KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Sunday, 31 May 2015

BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT MALAYSIA ... HARGA RON97, RON95 DAN DIESEL NAIK 10 SEN SELITER MULAI TENGAH MALAM INI.




Berkuat kuasa tengah malam ini, harga petrol akan naik 10 sen seliter.

Kedua-dua RON95 dan diesel akan berharga RM2.05 liter manakala RON97 akan berharga RM2.35 per liter.

Semua harga termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang mana berkenaan.

"Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Jun ini," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, lapor Bernama.

Harga minyak sebelum ini tidak berubah selama tiga bulan berturut-turut dengan petrol RON95 berharga RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.

Sementara itu, dalam reaksi segeranya, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata beliau berharap harga barang tidak naik ekoran kenaikan bahan bakar itu.

"Bila harga minyak turun, harga barang tak turun. Bila harga minyak dunia naik, maka minyak Malaysia juga naik. Harga barang jangan pula dinaikkan!" kata beliau dalam Twitternya.

RUPA-RUPANYA NGO YANG TAWARKAN HABUAN RM1 JUTA UNTUK SESIAPA YANG BERI MAKLUMAT KEKAYAAN LUAR BIASA MAHATHIR YANG TERSOROK ADALAH NGO MESRA KETAT MAHATHIR SENDIRI???????



Angin bertiup amat kencang diperingkat akar umbi betapa NGO yang menawarkan habuan RM1 juta untuk mana-mana pihak tampil berikan maklumat mengenai aset dan wang tunai milik Mahathir yang tersorok rupa-rupanya dipimpin oleh seorang individu pendokong tegar Tun Mahathir sendiri dengan memberi gambaran seolah-olah NGO mesra Najib yang melakukan sedemikian.

Alasanya sebagai nak tunjukkan kepada dunia betapa dengan habuan sebanyak RM1 juta pun masih tidak mampu konon nak buktikan kekayaan luar biasa milik Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Sebab jelas nak dapatkan habuan beberapa syarat ketat perlu dipenuhi .

Fikir secara hukum akal logik .. kalaulah sungguh NGO ini mesra dan pendokong serta penyokong ketat lagi tegar Najib Razak yang tawarkan, apakah sukar sangat nak perolehi maklumat mengenai Mahathir????? .. Bukankah Najib Razak sebagai Perdana Menteri beliau mempunyai cukup lebar dan luas jaringan akses mengenai seseorang pemimpin negara kita??? .. Perlu apa nak war-warkan tawar RM1juta untuk pemberi maklumat ... nampak sangat sandiwara tinggi yang tidak masuk akal langsung.

Semalam dahlah Mahathir diberitakan kena game dengan adik Najib Nazir isu aset di Pulau Cayman dan Singapura .. kali ini nak guna NGO mesra diri sendiri buat wayang tinggi kononnya diri sendiri tidak gentar disiasat kerana memiliki berbillion ringgit harta semasa menjadi Perdana Menteri selama lebih 22 tahun.

Kamu boleh tipu dan perdaya semua rakyat dalam separa masa , tipu separuh rakyat dalam setiap masa tetapi tidak mungkin dan mampu membodohkan semua rakyat setiap masa... TENKIU.

Mohon NGO terbabit memberikan respon demi pencerahan dan kebenaran .. sekadar penafian pakai air liur rakyat tidak akan termakan apatah lagi nak telan bulat-bulat.


Pertubuhan Warga Untuk Tata Kelola Pemerintahan Bertanggungjawab (CAGM) menawarkan habuan sehingga RM1 juta kepada mana-mana pihak yang tampil memberi maklumat mengenai wang tunai dan aset tersembunyi  Tun Dr Mahathir Mohamad .

Jika itu tidak cukup menggiurkan, CAGM sebenarnya berjanji untuk memberikan habuan lumayan itu kepada setiap individu yang membantu menemukan harta milik bekas perdana menteri selama 22 tahun itu.

Pengerusinya, Md Zainal Abidin berkata, pihaknya akan merahsiakan segala butiran identiti pemberi maklumat terbabit.

"CAGM menjalankan penyelidikan dan merujuk kepada laporan media, Dr Mahathir mampu menjadi perdana menteri selama 22 tahun kerana memiliki kemewahan yang banyak.

"Kebanyakannya disembunyi di luar pesisir pantai melalui pelbagai lapisan proksi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, pertubuhan sama menyatakan rancangan mereka untuk menyaman Dr Mahathir sebanyak RM50 bilion kerana membazirkan wang pembayar cukai.

Tidak banyak yang diketahui mengenai pertubuhan itu dan Md Zainol mendakwa, ia baru ditubuhkan sebulanlalu namun mempunyai kira-kira 2,000 ahli.

Kata Md Zainol semakan di Wikipedia pada Disember 2012 juga menunjukkan Dr Mahathir adalah bekas pemimpin negara yang kedua terkaya di dunia selepas Hosni Mubarak.

Kenyataan CAGM bagaimanapun mengingatkan, mereka meletakkan beberapa syarat kepada pemberi maklumat sebelum habuan RM1 juta itu boleh diserahkan.

PEMIMPIN YANG GAGAL PERTAHANKAN SEBAGAI YANG DIPERTUA PAS KAWASAN KAMPAR AJAK AHLI PAS TUMBANGKAN HADI SEBAB HADI AWANG TIDAK BOLEH BERBAHASA INGGERIS?????



Presiden dan barisan kepimpinan yang baru perlu diwujudkan di dalam PAS bagi memastikan parti itu terus kukuh bersama Pakatan, bekas menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Nizar berkata beliau hanya mahukan parti itu dipimpin oleh individu yang tidak memperkecilkan rakan pimpinan dalam Pakatan demi menjaga keharmonian parti.

"Selepas muktamar apa yang saya mahu ialah muka presiden yang baru dan Pakatan akan kukuh seperti asal pada 2008 yang mana persefahaman pemimpin Pakatan jauh lebih akrab dan tidak keluarkan kenyataan yang memperkecilkan rakan pimpinan Pakatan.

"Presiden perlu baru, perlu juga pimpinan yang baru yang campuran bersama ulama. PAS perlu dipimpin oleh ulama dan siapa ulama itu? Dia ialah Ustaz Ahmad Awang.

"Dia (Hadi) boleh cakap Arab, dia (Ahmad) juga boleh bercakap dalam bahasa Arab, dia (Ahmad) boleh bercakap dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, dia (Hadi) tidak boleh.

"Kita perlukan kepimpinan yang dihormati parti dan negara kita. Dan dengan kepimpinan baru yang raikan Pakatan ia akan menghilangkan khurafat yang mengatakan hanya Umno boleh pimpin orang Melayu," kata Nizar.

Beliau berkata demikian dalam forum 'Mampukah PAS dilonjakkan Pasca Jun 2015' di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) malam tadi. 

Turut hadir sebagai ahli panel dalam forum itu ialah calon Presiden Ahmad Awang dan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib.

Nizar berkata, walaupun beliau tewas untuk mengekalkan jawatan yang dipertua PAS Kawasan Kampar, namun beliau tetap bertanding mempertahankan kerusi ahli jawatankuasa PAS Pusat pada pemilihan kali ini.

Beliau turut mendakwa, semasa pemilihan PAS kali ini, beliau teruk difitnah "orang dalam parti" berbanding yang pernah dilakukan oleh Umno semasa pilihan raya umum lalu. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan individu terbabit.

Katanya, fitnah yang dilemparkan bahawa beliau menolak kepimpinan ulama tidak benar sama sekali memandangkan segala kritikan yang diberi kepada kepimpinan PAS demi sayangkan parti.

"Adakah betul kumpulan profesional nak gulingkan ulama sedangkan saya beranggapan kalau tiada ulama (Majlis Syura) untuk tangani masalah yang di bawa Umno, dah lama PAS merudum.

"Ulama sebenarnya yang menyelamatkan parti kerana mereka ada ilmu yang boleh menyelamatkan parti. Tiba-tiba saya hari ini dituduh anti ulama dan nak jatuhkan presiden.

"Sedangkan kalau di dalam mesyuarat, kalau saya beri kritikan itu bermakna saya sayangkan orang tersebut tetapi saya lebih sayangkan parti.

"Saya beri pandangan dan kritikan kerana saya nak mereka membangun, bukankah itu peradaban dalam Islam. Semasa dipimpin oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Allahyarham Datuk Nik Aziz (Nik Mat), saya beri kritikan yang sama dan mereka raikan pandangan mana-mana ahli PAS.

"Hari ini pandangan dalam PAS, kalau kritik presiden, ini lah orang yang sokong bawa rebah," kata ADUN Changkat Jering itu lagi.

POLIS DAN KOMUNITI ... KERETA MEWAH KEHABISAN MINYAK ANGGOTA POLIS UNIT RONDA BERMOTOSIKAL MEMBERIKAN BANTUAN.



Seorang anggota Unit Ronda Bermotosikal (URB 11) memberi bantuan kepada seorang pemandu kereta mewah jenama Mercedes Benz yang kehabisan miyak di persimpagan lampu isyarat Sri Hartamas.

Bak kata Kassim Baba dalam cerita legenda arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Ali Baba Bujang Lapok ... "kamu ingat orang kaya semuanya senang ke?  .. ADA MASA PUN SESAK DAA!!!!!"


