Monday 1 June 2015

MAT SABU BUKAN SINDIR HADI TEGAS SALAHUDDIN AYUB.



Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menyarankan orang ramai memahami keseluruhan ucapan Mohamad Sabu pada satu ceramah di Tumpat malam Jumaat lalu sebelum membuat kesimpulan, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, kelantangan ucapan timbalan presiden PAS itu mengenai kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan sesuatu yang berbentuk sindiran atau memperlekehkan kredibiliti presiden parti itu.

Menurut Salahuddin, Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu, dalam ucapannya itu meletakkan satu konteks yang mana apabila PAS bersama dengan gabungan politik, barulah parti itu dapat memperluaskan wilayah dan pengaruhnya.

"Apabila buat satu kesimpulan mengenai isu yang dibawa seseorang dalam ceramah, kita harus baca keseluruhan ucapan. Kadang-kadang kita bercakap untuk memberitahu tentang satu gambaran atau senario politik yang besar, dengan memberi satu contoh beberapa individu.

"Mohamad bercakap tentang PAS boleh luaskan wilayah apabila kita berada dalam kesepakatan politik," katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut perkara itu,Salahuddin berkata, PAS boleh menawan Kelantan apabila PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah pada era 80-an, begitu juga dengan Terengganu apabila bersama Barisan Alternatif.

"Kemudian, sekarang ini PAS boleh menang di Johor dan kita ada kerusi di Pantai Barat, apabila bersama atas nama Pakatan Rakyat (PR)," beliau dipetik berkata akhbar itu.

Pada masa sama, beliau turut menegaskan, ucapan Mat Sabu itu bukan satu sindiran sekiranya seseorang itu membaca atau melihat keseluruhan ucapan itu.

Sebelum ini dilaporkan, Mat Sabu mempertikaikan kegagalan Hadi menawan Terengganu, selain menyindir tindakan presiden PAS itu yang mahu keluar PR.

"Pidatonya (Hadi) begitu hebat. Ceramahnya, kuliahnya, Rusila, kereta parking berbatu, jadi macam pekan sehari bila Tok Guru Hadi beri kuliah. Tapi bila pilihan raya umum, (tetap) tak boleh ambil Terengganu (daripada Barisan Nasional).

"(Sehinggalah pada) tahun 1999 kita berpakat dengan PKR, dapatlah kita memerintah Terengganu. Ertinya kita ambil Terengganu pun melalui pakatan. Bagaimana nak kuasa? Kita kena berpakat," katanya pada ceramah isu semasa PAS di Tumpat, Kelantan Jumaat lalu.

Turut hadir pada ceramah itu ialah Ahmad Awang yang akan menentang Hadi bagi jawatan presiden pada pemilihan PAS nanti.

Hadi sebelum ini dilaporkan berkata, beliau akan membawa PAS keluar daripada PR jika DAP mencetuskan provokasi ke atas parti itu selepas tidak bersetuju dengan usaha parti Islam itu melaksanakan hudud di Kelantan.

8 comments:

  1. Mesej terakhir mat sabu sebelum apply permit teksi..dah terdesak sgt nampaknya. Jangan lupa beli uniform ye abg mat..nak pakai kopiah bawak teksi takde masalah. Nak ceramah penumpang pun takde masalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat sabu sindir, salahuddin yang nafikan. Macam adik beradik la pulak. Besok tukar turn...hanipa maidin maki hj hadi, khalid samad cakap hanipa maidin mabuk todi.

      Delete
  2. Kenapa pas takut nak bergerak sendirian?? Bila tinggal pkr dan dap shj dalam pakatan, pkr sure kena pijak dengan dap. Itu yang golongan liberal dalam pas & pkr takutkan. Kalau pas ada, dap & pkr boleh tindas/ugut pas. Kuasa dapat lebih pada 2 parti tu. Sbg contoh..di selangor..kenapa ahli majlis perbandaran pas paling sedikit dibandingkan dgn pkr & dap?? Bilangan exco pun paling sedikit...pas patut keluar pakatan, kalau pkr & dap nk kerjasama, demand lebih sikit. Baru bijak namanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. segala fitnah dan adu domba PAS kepada UMNO...diperlihatkan Allahswt bagaimana keadaannya tatkala PAS memilih untuk turut "bertahaluf siasyi" ...duduknya mereka lebih rendah ..maruahnya lebih hina..ilmunya tiada nilai..dan dakwahnya tertolak ...berbanding ..UMNO didlm "tahalufnya" melalui BN...kini jemaahnya saling menghalakan pada tajamnya fitnah..kerasnya lisan..dan beratnya adu domba..sesama mereka..sebahagian berkiblatkan PR..sebahagian lagi ber wala kan PAS ...tengok cermin sebelum tidur ...tanya diri sendiri...nak ikut yg mana satu...selamat bertanding

      Delete
  3. MAT SABU BERTANDING PRU13 DI KUBU KUAT PAS KAWASAN ALM. FADHIL NOOR PUN KALAH ADA HATI NAK EJEK TG HADI AWANG..


    KAH KAH KAH


    TOLONG TANYA MAT SABU SAPE CURI DUIT TABUNG MEMALI??


    SAPE CURI DUIT TABUNG MEMALI WAHAI MAT SABU??


    KAH KAH KAH


    ReplyDelete
  4. mat sabu kepala taik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muka Mat Sabu Pun Buruk Seburuk Perangainya...Haha

      Delete
  5. Mat sabu pun kalah dalam pemilihan pas lepas, haji hadi kutip dia bagi jawatan penting, itu aku pas ini semakin menyepang jauh dari perjuang asal, mat sabu sekarang gilakan jawatan dan wang dari dap

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...