Saturday 28 February 2015

BERITA GEMBIRA UNTUK PARA PENYOKONG DAN PENDOKONG UMNO/BN ... PETROL RON97, RON95 DAN DIESEL NAIK 25 SEN SELITER MULAI TENGAH MALAM 1 HB MAC 2015.


Bersyukur dan terima kasih banyak-banyak.

Mulai 12.01 tengah malam ini, harga runcit baru RON95, RON97 dan diesel sepanjang Mac masing-masing RM1.95, RM2.25 dan RM 1.95 seliter.

Selepas harganya menurun sejak beberapa bulan lalu, harga bagi RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik 25 sen, berkuatkuasa tengah malam ini.

Mulai 1 Mac, harga baru RON95 ialah RM1.95 seliter, RON97 (RM2.25 seliter) dan diesel (RM1.95 seliter).

“Harga baru ini akan berkuatkuasa  bagi bulan Mac 2015,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan, katanya, akan mengikuti perkembangan harga kos produk dan kadar pertukaran matawang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

Bulan lepas, harga RON95 turun ke paras terendah sejak ia diperkenalkan pada tahun 2009, didorong oleh kejatuhan mendadak harga minyak dunia, yang kini agak bertambah baik.

Harga bahan api tertakluk kepada sistem apungan terurus sejak Disember tahun lalu selepas kerajaan menghapuskan sistem subsidi.

Pada masa itu, RON95, RON97 dan diesel masing-masing dijual pada harga RM2.26, RM2.46 dan RM2.23 selitar.

Pada 1 Januari, bagaimanapun, RON95, RON97 dan diesel masing-masing dijual pada harga RM1.91, RM2.11 dan RM1.93 seliter dan bulan lepas harganya terus menurun.

APABILA PAS TIDAK DIUNDANG TURUT SERTA AMAT NYATA HIMPUNAN KITA LAWAN KURANG MENDAPAT SAMBUTAN.



Kurang daripada 180 orang hadir untuk perhimpunan ‘Kita Lawan’ yang diadakan di hadapan pusat beli belah Sogo, petang tadi.

Kehadiran anggota polis berjaya mengawal suasana dan laluan trafik di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Perhimpunan berkenaan diadakan untuk menunjukkan sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan kerana meliwat bekas pembantu peribadinya.

Pihak polis tidak mengeluarkan permit kepada penganjur.

Sekumpulan peserta bergerak ke KLCC selepas berhimpun di hadapan pusat beli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman sebelum itu.

Naib Presiden PKR, YB Tian Chua, dalam perhimpunan itu menekankan pihak Pembangkang akan meneruskan kempen walaupun dihalang oleh pihak berkuasa.

“Tiada siapa yang cedera atau diancam. Ini adalah kuasa dan hak rakyat. Kami akan melindungi hak kami seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.

“Tiada siapa yang boleh beritahu kita bila dan di mana kita boleh berhimpun.”

Dalam ceramahnya, Tian Chua berkata polis perlu memahami mereka (rakyat) kerana polis juga sebahagian daripada rakyat.

Turut hadir adalah Ketua AMK Pusat, YB Nik Nazmi Nik Ahmad.

Tidak nampak kelibat Unit Amal Malaysia serta para pemimpin Pemuda PAS yang dikenali... Paling menyedihkan barisan Exco AMK yang baru seolah-olah meminggirkan dari mengambil bahagian termasuklah Ketua-ketua AMK Cabang sekitar Lembah Klang.

Macam ada suasana memboikot ditunjukkan.

Perhimpunan itu yang bermula jam 4 petang menyaksikan sekumpulan kecil peserta yang berjalan ke KLCC dari Sogo bersama kumpulan pancaragam yang menarik perhatian orang ramai.

INI APA KES!!!!! .. AZMIN KE SARAWAK ATAS KAPISITI KETUA KARTEL KEADILAN RAYA??????


Apakah KeADILan masih lagi berpuak-puak selepas pemilihan 2014 yang penuh dengan kontroversi dan perbalahan sehingga menggugat kestabilan dan keharmonian parti.

Mengapa perlu ada kain rentang menyambut kedatangan Timbalan Presiden KeADILan merangkap Ketua Gagasan Kartel Keadilan Raya dengan kata-kata  "HIDUP GAGASAN KEADILAN RAYA SARAWAK!"

Apakah beliau kesana atas kapisiti sebagai Ketua gagasan Keadilan Raya dan bukannya sebagai Timbalan Presiden PKR????

Inilah persoalannya yang berlegar-legar diminda para aanggota parti di akar umbi.

Masih berpuak-puak dan berkomplot serta tegar menjadi pengikut ikut kem tertentu.

Mohon respon dari pihak terbabit dan pimpinan parti juga wajar bertindak agar perpecahan tidak merebak menjadi lebih serius dan teruk.

DEWAN ULAMA TETAP PERTAHANKAN HADI AWANG SEBAGAI PRESIDEN PAS.



Dewan Ulama Pas tidak berganjak dengan pendirian tegasnya untuk mempertahankan kedudukan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada digulingkan pada muktamar parti itu Jun nanti.

Dewan itu bertegas hanya mereka yang fuqaha, faqih serta mujtahid sahaja layak menjadi Presiden Pas.

Malah tanpa berselindung, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, perbuatan kumpulan tertentu mahu mengguling Abdul Hadi adalah sama seperti cubaan berkempen dari sesuatu yang afdal kepada tidak afdal.

Fuqaha bermaksud mereka yang menguasai ilmu fekah, faqih pula membawa erti golongan pakar berhubung nas-nas al-Quran, hadis serta budaya setempat manakala mujtahid ialah ulama yang berijtihad sehingga berkelayakan untuk mengeluarkan fatwa.

“Ada segelintir pimpinan membuat kenyataan Presiden Pas tidak semestinya dalam kalangan ulama. Apakah tujuan kenyataan ini? Tentu bermaksud membuka gelanggang untuk menukar Presiden yang ada dalam kalangan ulama dan faqih kepada bukan ulama,” katanya.

Beliau berkata, “Sekiranya dilihat lebih jauh, ada pemimpin yang ingin memulakan gelanggang jawatan Presiden perlu ditandingi atau ingin berkempen bahawa terdapat individu yang lebih baik lagi untuk menjadi Presiden Pas berbanding Tuan Guru (Abdul Hadi).”

“Merujuk kepada Islam yang menjadi dasar kepada perjuangan PAS, Dewan Ulama PAS menegaskan bahawa keutamaan untuk menjadi Presiden PAS mestilah dalam kalangan mereka yang fuqaha, faqih serta mujtahid,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Kepemimpinan Abdul Hadi kini berada dalam keadaan goyah berikutan gerakan tersusun kumpulan Anwarinas yang ingin menjatuhkannya sehingga ada dalam kalangan pemimpin PAS secara terbuka menyatakan sokongan kepada Mohamad untuk bertanding jawatan Presiden.

Abdul Hadi bagaimanapun masih mendapat sokongan padu kumpulan ulama dan perkara itu dinyatakan pada Multaqa Ulama SeMalaysia II baru-baru ini sehingga wujud desakan mahu Mohamad dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli dipecat.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin berkata, Abdul Hadi yang telah memimpin PAS sejak sekian lama mempunyai kemampuan untuk berijtihad dan sifat faqihnya juga diiktiraf masyarakat dunia apabila dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia.

“PAS diketuai oleh Presiden yang mempunyai kemampuan berijtihad dan faqih yang telah diiktiraf dunia. Keadaan ini meletakkan PAS berada pada landasan yang betul dari sudut kelayakan keutamaan sebagai pemimpin tertingi dalam gerakan Islam,” katanya.

BETUL KE DATIN ROSMAH MANSOR BERKATA BELIAU BAYAR RM1,200 SETIAP KALI MENDANDAN RAMBUT????



Isteri kepada perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melahirkan kebimbangan tiadanya kawalan bagi caj perkhidmatan di rumah menyebabkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga.

Beliau selaku Yang Di‎pertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (Bakti) berkata,  ketika ini, caj perkhidmatan di rumah seperti khidmat tempahan baju, solekan dan pendandan rambut mengenakan harga yang sangat tinggi dan tidak masuk akal.

Kebimbangan itu diluahkannya ketika dalam program cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bersama Bakti pada 23 hb Februari yang lalu.

"Sekarang ini bila saya nak warnakan rambut dekat rumah, dia (peniaga) dah caj RM1,200, amboi mahalnya.

"Bila kita tanya dia (peniaga) cakap dekat kedai caj berlainan, yang ini mahal sebab 'home service' (perkhidmatan rumah) ini yang anda harus teliti," katanya pada majlis penerangan GST Bakti di Bangunan Sri Hasmah di Petaling Jaya.

Susulan dari kenyataan beliau ini maka jadi riuh rendah dimedia terutamanya di laman sosial dan beberapa blog betapa Datin Seri Rosmah Mansor setiap kali dandan rambut bayar RM1,200.

Demi berlaku adil maka perlu kita lihat ucapan DS Rosmah secara keseluruhan bukannya diambil yang hujung pangkal hilang .. ambil yang pangkal hujung lesap.

