KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Saturday, 31 October 2015

PENGORBANAN GURU KAFA SEHINGGA DIPECAT OLEH JAIS BERBALOI KERANA AKHIRNYA KERAJAAN SELANGOR SETUJU NAIKKAN ELAUN GURU KAFA DI SELANGOR DARI RM1,300 KE RM1,500 SEBULAN SEPERTI DIJANJIKAN DALAM MANIFESTO PRU KE-13.



Bekas guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) Ekhsan Bukharee Badarul Hisham yang pernah 'menyerbu' Sidang Dun Selangor untuk menuntut kerajaan negeri menaikkan elaun guru Kafa sehingga di pecat oleh JAIS menzahirkan rasa syukur selepas Kerajaan Negeri Selangor menunaikan janji itu semalam.

Semalam, dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2016 Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan negeri akan menaikkan elaun guru Kafa sebanyak RM 200 iaitu daripada RM 1,300 kepada RM 1,500 dengan implikasi kewangan sejumlah RM 18.71 juta dan ia melibatkan seramai 6, 900 guru Kafa di seluruh negeri tersebut.

"Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri Selangor yang akhirnya menunaikan janji dalam manifesto pilihanraya yang lalu dan akur dengan tuntutan guru-guru Kafa. Kenaikan elaun daripada RM1300 kepada RM1500 sememangnya merupakan satu jumlah yang amat bermakna bagi warga pendidik tersebut.

"Selari dengan tindakan ini, saya menuntut agar seluruh kandungan manifesto dalam pilihan raya yang lalu ditunaikan, setidak-tidaknya usaha untuk menunaikan janji tersebut dilihat rakyat. Suka untuk saya menasihatkan Azmin Ali agar mengurangkan kontroversi terhadap pentadbirannya dan fokus kepada usaha menunaikan janji.

"Kontroversi DEIG yang masih mengundang curiga awam dan kelulusan tiga tol baru di Selangor yang nyata kontradik dengan pendirian pembangkang untuk menghapuskan tol; ini adalah hal-hal yang perlu ditangani dengan segera dan jujur, bukan sekadar tangisan di Dewan Negeri semata-mata," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Namun katanya, tindakan yang terlalu perlahan -dalam menaikkan elaun guru Kafa ini sama ada sedar atau tidak menunjukkan bahawa kerajaan Azmin Ali amat tidak serius dalam menangani hal ehwal kebajikan rakyat Selangor, apatah lagi mahu mengangkat nilai rungutan dan protes rakyat sebagai usaha semak dan imbang dalam kerajaan yang diketuainya kini.

"Saya juga masih berasa kecewa kerana lama sebelum ini juga telah diwar-warkan akan wujud penambahbaikan dari sudut kemudahan perubatan dan pelbagai lagi insentif-insentif lain kepada guru-guru Kafa, namun malangnya sehingga kini, janji hanya tinggal janji.

"Itu belum termasuk hal berkaitan status perjawatan; guru Kafa yang telah berkhidmat selama 20 tahun masih berstatus sambilan! Adakah Azmin Ali sedang menunggu seorang lagi guru Kafa merempuh masuk ke Dewan Negeri dan akhirnya terpecat, baru hal-hal kebajikan ini beres dan tertunai?" soalnya.

Pada April lalu, Ekhsan 'menyerbu' Sidang Dun Selangor untuk menuntut kerajaan negeri menaikkan elaun guru Kafa seperti yang dijanjikan PR pada PRU13. Pada PRU13, kerajaan gabungan DAP, Pas dan PKR dalam manifesto mereka berjanji untuk menaikkan elaun guru Kafa di Selangor daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.

DAP MEMPERGUNAKAN ORANG ISLAM UNTUK TUJUAN POLITIKNYA .... TEGAS PAS.



Pas mendakwa DAP hanya memperguna orang Islam untuk tujuan politik parti itu.

Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat, Ahmad Amzad Hashim mendakwa parti itu mementingkan bilangan kerusi yang dikuasai dan mensasar agar untuk menguasai sesebuah negeri supaya semua parti komponen lain menurut kehendaknya.

“Selain kerusi mereka atau kerusi pihak yang taat pada mereka, DAP tidak kisah jika UMNO atau BN yang menang asalkan apapun pakatan politik, mereka yang paling banyak kerusi dan berkuasa.

“Jika ada negeri yang berjaya tewaskan BN. Maka DAP yang perlu berkuasa dan boleh tentukan itu dan ini, begitu dan begini. Parti komponen kena ikut kehendak mereka,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, chauvinisme dalam kalangan pemimpin tertinggi DAP itu akan merosakkan perpaduan rakyat dan menimbulkan keresahan dan curiga mengenai cita-cita sebenar parti itu.

“Adakah politik ala kiasu ini boleh menjaga kepentingan dan kemakmuran kaum Cina dan India untuk jangka panjang bila jurang prasangka semakin melebar? Untuk perniagaan ini tidak bagus. Hubungan seharian sesama rakyat Malaysia yang majmuk pun tidak bagus,” ujarnya.

Malah Ahmad Amzad juga berkata, di dalam negara ini pertarungan untuk orang Melayu hanya melibatkan dua parti sahaja iaitu UMNO atau Pas.

“Jika DAP terlalu bersungguh dengan dokongannya kepada Parti Amanah Negara (Amanah), orang Melayu dengan segera dapat membaca bahawa dengan memecahkan undi orang Melayu, DAP sebenarnya mahu menggagalkan kemaraan Pas agar bilangan kerusi mereka yang paling besar.

“Jika PAS tidak menang, adakah PAN yang akan menang jika berlaku tiga penjuru dengan UMNO? DAP pun tahu tidak mungkin. Maknanya DAP mahu UMNO yang menang,” jelasnya.

Dia berkata, pihak yang sedang cedera dengan politik rakus, gopoh dan gelojoh DAP bukan hanya Pas tetapi turut terlibat sama PKR.

