Wednesday 13 May 2015

AKHIRNYA AHMAD MASLAN SEDAR DIA ADALAH MANUSIA PALING DIBENCI SEKALI DALAM NEGARA KETIKA INI.



Ahmad Maslan mengakui beliau menjadi orang paling dibenci di negara ini sejak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Namun, Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, beliau sanggup mengetepikan kritikan dan cemuhan itu demi kebaikan negara.

Katanya, beliau sudah lali dengan cemuhan dan kritikan terutama di media sosial termasuklah cemuhan yang mengatakan wajahnya seperti najis babi.

“Saya Ahmad Maslan, orang paling dibenci di Malaysia disebabkan GST.

“Dalam kalangan mereka, ada yang mengelarkan muka saya seperti najis seekor babi. Walhal najis babi itu merupakan perkara yang paling tidak digemari dalam Islam.

“Namun, saya telah lali dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan kerana saya tahu apa yang saya lakukan adalah perkara yang betul untuk negara,” katanya di majlis Seminar Pematuhan Kualiti Produk di Tama Teknologi Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Maslan menasihatkan orang Melayu mencontohi kualiti yang ada pada peniaga-peniaga Cina.

Beliau berkata, peniaga Cina lebih bekerja keras dalam menjalankan perniagaan berbanding peniaga Melayu yang kerja separuh jalan.

“Orang Melayu perlu mencontohi Cina untuk berjaya dalam perniagaan. Mereka (peniaga Cina) bekerja keras, untuk kami (orang Melayu) kadang-kadang, kami kerja separuh jalan,” katanya.

12 comments:

  1. Ahmad Maslan ni clone Anuar

    Ahmad Maslan - GST
    Anuar - nepotism

    Orang PKR rindu kat Anuar sila tengok mat maslan. Nurul izzah tengok muka aku la. I sudi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada roti, makanlah cake - marie antionette

      Delete
    2. ikan mahal beli daging

      Delete
  2. Salam 1rasuah ,

    Minyak naik 20 sen 1 Mei ini adalah tidak benar.

    Tetapi minyak akan naik sejurus BN menang besar PRK Rompin atau Ptg Pauh nanti?

    Percayalah sudah banyak kali terjadi. Apabila BN menang prk esoknya minyak naik.

    Kepada pengundi ptg pauh dan rompin seluruh rakyat Malaysia berharap kepada anda untuk mengajar BN yang GST harus dirombak semula.

    Sila mulakan dengan bancian daripada rakyat. Keluarkan barangan orang miskin, pelajar, orang bujang dan keperluan asas daripada gst.

    Tambahkan subsidi kepada rakyat, kurangkan menteri, gaji menteri, konsultan dan penjawat awam, mereka ini semua bebanan kepada negara, untuk naikkan gaji dan elaun mereka, kerajaan menaikkan kos barang dan perkhidmatan.heee

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.

    ReplyDelete
  3. Begini lah Mat, duduk elok elok dekat kerusi tu, fikir macam mana nak menambahkan lagi kemarahan demo yang tak cerdik macam awak tu.

    Aku ni Pak Dogol selalu di belakang mu Mat.

    Pak Dogol, Berok Mat Yeh gang kita Mat. Jangan takut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun sama
      geng kita pak lembu dan en kerbau pun sokong kuat

      Delete
  4. Hahaha.....
    Dibenci bukan sebab gst tetapi ckp tak serupa bikin kalau tiada kuasa utk tentukan kenapa nak janji dan berani menyakinkan rakyat sedangkan keputusan akhir bukan ditangan kamu maslan. Jadi kamu hanya anjing umno diguna pakai tetapi yg punya kuasa buat bodoh je.....kamu jadi org jahat sedangkan kami tahu org belakang inilah musuh sebenar rakyat. Kami bukan bodoh dan maslan pula jgn fikir diri pandai sebab sebijak tupai jatuh juga.

    ReplyDelete
  5. Bodoh kalau ada langau cerita bab nepotism.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Langau BN ni kalau dlm omakkau yg selalu cerita pasal nepotism. Ukur baju sendiri dulu sebelum mengata pakatan rakyat. BN dah 69 bergelumang kelucahan melampau dengan Nepotism. Banggang tak sudah!

      Delete
    2. langau 3.85
      kita pun faham

      Delete
  6. Seteruk mana pun perangai dia,kita tak sepatutnya meletak kan sesaorang itu setaraf binatang,apa lagi saorg islam...

    ReplyDelete
  7. Bilalah orang Melayu nak sedar. Bodohnya dah beratus tahun. Dari sembah pokok dan batu dah menjadi Islam. Namun kebengapan dan kebiolan bangsa ni tak habis-habis. Konon semangat jatidiri dan jiwa merdeka kebal. Konon semangat menaikkan mertabat bangsa cukup tinggi. Realitinye itu hanya omong omong kosong. Itu cuma kecek kedai kopi. Kuasa yang ada hari hari terhakis. Rezeki yang dikurnia Allah swt disia-siakan. Orang yang bukan ahli dilantik jadi ketua. Orang yang bodoh dan degil macam lembu KK disanjung bagai nak rak. Politik dicampur aduk dengan perniagaan. Orang yang pandai bercakap dan bodek dilantik jadi menteri, jadi pengerusi, jadi CEO, jadi ahli lembaga pengarah, jadi penasihat ugama, jadi naib canselor, jadi ketua keselamatan. Yang penting ialah bodek bodek dan bodek. Cuba ubah minda tu. Cuba fikir satu hari aku akan mampus. Satu hari akan akan dimakan cacing. Kalau aku silap orang yang hidup akan susah. Orang yang hidup akan menyumpah macam orang sumpah firaun. Tak takut dengan kuasa Allah swt ke? Dah kebal sangat ke? Amanah buat macam cerita komik. Tak de nilai. Harta negara dan harta orang ramai buat macam harta bapak sendiri. Orang yang berkuasa pun mengapalah bodoh sangat ambik orang bangang jaga harta rakyat. Orang putih orang Jepun lagi tebal semangat kebangsaannya. Begitu juga tentang orang Singapura. Namun bila bertindak untuk kepentingan stake-holders mereka sanggup ketepikan bangsa sendiri. Contoh yang terkenal (kecuali kepada yang baca suratkaba melayu) Nissan sanggup ambil orang luar Carlos Ghosn (keturunan Perancis, Lubnan dan Brazil) untuk memulihkan perniagaan mereka. Kini Nissan keluarkan lebih sejuta kereta setahun di Jepun sahaja!! Jadi jaga harta orang ramai seperti Tabung Haji, KWSP, Bank Rakyat janganlah ambik kaki bodek yang masa dulu ada pengalaman jual pisang goreng atau jual nasi lemak atau pun kerja tarik kereta. Kalau nak cari mamak pun carilah ori punya mamak yang melambak kerja kat Europe, Hongkong, Australia dan US!! Satu masa dulu sebuah bank Canada di KL pernah diterajui oleh India Muslim dari Canada. Kalau setakat mamak jual nasi kandar tak payahlah, Kalau nak bayar berjuta pun carilah yang semenggah bukan cari orang politik (baca umno) yang tak reti ape ke bende. Sekian.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...