Wednesday 2 December 2015

KADAR TAMBANG PERGI BALIK KOMUTER KTMB SEMALAM DAN HARI INI DARI SALAK SELATAN KE BATU CAVES .. KENAIKKAN SEBANYAK RM2.40 SEN ATAU MELEBEHI 50%


Semalam diumumkan bahawa mulai hari ini akan berlaku kenaikkan kadar tambang yang menggunakan perkhidmatan Komuter KTMB ... hari ini salah seorang pengguna Komuter KTMB telah memuat naik gambar kadar tambang tiket yang semalam dengan hari ini yang ternyata sudah berlaku kenaikkan melebehi 50%.

Kenaikkan yang dianggap oleh para pengguna yang sering menggunakan perkhidmatan ini sebagai terlalu tinggi dan drastik naik secara mencanak dan mendadak.

Bermakna kos pengangkutan awam mereka sudah naik melebehi 50% sebulan.

Suka atau idak pihak kerajaan kena akui ianya memberi kesan agak kuat juga kepada aliran urus kewangan mereka. Apa yang lebih menyedihkan mereka ialah walaupun kadar tambang naik melebehi 50% tetapi mutu perkhidmatan masih ditakuk lama.

Sudah pasti kena akui keputusan menaikkan kadar tambang ini akan memberi kesan kepada sokongan rakyat kepada UMNO/BN pada PRU ke-14 nanti kerana rata-rata yang menggunakan perkhidmatan Komuter ini untuk berulang alik ke tempat kerja atau sebagainya adalah mereka sama ada yang hidup dengan berpendapatan sederhana atau anak-anak muda yang baru bekerja.

Kelompok dan golongan ini akan menjadi penentu kepada menang kalah parti yang bertanding pada PRU ke-14 nanti.

Jangan dipandang enteng akan suara dan pengaruh mereka semasa PRU nanti ... mereka akan memberontak dan akan mencurahkan perasaan dan menterjemahkan isi hati mereka dipeti undi apabila perut dan kualiti hidup mereka mulai diusik dan dijentik.

Penjelasan yang amat menyakinkan perlu diberikan .. Ingat!!! jangan sesekali beri penjelasan yang jelas bertaraf badut sarkas menghina dan memperlekeh kebijaksanaan mereka untuk berfikir dan menilai.

14 comments:

  1. Kepala Bana semakin menyerlah. Semakin lama semakin teruk. Bak kata pepatah Kalau Jodoh Tak Kemana, Kalau BODOH Tak Kemana!!

    Taubat Lahom aku tak undi dah Barisan Nasional.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KPD TN HJ HADI:

      Mana surat drp ulama tersohor dunia kpd tn haji yg tulis bahawa penubuhan Amanah adalah haram?
      Tuan ada 29 hari lagi untuk tunjuk kpd kami. Jika tidak kami tak jadi masuk pas.

      Delete
    2. DAP tidak membantah sebab ramai naik public transport INI orang Melayu Dan orang India.


      http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/


      APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

      Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

      Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

      BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

      Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

      Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

      Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

      Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

      Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

      Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

      Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

      Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

      Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

      DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

      Delete
    3. Betulkah pas sudah ada ciri2 isis?
      Jika anda rajin membuat kajian dan membanding beza, anda akan memperoleh jawapannya.

      Delete
  2. Ni siapa bagi nasihat kat najib nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rata2 PAN tidak menghiraukan kesusahan orang Melayu berugama Islam sunnah kerana kasih mereka kepada DAP Dan kelompok Syiah yg benci kepada Ah lul Sunnah Dlm PAN


      IRC Sedang Susun Strategi Singkirkan Mat Sabu ?
      SEPTEMBER 28, 2015
      AIDCNEWS
      LEAVE A COMMENT
      AIDCNews – 28/9/15 – Kumpulan IRC (Islamic Representative Council) dalam Parti Pekerja Malaysia (PPM) atau Parti Amanah Negara (PAN) sedang menyusun gerak kerja untuk menyingkirkan Mohamad Sabu daripada terus memegang jawatan presiden parti itu.

      Kenyataan di atas merupakan khabar angin terbaharu yang sedang berlegar di kalangan nitizen pro PAS sejak beberapa hari lalu.

      IRC adalah satu organisasi rahsia yang ditubuhkan oleh pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom pada tahun 1970-an yang kemudiannya membentuk entiti rasmi di Malaysia yang dikenali sebagai JIM (Jemaah Islah Malaysia) pada tahun 1990 dan IKRAM (Pertubuhan IKRAM Malaysia) pada tahun 2009.