“Kini PKR pula berdepan realiti ini. Pas yang masih menghargai tahaluf siyasi dengan PKR berharap pelajaran penting ini dilalui oleh PKR dengan baik demi harapan rakyat,” ujarnya.

PAS TETAP DI HATI DAN HARAPAN UNTUK SEMUA ... MAJLIS PERASMIAN PUSAT KHIDMAT AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG SEBAGAI BUKTI.


Petang tadi jam jam lebih kurang 5.00 petang 31hb Oktober 2015 bersamaan dengan hari Sabtu, bertempat di Taman Simpang, Bukit Gantang, Perak telah berlangsung upacara perasmian Pusat Khidmat Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang YB Ustaz Hj Idris Hj Ahmad yang juga Naib Presiden PAS yang disempurnakan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YBhg Dato' Dr Mahfodz Mohamad.

Syukur Alhamdulillah sambutan yang diberikan penduduk tempat amat memberangsangkan sekali, jika diambil kira senario politik semasa yang dihebahkan kononnya dengan penubuhan parti serpihan PAS, PAN oleh bekas barisan pemimpin PAS yang kecewa kerana kecundang tewas teruk semasa pemilihan Muktamar ke-61 lalu bahawa PAS akan berkubur dan lumpuh.

Ternyata penubuhan PAN sedikit pun tidak menjejaskan apatah lagi menggugat kedudukan dan pengaruh PAS kalangan penduduk tempatan khasnya masyrakat Melayu/Islam.

ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN



PESAWAT AIRBUS MEMBAWA 224 PENUMPANG DAN ANAK KAPAL KEPUNYAAN KOLAVIA AIRLINES TERHEMPAS DI SINAI.



SINAI: Pejabat Perdana Menteri Mesir mengesahkan pesawat penumpang Russia terhempas di tengah Sinai.

Terdahulu, agensi berita Russia, RIA yang memetik sumber dari pihak berkuasa penerbangan Russia melaporkan pesawat Airbus A321 yang berlepas dari pusat peranginan Sharm el-Sheikh, Mesir ke St Petersburg, Russia hilang dari radar di ruang udara Cyprus.

Sumber itu berkata, pesawat berkenaan membawa 217 penumpang dan tujuh anak kapal yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Russia, Kogalymavia Airlines. - Agensi

Friday, 30 October 2015

DAP MAU TANDING 8 KERUSI DUN SELANGOR YANG DIMENANGI PAS PADA PRU KE-13 LALU DAN YAKIN AKAN MENANG.


DAP percaya mampu menawan lapan kerusi yang dimenangi PAS di Selangor.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, jika saingan tiga penjuru antara PAS, DAP dan Barisan Nasional (BN) berlaku di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri itu, pada Pilihan Raya Umum akan datang, DAP boleh capai “kemenangan”.

Lapan kerusi yang disebut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu adalah Seri Serdang, Dusun Tua, Taman Templer, Tanjong Sepat, Chempaka, Lembah Jaya, Paya Jaras dan Meru.

“Kami akan membuat persediaan diperlukan untuk kami bertanding di kerusi-kerusi itu, bermula dengan Taman Templer.

“Langkah pertama, kami perlu melantik Edry Faizal sebagai penyelaras untuk DAP bertanding di sana.

“Sama ada kami akan bertanding di kerusi-kerusi itu kelak, ia akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan di Selangor,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, hari ini.

TAMPAR IMAM SOLAT JUMAAT ..... LELAKI WARGA INDIA DIDENDA RM12,000 JIKA GAGAL BAYAR 3 BULAN PENJARA.



Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat menjatuhkan hukuman denda RM12,000 kepada seorang lelaki warga India kerana menampar Imam Masjid Negara, bulan lalu.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Shabir Ahmad Khan, 31, selepas laporan psikiatri menunjukkan tertuduh layak dibicarakan.


Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.


Tertuduh didakwa telah menyebabkan kecederaan terhadap imam berkenaan, Mohd. Zuhairee Mohd. Yatim, 39, di Masjid Negara, Jalan Perdana, Dang Wangi, pada jam 1.30 petang, pada 18 September lepas.


Dia turut didakwa mengganggu perjalanan solat Jumaat dan tinggal lebih masa di negara ini di tempat, waktu dan tarikh sama.

SETELAH TUNGGU LEBIH 2 JAM CERMIN KERETA KENA PECAH SEBAB MENGHALANG KERETA LAIN NAK KELUAR.


Kesabaran mungkin ada batasannya  ... Difahamkan seorang lelaki terpaksa memecahkan tingkap kereta MYVI warna hitam nombor pendaftaran PKL 6170 ini kerana menghalang keretanya mau keluar dari tempat parkir setelah menunggu terlalu lama sehingga  2 jam dengan anak kecil dan isteri.

Kejadian berlaku di Hosptital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Selangor.

Sebelum beredar lelaki berkenaan sempat meninggal nota berbunyi .. ' NAK PARKING BOLEH .... TINGGAL NO TEL .... HAND BRAKE KASI TURUN ".


Nasihat Omak Kau ..... Jangan parking camni eh kalau tak nak cermin kereta kena pecah.

PAS DAN PKR BENTUK PAKATAN LONGGAR DI JOHOR.



PKR Johor mengesahkan bahawa akan mengadakan perbincangan dengan kepimpinan PAS di negeri ini untuk membentuk satu pakatan longgar, luar daripada Pakatan Harapan.

Walau bagaimanapun, PKR menegaskan bahawa ia hanya dalam hubungan kerja bersama PAS di negeri ini, dan bukan kebangkitan semula pakatan Pakatan Rakyat yang tidak lagi berfungsi itu.

Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Phuah Wee Tse, berkata bahawa kepimpinan parti negeri itu sentiasa mengambil kedudukan bahawa mereka akan melibatkan diri dengan mana-mana pihak atau organisasi di dalam dan di luar Pakatan Harapan yang berkongsi objektif yang sama.

