Sunday 31 January 2016

PERTUKARAN MB ANTARA UMNO DAN PKR SIAPA LEBIH TERTIB, DEMOKRATIK DAN BERAKHLAK??????


Baru-baru ini PKR melalui Ketua Whip Parlimennya yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani YB Dato' Johari Abdul mendakwa parti itu lebih tertib ketika menyingkirkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada tahun 2014.

PKR juga mendakwa UMNO tidak tertib dan tidak demokratik dalam usaha menukar dan menurunkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Di media sosial, kenyataan Ketua Whip PKR itu menjadi bahan bualan dan perdebatan hangat. Bagi penyokong totok pembangkang terutamanya dari PKR, PAN dan DAP, mereka mengiyakan dan menerima bulat-bulat tanpa sedikit pun mencuit minda diajak berfikir secara fakta dan rasional tapi bagi penyokong UMNO/BN terutamanya rakyat berfikiran yang tahu cerita sebenar yang sentiasa menapis semua maklumat sebelum dihadam mentah-menah merasakan kebijaksanaan mereka dihina dan diperlekehkan sudah pasti merasa marah.

Secara terus terang Omak rasa termuntah hijau apabila membaca kenyataan berani mati tanpa malu Johari Abdul ini.

Bagi rakyat yang mengikut rapat pergolakkan Menteri Besar Selangor pada 2014, kenyataan PKR itu amat mengejutkan.

Kenapa Johari mengeluarkan kenyataan itu sedangkan seantero dunia (media asing turut membuat liputan) tahu bagaimana parti itu berusaha menyingkirkan Khalid sehingga sanggup menjaja fitnah.

Ya, mungkin Khalid degil kerana tidak mendengar arahan parti (seperti PKR dakwa) tetapi tergamak parti itu memfitnah dan mengaibkan beliau. Bukan saja Islam malah semua agama pun melarang penganutnya memfitnah dan mengaibkan orang.

Seburuk-buruk UMNO pun (baca segelintir pemimpin UMNO), mereka tidak memfitnah Mukhriz apatah lagi membuat siri jelajah pusing satu Kedah kalau tidak pun negara menjaja keburukan Mukhriz. UMNO menguasai media cetak dan elektronik arus perdana tetapi adakah mereka memburukkan Mukhriz?

Jawapannya TIADA. Jadi apakah yang dimaksudkan Johari yang mendabik dada mengatakan PKR lebih tertib dalam menukar Menteri Besar?

Ketika kontroversi Menteri Besar Selangor pada 2014, seluruh negara dimomokkan dengan keburukan Khalid. Ia bukan datang dari UMNO tapi PKR dan Pakatan Rakyat termasuk DAP melainkan PAS.

Dokumen berjudul ‘Menggantikan Menteri Besar Selangor’ menyatakan dan memberi gambaran Khalid seorang MB yang korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salah laku dan tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor.

Untuk rekod, bekas Setiausaha Agung PKR , Datuk Saiffudin Nasution telah meminta maaf kepada Khalid bagi pihak parti di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Ogos 2015 kerana memfitnah dengan pelbagai cerita tipu yang direka cipta. Adakah perbuatan PKR itu tertib?

Usaha menyingkirkan Khalid bermula dengan‘Langkah Kajang’ sebagai usaha pertama menukar Khalid walaupun awalnya Ketua Umum PKR yang disanjung tinggi, Datuk Seri Anwar Ibrahim beriya-iya menafikan.

Di situlah juga bibit perpecahan Pakatan Rakyat. PKR tanpa berbincang dengan rakan-rakan lain terlebih terutama PAS terus membuat langkah sumbang yang akhirnya menjadi bibit pertelingkahan PAS-DAP.

PKR menjadikan dirinya seperti tidak berdosa dan maksum sebaliknya PAS pula dijadikan serangan kerana enggan terima pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar wanita pertama di negara ini.


Masih lagi PKR mengikut tata tertib dan demokratik?

Amat menyedihkan apabila ada pemimpin PKR yang masih mampu mengangkat muka, mendabik dada tanpa melihat kepada sejarah dan fakta terus mengkritik UMNO secara keras dalam isu Menteri Besar Kedah.

