Tuesday 3 November 2015

ISU DEIG ... AZMIN TERUS DISERANG DALAM SIDANG DUN SELANGOR YANG SEDANG BERJALAN.



UMNO mempertikaikan keputusan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali untuk meneruskan operasi syarikat pengurusan risiko pelaburan, Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata, DEIG tidak boleh beroperasi pada tahun hadapan kerana pembentangan rasmi mengenai strategik penubuhan DEIG dalam bentuk kertas putih belum dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, sikap Azmin itu menunjukkan beliau hanya membuat keputusan sendiri tanpa mengira keputusan bersama yang telah dibuat dalam DUN.

“Saya boleh sahkan di sini pada sidang ini tidak akan ada pembentangan kertas putih pada sidang ini… Tetapi DIEG tetap mahu diteruskan.

“Menteri Besar (MB) besar tak hormati usul…. dalam mentadbir kena kerja satu pasukan bukan secara berseorangan.

“Sikap Azmin ini menyebabkan kebimbangan ini bukan sahaja oleh pasukan mereka (DAP, PKR, Amanah, PAS, tetapi dalam BN juga,” katanya dalam sidang media di DUN Selangor.

Budiman berkata demikian mengulas lanjut mengenai satu usul yang diminta ADUN Hulu Kelang, Shaari Sungib pada Sidang DUN lalu supaya operasi syarikat pelaburan DEIG ditangguhkan.

Sementara itu, ADUN DAP dari Kampung Tunku, Lau Weng San menegaskan semua perjanjian di bawah syarikat kerajaan negeri seharusnya lebih telus.

Katanya sebarang perjanjian dibuat oleh Kerajaan Negeri seharusnya tidak boleh ada klausa kerahsiaan.

“Saya minta semua perjanjian dengan mana-mana syarikat swasta mesti telus.

“Tidak boleh ada klausa kerahsiaan,” katanya.

4 comments:

  1. Yg lain kena telus. Tapi yg berkaitan dgn DEIG adalah rahsia. Ia patut dirahsiakan kerana melibatkan jumlah dana yg besar. Ini bukan 2.6b, tapi 30b beb..ADUN PKR, PAS, PAN. DAP tolonglah backing MB kita tu. Jgn buat perangai haramjadah pulak.

    ReplyDelete
  2. Budiman...menteri besar ada kuasa veto. Tak perlu hitam putih kelulusan dun soal pentadbiran. Lagipun sidang dun sebenarnya takde makna. Kosmetik shj...adun bersidang stkt lengkapkan syarat je. Buta2 dpt elaun kehadiran. Kau pun faham la budiman

    ReplyDelete
  3. 1mdb patut lebih rahsia... 42b tu...

    ReplyDelete
  4. 1mdb patut lebih rahsia... 42b tu...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...