Saturday 14 March 2015

SAYA TIDAK AKAN LINDUNGI SEBARANG KESALAHAN, DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG AKAN TETAP DI PERTAHANKAN TEGAS NAJIB.




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau tidak akan melindungi sebarang kesalahan dan tindakan yang dikenakan mengikut undang-undang.

Bercakap ketika merasmikan Konvensyen UMNO Kedah selama dua hari, bermula hari ini, Najib yang juga Presiden UMNO berkata, kedaulatan undang-undang akan dipertahankan.

“Saya sebagai Perdana Menteri dan presiden parti, akan sentiasa berusaha yang terbaik untuk parti dan negara.

“Jikalau ada permasalahan, sama-sama kita tangani. Jikalau ada isu-isu, sama-sama kita tanganinya. Kalau perlu, kita buat secara telus, kita buat cara telus.

“Kalau ada apa-apa kesalahan, kita tidak akan lindungi, kita betulkan, kita ambil tindakan ikut undang-undang. Kedaulatan undang-undang kita mesti pertahankan,” katanya pada majlis perasmian itu yang turut dihadiri Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Konvensyen UMNO Kedah itu dihadiri perwakilan daripada kesemua 15 UMNO Bahagian di negeri itu.

Mengenai cadangan kerajaan negeri Kedah berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Najib berkata, kerajaan pusat terlebih dahulu perlu menunggu kajian dan laporan mengenainya yang sedang disiapkan ketika ini.

“Kita tunggu report (laporan) dulu, belum siap lagi reportnya. Ia akan dibentangkan kepada menteri dan kabinet, mudah-mudahan hasrat dan niat itu, Tuhan akan makbulkannya,” katanya.

Untuk rekod, kerajaan negeri Kedah bercadang membina KXP bernilai RM1.6 bilion, bagi merangsang ekonomi di utara tanah air itu.

Sementara itu, Perdana Menteri turut memberi reaksi terhadap permintaan kerajaan negeri, supaya kerajaan pusat menukar pinjaman yang dibuat Kedah sebelum ini, kepada geran.

“Saya kena tengok secara keseluruhannya, kalau hendak hapuskan loan (pinjaman), saya kena tengok keseluruhannya. Mana yang mampu, insya-Allah saya akan terus membantu Kedah,” kata Najib.

Najib juga dilihat tidak akan bertolenrasi dgn sesiapa pun jika terdapat penyelewengan berlaku dalam mana-mana agensi kerajaan.

Buktinya apabila beliau sendiri mengarahkan Ketua Audit Negara menyiasat akaun 1MDB dalam kadar segera.

Begitu juga dengan Felda yang kini sedang disiasat SPRM. Penyiasatan SPRM terhadap Felda membuatkan Isa Samad seperti cacing kepanasan. Kerana ianya turut melibatkan anak lelaki beliau. Difahamkan Isa berang apabila Najib tidak melayan permintaannya agar SPRM tutup mata.

Kini Isa cuba mengambil kesempatan menumpang sekaki serangan terhadap Najib bersama-sama pembangkang dan Tun Mahathir. Dikatakan Isa telah mengarahkan pegawai beliau, Zahid Mat Arip untuk memulakan serangan terhadap Najib dan Rosmah.

Kini sudah pun menjadi rahsia umum yang Zahid Mat Arip telah pun memulakan kerja memburuk-memburukan  PM dan isteri.

7 comments:

  1. Ari ni terbaca akhbar keadilan 30 ribu ansk muda psds march4freedom pada 3.7.3015.....peergh closap gambar jarak dekat jer....gilo babi ......ramai...tuuhh...ramai sungguh..... mme banyak la babi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekian.....
      komen dari setengah orang yg sakit hati..... harap maklum.

      Delete
  2. ini satu lagi episod kisah benar wira politik negara yg menunjukkan tak ada pengajaran yg boleh dipelajari/diteladani oleh rakyat...kalu tanya golongan agamawan, tentu mereka akan kata.."kemelut ini semua berlaku atas kehendak Allah". Cuma mereka tidak utarakan satu lagi ayat yg jelaskan " sebarang musibah yg menimpa kita adalah akibat dr kelemahan manusia sendiri". Jangan salahkan takdir...kebanyakan agamawan malas nak elaborate. So kesan cacing kepanasan bukanlah kehendak Allah tapi disebabkan ciri & sifat manusia yg tidak quranic.

    ReplyDelete
  3. Saya sebagai Perdana Menteri dan presiden parti, akan sentiasa berusaha yang terbaik untuk parti dan negara.

    Jikalau ada permasalahan, sama-sama kita tangani. Jikalau ada isu-isu, sama-sama kita tanganinya. Kalau perlu, kita buat secara telus, kita buat cara telus.

    Oleh kerana 1MDB kaya dengan hutang maka sama-sama lah kita raikan dan langsaikan hutang itu dengan menderma cukai GST.

    Tuan-tuan dan puan-puan sekelian... Cukai GST adalah baik untuk kerajaan yang boros seperti yang saya pimpin sekarang..

    Kerana itu saya tidak akan bertolenrasi dgn sesiapa pun jika terdapat penyelewengan berlaku dalam mana-mana agensi kerajaan kerana itu sudah menghina first lady berbelanja dan bershopping.

    ....kah...kah...kah..


    ReplyDelete
    Replies
    1. demi bulan & bintang yg bersepah di atas kepala, beta perkenankan titah ucapan sempena meraikan hutang piutang rakyat beta...berbelanja & terus berbelanja hingga lingkup negara.

      Delete
  4. http://hackfbaccountlive.com/?ref=12308101

    ReplyDelete
  5. MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888











    MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...