Lebih baik PKR diam dan muhasabah diri untuk mengelak lebih banyak pekung di dada terburai. Biarpun UMNO sangat tidak disenangi rakyat jelata ketika ini, tapi parti itu tidak memburukkan Mukhriz dan tidak keluarkan dokumen memfitnah Mukhriz.

Tetapi tidak bagi PKR, parti itu sanggup memfitnah Menteri Besar mereka sendiri. Biarpun terpaksa membaca kenyataan mohon maaf di mahkamah, PKR tak kisah kerana cita-cita burukkan dan singkir Khalid telah berjaya.

Dalam hal menjaga tatatertib dengan istana, UMNO dan PKR tidak langsung boleh disamakan kerana UMNO jauh lebih baik dan beradab.

UMNO mengikut protokol dalam urusan menukar Menteri Besar. Lantas, tiga nama calon diberikan kepada Istana Kedah untuk menggantikan Mukhriz.

Tapi PKR dan Pakatan Rakyat? Mereka hanya mencalonkan satu nama. Kononnya tanda sepakat. Tahukah tindakan itu telah membangkitkan kemurkaan Sultan Selangor? Tertib sangatkah langkah PKR itu?

Cermin dulu sebelum berkata-kata jika enggan parti dipandang hina kerana bersuara tanpa fakta.

Bila kita berjalan, jangan hanya mendongak ke langit, selalulah pandang kebawah sambil melihat rumput . Sebelum mengata orang, cerminlah diri. Jika anda lebih buruk lebih baik diamkan diri.

Friday 29 January 2016

CERAMAH ILMU ANJURAN PAN KELANTAN MALAM TADI BERSAMA-SAMA DENGAN AZIZ BARI MENDAPAT SAMBUTAN DI LUAR JANGKAAN ... PAS KELANTAN SUDAH LUMPUH DAN TIDAK RELEVAN LAGI.


Harapan Kelantan jatuh ketangan PAN pada PRU ke-14 nanti teramatlah cerah sekali ... memang benar seperti kata-kata keramat Pengerusi PAN Kelantan betapa tertubuhnya PAN parti induknya terus mati.

Malam tadi suatu senario yang menyokong padu kenyataan Pengerusi PAN Kelantan itu .... bertempat di Dewan Besar MGU Jalan Pintu Pong, Kota Bharu berlangsung suatu program anjuran PAN Kelantan bersama-sama dengan tokoh dulu PKR sekarang DAP Aziz Bari.

Sambutan diberikan cukup dahsyat dan hebat .. dewan penuh sesak sampai ada yang terpaksa berdiri dan duduk bersila atas lantai.

Bolehlah mulai sekarang PAN kena kenal pasti siapa yang mau diangkat menjadi Exco, Speaker dan Timbalan Menteri Besar Kelantan kerana MB Kelantan selepas PRU ke-14 nanti dengan mengambil sokongan setiap program anjuran PAN Kelantan sudah pastinya tidak lain tidak bukan Pengerusi PAN Kelantan sendiri Dato' Wan Rahim.

Thursday 28 January 2016

CERAMAH PAN DI KUALA KEDAH BERSAMA-SAMA DENGAN ANAK-ANAK BEKAS PRESIDEN PAS MENDAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA HANGAT.

PAS sudah lumpuh ... PAS sudah tidak relevan .. PAS sudah ditolak rakyat ... lebih 70% ahli PAS menyertai PAN ... PAN bakal ambil alih peranan PAS ... anak-anak muda dakap PAN ... PAN Parti Islam Generasi Kedua yang didokongi anak-anak muda ... PAN Rahmatan Lil ' Alamin.

Itulah antara ungakapan-ungkapan yang pernah disebut dan terhambur dari mulut-mulut pemimpin PAN.

Realitinya????  .. Lihat sendiri akan ceramah bersama-sama dengan dua anak mantan Presiden PAS .. seorang berjawatan Naib Presiden PAN yang juga Ahli Parlimen Mujahid Yusoff Rawa dan seorang lagi anak Almarhum Fadzil Nor yang berjawatan Timbalan Ketua Pemuda PAN yang juga seorang profesional, seorang peguam muda yang namanya amat meningkat naik kalangan pengamal undang-undang kini di Kg Baru Tambak Bunga, Jalan Kuala Kedah pada hari Sabtu lepas.

Nak kupas dan ulas lebih panjang rasanya membuang masa, nafas, tenaga dan stamina.