Apa yang cuba mau disampaikan oleh beliau  pada pandangan Omak Kau ialah "Kalau saya nak cat rambut dekat rumah, dia caj RM1200.. amboi mahalnya. Kalau dekat kedai different charge, ni home service"

Maknanya beliau sekadar memberikan suatu contoh dimana baru sahaja mau menanyakan berapakah upahnya untuk jika beliau mahu cat rambutnya dilakukan dirumah  dan RM1,200 baginya adalah mahal sebab dilakukan dirumah bukannya dikedai.

Dia mengeluh dan merasakan tidak berbaloi dengan harga semahal itu, dan  bukannya setiap kali beliau mendandan rambut beliau terpaksa bayar RM1,200.

Fikirlah secara ikut akal logik .. siapa nak beritahu kepada dunia yang setiap kali mendandan rambut bayar RM1,200 lebih-lebih lagi dinegara ini yang cukup sensitif dengan cerita berbelanja secara boros.

Kalau nak menyerang sesiapa pun memanglah di izinkan dinegara yang mengamalkan demokrasi tetapi perlu ada batasan dalam memutar cerita sehingga mendatangkan aib.




Friday 27 February 2015

CIKGU ISHAK SURIN SUDAH KANTOI????? ... KENYATAAN BELIAU SEMALAM BUKAN PUN MEWAKILI DAN MENDAPAT RESTU PAS KAWASAN BATU.




KENYATAAN ISHAK SURIN BUKAN PENDIRIAN PAS BATU, BERSIFAT PERIBADI & CELARU

1. Kami menegaskan bahawa saranan supaya Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang mengosongkan kerusi Presiden dan mengetuai Majlis Syura Ulama (MSU) sebagai Mursyidul Am seperti yang dinyatakan oleh Cikgu Ishak Surin semalam adalah bukan pendirian PAS Kawasan Batu dan ia tidak pun mewakili aspirasi seluruh ahli PAS Kawasan Batu. Saranan itu tidak pernah pun dibincangkan atau diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Batu. Ia hanya sekadar pandangan peribadi beliau.


2. Dengan keupayaan Tuan Guru Presiden ‘menangani pelbagai isu dalaman, tempatan dan antarabangsa’, kami menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang untuk terus memimpin PAS sebagai Presiden.


3. Pemilihan sebagai Presiden PAS bukanlah soal ‘tokoh baharu’. Tetapi ia adalah soal menepati kriteria dan syarat yang ditentukan oleh syarak; memiliki karater al-Qawiyy dan mempunyai sifat al-Amin; mujtahid dan mujahid.


4. Tidak timbul juga soal menggantikan Mursyidul Am PAS kerana kita serahkan sepenuhnya untuk MSU untuk memutuskan pengganti Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.


5. Kami juga ingin membuat sedikit pembetulan fakta yang ditulis oleh Cikgu Ishak Surin. Almarhum Tuan Haji Yusof Rawa bukanlah meletakkan jawatan Presiden kerana menjadi Mursyidul AM tetapi beliau menjadi Presiden dan Mursyidul Am serentak. Hanya pada hujung tahun 1988, beliau jatuh sakit dan melepaskan jawatan Presiden kepada Almarhum Ustaz Fadzil Noor, namun beliau kekal sbg Mursyidul AM.


6. Apa yang lebih munasabah ialah kami menyarankan agar Yang Berbahagia Cikgu Ishak Surin mengosongkan kerusi YDP PAS Kawasan Batu pada pemilihan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Batu pada April ini bagi memberi laluan kepada tokoh yang lebih berwibawa dan berkredibiliti untuk mengepalai PAS Kawasan Batu.


7. Saranan ini juga dibuat berikutan masalah kesihatan yang dihadapi oleh Cikgu Ishak Surin, komitmen terhadap PAS Kawasan Batu semakin menurun, gagal mengadakan mesyuarat secara berkala dan konsisten, serta kehadiran ke mesyuarat Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan yang sangat lemah.


8. Sebagai orang lama yang berpengalaman, saranan ini tidak bermaksud kami mahu mengetepikan Cikgu Ishak Surin dalam PAS Kawasan Batu, sebaliknya mencadangkan tokoh Karismatik PAS Kawasan Batu ini diangkat lebih tinggi sebagai ‘penasihat’ kepada kami semua.


Sekian.


1. USTAZ AZHAR YAHYA
Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Batu


2. NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu


3. HAJAH SALBIAH ABD WAHAB
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu


Tarikh : 27 Februari 2015 / 8 Jamadilawal 1436H


Kenyataan media diatas adalah susulan dari menyataan Ishak Surin dibawah semalam ....


KENYATAAN MEDIA

SARAN TG ABDUL HADI BERI LALUAN TOKOH BAHARU ISI KERUSI PRESIDEN, PERKASAKAN MSU JADI MURSYIDUL AM PAS


1. Pas Kawasan Batu menyarankan agar Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengosongkan kerusi Presiden pada pemilihan Muktamar Pas ke 61, Mei ini, bagi memberi laluan kepada tokoh baharu untuk mengepalai parti Islam terbesar ini.


2. Saranan ini tidak bermaksud Pas Kawasan Batu mahu mengetepikan beliau dalam arus perdana politik tanahair, sebaliknya mencadangkan tokoh karismatik Pas ini diangkat lebih tinggi mengetuai Majlis Syura Ulama (MSU) sebagai Mursyidul Am bagi mengggantikan murabbi ummah, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang meninggal dunia pada 13 Februari lalu.


3. Sesuai dengan kedudukan Tuan Guru Abdul Hadi di peringkat antarabangsa selaku Naib Kesatuan Ulama Sedunia, menjulangnya sebagai Mursyidul Am adalah sangat tepat, efisyen dan mampu membawa Pas menangani pelbagai isu dalaman, tempatan dan antarabangsa.


4. Pas Kawasan Batu juga bersikap terbuka dalam pemilihan pucuk pimpinan parti yg diizinkan oleh Perlembagaan Pas dan tidak mustahil boleh berlaku pertandingan pada semua jawatan utama termasuk kerusi nombor satu Pas pada pemilihan kali ini.


5. Bagi menjaga keutuhan jemaah dan mengecilkan sikap berpuak-puak yang mula menular ketika ini, maka Pas Kawasan Batu mohon Tuan Guru Abdul Hadi mempertimbangkan saranan ini dan melihat ianya sesuatu yg positif dalam jaringan mata rantai perjuangan Islam yg dibawa oleh Pas.


6. Untuk rekod, jawatan Mursyidul Am Pas diwujudkan pada era kepimpinan ulama, dan Yang DiPertua Agong Pas ketika itu, Haji Yusuf Ar Rawa menjadi Mursyidul Am yg pertama sebaik melepaskan jawatan Yang DiPertua Agong (Presiden) pada masa tersebut.


7. Tempat kosong yg ditinggalkan oleh Hj Yusuf Ar Rawa itu kemudiannya diisi oleh Tuan Guru Dato' Fadzil Mohd Noor sebagai Presiden. Setelah Hj Yusuf Ar Rawa meninggal dunia, jawatan Mursyidul Am diamanahkan pula kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.


8. Sehubungan itu, Pas Kawasan Batu berkeyakinan penuh, jika diterima saranan ini, kepimpinan Tuan Guru Abdul Hadi mampu memperkasakan MSU sebagai badan yang berwibawa dalam memandu jemaah berada pada landasan yang tepat, progresif, dirahmati dan mendapat limpahan redha Allah SWT.


HAJI ISHAK BIN SURIN
Yang DiPertua Pas
Kawasan Batu, Kuala Lumpur
Tel: 013 3291966

26 Februari 2015

AMK PULAU PINANG DENGAN ANGKUH DAN BIADAP SERANG PRESIDEN PAS.



Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKP) menuntut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi kenyataan rasmi berhubung isu ‘Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO’ yang didakwanya menjadi tanda tanya.

Timbalan ketua AMKPP, Khairil Kamarudin mendakwa Abdul Hadi sering berdolak-dalik dalam memberikan penjelasan sebenar berhubung isu itu sepatutnya memberi penjelasan.

Beliau menempelak Presiden PAS supaya “Jika terus komited bersama Pakatan Rakyat, maka berikan sepenuh komitmen kepada dasar-dasar yang telah dipersetujui bersama PKR dan DAP.”

Katanya, jika Abdul Hadi mahu mencuba nasib bekerjasama dengan UMNO melalui kerajaan perpaduan, AMKPP mendesak agar ia dilaksanakan sesegera mungkin.

“Ia bagi membolehkan Pakatan Rakyat meneruskan agenda perjuangan untuk menuntut keadilan, memulihkan kembali ekonomi negara seterusnya membela nasib rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata Abdul Hadi seharusnya sedar akan kegagalan kerajaan perpaduan pada tahun 1973 hingga 1977.

Khairil berkata bukan setakat itu sahaja malah Abdul Hadi juga perlu sedar akan kegagalannya mempertahankan Terengganu di bawah kepimpinan PAS pada tahun 1999 hingga 2004 ketika menjawat jawatan sebagai menteri besar.

“Tidak lupa juga kegagalan mempertahankan Kedah pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu serta kegagalan beliau menghalang kewujudan pertandingan tiga penjuru seperti di Dewan Undangan Sungai Acheh.