Polis sedia berkhidmat
Kerna negeri dan rakyat
Hidup berbahagia, aman sentosa
Polis sedia berkhidmat

Polis sedia berkhidmat
Pada negeri dan rakyat
Hidup berbahagia, aman sentosa
Polis sedia berkhidmat

Tanda lekat di lengan
Polis dengan preman
Tangan bersalaman
Alamat persahabatan

Polis sedia berkhidmat
Pada negeri dan rakyat
Hidup berbahagia, aman sentosa
Polis sedia berkhidmat

MOHON JANGAN KETAWA ... RUPA-RUPANYA GAJI MB DAN ADUN PAHANG NAIK SEHINGGA 167 PERATUS SEBAB AMBIL KIRA KEPENTINGAN RAKYAT YANG BERADA DALAM KESUSAHAN KATA ADNAN YAAKOB.


Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini meluluskan kenaikan gaji 42 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada RM4,112 kepada RM11,000 sebulan, berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Kenaikan itu juga membabitkan gaji Speaker DUN daripada RM6,109 kepada RM14,000 sebulan dan Timbalannya (RM2,662 kepada RM7,000 sebulan).

Sementara itu, gaji Menteri Besar pula dinaik-kan kira-kira 110 peratus daripada RM14,175 kepada RM30,000 sebulan manakala Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (RM6,109 kepada RM14,000 sebulan) dan gaji Setiausaha Politik Menteri Besar (RM3,993 kepada RM9,000 sebulan).

Kelulusan tersebut diumumkan Speaker DUN, Datuk Ishak Muhamad selepas menerima cadangan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob agar Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980 dipinda.

Keputusan itu juga dibuat setelah mendapat sokongan sebulat suara daripada kesemua ADUN dalam persidangan tersebut yang bermula Isnin lalu dan berakhir hari ini.

Adnan berkata, keputusan meminda gaji tersebut tertangguh sejak sekian lama dan dibuat bagi memastikan kesemua ADUN dapat memberi khidmat terbaik kepada pengundi di kawasan masing-masing.

“Kalau kita membuat perbandingan dengan negeri lain, terdapat perbezaan ketara dan Pahang merupakan antara negeri yang lewat berbuat demikian.

“Kenaikan ini turut mengambil kira kepentingan rakyat yang sedang berada dalam kesusahan, saya sendiri sangat berat dan susah hati untuk mencadangkan pindaan ini dibuat,” katanya.

BEKAS NAIB PRESIDEN PAS NAKHAIE AHMAD DAKWA SEORANG LAGI BEKAS NAIB PRESIDEN PAS AHMAD AWANG DIPERALAT UNTUK TENTANG HADI AWANG.



Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad berkata Ahmad Awang sengaja dipergunakan oleh sesetengah pihak di dalam parti Islam itu untuk melemahkan sokongan kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Nakhaie juga tidak menyangkal kemungkinan ia didalangi oleh pihak luar daripada PAS.

Katanya, Ahmad 'sengaja' ditampilkan dengan sebagai pesaing Hadi bagi jawatan Presiden PAS dalam pemilihan parti akan datang supaya sedikit sebanyak dapat mengurangkan sokongan terhadap pemimpin parti itu.

"Sebab itulah saya katakan bahawa Ahmad hanya diperalatkan oleh penentang Hadi. Mereka mahu seseorang yang boleh melawan Hadi dengan berimej ulama kerana mereka sedar pengaruh golongan ulama masih kental di dalam PAS," katanya baru-baru ini.

Meskipun cakap-cakap wujud bahawa Ahmad akan menjadi seseorang yang mampu merapatkan kembali jurang antara PAS-DAP, Nakhaie percaya bekas Pesuruhjaya PAS Perak itu masih tidak mampu menandingi kredibiliti Hadi.

"Hadi mempunyai imej yang lebih baik dari segi pengaruhnya yang lama di dalam PAS. Malah penyokongnya dianggap apabila mempertahankan Hadi bermakna turut mempertahankan golongan ulama.

"Walaupun Ahmad juga berimej ulama, tetapi penyokong tidak nampak Ahmad di dalam kumpulan yang mempertahankan kepimpinan ulama," ujar Nakhaie yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).

RM3.6 BILLION DARI INTERNATIONAL PETROLEUM INVESTMENT COMPANY (IPIC) OLEH 1MDB BUKAN PINJAMAN ATAU TINDAKAN MENYELAMAT (BAILOUT) TETAPI TRANSAKSI PERNIAGAAN KATA CEO 1MDB



Bayaran AS$1 bilion (RM3.6 bilion) diterima Kumpulan1Malaysia Development Bhd (1MDB) daripada International Petroleum Investment Company (IPIC), Abu Dhabi bukan pinjaman.

Presiden dan Pengarah Eksekutifnya, Arul Kandasamy berkata, bayaran berkenaan adalah transaksi perniagaan, bukan pinjaman atau tindakan menyelamat.

“Ia adalah pembayaran awal sebagai sebahagian daripada perjanjian meluas untuk menyelesaikan secara menyeluruh pelbagai transaksi aset dan liabiliti kewangan antara IPIC, Aabar dan 1MDB.

“Maklumat lanjut berhubung transaksi berkenaan akan dimaklumkan tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut laporan yang dipetik daripada Berita Harian Online, Arul berkata demikian dengan merujuk kepada kenyataan Kementerian Kewangan berhubung pembayaran AS$1 bilion yang akan diterima 1MDB pada atau sebelum 4 Jun ini.

Dana berkenaan akan digunakan untuk melunaskan lebih awal hutang RM3.5 bilion kepada satu sindiket bank peminjam antarabangsa.

Susulan daripada kenyataan itu, Arul berkata, pihaknya bimbang dengan dakwaan daripada pelbagai pihak bahawa pembayaran AS$1 bilion itu adalah pinjaman yang menyebabkan 1MDB menanggung hutang tambahan.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan dalam kenyataannya menyebut, 1MDB akan menerima bayaran AS$1 bilion selepas memeterai perjanjian dengan IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investments (Aabar).

KOLEKSI GAMBAR KOMPLEKS TARBIYAH PAS BATU PAHAT MANGSA PERBUATAN KHIANAT.


Kejadian disedari awal pagi semalam .. pintu dan tingkap pecah dipercayai dilontar dengan batu simen.

Saturday, 30 May 2015

PERTANDINGAN PIMPINAN PAS MUKTAMAR KE-61 KALI INI JELAS ANTARA PRO DAP LAWAN BERTEGAS DENGAN DAP.



Menjelang Muktamar Tahunan PAS di Kuala Selangor Khamis ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tampil mengemukakan formula mudah untuk perwakilan membuat pilihan pelbagai jawatan yang dipertandingkan.

Bagi Abdul Hadi, calon yang bertanding dalam muktamar kali ini terbahagi kepada dua, iaitu yang ingin mengikut telunjuk DAP atau  sebaliknya.

Sambil menyatakan perwakilan "bebas" membuat pilihan, bekas Menteri Besar Terangganu selama satu penggal itu berkata, barisan calon yang menawarkan diri untuk diundi perwakilan kali ini tidak lagi boleh dibahagikan kepada kumpulan ulama dan bukan ulama.

Memetik laporan Harakahdaily, Abdul Hadi berkata, kedua-dua kumpulan mempunyai ulama.

"Cuma satunya yang DAP hendak, satunya DAP tak nak... pilihlah," katanya.

Muktamar kali ini dianggap antara yang paling panas pernah dialami PAS sejak ia ditubuhkan pada 1951.

Berlaku pertembungan di antara kumpulan dikenali sebagai pro ulama yang semakin jelas  menjarakkan diri dengan gabungan Pakatan Rakyat.

Satu kumpulan lagi ialah beraliran sederhana - kebanyakannya disokong golongan profesional.

Abdul Hadi sendiri berdepan dengan bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Ahmad Awang.

Berdasarkan kenyataan Abdul Hadi disiarkan Harakahdaily, secara tidak langsung Ahmad dilabelnya sebagai ulama yang mengikut telunjuk DAP.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, jika ada mana-mana parti lain - termasuk DAP - yang mempunyai  pandangan mengenai PAS dan mahu  kehendaknya diikuti, terpulang kepada ahli  PAS sendiri untuk membuat keputusan.

"Terpulang kepada ahli-ahli PAS hendak pilih. Hendak ikut dasar dia atau hendak ikut DAP,” tegasnya kepada media di Marang, Terengganu, semalam.

HEBOH DI MEDIA SOSIAL KERETA MEWAH PORSCHE CAYENNE INI MILIK SEORANG AHLI MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA?????

Betulkah apa yang kini menjadi berita hangat dimedial sosial dan menjadi buah mulut betapa sebuah kereta mewah jenama Porsche Cayenne berharga lebih RM400,000 ini milik seorang Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Mohon sangat-sangat siapa ada info sahih bagi membantu mengesahkan cerita ini sebab jika benar maka suatu kisah malang sedang menimpa Pakatan Rakyat apabila hanya yang bertaraf Ahli Majlis Perbadaran Ampang Jaya sudah mampu memiliki kereta semahal ini.

Mohon adanya respon demi pencerahan dan kebenaran agar bunyi-bunyi kurang enak sudah mula berlegar dan berkumandang betapa perangai zaman pemerintahan Khir Toyo di Selangor kini sudah mula mengambil tempat di negeri Selangor Pembangunan Berkualiti Rakyat DiPeduli.

ISU ASET 1MDB DI PULAU CAYMAN DAN SINGAPURA .... MAHATHIR MASUK PERANGKAP ADIK NAJIB??????