Wednesday 27 January 2016

MOHON BERTENANG ... HARAP JANGAN SESIAPA MUNTAH SEBAB MAKLUMLAH YANG BERCAKAP INI BUKAN CALANG-CALANG ORANG .. PEMIMPIN PKR.




Tindakan PKR menukar bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melalui "Langkah Kajang" dilakukan secara "tertib" berbanding tindakan sama yang cuba dilakukan Umno Kedah terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kata Datuk Johari Abdul.

Ketua Whip Parlimen PKR itu berkata, dalam keadaan hari ini, tindakan Umno Kedah untuk menukar Mukhriz adalah tidak masuk akal kerana ia melibatkan pertelingkahan di peringkat nasional, susulan pergeseran antara kepimpinan dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Pada peringkat ini tidak masuk akal (untuk tukar Mukhriz) kerana memenuhi kehendak parti, kerana pertelingkahan antara Tun (Dr Mahathir) dan kepimpinan Umno.

"Kalau pun nak berlaku mesti melalui tertib demokrasi. Nak memaksa dengan paksaan ini memberikan kecelaruan di peringkat bawahan.

"Di Selangor kami laksanakan dengan tertib. Masalahnya Umno tidak melakukannya dengan cara tertib seperti kami," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Johari, yang juga ahli Parlimen Sungai Petani berkata, proses penukaran Khalid dilakukan PKR selepas rundingan secara tertutup dilakukan dengannya, namun disebabkan keengganan untuk berundur, PKR memulakan langkah menyingkirkannya.



KUPASAN OMAK KAU:-


Akhirnya setelah sekian lama menafikan tujuan diadakan Langkah Kajang dan PRK Kajang adalah semata-mata untuk menukar MB Selangor ketika itu akhirnya kantoi sudah mengaku.

Penipuan dan niat jahat selalunya tidak tahan lama kekal.

Bukankah juga timbul pergeseran dan pertelingkahan secara terbuka antara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim???? .. Jadi apa bezanya masalah yang melanda UMNO Kedah dengan PKR Selangor tahun 2014???

Tahun 2014 PKR menggunakan akuan bersumpah dan cara yang sama diguna pakai oleh UMNO/BN Kedah kini.

Tahun 2014 PKR/DAP kumpulkan para ADUNnya untuk dapatkan persetujuan .. langsung tidak ada beza dengan UMNO Kedah kini.

UMNO lakukan dengan pengetahuan rakan-rakanya dalam BN sedangkan PKR buat keputusan besar tanpa dimaklumkan terlebih dahulu rancangan Langkah Kajangnya dengan PAS dan DAP ... dah buat keputusan baru maklumkan kepada DAP dan PAS ... itu tertib murni dan demokratik kah dalam semangat Pakatan Rakyat????

Semasa krisis MB Selangor diperingkat bawahan dan akar umbi tidak bercelaru????

Ketika kes MB Selangor Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pun tak setuju.

Kes MB Selangor dengan penuh tertib sopan santun beradab PKR pecat Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai anggota PKR  .. MB Kedah Mukhriz Mahathir kena pecat ke sebagai ahli UMNO???? .. tertib sangat dan berbudi bahasa tinggi ke PKR dalam hal ini???

Dalam kes MB Kedah tidak dilakukan roadshow jelajah satu Kedah dengan pelbagai tuduhan skandal dan alasan setebal 92 helai muka surat sehingga diheret ke Mahkamah Tinggi sampai mengaku bersalah secara terbuka ianya adalah fitnah jahat lagi jijik belaka.  Bersopan santun tertib dan demokratikkah PKR dalam isu ini?????

Sebab itu bila bercakap jangan sampai rakyat naik muntah bila mendengarnya. .. kalau merasakan diri itu cerdik bijak bistari rakyat pun tidak bodoh dan bebal.

KEMELUT MB KEDAH ... MENANG JADI ARANG KALAH JADI ABU.


Masing-masing cuba mempertahankan kumpulan sendiri dalam kemelut Umno Kedah sejak minggu lalu.

Kedua-dua pihak mengeluarkan kenyataan dan alasan sendiri untuk mewajarkan tindakan mereka iaitu mengekalkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Umno Kedah agar keadaan kembali seperti sedia kala.

Manakala kumpulan atau penyokong Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pula mempunyai alasan lain agar dibuat perubahan dalam pentadbiran negeri ini termasuk dari segi politik dan parti pemerintah.