Kesemua peristiwa malang ini berlaku pada era Abdul Hadi sebagai presiden PAS,” katanya.

Khairil berkata, sekiranya masalah kesihatan dijadikan faktor dan alasan, maka seharusnya pemimpin nombor satu PAS itu berundur dan memberi ruang kepada yang lain.

Thursday 26 February 2015

ISU HUDUD ... DAP SERANG DEWAN PEMUDA PAS PUSAT TERANG .. ITU DINAMAKAN POLITIK BUDIMAN.


Ini baru dinamakan politik matang .. politik budiman .. politik lestari .. politik pintar ... politik kepala dingin.

Walaupun diserang dengan ugutan mau diterajang keluar dari Pakatan Rakyat namun Dewan Pemuda PAS mengambil pendekatan bukan menyerang tetapi menerang.

Petang tadi Ketua Dewan Pemuda PAS telah mengetuai rombongan bersama-sama dengan beberapa Exco Pemuda PAS telah berkunjung ke pejabat Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkenaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (II). Pemuda PAS menjelaskan kedudukan sebenar kanun yang akan dibentangkan  pada 18hb Mac 2015 di Dewang Undangan Kelantan.

Dalam pertemuan tersebut, Gobind Singh Deo setuju perbincangan selanjutnya akan dibawa ke pasukan teknikal undang-undang Pakatan Rakyat.




MASJID CYBERJAYA DIBUKA ESOK.




Setelah sekian lama umat Islam di Cyberjaya menunggu-nunggu untuk sebuah masjid ikonik dibuka di kawasan ini, akhirnya pembinaan masjid tersebut telahpun disempurnakan.

Kini umat Islam yang tinggal di sekitar Cyberjaya tidak perlu lagi bersesak-sesak untuk menunaikan solat Jumaat di Surau Balai Bomba Cyberjaya kerana esok (27 Februari 2015), Masjid Cyberjaya bakal mula beroperasi.

Kerja-kerja pembinaan masjid itu bermula sejak April 2013 dan ia terletak bersebelahan dengan pejabat Majlis Perbandaran Sepang yang terletak di Off Persiaran Semarak Api, Cyber 1.

Masjid Cyberjaya dapat menampung 10,000 orang jemaah dalam satu masa dan ia juga merupakan masjid pertama di Malaysia yang dibina dengan ciri-ciri pembangunan rumah hijau.

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA ADUN PALOH DATUK NOZULA MAT DIAH ... SEMOGA JODOH KEKAL SEHINGGA AKHIR HAYAT.




BETUL KE RON97, RON95, DAN DIESEL AKAN NAIK 20 SEN SELITER MULAI TENGAH MALAM 1HB MAC INI?????????



Desas desus bertiup kencang bahawa harga petrol berkemungkinan akan berbalik kepada harga pada Januari tahun ini berikutan harga minyak mentah dunia berada di paras yang sama awal tahun ini.

Keadaan itu berkemungkinan akan menjadikan harga RON95 naik semula RM1.90 seliter sekiranya kerajaan mengumumkan harga pasaran apungan untuk Mac.

Peningkatan harga bahan api itu, berbanding dengan apa yang dinikmati oleh pengguna pada bulan ini adalah disebabkan oleh penanda aras global Brent di mana harga mentah kini berlegar sekitar AS$60 (RM216.50) – berbanding kira-kira AS$48 pada bulan Januari.

RON97 juga dijangka akan meningkat setelah mencatatkan penurunan harga kepada RM2 seliter bulan ini. Perkara sama juga mungkin akan dikuatkuasakan kepada diesel yang mana harga terkini adalah RM1.70 seliter.

Perubahan harga bahan api itu bermula Disember tahun lalu setelah kerajaan memutuskan untuk menghapuskan subsidi minyak, yang berjumlah RM20 bilion setahun ketika harga minyak mentah dunia tinggi.

Lebihan bekalan minyak global yang sebahagian besarnya disumbangkan oleh pengeluar minyak Amerika Syarikat menyaksikan harga minyak mentah dunia jatuh mendadak sejak Jun tahun lalu dan kemudiannya pulih bulan ini.

Walaupun pulih bulan ini, ramai penganalisis menjangkakan harga minyak mentah global kekal rendah pada masa akan datang dan mungkin akan terus jatuh pada bulan depan.

Ketika semakan semula Bajet 2015, kerajaan telah mengumumkan bahawa harga minyak mentah berkemungkinan akan berada di paras AS$55 sepanjang tahun ini.

ISU AUDIO NAK JATUHKAN PRESIDEN PAS ... MAT SABU AKAN HANYA JAWAB PADA HADI AWANG.



Selepas beberapa hari hilang daripada dicapai media, Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu akhirnya membuka mulut tentang isu rakaman suara yang didakwa mirip suaranya.

Beliau yang tidak mengulas lanjut tentang rakaman itu, memberitahu akan hanya memberi kenyataan kepada jawatankuasa khas (siasatan) yang dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekiranya diminta berbuat demikian.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, mengklasifikan isu itu sebagai masalah dalaman parti dan kenyataan media yang dihantar pagi tadi seolah-olah tidak mahu pihak lain mencampuri atau menyoal lanjut pendiriannya.

Pada 23 Februari lalu, sebuah laman Facebook ‘Tuc Tok Usin Ceroi’ mendedahkan klip audio Mat Sabu memberikan taklimat untuk memburukkan dan menjatuhkan Presiden PAS.

Di samping itu, beliau turut mengulas mengenai isu desakan perwakilan semasa Multaqa Ulama Semalaysia baru-baru ini yang meminta beliau dipecat.

“Saya serahkan kepada Muktamar dan kebijaksanaan perwakilan parti itu untuk menentukannya,” katanya ringkas.

PELAKON YANG DIDAKWA MEMPUNYAI HUBUNGAN ROMANTIK DENGAN MENTERI KANAN UMNO DIARAHKAN OLEH MAHKAMAH TINGGI BAYAR RM150,000 DAN KOS RM40,000 KEPADA BEKAS PEMANDUNYA KERANA KALAH SAMAN FITNAH.



Bekas pemandu dianugerahkan RM150,000 sebagai ganti rugi selepas Mahkamah Tinggi mendapati pelakon Zahida Mohamed Rafik (Zahida Rafik) bertanggungjawab memfitnah bekas pekerjanya itu.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng berkata, Noor Azman Azemi berjaya membuktikan terdapatnya unsur fitnah dilakukan terhadapnya.

Hue turut menolak tuntutan balas Zahida, yang menuntut bekas pemandunya memulangkan RM200,000 – dikatakan diambil daripadanya.

Zahida juga diperintahkan untuk membayar kos kepada Noor Azman sebanyak RM40,000.

Dalam saman malu yang difailkan oleh Noor Azman pada 27 November  2013, dia mendakwa Zahida menuduhnya melarikan wang sebanyak RM200,000.

Dia mendakwa Zahida memfitnahnya dalam akhbar tabloid Harian Metro berkenaan kehilangan wang berjumlah RM200,000 itu dan pada Mac 2012, pelakon dikatakan dengan niat buruk menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang dapat menjumpai Noor Azman.

Zahida sebelum ini juga didakwa mempunyai hubungan romantik dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang juga merupakan seorang menteri Kabinet.

KES DENGGI DI NEGERI PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DI PEDULI, SELANGOR, NAIK 66% WALAUPUN TERJAHAN DILAKUKAN SENDIRI OLEH MB SELANGOR YANG DIKASIHI RAKYAT, AZMIN ALI.


Kes demam denggi di Selangor terus menunjukkan peningkatan dengan 12,427 kes direkod sehingga 21 Februari, naik 66 peratus daripada 7,507 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
              
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Daroyah Alwi berkata daripada jumlah kes itu sebanyak 29 kematian akibat demam denggi dilaporkan dalam tempoh berkenaan.

"Pada bulan Jan, jumlah kematian akibat demam denggi adalah sebanyak 17 kes manakala untuk bulan ini sehingga 21 Feb pula mencatatkan 12 kes yang mana menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini adalah sebanyak 29 kes," katanya dalam sidang akhbar di Shah Alam hari ini.
              
Beliau berkata daerah Petaling masih mencatatkan kes demam denggi tertinggi iaitu 5,967 diikuti Hulu Langat dengan 2,222 kes dan Klang sebanyak 1,824 kes.
              
Mengulas lanjut, Daroyah berkata tapak pembinaan dikenal pasti menjadi faktor utama menyumbang kepada pembiakan nyamuk Aedes terutamanya di daerah yang mencatatkan kes demam denggi yang tinggi.

"Berikutan itu, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan operasi bersepadu di tapak-tapak pembinaan sekitar Selangor bermula 10 Februari lalu, bagi membendung peningkatan kes denggi selain mengurangkan risiko jangkitan.
              
Daripada 46 lokasi yang telah diperiksa, 45 daripadanya didapati positif dengan pembiakan nyamuk Aedes," katanya.
              
Beliau berkata berikutan itu pemaju tapak pembinaan terbabit akan dikenakan tindakan mahkamah kerana kesalahan membenarkan pembiakan serangga pembawa penyakit di lokasi berkenaan.