Mengikut info terkini sudah berbunyi segala aset yang tersimpan di Pulau Cayman dan Singapura telah pun dilupuskan dalam bentuk wang tunai RM16 billion .. tidak diketahui sama ada ianya suatu info sahih namun kini menjadi perbualan betapa Mahathir sudah terperangkap dengan umpan yang dipasang adik Najib apabila beliau menggunakan hujah dan alasan yang dari jenyataan Nazir Razak untuk menyerang dan hentam Najib sebagai modal ulung dan agung bagi menggulingkan Najib dari singahsana Putrajaya.

Masih menunggu respon dan maklum balas atas info ini .. maka stay tuned .. banyak perkara menarik dan terkantoi bakal terburai.

AKHIRNYA SETELAH DIKANTOIKAN KEDUA-DUA SHAHRIR DAN CEO 1MDB MENGAKU MEREKA ADA BERTEMU SEPERTI RAKAMAN GAMBAR INI



Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengakui bertemu Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy, dan berkata pertemuan itu bagi membolehkan beliau memahami isu tersebut secara mendalam.

Shahrir berkata, sebagai ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pengerusi BNBBC, beliau harus memahami isu-isu penting secara mendalam dan ia tidak terikat kepada 1MDB  sahaja.

“Ini bermakna sokongan dan pendirian ahli-ahli Parlimen BN adalah berasaskan fakta serta maklumat tepat dan bukan hanya sokongan berasaskan kesetiaan kepada parti semata-mata,” katanya seperti dilaporkan portal BNBBC.my.

Ahli Parlimen Johor Baru itu berkata,  BNBBC juga dari masa ke semasa mendapatkan penerangan daripada pelbagai pihak mengenai isu-isu yang ada kaitan dengan kepentingan ramai.

Beliau berkata, pertemuan bersama Arul yang diadakan pada Rabu malam itu turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata, pada malam sebelumnya, beliau turut berjumpa dengan Menteri Kewangan II Datuk Seri Husni Hanadzlah mengenai kedudukan semasa dan perancangan masa depan 1MDB.

Veteran Umno itu berkata, dalam kedua-dua pertemuan tersebut, beliau turut menyampaikan pandangan supaya syarikat  berkenan dan kementerian  mengambil langkah untuk menambahkan modal syarikat sejajar dengan liabiliti yang ditanggung 1MDB tanpa bergantung kepada dana awam dan pinjaman baru.

“Saya berpendapat 1MDB mempunyai aset yang bernilai tapi sebagai sebuah syarikat ia tidak dimodali sewajarnya,” katanya.

The Malaysian Insider awal hari ini melaporkan, Arul mengesahkan bertemu Shahrir sehari selepas beliau sepatutnya menghadiri prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Arul bersama mantan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dipanggil untuk memberikan penjelasan kepada PAC berhubung isu yang membelenggu syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan itu pada Selasa, namun kedua-dua mereka meminta penangguhan kerana tidak hadir pada tarikh tersebut.

Arul bagaimanapun mengatakan pertemuannya bersama Shahrir diadakan hanya selepas beliau pulang ke Malaysia.

"Ya, saya bertemu dengan Shahrir, tapi itu pada Rabu. Saya tidak dapat hadir ke sesi PAC kerana hanya pulang ke tanah air pada Selasa malam," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Saya tidak menyembunyikan apa-apa. Ia satu pertemuan yang baik dan beliau seorang yang bijaksana, seorang yang teliti,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan di mana beliau berada ketika ke luar negara.

"Saya sedia menjawabnya jika ia ditanya dalam sesi PAC nanti," kata Arul.

The Malaysian Insider difahamkan Arul bertemu dengan Shahrir pada malam Rabu di sebuah hotel berdekatan KL Sentral, Kuala Lumpur dan ia berlangsung sehingga lewat pagi.

Shahrir berkata, pertemuan selama tiga jam bersama Arul beliau tidak menyentuh soal penyiasatan PAC terhadap syarikat tersebut.

“Saya menghormati kedudukan PAC sebagai sebuah jawatan kuasa tetap Parlimen, PAC menerima permintaan Arul untuk ditangguhkan kehadirannya kepada suatu tarikh baru menggantikan pertemuan yang sepatutnya diadakan Selasa  lalu,” katanya.

Beliau juga mengakui tidak berbincang mengenai PAC dengan Arul kerana percaya proses pengauditan yang sedang dilakukan Ketua Audit Negara serta penyiasatan oleh PAC terhadap 1MDB.

“Itu sesuatu yang harus dihormati malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mahu ia disegerakan,” katanya.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang sebelum ini dilaporkan berkata, laporan awal pengauditan yang dijalankan jabatan audit akan dikeluarkan penghujung Jun ini.

WARGA KERJA BUKIT AMAN PUN TIDAK DIKECUALIKAN DARI TINDAKAN UNDANG-UNDANG.



Semalam warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak terlepas dengan tindakan undang-undang khususnya melibatkan jalan raya.

Melalui Cawangan Trafik Bukit Aman dengan kerjasama Cawangan Khas dan Kem Komandan telah menjalankan Op Roda bagi mengesan pemandu kereta dan penunggang motosikal yang gagal mematuhi spesifikasi kenderaan yang ditetapkan di Ibu Pejabat PDRM, semalam.


Operasi yang bermula sekitar jam 4 petang sehingga jam 7 malam itu telah dijalankan dengan di kedua-dua pintu utama bangunan PDRM.


Dengan kekuatan seramai 51 pegawai dan anggota dari ketiga-tiga cawangan tersebut telah memeriksa sebanyak 234 buah motorsikal dan 18 saman telah dikeluarkan untuk pelbagai kesalahan jalan raya.


Operasi ini dilihat sebagai tanda aras ketelusan PDRM dalam menguatkuasakan undang-undang bukan sahaja kepada orang awam tetapi tidak terkecuali kepada warga kerjanya sendiri.

Tahniah dan tabik spring melantun!!!!!!

FESYEN BAJU MELAYU YANG MELAMPAU.


Nak kata cantik tak cantik .. nak kata stail tak stail.

Agaknya lelaki mana yang sanggup bayar beratus ringgit untuk fesyen baju melayu yang gila ini?????

Friday, 29 May 2015

KISAH RESTORAN MAMAK DI SRI HARTAMAS HIDANGKAN NASI GORENG BERPERENCAH PLASTER LUKA MENJADI RIBUT DI MEDIA SOSIAL



Seorang pelanggan mendakwa menemui plaster luka dalam nasi goreng yang dimintanya di sebuah restoran mamak.

Gambarnya kemudian dimuat naik di laman sosial.

Berdasarkan resitnya, tertera nama restoran berkenaan yang terletak di kawasan elit Sri Hartamas di tengah ibu negara.

Ia juga menunjukkan kejadian berlaku semalam pada 28 Mei 2015.

Gambar yang dikongsi itu kemudian mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk meminta pihak berkuasa menyiasat kejadian.

MAHKAMAH RAYUAN ARAHKAN NALLAKARUPPAN DAN UTUSAN HENTI GUNA SABITAN JENAYAH LAMPAU ANWAR IBRAHIM ATAS ALASAN MENYERANG KARAKTERNYA DALAM KES SAMAN FITNAH RM100 JUTA.



Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Datuk Seri S Nallakaruppan dan 2 yang lain untuk berhenti bergantung pada sabitan jenayah lampau ketua pembangkang itu untuk menyerang karakternya dalam satu kes saman fitnah.

Panel 3 hakim dipengerusikan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim berkata Seksyen 43 Akta Keterangan membenarkan halangan untuk pihak-pihak dalam kes tuntutan sivil untuk membangkitkan sabitan lampau.

Panel hakim juga menolak rayuan balas dikemukakan Nallakaruppan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Aziz berkata jawapan bertulis akan diberikan dalam tempoh 2 minggu.

Anwar tidak hadir berikutan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Sharif menolak permohonan ketua umum PKR itu untuk hadir mendengar keputusan itu.

Pada 26 Mac, 2006 Anwar memfailkan saman itu menuduh Nallakaruppan, mengeluarkan perkataan berunsur fitnah terhadapnya yang disiarkan di muka depan akhbar harian Utusan Malaysia.

Dalam penyata tuntutannya, Anwar berkata perkataan fitnah yang termasuk dalam artikel itu adalah palsu, tidak berasas, disiarkan dengan berniat jahat dan merosakkan nama baiknya.

Nallakaruppan secara terbuka berkata Anwar seorang homoseksual dan biseksual.

Anwar menuntut RM100 juta ganti rugi am, kerosakan teruk dan teladan, kos serta apa-apa relif yang dirasakan sesuai oleh mahkamah.

BEBERAPA GAMBAR SEBUAH LORI TERBAKAR DI KM 47.1 BARAT (BUKIT TINGGI - GENTING SEMPAH) PAGI TADI.



Beberapa foto kejadian sebuah lori terbakar di KM 47.1 Barat (Bukit Tinggi - Genting Sempah) yang dikatakan berlaku sekitar jam 5 - 6 pagi tadi lagi dan kini beberapa lorong Timur dan  Barat telah pun dibuka serta beransur pulih namun begitu kesesakan trafik masih lagi berlaku disepanjang 8KM laluan dari Lentang ke Genting Sempah.

