Tuesday 6 January 2015

ZAHID BOLEH DIDAKWA KERANA UTUS SURAT SOKONGAN RAJA JUDI KEPADA FBI KATA PEGUAM.



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh didakwa berhubung dakwaan yang dibuatnya dalam surat kepada Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat mengenai Paul Phua, kata Lawyers for Liberty (LFL).

Pengarah LFL Eric Paulsen berkata hakikat bahawa Putrajaya telah menarik balik surat Zahid itu, menimbulkan keraguan sama ada Phua benar-benar telah membantu kerajaan dalam projek keselamatan, seperti didakwa oleh Zahid.

Menyifatkan surat itu sebagai "mengejutkan", Paulsen kata menteri berkenaan mesti mendedahkan apa projek-projek tersebut, atau beliau boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan.

Katanya, jika kandungan surat itu tidak benar, maka terdapat prima facie terhadap menteri itu berkaitan penyalahgunaan kuasa dan mungkin, pelbagai kesalahan lain di bawah Bab XI Kanun Keseksaan - 'Keterangan Palsu dan Kesalahan-kesalahan terhadap Keadilan Awam'.

Pendakwa raya AS yang percaya Phua menjadi ahli kongsi gelap 14K, mengenakan tuduhan perjudian haram terhadapnya dan anak lelakinya, Phua Wait Kit.

Sabtu lalu, peguam Phua, Datuk Muhammad Shafee Abdullah dilaporkan berkata Zahid telah menulis surat, yang diterbitkan oleh akhbar Hong Kong South China Morning Post, atas permintaan Shafee.

Zahid dilaporkan menulis kepada Timbalan Pengarah FBI Mark F Giuliano menyatakan Paul Phua Wen Seng bukan anggota kongsi gelap 14k Triad.

Menteri itu juga dilaporkan mendakwa Phua telah membantu Malaysia dalam perkara-perkara "keselamatan negara" dan berharap Phua dapat pulang ke Malaysia.

8 comments:

  1. Malaysia ada 9 Raja berdaulat. Tapi skrg dah jadi 10 Raja yg di iktiraf oleh KDN iaitu RAJA JUDI. Raja ini banyak membantu rakyat dan Kerajaan dalam hal hal keselamatan Negara kata Menteri nys. MALAYSIA BOLEH

    ReplyDelete
  2. Itu tak lagi masuk raja bomoh dan bagai2 raja lagi kikk..kikk.kikk

    ReplyDelete
  3. Sape berani dakwa? ....bawa ke mati je le nnti diakhirat baru kene dakwa ....kahkahkah

    ReplyDelete
  4. Aku rasa malu weh....Malu2.

    Menteri dlm negeri jadi alat....doh,doh,doh....

    ReplyDelete
  5. Hahaha....
    Kuasa segalanya salah tak betul jahat kianat tipu bohong haram semuanya boleh di terbalikkan asal kuasa di tangan.
    Dari pada percaya pada kuasa manusia baik percayai kuasa allah dalam hati kita yg pencipta seluruh alam, ini adalah benar sebenarnya dari kuasa manusia yg tak punya kebenaran hanyalah tipu muslihat. Yg bodoh dan bangang sj akan percaya disebabkan dihati mrk tiada allah yg sering memberi petunjuk .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umpama kuasa bateri je dh lemau nnti org buang dlm tong sampah lh...manusia mcm ni dia ingat dia x akn mati2 ...dh nazak nyawa dh smpai kt khalkom baru dia sedar hebat x hebatnye dia, nak sebut pisang pun pis je apatah lg nk mengucap, kalau angkuh x nk bertaubat lh ...hihihihi

      Delete
  6. Kalau akhbar HK tak dedah haram sapa tak tahu....sama senyap macam kat hawaii....Kem. Luar ada ni yang jaga KDN sibuk lagi menyibuk Shafiee dah macam AG....pelik sungguh Malaysia bawah orang2 ni....apapun tiada apa2 tindakan yang akan diambil walau terang2 telah menyalahguna kuasa...hebatnya malaysia!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...