KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Tuesday, 30 December 2014

ANTARA BERITA MENYAYAT HATI TENTANG PENEMUAN TIGA MAYAT PENUMPANG QZ8501 SALING BERGANDINGAN TANGAN ANTARA SATU SAMA LAIN.


PANGKALAN BUN, KOMPAS.com — Kopilot pesawat Hercules C130 dari Lanud Halim Perdanakusuma, Letnan Satu Penerbang Tri Wibowo, mengaku melihat sekitar delapan jasad manusia terombang-ambing di Selat Karimata pada Selasa (30/12/2014). Tiga dari delapan jasad itu, kata Tri, saling bergandeng tangan satu sama lain. 

"Ada tujuh sampai delapan orang. Tiga (di antaranya) lagi bergandeng tangan," kata Tri di kokpit pesawat dalam penyusuran wilayah perairan selatan Kalimantan.

Selain jasad manusia, Tri juga melihat beberapa obyek lainnya, seperti tas koper, pelampung, dan serpihan yang diduga milik pesawat AirAsia QZ8501.

Menurut Tri, informasi tersebut telah dia sampaikan ke KRI Budi Utomo yang terlibat dalam proses evakuasi. "Ada Koper-koper dan kayak ada orang pakai pelampung. Saat ini sudah dilakukan proses evakuasi," ucap dia.

Sebelumnya diberitakan, untuk mengecek kebenaran mengenai penampakan obyek-obyek yang diduga milik pesawat AirAsia QZ8501, Panglima Komando Operasi Lanud Halim Perdanakusuma Marsekal Muda Dwi Putranto beserta tim Basarnas melakukan pengecekan dengan menggunakan helikopter ke Selat Karimata, tepatnya di sekitar perairan Teluk Air Hitam, Kabupaten Ketapang, Kalimantan Barat, Selasa (30/12/2014) siang.

Dwi berangkat dari Bandara Iskandar, Pangkalan Bun, sekitar pukul 13.00. Sebelum naik ke atas pesawat, Dwi mengatakan bahwa dia memang harus mengecek langsung ke lokasi untuk memastikan informasi yang ia terima dari para kru pesawat Hercules C130.

LAGI BERITA YANG MELIBATKAN PESAWAT AIRASIA, KALI INI MELIBATKAN AIRASIA ZEST YANG TERGELINCIR DI FILIPINA.

 


Filipina, 30 Dis - Sebuah pesawat AirAsia Zest bernombor pendaftaran Z2 272 hari ini dilaporkan tergelincir di lapangan terbang Kalibo, Filipina petang tadi.

Bagaimanapun, kesemua penumpang di dalam pesawat tersebut dilaporkan selamat dan telah dikeluarkan dari pesawat terbabit.

Menurut laporan, keadaan cuaca yang buruk serta gangguan pada sistem pesawat menjadi punca pesawat tersebut tergelincir.

Menurut Jet Damazo Santos, seorang jurnalis dari Rappler Indonesia, penumpang dikeluarkan dari pesawat tersebut menggunakan papan gelongsor kecemasan.

"Enjin dimatikan dengan segera, kami diberitahu untuk meninggalkan beg dan keluar dari pesawat dengan kadar segera", katanya melalui akaun Twitter.

Gambar peristiwa telah dikongsi oleh beliau yang menggunakan akaun Twitter dengan nama @jetdsantos. Beliau \ adalah salah seorang penumpang yang terbabit dalam kejadian tersebut.

PDRM SAHKAN SERAMAI 21 INDIVIDU TERKORBAN DAN 10 LAGI MASIH HILANG AKIBAT BANJIR DI TIGA NEGERI DI PANTAI TIMUR.


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia hari ini mengesahkan seramai 21 individu terkorban manakala 10 lagi hilang akibat banjir di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pecahan bilangan tersebut ialah 14 kematian di Kelantan, Terengganu (4) dan Pahang (3).

“Sementara yang hilang pula ialah empat di Kelantan, Terengganu (5) dan seorang di Pahang,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini. - KOSMO!




BERITA GEMBIRA KEPADA RAKYAT MALAYSIA...BERIKUT KHABARNYA ADALAH SENARAI HARGA BARU RON95, RON97 DAN DIESEL..


