi menyuntik wajah dan budaya kerja segar. .. UMNO lebih memerlukan Najib ketika UMNO sedang kuat digasak dan diasak pihak Pakatan Rakyat.

Saturday 29 November 2014

SURAT PEKELILING KONONNYA HARGA BARU RON97, RON95 DAN DIESEL MULAI 1HB DISEMBER 2014 SETELAH DIAPUNGKAN TERSEBAR DI INTERNET.



Berikutan pemansuhan subsidi minyak yang akan dilaksanakan oleh kerajaan mulai 1 Disember ini, harga petrol dan diesel akan diapungkan mengikut harga pasaran semasa.

Ramai rakyat Malaysia tertunggu-tunggu dengan harga baru yang akan diumumkan oleh kerajaan setelah pemansuhan subsidi terhadap bahan api ini.

Menurut surat pekeliling yang tersebar di internet, dipercayai pekeliling yang diberikan syarikat IPTB(Buraqoil), harga minyak RON97 akan diturunkan sebanyak 9sen, RON95 diturunkan sebanyak 4sen manakala diesel pula membuat kejutan dengan naik sebanyak 3sen.

Berikut adalah harga terkini minyak dan diesel menurut surat pekeliling tersebut.

RON97 RM2.46 sen seliter
RON95 RM2.26 sen seliter
DIESEL RM2.23 sen seliter

Tidak dapat dipastikan akan kesahihan "surat pekeliling" ini .. Jika benar amatlah malang kerana petrol orang kaya RON97 diturunkan sehingga 9 sen seliter sedang RON95 hanya 4 sen seliter sahaja .. paling malang diesel naik 3 sen seliter.

Sekali imbas macam ada keraguan sedikit akan kesahihan surat pekeliling ini namun perlu pihak berwajib memberikan respon demi kebenaran dan pencerahan.

Jika benar maka sudah pasti para pengguna RON95 akan berhijrah menggunakan RON97 memandangkan perbezaan harga sekadar 20 sen seliter.

PIC OF THE DAY ... DUA ANGGOTA POLIS CAWANGAN TRAFIK IPPD SERDANG MEMBANTU MENOLAK KERETA AWAM YANG ROSAK.



Koperal Sepeni dan Koperal Shahidan dari Cawangan Trafik Ibu Pepajat Polis Daerah Serdang membantu menolak kereta orang awam yang mengalami kerosakan enjin di tepi Lebuhraya Bukit Jalil- Puchong agar tidak menganggu kelicinan lalu lintas serta pemandu kereta ini tidak mendapat bencana.

Tabik spring atas kemulian hati kalian.

KINI GILIRAN AHMAD MASLAN KENA BELASAH SAMPAI LUMAT LUNYAI DARI UTUSAN ... KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA PALING LEMAH DALAM SEJARAH.



Utusan Malaysia hari ini mendakwa Datuk Ahmad Maslan merupakan ketua penerangan Umno paling lemah ekoran terdapat program yang dilaksanakannya lebih berupa syok sendiri.

Pengarang akhbar berkenaan Zulkifli Jalil berkata, tanggapan itu diutarakan selepas terdapat pihak tertentu yang mendakwa Ahmad lesu dan tidak mencapai matlamat apabila penjelasan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kurang menyerlah dan difahami rakyat.

"Soksek-soksek mengatakan Biro Penerangan Umno diketuai Datuk Ahmad Maslan lesu hinggap di telinga penulis setahun dua ini. Kata ‘mereka’ dalam parti terutama bahagian, program penerangan lebih berupa ‘syok sendiri’," tulis Zulkifli dalam rencana bertajuk "Syok sendiri? Ketua Penerangan Umno paling lemah?" yang disiarkan akhbar milik Umno itu hari ini.

"Tidak mencapai matlamat seperti mana diharapkan. Antaranya penjelasan mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan beberapa bulan lagi ini (April 2015) - kurang menyerlah dan difahami rakyat. Ini sehinggakan ada tanggapan dilontarkan beliau ‘ketua penerangan Umno yang paling lemah’,” katanya.

Zukifli berkata, apabila beliau membangkitkan perkara ini kepada Ahmad, ahli Parlimen Pontian itu tidak begitu selesa dengannya.

“Diajukan soksek-soksek begitu ketika ditemui penulis sebelum perbahasan ucapan dasar presiden berhenti rehat untuk solat Jumaat, Ahmad kelihatan kurang selesa dan sekadar menyambutnya: 'Tak payah sebutlah'.

“Bagaimanapun, beliau akui keberanian perwakilan Umno menegur pemimpin dalam Perhimpunan Agung parti kali ini agak `lebih’ berbanding tahun lalu. Mereka berani menegur dengan lantang, sambil Ahmad mengenal pasti wakil dari Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Melaka yang berbuat demikian," katanya seperti dilaporkan akhbar itu hari ini.



SEMACAM SUDAH ADA DESAKKAN KERAS DARI AKAR UMBI UMNO MAU AHMAD MASLAN DI PECAT DARI JAWATAN KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA.

KENA AKUI BAHAWA AHMAD MASLAN ADALAH ANTARA MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI DALAM UMNO YANG PALING TIDAK POPULAR DIKALANGAN RAKYAT SELAIN HASAN MALEK DAN SHAHIDAN KASSIM .. KATA-KATANYA SERING DIJADIKAN BAHAN LAWAK GURAU SENDA DAN EJEKAN ... DILIHAT MENJADI LIABILITI GRED UTAMA KEPADA UMNO/BN KINI.

