Wednesday 4 November 2015

RESTORAN YANG HIDANGKAN TELUR PENYU KEPADA ISMAIL SABRI YAAKOB YANG GAMBARNYA MENJADI VIRAL AKAN DI SIASAT



Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah akan menyiasat pemilik restoran di Sandakan yang didakwa menyenaraikan telur penyu dalam menu.

Pengarahnya, William Baya berkata, dua pegawai JHL Sabah telah ditugaskan untuk menjalankan siasatan itu, selain mendapatkan bantuan Majlis Perbandaran Sandakan.

Ia susulan gambar yang menjadi viral hari ini, menunjukkan telur penyu dihidangkan kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika majlis makan malam ‘Indah Keranamu’ anjuran Ketua Umno Bahagian Beluran, Datuk James Ratib, selepas perasmian mesyuarat perwakilan parti itu di Sandakan, pada Ogos lalu.

“Kami harap dapat selesaikan perkara ini secepat mungkin, kerana kami jadikan kes ini sebagai keutamaan kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, Penyu Agar serta Penyu Karah disenaraikan dalam Bahagian 1 Jadual 1 Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan menurut Seksyen 41 enakmen itu, ia adalah satu kesalahan untuk memiliki haiwan-haiwan itu atau produk (telur) spesis itu.

“Mereka boleh didenda RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” kata Baya.

Gambar yang dimuat naik Pusat Penyelidikan Danau Girang mendapat kritikan warga maya, khasnya pencinta alam yang mahu pihak berkuasa berkaitan mengambil tindakan segera.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun yang dihubungi dan ditanya jika akta itu akan menjejaskan kerja-kerja pemuliharaan hidupan liar, marin dan alam sekitar di negeri itu, beliau menjawab: “Tunggu hasil siasatan JHL Sabah.”

Dua gambar yang tersebar di media sosial itu mendapat kritikan pelbagai pihak, termasuk seorang pencinta alam sekitar, Harjinder Kler yang menggesa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Masidi bertindak segera.

“BETUL-BETUL MEMALUKAN?? Bersama penjawat awam, rakan-rakan NGO dan semua orang, kami terkejut melihat telur-telur penyu (yang dilindungi di Sabah!) dimakan Menteri Persekutuan dan pemimpin-pemimpin parti pada Ogos 2015 di Sandakan. Di bawah undang-undang, adalah haram untuk mengambil, menjual atau memakan telur-telur penyu serta boleh didenda RM50,000 (US$12,000) bagi setiap biji telur atau penjara satu tahun. Jabatan Hidupan Liar Sabah telah menyatakan tindakan akan diambil. Kongsi ini dan jadikannya viral.

“Nampaknya turut hadir dalam acara ini adalah seorang pegawai dari Sandakan yang melancarkan majlis anti menjual dan membeli penyu di Sandakan sebelum ini. Kami mahu tindakan diambil, Musa Aman Masidi Manjun,” demikian tulis Harjinder.

24 comments:

  1. Yg makan telur penyu tu pun bukan orang bodoh, bukan tak tau undang2. Boleh dikenakan tindakan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. KPD TOK LEBAI HARDY:
      SEBELUM CITER TELOR PENYU ELOK KITA CITER TELOR YB MARANG.
      CITA2 TOK LEBAI NAK JADI PENASIHAT KEJAAN UMNOBN DLM HAL 1MDB DAN GST YG BERBILION2 TU, MINTAK SANGAT LA TOK LEBAI NASIHATKAN HJ LEBAI KELANTAN URUSKAN DUIT CIKGU YIK BERJUMLAH 14 JUTA RINGGIT TU. CIKGU YIK TU ADA KELUARGA. SUME NAK BAYAR. TAK KESIAN KE TOK LEBAI.

      BOLEH TAK TOK LEBAI HARDY? TOLONG JGN SIBUK PASAL BN TP JAGA KELANTAN SUDAH LA...