Berita yang baru sampai ke inbox FB Omak kau dan bertiup kencang di media sosial memberitahu tentang senarai harga minyak dan diesel yang baru dan berkuatkuasa pada 1hb Januari 2015.

RON95  - RM 1,93
RON97  - RM 2.13
DIESEL - RM 1.97

Mohon pihak yang berkenaan memberikan respon demi pencerahan dan kebenaran.



TIADA ISTILAH KELANTAN DIANAKTIRIKAN OLEH KERAJAAN BN, TOLAK TEPI SEMUA FAHAMAN POLITIK UNTUK SEGERAKAN BANTUAN MENGIKUT SALURAN MANA SEKALIPUN TEGAS ADUN SEMENYIH DATUK JOHAN ABDUL AZIZ




"Memang ramai yang berkata rakyat Kelantan dilayan seperti anak tiri akibat dipingggirkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana memilih Pas sebagai peneraju negeri yang dilihat tidak berupaya membantu rakyatnya.

"Sebenarnya kata–kata seperti itu sudah lama menjadi perbualan tetapi sebagai kerajaan yang adil, BN tak pernah meminggirkan sesiapa pun. Apa lagi dalam keadaan rakyat dilanda musibah banjir,".

Itu tegas Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz sebagai mengulas dakwaan kononnya BN membantu rakyat Kelantan yang menjadi mangsa banjir setakat ala kadar disebabkan rakyatnya menyokong parti pembangkang.

"Siapa pun yang dipilih rakyat untuk menjadi pemimpin negeri Kelantan, kami dalam BN tidak mahu membangkitkan perkara tersebut kerana yang penting, rakyat yang ditimpa musibah wajib dibantu.

"Tolak tepi semua fahaman politik dan ini bukan masanya untuk mencari kelemahan sesiapa. Selagi boleh bantu, BN akan segerakan semua bantuan mengikut saluran mana sekalipun," katanya ketika dihubungiMalaysiaGazette pagi tadi.

Jelas Johan, jika kerajaan BN didakwa mengambil sikap membantu ala kadar, keadaan mangsa banjir akan menjadi lebih teruk lagi.

"Kami ikhlas membantu kerana selain terdapat penyokong-penyokong setia BN di negeri tersebut, mereka yang menjadi mangsa banjir masih tetap warganegara Malaysia yang bernaung di bawah kerajaan BN.

"Saya tak kata kerajaan negeri tidak membantu tetapi atas rasa tanggungjawab kepada rakyat tanpa memilih bulu, BN tidak akan membiarkan kesengsaraan yang ditanggung rakyat terus berlarutan," ujarnya.

Apapun tegas Johan, walaupun Kelantan dikuasai parti pembangkang, bantuan yang disalurkan oleh kerajaan pusat tetap sama dengan negeri-negeri lain yang dilanda banjir.

"Tidak ada istilah Kelantan dianaktirikan oleh kerajaan pusat tetapi semuanya mendapat bantuan yang sama dan adil.

"Harus diingat bahawa bukan semua rakyat Kelantan menyokong parti pembangkang malah masih ramai yang setia bersama BN," katanya. - MalaysiaGazette



Ulasan Omakkau:

Janganlah kerana kepentingan politik yang sempit dan taksub, banjir pun mahu dipolitikkan. Sebaik-baiknya kita bersatu hati membantu rakyat yang menderita jadi janganlah disukar dan dikusutkan lagi mereka dengan masalah dan bantu membantulah antara kita kerana banjir tidak memilih samada kita penyokong Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional.

Cukup-cukuplah berpolitik... orang kita berpolitik 24 jam tidak habis-habis. Bawa-bawalah untuk berbincang elok-elok, takkan nak bertelingkah sampai mati? Rakyat bawahan letih dengan isu yang tidak habis-habis.



KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

BERITA BARU TERIMA: SETAKAT INI 6 MAYAT PENUMPANG PESAWAT QZ8501 TELAH DITEMUI.