Kehangatan kedua-dua pihak mengeluarkan 'fatwa' dan hujah menampakkan seakan-akan masing-masing terlupa bahawa mereka dari satu kapal yang sama dan melayari ke destinasi yang sama.

Namun pertembungan yang berlaku kelihatan seolah-olah mereka adalah dari parti berbeza dan cuba melakukan usaha bermati-matian demi survival politik masing-masing di Kedah.

Seorang veteran Umno ketika ditemui mengakui masalah ini walaupun nampak kecil tetapi rumit kerana melibatkan pertembungan idea dan matlamat berbeza dalam Umno Kedah.

Beliau mengakui keadaan itu sudah melampaui batasan pemikiran waras dengan penyebaran pelbagai 'emel layang' dan 'WhatsApp layang' termasuk video tertentu seolah-olah mereka sudah berpatah arang berkerat rotan untuk terus kekal dalam persada politik negeri Jelapang Padi ini.

Menurutnya, episod yang menyedihkan dalam Umno Kedah berulang lagi dan tidak pernah menjadi iktibar dalam kalangan pemimpinnya sejak 1980-an lagi.

“Peristiwa dan episod hitam yang berlaku sebelum ini tidak pernah menyedarkan mereka. Sepatutnya mereka menoleh sebentar dan melihat kesan dirasai Umno akibat perebutan kuasa sesama pemimpinnya.

“Kekalahan dalam PRU12 tidak pernah menginsafkan mereka untuk bermuhasabah dan mengambil pedoman untuk tidak mengulangi kesilapan sama.

“Umno membayar harga paling tinggi akibat kerakusan sesetengah pemimpinnya untuk mengambil kuasa termasuk melalui cah keting atau tikam rusuk kawan, apabila tewas dan gagal mengekalkan pentadbran kerajaan negeri,” katanya.

Beliau bimbang episod hitam 2008 berulang jika tiada usaha ke arah pemulihan dan penyatuan parti dilakukan segera kerana kini mereka berpecah kepada beberapa puak atau kumpulan.

“Adakah ada jaminan kesan luka akibat perebutan kuasa tahun 2016 boleh sembuh dan pulih dalam masa dua tahun akan datang.

“Bolehkah mereka bekerjasama sebagai satu kumpulan untuk terus mengekalkan kuasa pentadbiran negeri dalam PRU14 dan semua penyokong bemaaf-maafan dan melupakan apa yang sudah berlaku,” katanya.

Tokoh veteran ini meragui keadaan itu akan tidak dapat membayangkan nasib yang bakal menimpa Umno di Kedah dalam pilihan raya umum akan datang.

“Dengan kekuatan dan sokongan rakyat sekadar nyawa-nyawa ikan, adakah Umno boleh bangkit dan melonjak semula selepas ini?

“Nasib baik pembangkang pun dalam keadaan meruncing. Tetapi ini tidak boleh menjadi alasan atau sumber kekuatan untuk Umno berpaut dengannya. Tidak logik untuk kita bangkit meraih kejayaan dengan menafikan kelemahan sendiri sebaliknya menuding jari kepada pihak lawan,” katanya.

Seorang lagi veteran Umno berpendapat apa-apa tindakan perlu dilakukan dengan teliti dan tidak melukakan hati mana-mana pihak dan perpaduan dalam parti tidak terjejas.

“Kenapa perlu membuat hebahan untuk menyatakan rasa tidak puas hati atau tidak lagi percaya kepada kepimpinan.

“Kita masih ada banyak lagi cara lain untuk melakukan. Apakah pemimpin Umno sudah tidak boleh duduk semeja dan berbincang sesama mereka untuk mencari jalan terbaik agar peralihan kuasa dapat berjalan lancar tanpa perlu membuka pekung di dada,” katanya.

Melihat kepada senario semasa, beliau menganggapnya seperti nasi sudah menjadi bubur dan agak sukar kedua-dua pihak menarik brek tangan atau menggunakan 'gear gostan' bagi meredakan keadaan.

“Saya bimbang dengan kekuatan dan keutuhan Umno Kedah yang makin merosot, kita akan keciciran dan akhirnya tewas di gelanggang sendiri akibat sikap balas dendam sesama sendiri.