LARANGAN MENJUAL MINUMAN KERAS DI KEDAI-KEDAI UBAT DAERAH PETALING .... PARA PENIAGA KEDAI PERUBATAN TRADISIONAL CINA BERANG



Majlis Pelesenan Daerah Petaling telah melarang penjualan minuman keras di kedai-kedai ubat.

Dalam satu langkah yang memberi kesan kepada dewan perubatan tradisional Cina (singseh) di Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam, majlis itu juga telah memberi amaran bahawa mereka yang tidak mematuhi peraturan-peraturan baru boleh menyebabkan lesen mereka dibatalkan.

Langkah itu menarik bantahan keras daripada kumpulan peniaga sinseh yang menuntut penjelasan. Ada yang berkata mereka mahu perbezaan jelas ke atas minuman keras dan ubat-ubatan tradisional dengan kandungan alkohol.

"Peniaga-peniaga kedai singseh telah bayar untuk lesen minuman keras. Ini adalah sangat salah. Pertama, alkohol dalam perubatan adalah berbeza, ia adalah untuk merawat penyakit. Kedua, jika ia adalah minuman arak, mengapa tiba-tiba melakukan ini? Mereka telah mengambil wang untuk lesen itu dan kini mereka mengatakan tidak boleh, "kata Setiausaha Agung Persatuan Perubatan Cina Malaysia Heng Aik Teng.

Beliau berkata pihak berkuasa perlu menyediakan "sebab yang betul" bagi larangan dan jika isu itu dengan orang Islam membeli ubat-ubatan, ia perlu dibuat jelas siapa yang boleh membeli dan yang tidak boleh.

"Jangan menghukum kami. Mari kita bertemu dan berbincang, "katanya.

Presiden Persatuan  Akupuntur Cina Malaysia Prof Ng Po Kok berkata jika dewan perubatan telah berhenti daripada menjual minuman keras perubatan, implikasinya amat serius kerana boleh memberi kesan kepada perniagaan mereka.

"Perlu ada perbincangan yang jika minuman keras adalah isunya. Anda tidak boleh hanya mengharamkan segala-galanya. Peniaga juga akan terjejas. Anda tidak boleh hanya tiba-tiba menetapkan dasar baru, "katanya kepada The Star, sambil menambah bahawa kedai-kedai yang menjual minuman keras keras mempunyai lesen.

"Ia bukan sangat jelas. Pihak berkuasa perlu mendekati kami persatuan dan kerajaan negeri untuk membincangkan ini jika mereka serius untuk menguatkuasakan. "

Exco Selangor yang bertanggungjawab bagi kerajaan tempatan, Ean Yong Hian Wah berkata kerajaan negeri tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan larangan yang dikenakan oleh Daerah Petaling dan Pejabat Tanah.

"Kami amat mengambil berat tentang perkara ini dan akan membincangkannya pada mesyuarat exco minggu depan," kata Ean Yong ketika dihubungi.

Dalam surat bertarikh 11 Mac tahun ini kepada semua kedai-kedai runcit, Pengerusi Majlis Pelesenan Daerah Petaling Syarifah Ainul Suhana Syed Mohd Taha berkata berdasarkan mesyuarat Pelesenan Eksais Daerah Petaling pada 21 Jan, kedai ubat akan dilarang daripada menjual minuman keras berkuatkuasa serta merta.

Di bawah peraturan baru itu, kedai-kedai ubat juga perlu menyenaraikan semua ubat-ubatan yang mengandungi alkohol dan senarai ini mesti dipamerkan di kedai-kedai.

Beberapa shopowners bagaimanapun berkata notis itu telah diberikan kepada mereka hanya beberapa hari lalu manakala yang lain berkata mereka telah menerima apa-apa.

Ketika dihubungi, Pejabat Daerah Petaling enggan mengulas mengenai keputusan itu.

BERITA BURUK UNTUK PARA PENGGEMAR SUSHI KING ... JAKIM SAHKAN TIADA SIJIL HALAL DI KELUARKAN KEPADA MANA-MANA RESTORAN SUSHI KING DINEGARA INI.




Baru-baru ini negara dikejutkan dengan penarikan sijil halal sebuah restoran terkenal, Secret Recipe kerana gagal mematuhi piawaian kebersihan yang serius.

JAKIM baru-baru ini membuat satu kenyataan bahawa sebuah restoran sushi terkemuka di negara ini, Sushi King, tiada status halal.

JAKIM membuat kenyataan itu melalui Twitter rasminya, @JAKIM_Official, setelah soalan mengenai status halal Sushi King dikemukakan oleh seorang pengguna Twitter, @iFaraAidi.

"@iFaraAida Sushi King tiada status halal setakat ini.", tulis JAKIM di tweet tersebut.

Walau bagaimanapun, pihak JAKIM tidak menyatakan sebarang sebab mengapa restoran itu tidak mempunyai status halal.

Menurut FAQ dari Sushi-King.com pula mengenai status halal JAKIM mereka, sememangnya mereka tidak mempunyai sijil halal namun dalam masakan mereka hanya menggunakan daging ayam, lembu yang halal.

Selain itu menurutnya tiada penggunaan mirin yang mana mengandungi bahan beralkohol dan segala masakan adalah bebas dari daging babi.

RAHMAN DAHLAN DEDAHKAN SHAFIE APDAL BERCAKAP BOHONG ISU ANGGOTA KABINET TIDAK DIMAKLUMKAN MENGENAI MASALAH 1MDB ??????



Menteri Kesejahteraan Bandar Dan Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, menafikan dakwaan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Mohd Shafie Apdal bahawa anggota kabinet tidak dimaklumkan mengenai masalah syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Shafie semalam dilaporkan berkata “kabinet juga tidak jelas berhubung sesetengah isu berkaitan syarikat itu, Justeru, kami tidak boleh dipersalahkan.”

Sungguhpun tidak merujuk langsung kepada Shafie Apdal, twitter Rahman malam tadi menyatakan anggota kabinet beberapa kali diberi taklimat oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Husni Handazlah mengenai 1MDB.

Malah Rahman memuat naik muka hadapan buku “1MDB factsheet” yang diedarkan dalam mesyuarat kabinet termasuk info mengenai status terkini pelaburan, harta dan hutang 1MDB ada dimasukkan.

“Sebenarnya isu 1mdb banyak kali dibincangkan dalam kabinet. Banyak info yang dimaklumkan oleh MK2. Buku factsheet juga ada diedarkan. Pandangan saya, tidak ada sebab kenapa isu tak cukup penerangan, tak ada penerangan atau tidak dimaklumkan dalam kabinet menjadi polemik”

Malah Rahman turut mendedahkan bahawa, dalam buku yang diedarkan beberapa bulan lalu turut mempunyai surat Menteri Kewangan Kedua yang meminta ahli kabinet yang mahukan info lebih atau penerangan lanjut agar menghantar pertanyaan terus kepada beliau.

Thursday, 28 May 2015

GAMBAR BEBERAPA BANI MELAYU MENIKMATI HIDANGAN IKAN STIM BERTEMANKAN BEER CARLSBERG TERSEBAR LIGAT DIMEDIA SOSIAL.


Lokasi dan tarikh dan apa acara tidaklah diketahui tapi yang pasti beberapa pejuang Melayu katanya kelihatan digambarkan sedang asyik menikmati hidangan ikan stim kicap bertemankan beer jenama Carlsberg.

MP Bagan Serai : 'Kerajaan tak paksa sesiapa bayar GST!

Ahli Parlimen Umno dari Bagan Serai dengan yakinnya mengumumkan "kerajaan tak paksa siapa-siapa bayar GST". "Tak nak bayar GST, beli barang tiada GST" katanya.

KERAJAAN TIDAK PAKSA RAKYAT BAYAR GST ... KALAU TAK NAK BAYAR GST BELI BARANG YANG TAKDA GST KATA AHLI PARLIMEN UMNO BAGAN SERAI.



Hari ini  Ahli-ahli Parlimen terkejut bila seorang Ahli Parlimen UMNO dari Bagan Serai YB Dr Noor Azmi b Gazali dengan yakinnya mengumumkan "kerajaan tak paksa siapa-siapa bayar GST". "Tak nak bayar GST, beli barang tiada GST" katanya.

Apakah esok dan hari-hari seterusnya para pengguna telefon prabayar yang tidak mau bayar GST sebab tiada paksaan dari kerajaan tidak perlu beli top up????

Apa punya senteng dan sengkek pemikiran seorang pemimpin bergelar Ahli Parlimen .. dulu ahli parlimen UMNO Langkawi kata siapa yang enggan bayar GST boleh duduk dibulan.

Inilah kualiti para pemimpin yang berstatus wakil rakyat yang dipanggil Yang Berhormat dari kelompok UMNO/BN.

HELIKOPTER DIPANDU PELATIH JURUTERBANG WANITA BERUMUR 21 TAHUN TERBAKAR KETIKA MELAKUKAN PENDARATAN KECEMASAN



Seorang juruterbang pelatih wanita bernasib baik apabila terselamat selepas helikopter yang dikemudinya terbakar ketika membuat pendaratan cemas di lapangan terbang Kota Kinabalu tengahari tadi.

Difahamkan, helikopter jenis Hornbill milik Layang Layang Aerospace itu mengalami masalah teknikal sebelum juruterbang pelatih berumur 21 tahun itu bertindak membuat pendaratan cemas kira-kira jam 11.57 pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K.Ramin berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat Kota Kinabalu bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat awam. “Namun, jentera bomba tidak dibenarkan masuk ke lokasi kejadian dan hanya diarahkan bersiap sedia di Balai Bomba Lapangan Terbang sahaja,” katanya di sini hari ini.