      Delete
  2. Yg bwk kereta laju2 pun, bkn tak tahu undang2,
    Yg edar dadah pun bukan tak tahu undang2

    ReplyDelete
  3. Menteri2 lahanat umno mmg suka makan yang
    haram...

    ReplyDelete
  4. Bang non tayang telo depan chinadoll tak apa tindakan pun.....ahakss

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen paling dungu

      Delete
    2. Adalah haram memiliki menjual dan memakan telo bang non sbb telonya adalah spices terancam...ada faham.

      Delete
    3. Bodo
      Telo penyu pom nak cekek

      Delete
    4. Yang ni tersangatlah betulnya,penyokong parti dajjal (PKR) saja yang tak setuju.

      Delete
  5. ADA SEEKOR PENYU SGT DILINDUNGI DI MARANG NGANU. SAPA LAWAN AKAN DILABEL MUNAFIK DN PENGKHIANAT

    TELUR PENYU NI ADA KT TENGAH2 BENDERA SEBUAH PARTI YG DULUNYA BERJUANG ISLAM TP SEKARANG MEMPERJUANGKN BALAK

    PENYU NI SEDANG MENAGIH TELUR DPD SEORG PERDANA MENTERI YG JUGA SUDAH KEHILANGAN TELURNYA SENDIRI..... DIBAHAM SEEKOR BADAK AIR BETINO

    SAPA TAU JAWAPAN DAPAT HADIAH SEKOTAK ROKOK RM17.00

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodo natang anak anjing nih

      Delete
    2. dol lu memang lawak... sarcastic level 99... hahahahhahahaa

      Delete
  6. MEMANDANGKN PENYU NGANU SUDAH TIDAK BERTELUR MAKA HUDUD TERPAKSA DIBATALKN

    KINI PENYU ITU SUDAH NAIK KEDARAT UTK MENGINTAI BALAK DAN BABI DALAM BUKIT

    PENYU INI SUDAH MULA JINAK DAN SGT KASIHKN SUAMI BADAK AIR BETINO

    KAWAN BARU PENYU MANDUL INI IALAH KATAK.. SYG SGT HINGGA PELUK2 MANJA DGN KATAK TU...

    MAKANAN UTAMA PENYU INI IALAH TEMBIKAI BUSUK... LUARNYA HIJAU ISINYA MERAH

    CITA2 PENYU INI NAK JADI PENASIHAT KPD JERUNG2 DILAUTAN.. GATAL KETIAK JERUNG2 TU DGR PENYU NI NK JADI TUAN PENASIHAT 25%

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodo natang anak anjing nih

      Delete
    2. Hadi budak yg bodoh. Bapak dia makan taik hari isnin dan kamis. Telo hadi kena gigit anjing bawah pokok putat. Sekang hadi tak ada telo penyu sebab bapa dia bagi kat anjing.

      Delete
  7. Telo marang kena makamg
    Marang tak de telo dop

    ReplyDelete
  8. Yg bagi, yg cari, yg anjur, yg makan mesti didenda 50k. Klu tak, mansuhkan aje undang2 tu. Tolong jgn pilih bulu. Tolong jangan tunjuk undang2 ini utk org2 bawahan. Yg salah WAJIB didenda 50k. Jgn buat undang2 ni mcm bapakk dia punya.

    ReplyDelete
  9. Rakyat tak boleh makan telur penyu. Haram mengikut akta perlindungan haiwan liar. Pemimpin tak apa.

    ReplyDelete
  10. CUBA KO BAYANGKAN MASA KO MAKAN TELO PENYU TU MCM KO MAKAN DAGING PENYU MASAK 3 RASA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So...suruh menteri persekutuan tu makan daging penyu sje. Sup daging penyu

      Delete
  11. ARTIKEL CITA PENYU DAN TELUR BUKAN CITA ANJING .. ANJING

    HIHIHI

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. Penyu, spesies yg dilindungi. Kalau orang lain makan sah kena dakwa, TAPI menteri ni spesial, nak kedarah apa pun tak pa.....apatah lagi penyu Marang!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...