"Sah, 95 peratus objek yang ditemui oleh pasukan mencari & menyelamat adalah milik pesawat QZ8501 -Henry Bambang Soelistyo...Beberapa jasad yang ditemui terapung pagi tadi sudah dibawa menaiki kapal tentera laut Indonesia. - AP...Enam mayat dipercayai daripada pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 sudah ditemui - TVOne Indonesia....Mayat ditemui terumbang-ambing di Selat Karimata, kira2 3.40 ptg tadi, tidak jauh dari penemuan serpihan bahagian pesawat-Detik News....Badan SAR Nasional (BASARNAS) akan menempatkan 21 penyelam ke lokasi"

Berita selanjutnya akan menyusul... Stay tune!!

BERITA BARU MASUK: SUSUK MANUSIA DIPERCAYAI PENUMPANG DARI BANGKAI PESAWAT QZ8501 SUDAH KELIHATAN TERAPUNG DI SEKITAR SELAT KARIMATA.


PANGKALAN BUN, KOMPAS.com — Kopilot Pesawat Hercules C130 dari Lanud Halim Perdanakusuma, Letnan Satu Penerbang Tri Wibowo, menyebutkan bahwa obyek-obyek yang terlihat mengapung di Selat Karimata, tepatnya di perairan sekitar Kabupaten Ketapang, Kalimantan Barat, menyerupai manusia, tas koper, pelampung, dan serpihan pesawat.

Khusus untuk obyek yang menyerupai manusia, Tri mengaku pada awalnya sempat mengira bahwa obyek tersebut adalah manusia yang melambai-lambai ke arah pesawat. Namun, setelah didekati, ia melihat obyek tersebut seperti jasad manusia yang sudah membengkak.

"Tadi pas saya lihat awalnya kayak orang dadah-dadah, mungkin dia melihat pesawat, kan. Akan tetapi, pas kami dekati, kayaknya sudah bengkak. Kelihatan dadah-dadah karena kena ombak," kata Tri di Bandara Iskandar, Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Selasa (30/12/2014) siang.

Berdasarkan lokasi yang ditunjukkan oleh Tri di peta, kawasan penampakan obyek-obyek tersebut berada di sekitar Teluk Air Hitam. Penampakan obyek yang diduga benda-benda milik pesawat AirAsia QZ8510 terjadi sekitar pukul 11.00, setelah selama lebih kurang lima jam pesawat melakukan penyisiran daratan, pantai, dan lautan di wilayah bagian selatan Kalimantan. -kompas.com

TERJAWAB SUDAH PERSOALAN SETELAH SERPIHAN YANG DITEMUI DI PERAIRAN PANGKALAN BUN KALIMANTAN TENGAH DISAHKAN MILIK PESAWAT AIRASIA QZ8501.



SERPIHANJAKARTA: Kementerian Perhubungan (Kemenhub) Indonesia hari ini mengesahkan bahawa serpihan pesawat berwarna putih dan merah yang ditemui di perairan Pangkalan Bun Kalimantan Tengah adalah daripada pesawat AirAsia QZ8501.

Maklumat tersebut adalah dapatan daripada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang melihat serpihan tersebut secara langsung.

"Pasukan SAR kami, iaitu pesawat Kalibrasi Kementerian Perhubungan melihat adanya serpihan pesawat berwarna putih dan merah di perairan Pangkalan Bun," ujar Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo di Jakarta hari ini.

Beliau menjelaskan, penemuan serpihan pesawat tersebut berada di koordinat 03.52,50 Selatan dan 110.30,53 Timur.

Serpihan kedua, 03.52,73 Selatan dan 110.30,18 Timur.

Ketiga, 03.53,62 Selatan dan 110.29,39 Timur di perairan Pangkalan Bun.

“Kedudukannya di sekitar 100 batu dari pelabuhan Pengkalan Bun iaitu radius 225 darjah. Maklumat ini sudah diselaras pihak Badan SAR Nasional (Basarnas) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI)," katanya.

Menurutnya, buat masa ini, boleh disahkan bahawa serpihan itu adalah daripada pesawat AirAsia yang hilang dan ketika ini Menteri Pengangkutan telah berangkat ke Pangkalan Bun,” kata Djoko.

Pengumuman tersebut telah disampaikan oleh Ketua Penyelaras Basarnas, F. Henry Bambang Sulistyo, dalam sidang media terkini.

"Penemuan semua objek tersebut boleh kami simpulkan sebagai 95 peratus dari pesawat yang kita sedang cari. Sekarang ini semua komponen SAR sudah kami beri arahan untuk bergerak ke titik lokasi tersebut," ujarnya.