Mangsa yang dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan setelah sempat keluar dari helikopter terbabit, kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth oleh pihak Layang Layang Aerospace untuk pemeriksaan.

BOB LOKMAN MOHON MANA-MANA AHLI PAS YANG TENTANG PEMILIHAN SEMULA HADI AWANG SEBAGAI PRESIDEN PAS AGAR TINGGALKAN PARTI.



Bekas selebriti yang kini aktivis PAS, Bob Lokman meminta ahli biasa parti itu yang berharap kepimpinan tertinggi PAS ditukar dalam Muktamar PAS Ke-61 pada Jun depan supaya meninggalkan parti berkenaan.

Beliau meminta ahli-ahli PAS terbabit memahami bahawa mereka sebenarnya ibarat penumpang sebuah kenderaan yang sedang dipandu oleh pemimpin tertinggi PAS yang cekap dan tahu arah serta tujuan perjalanan.

“Tak berapa hari lagi kenderaan besar ini akan berhenti untuk menjalani major servis (Pemilihan PAS). Tukar minyak, tukar brek, tukar absober, tukar lampu dan macam macam lagi yang rosak atau lusuh.

“Makanya selepas major servis nanti, Kita tetaplah menjadi penumpang yang patuh dengan peraturan perjalanan kenderaan Kita. Yang rasa penat dengan perjalanan sebelum ni boleh turun dan naik kenderaan lain pula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemilihan PAS yang akan berlangsung di Kuala Se­langor, Selangor bakal menyaksikan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicabar buat kali pertama dalam tempoh 13 tahun oleh bekas Naib Presiden parti itu, Ahmad Awang dalam pertandingan satu lawan satu.

Bob Lokman dalam pada itu mengingatkan ahli biasa PAS, kenderaan yang beliau maksudkan itu jika mempunyai pemandu baharu yang mempunyai jalan baru untuk dicuba akan hanya membuatkan kenderaan tersebut menjadi lebih cepat lusuh.

Justeru,beliau meminta ahli biasa PAS sedar diri dengan memahami istilah penumpang dan jangan menganggu pemandu sedia ada kerana perbuatan itu akan menjejaskan kelancaran perjalanan ke destinasi yang masih jauh.

“Kalau penumpang tak suka dengan cara pemanduan, janganlah nak bina kenderaan baharu dalam kenderaan sedia ada. Ada baiknya mintak berhenti, turun dan binalah kenderaan berenjin turbo serta terus memecut biar cepat sampai. Itu pun kalau tahu jarak destinasinya. Semoga selamat sampai kalau tak masuk gaung,” sindirnya.

Sindiran Bob Lokman itu disokong Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang akan berusaha merebut jawatan Ketua Pemuda PAS daripada penyandangnya, Suhaizan Kaiat dalam pemilihan PAS kali ini.

SEMENJAK LIM KOK WING DILANTIK SEBAGAI PENYELARAS PROGRAM KHAS NAJIB RAZAK NAMPAKNYA SETIAUSAHA AKHBAR PERDANA MENTERI SEMACAM SUDAH TERSISIH DAN TIDAK DIPERLUKAN LAGI KHIDMATNYA.



Semenjak berita perunding pengiklanan terkenal Tan Sri Lim Kok Wing yang juga amat rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamed yang bertanggungjawab terhadap kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) dilantik sebagai penyelaras kempen awam baharu Datuk Seri Najib Razak dalam menepis serangan pelbagai pihak bagi memenangi hati rakyat serta meningkatkan semula sokongan terhadapnya yang semakin merosot maka dilihat seolah-olah peranan Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad sebagai Setiausaha Akbar Pejabat Perdana Menteri seperti disisihkan dari gerak kerja kempen yang berkaitan dengan media.

Kini segala berkaitan dengan media sudah disapu bersih oleh Lim Kok Wing. Suasana di pejabat Perdana Menteri kini dikatakan sudah tidak seperti dulu semenjak kehadiran Lim Kok Wing sebagai Penyelaras Program Khas PMO.

Kini Lim kelihatan amat berkuasa dan menjadi taiko utama cabang media di Jabatan Perdana Menteri .. segala yang berkaitan dengan media dan komunikasi Jabatan Perdana Menteri perlu melalui tapisan dan kelulusannya terlebih dahulu,  suatu peranan yang dulu dipikul dan menjadi tanggung jawab Setiausaha Akbar PMO, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad.

Suasana ini sudah tidak disenangi dikalangan kakitangan pejabat Setiausaha Akhbar PMO.

Lim sebelum ini pernah menjadi orang penting ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun bekas perdana menteri itu lantang mengkritik pentadbiran Najib pada ketika ini.

Difahamkan Lim, yang dilantik sebagai "penyelaras program khas", sudah menyiapkan rancangan agar Najib pergi ke seluruh negara bagi mengumpulkan sokongan dan mendengar aduan rakyat.

Lim yang juga pengasas dan presiden Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing akan melaporkan terus kepada pejabat perdana menteri – sudah mempunyai rangkaian penasihat.

Lim, 69, yang menubuhkan agensi pengiklanan tempatan pertama Malaysia terlibat dalam kempen pilihan raya selama hampir empat dekad.

Pada 1994, Lim dengan rekomendasi Dr Mahathir, ditugaskan oleh mendiang Nelson Mandela dalam pilihan raya bebas pertama Afrika Selatan, memberi Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) slogan, "Kehidupan Lebih Baik untuk Semua".

Beliau juga pernah mengelolakan beberapa program kerajaan seperti kempen anti merokok "Tak Nak" dan mempromosikan Rakan Muda serta program Satu Hati, Satu Negara.

Lantikan terbaru ini dilakukan beberapa bulan selepas Lim buat pertama kali dilantik sebagai "Goodwill Ambassador" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada sambutan Hari Toleransi yang dianjurkan universiti beliau sendiri pada November tahun lepas.

MISI BALAS DENDAM ... BEBERAPA PEMIMPIN DAP DAN PKR MEMPUNYAI BERPULUH SAMAN TRAFIK YANG BELUM DIJELASKAN DEDAH KETUA PEMUDA MCA PULAU PINANG.



Beberapa akhbar berbahasa Cina membuat pendedahan mengejutkan yang menunjukkan beberapa pemimpin DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai banyak saman trafik tertunggak.

Timbalan Setiausaha Agung DAP yang juga Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Kam Hoo, dilaporkan mempunyai 76 saman trafik sejak 2004.

Pemangku Pengerusi DAP juga Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, mempunyai 70 saman.

Ketua Publisiti DAP juga Ahli Parlimen Petaling Utara, Tony Pua, memiliki 16 saman.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, dilaporkan mempunyai 12 saman, Bendahari Agung DAP, Fong Kun Lun (lima), Naib Pengerusi juga Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (tiga) dan Ahli Parlimen Kepong, Dr Tang Seng Giaw (tiga).

Dua pemimpin PKR yang turut didedahkan mempunyai saman dan saman tertunggak yang belum dijelaskan adalah Naib Presiden, Tian Chua yang memiliki 53 saman manakala seorang lagi Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar memiliki 14 saman.

Pendedahan itu dibuat oleh sekumpulan pemimpin MCA yang diketuai oleh Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Michael Lee Bee Seng.

Pembongkaran itu dianggap ‘misi balas dendam’ terhadap pemimpin DAP juga Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, yang mengadakan sidang media bagi mendedahkan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai memiliki tiga saman tertunggak dan mendesak polis mengambil tindakan tegas.

Akhbar juga menyiarkan komen dan alasan pemimpin DAP yang mempunyai saman itu.

Tan Kok Wai berkata, dia telah memeriksa melalui sistem dalam talian dan mendapati dakwaan MCA itu benar dan dia akan menyelesaikan saman itu.

Teresa Kok pula berkata dia tidak tahu mempunyai saman dan berterima kasih kerana memberi peringatan.

Nga Kor Ming memberi alasan berpindah rumah menyebabkan dia tidak menerima saman itu.

Ngeh Kam Hoo pula dilaporkan mengingatkan pihak terlibat tidak mengelirukan orang lain jika tidak tahu undang-undang.

Wednesday, 27 May 2015

JANGAN TIDAK PERCAYA!!!! .... AZMIN BERJUMPA BEBERAPA PELABUR DI OSAKA JEPUN HANYA DENGAN BERBASIKAL????????



#‎
TradeMission‬
ke Osaka Station bersama Dato' Teng Chang Khim & Invest Selangor untuk bertemu beberapa pelabur Jepun.

Pergh!!!!! Ini baru betul punya pemimpin zuhud, simple, poyo, cool, merendah diri, tidak berlagak dan tidak suka membazir wang rakyat.

Bayangkan .. mengetuai delegasi Selangor negeri terkaya dan termaju di Malaysia anjuran Invest Selangor  berjumpa dengan beberapa pelabur Jepun di Osaka, Jepun hanya dengan berbasikal bukannya dengan kereta mewah yang siap dengan para pengiring .. inilah jenis pemimpin yang kemana sahaja baik dalam negara atau luar negara akan konsisten sentiasa buang protokol yang merimaskan .. kalau dalam negara sanggup basuh kain kotor dan makan dibawah pokok berlaukkan ikan goreng dengan simbahan kuah kari bertemankan air sirap dalam gelas plastik .... apabila keluar negara sekadar berbasikal dari hotel penginapan untuk berjumpa dengan para pelabur.