“Ya, ia mungkin kelihatan janggal kepada pembangkang (di Johor), tetapi diharapkan peranan kita sebenarnya boleh menunjukkan kepada rakyat bahawa tidak mustahil untuk mempunyai pakatan longgar dengan PAS,” katanya.

Phuah berkata PKR Johor, walaupun sokongan mereka terhadap Pakatan Harapan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), akan turut mewujudkan dan mengekalkan hubungan kerja dengan PAS di negeri ini.

“Kami terbuka untuk berbincang dengan PAS. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk membincangkan mengenai kebangkitan Pakatan Rakyat ketika ini.”

Minggu lalu, dilaporkan bahawa Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mesyuarat baru-baru ini yang diadakan dengan PKR memutuskan satu perjanjian untuk mengukuhkan kerjasama melalui perbincangan di peringkat negeri dan peringkat persekutuan.

PAS juga telah beberapa kali menegaskan bahawa kerajaan campuran Pakatan Rakyat tidak berfungsi lagi, tetapi kerjasama masih boleh berfungsi walaupun tanpa DAP.

Phuah berkata, bagi PKR, keadaan seperti itu bergantung kepada negeri masing-masing dan menambah bahawa parti itu di Johor berharap, mereka boleh bekerja bersama-sama dengan PAS.

“Ia sukar buat kami (PKR), tetapi kami akan tengok bagaimana ia berfungsi untuk kedua-dua parti,” katanya.

Kepimpinan PAS pada awal tahun ini pada Muktamar, memutuskan hubungan dengan DAP.

Ini membawa kepada pengakhiran kerajaan campuran Pakatan Rakyat selama tujuh tahun yang dibuat berdasarkan tiga parti iaitu PAS, DAP dan PKR.

Tidak lama kemudian, DAP dan beberapa bekas pemimpin PAS yang mengaku progresif dan profesional, yang kemudian menyertai Amanah, menubuhkan kerajaan campuran Pakatan Harapan.

WARGA MARANG TOLAK PRESIDEN PAS MERANGKAP AHLI PARLIMEN MARANG ... JAMUAN MAKAN MALAM ANJURAN PEMUDA PAS KAWASAN MARANG LANGSUNG TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN HAMBAR, SURAM, LENGANG DAN SUNYI SEPI .



Majlis Makan malam bersama Dato' Seri Presiden PAS anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang di Dewan Tok Guru, Rusila malam tadi hari Khamis 29hb Oktober 2015.

Tindakan pemimpin yang mengaku amanah, progresif, peduli, profesional dan inklusif dalam PAS meninggalkan parti itu dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah) @ PAN mengakibatkan hampir kesemua negeri, kawasan hatta cawangan PAS seluruh negara lumpuh, musnah dan ranap termasuklah PAS kawasan Marang yang merupakan kubu terkuat PAS tidak terlepas dari serangan dan rempuhan pengaruh luar biasa PAN.

Seperti sedia maklum Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang adalah Ahli Parlimen Marang dan ADUN Rhu Rendang yang berpengakalan di Rusila, Marang.
Pada 19 September, Miqdad Zakaria anak saudara sebelah isteri Hadi Awang yang dilantik dilantik sebagai Ketua PAN Kawasan Marang bersama ahli jawatankuasa Amanah Marang melancarkan program pertama mereka pada majlis pembukaan pejabat di Wakaf Dua.

Penubuhan tersebut ternyata amat suatu pukulan maut kepada PAS secara amnya dan Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdu Hadi Awang khasnya.

Manakan tidak .. program beliau makan malam bersama-sama dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang di Dewan Tok Guru, Rusila malam tadi langsung tidak mendapat sambutan. Hambar, sunyi sepi, lengang dan suram.

Jelas sekali betapa penduduk Marang sudah memulau, boikot, pinggir dan menjauhkan diri dengan Presiden PAS. Tiada siapa nak peduli dan mau hadir apa-apa jua program dan acara yang melibatkan diri beliau. Tiada siapa yang terliur nak hadir .. banyak kerusi yang tidak berpenghuni dan meja hampir semuanya kosong.

Kesian sungguh ... begitu sekali hebatnya rempuhan tsunami politik apabila parti serpihan PAS, PAN dilahirkan .. benar kata Pengerusi PAN Kelantan sebaik sahaja lahir PAN parti PAS akan terus mati ... tepat sekali ramalan Setiausaha Agung PAN Sdr Annuar Tahir yang memberitahu satu dunia yang PAS kini sudah lumpuh ... berfakta kata-kata pemimpin DAP bahawa PAN sudah mampu dan berjaya mengambil alih peranan PAS dalam persada arus perdana politik negara ... langsung tidak silap apabila para laskar siber PAN dan mereka yang memuja DAP tahap dewa menyatakan PAS sudah tidak relevan .. PAS is PAST.

Rakyat kini terutamanya dari kelompok pernah menyokong PAS telah secara berjemaah dan berduyun-duyun memberikan sokongan dan dokongan kepada PAN. Mereka akui parti ini satu-satunya yang mampu rampas Putrajaya dari tangan UMNO/BN memandangkan dipimpin oleh barisan ulama yang luar biasa kerana boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan begitu fasih selain bersikap profesional, amanah, progresif, peduli lagi inklusif. Suatu sifat yang tidak pernah ada dimana-mana parti politik tanah air sebelum ini.

Tahniah kepada PAN kerana berjaya melumpuh dan memusnahkan PAS dimana UMNO/BN yang begitu gagah pun sejak merdeka gagal dan tidak mampu lakukan.
RAHMATAN LIL 'ALAMIN

Thursday, 29 October 2015

LIM GUAN ENG MAUT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA.



Seorang lelaki yang kebetulan mempunyai nama sama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Selangor, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi itu, kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu mangsa terbabas, berdasarkan kesan tayar pada permukaan bahu jalan dan rumput di tempat kejadian.

Menurutnya, mangsa yang berusia 37 tahun dan berasal dari Bandar Baru Sri Petaling itu, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

“Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu, dibawa keluar anggota bomba.

“Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat,” katanya.

Orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta menyalurkan maklumat di balai polis berdekatan, bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

UiTM SANGGAH DAKWAAN RAFIZI BERHUBUNG KOS PEMBINAAN HOSPITAL SEBAGAI FITNAH.



Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyanggah tuduhan pembangkang bahawa kerajaan akan menanggung kos berjumlah RM8.2 bilion bagi projek pembinaan hospital UiTM di kampus Puncak Alam, di Shah Alam.

Universiti itu menerusi satu kenyataan berkata, kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung kos pembinaan projek tersebut adalah tidak benar dan ditokok tambah.

"UiTM amat terkilan dengan maklumat tidak tepat dan disensasikan oleh YB Rafizi berkenaan cadangan pembangunan Hospital Pengajar dan Fakulti Perubatan UiTM secara Private Finance Initiative (PFI) di Puncak Alam itu.

"UiTM belum menandatangani apa-apa perjanjian konsesi dengan mana-mana syarikat konsesi yang berkaitan dengan hospital tersebut.

"Draf perjanjian konsesi akhir tersebut telah dihantar kepada UiTM pada 14 Julai lepas dan telah dibincangkan secara teliti oleh Lembaga Pengarah UiTM pada 22 Oktober lepas," katanya.

Menurut universiti itu, draf perjanjian konsesi tersebut masih diteliti dengan lebih terperinci bagi memastikan kepentingan UiTM terpelihara.

Hospital itu akan dibina di atas tanah berkeluasan 11.28 hektar (28.19 ekar) dan mempunyai 400 buah katil, katanya.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan dakwaan Rafizi bahawa kerajaan dalam proses untuk menyerahkan projek pembinaan hospital itu kepada ahli perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan Umno.

Beliau mendakwa projek pembinaan hospital itu menelan belanja RM599 juta tetapi kerajaan menyerahkan projek berkenaan dengan harga RM8.2 bilion.

SATU LAGI BUKTI BETAPA PAS SUDAH LUMPUH DISELANGOR .... CERAMAH MAJLIS PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT PAKATAN HARAPAN TANPA PAS DI SRI SERDANG MENDAPAT SAMBUTAN PALING LUAR BIASA HEBAT DAN HANGATNYA.


Punyalah hebat dan hangat sambutan diberikan oleh rakyat sampaikan penceramah terpaksa memainkan dua peranan ... satu sebagai penceramah dan satu lagi sebagai pendengar ... insiden yang kagum lagi kaget ini berlaku malam kelmarin di Taman Tasek, Sri Serdang acara MAJLIS PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT anjuran Pakatan Harapan tanpa PAS.

Kalau suasana dan sambutan sebegini berterusan sehingga PRU ke-14 nanti ... sudah nampak bayang-bayang betapa Putrajaya bakal bertukar tangan .. penerimaan masyarakat Melayu/Islam kepada parti serpihan PAS Parti Amanah Negara @PAN memang diluar jangkaan sama sekali ... memang benar kata-kata Pengerusi PAN Kelantan Dato' Wan Rahim betapa lahirnya PAN akan mengakibatkan PAS mati .. memang sahih dan benar akan kata-kata Setiausaha Agung PAN Sdr Anuar Tahir bahawa PAS sekarang ini sudah lumpuh terutamanya di Selangor ... memang tepat sekali sasaran Pemimpin Terulung PAN bahawa cukup tahun ini PAN mempunyai 100,000 ahli berdaftar ... borang mohon menjadi ahli PAN macam pisang goreng panas .. dalam tempuh sekelip mata lebih 30,000 disambar sampai terpaksa dicetak berulang kali bagi memenuhi permintaan luar biasa rakyat.

Parti kalau dipimpin individu yang profesional dan inklusif berpaksikan kepada Amanah, Progresif dan Peduli sudah pasti mendapat tempat teristimewa dalam jiwa dan minda rakyat lebih-lebih lagi kalau mendapat restu dan sokongan padu dari DAP.

Agaknya sudah sampai masanya PAS terpaksa angkat bendera putih akui yang PAN memang sudah mampu ambil alih peranan PAS sekarang ini.... bukan sahaja mampu malahan jauh lebih berjaya kerana memiliki barisan pemimpin yang progresif, amanah, peduli, inklusif dan profesional dengan para ulama luar biasa sebagai penasihat.

Kini bukan sahaja manusia sokong dan dokong PAN tetapi sudah merangkumi juga jin, makhluk halus dan bunian sekali ... inilah kehebatan dan kelebihan PAN yang tidak ada dimiliki oleh mana-mana parti dalam dunia setakat ini.

Sejuta tahniah kepada kejayaan dan sambutan luar biasa PAN ini .. tidak salah jika dikatakan kalau berpandukan kepada sambutan di Sri Serdang ini malam kelmarin, gabungan DAP dengan PAN sahaja sudah lebih dari cukup untuk rampas Putrajaya dari tangan UMNO/BN... KIPIDAP!!!!

RAHMATAN LIL 'ALAMIN

Wednesday, 28 October 2015

MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT ..... RANI KULOP DAKWA JEREBU KURANG HASIL LAPORAN POLIS DIBUATNYA.




Abdul Rani Kulop mendakwa jerebu teruk yang semakin pulih di negara ini hasil berkat laporan polis yang dibuatnya baru-baru ini.

Dalam laporan itu, Rani Kulop telah meminta rakyat Malaysia supaya berdoa agar jerebu di negara ini berkurangan dan pulih.

“Alhamdulilah, setelah ayah buat laporan polis tempoh hari yang meminta rakyat mendoakan supaya jerebu ini dapat dihindarkan….tengok Jerabu di Malaysia dah kurang… Ini berkat seruan ayah (Rani Kulop),” katanya di hadapan Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Dang Wangi.

Rani Kulop yang juga Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM) turut meminta agar kerajaan lebih tegas dalam menangani isu jerebu.