SUAMI SHAHRIZAT JALIL GAGAL LAGI BATALKAN TUDUHAN PECAH AMANAH PROJEK FIDLOT NASIONAL.



Ketua Pegawai Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sekali lagi gagal untuk membatalkan tuduhan pecah amanah terhadapnya dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Rayuan itu didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin.

Tahun lepas, Salleh gagal dalam percubaan pertama beliau untuk membatalkan pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen KL atas tuduhan berkaitan dengan penggunaan dana untuk projek kontroversi Fidlot Nasional.

Projek NFC diuruskan oleh Salleh, yang merupakan suami Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dan anak-anak mereka, sejak kegagalannya didedahkan dalam laporan tahunan Ketua Audit Negara.

AGAK-AGAKNYA ANTARA DAP DAN PAS SIAPA AKAN KELUAR DARIPADA PAKATAN RAKYAT.



Siapakah di antara PAS atau DAP yang akan keluar daripada Pakatan Rakyat?

Persoalan ini menarik minat ramai pihak khususnya pemerhati politik mengenai sejauh mana darjah ketegangan antara PAS dan DAP ketika ini mampu memutuskan ‘persahabatan dan kerjasama’ yang terjalin selama ini.

Jika dilihat pada sejarah, PAS dan DAP pernah bekerjasama menerusi Barisan Alternatif (BA) pada 1999 yang turut dianggotai Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), sebelum KeADILan dan PRM bergabung membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2003.

Bagaimanapun, DAP, yang tidak bersetuju dengan dasar PAS memperjuangkan penubuhan negara Islam, keluar daripada BA pada 2001.

Cuaca panas dan kering yang melanda negara turut menaikkan ‘suhu panas’ dalam Pakatan Rakyat pada masa apabila pimpinan kedua-dua parti saling mendesak dan mencabar satu sama lain untuk keluar daripada ‘Pakatan Rakyat’, gagasan yang dibentuk selepas pilihan raya umum 2008, setelah PAS yang mentadbir kerajaan Kelantan bertegas mahu melaksanakan hukum hudud.

TUNGGU DAN LIHAT

Mungkinkah sejarah 14 tahun lepas yang menyaksikan DAP keluar daripada BA akan berulang?

Pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu Che Hamdan Che Mohd Razali berpandangan biarpun ‘ketegangan’ kedua-dua parti itu semakin memuncak ketika ini, ia tidak akan menyebabkan PAS atau DAP keluar daripada Pakatan Rakyat.

Katanya kedua-dua parti itu dilihat lebih selesa bersikap tunggu dan melihat sama ada ‘Pakatan Rakyat’ akan menyingkirkan mereka, daripada mengambil keputusan keluar daripada pakatan.

“Sekarang masing-masing berasa sudah cukup kuat dengan sokongan yang diterima dan kalau keluar Pakatan Rakyat, mereka akan berasa seolah-olah mengkhianati anggota parti dan rakyat yang mengundi mereka. Lebih baik mereka tunggu sehingga dipecat daripada pakatan dan itu lebih ‘gentleman’.

“PAS tidak akan keluar daripada Pakatan Rakyat kecuali disingkirkan. Begitu juga dengan DAP. Masing-masing ada ego dan kita akan lihat lebih banyak konflik berlaku antara kedua-dua parti ini selagi mereka meneruskan kerjasama politik,” katanya.

Beberapa pemimpin baik daripada PAS mahu pun DAP saling memberi kata dua kepada rakan sekutu mereka agar keluar daripada Pakatan Rakyat kerana isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Pada Ahad, Pengerusi Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan memberi amaran bahawa PAS bukan lagi menjadi sebahagian daripada Pakatan Rakyat, jika parti itu membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II ke sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan 18 Mac ini.

Kenyataan Gobind segera ditempelak dua pemimpin PAS iaitu Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dan Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Nasrudin Hassan yang senada menyarankan DAP keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan perjuangan parti itu.

PAS, DAP TANPA ANWAR

Ketua Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Ahmad Tarmizi Talib berkata PAS dan DAP tanpa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjara kerana sabitan kes liwatnya dilihat kehilangan nakhoda dan semakin lemah.

Semalam, anggota keluarga Anwar menyerahkan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar. Pada 10 Feb, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir Anwar dan mengekalkan hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Katanya tanpa Anwar maka tiadalah Pakatan Rakyat. Ketua Umum PKR itu dilihat sebagai individu yang bertanggungjawab menyatukan PAS dan DAP di bawah satu bumbung pakatan.

“Tiada isu untuk bercakap tentang masa depan Pakatan Rakyat kerana mereka semakin lemah,” katanya.

Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata isu parti mana yang akan keluar pakatan boleh dilihat daripada dua perspektif.

Pertamanya ialah terus kekal dalam pakatan kerana mempunyai matlamat yang sama iaitu menawan Putrajaya dan hal kedua berhubung soal solidariti ketiga-tiga parti itu terhadap kerjasama politik.

Beliau menjelaskan dalam perspektif pertama, walaupun PAS dikecam teruk oleh DAP, ia sedikit pun tidak mengubah pendirian parti Islam itu untuk keluar daripada Pakatan Rakyat memandangkan ‘titik persamaan’ antara ketiga-tiga parti itu ialah menawan Putrajaya.

“Jadi apabila tiba pilihan raya, konflik yang berlaku akan menjadi senyap bagi memberi tumpuan kepada usaha menawan Putrajaya. Kecaman DAP kepada PAS juga saya lihat mempunyai strategi politik untuk menyakinkan anggota dan pengundi mereka bahawa parti itu tidak bersekongkol dengan perjuangan PAS.

“Perspektif kedua berkaitan soal solidariti ketiga-tiga parti itu kepada Pakatan Rakyat selepas Anwar dipenjara. Tidak dinafikan bahawa episod itu (Anwar dipenjarakan) memberi kesan kepada keutuhan pakatan dan ia dapat dilihat dalam konteks momentum sokongan pakatan itu pada pilihan raya… pada masa sekarang sukar untuk dikatakan,” katanya.

Che Hamdan turut berpandangan bahawa cengkaman Anwar di dalam parti pakatan semakin rapuh selepas gagal ‘mengikat’ DAP dan PAS untuk bersetuju dalam krisis Menteri Besar Selangor tahun lalu.

DUA PILIHAN DAN KRISIS KEYAKINAN

Apakah pilihan yang ada untuk DAP dan PAS menyelesaikan polemik yang berlaku?

Mengulas lanjut, Che Hamdan berkata terdapat dua pilihan baik di pihak PAS mahupun DAP iaitu membubarkan Pakatan Rakyat atau memeterai perjanjian baharu antara ketiga-tiga parti untuk bersetujui dengan apa yang disebut dasar bersama.

“Saya melihat dalam konflik PAS dan DAP, kalangan ulama PAS sendiri juga tidak yakin bahawa DAP akan menyokong perjuangan parti itu sekalipun dapat memerintah negara. Jadi apa gunanya jika duduk dalam Pakatan Rakyat tetapi terpaksa menggadaikan prinsip perjuangan,” katanya.

Beliau tidak menolak akan wujud krisis keyakinan rakyat terhadap kredibiliti pakatan pembangkang selepas asyik disajikan dengan polemik tidak berhujung.

“Dengan apa yang berlaku, rakyat akan melihat Pakatan Rakyat bukan lagi parti alternatif terbaik untuk menggantikan BN (Barisan Nasional) dan ini sekaligus mematikan cita-cita Pakatan Rakyat untuk membentuk sistem dual parti di dalam negara ini,” katanya.

Sementara itu, Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain daripada Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan UPM pula berpendapat bahawa PAS mempunyai potensi untuk menjadi pemain utama di dalam Pakatan Rakyat selepas ketiadaan Anwar.

“Ini kerana, PAS mempunyai ramai anggota dan jentera yang besar berbanding DAP dan PKR. DAP dan PKR amat mengharapkan PAS untuk membantu mereka sama ada daripada segi kempen pilihan raya mahupun demonstrasi,” katanya.

SEKRETARIAT KITA LAWAN TIDAK MELIBATKAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN MAHASISWA?????




Dalam satu sidang media semalam ketika Sekretariat Kita Lawan memutuskan bahawa himpunan di hadapan Sogo pada setiap hari Sabtu jam 4.00 petang akan diteruskan walaupun terdapat penangkapan yang dibuat oleh pihak Polis terhadap peserta himpunan pada minggu lepas, ternyata dalam barisan penganjur tidak kelihatan kelibat beberapa pemimpin Mahasiswa yang terlibat dalam mencetuskan idea penubuhan Sekretariat Kita Lawan pada 15 Februari 2015 lalu selain kelibat Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Sdr Suhaizan Kayat.

Yang kelihatan semalam ialah selain Ketua AMK Pusat YB Nik Nazmi Ahmad ialah Ketua Pemuda DAP (DAPSY) merangkap Ahli Parlimen Rasah YB Teo Kok Seong ... rakaman gambar yang memakai kopiah itu tidaklah dikenali siapakah individu tersebut.

Apakah para pemimpin mahasiswa yang sebelum ini terlibat aktif sudah mulai kendur dan mengundurkan diri dan gentar untuk terus bertempur?????? .. Atau sudah tidak lagi dijemput turut serta???? Hanya pihak Sekretariat Kita Lawan sahaja yang mampu untuk memberikan respon.


