Tuesday 16 February 2016

AKAR UMBI PKR SELANGOR BIDAS AZMIN ALI SEBAGAI MB YANG MENGAMALKAN PILIH KASIH DAN UTAMAKAN KRONI DALAM PEMILIHAN AHLI MAJLIS PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)


Sekumpulan pimpinan cabang PKR Selangor mendakwa Menteri Besar dan Pengerusi PKR negeri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengamalkan sikap pilih kasih dan utamakan kroni dalam pemilihan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bergabung dengan ahli PKR yang lantang yang kini sedang berdepan dengan Lembaga Disiplin PKR, Badrul Hisham Shaharin @ Chegu Bard, kumpulan itu mendakwa Azmin membelakangkan cadangan ahli majlis daripada cabang tertentu di Selangor dan garis panduan oleh Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang dikeluarkan pada 2013.

Setiausaha PKR cabang Kelana Jaya Murali Subramaniam menyatakan, Fasal 4 Pekeliling tersebut menyatakan bahawa ahli majlis mestilah bermastautin di kawasan mereka berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun.

Garis panduan PKR turut menyatakan cabang sepatutnya memberikan calon mereka kepada pimpinan negeri sebelum disahkan oleh pimpinan pusat, namun ia tidak berlaku, katanya.

“Apa yang berlaku di Selangor, tak ikut apa yang diputuskan dalam mesyuarat cabang. Selepas mesyuarat kami beri cadangan kepada Menteri Besar malangnya beliau tidak ambil nama yang kami berikan.

“Mereka letak nama sendiri untuk kami luluskan, ketua cabang kami bantah dan tak nak luluskan, nama lain dilantik.

“Kami tak puas hati apa yang dibuat oleh Azmin. Tak tahu kenapa cakap tak serupa bikin,” katanya dalam sidang media hari ini.

Murali mendedahkan seorang ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dilantik walaupun beliau tidak dicadangkan oleh Cabang Kelana Jaya dan bermastautin di SS 2, Petaling Jaya.

Badrul Hisham pula menyatakan Azmin tidak menghormati PKR dan cabang parti itu walaupun Perlembagaan parti menyatakan cabang mempunyai hak bersuara untuk memilih calon termasuk calon pilihanraya.

Beliau turut memetik laporan sebuah portal pada 22 Januari lalu yang menyatakan ahli DAP, Abdul Aziz Bari dihalang untuk menjadi Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya kerana bermastautin di kawasan Majlis Perbandaran Selayang.

Justeru, beliau meminta pimpinan tertinggi PKR untuk memberikan perhatian serius dan tegas terhadap apa yang berlaku di bawah pimpinan Azmin.

“Salah satu kritikan terhadap pentadbiran Tan Sri Khalid (Ibrahim) ialah beliau tidak membantu parti.

“Sekarang macam mana kita nak berkhidmat untuk masyarakat kalau ahli majlis tak duduk di sana, tidak ada hubungan dengan cabang?

“Ini lebih teruk dari UMNO. Azmin tak menghormati parti sendiri. Ini sebabnya UMNO suka dia dan semua kritikan tidak diambil pimpinan UMNO untuk serang Azmin,” katanya.

3 comments:

  1. Pkr ok dari umno?
    Dap ok dari umno?
    apasat mau mintak umno hantam pkr?
    Sikalang lu rasa maa...

    ReplyDelete
  2. MACAI MEROYAN DIBODOHKAN MB PKR CAP AYAM!!!

    Haduyai!!! Berapa banyak kali kita nak ulang benda yang sama. Kenapa diorang ni masih lagi nak mem-BODOH-kan diri dengan memberi sokongan kepada Si Menteri Besar Cap Ayam tu?

    Apa yang nak dipelik sangat kalau Si MB Cap Ayam tu mengambil tindakan dengan melantik kroni - kroni dia untuk menjadi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor tu.

    Benda tu memang dah jadi satu kebiasaan dikalangan puak - puak Parti Keluarga Rosak tu selama hari ini. Jadi, kenapa baru hari ini ada pulak dikalangan mereka sendiri yang nak meroyan?

    Hakikatnya, perkara itu bukan satu perkara yang baru. Malah benda yang sama jugak turut dibuat oleh Si Ketua Penipu tu sendiri. Bukan ke kroni dia jugak yang jadi calon PRK Permatang Pauh?

    Semua tu dibuat sebab apa jika bukan untuk memastikan sokongan dikalangan ahli - ahli kekal kepada keluarga Si Ketua Penipu tu. Itu pasal la Si Ketua Penipu tu pilih bini dia jadi calon.

    Maka perkara yang sama juga dibuat oleh Si Menteri Besar Cap Ayam tu. Mesti la dia pilih kroni dia sendiri untuk memastikan dia kekal menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Selangor tu.

    Kalau dia lantik dikalangan puak - puak yang selama ini lantang membantah corak pentadbiran dia, dah tentu - tentu hayat Politik dia sebagai Menteri Besar tidak akan berkekal lama.

    Apa yang pasti, orang yang dilantik menjadi Ahli Majlis PBT tu mesti dari kalangan penyokong - penyokong dia. Bukannya dia peduli sangat dengan peruntukan parti atau sebagainya.

    Jadi yang BODOH-nya, ahli - ahli serta pengikut - pengikut PKR yang hanya sekadar jadi 'Pak Turut' kepada segala bentuk kemahuan yang telah dibuat oleh Si Menteri Besar Cap Ayam tu.

    Sampai tahap, sanggup diorang berikan jawatan tu kepada puak - puak DAPigs hanya semata - mata Si Menteri Besar Cap Ayam tu nak kekalkan kedudukan dia sebagai Menteri Besar. Jadi, yang BODOH-nya Macai di peringkat bawahan. Si MB Cap Ayam tu sengeh je!!!
    KUALA LUMPUR : Sekumpulan pimpinan cabang PKR Selangor mendakwa Menteri Besar dan Pengerusi PKR negeri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengamalkan sikap pilih kasih dan utamakan kroni dalam pemilihan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).
    Bergabung dengan ahli PKR yang lantang, Badrul Hisham Shaharin, kumpulan itu mendakwa Azmin membelakangkan cadangan ahli majlis daripada cabang tertentu di Selangor dan garis panduan oleh Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang dikeluarkan pada 2013.
    Setiausaha PKR cabang Kelana Jaya Murali Subramaniam menyatakan, Fasal 4 Pekeliling tersebut menyatakan bahawa ahli majlis mestilah bermastautin di kawasan mereka berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun.

    ReplyDelete
  3. Betul pilih kadih,patut tak pilih pas,sbb dah keluar pakatan.azmin patut keluarkan pas dr kerajaan selangor.hudud tah kemana,jawatan pengerudi klustr dakwah pun dah dapat.apa pas mau lagi

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...