Katanya, masalah jerebu ini tidak akan selesai sampai bila-bila jika kerajaan tidak mengambil tindakan tegas.

“Ayah minta kerajaan ambil tindakan terhadap syarikat-syarikat yang membakar hutan di sana (Indonesia).

“Selagi tak ambil tindakan orang tak takut dan ia akan mendatangkan kemarahan kepada rakyat… Kita nak bakar sampah berlebihan pun tak sampai hati tapi di negara luar, mereka bebas membakar hutan,” katanya.

FITNAH NAJIB PANGGIL PANGLIMA ANGKATAN TENTERA ARAHKAN BUAT SESUATU JIKA BN KALAH DALAM PRU KE-13 AKHIRNYA NIZAR JAMALUDDIN MOHON MAAF SECARA TERBUKA KEPADA NAJIB RAZAK.



ADUN Changkat Jering yang juga bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas membuat permohonan maaf terbuka kepada Datuk Seri Najib Razak kerana memfitnah Perdana Menteri tiga tahun lalu.

Permohonan maaf itu dibuat Mohammad Nizar di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin.


Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abdul Karim memberitahu mahkamah, pihaknya ada menerima permohonan daripada Mohammad Nizar dalam surat bertarikh 22 Oktober lalu yang dihantar kepada Perdana Menteri memohon supaya kes itu dikompaun mengikut Seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah.


Beliau didakwa memfitnah Najib dalam ceramah di Taman Desa Pakatan pada 23 April 2012 di mana beliau mendakwa telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri telah memanggil panglima Angkatan Tentera dan mengarahkannya membuat sesuatu jika Barisan Nasional kalah dalam pilihan raya.


Beliau didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

RUPA-RUPANYA INILAH DIKATAKAN BUKTI KUKUH PADU YANG MAU DIDEDAHKAN KEPADA UMUM JIKA SPRM GAGAL SIAPKAN SIASATAN DALAM TEMPUH 30 HARI "SKANDAL" BALAK KERAJAAN KELANTAN.



Diperturunkan kenyataan media oleh seorang pelapor mengenai suatu "skandal" balak terbesar paling hebat yang melibatkan kerajaan PAS Kelantan setelah satu laporan rasmi sudah pun dibuat di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya semalam.

Siap bagi ultimatum lagi tu .... siapkan siasatan dalam tempuh 30 hari jika tidak dokumen berkaitan akan didedahkan kepada umum ... pergh!!!! siap beri ugutan dan amaran lagi ... dahsyat dan hebat sungguh!!!!



Kenyataan media.

27 Oktober 2015

Saya Mohd Afiq Bin Ayob, mewakili pengundi muda luar Kelantan hari ini telah memfailkan aduan rasmi berkaitan rasuah bernilai lebih RM5 juta bersangkutan kegiatan pembalakan di negeri Kelantan.


Diyakini SPRM bukan sahaja tidak punya alasan untuk memulakan siasatan tetapi dengan dokumen lebih 50 helaian bukti yang saya serahkan mampu untuk menyelesaikan hampir setengah kes ini.


Dokumen yang saya serahkan terkandung atau menyatakan dengan jelas wujudnya transaksi melibatkan


· pembayaran wang kepada seorang Exco Kerajaan Negeri


· ‘sumbangan’ kenderaan Toyota fortuner termasuk Salinan perjanjian jualbelinya


· Pembayaran perbelanjaan ke luar negara seorang exco negeri Kelantan


· ‘sumbangan’ RM 32,000 berbentuk lembu korban ke kawasan seorang exco kerajaan negeri


· ‘sumbangan’ ‘tile’ untuk lantai bagi ubah suai bernilai RM34,544.80 termasuk invoice penghantaran yang mana billnya dibayar oleh sebuah syarikat yang terlibat pembalakan


· Pembayaran melalui peguam bernilai RM1 juta. Dokumen berbentuk resit dan Salinan cek disertakan.


· Dokumen pembayaran tunai atas nama anak syarikat kerajaan negeri kepada seorang yang berpangkat Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara bernilai RM150,000 yang tercatat baki bernilai RM4,850,000 (RM4.85 juta)


· Salinan cek pembayaran kepada seorang yang berpangkat Datuk bernilai RM1juta.


Semua transaksi tersebut dibuat oleh seorang Datuk berbangsa Cina bertindak bagi sebuah syarikat berkaitan perkayuan (balak) yang beralamat di Kuala Lumpur.


Dokumen bukti yang diserahkan kepada SPRM jelas menyebut beberapa kali nama seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Lebih pelik lagi kegiatan Exco Kerajaan negeri Kelantan yang dimaksudkan turut melibatkan seorang Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara dan dari carian laman sosialnya ia dikenali cukup rapat dengan pimpinan kerajaan pusat.


Selaku anak muda Kelantan saya cukup gusar dengan perkembangan mutakahir ini.

Selama ini saya dan kawan – kawan begitu bangga dengan pemerintahan bersih kerajaan Kelantan di bawah almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tindakan saya ialah untuk membersihkan Kerajaan Kelantan dari anasir rasuah yang mengotori dan terus mempertahankan Kelantan dibawah pemerintahan bukan Barisan Nasional.


Kami memberi masa 30 hari kepada SPRM untuk menyesaikan, jika tidak saya dan teman – teman tidak punya banyak pilihan selain dari mendedahkan semua dokumen dan bukti terbabit kepada rakyat.

Kami bersedia mencetak semua bukti tersebut untuk edaran kepada rakyat khususnya seluruh negeri Kelantan. Pelaku yang mengotori Kerajaan Kelantan harus disingkirkan segera.


Dalam pada masa itu kami sedia untuk bertemu YAB Datuk Menteri Besar bagi menjelaskan dan menyerahkan semua dokumen bukti terbabit dengan syarat, exco terbabit perlu digantung khidmat tugas serta merta sepanjang penyiasatan ini dan selepas terbukti bersalah Kerajaan Negeri sendiri harus bertindak ke atas Exco ini selain dari tindakan undang – undang oleh SPRM.