Demi berlaku adil untuk pembaca berfikir dan menilai dimuat naik 2 foto .. Diatas ialah sidang media semalam dan dibawahnya sidah media penubuhan Sekretariat Kita Lawan pada 15 hb Februari 2015.

Nyata amat semalam barisan pemimpin Sekretariat Kita Lawan amat jauh kurangnya semala mula-mula penubuhan kira-kira 10 hari yang lalu.

PETISYEN PENGAMPUNAN AGUNG PERLU TANDATANGAN ANWAR KATA PEGUAM KANAN


Tanpa persetujuan dan restu tuan punya tubuh maka secara otomatik petisyen pegampunan DiRaja akan ditolak.

Maksudnya Anwar Ibrahim sedar dan dalam pengetahuannya akan penyerahan petisyen pengampunan DiRaja oleh Kak Wan dan anak beranak ke istana negara Selasa lalu.

Tidak perlulah kita nak jadikan ianya suatu isu perdana kerana ini didalam ruang lingkup perlembagaan negara.


Petisyen Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pengampunan Diraja tidak sah sekiranya tidak ditandatanganinya sendiri dengan senarai faktor bagi pengampunan, kata seorang peguam kanan.

Datuk Jagjit Singh berkata, tidak sepatutnya bagi peguam atau ahli keluarga Anwar menandatangani surat mewakilinya kerana mereka bukanlah pihak yang terjejas secara langsung.

"Ia sepatutnya ditandatangani oleh seseorang yang dibebani keputusan mahkamah," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada tindakan mengejut isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak sulungnya Nurul Izzah Anwar, yang memohon petisyen bagi pengampunan Diraja kepada Istana Negara pada Selasa, sejurus sebelum tarikh akhir 14-hari untuk berbuat demikian tamat.

Nurul Izzah yang merupakan naib presiden PKR dan ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, petisyen untuk pengampunan Diraja itu dibuat berdasarkan sabitan kesalahan yang gagal menepati prinsip keadilan.

Peguam Anwar, N Surendran berkata pada Selasa yang ketua pembangkang itu tidak bercadang memohon pengampunan Diraja.

"Kami bertemu dengan Anwar di penjara minggu lepas dan beliau tidak memberi apa-apa arahan untuk memfailkan permohonan itu. Peguamnya juga tidak akan memfailkan permohonan sebegitu," katanya.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan Anwar kekal ahli Parlimen Permatang Pauh sementara menunggu keputusan Yang di-Pertuan Agong mengenai petisyennya.

Jagjit, 70, mengendalikan banyak permohonan ke Lembaga Pengampunan, termasuk permohonan bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Mokhtar Hashim yang disabitkan bersalah kerana membunuh Datuk Mohd Taha Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh pada 1982.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kemudiannya menukar hukuman mati Mokhtar kepada hukuman penjara lebih ringan yang akhirnya membawa kepada pembebasan awal daripada penjara.

Jagjit juga mengendalikan anak guam dihukum mati bagi kesalahan pengedaran dadah dan dijatuhkan hukuman mati kerana melanggar undang-undang keselamatan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri yang kini dimansuhkan.

Peguam itu juga berkata, dalam semua kes, anak guamnya sendiri menandatangani surat untuk permohonan pengampunan dengan menyenaraikan faktor yang boleh meringankan hukuman mereka.

"Dari segi undang-undang, pemohon sudah pun bersalah atas kesalahannya. Lembaga hanya boleh meringankan hukuman yang dijatuhkan mahkamah," tambahnya.

Anwar mula menjalani hukuman 5 tahun penjara pada 10 Februari selepas panel 5 hakim menolak rayuan ketua pembangkang itu terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Jagjit berkata, sekiranya petisyen Anwar diterima, beliau boleh menjangkakan pengampunan penuh ataupun separa pengampunan, merujuk kepada meringankan durasi hukuman penjara.

Beliau berkata, tiada jadual masa bagi Lembaga Pengampunan untuk bermesyuarat, tetapi ia mungkin mengambil masa 6 bulan selepas petisyen dibuat.

Minggu lepas, bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata lembaga tersebut merupakan pilihan terakhir bagi pengampunan walaupun ia tidak dapat menukarkan sabitan kesalahan kepada tidak bersalah.

"Lembaga boleh mempertimbangkan mana-mana perkara yang relevan dalam membuat keputusan," katanya sebagai respons kepada kenyataan bekas komando Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, mengatakan menerima arahan daripada orang atasannya sewaktu melakukan jenayah itu.

Sirul yang berlepas ke Australia pada Oktober lalu kini ditahan di pusat tahanan imigresen selepas notis merah dikeluarkan Interpol.

Talib yang berkhidmat sebagai peguam negara dari 1980 hingga 1993 berkata lembaga itu tidak terikat dengan pendapat peguam negara walaupun perlu mengambil kira nasihatnya.

Talib berkata permohonan Anwar bagi pengampunan Diraja akan diketuai sultan dan ahli lembaga akan terdiri daripada perdana menteri, ketua hakim negara dan dua lagi ahli.

UMNO ANGKAT BENDERA PUTIH ISTIHAR TIDAK MAU BERTEMPUR DI PRK DUN CHEMPAKA.


UMNO tidak akan meletakkan calonnya dalam pilihan raya kecil kerusi Chempaka bulan depan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini.

Ketua penerangannya Datuk Ahmad Maslan berkata keputusan itu dibuat bagi memberikan tumpuan pada usaha pemulihan Kelantan akibat banjir besar tahun lalu.

"Umno tidak bertanding di DUN Chempaka. Tumpu selesai bantuan banjir dan perpaduan ummah," katanya dalam mesej di Twitter.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan oleh presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi.

Pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 22 Mac depan, manakala penamaan calonnya pada 10 Mac.

Pada pilihan raya umum ke-13, bekas menteri besar Kelantan itu mengalahkan calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak, dengan majoriti 6,500 undi.


Apa-apa pun tahniah harus di berikan kepada UMNO kerana inilah julung kalinya dilihat bijak dan tepat dalam membuat keputusan politik... sedar diri akan kemampuan parti kalau dipandang secara kasar pun UMNO tidak mempunyai harapan langsung untuk menang .. kini UMNO akan dipandang sebagai main politik budiman.

Wednesday 25 February 2015

PATUTLAH ANGGOTA MAJLIS TERTINGGI UMNO INI TUMBANG DI BATU PAHAT SEMASA PRU 13 LALU .... CAKAP GUNA KEPALA LUTUT.




Seorang anggota Majlis Tertinggi Umno menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila memohon pengampunan diraja atas kesalahan meliwat.

Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata petisyen pengampunan selalunya dimohon oleh banduan yang menghadapi hukuman gantung atau penjara seumur hidup.

"Anwar ternyata seorang yang bacul kerana biasanya mereka yang menerima hukuman gantung atau penjara seumur hidup sahaja yang memohon pengampunan.

"Setakat lima tahun pun hendak minta pengampunan ternyata Anwar hanya gempar sahaja apabila selalu melaungkan slogan 'lawan tetap lawan'," katanya kepada portal rasmi parti itu Umno Online.

Bekas timbalan menteri itu menambah sejak menjadi pemimpin pembangkang, tindakan Anwar dan PKR banyak mencemarkan institusi raja.

"Tetapi sekarang melutut meminta pengampunan diraja. Sudah-sudahlah, Anwar mesti berhenti berlakon dan berbohong," katanya

Ketua Umno Batu Pahat berhujah lagi, jika Anwar diampunkan, ia akan menjadi duluan kes yang buruk bagi pesalah-pesalah rogol dan liwat.

"Bayangkan selepas ini ramailah peliwat dan perogol akan memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Pada 10 Feb, Anwar dijatuhkan hukuman lima tahun penjara selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Keluarga Anwar semalam menfailkan petisyen pengampunan di Istana Negara.

Permohonan itu membolehkan Anwar terus menjadi wakil rakyat Permatang Pauh sehingga keputusan dibuat oleh lembaga pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.


ULASAN OMAK KAU:-


Itu hak DSAI sebagai warga negara Malaysia yang diperuntukkan dalam perlembagaan membolehkan dirinya memohon keampunan dari DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung .. bukannya dirinya buat perkara yang tiada termaktub dalam perlembagaan.

Mengenai laungan Lawan tetap Lawan .. masih diteruskan .. apakah permohonannya ampun kepada Agung pasti diluluskan??? Bukankah itu juga suatu pertarungan ????

Sekurang-kurangnya kena terima hakikat .. belum ada dalam sejarah negara ketika ini seorang pemimpin yang bertarung dan bertempur dipentas politik sehingga tercampak kedalam penjara sepertimana dialami oleh DSAI .. Itu hakikat yang jelas dan tidak sesiapa pun boleh menafikannya.

Jangan nak sembang kencang berlagak sombong secara keterlaluan .. Omak Kau ingat kalau si Puad Zakarshi ini masuk penjara jangan katakan lima tahun lima hari hatta lima jam belum tentu mampu bertahan ... nampak gerbang penjara rasanya dah terkencing dalam seluar.

Berpolitik jangan keterlaluan bersifat benci dan julang jangan keterlaluan melambung.