MEMPUNYAI CGPA 3.85 BUKAN BERMAKNA HEBAT DALAM POLITIK DAN BIJAK MENGATUR SUSUN CARA BAGI MENYAKINKAN RAKYAT MENYOKONG INSPIRASI PARTI.

AKHIRNYA AZMIN AKUI PROJEK HYBRID OFF RIVER AUGMENTATION SYSTEM (HORAS) 600 YANG DI ILHAM DAN DI BANGUNKAN OLEH KERAJAAN SELANGOR ZAMAN TSKI AMAT PENTING BAGI MENJAYAKAN PROJEK MITIGRASI 2.



Dato’ Menteri Besar Selangor , YAB Hj Mohamed Azmin bin Hj Ali berkata Projek Hybrid off River Augmentation System (Horas) 600 yang dibangunkan Kerajaan Selangor menunjukkan perkembangan projek 35 peratus.

Menurutnya, projek itu penting bagi menjayakan projek Mitigrasi 2 untuk meningkatkan keupayaan mengeluarkan air terawat di loji rawatan SSP1, SSP3 dan lori rawatan Rasah.

“Projek Mitigrasi 2 tidak akan berjaya jika tidak ada bekalan air mentah mencukupi.

“Sebab itu kita mahu memastikan projek Horas 600 ini dapat disiapkan September 2015,” katanya

Meskipun baru mencapai 35 peratus, Horas 600 berjaya menghasilkan 160 juta liter air mentah sehari.

Apabila siap sepenuhnya, dijangkakan sebanyak 600 juta liter air mentah sehari dapat dibekalkan kepada ketiga-tiga loji rawatan berkenaan.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin turut mengucapkan tahniah kejayaan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (Abbas) menjadi loji pembersihan air pertama di Malaysia memperoleh pensijilan ISO 22301:2012 untuk Sistem Pengurusan Kesinambingan Perniagaan.

Katanya, penghargaan ini membuktikan Kerajaan Selangor melalui Kumpulan Perangsang Selangor dan Konsortium Abbas mempunyai keupayaan menguruskan Industri Air Selangor.

“Ini satu permulaan baik bagi meyakinkan pengguna air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Kuala Lumpur kita mempunyai komitmen tinggi menghasilkan air bersih bagi pengguna.

“Tumpuan kita selepas penyelesaian pengambilalihan Industri Air Selangor adalah bagi mengurangkan kadar Air Tidak Berhasil (NRW) yang masih tinggi pada hari ini dan akan dilakukan segera pengurusan baru air Selangor.

“Dengan rekod Abbas ini kita yakin dapat mencapai sasaran,” katanya.

KERANA UCAPANNYA DI PAU 2014 HABIS SEMUA BLOGGER PRO UMNO MELENTING NAIK ANGIN SATU BADAN.



Nampaknya semua blogger-blogger pro UMNO bukan main meradang hingga naik angin satu badan bilamana seorang siswi perubatan tahun lima dari Kelab UMNO Luar Negara (KULN) Moscow membidas sambil menyindir para blogger pro UMNO yang dilihat lambat dan kadang kala gagal terus bertindak dalam isu menjawab serangan bertali arus bertubi-tubi yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat.

Tidak boleh dinafikan akan kebenaran kata-kata beliau .. kalau ada yang bertindak pantas untuk kilas pun sekadar memuat naik artikel bahasa maki hamun caci cerca dengan kata-kata kesat dan nista ... Itu tidak membawa sebarang kesan dan impak untuk mengubah kepercayaan rakyat.

Fakta perlu dikilas dan dijawab secara fakta bukan dengan fitnah dan auta ... hujah lawan hujah bukan dengan terjah. Jawapan perlu dilakukan secara berhemah dan berilmiah kerana yang majoriti membaca blog dan laman sosial ini ialah golongan muda yang berpendirian menerima yang benar dan jangan sesekali mau menghina kemampuan mereka untuk berfikir dan menilai.

PRU 14 adalah PRU kepunyaan dan ditentukan oleh golongan ini .. golongan yang berpendidikan, berilmu dan mempunyai akses pada informasi melalui internet .. kelompok warga yang berfikiran kritis dan tidak terikat kepada mana-mana anutan dan fahaman politik.

Golongan ini menerima kebenaran hatta dari kelompok mana sekali pun .. benci dan tolak rasuah, penyelewengan, kezaliman, penindasan, perkauman, pemimpim bongkak, sombong dan angkuh.

Sering membuat kajian sebelum membuat keputusan .. menilai janji-janji PRU 13 untuk dijadikan kayu ukur kemampuan sesebuah parti.

Sebab itu tidak perlu melenting dan melatah tidak tentu pasal .. terima kritikan dan teguran dengan berlapang dada dan berdingin kepala.

Pandangan anak-anak muda amat jarang seiring dan sekata dengan golongan warga veteran yang sering berkata terlebih dahulu rasa garam.

Kepada para blogger UMNO yang berang .. bermuhasabahlah ... terimalah akan kenyataan .. zaman telah berubah .. tolak serang musuh dengan dakyah fitnah sebaliknya dakaplah etika membongkar kebenaran walaupun pahit untuk ditelan.

Friday 28 November 2014

AGIH PAMPASAN RM2.6 JUTA DUIT MBI KEPADA BEKAS STAF MANTAN MB SELANGOR ... TSKI SEDIA DISIASAT OLEH MANA-MANA PIHAK.



Bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia disiasat mana-mana pihak, termasuk Jabatan Audit Negara Negeri Selangor kerana wang pampasan RM2.6 juta yang diagihkan kepada 8 bekas kakitangan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), kata peguamnya hari ini.

