Thursday 15 January 2015

7 PENUMPANG BAS PERSIARAN RENTUNG NAHAS DEKAT TAPAH.



Tapah: Sekurang-kurangnya tujuh penumpang sebuah bas persiaran rentung dan 22 cedera dalam kemalangan yang menyebabkan kebakaran kenderaan itu di Kilometer 326.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur keluar Tapah di sini.

Kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Kurau, Parit Buntar menuju ke Genting Highlands dipercayai membawa 30 penumpang.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas berkenaan dipercayai melanggar satu tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan sebelum terbabas ke kiri laluan sebelum merempuh sebuah kereta jenis Charade yang berhenti di bahu jalan dan terbakar.

Katanya, pemandu kereta jenis Charade itu dipercayai memberhentikan keretanya untuk mengalihkan tayar berkenaan, namun tidak sempat melakukannya.

"Operasi menyelamat mangsa dilakukan pasukan bomba dan setakat ini menemui tujuh mangsa yang rentung, namun jumlah sebenar mangsa yang maut belum dapat dipastikan.

"Setakat ini tujuh didapati maut dan 15 cedera dihantar ke hospital untuk rawatan manakala tujuh lagi cedera ringan.

"Kita masih menyiasat dan mengesan sama ada benar terdapat satu lagi mangsa," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal yang diperoleh daripada penumpang yang terselamat, bas berkenaan dinaiki 30 orang.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...