Sekian.
Mohd Afiq Bin Ayob



KUPASAN OMAK KAU:-

Punyalah sengkek lagi haprak dua dokumen yang mau dijadikan bahan ugutan untuk didedahkan kepada umum jika SPRM gagal bertindak menyiapkan siasatan dalam tempuh 30 hari .. sanggup cetak dan edar.

Sekali pandang manusia yang memiliki sedikit akal waras sudah tahu dua dokumen ini tidak mempunyai apa-apa nilai pembuktian pun untuk menyabit dan mengaitkan penglibatan skandal balak antara kerajaan PAS Kelantan dengan seorang towkey balak Cina yang bergelar datuk.

1)   Surat perjanjian dikatakan tertera perkataan Istana Negara 50480 Kuala Lumpur W.Persekutuan (KL) bertarikh 20 November 2012 dialamatkan kepada Datuk Dr Peter Sow Chin Chuan 2046, Taman Sari, Jalan Hospital, 115200 Kota Bharu, Kelantan atas tajuk SALES AND PURCHASE OF 5000 ACRES LOGGING CONCESSIONS AND TLC RUBBER PLANTATION PROJECT FOR 50 YEARS.

a)   Penurun tanda tangannya ialah antara Dato Zahari bin Ismail dengan purchaser Datuk Sow Chin Chuan dengan disaksikan oleh Chris Lee Siong Yee.

b)   Surat perjanjian berkenaan jelas tidak pun melibatkan mana-mana anggota kerajaan Negeri Kelantan.

c)   Jelas nama Istana negara sudah dipergunakan untuk kerja memperdaya si tukang beli .... mana mungkin surat dari Istana Negara tiada Letter Head ... mana mungkin jika benarlah ianya datang dari istana negara ... siapa si Datuk Zahari Ismail ini dengan Istana Negara????? .... siapa?????

d)   Dokumen ini pun sudah nampak kantoi untuk mengaitkan Kerajaan PAS Kelantan ...


2)   Surat dari LAPANGAN DESIRAN SDN BHD bertarikh 8 Oktober 2013 alamatkan kepada Kompleks Perkayuan Kelantan, Kampung Stong Kemubu , 18000, Kuala Krai, Kelantan ( Attn:  En Nik Kamal bin Nik Mahmud General Manager ) atas tajuk JOINT VENTURE AGREEMENT BETWEEN KOMPLEKS PERKAYUAN KELANTAN AND LAPANGAN DESIRAN SDN BHD.

a)   Mananya surat perjanjian antara JV antara Kompleks Perkayuan Kelantan dengan Lapangan Desiran Sdn Bhd???? ... adakah surat perjanjian dimaksudkan itu surat yang ditanda tangan oleh Datuk Zahari Ismail dengan Datuk Chow Chin Chuan bertarikh 20 November 2012????? .. Apakah itu surat perjanjian yang sahih antara Kompleks Perkayuan Kelantan dengan Lapangan Desiran Sdn Bhd????  Surat perjanjian dengan perkataan Istana Negara sekadar ditaip sahaja dengan alamat pun tidak betul tanpa ada sebarang letter head nombor talipon serta rujukan ... boleh pula ada rakyat berfikiran waras boleh terpengaruh dan percaya dokumen yang amat diragui kesahihan ini.

b)  Isi kandungan surat ini banyak kepada kononnya beberapa bayaran dan transaksi telah dibuat mengunakan beberapa keping cek bernilai RM1,524.295.56 sen

c)  Segala transaksi melalui Datuk Zahari b Ismail dengan hanya menyebut nama YB Zul atau YB Zulkifli bin Mamat.

d)  Apakah sudah memadai dan mencukupi bahawa ini suatu bukti kukuh gagah perkasa padu lagi sahih dan benar betapa kerajaan PAS negeri Kelantan dengan ahli Exconya terlibat dalam kegiatan rasuah pembalakkan??????

KONKLUSI:-


Ternyata ini adalah sekadar bukti taraf sampah dan haprak yang cuba mengaitkan kerajaan PAS Kelantan dan seorang Ahli Exconya dengan kononnya ada skandal pembalakan antara seorang towkey balak dari Kuala Lumpur.

Ini pada hemat Omak Kau adalah suatu kes penipuan yang dilakukan oleh seorang individu bernama Datuk Zahari bin Ismail yang menjual nama Istana Negara dan Kompleks Perkayuan Kelantan ... mana mungkin surat perjanjian boleh dilakukan sekadar taip perkataan Istana Negara ... lagi pun mana surat janji JV antara Kompleks Perkayuan Kelantan dengan Lapangan Desiran Sdn Bhd???  ... MANA?????

Kejadian ini dikatakan sudah berlaku 2 tahun yang lalu .... mana mungkin pihak yang terasa diri ditipu tidak membuat sebarang laporan polis ataupun mengadu kepada SPRM ... kalau tidak lagi lakukan mengapa perlu seorang individu yang entah mana datangnya boleh jadi pak sanggup membuat laporan kepada SPRM pula.

Ikut hukum akal logik ... isu sebesar ini sudah pasti akan dikutip pihak yang berkepentingan dalam politik, tampil dan hadir sendiri kepejabat SPRM membuat aduan, bukannya memperguna dan memperalatkan individu yang entah siapa pun rakyat tidak kenal .... nampak sangat pemimpin yang pernah bangkitkan isu ini tidak berani membuat laporan sendiri .. jenis bacul dan dayus!!!! .. lempar batu lepas itu mencicit lari menyorok belakang jamban.

Sudah pasti Kompleks Perkayuan Kelantan menafikan sekeras-kerasnya terlibat dalam penipuan ini.

Rakyat yang waras dan mampu berfikir dan menilai pasti akan menolak bulat-bulat "bukti-bukti dokumen" ini sebagai suatu bahan bukti yang cukup kuat mau menyabit dan mengaitkan seorang Ahli Exco Kelantan terlibat dalam skandal pembalakan.