Tan Poh Yee daripada Bon Advocates berkata, adalah amalan kerja biasa apabila persetujuan dicapai untuk menamatkan kontrak pekerja lebih awal, sejumlah amaun yang dipersetujui dibayar sebagai pampasan.

"Jumlah itu biasanya merupakan bayaran untuk tempoh kontrak yang masih berbaki dan bayaran ex-gratia untuk perkhidmatan yang sudah diberikan mengikut budi bicara.

"Anak guam kami mengalu-alukan siasatan audit negeri yang sedang berjalan dan sebarang siasatan dalam hal ini. Beliau akan bekerjasama bagi membantu sebarang soalan yang mungkin berbangkit," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tan berkata, setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kewangan negeri juga terlibat dalam membuat keputusan mengenai bayaran pampasan kepada bekas pembantu politik Khalid dan kakitangan MBI itu.

Dokumen menunjukkan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) MBI, Faekah Husin menerima bayaran tertinggi, RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan.

Setiausaha Akhbar Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz didakwa dibayar RM358,000 pampasan dan RM55,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan, sementara setiausaha politiknya Mustapa Mohd Talib didakwa dibayar RM265,000.

Selebihnya didakwa dibayar antara RM97,000 dan RM230,000 masing-masing sebagai pampasan dan di antara RM18,000 dan RM69,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan mereka.

Bayaran itu didakwa dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Khalid sebelum Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan menteri besar Selangor berkuatkuasa 23 September lepas, yang dilihat sebagai tidak munasabah.

Azmin dilaporkan berkata, perincian laporan audit akan dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu depan untuk dibahaskan.

"Ada terma kontrak dan garis panduan tidak dipatuhi serta dilanggari (berhubung pembayaran pampasan) sebab terdapat pegawai yang berkhidmat untuk tempoh singkat, tetapi diberikan ganjaran berlipat kali ganda," katanya ketika sesi soal jawab dalam sidang DUN semalam.

Manakala Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) sedia mengadakan pendengaran isu ini, tetapi perlu bermesyuarat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Speaker Hannah Yeoh berkata, isu mengenai pampasan itu akan dibincangkan selepas sidang DUN tamat minggu depan.

PKR memecat Khalid pada Ogos lalu selepas gagal hadir pendengaran jawatankuasa disiplin tentang perjanjian penstrukturan semula air di Selangor, penyelesaian hutangnya dengan Bank Islam dan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

PKR mahu Khalid berundur dan memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kemelut itu berakhir apabila Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, dilantik istana sebagai menteri besar yang baharu pada September lalu.

GAMBAR PENYERANG PASUKAN HARIMAU MALAYA SAFEE SALI SEDANG LEPAK DAN MAKAN SAMBIL HISAP ROKOK SEHINGGA LARUT MALAM MENGUNDANG KRITIKAN PEDAS DARI PEMINAT BOLAK SEPAK TANAH AIR.




Gambar penyerang kebangsaan, Safee Sali sedang lepak dan makan sambil hisap rokok hampir jam 12.00 tengah malam di khalayak ramai di sebuah kedai makan di Singapura mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan peminat bola sepak.

Ramai yang mengecam tindakan Safee Sali tersebut ditambah lagi dengan prestasi merudum penyerang tersebut bersama skuad negara yang sedang berjuang di AFF Suzuki 2014 di Singapura.


Safee Yang Merokok bukan lagi Safee Yang Menunggang.

JOKOWI ARAHKAN SEMUA KAKITANGAN AWAMNYA HANYA MAKAN MAKANAN TARAF JALANAN KETIKA BERMESYUARAT ... JOKOWI SELANGOR BILA LAGI NAK KELUARKAN ARAHAN??????




Indonesia has ordered officials to eat local street food at meetings instead of fancy foreign fare and stop holding lavish parties, the latest moves by the new government to crack down on bureaucratic excess.

Snacks such as cassava, steamed corn and yam cakes should be served at official gatherings and the number of guests invited to bureaucrats' parties should be limited to 400, a minister said.

President Joko Widodo, who took office last month and is known as a modest figure from a humble background, has made reining in official spending and trimming back the graft-ridden nation's bloated democracy a key goal.

He has slashed travel and meeting budgets for next year, and last week sought to lead by example when he flew economy class to Singapore for his son's graduation, winning widespread praise online.

Announcing the latest moves late Thursday, Yuddy Chrisnandi, minister for bureaucratic reform, ordered officials to "stop anything that is excessive".

He said that gluttonous officials were at risk of developing high cholesterol and high blood pressure, and that buying local snacks would help Indonesian farmers.

Chrisnandi said that the rules on food would be applied in all ministries and government offices from December 1. Those who broke them would face sanctions such as demotion or a postponement of bonus payments, he added.

The energy ministry, which is seeking to clean up its image following recent corruption scandals, has sent out a list of permitted foods and has ordered drinks to be limited to coffee, tea and water.

The ban on lavish parties, due to come into effect early next year, is aimed at private functions held by high-ranking officials, which are often vast affairs at luxurious hotels.

Chrisnandi said such events "created an impression of inequality".

"There are high-ranking government officials organising weddings for their children, inviting thousands, causing traffic jams." – AFP



ULASAN OMAK KAU:-

Pemimpin yang begitu obses dengan cara kerja dan gaya hidup Jokowi tidak mau keluarkan arahan ke?  Tak kan sekadar arahkan SUK keluarkan surat tegah beri cenderahati sudah dikira hebat ... alang-alang nak ikut pastikan ikut betul-betul... jangan ikut separuh-separuh.