Sebab itu tidak menghairankan mengapa tumbang menyembah bumi semasa PRU 13 lalu di Parlimen batu Pahat ditangan Dato' Idris Jusi dari PKR/PR .. jenis pemimpin yang mulut celupar tanpa berfikir sebelum mengeluarkan kenyataan dengan menggunakan kepala lutut!!!!

Inilah satu contoh pemimpin yang bersifat bongkak, angkuh dan sombong.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

RAKAMAN GAMBAR KERETA RASMI MB SELANGOR KELIHATAN MASUK KE PENJARA SG BULOH MENJADI RIBUT DI ALAM MAYA .. ADAKAH AZMIN MAU MEMBEBASKAN ANWAR IBRAHIM SEPERTIMANA JANJINYA KETIKA PELANCARAN REFORMASI 2.0?????


Ribut dan kecuh di alam maya mengenai rakaman gambar kereta rasmi Dato' Menteri Besar Selangor masuk ke Penjara Sg Buloh jam lebih kurang 8.45 pagi tadi 25hb Februari 2015 setelah 16 hari Anwar Ibrahim merengkuk di penjara Liwat II.

Rakyat bertanyakan . adakah Azmin Ali Dato' Menteri Besar Selangor merangkap abang kepada Azwan dan Ummi Hafilda Ali yang juga Timbalan Presiden PKR, kesana untuk membebaskan Anwar Ibrahim sejajar dengan ikrar sumpah janji keramatnya KETIKA MELANCARKAN REFORMASI 2.0 BAHAWA TIDAK AKAN IZINKAN ANWAR MERENGKUK DALAM PENJARA WALAUPUN SEHARI.

Nampaknya para pendokong dan penyokong PKR hampa dengan kehadiran Azmin Ali di penjara Sg Buloh pagi tadi sebabnya DSAI masih lagi merengkuk dalam penjara.

Tujuan apa lawatan itu tidaklah diketahui tetapi yang pasti sudah masuk hari keenam belas DSAI berada dalam penjara dan janji tetap tinggal janji.

Laungan berasap berapi akhirnya lesu longlai begitu sahaja tanpa ada tindakan positif yang menyakinkan.

KUMPULAN ANTI DEMOKRASI MUAT NAIK VIDEO MAU LETUPKAN KERETA KETUA POLIS NEGARA.



Sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka Anak Malaysia Anti Demokrasi (Amad) bertindak memuat naik klip video ugutan bunuh terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai desakan untuk beliau meletakkan jawatan.

Video berdurasi 1.27 minit dimuat naik di YouTube, memaparkan tiga individu berpakaian hitam dengan muka seorang daripada mereka ditutupi logo kumpulan sementara dua lagi memakai topeng muka.

Mereka memberikan amaran dalam bahasa Melayu sambil memegang sekeping kertas memaparkan wajah individu yang tidak dapat dikenal pasti.

Seorang daripada ahli kumpulan membaca ugutan yang mempersoalkan adakah Malaysia boleh menggantikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ketua Polis Negara dan Ketua Hakim Negara melalui proses demokrasi.

Dengan menjawab tidak, lelaki itu melabelkan kumpulan mereka sebagai anti demokrasi sebelum mengumumkan akan membunuh Khalid dengan cara meletupkan kereta.

"Adakah rakyat Malaysia boleh menukar pengerusi SPR melalui proses demokrasi? Adakah rakyat Malaysia boleh menukar ketua hakim negara melalui proses demokrasi dan adakah rakyat Malaysia boleh menukar ketua polis negara melalui proses demokrasi?

'Tidak, manusia-manusia inilah perosak ejen demokrasi!" kata kumpulan terbabit menerusi video tersebut.

Mereka berkata, tindakan itu akan menyebabkan ketua agensi kerajaan takut melakukan kesalahan menipu demokrasi di mana rakyat Malaysia akan bangkit dengan cara bukan melalui demokrasi.

Di akhir video, kelihatan seorang lagi lelaki bertopeng bangkit  membawa kereta mainan di hadapan lelaki dengan muka bertutup dan membakar kereta tersebut dengan pemetik api disusuli bunyi letupan.

Video bertarikh 23 Januari bertajuk "Peringatan kepada IGP " meraih tontonan sebanyak lebih 5,000 pengguna setakat ini.

HARI INI MASUK HARI KE ENAM BELAS ANWAR MERENGKUK KEDALAM PENJARA ... MANA DIA JANJI DAN IKRAR KERAMAT AZMIN ALI PASTIKAN ANWAR TIDAK MERENGKUK DALAM PENJARA WALAUPUN SEHARI????




Semasa berucap di Kongres Nasional PKR di Johor, 25 November 2011 lalu, Azmin dilaporkan berkata PKR akan "merobohkan tembok penjara" jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

"Sekali lagi malam ini saya nak ikrarkan, saya akan bekerja, saya akan lawan pastikan satu hari pun anwar tidak akan merengkuk dalam penjara" - Azmin Ali ... ucapan melancarkan Reformasi 2.0 sempena PRK Kajang.

Talk is cheap .. buatnya???? .. Sebab itu jangan sembang terlalu kencang akan setia tenggelam dan terapung bersama DSAI.

Sebelum duduk di kerusi kuasa bukan main lagi kencang berbicara dan berpidato .. naik seluruh bulu roma bersemangat seolah-olah tiada pemimpin didalam dunia yang sanggup lakukan apa sahaja hattan melanggar undang-undang sekali pun demi memastikan DSAI tidak merengkuk kedalam penjara untuk kali kedua.

Hakikatnya????? .. Tidak memerlukan otak genius pencipta roket ke angkasa untuk berfikir dan menilai.

Kalau tidak mampu lakukan jangan bersuara terlampau kencang, sebab itu segala kata-kata Azmin Ali kini, dipandang sinis sipi oleh rakyat .. dengar boleh pegang dan percayanya jangan... jangan persalahkan rakyat dan anggota-anggota parti kerana bersikap dan berpendirian sedemikian, sebaliknya salahkan diri sendiri.

Antara ciri-ciri Munafik Dalam Islam:-

1) Khianat Sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila berjanji, dia berkhianat." Barangsiapa memberikan janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar'i maka telah melekat pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.

2) Ingkar Janji Sabda Rasulullah SAW: "Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat." (HR. Bukhari Muslim)

Omak Kau secara peribadi tidak setuju dan sokong politik ganas melanggar undang-undang dan perlembagaan negara .. berpolitik ikut saluran yang diiznkan oleh undang-undang dan perlembagaan. .. Politik matang bukan politik binatang .. Politik Budiman bukan Politik Sawan.

Tidak terpukau dan tersilau maupun terpesona dengan politik retorik dengan kata-kata hebat seronok didengar sebagai halwa telinga, penyedap hati dan pendingin jiwa yang resah dan gusar.

Cukup kuat berpegang kepada falsafah politik pro kebenaran walaupun pahit .. politik berpegang teguh kepada janji sebelum dan selepas berkuasa .. benci politik flip flop berdolak dalik .. meluat politik matlamat menghalalkan cara ... menyampah politik retorik omong-omong kosong.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR .... MEMBUJUR LALU MELINTAH PATAH .... LAWAN TETAP LAWAN.

NEGERI TERENGGANU AKAN LAKSANAKAN HUKUMAN NAIK VAN JENAZAH TERHADAP LELAKI TERUTAMANYA MAT REMPIT TIDAK SOLAT JUMAAT.


Persoalannya siapa yang melakukan penangkapan???? .. Jika pihak penguat kuasa Majlis Agama Islam dan Adat Terengganu (Maidam), beerti dia pun tidak solat Jumaat juga????? .. Yang tidak solat Jumaat tangkap yang tidak solat Jumaat????  BEGITU?????

Kerajaan Terengganu bakal melaksanakan hukuman denda menaiki van jenazah terhadap lelaki Melayu khususnya golongan mat rempit yang didapati tidak menunaikan solat Jumaat.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pihak berkuasa agama tempatan akan bertindak membawa mereka yang bersalah berarak di sekitar pusat bandar raya negeri itu dengan menaiki van jenazah sekiranya ditangkap.

Katanya, proses penelitian hukuman bagi kesalahan tersebut sudah selesai dan akan dimulakan tidak lama lagi.

Razif berkata, hukuman tersebut dijalankan kepada mereka yang masih lagi berdegil mengulangi kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat meskipun sudah diberikan kaunseling.

"Mereka yang terbabit termasuk mat rempit didapati tidak menunaikan solat Jumaat akan ditangkap oleh penguat kuasa Majlis Agama Islam dan Adat Terengganu (Maidam) dan diberi kaunseling serta bimbingan agama terlebih dahulu," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Pada masa sama, Razif yakin Maidam dapat menggalas tugas dan peranan mereka dengan sebaik mungkin dalam usaha menangani gejala sosial.

Beliau berkata, ini termasuk keputusan menambah jumlah anggota penguat kuasa wanita selain memperkemas kekuatan sedia ada bagi membolehkan penguatkuasaan berjalan dengan baik.