Belum pernah lagi sejak merdeka pemimpin negara kita bersifat dan bergelagat macam Dato' Menteri Besar Selangor yang paling disanjung dan dikasihi ini.

Bertuah amat-amat rakyat Selangor.


HIDUP AZMIN ALI!!!!!! .... WE LOVE AZMIN ALI!!!!!

BERITA GEMBIRA UNTUK PENERIMA BR1M ... PEMBAYARAN PERINGKAT KEDUA AKAN BERMULA ESOK.



Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat kedua akan bermula Khamis, membabitkan 4.65 juta penerima.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pembayaran itu turut melibatkan tuntutan rayuan yang diluluskan kepada 141,670 penerima.

Melalui pengumuman Bajet 2015, kerajaan memutuskan supaya pemberian BR1M pada tahun ini diagihkan kepada tiga peringkat, katanya dalam kenyataan media.

Bayaran peringkat pertama telah diagihkan pada 15 Januari 2015. Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing- masing.

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima, dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank, CIMB dan Public Bank, yang berhampiran.

Pada masa sama, Ahmad Husni berkata kerajaan memperkenal Skim Khairat Kematian (SKK) dengan bantuan sebanyak RM1,000, bertujuan membantu waris penerima BR1M dalam kategori isi rumah dan warga emas yang telah meninggal dunia.

Katanya, sehingga kini, lebih 16,000 tuntutan SKK telah diluluskan.

Waris penerima BR1M yang dinamakan dalam Borang Permohonan BR1M, boleh membuat tuntutan SKK di mana-mana cawangan BSN dengan mengemukakan dokumen sijil kematian serta kad pengenalan diri waris.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, penerima boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta e-mel kepada:br1m@treasury.gov.my.

EDISI BIAR GAMBAR MENJADI SAKSI BERBICARA ..... INI BARU BETUL BADAN DAN HATI BERSAMA-SAMA DENGAN PAKATAN RAKYAT UNTUK SELAMA-LAMANYA.




Sikap keberatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail menunjukkan kecenderungannya terhadap Umno, kata DAP.

“Bukan sahaja tidak hadir ke kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, beliau malah tidak menyatakan sokongan terbuka kepada Wan Azizah.

“Ini menunjukkan walaupun tubuh badan beliau masih bersama Pakatan, hatinya sudah bersama Umno,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Guan Eng berkata demikian ketika diminta mengulas amaran ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang bahawa Pakatan mungkin tidak wujud selepas dua minggu akan datang.

Kit Siang dipercayai merujuk kepada pemilihan PAS awal bulan depan yang Hadi dilihat masih berpeluang mengekalkan kemenangan.

Hadi buat pertama kali dalam 13 tahun pentadbirannya berdepan cabaran oleh tokoh ulama PAS Perak Ahmad Awang.

Guan Eng berkata perpecahan boleh berlaku tetapi mungkin mengambil masa lebih daripada dijangkakan Kit Siang, yang juga bapanya
.

BILA WANITA NAIK ANGIN BELASAH SECARA BERJEMAAH PARA PENUMPANG LELAKI YANG MENCEROBOH KOC YANG DIKHASKAN UNTUK KAUM HAWA.



Sekumpulan wanita yang berang koc yang diperuntukkan kepada mereka diceroboh kaum lelaki, bertindak ganas.

Dalam rakaman yang berdurasi 8.27 minit, ia menunjukkan bagaimana mereka memukul, melempang dan menampar penceroboh.

Bukan setakat itu, ada di antara mereka dipaksa melakukan ketuk ketampi sebagai hukuman.

Untuk maklumkan setiap koc pertama tren metro di Delhi diperuntukkan kepada kaum hawa.

Bagaimanapun ketika waktu puncak, mereka dikatakan bertindak masuk ke koc berkenaan.

Dalam salah satu komen yang dimuat naik, seorang lelaki mengutuk terhadap apa yang dilakukan ke atas kaum sejenisnya.

“Ini amat bodoh….saya pernah guna Delhi Metro. Kadang-kadang ia amat padat sehingga memaksa anda memasuki ruang untuk wanita, tambahan mereka mungkin bukan dari Delhi dan tidak tahu peraturan di Delhi Metro.

“Delhi adalah bandaraya yang bangang, terutama wanita. Mereka telah diberikan banyak keutamaan yang mereka salah guna”, kata Swaraj Pal Singh Sandhu.



DAP MAHU MENGUASAI PAS MELALUI MUKTAMAR KE-61 INI.



Tindak tanduk pemimpin DAP mutakhir ini semakin ketara menunjukkan mereka sedang merancang untuk menguasai PAS melalui Muktamar Tahunan PAS yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Jelas kelihatan DAP sedang berusaha untuk menyingkirkan pimpinan-pimpinan PAS yang berani berkata 'tidak' atau 'no' kepada DAP. Untuk menyingkirkan jaluran pimpinan-pimpinan PAS yang tegas seperti ini, DAP telah melakukan serangan habis-habisan terhadap Presiden PAS yang sebelum ini tidak tunduk kepada desakan-desakan DAP dalam mesyuarat-mesyuarat PR.

Muktamar PAS yang akan bermula Khamis minggu hadapan, dilihat sebagai peluang keemasan untuk menaik pimpinan-pimpinan PAS yang dapat memenuhi kehendak DAP atau dengan perkataan lain mereka yang 'yes man'. Usaha DAP dilihat mulai berputik apabila buat pertama kali sejak era Kepimpinan Ulama, Presiden PAS yang kini disandang oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah dicabar. Pencabar kepada Presiden PAS sekarang ialah Ustaz Ahmad Awang, sememangnya dikenali seorang yang lunak terhadap desakan-desakan DAP.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, seorang yang cukup dikenali sebagai tokoh yang tegas dan berprinsip sejak zaman mudanya, merupakan penghalang besar kepada DAP dan Dato Seri Anwar Ibrahim yang mahu mendominasi kehendak mereka dalam PR. Beberapa kehendak DAP dan Anwar terhalang apabila Presiden PAS memberi keputusan tegas untuk tidak bersetuju, seperti 'Perancangan 16 September 2008', 'Penamaan Baru Bian sebagai Ketua Menteri PR', 'Pembentukan Kerajaan Konsensus Nasional', 'Langkah Kajang' dan 'Pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim'. Ketegasan Presiden PAS terhadap perkara-perkara ini menyebabkan PAS semakin dilihat sebuah parti yang berprinsip dan bermaruah.

Bagaimanapun, apabila di kalangan pimpinan-pimpinan di bawah Presiden mula menyanggah ketegasan Presiden mereka sendiri, khususnya sejak isu 'Langkah Kajang', pihak yang tidak senang dengan ketegasan Presiden PAS ini mulai menghidu peluang untuk menyingkir beliau dan pimpinan-pimpinan PAS yang setegas beliau. Situasi ini makin terserlah, apabila ada pimpinan-pimpinan tertinggi PAS yang menyanggah Presiden mereka sendiri dalam mesyuarat-mesyuarat PR, malah pernah satu ketika 'membakul sampahkan' keputusan Presiden PAS yang dipersetujui sebulat suara ketika mereka mewakili PAS dalam Mesyuarat Majlis Presiden PR pada 17 Ogos tahun lalu. Sikap yang ditunjukkan oleh pimpinan-pimpinan yang lunak dengan desakan DAP ini, sudah pasti dilihat satu peluang keemasan untuk mereka.

Sikap DAP yang keterlaluan campurtangan dalam urusan dalaman PAS dan cuba mencorakkan siapa yang perlu naik sebagai Presiden, Timbalan Presiden dan lain-lain jawatan dalam PAS merupakan punca utama keretakan dalam PR. Manakala sikap sesetengah pimpinan PAS yang merelakan urusan dalaman PAS dan mahukan PAS menjadi lunak serta tunduk terhadap kehendak DAP, adakah satu tindakan bacul dan khianat. Sekiranya hasrat DAP untuk menaikkan pimpinan yang lunak terhadap desakan mereka berjaya dalam muktamar kali ini, PAS akan menjadi sebuah parti yang hilang maruah dan suara tegas Islam semakin luntur di Malaysia.


Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS

PENENTANG HADI MAU PIHAK YANG TIDAK BIJAK BACAAN POLITIK HENTIKAN SERANGAN TIDAK BERTAMADUN TERHADAP HADI AWANG



Serangan demi serangan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak memberikan sebarang kelebihan politik kepada parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Veteran Pas, Ahmad Awang yang bertanding menentang Abdul Hadi pada pemilihan parti kali ini memberitahu, serangan itu perlu dihentikan.

"Hentikan serangan-serangan tersebut. Kalau pun niatnya mahu menegur, bukan itu caranya. Beliau masih lagi seorang insan yang perlu dipelihara maruahnya.

"Usah berpolitik dengan amarah dan emosi. Kedepankan hikmah (kebijaksanaan) dalam berkomunikasi. Mudah-mudahan kesemua kebaikan-kebaikan dalam politik ini akan timbul dan memudahkan urusan perjuangan kita," ujarnya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata demikian merujuk kepada serangan yang dibuat kepada Abdul Hadi terutama dari parti DAP sejak kebelakangan ini.