Sepatutnya makanan yang dihidangkan di cafe DUN Selangor hendaklah yang taraf yang dijual diwarung-warung jer ... itu sebagai permulaan .. lepas itu di ikuti dengan semua majlis yang dihadiri Azmin Ali baik rasmi maupun tidak rasmi terutamanya anjuran parti.

Begitu juga nanti jamuan Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri .. Apa macam????  Ada berani ke???

TAJ MAHAL ADALAH SIMBOL CINTA ABADI YANG TIADA TOLOK BANDINGNYA TETAPI KURANG YANG TAHU AKAN CERITA DISEBALIKNYA.


INILAH WAJAH KETUA UMNO BAHAGIAN PERMATANG PAUH YANG KATA KEKUATAN EKONOMI MASYARAKAT CINA DATANG DARI PERNIAGAAN HARAM SEPERTI JUDI DAN PELACURAN.



Kekuatan masyarakat Cina datang daripada perniagaan haram seperti judi dan pelacuran, kata perwakilan Umno Pulau Pinang Datuk Mohd Zaidi Said.

Zaidi ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini berkata, tanpa penguatkuasaan tegas, kerajaan akan dihina kerana kegiatan itu berleluasa.

"Kita tahu kekuatan Cina datang daripada bisnes haram seperti judi, pelacuran, tapi di mana pihak berkuasa.

"Saya pergi Permatang Pauh saya nampak bisnes maksiat ini banyak, kereta tinted pun lepas," katanya.

Beliau berkata, dengan tindakan tegas, komuniti Cina sudah pasti akan takut kepada kerajaan.

"Nasib baik kita tidak buat apa-apa, Kalau kita banteras aktiviti ini, mereka akan takut kepada kerajaan.

"Kalau kita tidak ambil tindakan tegas kita akan dihina, ini kerana sikap pegawai kita sendiri," katanya.


ULASAN OMAK KAU:-

Macam ini punya taraf Ketua UMNO Bahagian pun masih wujud dalam kepimpinan UMNO ... adakah semua warga Cina di Malaysia yang kaya raya adalah hasil perniagaan pejudian haram dan pelacuran?????

Apa punya sengkeklah otak Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh ni .. walaupun sudah diperingatkan beberapa kali oleh pucuk pimpinan UMNO agar menjauhkan diri dari memberi komen dan hujah bersifat perkauman melampau tetapi ada lagi seekor dua yang jenis degil bebal tak makan nasihat dan tidak dengar kata.

Dia ingat komen macam ini rakyat akan percaya ke????

Kalau beginilah cara perwakilan UMNO berhujah jangan mimpilah nak dapatkan balik sokongan kaum Cina kepada Barisan Nasional.

APA SUDAH JADI DENGAN JANJI AZMIN ALI MAU KAJI SEMULA KENAIKAN ELAUN DAN GAJI BAGI EMPAT JAWATAN UTAMA KERAJAAN NEGERI SELANGOR YANG DIKATAKAN TERLALU TINGGI?????



Pada 1hb Oktober 2014, selepas seminggu menjadi Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Hj Azmin bin Hj Ali berkata, kadar kenaikan elaun dan gaji bagi empat jawatan utama kerajaan negeri akan dikaji semula.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat pertama anggota Exco Kerajaan Negeri yang baharu pagi ini dan bersetuju untuk membincangkannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) November ini.

Katanya, kajian itu melibatkan kenaikan elaun dan gaji Menteri Besar, Speaker DUN, 10 anggota Exco Kerajaan Negeri dan Timbalan Speaker, manakala elaun serta gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikekalkan memandangkan ia berpatutan dan bersesuaian dengan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka.

"Pada mesyuarat pertama kami (Exco) pagi ini, kita telah memutuskan untuk mengkaji semula kadar kenaikan elaun dan gaji bagi empat jawatan utama iaitu Menteri Besar, Speaker, Exco dan Timbalan Speaker.

"Kita sedia maklum satu kenaikan elaun dan gaji telah diluluskan oleh Menteri Besar sebelum ini (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) pada 22 November tahun lalu, namun kita berpendapat kenaikan kadar ini perlu dikaji semula mengikut kesesuaian.

"Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah memutuskan untuk membentangkan dalam sidang DUN akan datang agar kadar ini dikaji semula bersesuaian dengan perkhidmatan dan tanggungjawab yang dijalankan oleh kesemua Exco Kerajaan Negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di Shah Alam pada 1hb Oktober 2014 yang lalu.

Persoalannya kini, sidang DUN Selangor sudah masuk hari kelima namun tidak lagi nampak sebarang bayang cadangan itu akan dibawa ke DUN untuk dibentangkan.

Apakah Azmin sudah lupa akan janjinya ini? .. Sebelum ini dalam dewan ketika berstatus ADUN biasa mewakili DUN Bukit Antarabangsa bukan main lagi kencang menyerang betepa tidak setuju amat kenaikkan gaji dan elaun yang diluluskan kerajaan pimpinan TSKI kerana terlalu tinggi ketika raklyat sedang terhimpit bergumpal dengan kos sara hidup yang tinggi dan membebankan.

Sekarang ni apa kisahnya???? .. Adakah kehidupan rakyat sudah selesa dan terlepas dari kehimpitan dan kesempitan hidup??????

Bukankah dulu kisah ini dijaja sebagai salah satu alasan kukuh padu utama mengapa perlunya TSKI dipecat dari jawatan sebagai MB Selangor????? .. Dah dipecat adakah sudah tidak menjadi isu perdana lagi?????

KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

Thursday 27 November 2014

FUYOOO!!!! ... RANG UNDANG-UNDANG AHLI PARLIMEN (SARAAN) (PINDAAN) 2014 DI TARIK BALIK SEBAB AHLI-AHLI PARLIMEN DARI BN DAN PR TIDAK SETUJU ELAUN DINAIKKAN DARIPADA RM6,580.59 SEN KEPADA RM11,000 SEBULAN ... MEREKA CAKAP TIDAK CUKUP DAN MAU LEBIH TINGGI LAGI KENAIKKANNYA ... ADA BETUL KA???????



Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014, yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua hari ini, ditarik balik selepas ahli Parlimen daripada kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang mahu kenaikan lebih tinggi elaun bulanan mereka daripada apa yang dicadangkan.

Rang undang-undang dibentangkan bagi bacaan pertama semalam oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim untuk meningkatkan elaun bulanan ahli Parlimen daripada RM6,580.59 kepada kepada RM11,000.

Apabila rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua hari ini, ahli Parlimen daripada kedua-dua pihak meminta rang undang-undang itu ditarik balik kerana mereka mahu elaun lebih tinggi daripada yang dicadangkan dalam rang undang-undang.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudian mengarahkan rehat 15 minit untuk membuat keputusan mengenai tindakan seterusnya kerana beliau berkata ia akan menyebabkan rang undang-undang kerajaan ditolak, sambil menambah ia akan turut memberi kesan lain.

Apabila persidangan disambung semula, Shahidan berkata beliau menarik balik rang undang-undang itu, yang akan dibentangkan di Parlimen seterusnya pada Mac tahun depan.

Dalam rang undang-undang itu, gaji speaker Dewan Rakyat akan dinaikkan kepada RM20,000 daripada RM14,907.20 manakala gaji timbalan speaker akan dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM10,847.65.

Kenaikan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2015 jika rang undang-undang itu diluluskan.

Rang undang-undang itu juga melibatkan perbelanjaan tambahan yang dianggarkan sebanyak RM14.75 juta setahun.

Ia juga mencadangkan elaun bulanan bagi ahli-ahli senat dinaikkan kepada RM7,000 daripada RM4,112.79.

AKHIRNYA "MUDAHNYA MENJADI USAHAWAN" KARANGAN YB DR YAAKOB SAPARI BERJAYA DILANCARKAN OLEH YAB AZMIN ALI.


Hari ini 27hb November jam lebih kurang 1.00 tengah hari bertempat di Foyer Bangunan Annex, Bangunan Dewan Negeri Selangor, telah berlaku suatu peristiwa yang cukup bermakna dalam hidup Omak Kau iaitu pelancaran buku "MUDAHNYA MENJADI USAHAWAN" tulisan ADUN Kota Anggerik YB Dr Yaakob Sapari dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor oleh Dato' Menteri Besar Selangor YAB Hj Azmin b Hj Ali.

Turut hadir ialah dua ahli Exco Selangor YB Nik Nazmi dan YB Dr Daroyah Alwi.

Majlis Pelancaran dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan YB Amirudin Shari diikuti kata-kata aluan dan ribuan terima kasih oleh YB Dr Yaakob Sapari sebagai pengarang seterus ucapan pelancaran oleh Dato Menteri Besar Selangor, YAB Hj Azmin b Hj Ali.

Kehadiran buku ini dikira amat tepat pada waktu dan ketikanya apabila kerajaan negeri Selangor pimpinan Azmin Ali dalam pembentangan belanjawan 2015 yang lalu telah menekankan betapa perlunya suatu komuniti yang berilmu dilahirkan sebagai suatu budaya baru demi memperkasakan ekonomi Selangor.

Dalam kata-kata aluannya Yaakob Sapari menceritakan bagaimana boleh mendapat ilham dan iltizam untuk melahirkan buku ini .. Bermula dari pengalaman beliau sebagai seorang usahawan yang dikumpul segala pahit manisnya agar dapat dikongsi bersama kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, dengan harapan sumbangan sedikit sebanyak apa yang tercatit dalam buku ini dapat membantu untuk terus maju berdaya tahan dan berdaya saing dipasaran terbuka yang cukup sengit dan mencabar.

Omak Kau cukup terkesan kerana ada jua menyumbang sedikit dalam mengedit bersama sama dengan rakan-rakan lain , Khairul Nizam, Puan Radiah Basri, Muhammad Izuan Kassim, Norlela Idris dan sudah semestinya isteri kesayangan Yaakob Sapari sendiri Puan Azizah bte Tengah.

Sumbangan dan bantuan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) juga tidak dilupakan dan diucapkan ribuan terima kasih.

Majlis pelancaran dijalankan dengan penuh kesederhanaan tetapi cukup meriah dan bermakna sekali.

Pada yang berminat untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan bagaimana mau menjadi seorang Usahawan Yang Berjaya Secara Mudah sila dapatkan buku ini yang boleh didapati dikedai-kedia buku ternama dengan harga RM45 senaskah.

CAMERON HIGHLANDS DI LANDA BANJIR KILAT LAGI!!!!!


Cameron Highlands dilanda banjir kilat sebentar tadi apabila hujan turun dengan lebatnya selama lebih kurang 1 jam sahaja.

Nampaknya sinonim banjir dengan Cameron Highlands sudah sebati abadi ... sedang terfikir apa pula alasan MB Pahang dan Ahli Parlimen Cameron Highlands merangkap Presiden MIC G. Palanivel kali ini ...