Selain itu beliau berkata, kerajaan Terengganu juga memaklumkan kepada Pesuruhjaya Hal Ehwal agama negeri, Datuk Mohd Rozali Salleh untuk mewujudkan sebuah pusat pemulihan atau pondok pemodenan bagi memberi khidmat kaunseling dan pendedahan ilmu agama kepada pesalah terbabit.

Awal Januari lalu, kerajaan Terengganu mengarahkan kesemua pasar raya menutup premis pada waktu solat Jumaat selama dua jam.

ISU PAS MENERIMA AMARAN DAN UGUTAN AGAR KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT ... MUSTAFA ALI TEMPELAK GOBIND SINGH DEO.



Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu tidak akan keluar dari Pakatan Rakyat walaupun menerima ugutan dan amaran daripada rakan gabungan, DAP.

Katanya, PAS menganggap kenyataan berbaur amaran oleh Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dua hari lalu menunjukkan pemimpin DAP itu tidak faham dengan konsep Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, isu pelaksanaan hukum Hudud oleh PAS Kelantan sudah lama dibangkitkan dan tidak perlu ditimbulkan oleh mana-mana pihak termasuk rakan gabungan Pakatan Rakyat (PR) iaitu DAP dan PKR.

“Pas tidak akan terkeluar daripada PR. Gobind tidak faham dan isu Hudud telah lama kita bangkitkan,” katanya dalam entri terbaharu facebook beliau semalam.

Selasa lalu, Gobind yang juga Ketua Biro Undang-Undang DAP dalam kenyataannya kepada media berkata, PAS bukan lagi sebahagian daripada rakan gabungan pakatan pembangkang sekiranya parti itu kekal dengan keputusannya membentangkan Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah Kelantan II (Hudud) Mac ini.

Kata beliau, undang-undang hudud yang hendak diperjuangkan PAS itu tidak terkandung dalam perjanjian Dasar Bersama Pakatan Rakyat antara parti itu dengan PKR dan DAP.

Kenyataan Gobind turut mendapat maklum balas daripada Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan dan Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Ulamak PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Kata mereka, PAS Kelantan akan tetap membentangkang rang undang-undang berkaitan hudud pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bermula 16 hingga 19 Mac ini.

BERITA DUKA UNTUK YANG PELAHAP SANGAT NAK JADI KETUA PEMBANGKANG .... KAK WAN LAYAK BERTANDING PRK PERMATANG PAUH KATA PENGERUSI SPR


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail layak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh selepas tempoh penggantungannya kerana meletak jawatan sebagai ahli parlimen kawasan itu tanpa alasan kukuh pada 2008 sudah berakhir.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, isu penggantungan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak timbul lagi kerana tempoh tersebut hanya berkuatkuasa selama lima tahun.

“Pada pandangan saya, beliau (Dr Wan Azizah) tiada masalah jika mahu bertanding di Permatang Pauh. Lagipun kes beliau meletak jawatan sudah lama (2008), jadi tempoh penggantungannya saya rasakan sudah berakhir,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Abdul Aziz berkata, seseorang itu tidak layak menjadi calon untuk bertanding pada pilihan raya sekiranya pernah dipenjara lebih daripada setahun, muflis atau pernah didenda lebih RM2,000.

“Bagi kes Dr Wan Azizah, setakat yang saya ketahui beliau tidak pernah melanggar syarat-syarat yang ditetapkan. Buat masa ini, beliau hanya memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang,” katanya.

Dr Wan Azizah meletak jawatan sebagai ketua pembangkang dan ahli parlimen pada 31 Julai 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi tersebut.

Baru-baru ini, sumber mendedahkan Biro Politik PKR bersetuju untuk menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon untuk menggantikan kerusi yang dikosongkan Anwar selepas suaminya itu gagal dalam rayuan terakhir kes liwatnya dan kini menjalani hukuman penjara lima tahun.

Dalam mesyuarat yang diadakan lewat malam Selasa lalu, sumber tersebut menyatakan parti itu akan menemui Anwar untuk mendapatkan kelulusan berhubung keputusan tersebut.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai PRK Permatang Pauh, Abdul Aziz berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan kerusi tersebut sebaik sahaja menerima notis kekosongan kerusi berkenaan daripada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Kami ada tempoh tidak lebih 10 hari untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan kerusi Permatang Pauh. Sebaik sahaja notis kekosongan kerusi diterima, kami akan menghantar kenyataan media untuk memaklumkan mengenai mesyuarat khas itu,” katanya.

Jelas beliau, SPR masih lagi menunggu notis kekosongan kerusi tersebut daripada Speaker Dewan Rakyat selepas tempoh rayuan semakan kehakiman Anwar berakhir semalsam.

“Hari ini (Selasa) adalah hari terakhir Anwar untuk membuat rayuan semakan kehakiman terhadap kes liwatnya. Jika tiada rayuan, mungkin esok (Rabu) Speaker Dewan Rakyat akan menghantar notis kekosongan kerusi Permatang Pauh. Jadi kita terpaksa tunggu notis terlebih dahulu,” katanya.

APAKAH TUDUHAN KEATAS TSKI SELAMA INI TANPA DI SOKONG DENGAN FAKTA DOKUMEN BANK ISLAM???????


Inilah persoalan yang berlegar-legar diminda dan kepala rakyat kini mengenai pertuduhan roadshow yang dihadapi TSKI suatu ketika dulu betapa beliau perlu diganti sebagai Dato' Menteri Besar Selangor dimana cara penyelesaian hutangnya dengan Bank Islam cukup meragukan sekali apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan PKR dan mantan Setiausaha Agungnya untuk memperolehi dokumen-dokumen berkaitan dengan hutang TSKI dengan Bank Islam.

Kini rakyat di akar umbi sudah bersuara setelah mindanya dicuit, bahawa pertuduhan dibuat atas landasan hentam kromo semborono .. tuduh dulu kemudian minta mangsa yang kena tuduh buktikan yang dirinya tidak bersalah bukannya beban pembuktian setiap pertuduhan adalah terletak dibahu sipenuduh.

Setahu Omaklah .. Saifuddin Nasution ni jenis pemimpin akan bersuara dan membuat pertuduhan dengan bukti dan fakta ... Bab ini mengapa digambarkan betapa pertuduhan dibuat tanpa disokong dengan dokumen-dokumen yang berkaitan???? ... Pelik juga rasanya.

Perlunya pihak terbabit memberikan respon segera agar tidak terus terbina dan kekal abadi dalam minda rakyat betapa TSKI rupa-rupanya adalah mangsa politik Machiavelli matlamat menghalalkan cara.

Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam menolak permohonan bekas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail untuk mendapatkan dokumen berkenaan penyelesaian hutang Bank Islam Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan perkara itu selepas mendapati permohonan yang difailkan oleh Saifuddin dalam kes saman fitnah terhadapnya tidak mempunyai merit.

Mahkamah turut menetapkan selama empat hari bermula 18 Mei depan untuk perbicaraan kes saman itu.

Pada 18 Ogos tahun lepas, Abdul Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin secara peribadi dan atas kapasiti beliau sebagai setiausaha agung PKR (ketika saman difailkan) berhubung pengedaran dokumen laporan 'Keputusan menggantikan menteri besar Selangor', bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah bekas menteri besar itu.

Selain menuntut ganti rugi, Abdul Khalid yang memfailkan saman melalui Tetuan Bon, memohon perintah menghalang Saifuddin atau wakilnya, pekerjanya dan kakitangannya dari menerbit, mengeluar, mengedar, mencetak atau menyebabkan perkataan yang memfitnah beliau (Abdul Khalid).

Pada 9 Jan lepas, Saifuddin memfailkan permohonan bagi mendapatkan daripada Abdul Khalid beberapa dokumen berkenaan penyelesaian hutang di luar mahkamah di antara bekas menteri besar Selangor itu dan Bank Islam atas alasan dokumen tersebut penting untuk menyokong kes saman terhadap beliau.

Abdul Khalid dalam afidavit jawapannya antara lain memberitahu bahawa beliau tidak dibenar untuk menzahirkan terma penyelesaian di luar mahkamah berkenaan tanpa keizinan pihak Bank Islam kerana beliau terikat dengan perjanjian ketakdedahan (non-disclosure agreement).

Bekas menteri besar itu berkata jika terma penyelesaian tersebut didedahkan, ia akan memprejudis dan menjejaskan penyelesaian di antara beliau dengan Bank Islam.

Selain itu, Abdul Khalid yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang berkata Saifuddin memfailkan permohonan tersebut dengan niat jahat dan merupakan satu 'fishing expedition' (percubaan 'memancing' maklumat) semata-mata.



BONGKAR DAN HEBAH DEMI KEBENARAN WALAUPUN PAHIT UNTUK DIHADAM ... AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR.


KALAU BENAR TSKI ATAU SESIAPA PUN MELAKUKAN KERJA YANG BOLEH MENIMBULKAN KERAGUAN DEMI KEPENTINGAN DIRI DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA DEDAHKAN .. PASTIKAN PENDEDAHAN ITU CUKUP KUAT DENGAN SOKONGAN BUKTI-BUKTI YANG CUKUP MENYAKINKAN.

KES REBUT GADIS MUAT NAIK "POSE" MANJA DI FACEBOOK ... ANGGOTA POLIS PANGKAT KONSTABLE DIPENJARA ENAM BULAN.