F. Henry juga memberitahu bahawa langkah evakuasi sedang dikejarkan ke Pangkalan Bun sementara puluhan pasukan penyelam juga telah dikerahkan.




Monday, 29 December 2014

LAMAN WEB PRO-BN MEMBIDAS DATUK DR MAZA YANG DIDAKWA MENYEBARKAN PRASANGKA BURUK YANG BOLEH MEMECAH BELAHKAN RAKYAT KETIKA BERLAKUNYA MUSIBAH BANJIR.




Laman web pro-BN, mykmu.net membidas bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang didakwanya memilih untuk menyebarkan prasangka buruk yang boleh memecah belah rakyat ketika berlaku musibah banjir.

Ia mendakwa Asri seolah-olah cuba ‘menambah api’ terhadap berita palsu mengenai tersebarnya kampit beras yang bercetak wajah MP Machang Ahmad Jazlan Yaakub serta bantuan beras lambat kerana mahu wajah MP itu dicetak terlebih dahulu.

Katanya, ketika tersebar berita palsu bahawa kerajaan menghalang NGO menyampaikan bantuan banjir kerana mahu meletakkan logo BN, Mohd Asri didakwanya bukan sahaja tidak membantu membetulkan tanggapan tetapi cuba menambah api lagi.

Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menyekat bantuan untuk mangsa banjir di Kuala Krai, tetapi pengarahnya telah menafikan dan sebaliknya mengalu-alukan sumbangan serta bantuan untuk mangsa banjir.

Lawanweb itu berkata, sebagai ulama, Asri seharusnya mengurangkan kebimbangan dan perpecahan rakyat, tetapi ia mendakwa Asri pula yang memecah-belah masyarakat.

“Ulama dahulu tidak memberi pandangan jika tiada maklumat jelas dan pasti. Ulama hari ini sibuk berfacebook mahu jadi popular.

Sementara itu, Asri dalam facebook berkata, sekiranya berlaku perkara yang menyekat bantuan disampaikan kepada mangsa banjir, ia hendaklah dihentikan segera.

"Bukan masanya bermain politik kepartian di waktu ini, kasihanilah rakyat, berganding bahu dengan ikhlas untuk membantu sesama kita,” tulis Asri di facebook.


Menurut mykmu.net lagi, sungguhpun ayat pertama Asri berlapik
mengharapkan berita tersebut tidak benar, "namun para kedua jelas mahu memainkan emosi pembaca dan mewujudkan keadaan kemungkinan perkara tersebut ada berlaku".
Tulisan Asri di facebook turut mendapat 16,000 ‘like’ dan dikongsi 1,500 pengguna.

BERIKUTAN DARI BENCANA BANJIR, KERAJAAN PERCEPATKAN BR1M MULAI 15HB JANUARI KATA MENTERI KEWANGAN II DATUK SERI AHMAD HUSNI.


Berikutan bencana banjir, kerajaan akan mempercepatkan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mulai 15 Januari 2015, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Ahmad Husni dalam satu kenyataan berkata pembayaran akan dibuat secara berperingkat dengan keutamaan diberi kepada penerima dari negeri-negeri yang dilanda banjir.

"Kerajaan prihatin dan mengambil berat tentang kesulitan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir, khususnya kepada penerima BR1M.

"Oleh yang demikian, kerajaan bersetuju pembayaran BR1M yang dijadualkan pada akhir Januari 2015 akan dipercepatkan mulai 15 Januari 2015," katanya.

Ahmad Husni berkata permohonan dan proses kemas kini BR1M juga dilanjutkan sehingga 31 Januari 2015.

Proses kemas kini boleh dibuat melalui Portal Rasmi BR1M https://ebr1m.hasil.gov.my atau di mana-mana cawangan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Dalam pada itu, Ahmad Husni berkata bagi penerima BR1M yang meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2014, waris mereka boleh membuat tuntutan Takaful i-BR1M sehingga 31 Mac 2015.

Katanya, tuntutan Takaful i-BR1M boleh dibuat dengan mendapatkan borang di laman web www.malaysiantakaful.com.my atau menghubungi hotline i-BR1M di talian 03-27162716 atau e-mel i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my.