Adakah pendatang tanpa izin akan dijadikan modal lagi sekali?

LAYAK KAH AZMIN ALI MENUDUH NAJIB RAZAK SEBAGAI PM YANG MUNGKIRI JANJI??????



Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memungkiri janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Sehubungan itu, Azmin berkata, janji yang pernah dibuat oleh Najib sebelum ini hanyalah untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya.

"Dia tidak menunaikan janji yang dia (Najib) nyatakan sendiri sebelum ini untuk memansuhkan Akta Hasutan.

"Kalau ikut rekod, ada beberapa kali dia telah berjanji (untuk mansuh) menjelang pilihan raya.

"Sekarang kita, rakyat akan melihat watak sebenar perdana menteri yang buat janji hanya untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya dan tidak ada kesungguhan untuk melakukan transformasi," katanya ketika ditemui pemberita di lobi bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam.

'Pertahan Islam bukan dengan akta zalim'

Selain itu, ditanya berhubung pengukuhan akta yang dikatakan bertujuan melindungi kesucian Islam, Azmin berkata mempertahankan agama tidak boleh dibuat melalui akta yang “zalim”.

"Yang mempertahankan Islam bukan dengan satu peruntukan yang zalim, yang tak ada kebebasan dan moral.

“Islam itu agama yang suci dan murni yang menjamin kebebasan hak individu sebagai insan. Bukan guna akta zalim untuk kekang kebebasan rakyat," kata ADUN Bukit Antarabangsa.


ULASAN OMAK KAU:-


Omak tidak tahu nak lakukan apa .. sama ada nak ketawa atau menangis akan terjahan Azmin Ali kepada Najib kerana mungkiri janji mau mansuhkan terus Akta Hasutan 1948 pada 11hb Julai 2012 yang lalu.

Tidak boleh dinafikan sama sekali yang Najib Razak pada 11hb Julai 2012 pernah berjanji akan mansuhkan Akta Hasutan 1948 dan juga Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Bukan nak pertahankan akan tindakan Najib ini tetapi sekurang-kurangnya dia membuat keputusan setelah mendengar suara akar umbi parti UMNO dari seluruh penjuru termasuk Ahli-ahli Majlis tertinggi UMNO.

Dia pernah jua berjanji akan sentiasa akur akan kemahuan dan denyutan nadi akar umbi UMNO .. dengan itu ada sedikit justifikasinya tentang mungkir janjinya mau mansuhkan Akta Hasutan 1948.

Tetapi Azmin sebelum membuka mulut dan memberikan kenyataan perlu juga terlebih dahulu mencerminkan dirinya mengenai janji beliau sebelum dan sesudah memegang jawatan sebagai Dato' Menteri Besar Selangor ... pertama isu perjanjian air Selangor-Putrajaya pembinaan Langat II dan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX).

Kedua-dua projek gergasi ini bukan main lagi membuat bantahan semasa menjadi ADUN biasa Bukit Antarabangsa .. maukan projek -projek ini dihentikan serta dikaji semula dengan alasan rakyat membantak keras akan niat Dato' Menteri Selangor terdahulu YB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Paling utamanya kedua-dua projek tersebut mendapat bantahan keras dan tegas dari hampir semua wakil-wakil rakyat KeADILan/DAP/PR termasuk pucuk pimpinan tertinggi parti.

Isu ini juga dijaja sebagai antara alasan utama mengapa perlu TSKI dipecat dari jawatan MB Selangor tanpa mengambil kira waktu dan suasana termasuklah dibulan Ramadhan.

Apabila dah pegang dan dapat jawatan MB Selangor, tidak sampai 2 minggu terus flip flop buat pusing U 360 darjah berdolak dalik mengatakan kedua-dua projek tersebut bukan sahaja perlu diteruskan tetapi diteruskan dalam kadar segera.

Nah!!! .. Sekarang siapa yang lebih perlu melihat wajah sebenar???? ... Siapa???? ... Bukankah ini dinamakan Kata Dulang Paku Serpih .. Kata Kat Orang Tetapi Tidak Sedar Diri Sendiri Lagi Lebih!!!

Berjanji sekadar mau raih sokongan demi merebut jawatan MB Selangor???? .. Lagi mau nafikan???


Omak Kau masih kuat berpegang bahawasanya jika Kak Wan atau DSAI yang ambil alih menjadi Dato' MB Selangor hari itu, kesemua kejadian flip flop tunggang langgang buat pusingan U 360 darjah yang mencemarkan maruah parti ini tidak akan berlaku.

Begitu juga mengenai akta zalim ni ... cabut hak TSKI sebagai seorang ADUN yang dipilih oleh rakyat dengan menidakkan peruntukkan dana kepadanya dengan menyalurkan dana berkenaan kepada Penyelaras DUN itu tidak dianggap zalim sedangkan kesemua ADUN UMNO/BN diberikan RM200,000 setiap seorang walaupun  mereka menolak. Ini tidak zalim dan kejamkah??? Pertahankan jawatan MB bukan dengan cara zalim .. itu yang selayak dan sepatutnya diungkapkan.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

SHAHRIZAT GEMBIRA KERANA WANITA UMNO TIDAK PERLU BAKAR COLI UNTUK WUJUDKAN JAWATAN NAIB PRESIDEN KHAS UNTUK WANITA.



Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil gembira kerana tuntutan pergerakan itu agar diperuntukkan jawatan naib presiden parti mendapat perhatian pucuk pimpinan tanpa perlu melakukan protes jalanan.

