Sunday 17 May 2015

GAMBAR PENYOKONG TERENGGANU CEDERA DALAM RUSUHAN DISTADIUM SULTAN MIZAN MALAM TADI TERSEBAR LIGAT DI MEDIA SOSIAL.

Penyokong Terengganu bertindak liar dengan membaling batu ke atas kereta Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di luar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini selepas pasukan itu gagal layak ke final Piala FA 2015, malam tadi.
   
Penyokong merusuh selepas perlawanan akibat tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, Mohd Amirul Izwan Yaacob tidak mengesahkan gol keempat Terengganu menerusi percubaan Ahmad Nordin Alias pada minit ke-89 kerana berada pada kedudukan ofsaid.
   
Kemenangan 3-2 yang diraih skuad 'Penyu' pada perlawanan separuh akhir kedua itu, gagal menghalang wakil Singapura, Lions XII untuk mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan setelah kedua-dua pasukan terikat 4-4 secara agregat.
   
Sebahagian besar penyokong Terengganu bertindak liar dengan melakukan kerosakan ke atas harta benda awam di stadium dengan memecahkan pintu kaca di laluan masuk selain dilaporkan turut membakar sebuah ambulans yang diletakkan di perkarangan stadium.
   
Keadaan tersebut memaksa pihak stadium memanggil Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang bertindak melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan kira-kira 15,000 penyokong Terengganu yang cuba menimbulkan kekecohan.

Sebuah bas yang membawa penyokong Lions XII turut dirosakkan oleh segelintir penyokong Terengganu yang tidak dapat menerima keputusan perlawanan.
   
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abdul Rafar yang ditemui pemberita di venue berkenaan, enggan memberikan ulasan lanjut tetapi memberi jaminan siasatan menyeluruh akan dilakukan mengenai insiden kekecohan itu.

5 comments:

  1. Ada tangkal kt kaki ingatkan kebal

    ReplyDelete
    Replies
    1. semalam public holiday.setan dia cuti he he

      Delete
  2. giru kalau keadilan tak ditegakkan

    ReplyDelete
  3. kerana biji bola bangsa sama melayu Islam bergaduh..bertumbuk.dll...
    bertamadun ke belum kalau begini..

    ReplyDelete
  4. Ini semua salah anwar !!!..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...