Tuesday 26 May 2015

DUA PEMILIK RESTORAN HAMEEDS CORNER SHAH ALAM DI HERET KEMAHKAMAH ATAS LIMA PERTUDUHAN DIBAWAH AKTA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (GST) 2014.




Dua pemilik Restoran Hameeds Corner Shah Alam semalam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan mengeluarkan kira-kira 2,000 keping invois cukai tidak mengandungi butiran ditetapkan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014.

Rajabunesah Bagam Kamarudeen, 38, dan Muhammad Peer Abdullah, 35, menghadapi pertuduhan itu selepas Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid melepas dan membebaskan Restoran Hameeds Corner daripada lima pertuduhan yang sama.

Hakim memutuskan sedemikian selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Hazril Harun menarik balik kesemua pertuduhan ke atas restoran itu.

Restoran Hameeds Corner yang dihadapkan ke mahkamah pada 30 April lepas merupakan pihak berdaftar di bawah Akta GST yang pertama menghadapi pertuduhan di bawah akta itu sejak dilaksanakan 1 April lepas.

Rajabunesah Bagam dan Muhammad Peer selaku orang kena saman mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan sebagai orang berdaftar di bawah Akta GST yang membuat pembekalan bercukai telah mengeluarkan kira-kira 2,000 keping Invois Cukai yang tidak mengandungi butiran ditetapkan mengikut Seksyen 22 Peraturan-Peraturan GST 2014.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesemua kesalahan di premis restoran di No.3-1-1, Suria Avenue Apartment 16/2, Seksyen 16 di sini dari 7 April sehingga 11 April lepas mengikut Seksyen 33 (2) (b) Akta GST 2014 yang membawa hukuman  denda maksimum RM30,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Ahmad Azhari membenarkan Rajabunesah Bagam dan Muhammad Peer dibebaskan dengan jaminan RM5,000 setiap seorang bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 23 Jun depan untuk sebutan semula kes.

1 comment:

  1. Gbr no 2 takde kena mengena. Ini baru walk the talk..apa kami cakap kami buat. Kedai tipu "gst kami tanggung", kami report. Tak kira kedai mamak/kedai melayu. Kedai cina kami tak masuk..haram hehe.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...