“Orang luar akan tepuk tangan melihat pergesesaran yang berlaku dalam Umno Kedah. Jangan lupa pesan orang tua - menang sabung kampung tergadai,” katanya.

Menurutnya, apa guna mendapat jawatan dan kedudukan tetapi ia tidak dapat dipertahankan dalam pilihan raya kelak.

“Akhirnya yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu. Tiada siapa pun yang untung dalam kemelut kali ini,” katanya.

Untuk itu, tokoh ini meminta semua pemimpin Umno Kedah perlu menilai diri sendiri dan melihat semula matlamat perjuangan mereka selama ini sama ada benar-benar untuk bangsa, agama dan tanah air atau sebaliknya untuk diri sendiri dan orang sekeliling sahaja.

“Umno bukan bertunjangkan kepada perjuangan individu tetapi secara kumpulan. Pemimpin datang dan pergi tetapi Umno perlu terus unggul dalam persada politik tanah air dengan syarat diurus dengan baik, jujur, ikhlas dan sabar,” katanya.  SH

Tuesday 26 January 2016

ISU PELANTIKAN SEMULA SEORANG AHLI MAJLIS MBPJ YANG SUDAH BERKHIDMAT SELAMA 6 TAHUN ... SETIAUSAHA PKR CABANG KELANA JAYA KATA SETIAUSAHA POLITIK AZMIN MENIPU.



PKR Cabang Kelana Jaya hari ini menafikan mencadangkan pelantikan semula seorang ahli Majlis Bandar Raya Petaling Jaya (MBPJ) Halimi Abu Bakar sepertimana didakwa Ketua Penerangan Selangor yang juga Setiausaha Politik kepada Azmin dan ADUN Seri Muda, YB Shuhaimi Shafie.

Setiausaha Cabang Kelana Jaya PKR Murali Subramiam berkata, nama Halimi tidak disenaraikan semula untuk menjadi ahli majlis memandangkan tempoh perkhidmatan beliau sudah melebihi 6 tahun atau 3 penggal.

"Itu semua tidak benar, sebanyak 5 kuota yang diberikan untuk cabang Kelana Jaya, kami tidak pernah meletakkan nama Halimi di dalam senarai," katanya.

Murali berkata daripada 5 nama yang disenaraikan cabang Kelana Jaya, 4 daripadanya ditolak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) yang dipengerusikan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Mereka tolak semua nama ahli majlis yang dicadangkan cabang, kecuali nama ketua cabang sendiri Dr Mahendran Markandoo.

"Yang ke-4 nama disenaraikan semula ditentukan MPN dan bukannya cabang," katanya.

Melalui sistem aplikasi WhatsApp, Murali menunjukkan gambar dokumen daripada MPN berhubung pengesahan senarai nama ahli majlis bertarikh 30 Disember lalu.

Ditanya mengapa cabang Kelana Jaya menolak Halimi dilantik semula menjadi ahli majlis, Murali berkata ianya untuk memberi laluan kepada orang baru.

"Tidak apa -apa alasan lain, kerana kita merasakan Halimi sudah terlalu lama menjadi ahli majlis, jadi kita mahu beri laluan kepada orang lain, kita tidak mahu PKR ini jadi seperti Umno - Barisan Nasional (BN).

"Ketua pegang jawatan sampai 10 tahun, kita tak nak ada budaya begitu," katanya.

Murali juga berkata Halimi tidak memegang apa-apa jawatan dalam cabang Kelana Jaya dan ia bertentangan dengan syarat untuk lantikan ahli majlis memerlukan calon tersebut mempunyai jawatan dalam parti.

Semalam mengulas mengenai ahli majlis yang dilantik semula meskipun sudah melebihi tempoh ditetapkan iaitu selama 6 tahun, Shuhaimi berkata perkara itu dapat dilaksanakan sekiranya mendapat persetujuan dan cadangan daripada cabang parti, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen.

Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor itu berkata, pelantikan semula Halimi sebagai ahli majlis kerana mendapat cadangan daripada cabang.

"Dalam kes Halimi ini ada cadangan daripada cabang, Adun dan ahli Parlimen. Perbincangan melibatkan semua pihak dan mereka akan duduk berbincang dengan MPN. Akhirnya 1, 2 atau 2 nama dicalonkan cabang."

Moralnya hanya kerana nak beri jawatan kepada kroni dan penyokong tegar maka sanggup menipu .. apa jaminan perkara-perkara yang lebih besar.