"Yang cantik, yang indahnya perjuangan dalam Umno  ini kita tak perlu turun ke jalan raya, atau membakar bra kita contohnya.

"Kalau dulu, kita kena buat macam-macam untuk mendapat keadilan buat wanita.

"Dalam Umno tak payah. Kita cuma perjuangkan secara berhemah dan beradab," katanya sewaktu ditemui wartawan pagi ini.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas kenyataan Najib terdahulu, yang akan mempertimbang untuk memperuntukkan satu kerusi naib presiden Umno buat Wanita Umno.

Jelasnya, beliau akan berunding dengan semua pihak dalam parti bagi mewujudkan jawatan naib presiden khusus kepada Wanita Umno.

Tambahnya, jawatan kepada Wanita itu turut diperluaskan di peringkat bahagian dengan memperuntukkan jawatan naib ketua bahagian kepada Wanita.

Najib berkata demikian dalam ucapan dasarnya pada perhimpunan agung Umno ke-65 di PWTC pagi ini.

PERGH!!!! DEMI COLI YANG TERCINTA YOUUUUU ... RUPA-RUPANYA SENJATA AMPUH YANG DIGUNAKAN OLEH WANITA UMNO UNTUK DAPATKAN SESUATU HAJAT IALAH COLI?????


DAH MAKIN TENAT WANITA UMNO KINI DIBAWAH KEPIMPINAN SHAHRIZAT JALIL .. MASA BELIAU UNTUK BERUNDUR SUDAH SAMPAI DEMI MENYELAMATKAN BANYAK COLI DIBAKAR!!!!!

INILAH WAJAH PERWAKILAN PEMUDA UMNO NEGERI SEMBILAN YANG DIKATAKAN MAU UMNO BERSIKAP SEPERTI TALIBAN DI AFGHANISTAN?????




Semalam seorang perwakilan Pemuda UMNO menyeru ahli parti Melayu terbesar itu agar tidak terlalu bertoleransi dan diplomatik dengan golongan yang dikatakan akan menghancurkan Islam.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Shamsul Amri Mohd Kamal dalam ucapannya di perhimpunan Pemuda UMNO semalam berkata, ahli parti tidak perlu takut membela agama dan menambah polis perlu bertindak terhadap sesiapa yang melabel mereka pelampau.

"Dulu mereka tak berani menyentuh kita, tak berani menegur kita, tapi lebih-lebih lagi‎ hari ini, mereka berani cabar kita dengan pelbagai isu yang menggoncang kesabaran dan toleransi kita.

"Bangkitlah bangsaku, bangkitlah sahabatku, sedarlah kesabaran kita ada hadnya, toleransi kita ada sempadannya. Jangan kerana terlalu berdiplomasi dan bertoleransi, kita menggadaikan satu demi satu termasuklah juga agama Islam yang kita cintai," kata Shamsul semalam.

Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Menteri Belia Dan Sukan yang juga Ahli Parlimen rembau,  Khairy Jamaluddin cuba membawa imej sederhana dan progresif bagi sayap dipimpinnya tetapi menteri belia dan sukan itu sendiri terjerat dengan permainan politik golongan kanan parti itu.

Akhirnya Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang mau membawa perubahan dan reform kepada UMNO agar terus relevan mengikut edaran masa tinggal berseorangan.

Perdana menteri tidak boleh lagi mengharapkan Khairy dan Pemuda UMNO untuk bersamanya melakukan perubahan yang dimahukan masyarakat dan melawan golongan berhaluan kanan dalam parti itu.

Kenyataan ketua penerangan Pemuda UMNO Seremban semalam mencerminkan realiti dalam sayap yang dipimpin Khairy Jamaluddin.

Ketika Khairy cuba merubah imej Pemuda UMNO agar dilihat progresif sejajar dengan inspirasi dan kemahuan Najib Razak, Shamsul mahu sayap itu mencontohi Taliban di Afghanistan.

Shamsul memberikan contoh program "I Want to Touch a Dog" baru-baru ini, keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan mencabar larangan pakaian songsang terhadap lelaki transgender oleh Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan), serta kes perebutan anak melibatkan seorang mualaf dengan bekas isterinya yang beragama Hindu.

Shamsul berkata insiden tersebut boleh mencetuskan kekeliruan di kalangan umat Islam dan melemahkan kedudukan Islam di negara ini.

"Kita perlu lebih profesional dalam hal ini dan kita kena pastikan kita pertahankan agama kita. Dan barangsiapa yang cuba mengutuk menyatakan bila kita sebut pasal hal agama maka kita ini ekstrem, maka kita ambil tindakan padanya segera.

"Mengapa bila orang menghina agama kita, kita lengah-lengahkan? Tetapi bila kita menyentuh menegur orang lain, oh cepat ditangkap tak payah tunggu 24 jam. Maka perlu kita ambil tindakan serius," katanya.

Nampaknya UMNO sudah tidak mempunyai harapan lagi untuk menjadi progresif, sederhana sepertimana kehendak dan hajat Dato' Seri Najib Razak kerana ektremisme sudah menguasai segenap penjuru parti itu.

ISU PAMPASAN RM2.6 JUTA KEPADA BEKAS STAF MANTAN MENTERI BESAR SELANGOR ... AZMIN AKAN BENTANGKAN LAPURAN AUDIT BERKENAAN KEPADA DUN MINGGU DEPAN UNTUK DIBAHAS.



Laporan audit berhubung pampasan kontroversi lebih RM2 juta terhadap kakitangan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akan dibentangkan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menteri Besar Azmin Ali berkata, ia akan disahkan oleh mesyuarat exco esok dan dibentangkan kepada DUN untuk tindakan lanjut pada minggu depan.