Ahmad seterusnya memberitahu, seluruh pimpinan politik harus lebih matang dan teliti dalam mengurus krisis yang sedang berlaku.

Perbincangandengan tujuan mencari jalan keluar harus diutamakan berbanding menembak sesama sendiri di alam maya, katanya.

"Politik adalah sesuatu yang dinamik. Jika perbincangan pertama tidak selesai, usah berfikir bahawa perbincangan kali kedua juga tidak akan selesai. Pengalaman memimpin PR Perak sebelum ini membuktikan pelbagai masalah besar dapat di selesaikan dengan musyawarah," katanya lagi.

Bekas Naib Presiden Pas dan Presiden Persatuan Ulama Malaysia itu berkata, PR yang kini pasukan politik paling berpotensi sedang diuji dengan konflik pengurusan perbezaan yang paling serius.

"Kegagalan untuk berkomunikasi dengan baik menjadi faktor utama konflik ini semakin melebar dan meruncing. Keadaan ini menampakkan seolah-olah setiap parti politik merasakan bahawa mereka berhak untuk memperjuangkan kehendak masing-masing tanpa memikirkan samada pasukan PR telah selesai membela dan memperjuangkan hak dan kesusahan rakyat yang menjadi tunjang koalisi ini terbentuk," ujarnya


Kenyataan Media

26 Mei 2015

Hentikan Serangan Kepada Abdul Hadi

Dalam dialog-dialog dan perbincangan yang diadakan sebelum ini, antara soalan yang sering diajukan kepada saya ialah kaedah atau mekanisme untuk menjernihkan hubungan PAS dan Pakatan Rakyat. Dalam hal ini ramai pihak berhipotesis seolah-olah PAS menjadi satu-satunya punca keretakan hubungan Pakatan Rakyat ketika ini.

Sebelum saya menyentuh langsung hipotesis di atas, saya ingin menegaskan bahawa Pakatan Rakyat terbina dengan konsensus yang telah dipersetujui bersama. Kesepakatan ini tidak terbina dengan pengisian yang kosong. Di dalamnya - selain konsensus Buku Jingga yang dikenali umum - terbina suatu kefahaman atau jalur politik yang sama iaitu percaya bahawa Malaysia perlu dan mampu diubah.

Atas jalur tersebut, maka sedikit demi sedikit PAS, PKR dan DAP membina kepercayaan antara satu sama lain. Bermula dengan mencari titik perjuangan yang sama, kepercayaan ini merimbun menjadi pasukan politik yang utuh dan disebut-sebut sebagai koalisi atau tahaluf paling berpotensi untuk mengambil alih teraju pemerintahan daripada Barisan Nasional.

Kini pasukan politik paling berpotensi ini sedang diuji dengan konflik pengurusan perbezaan yang paling serius. Kegagalan untuk berkomunikasi dengan baik menjadi faktor utama konflik ini semakin melebar dan meruncing. Keadaan ini menampakkan seolah-olah setiap parti politik merasakan bahawa mereka berhak untuk memperjuangkan kehendak masing-masing tanpa memikirkan samada pasukan Pakatan ini telah selesai membela dan memperjuangkan hak dan kesusahan rakyat yang menjadi tunjang koalisi ini terbentuk.

Atas faktor itu saya berpandangan bahawa seluruh pimpinan politik harus lebih matang dan teliti dalam mengurus krisis yang sedang berlaku. Perbincangan (musyawarah) dengan tujuan mencari jalan keluar harus diutamakan berbanding menembak sesama sendiri di alam maya. Politik adalah sesuatu yang dinamik. Jika perbincangan pertama tidak selesai, usah berfikir bahawa perbincangan kali kedua juga tidak akan selesai. Pengalaman memimpin Pakatan Rakyat Perak sebelum ini membuktikan pelbagai masalah besar dapat di selesaikan dengan musyawarah.

Serangan demi serangan yang dihala kepada Ustaz Abdul Hadi Awang tidak akan memberikan kelebihan politik kepada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat. Hentikan serangan-serangan tersebut. Kalau pun niatnya mahu menegur, bukan itu caranya. Beliau masih lagi seorang insan yang perlu dipelihara maruahnya. Usah berpolitik dengan amarah dan emosi. Kedepankan hikmah (kebijaksanaan) dalam berkomunikasi. Mudah-mudahan kesemua kebaikan-kebaikan dalam politik ini akan timbul dan memudahkan urusan perjuangan kita.

Ahmad Awang

HADI AWANG HADIR DIPARLIMEN BAHAS RMK11



Intisari Ucapan Perbahasan RMK 11 oleh Ahli Parlimen Marang, merangkap Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang;

1. Beliau memulakan ucapan dengan menyebut peripentingnya muhasabah dibuat terhadap kesemua RMK yang sudah dibentang sebelum ini bagi mengambil iktibar, bukan sahaja atas kejayaan yang dicapai tetapi termasuklah kelemahan dan kesilapan yang telah dilakukan untuk diperbaiki.

Muhasabah itu penting agar kita telah syukur nikmat kepada bumi tanah air kita ini dan bukannya kufur nikmat sehingga tenggelamlah semua tanpa disedari akibat mengulangi kesilapan sehingga menjadi lebih parah.

2. Segala indeks, angka dan statistik yang dibaca hendaklah berpijak di medan rakyat secara nyata, bukan atas kertas sahaja. Pendapatan tinggi yang tidak saksama dengan kadar inflasi adalah ukuran yang tidak tepat dan menipu diri sendiri.

3. Adakah kita sudah mampu berdikari tanpa bantuan dan hutang atau kita masih berharap bantuan pihak lain dan dibebani sehingga tidak mampu diatasi..?
Kita masih meneruskan amalan riba yang telah merudumkan ekonomi liberal kapitalisme atau seperti negara bekas sosialis yang mengabdikan rakyat atas nama membela rakyat tertindas.

4. Masalah kemiskinan, penggangguran yang ditampung dengan pekerja asing bukan rakyat sendiri, bergantung kepada cukai yang membebankan seluruh rakyat, masih ada negeri, daerah, kampung,dan pedalaman yang terpinggir dari kemudahan asas, ini semua adalah perkara yang wajib dilihat dengan adil dan berterus-terang. Hubungan Pantai Timur dan Pantai Barat, Malaysia Timur dan Malaysia Barat memerlukan kecanggihan bagi merapatkan jurang antara satu-sama lain.

Contohnya, Lebuhraya Simpang Pulai-Gua Musang-Terengganu, Lebuhraya Rompin-Negeri Sembilan, Lebuhraya Timur-Barat begitu juga hubungan antara Semenanjung Malaysia ke Sabah-Sarawak yang perlu didekatkan agar hasilnya dapat digabungkan dan diseimbangkan.

5. Budaya bergantung selamanya kepada Kerajaan perlulah diubah. Masalah ini tidak selesai kerana budaya memberi ikan bukannya mata pancing. Cukai GST diperkenalkan bukti kegagalan menguruskan hasil tanpa cukai, pengurusan kewangan yang lemah akibat boros dan salahlaku.
Kebergantungan kerajaan kepada Government Link Company (GLC), bukannya cara yang baik kerana ia akan membantutkan perkembangan ekonomi rakyat disebabkan berlaku persaingan yang sentiasa memenangkan kerajaan berbanding rakyat.

6. Ibnu Khaldun sudah pun menyebut 1000 tahun yang lalu: "penglibatan kerajaan dalam aktiviti ekonomi boleh membawa keburukan."

Campurtangan melampau kerajaan mengikut Teori Komunis dan Sosialis telah menghancurkan negara besar sehingga terpaksa melakukan pembaharuan berasaskan ekonomi bebas yang melahirkan pula tokoh kapitalis daripada pemimpin dahulunya pendokong Komunis dan Sosialis.

7. Tema RMK 11 "Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat" gagal tanpa kejayaan pembangunan insan kerana tidak mengikut acuan Allah. Agenda pembangunan insan adalah kunci kejayaan ummat dan negara, yang mengikut fitrahnya iaitu jasad, ruh dan akalnya.

Keseluruhan teori ciptaan manusia hanya melihat aspek jasad,yang tidak seimbang dengan akal dan terpisah daripada ruh, menjadikan kebendaan adalah matlamat, bukannya alat bagi memakmurkan bumi maka manusia itu tenggelam menjadi hamba kepada kepentingan kebendaan.

Ini adalah punca kejatuhan tamadun negara yang paling maju dalam lipatan sejarah hanya tinggal kenangan dan mewarisi peninggalan lambang kezaliman terhadap rakyat walaupun hebat bangunan dan kotanya., sumber manusianya mati ditelan bumi dihumban ke neraka serta dikutuk sejarahnya.

8. Ibnu Khaldun menyebut, "manusia makhluk bertamadun, masyarakat madani boleh menghasilkan pelbagai pekerjaan hasil daripada dirinya dan sumber sekeliling." Contohnya, daripada satu keperluan makanan, bukan sahaja memerlukan pertanian, bahkan mewajibkan adanya industri dan perdagangan, pengangkutan dan jentera yang akan menumbuhkan peluang pekerjaan dan memajukan di mana sahaja bumi kita berpijak dengan syarat diurus dengan bijak dan baik tanpa ada penyelewengan dan kebocoran.

Golongan penasihat kerajaan mestilah ikhlas,berilmu, beriman dan budiman, bukannya hanya tahu mengampu dan memuji setiap masa.