Tuesday, 27 October 2015

SIAPA KATA CERAMAH PERDANA PARTI AMANAH NEGARA @ PAN TANPA BANTUAN DAP DAN PKR TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN??????


Selama ini para penganalisis dan pemerhati politik sepakat dan sependapat seiya sekata bersetuju bersama tanpa ada sedikit pun perbezaan dan percanggahan betapa setiap ceramah sama ada kecil, kelompok maupun perdana tanpa penglibatan DAP dan PKR oleh parti serpihan hasil ditubuhkan oleh barisan bekas pemimpin PAS yang teruk ditolak perwakilan pada Muktamar PAS ke-61 lalu, merajuk sebab kecewa terus tubuhkan parti dinamakan Parti Amanah Negara @ PAN tidak akan mendapat sambutan ternyata meleset sama sekali.

Contoh terbaik cuba sahaja lihat gambar diatas .. acara Ceramah Perdana bersama Presiden PAN Tuan Hj Mohamad Sabu @ Mat Sabu hari ini di Tawau Sabah ... betapa hebat dan hangatnya sambutan diberikan.

PAN sudah boleh berdikari tanpa perlu bantuan maupun berucap bersama-sama dengan DAP dan PKR dalam satu pentas.

Jadi tidak hairan kalau rata-rata rakyat cukup percaya, kagum dan terpesona serta tersilau apabila Mat Sabu menyatakan sambutan diberikan oleh rakyat terhadap penubuhan PAN cukup luar biasa melangkaui jangkaan dan ramalan sehingga terpaksa borang mohon menjadi ahli terpaksa dicetak berulang kali sebab cetakan pertama tidak cukup.

Kalau dilihat pada sambutan hebat lagi hangat Ceramah Perdana diatas ... jangan katakan akhir tahun ini sasaran PAN mau pastikan ada 100,000 ahli berdaftar ... 300,000 ahli sudah berada dalam genggaman.

PAS nampaknya sudah berkubur dan lumpuh habis terus seperti dikatakan oleh Setiausaha Agung PAN Sdr Annuar Tahir baru-baru ini.

Tahniah diatas sambutan luar biasa ceramah perdana ini walaupun kalau dilihat seimbas lalu lebih kepada ceramah kelompok sahaja suasananya ... mohon kita bersangka baik ... mungkin belum dimulakan lagi sebab Presiden PAN belum hadir ... yang ada digambar diatas adalah wajah yang seiras Mat Sabu jer kot????

Pasti ada yang dengki sakit hati berasap telinga menyirap darah sampai mendidih melihat akan sambutan, sokongan dan dokongan diberikan oleh rakyat jelata terhadap PAN.

Benar sungguh kata DAP betapa PAN sudah mampu malahan terlebih dari mampu mengambil alih peranan PAS untuk raih sokongan dari masyarakat Melayu/Bumiputera beragama Islam.

Rakyat inginkan suatu parti yang dipimpin oleh individu-individu yang progresif, amanah, peduli, profesional lagi inklusif.

WARGA BRITAIN PECAH CERMIN KERETA DITUDUH DIMAHKAMAH ATAS KESALAHAN UGUTAN JENAYAH DAN MENAKUTKAN SECARA JENAYAH


Mc Gruer Kenneth George dibawa keluar oleh pegawai polis dari mahkamah Kajang atas kesalahan kes ugutan jenayah dan menakutkan secara jenayah di Kajang.

Gara-gara menunjukkan isyarat lucah kepada seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi, seorang pemandu kereta menerima padah, apabila cermin keretanya dipecahkan dalam kejadian di susur keluar Universiti Putra Malaysia, di Lebuhraya Utara Selatan, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, penunggang motosikal berusia dalam lingkungan 40-an itu bertindak memecahkan cermin hadapan sebuah kereta Perodua Myvi, selepas salah seorang penumpangnya dipercayai menunjukkan isyarat jari tengah kepada Mat Salleh terbabit.

Difahamkan, kejadian itu berlaku, apabila penunggang motosikal warga United Kingdom yang berada di lorong kanan enggan memberi laluan kepada pemandu kereta, sehingga menyebabkan kedua-dua kenderaan terbabit hampir bergesel.

Disebabkan berang dengan tindakan itu, penunggang motosikal terbabit mengarahkan pemandu kereta itu memberhentikan kenderaan dan berlaku pertelingkahan antara mereka, sebelum warga asing itu memecahkan cermin hadapan kereta berkenaan.


APAKAH KELULUSAN TIGA LEBUH RAYA OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR BARU-BARU INI BAKAL MENYAKSIKAN SUATU LAGI LANGKAH DI AMBIL UNTUK MENYINGKIRKAN MB SELANGOR SEDIA ADA??????


Sebelum ini Omak Kau dalam entri bertarikh 24hb Oktober 2015 tajuk :- APABILA PAKATAN LANGGAR JANJI ..... RAKYAT SECARA BERANSUR AKAN MENJAUHKAN DIRI .... LEBUHRAYA EKVE SEBAGAI BUKTI. ... yang mengisahkan betapa kerajaan negeri Selangor pimpinan Azmin Ali telah meluluskan pembinaan 3 lebuh raya bertol SUKE, EKVE dan DASH yang terang-terang melanggar sumpah janji ikrar manifesto Pakatan Rakyat PRU ke-13 yang mau menghapuskan tol secara total diseluruh negara selain pembinaan KIDEX yang dibatalkan sebagai alasan untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor tahun lepas.

Ikut hukum akal logik,  maka sudah sewajarnya para arkitek dan pencetus Langkah Kajang mengambil langah yang berlipat 3 kali ganda untuk mewujudkan suatu langkah juga untuk menyingkir Azmin Ali .. ... bukannya satu lebuh raya yang dibina tanpa pengetahuan dan kelulusan parti tetapi tiga buah ....  mengambil kira suatu precedent sudah pun ada sebaga tanda betapa PKR tidak akan bertolak ansur dan berkompromi isu ketelusan dan langgar janji parti.