      “Satu usaha dari pergerakan IKRAM sedang disusun rapi bagi memastikan Naib Pengerusi PAN sekarang Hasanuddin Yunus mengambil alih teraju PAN selepas dilihat kumpulan Mat Sabu dan Salahuddin Ayub gagal menarik ahli PAS untuk bersama PAN.

      “Hasanuddin merupakan Timbalan Presiden IKRAM, 2 minggu sebelum penubuhan PAN, beliau kelihatan berada di Masjid Rusila menemui Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Dunia.

      “Suka dimaklumkan 80% keanggotaan PAN sekarang adalah ahli IKRAM. Semasa pelancaran PAN @ PPM 100% persiapan digerak oleh kumpulan IKRAM.

      “Kita tunggu dan lihat drama seterusnya, “dedah aktivis PAS Terengganu, Roslan Abdullah.



      Komander Abu Suffian menambah faktor Syiah merupakan punca Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu tidak disukai.

      “Ahli IKRAM tidak mahu kepada Mat Sabu sebab Mat Sabu terpengaruh dengan Syiah. Bukan aku kata tapi Aznan Hamat yang kata. hahaha.

      “Berebut jawatan doh ke? Belum apa-apa dah pun berebut. huhuhu,”katanya.

      Delete
    2. Dapatan kajian merdeka centre, 50% ahli pas kelantan berpaling menyokong Amanah.

      Hancur impian pas.

      Delete
  3. Geng pan tak kisah sgt hal ini.mereka hanya akan jd zombi bila petik hal buruk ttg dap.kalau pas buat salah sikit mereka bising sampai nak roboh satu dunia tp bila dap buat salah mereka semua tergigit lidah.dasar pengkianat hipokrit habis modal.isis juga nak dipetiknya sebijik tiru idea najib.sudah idea tu tak laku nak juga gunanya.nasib la korang dgn peluru mkn tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak jujur dengan potongan gsji cikgu Yik bukanlah satu kesalahan kecil. Selain salah di sisi undang2 negara, perbuatan ini juga salah di sisi undang2 islam. Kita tidak perlu mengetahui isi kandungan pen drive untuk mengesahkannya.

      Harsp maklum.

      Delete
  4. Janganlah mengeluh duahi Omak....

    Kitakan ada tempat mengadu...mengadulah kepada Pas.
    Pas ialah Penasehat Umno.

    Kau (Omak Kau) tidak sepatutnya meluahkan apa-apa kekesalan diblog ini.
    Gunakanlah saluran yang betul iaitu mengadulah kepada Penasehat Umno yang tidak lain dan tidak bukan iaitu Pas.

    Hanya sanya Pas sahajalah tempat rakyat jelata mencurahkan perasaan kerana Pas adalah Penasihat Semula jadi Umno.

    Semua nasehat yang disampaikan oleh Pas akan diterima oleh Umno dengan hati terbuka.dan akan diproses segera di kilang insenarator mereka.

    Sekarang ini timbalan najib yang sebenar bukannya zahid. Timbalan Najib ialah Hadi.

    Syukurlah...syukurlah Pas dah bertindak bistari denan menjadi penasehat yang terbaik untuk najib. Penasehat yahudi pun telah diketepikan. Begitu juga penasehat yang bernama lim kok weng pun dah tarik diri memandangkan nasehat Hj Hadi jauh lebih berkesan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah Sudahlah Tulang Loser, baik kao update blog kao yg tak laku tu. Aku tau, Husem pun dah tak layan kao dah.

      2013 try bodek Azmin, maki reporter Utusan..............utusek, sumpah sumpah, people like you

      Aku kesian kat PAN upah balaci macam kao. Bukan PAN makin orang suka, bertambah meluat orang dekat PAN disebabkan tulisan dia yg melalut maki hamun orang.

      Sedarlah kao tu dah tua umur 44. At least seteruk2 aku pun takdenya aku pi hingaq satu blog cerita apa aku doa kat Mekah. Patut kao bukan jadi blogger tapi jadi badut sarkas

      Delete
    2. Cuba mintak tolong datuk tn guru hj hadi supaya nasihatkan najib turunkan tambang. Misti najib dengar. Kih3

      Delete
    3. Setakat membaruakan orang bole la dia buat.

      Delete
  5. Umno dah berpecah. Pas dah betpecah. Semuanya sebab berebut pangkat, kuasa atau wang.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...