Itu baru jawatan sebagai Ahli Majlis PBT belum jawatan besar lagi .. apakah masih nak sembang kencang sampai KLCC nak tumbang berjuang atas Keadilan, Kebenaran, Kebebasan, Salah Guna Kuasa, Penyelewengan, Kronisme, Nepotisme dan Tatakelola Yang Bersih Cekap dan Telus??????

RAFIZI RAMLI DI DAPATI BERSALAH MEMFITNAH UMNO OLEH MAHKAMAH SESYEN

Mahkamah Sesyen hari menjatuhkan hukuman denda RM1,800 kepada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli selepas didapati bersalah memfitnah UMNO.

Hakim Azwarnida Arrifin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan tiada keraguan munasabah terhadap Rafizi yang menuduh UMNO terlibat dalam serangan terhadap gereja menggunakan Molotov.

Rafizi bagaimanapun kekal sebagai Ahli Parlimen Pandan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Setiausaha Agung PKR yang juga Naib Presiden PKR itu membuat tuduhan ahli UMNO terlibat dalam membuat serangan menggunakan molotov di kawasan gereja di Selangor menerusi satu artikel yang diterbitkan di The Edge Financial Daily pada 2014.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Ahmad Azhari Harun manaala Rafizi diwakili Eric Paulsen.

Monday 25 January 2016

MUKHRIZ BAKAL DIGANTIKAN SEBAGAI MB KEDAH LUSA????



Kedah bakal mendapat Menteri Besar Ke-12 selewat-lewatnya Rabu ini apabila 20 daripada 21 Adun Kedah dari Barisan Nasional (BN) bersetuju dan akur untuk menerima sesiapa sahaja sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu menggantikan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir.

Memetik laporan portal Pro-BN Mykmu melaporkan , kesemua Adun BN telah menyatakan taat setia kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan menerima sesiapa sahaja yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

"Kesemua mereka bersedia menghadap DYMM Tuanku Sultan Kedah sekiranya dipanggil untuk menyatakan sokongan kepada keputusan Umno dan Barisan Nasional.

"Sehingga petang tadi, sumber memberitahu Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor telah bercakap dengan hampir 90 peratus Adun BN Kedah," petik kenyataan sumber kepada portal berkenaan.

Sunday 24 January 2016

KENAPA PRESIDEN PAN MAT SABU DI JAMUAN MAKAN MALAM ANJURAN DAP SEKINCHAN TIDAK JAMAH PUN JUADAH DI HIDANGKAN??????


Malam tadi Presiden PAN Rahmatan Lil ' Alamin telah mencemar diri hadir di jamuan makan malam anjuran DAP Sekinchan malam tadi.

Mengikut maklumat kehadiran malam tadi boleh tahan juga sambutan .. yang rasa sugul sikit apabila pemberi maklumat memberitahu Mat Sabu langsung tidak jamah juadah yang dihidangkan malam tadi .... alasannya tidaklah diketahui ... mungkin beliau sangsi dan was-was akan taraf halalnya kot sebab yang hadir jamuan malam tadi hampir 100 peratus masyarakat Tionghua.

EDISI BENARKAN GAMBAR BERBICARA ..... PAS MASIH TIDAK MAMPU MENYAINGI PAN DALAM MENGGERAKAN PENYOKONG TURUN KEJALANRAYA BERHIMPUN ... HIMPUNAN BANTAH TPPA DI KL SEMALAM ADALAH SUATU BUKTI KUKUH.


Ternyata amat suasana dan sambutan Himpunan Aman Bantah TPPA di Padang Merbok anjuran PAS semalam masih tidak dapat menyaingi kemampuan dan kehebatan serta kebolehan PAN dalam menganjurkan suatu program peringkat raksasa.

PAS masih gagal menggerakkan para ahli, penyokong, pendokong dan pengikutnya ... ini berlainan sama sekali dengan PAN.

Itulah kelebihan PAN yang tidak ada pada PAS .. memang PAN Rahmatan Lil 'Alamin sebuah Parti Islam Generasi Kedua yang paling pesat berkembang dengan dipimpin para ulama luar biasa yang fasih berbahasa Inggeris serta pimpinan yang profesional, progresif dan inklusif.

Banyak lagi PAS kena belajar dan menerima panduan tatacara bagaimana nak anjur program raksasa.

Saturday 23 January 2016

EDISI BIAR GAMBAR-GAMBAR BERBICARA ....... CERAMAH UMUM PAN BERSAMA KETUA WANITA PAN NASIONAL DAN PENGERUSI PAN KELANTAN DI PAKA, TERENGGANU MEMBUKTIKAN PAS TERENGGANU SUDAH LUMPUH DAN TIDAK RELEVAN??????


Malam tadi 22hb Januari 2016 bertempat di Jalan Helang, Taman Murni Perdana, Paka, Dungun Terengganu telah berlangsung ceramah umum bersama-sama dengan Ketua Wanita PAN Nasional yang juga Ahli Parlimen Kota Raja YB Dr Siti Mariah Mahmud dan Pengerusi PAN Kelantan Dato' Wan Abd Rahim.

Seperti dijangkakan ... sambutan dan respon yang diberikan penduduk amat luar biasa kepada parti yang dikatakan paling pesat berkembang dalam negara kita kini.

Memang PAS sudah tidak lagi relevan ... rakyat sudah tolah PAS secara total di Terengganu semenjak penubuhan PAN.

Rasanya kalau mau sambutan ceramah umum malam ini mau dijadikan ukuran jelas pada PRU ke-14 nanti Terengganu bakal jatuh ketangan PAN senang-senang ... kalau tidak kena gaya semua calon PAS akan hilang wang pertaruhan.

Turut berucap didepan mahkluk-makhluk halus, jin dan bunian dalam tadi ialah Pengerusi MPN Terengganu yang juga ADUN Bandar YB Azan Ismail dan wakil DAP.

Friday 22 January 2016

BEKAS KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH KUALA LUMPUR (JSJKL) DATUK KU CHIN WAH DI HADAPKAN KEMAHKAMAH SESYEN ATAS DAKWAAN GAGAL ISYTIHAR KOMISYEN HAMPIR RM1JUTA.


Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur (JSJKL), Datuk Ku Chin Wah, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, pagi ini atas dakwaan gagal mengisytiharkan perolehan komisyen berjumlah hampir RM1 juta tiga tahun lalu.

Chin Wah yang memakai kemeja putih dan berseluar hitam, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Nasir Nordin.

Dia yang kini bertugas sebagai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, didakwa gagal mematuhi terma notis Pendakwa Raya mengikut Seksyen 49(1) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 bertarikh 23 Disember 2013 di mana gagal mengisytiharkan perolehan dari komisyen berjumlah RM961,500.

Tertuduh didakwa gagal membuat perisytiharan itu melalui surat akuan bersumpah bertarikh 8 Januari 2014.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di antara 23 Disember 2013 dan Januari 2014 di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Blok D6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi dan Budiman Lutfi Mohamad, manakala Datuk Geethan Ram Vincent bertindak sebagai peguam bela.

Terdahulu, Muhammad Saifuddin menawarkan jaminan RM100,000 kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius dan membabitkan jumlah yang tinggi.

Bagaimanapun, peguam bela memohon supaya jumlah itu dikurangkan dan mahkamah menetapkan jumlah yang munasabah.

Hakim kemudian menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM30,000 dan menetapkan sebutan kes pada 23 Februari ini.

Thursday 21 January 2016

GAGAL BAWA PERUBAHAN DAN HUBUNGAN TIDAK MESRA KALANGAN KETUA-KETUA UMNO BAHAGIAN PUNCA SEBENAR MUKHRIZ DI TOLAK.


Kegagalan membawa perubahan dan hubungan tidak erat dengan 'warlord' (panglima) Umno menjadi punca Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir tidak lagi mendapat sokongan dan ditolak parti sendiri, kata pemimpin dan pemerhati parti.

Turut tidak membantu, hakikat pentadbiran negeri kelihatan hilang fokus kerana Mukhriz menghabiskan terlalu banyak masa di Kuala Lumpur dan tidak dapat memberikan kepimpinan yang diperlukan untuk mentadbir negeri dengan berkesan, kata mereka.

Mereka berkata, faktor ini menyebabkan ramai 'warlord' parti bimbang negeri di utara tanah air itu akan ditawan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang dijangka 2018.

Setiausaha Perhubungan Umno negeri Datuk Othman Aziz memberitahu terdapat banyak janji dalam manifesto yang gagal ditunaikan Mukhriz sejak 2 tahun menerima mandat sebagai menteri besar.