Katanya, terpulang kepada DUN sama ada mahu mengadakan pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dalam isu itu.

“Soal tindakan, termasuk sekiranya ada cadangan supaya pendengaran awam, itu saya serahkan pada speaker dan jawatankuasa Dewan dan jawatankuasa Selcat sekiranya bercadang mengadakan pendengaran awam.

“Kerajaan negeri tidak halang," katanya lagi sambil menegaskan tidak akan kompromi dalam “soal yang tak menepati garis panduan dan peraturan”.

Sebelum ini, Khalid berkata beliau mengikut prosedur dalam pemberian pampasan kepada tujuh pembantunya termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) Faekah Husin dan bekas setiausaha akhbar Arfa’eza Aziz.

Mengulas laporan audit itu, beliau berkata beberapa terma kontrak dan garis panduan tidak dipenuhi.

“Ada juga pegawai yang berkhidmat tempoh singkat, tetapi diberikan ganjaran berlipat kali ganda,"kata Azmin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada Datuk Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) dan Yaakob Sapari (PKR-Kota Anggerik) berhubung pemberian pampasan itu.

PROJEK BODEK AZMIN SUDAH BERMULA ..... MAJLIS PENYAMPAIAN GAMBAR RASMI DATO' MENTERI BESAR SELANGOR OLEH SETPOL AZMIN KEPADA SELURUH KETUA CABANG KEADILAN.


Semalam difahamkan di kediaman rasmi Dato' Menteri Besar Selangor telah berlaku suatu upacara penyampaian gambar rasmi Dato' Menteri Besar Selangor oleh Setpol YAB Azmin Ali merangkap ADUN Sri Muda Shuhami Shafie kepada 22 Ketua Cabang KeADILan Selangor.

Pergh!!! Dahsyat lagi hebat sampaikan nak serahkan gambar rasmi Dato' MB Selangor yang baharu pun diadakan suatu upacara khas!!!!!

Bukannya diserahkan kepada ketua-ketua Jabatan Agensi Kerajaan Selangor tetapi kepada ketua-ketua Cabang KeADILan jer ... Perlu sangat ke suatu majlis khas diadakan?????

Nak bodek mengampu pun berpada-padalah jangan sampai terbitnya rasa meluat rakyat pula.

Parti UMNO yang dikritik teruk siang malam pagi petang sehari 24 jam pun tidak lakukan upacara sebegini punya rupa??????

Peliknya mengapa gambar Presiden KeADILan tidak diadakan suatu majlis khas sebab ini adalah urusan parti bukan urusan rasmi kerajaan pun?????


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN, FITNAH DAN DENDAM KESUMAT .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.


MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT .. TAIB MAHMUD CAKAP DIA TIADA HUBUNGAN APA-APA DENGAN CAHYA MATA SARAWAK BERHAD (CMS) KEPUNYAAN ANAKNYA SEPANJANG HIDUP BELIAU.


Cahya Mata Sarawak Berhad (CMS) tidak pernah mengambil kesempatan daripada hubungannya dengan kerajaan negeri dalam usaha menjadi entiti perniagaan yang berjaya, kata Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud semalam.

Beliau berkata semasa menyandang jawatan sebagai Ketua Menteri, beliau tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan CMS sepanjang kehidupannya sehingga sekarang, dan berpuas hati pengurusan syarikat memahami sebab beliau berbuat demikian.

"Saya tidak mahu sebarang konflik antara kepentingan peribadi saya dan tugas saya sebagai ketua menteri sebelum ini," kata beliau ketika berucap pada majlis jamuan meraikan ulang tahun ke-40 CMS semalam.

Taib yang berundur daripada jawatan sebagai ketua menteri pada akhir Februari lepas, gembira di sebalik pendiriannya, CMS yang bermula sebagai syarikat pengeluar simen berkembang menjadi syarikat tersenarai awam yang berjaya.

"Terpulang kepada CMS membuat keputusan sekarang kerana ia bertapak kukuh dan jika ia mahu mempelbagaikan aktiviti, saya berharap ia akan lakukan dalam kepelbagaian juga seperti dilakukan dalam teras perniagaan hari ini," kata beliau. – Bernama

RAKAMAN GAMBAR PERWAKILAN PEMUDA UMNO MENGULAR PONTENG PERSIDANGAN PAU 2014 TERSEBAR LIGAT DI ALAM MAYA.


Dua gambar ini dirakam di Riverside Restaurant PWTC jam lebih kurang 4,15 ptg 26 hb November 2014 ketika para perwakilan Pemuda UMNO dan Puteri sedang hangat bersidang dan berucap ada pula perwakilan Pemuda UMNO tidak mau ambil port lebih ghairah dan ligat berbual mengular.

Pergh!!!! Dalam kesibukan Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin mohon supaya UMNO di remajakan demi kekal relevan terutamanya dikalangan anak-anak muda yang kelihatan sudah mulai meminggirkan diri dari UMNO, para perwakilan sendiri sudah mengambil langkah pertama dengan meminggirkan diri dari mendegar persidangan ... ini bukan sahaja meremajakan parti tetapi bersikap lebih remaja dari orang remaja .. tidak mau ambil berat apa yang terjadi disekeliling Perhimpunan UMNO yang diadakan hanya setahun sekali.

Oleh itu jangan persalahkan pemimpin tertinggi parti jika gagal mentransformasikan parti kalau diri sendiri tidak menunjukkan minat dan kesungguhan kearah itu.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...