9. Pelaburan asing yang tidak memberikan pulangan pindahan teknologi bagi mencapai negara maju, kerana pelabur yang bakhil ilmu tanpa meraikan tuan rumah, dan lebih mengundang tenaga asing daripada tenaga tempatan. Kita tidak boleh hanya menjadi pengkalan ekonomi bagi negara besar, dahulu kita pernah menjadi pengkalan keselamatan mereka ketika zaman penjajahan Perang Dunia ke 2 dahulu.

Dalam peperangan itu, 60 % yang menjadi mangsa adalah negara yang dijajah sedangkan rakyat negara penjajah hanya 40% yang menjadi mangsa. Itu dalam peperangan, dalam ekonomi kita juga akan menjadi mangsa jikalau tidak berwaspada. Lebih parah apabila kita dijemput menyertai gagasan mereka, sekadar menjadi khadam bagi memulihkan krisis yang dialami mereka.

Kerjasama antara negara itu penting tetapi faedah yang diperoleh itu perlulah secara bersama bukannya sebelah pihak sahaja.

10. Warisan penjajahan yang meminggirkan Pantai Timur dan Malaysia Timur hendaklah dihapuskan kerana negeri-negeri ini kaya sumber buminya tapi rakyatnya masih miskin dan dipinggirkan apabila dibandingkan dengan Pantai Barat dan Malaysia Barat.

Hentikanlah permainan politik yang melampau, jadikan penyelesaian tanggungjawab secara holistik bukan hanya ketika pilihanraya umum dan pilihanraya kecil sahaja.

11. Perdana Menteri ada menyebut ayat Quran ketika ucapan pembentangan RMK 11 bahawa Allah yang memiliki segala-galanya, dan Allah yang terbaik. Apabila disebut itu, maka kita perlu balik kepada acuan Allah iaitu pembangunan Insan. Tamadun Barat yang diciplak daripada Tamadun Islam itu kini sedang menuju kehancuran kerana mengabaikan aspek ruh.

12. Peranan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu amat penting bagi menambahkan lagi sumber manusia. Penterjemahan ilmu kepada bahasa kebangsaan akan memberi kemudahan dan lebih cepat melahirkan ilmuan dalam pelbagai lapangan. Lihat contoh negara Jepun, Korea, China, Jerman yang bangkit dengan bahasa mereka sendiri sepertimana Tamadun Islam yang bangkit dengan Bahasa Arab.

13. Akhirnya, beliau mengulas isu antarabangsa iaitu pelarian Rohingya dan IS. Isu pelarian Rohingya bukanlah isu keagamaan semata-mata, tetapi ia adalah isu kemanusiaan. Dalam tahun 1970an dahulu, kita pernah membantu pelarian Vietnam yang datang ke perairan Pantai Timur. 


Walaupun majoriti penduduk di situ adalah beragama Islam tetapi mereka tetap membantu pelarian tersebut yang bukan beragama Islam yang telah menjadi mangsa kezaliman Perang Vietnam. Kesannya, hari ini kita mempunyai hubungan yang baik dengan Vietnam.

14. Beliau turut mengingatkan agar tidak berulang lagi sejarah Perang Dunia Kedua. Peristiwa kelahiran ISIS di Asia Barat tidak lain adalah permainan kuasa besar dunia untuk melagakan antara sesama orang Islam di atas nama perbezaan mazhab, kaum, ekonomi dan lain-lain. 


Ada artikel yang mendedahkan pihak intelligence Barat meletakkan pelampau di kawasan ini bagi menimbulkan ketegangan yang mencetuskan peperangan secara proksi/wakil kepada kuasa besar yang memberi keuntungan daripada syarikat senjata dan syarikat minyak mereka.

*Seperti biasa, ucapan Tuan Guru Presiden PAS sarat dengan ilmu, fakta dan hujjah ilmiah. Beliau menyentuh RMK 11 ini secara kerangka dasar dan sudah pun menyebut di awal ucapan itu bahawa hal yang lebih terperinci dan cabang akan dibahaskan oleh wakil rakyat lain.
 

Walaupun Tuan Guru berkelulusan agama tetapi beliau berkebolehan dalam berbahas menyentuh hal ekonomi, pentadbiran negara, bahkan politik antarabangsa. Beliau mampu menerangkan sesuatu konsep realiti semasa hari ini dengan diperkukuhkan dalil Al Quran dan Hadis.

Catatan Oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pusat Penyelidikan PAS (PPP)

PEMIMPIN AMK SEREMBAN SUDAH BERTINDAK MELAMPAUI BATAS KERANA KRITIK KERAS KERAJAAN PR SELANGOR PIMPINAN AZMIN ALI KERANA PECAT GURU KAFA YANG TUNTUT JANJI NAIK GAJI.




Kerajaan Selangor dikritik lagi kerana memecat guru Kelas Fardu Air (KAFA), Ekhsan Bukharee, yang bertentangan dengan reformasi yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.

Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Seremban, Farhan Mohd Salleh berkata, tindakan itu boleh menjejaskan sokongan rakyat terhadap kerajaan PR di Selangor.

“Kami menyarankan agar Kerajaan Selangor dapat tampil dengan segera memberikan penjelasan berkenaan isu ini.

“Jika gagal, perhatikan sahaja perubahan yang dibawa rakyat dalam gelombang reformasi selepas ini tidak memihak anda (PR). Jangan sesekali lupa, mandat, pangkat dan kedudukan anda ditentukan oleh rakyat,” katanya menerusi WhatsApps yang disebarkan kepada umum.

Farhan berkata, pemimpin PR ghairah mencari kelemahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedangkan pentadbiran negeri PR sendiri banyak kelemahan.

“Jangan hanya pandai membongkar kemungkaran parti lawan (UMNO dan BN) tetapi mengamalkan perkara yang sama.

“Biar kita sesat dalam mencari kebenaran, kerana ia jauh lebih mulia dari kita berada dalam kesesatan dan mendewakan kesesatan tersebut,” katanya.

Omak kau rasa budak AMK ni sudah melampau .. adakah patut tindakan JAIS pecat guru KAFA itu disamakan dengan perangai UMNO????

Apakah dia lupa siapa yang pimpin kerajaan PR Selangor sekarang ini???? .. Tidakkah dia tahu pemimpin itu memang dilahirkan untuk memimpin ummah???? .. Tidakkah dia tahu dia adalah abang kepada Diva Negara dan juga Serikandi Negara???? ... Tidakkah dia tahu pemimpin yang dicemuh itu pemimpin yang menghabiskan masanya 80% turun padang hanya tinggal 20% sahaja duduk dipejabat berhawa dingin???? .. Dia tidak tahukah cara dan gaya hidupnya amat simple dan zuhud sekali sehinggakan makan pun duduk bawah pokok berlaukkan seekor ikan goreng dengan simbahan kuah kari bertemankan segelas plastik air sirap cair kurang manis????

Oleh itu saran dan cadangan ikhlas dan jujur Omak Kau kepada budak AMK Seremban ini agar berhati-hati sedikit dalam mengeluarkan kenyataan ketika sedang marah jika tidak mau dicop sebagai pemimpin hingusan yang tidak bijak berpolitik.

Sila buka mata dan minda .. jangan ikutkan perasaan tanpa memikirkan kesan .. taubatlah sebelum terlambat .. kerajaan PR Selangor pimpinan YAB Tuan Hj Mohamed Azmin bin Hj Ali bukanlah seperti apa yang kamu gambarkan ... kerajaan pimpinannya ialah kerajaan berslogankan PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DIPEDULI.


HIDUP AZMIN ALI!!!!! .... WE LOVE AZMIN ALI!!!!! .. TANPA AZMIN ALI SIAPALAH RAKYAT SELANGOR!!!!!

PAS MAMPU BERDIKARI SEKIRANYA DI SEPAK KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT TEGAS TIMBALAN MENTERI BESAR KELANTAN.



Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata. PAS mampu berdiri sendiri sekiranya memerlukan mereka keluar daripada gabungan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, PAS sudah mempunyai pengalaman sebagai sebuah parti yang bergerak sendirian.

Bagaimanapun katanya, segala keputusan untuk meninggalkan gabungan berkenaan sepatutnya diputuskan oleh kepimpinan tertinggi parti.

“Dalam hal ini, Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya boleh membuat cadangan sahaja.

“Segala keputusan akhir sama ada kekal atau meninggalkan gabungan adalah bergantung pada keputusan pada muktamar itu sendiri bulan hadapan,” katanya semalam.

Difahamkan, keputusan PAS untuk meneruskan undang undang hudud di Kelantan menimbulkan rasa kurang senang rakan parti dalam PR khususnya DAP.

Mohd Amar yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menegaskan partinya masih dalam PR dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan di dalam gabungan tiga parti berkenaan.

Ditanya mengenai kemungkinan DAP akan diundang pada ceramah pada 29 Mei ini di Kelantan, Mohd Amar berkata beliau tidak tahu menahu mengenainya.

Apapun katanya, sekiranya DAP turut diundang mereka tidak sepatutnya atau perlu menggelak untuk berbicara mengenai isu yang sensitif.

“Ada banyak isu sekarang ini untuk dibincangkan termasuklah GST, Tun Dr Mahathir vs Najib dan sebagainya.

“Saya rasa isu sebegini yang lebih baik dibawa oleh DAP berbanding isu hudud,” katanya.

Difahamkan, pada ceramah di Tumpat itu bakal penceramah termasuklah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang.