Wednesday 20 May 2015

PENDOKONG AZMIN NAIK ANGIN SATU BADAN APABILA DUA ADUN DAP KATA PENTADBIRAN SELANGOR DIBAWAH KHALID IBRAHIM JAUH LEBIH CEKAP DARI AZMIN ALI.




BANTAHAN TERHADAP KENYATAAN OLEH 2 WAKIL RAKYAT DAP KE ATAS PENTADBIRAN YAB AZMIN ALI


AMK Selangor memandang serius kenyataan yang dikeluarkan oleh 2 orang wakil rakyat dari DAP iaitu YB Kampung Tunku dan YB Kinrara yang menyatakan pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB Azmin Ali adalah lembap dan mengakui pentadbiran YB Tan Sri Khalid Ibrahim lebih cekap.


1- AMK Selangor menghargai kritikan dan pandangan kedua-dua wakil rakyat DAP terhadap pentadbiran YAB Azmin. Namun, kami berpandangan bahawa kedua-dua wakil rakyat DAP ini telah gagal melihat secara keseluruhan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran YAB Azmin. Realitinya majoriti rakyat Selangor sedang merasai keberkesanan pentadbiran YAB Azmin termasuk rakyat di Kampung Tunku dan Kinrara


2- Untuk makluman kedua-dua wakil rakyat ini, YAB Azmin telah berjaya menyelesaikan begitu banyak permasalahan yang ditinggalkan oleh pentadbiran YB Tan Sri Khalid khususnya melibatkan isu sampah, KIDEX, Perjanjian Air, Kontroversi Kitab Bible dan sebagainya dalam tempoh yang singkat. Malah, rizab tunai Kerajaan Negeri juga bertambah sebanyak RM1 billion dalam tempoh 5 bulan pertama tahun ini.


3- Adalah sangat tidak adil untuk menuduh pentadbiran YAB Azmin lembap dan tidak cekap hanya kerana desakan mereka supaya YAB Azmin mnededahkan bayaran gaji dan elaun pemimpin GLC negeri tidak dipenuhi sepenuhnya. Selaku wakil rakyat mereka harus faham bahawa permohonan mereka itu adalah tertakhluk kepada beberapa undang-undang dan prosedur syarikat.


4- Wakil rakyat DAP ini harus lebih realistik dan beretika sebelum mengeluarkan kenyataan menyerang pentabbiran YAB Azmin. Kami ingin menasihatkan agar wakil rakyat ini supaya jangan terlalu gopoh dan gelojoh dalam mengeluarkan kenyataan media. Selaku wakil rakyat, mereka mempunyai pelbagai ruang untuk menyuarakan ketidak puasan hati.


Justeru, AMK Selangor ingin mengulangi keyakinan penuh kami terhadap kepimpinan YAB Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor. Hakikatnya, rakyat Selangor kini sedang menikmati keberkesanan kepimpinan YAB Azmin dan banyak masalah yang berlaku selama ini berjaya diselesaikan secara cekap dan bijaksana oleh YAB Azmin. Maka, kami AMK Selangor menolak sepenuhnya kenyataan semborono kedua-dua wakil rakyat DAP tersebut dan kami ingin menasihati mereka supaya lebih adil dan bijaksana dalam mengeluarkan kritikan dan kenyataan.


Sekian, terima kasih.

Yang benar,

ZAINOL ABIDIN BIN MOHAMED
Timbalan Ketua AMK Negeri Selangor

19hb Mei 2015


ULASAN OMAK KAU:-


Betul ke Rizab Negeri Selangor kini melebehi RM4.2 billion sebab semasa TSKI meninggal jawatan sebagai Dato' MB Selangor rizab Selangor bernilai RM3.2 billion ... hebat sungguh kalau begitu sebab bentang belanjawan defisit hampir setengah billion ringgit dengan slogan terhebat seantaro dunia PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DIPEDULI masih mampu menambah rizab RM200 juta setiap bulan .. PERGH!!!!! wa cayalah kalau gini .. tiada siapa boleh lakukan kemampuan luar biasa ini.

Isu Kidex, perjanjian air dan sampah betul ke sudah selesai????? .. Selesai macam mananya???? Cuba cerita sikit???? .. Batalkan perjanjian kira selesai pemasalahan lalu lintas yang sering sesak dan gangguan air sudah menjadi sejarah silam?????

Dedah pendapatan setiap kakitangan tertinggi GLC termasuk dari MBI dikira tidak diizinkan tetapi dedah satu dunia pemberian bonus dan golden handshake beberapa kaitangan TSKI dalam MBI termasuk Setiausaha Politik, Setiausaha Akbar itu kira diizinkan .. Apa punya siot dwi piawaianlah.. Nak menipu dan membodek pun agak-agaklah weh!!!!

Betul ke hampir semua rakyat Selangor sudah menikmati luar biasa kehebatan pentadbiran Azmin Ali sejak menjadi MB Selangor bulan September 2014 yang lalu?

Hebat sebab longkang mereka dibersihkan sendiri secara solo dengan menggunakan kudrat empat kerat oleh Azmin??? Para penghuni rumah pangsa rasa teruja kerana rumah mereka disapu cat oleh Azmin sendiri?  Semenjak Azmin terjah turun padang lawan habis-habisan pembiakan nyamuk aedes maka Selangor kini sudah sifar penyakit demam denggi bukannya negeri yang tertinggi??? Jalan-jalan tidak lagi berlopak dan berlubang sebab seluruh jalanraya sekarang ini macam permaidani???  Tiada lagi banjir kilat walaupun hujan turun tidak selebat dan selama mana??? Tempat maksiat sudah dihapuskan seratus peratus??? Pesawah kini gembira sebab bendang mereka sudah tiada lagi makhluk perosak dan hasil tuaian berligat kali ganda sebab Azmin datang sembur racun secara solo dan berskala???

Gelojoh dan gopoh mendenya apabila soalan diajukan dahlah tunggu lebih sebulan tapi dijawab secara sambil lewa. Bila ada ADUN DAP berani secara lantang dan terbuka menegur pentadbiran Azmin mengapa dianggap sebagai tindakan yang tidak cerdik .. kalau bodek melangit dikira bertindak bijak bistari???

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunku, Lau Weng San, mengkritik pentadbiran Azmin kerana lambat memberi jawapan terhadap soalan yang diberikan berhubung gaji dan pelbagai faedah lain yang dinikmati pengurusan tertinggi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri itu.

Tidak berpuas hati kerana menunggu lebih sebulan untuk mendapatkan maklum balas , Weng San mengkritik pentadbiran Azmin dan membandingkan dengan pentadbiran Khalid yang dikatakan lebih cekap.

ADUN Kinrara pula, Nge Sze Han, tidak berpuashati kerana tidak mendapat jawapan berkenaan soalan pembayaran gaji kepada Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Kata berlapang dada berdingin kepala merai dan menghormati perbezaan pandangan dan kepelbagaian .. Yang ini apa kes????

Baru cuit sikit dah melenting naik angin satu badan apa barang beb!!!!

4 comments:

  1. mana berita kau sekarang DAP nafi katakan Khaldi lebeih cekap dari Azmin.mana kau nak letak muka.macam aku katak dulu azmin memang tak cekap membahagi harta karun sebagaiman kawan kau tu bahagi denagan berapa oarang je.harta karun tu kalau dibahagi kepad orang ramai agaknya berapa setiap orang dapat merasanya,apa macam kau dapat sama ke?

    ReplyDelete
  2. Kalau ulamak sanjungan PAS seperti Hadi Awang selamba aje berdolak-dalik dan menipu pada ahli, pada masyarakat tanpa rasa bersalah apatah lagi orang bukan ulamak. Tak percaya tanya Pandikar...

    Sekarang omakkau kena main.... Ada rasa oren ke.... Hee.he..

    Kutuk Azmin puji Khalid Ibrahim... Padan muka omakkau... Hee.hee..

    ReplyDelete
  3. omak kau tulis hentam kromo je.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...