Desas desus diakar umbi sudah agak lama juga berbunyi sebaik sahaja berkuburnya Pakatan Rakyat betapa desakan kuat diberikan kepada Azmin Ali akan menyingkirkan PAS dalam kerajaan Selangor pimpinan beliau tetapi Azmin tetap berdegil dan bertegas enggan tunduk dan akur akan desakan tersebut malahan berdiri kuat dan teguh maukan PAS terus berada sebahagian dari kerajaan Selangor.

Tindakan dan pendirian ini dikatakan kurang disenangi pimpian parti yang menyokong pasukan dan kumpulan diketuai Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution Ismail yang diketahui umum sebagai kumpulan pimpinan PKR yang cukup inginkan agar Kerajaan Pakatan Harapan diisytuharkan di Selangor sebagai ikut jejak langkah kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng.

Nampaknya kumpulan Rafizi Ramli/Saifuddin Nasution Ismail sudah ada suatu alasan ampuh dan kukuh bagi menyingkirkan Azmin Ali dari tampuk kekuasaan Selangor dengan kelulusan pembinaan tiga buah lebuh raya oleh kerajaan Selangor pimpinan Azmin Ali... itu respon dan maklum balas diperolehi apabila Ibu Pejabat PKR Tropicana buat keputusan untuk panggil Azmin Ali mengadap memberikan penjelasan berkenaan isu ini.

Apakah ini suatu langkah permulaan kesuatu lagi langkah atau serampang yang bakal mengambil tempat????????

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali perlu memberikan penjelasan berhubungan dakwaan tiga lebuh raya di negeri itu sudah diberikan kelulusan tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada kepimpinan tertinggi PKR.

Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli menegaskan pihaknya masih belum mendapat sebarang pengesahan berhubung khabar angin tersebut dan beliau akan membawa isu itu ke dalam mesyuarat dalaman parti dalam masa terdekat.

“Saya tidak tahu dan saya tiada maklumat tetapi saya akan bawa perkara ini dalam mesyuarat dalaman kita untuk mendapatkan pengesahan daripada Menteri Besar sama ada kelulusan itu telah diberikan atau tidak,” katanya pada Forum Belanjawan 2016 bertajuk Mencetus atau Mengurus Krisis di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall, di sini, malam tadi.

Beliau mengulas dakwaan Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sejauh 32 kilometer untuk menjadi laluan alternatif kepada Lebuhraya Jaringan Tengah II (MRR2) dari Sri Petaling ke Ulu Klang, melalui Sungai Besi, Cheras, Kajang dan Taman Putra Ampang.

Konsesi 60 tahun dianugerahkan kerajaan kepada syarikat Projek Lintasan Kota Holdings (Prolintas) dan ia dijangka dapat membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas kritikal di beberapa lebuh raya utama di sekitar Lembah Klang.

Pembinaan lebuh raya itu sekali gus menjadi laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) khususnya di kawasan Ulu Klang, Ampang dan Pandan Indah.

Dalam pada itu, Rafizi juga berkata, PKR konsisten tentang pembinaan mana-mana lebuh raya dan sistem bertol itu perlu menepati tiga syarat utama yang dirangka parti itu sejak 2011.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri juga perlu meluluskan pembinaan lebuh raya berdasarkan tiga syarat, antaranya syarikat konsesi perlu mendedahkan perjanjian konsesi tersebut.

“Syarat kedua ialah penilaian trafik mesti memenuhi peratusan tertentu daripada pengguna sama ada lebuh raya benar-benar memberi manfaat kepada pengguna dan setiap kesesakan.

“Ia juga perlu melihat kesan sosial daripada suasana tol, penilaian sama perlu dilakukan untuk memastikan ia memberi kesan kepada kawasan terlibat,” katanya.

Bagaimanapun beliau memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri Selangor pernah mematuhi ketiga-tiga syarat tersebut ketika membatalkan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) pada Februari lalu.

“Sebagai wakil rasmi parti dan Ahli Parlimen, saya berkeyakinan bahawa pembinaan lebuhraya hanya diluluskan jika memenuhi tiga syarat itu.

“Pada asas itu juga keputusan kerajaan negeri Selangor yang membatalkan Kidex,” katanya lagi.

KOS JAGA HIMPUNAN BERSIH 4.0 WALAUPUN SELAMA DUA HARI HANYA RM2,737,440.00 SEDANGKAN HIMPUNAN BAJU MERAH RM4,500,927.50 SEN.




Polis Diraja Malaysia (PDRM) menanggung hampir sekali ganda kos keseluruhan untuk Himpunan Rakyat Bersatu, atau lebih dikenali 'himpunan baju merah' berbanding himpunan Bersih 4, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri itu berkata, PDRM menggerakkan 191 pegawai dan 2,419 anggota untuk himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos manakala bagi himpunan baju merah pada 16 September, pasukan keselamatan itu menggerakkan seramai 263 pegawai dan 3,648 anggota mereka.

"Kos keseluruhan untuk himpunan Bersih 4 adalah RM2,737,440 manakala bagi kos keseluruhan himpunan Rakyat Bersatu adalah RM4,500,927.50," kata Zahid dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan ahli Parlimen DAP dari Seremban, Anthony Loke, yang bertanyakan jumlah anggota polis dan kos keseluruhan yang ditanggung PDRM bagi kedua-dua himpunan tersebut.

"Bagi kedua-dua penugasan yang terlibat, PDRM menggunapakai semua elemen dalam PDRM yang terdiri daripada keanggotaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Cawangan Trafik, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), dan Cawangan K9 JSJ, serta lain-lain elemen.

"Kesemua elemen ini adalah di bawah kawal selia ketua polis Kuala Lumpur," kata Zahid, yang juga ahli Parlimen Bagan Datoh.