Wednesday 4 November 2015

AKHIRNYA DEIG MENGAKU ADA BUAT PERMOHONAN PINJAMAN DENGAN BEBERAPA BANK BERJUMLAH RM500 JUTA.



Syarikat sarat dengan kontroversi, Darul Ehsan Investment Group (DEIG) mengaku membuat permohonan pinjaman dengan beberapa bank berjumlah RM500 juta.

Ketua Pegawai Operasinya, Soffan Affendi Aminudin berkata, kertas cadangan tersebut bagaimanapun telah ditolak oleh Lembaga Pengarah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

“Memang betul salah satu kaedah kita guna pakai adalah cuba dapatkan pinjaman tapi kita sudah bentangkan kepada Pengarah MBI dan mereka tolak kertas cadangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas penggulungan Bajet Negeri Selangor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Rabu.

Dalam pada itu, Soffan turut menafikan bahawa pinjaman yang dibuat oleh DEIG adalah untuk melangsaikan hutang syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang berjumlah RM413.2 juta seperti yang didakwa.

“Kami masuk untuk buat rancangan strategik untuk lihat apa yang kita ada. Salah satu isu kita lihat adalah isu legasi iaitu hutang kepada negeri.

“Kaedah nak selesai macam-macam. Contohnya ambil pinjaman, majukan pembangunan dan sebagainya..itu situasinya. Kaedah yang kita cadangkan kepada Lembaga Pengarah tidak diterima pakai,” jelasnya.

Tegasnya, DEIG juga masih belum beroperasi.

“(DEIG) Belum beroperasi.. kaedah kita sekarang tengah rancang kaedah strategik,” ujarnya.

Dia turut ditanya mengenai cagaran yang dibuat kerajaan negeri bagi mendapatkan pinjaman itu.

“Kita tak bincang maklumat lanjut lagi. Bila tawaran diterima oleh pihak bank kita bincang secara lanjut. Setakat apa yang kita buat, kita terima tawaran pihak bank, kita bentang, tak diluluskan maka kita tak bentang secara lanjut,” jelasnya.

9 comments:

  1. Mengaku?!! Azmin kena pukau ke?
    Azmin ikut telunjuk umno / najib ke?

    ReplyDelete
  2. Heran, tak ada sorang pun PANDAPIGS yg komen. Tgh ramas telur kot.

    ReplyDelete
  3. Tanda tanda awal nak songlap duit rakyat Selangor lah tuu.
    Bulan lepas beria-ia kata syarikat belum beroperasi,
    Kalau belum beroperasi, mcmana boleh buat pinjaman, buat pinjaman utk apa kalau syarikat belum operasi?

    ReplyDelete
  4. Yang dinyatakan ialah memohon buat pinjaman dan permohonan ditolak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm proses beroperasi utk buat pinjaman. Nak songlap lah tuuu. Syarikat modal 2 ringgit, sebelum beroperasi kena pinjam dulu.

      Delete
  5. berkatalah serigala itu "permohonan pinjaman telah dibuat dan ada beberapa bank yg telah bersedia memberikan pinjaman" ... tetapi ditolak oleh lembaga pengarah DEIG ? .. maka terangguk2 lah sekalian biri2 yg jahil lagi dungu itu ... bank tidak akan memberi respon pada permohonan andai tiada sokongan dari ahli lembaga tertinggi DEIG ... wahai kerajaan serigala ... kamu tidak perlu risau terhadap sekalian biri2 ternakanmu (manusia yg jahil dan sombong itu) ... khabarkan kepada biri2 mu apa jua mengikut kehendakmu pastilah kamu akan mendengar dari kalangan biri2 itu yg mengeluarkan bunyi2an yg lebih buruk dari suara seekor keldai sebagai tanda kepatuhannya ... "mereka digembala dengan begitu elok" ... masih bertempik mengenai perihal 1MDB ? .... :)

    ReplyDelete
  6. "datang seorang kerani dengan tujuan hendak membuat loan bank untuk syarikat tempatnya bekerja... ajaibnya pihak bank bersedia untuk meluluskan .. maka si kerani mambawakan usul pinjaman bank je pada ahli lembaga pengarah dan kemudian ditolak ...maka kisah ini berakhir".. pengajaran dari kisah ini ... hanya si bodoh yg terlalu jahil sahaja akan mempercayai pada kisah yg diceritakan ... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amma appa PANDAPIGS, menyalak lah kuat2,

      Delete
  7. Dapigs dan orang suruhannya kalau boleh dunia ni dia yang punya. Macam ni aku kena kuatkan PAS , wadah yang berdasarkan kepada
    A. Al Quran
    B. Had is
    C. Ijmak
    D. Qias
    Seruan aderlah Allahuakbar dan merhalah perjuangan aderlah menegakkan hukum Allah(S.W.T).

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...