KOTA BHARU - Mengejutkan apabila seorang anggota polis antara yang dijel enam bulan oleh mahkamah majistret, di sini, semalam, kerana bergaduh dalam insiden tembakan merebut seorang gadis, 8 Februari lalu.

Konstabel berkenaan, Mohamad Izzat Irfan Md Khuzeh, 26, mengalirkan air mata dan dipeluk seorang lagi tertuduh, Farid Suria, 23, sejurus hukuman diputuskan Majistret, Mohd Firdaus Zainal Abidin.

Mohamad Izzat mengaku bersalah bergaduh di tempat awam dan mengganggu ketenteraman di sebuah restoran di Jalan Kebun Sultan Off Jalan Sri Cemerlang, di sini, pada jam 11.45 malam, tarikh itu.

Dua lagi yang mengaku, Wan Mohamad Farif Wan Ahmad, 23, dan Mohamad Hasrizal Mazlan, 20, masing-masing dipenjara lima bulan.

Selebihnya, Shahrul Hafiz Shafie, 25; adiknya, Mohamad Shahrin, 22;  Mohamad Ridhuan Yusof, 22; Farid Suria; Nik Muhamad Nazrin Nik Ismail, 22; Wan Mohd Arham Wan Mansor,27, dan adiknya, Wan Mohammad Fahmi,22, menafikan tuduhan dan dibebaskan dengan ikat jamin RM1,600 setiap seorang kecuali Farid Suria, RM4,000.

Kesemua 10 tertuduh didakwa secara bersama mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri. Nurliyana dalam hujah pemberatan hukuman memohon tiga tertuduh yang mengaku salah dihukum dengan setimpal.

“Sebagai penjawat awam, perkara ini tidak patut berlaku. Sepatutnya tertuduh menjaga ketenteraman awam, sebaliknya tertuduh pula yang terlibat. Punca insiden yang berlaku pula terlalu kecil dan amat memalukan. Ada banyak lagi perkara besar yang perlu diberi perhatian dalam hidup ini,” katanya.

Sementara, di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, Farid Suria dituduh pada satu lagi tuduhan berasingan di hadapan Hakim, Mohd Yusoff Yunus iaitu memiliki sepucuk pistol jenis Steyr Mannlicher buatan Austria tanpa lesen dan permit sah di sebuah rumah di Jalan Kebun Sultan, Kampung Dusun Raja, di sini, pada jam 7 pagi, 9 Februari lalu.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 24 Mac depan.

Dalam kejadian lalu, dua kumpulan terdiri lima dan tujuh orang bertengkar kerana perebutan seorang gadis yang memuat naik ‘pose’ manja di Facebook sehingga seorang dari mereka melepaskan dua das tembakan mengenai dua kereta berhampiran restoran itu. Tiada kecederaan dilaporkan.

PENYAMUN DIBELASAH SAMPAI MATI OLEH SUAMI MANGSA.

                                   Lokasi di mana mayat suspek ditemui, semalam

TAMPIN - Percubaan seorang lelaki untuk menyamun seorang wanita, berakhir dengan dia mati dibelasah oleh suami mangsa di luar sebuah rumah di Air Kuning Tambahan, Gemencheh, 30 kilometer dari sini, semalam.

Mayat lelaki berusia 49 tahun itu ditemui terlentang dengan tangan diikat ke belakang, menggunakan tali rafia. Satu topeng juga ditemui di situ.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam yang memberitahu terdapat pergaduhan di kampung itu.

“Sebaik tiba di lokasi, lelaki itu ditemui sudah mati. Turut ditemui di lokasi kejadian ialah sebilah pisau, dua biji batu dan serpihan batang paip," katanya.

Menurutnya, kejadian berlaku sekitar 12.30 tengah malam apabila lelaki itu menyerang pasangan suami isteri berusia 57 dan 50an itu yang baru tiba di kawasan rumah selepas membeli makanan.

Menurutnya, sebaik sahaja si isteri, seorang warga Singapura, turun dari kereta, dia diserang lelaki tersebut.

"Si suami cuba meleraikan pergelutan dengan memukul lelaki itu dengan batang paip. Si isteri cedera di lengan kiri dan luka pada jari telunjuk.

"Wanita itu dibawa ke klinik kesihatan berdekatan oleh suaminya sebelum dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan," katanya.

Kooi Cheang berkata, polis sedang mencari waris si mati, yang dipercayai dari Cheras, Kuala Lumpur.

“Mayatnya kini di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk bedah siasat," katanya.

Beliau meminta mereka yang ada maklumat mengenai kes itu menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tampin, Asisten Superintendan Mohd Safari Sidik atau Asisten Superintendan P Pusparani di talian 06-4411222 untuk membantu siasatan.

Kooi Cheang menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak memukul suspek jenayah.

“Orang ramai hendaklah menangkap dan menyerahkan suspek kepada polis. Memukul suspek sehingga cedera atau mati menyalahi undang-undang," katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun serta mencederakan orang, serta seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Difahamkan, polis sudah mengambil keterangan daripada pasangan suami isteri berkenaan semalam.

Tuesday 24 February 2015

INI APA KES ... KERETA RASMI SULTAN KEDAH ASAL???????


Kereta nombor pendaftaran WME 3621 tertera di nombor platnya tertulis ayat ' KERAJAAN EMPAYAR LANGKASUKA NUSANTARA TUANKU RAJA MERONGMAHAWANGSA II SULTAN KEDAH ASAL IMAM ALMAHDI'

Mohon pihak berwajib ambil tindakan susulan kepada tuan punya kereta ini.

KEDUDUKAN ANWAR SEBAGAI AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH AKAN DIPUTUSKAN OLEH AGUNG KATA SPEAKER DEWAN RAKYAT.



Kedudukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh hanya akan diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata Anwar masih lagi kekal sebagai ahli Parlimen selepas keluarganya memohon pengampunan Diraja selepas dikenakan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan kes liwatnya,

“Dimaklumkan bahawa saya selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menerima sesalinan petisyen bagi suatu pengampunan pada 24 Februari 2015 yang difailkan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah Anwar dan Nurul Nuha Anwar bagi pihak Yang Berhormat Permatang Pauh kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Maka kehilangan kelayakkan Yang Berhormat Permatang Pauh hanya akan mula berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen itu diputuskan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Pandikar, perkara itu selaras dengan peruntukkan undang-undang di bawah perenggan (c) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuaan.

Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu menolak rayuan akhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Bermula daripada tempoh itu, Anwar diberi selama 14 hari untuk memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong sebelum kelayakan sebagai ahli Parlimen digugurkan iaitu pada 24 Februari 2015.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sebelum ini mengesahkan Ketua Pembangkang itu tidak akan memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung sabitan kes liwat yang dihadapinya.

Bagaimanapun, keluarga Anwar diketuai isterinya Wan Azizah telah memohon pengampunan Diraja bagi hukuman atas kesalahan kes liwatnya pada saat akhir.

TINDAKAN KELUARGA ANWAR HANTAR SURAT MOHON PENGAMPUNAN KE ISTANA NEGARA MEMERANJATKAN.



Keluarga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon pengampunan Diraja bagi hukuman atas kesalahan kes liwatnya hari ini.

Inisiatif permohonan tersebut dilakukan kerana Anwar berisiko kehilangan kerusi Permatang Pauh yang disandangnya itu dilakukan keluarga Anwar dan bukannya PKR.

Difahamkan, permohonan tersebut sudah pun dihantar ke Istana Negara petang tadi.

Sementara itu anak sulung kepada Anwar Nurul Izzah berkata, petisyen memohon ampun itu sudah selamat dihantar ke Istana Negara.

‎"Petisyen memohon ampun atas alasan pengetepian prinsip-prinsip keadilan dan pembelaan daripada penganiayaan fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah selamat dihantar ke Istana," kata ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR itu.

Tarikh akhir 14-hari bagi Anwar untuk memfailkan permohonan tersebut akan tamat hari ini dan tanpanya, beliau secara automatik akan tersingkir sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh.‎

Awal hari ini, peguam Anwar N Surendran berkata ketua pembangkang itu membuat keputusan untuk tidak memohon pengampunan Diraja.

"Kami bertemu dengan Anwar di penjara minggu lepas dan beliau tidak memberi apa-apa arahan untuk memfailkan permohonan itu. Peguamnya juga tidak akan memfailkan permohonan sebegitu," katanya.

Pada 10 Februari, panel 5 hakim yang diketuai Ketua Hakim Arifin Zakaria mendapati Anwar bersalah melakukan liwat dengan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar didakwa melakukan kesalahan tersebut di unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10pm - 4.30pm pada 26 Jun, 2008.

Perlembagaan Persekutuan menyatakan kerusi tidak akan diumumkan sebagai kosong sehinggalah Lembaga Pengampunan mempertimbangkannya dan membuat keputusan.

Surendran juga berkata pasukan peguam Anwar akan terus meneliti kehakiman 116-mukasurat itu sebelum membuat keputusan untuk memfailkan semakan semula terhadap penghakiman tersebut.

"Tiada jadual masa untuk memfailkan semakan semula itu, tetapi ia perlu dilakukan secepat mungkin," katanya.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...