Tuesday 3 November 2015

MENYANGGAH PANDANGAN PAK MENTERI VAPE TIDAK DIHARAMKAN KERANA MENGAMBIL KIRA ASPIRASI ANAK-ANAK MUDA.



Sungguh memeranjatkan sekali membaca kenyataan seorang menteri yang juga bapa kepada Dafi melalui status di laman Facebooknya yang mengatakan bahawa keputusan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape adalah kerana mengambil kira aspirasi anak muda.

Benarkah vape merupakan aspirasi anak-anak muda di Malaysia?

Vape sebenarnya bukan aspirasi anak muda, begitu juga rokok. Majoriti anak muda hari ini membenci vape dan rokok. Dengan itu kenyataan yang kerajaan memenuhi aspirasi anak muda dengan tidak mengharamkan vape adalah tidak betul dan tidak masuk akal sama sekali.

Hakikatnya kegilaan vape terutama dalam kalangan anak muda dilihat sebagai gejala yang tidak sihat dan memberi manafaat.

Vape adalah rokok elektronik yang dikatakan dapat meminimumkan pengaruh-pengaruh buruk rokok konvensional. Vape dipromosikan sebagai alternatif sihat berbanding menghisap rokok.

Melalui temu bual Buletin Utama TV3 baru-baru ini, ramai perokok tegar memberikan testimoni bahawa kesihatan mereka bertambah baik selepas bertukar daripada rokok biasa kepada vape.

Walau bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak menganggapnya sebagai terapi yang sah untuk perokok menghentikan tabiat merokok dan belum terbukti sebagai terapi terbaik menggantikan nikotin.

Berbeza dengan jualan rokok yang mengenakan had umur pembelinya, vape tiada sekatan umur dan ini menyebabkan lebih ramai kanak-kanak dan belia membeli dan menggunakannya.

Ia bukan sahaja mudah diperoleh di kebanyakan kedai, malah dijual secara terbuka di pasar malam dengan harga RM50 ke atas, manakala bahan cecairnya berharga di antara RM10 dan RM20 sebotol.

Walaupun vape telah diperkenalkan sebagai alternatif kepada perokok tegar dan sepatutnya membantu mereka untuk berhenti merokok, sebaliknya pula yang terjadi, di mana ia sekarang sudah menjadi budaya atau trend anak-anak muda.

Remaja dan belia yang tidak menghisap rokok juga ingin menghisap vape. Fenomena menghisap vape ini juga menular dalam kalangan wanita.

Datuk Seri Dr Helmi ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015 di Dewan Rakyat minggu lepas, mengatakan bahawa vape mengandungi nikotin dan propylene glycol dan apabila dipanaskan dalam cecair melebihi lima volt, kombinasi bahan cecair ini akan bersifat seperti bahan pengawet (folmaldehyde) yang boleh menyebabkan kanser.

Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibul Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, juga mengatakan bahawa penggunaan vape adalah haram berdasarkan qiyas kepada rokok sebenar serta mungkin lebih memudaratkan berbanding rokok biasa.

Beliau juga berkata penggunaan vape suatu pembaziran, meniru budaya bukan Islam dan dilihat tidak bermaruah. Maka fatwa yang dikeluarkan menyatakan hukumnya sama seperti hukum rokok biasa, iaitu haram.

Majlis Fatwa Kebangsaan melalui pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin pula telah memutuskan bahawa rokok elektronik adalah dilarang dalam Islam. Ia dikategorikan sebagai berbahaya, membazir dan memudaratkan kesihatan. "Atas sebab-sebab ini, ia adalah haram,” kata beliau semasa sidang akhbar selepas program Wacana Eksekutif Indeks Syariah Peringkat Negeri Perak 2015 pada pertengahan Ogos 2015.

Masyarakat kita begitu sensitif dalam aspek pemakanan, di mana makanan bukan sahaja perlu suci, halal dan bersih dari segi fizikal tetapi asal-usulnya juga harus suci (konsep halalan toiyyiban).

Sehinggakan dalam sidang media berkenaan isu coklat Cadbury yang dicemari DNA babi, seorang lelaki dengan sebaknya berasa dirinya kotor kerana memakan coklat yang mengandungi najis berat itu.

Seorang wanita pula membangkitkan tuntutan kos tukar darah atau cuci darah bagi orang Islam yang telah termakan coklat Cadbury. Sampai begitu sekali. Mengapa mereka tidak pula ke depan dengan isu rokok, shisha dan kini vape yang juga telah diharamkan? Adakah asap yang disedut itu tidak meresap ke dalam badan dan menjadi darah daging?

Vape sudah diharamkan di Singapura, Thailand, Brunei, Argentina, Brazil, Kemboja, Mexico, Nicaragua, Panama, Qatar, Seychelles dan Turki. Mengapa di Malaysia masih dibenarkan?

Trend menghisap vape ini merupakan budaya yang sangat tidak sihat dan ia bukan lagi alternatif untuk berhenti merokok. Maka, umat Islam terutamanya perlu meninggalkannya.

9 comments:

  1. Elehhhhh hari2 PAN Imayam hisap vape cap rocker. Air dlm cartridge tu air tangas Abuya Sifoo Bukit Penang. ITU sebab apa yg disebut2 oleh DAP halal Dan syarie belaka di mata PAN Imayam.

    Contohnya Mat Sabu selfie laga Dada dgn amoy

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Klu dap pegang malaya menteri kesihatannya akan mengumumkan candu terapi untuk perokok pulak al maklum candu bisnes nenek moyang mereka.. ngeh.. ngeh

    ReplyDelete
  3. wahai Banni MELAYU.....Hisap lah Vape banyak2.....barulah dikatakan Bangsa melayu tu ...hebat ...badan sihat....dan MELAYU TERBANGSAT......KAHKAHAKAHAK

    ReplyDelete
  4. marilah kita mengambil iktibar...

    dari kehancuran sebuah empayar...

    akibat terpengaruh satu budaya asing...

    diperkenalkan inggeris budaya hisap candu...

    empayar China dari gagah menjadi Orang Sakit Asia!

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Pas nak JD balaci umno plk dahhh.... KLUK KLEK btl la

    ReplyDelete
  7. BIASA LA... BILA DAH NAK LEMAS TU, TAIK PUN CAPAI...APA HERAN

    ReplyDelete
  8. There is a general notion that freeware software will not work but this is not true. You can try out "Real Link Finder". Although a freeware, it works pretty well and can be very helpful. The interface is simple and easy. 🔑 Joyetech

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...