- Bernama

KETUA AGENSI MENCARI DAN MENYELAMAT MELAPURKAN KEMUNGKINAN PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG HILANG BERADA DI DASAR LAUT.



Pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 yang hilang dengan 162 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura berkemungkinan berada di dasar laut, kata ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia, hari ini.

"Berdasarkan koordinat dan penilaian ‎kami kedudukan pesawat terhempas berada di laut, hipotesisnya pesawat berada di dasar laut, kata Bambang Soelistyo seperti dilaporkan agensi berita AFP.

"Itu jangkaan awal kami dan boleh berubah berdasarkan keputusan penilaian berdasarkan pencarian kami,” katanya.

Soelistyo berkata, Indonesia tidak mempunyai kelengkapan seperti kenderaan selam yang boleh mengangkut pesawat di dasar laut, dan memerlukan bantuan daripada negara lain.

"Disebabkan kami kekurangan teknologi, saya bekerjasama dengan kementerian luar meminjam peralatan daripada negara luar yang menghulurkan bantuan, iaitu UK, Perancis dan AS," katanya.

Pesawat jenis Airbus A320-200 itu hilang pagi semalam ketika dalam perjalanan daripada Surabaya, di Jawa Timur, Indonesia ke Sin‎gapura selepas kru meminta jadual penerbangan ditukar ekoran cuaca buruk, menjadikan krisis ketiga buat pengangkutan udara Malaysia tahun ini.

Singapura, Malaysia dan Australia menghantar pesawat dan kapal membantu Indonesia dalam misi pencarian yang tertumpu di Laut Jawa.

Amerika Syarikat juga menyatakan kesediaannya membantu mencari pesawat yang hilang.

Penerbangan AirAsia QZ8501 dilaporkan terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta pada pukul 6.17 pagi semalam waktu tempatan.

Pesawat itu membawa 155 penum‎pang; 138 dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi selain dua juruterbang dan lima kru kabin yang terdiri daripada 155 warga Indonesia, Korea Selatan (3), Singapura (1), Malaysia (1), UK (1) dan Perancis (1).

Rakyat Malaysia yang terlibat ialah Sii Chung Huei, 56, penyelia kem pembalakan ‎yang berasal daripada Sarawak lapor The Malaysian Insider

RAKAMAN FOTO-FOTO KEADAAN BEBERAPA KAWASAN DI MANEK URAI SELEPAS BANJIR SURUT.


Sunday, 28 December 2014

BERITA BARU TERIMA: BERITA PESAWAT AIRASIA QZ 8501 DILAPORKAN TERHEMPAS DI PERAIRAN BELITUNG INDONESIA?? LOKASI SEBENAR MASIH DISIASAT.



Kompas.com melaporkan bahawa Kementerian Penerangan dijangka mengeluarkan satu kenyataan ini, memetik pengarah lalu lintas udara Djoko Murjatmojo sebagai berkata:

Carian Kebangsaan dan Agensi Penyelamat Republik Indonesia berkata pihaknya menerima laporan bahawa Penerbangan Pesawat Airbus 320 Air Asia dari Surabaya ke Singapura telah terputus hubungan pada 06:17 (Barat Indonesia Masa) 05:17 waktu Malaysia di Teluk Kumai, Kalimantan Tengah.Difahamkan terdapat seramai 155 penumpang berada dalam pesawat AirAsia ini. Penerbangan QZ8501 itu menggunakan pesawat Airbus 320 dengan nombor pendaftaran PK-AXC.

Pesawat membawa 155 penumpang dan anak kapal itu (130 penumpang dewasa, 24 kanak-kanak dan seorang bayi) berlepas dari Surabaya pada jam 5.20 pagi dan sepatutnya mendarat di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.

Dilaporkan seorang daripada penumpang ialah rakyat Malaysia.Sehubungan itu juga, AirAsia telah membuka Pusat panggilan Kecemasan untuk dihubungi oleh keluarga atau rakan penumpang iaitu ditalian +622129850801.

Statement dari AirAsia Mengenai Kehilangan Pesawat QZ 8501




Punca Pesawat AirAsia QZ 8501 Hilang
Ketua Jeneral Perhubungan Udara Indonesia (PUI), Djoko Murjatmojo memberitahu pesawat AirAsia QZ8501 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura telah meminta 'penukaran jalur penerbangan' untuk mengelak awan sejurus sebelum ia hilang.

“Ketika itu, pesawat yang terbang pada ketinggian 32,000 kaki melintasi Laut Jawa berhubung dengan pihak kawalan lalu lintas udara (ATC) untuk naik ke ketinggian 38,000 kaki.

“Pada jam 6.16 pagi, pesawat masih terlihat dalam radar namun pada 6.17 pagi, ia hilang dari pemantauan ATC. Bermula jam 6.18 pagi, yang kelihatan hanyalah jejak laluan penerbangan,” ujar Djoko dalam sebuah sidang media tergempar berkenaan kehilangan pesawat tersebut.

Pihak ATC pada jam 7.08 pagi menunggu lagi sehingga 20 minit, kemudiannya untuk mengesahkan kehilangan pesawat berkenaan.


Fakta Pesawat QZ 8501 AirAsia Yang Hilang

Jenis pesawat: Airbus A320
Pendaftaran: PK - AXC
Laluan: Surabaya-Singapura
No Penerbangan: QZ 8501
Jadual Penerbangan: 5.20 pagi - Berlepas (waktu tempatan), 8.30 pagi - Ketibaan (waktu tempatan)
Komposisi Kru:
Kapten: Iriyanto
Pegawai Penerbangan: Remi Emmanuel Plesel
4 Atendan:
Wanti Setiawati
Khairunisa Haidar Fauzi
Oscar Desano
Wismoyo Ari Prambudi
Jurutera: Saiful Rakhmad
Komposisi penumpang : 138 dewasa
: 16 kanak-kanak
: 1 bayi

Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2014/12/berita-terkini-pesawat-airasia-qz-8501-hilang-dari-radar-di-indonesia.html#ixzz3NEfhzYzN

RAYUAN BANTUAN BANJIR DAN SUKARELAWAN DI PUSAT OPERASI INDUK UNIT KECEMASAN & BENCANA ALAM PAS SELANGOR (URUS)




Ketika ini, banjir di Kelantan, Terengganu dan sebahagian Perak semakin teruk. Masih ramai mangsa yang terperangkap dan terputus hubungan memerlukan bantuan segera dari rakyat Malaysia yang prihatin. Terdapat banyak pertubuhan yang mengambil inisiatif mula menggerakkan operasi mengumpulkan bantuan sebanyak mungkin. Antara yang omak kau dapat kongsikan di sini adalah daripada pihak URUS PAS Selangor.

URUS telah melancarkan Pusat Gerakan Bantuan Kecemasan Mangsa Banjir yang akan merangkumi negeri-negeri yang ditimpa bencana iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan yang terbaru di Perak.

Pusat gerakan bantuan kecemasan ini bertempatkan di Dewan Merbau, di Seksyen 17, Shah Alam.

Setakat ini team URUS yang diketuai oleh En Mohd Raymie telah sampai ke beberapa lokasi di Kelantan. Target kita adalah untuk mengumpulkan segala bantuan untuk disampaikan di tempat bencana. Sumbangan mendesak yang diperlukan adalah:

1. Wang Tunai
2. Selimut
3. Lampin Pakai Buang (Pampers)
4. Susu Formula
5. Botol Susu
6. Beras
7. Gula
8. Garam
9. Telekung
10. Makanan dalam Tin (Lauk)
11. Biskut
12. Air Minuman
13. Tuala Wanita

Barangan dan bantuan sukarelawan juga boleh dihantar ke Pusat Operasi URUS di:

Dewan Merbau.
Jalan 17/2, Seksyen 17,
40000 Shah Alam, Selangor

Maklumkan tujuan sumbangan anda di talian berikut:
Mohd Raymie: 018-6645036
Abd Majid: 016-6019077
Hj Faahkaruddin: 013-3953833


Omak Kau ingin membawa kepada anda untuk merenung kata-kata ini: "hari ini hari anda, hari esok entah saya; hari ini kita berada (harta benda), hari esok entah tidak entah ya...tak mampu diekspresikan dengan kata-kata. Justeru banjir besar yang berlaku di negara kita, haruskah kita melihat sahaja? Hulurkan apa sahaja yang termampu oleh kita. Hulurkanlah apa saja kepakaran yang ada. Kerana ujian ini Allah turunkan didepan mata kita.