"Kita banyak benda kena buat yang kita janji kepada rakyat.

"Isu manifesto ini pernah dibawa pembangkang, maksudnya selepas 2 tahun, mereka buat penilaian di mana tidak banyak pencapaian.

"Kita bimbang isu itu akan dimainkan semasa pilihan raya yang akhirnya memberi kesan kepada Umno," kata Othman, yang juga ahli Parlimen Jerlun.

Pentadbiran Mukhriz sedang berdepan kemelut selepas 14 ketua bahagian semalam menyatakan hilang kepercayaan terhadapnya dan meminta supaya ditukar menteri besar baharu.

Othman berkata, rakyat dan pemimpin Umno Kedah menaruh harapan tinggi kepada Mukhriz untuk membangunkan negeri dan membela rakyat, namun harapan tersebut tidak sampai.

"Harapan orang tinggi terhadap dia. Dia pun ada aura.

"Kita harap 5 tahun ketinggalan semasa kerajaan PAS kita dapat kembali maju ke depan.

"Kita harap suatu yang besar dapat dicapai, tetapi tidak sampai," katanya.

Selain itu, hilang fokus dalam pentadbiran kerana sering berada di Kuala Lumpur juga menjadi faktor Mukhriz tidak dapat mentadbir negeri dengan baik, kata Othman.

"Itu antara faktornya, hilang fokus apa semua. Memang itu yang terjadi.

"Mereka (ketua bahagian) mahu bergerak depan. Kalau tidak bergerak, kita bimbang tidak bersedia dalam pilihan raya depan nanti," katanya.

Mengulas mengenai situasi selepas ketua-ketua bahagian Umno di Kedah membuat kenyataan terbuka menolak Mukhriz, Othman berkata fungsi Mukhriz sebagai pengerusi perhubungan negeri secara automatik tidak lagi berjalan.

"Umno ada struktur, ketua perhubungan itu dilantik perdana menteri sebagai presiden Umno, tetapi ia disokong bahagian.

"Jadi, kalau bahagian tidak sokong, maka tidak ada fungsi lagi," kata Othman merujuk kepada kedudukan Mukhriz ketika ini.

Sementara itu, bekas setiausaha Umno bahagian Pokok Sena, Ramli Yunus melihat penolakan yang berlaku berpunca daripada kegagalan Mukhriz bekerjasama dan memelihara hubungan dengan pemimpin bahagian.

"Beliau kurang kerjasama dengan ketua bahagian. Kalau beliau dapat bekerjasama, mustahil sampai 14 ketua bahagian tidak menyokongnya.

"Hubungan Mukhriz dengan ketua bahagian, timbalan, tidak semesra dengan pemimpin terdahulu.

"Sebagai contoh, Datuk Ahmad Bashah (Md Hanipah), dia datang daripada kalangan orang biasa, marhaen. Jadi, beliau lebih senang diterima orang lain," kata Ramli merujuk kepada timbalan pengerusi Umno Kedah yang mengetuai sidang akhbar semalam.

Mengenai calon paling layak menggantikan Mukhriz, Othman yang sebelum ini memberi laluan kepada Mukhriz menang tanpa bertanding di Bahagian Jerlun, mencadangkan Ahmad Bashah sesuai untuk dilantik memegang jawatan penting itu.

"Kena pilih di kalangan sedia ada, kemungkinan Ahmad Bashah. Itu saya rasa.

"Dulu masa jentera pilihan raya, Ahmad Bashah yang ketuai, dia pun pandai sepak terajang politik kampung," katanya.

Bagi penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, perkembangan terbaharu ini mungkin berpunca daripada tindakan pentadbiran Mukhriz sendiri yang menyisihkan "warlord" apabila lebih mementingkan penyokongnya.

"Pertembungan ini sebenarnya bermula sejak Pilihan Raya Umum ke-13, apabila di saat akhir, ada pertukaran beberapa calon.

"Sepatutnya Ahmad Bashah yang jadi menteri besar tapi ditukar kepada Mukhriz. Jadi, 'warlord' ini, ketua bahagian ini, tidak puas hati apabila mereka disisihkan.

"Malah, semasa peringkat awal pentadbiran Mukhriz juga banyak berlaku penyisihan. Cuma kemudian itu, nampak berbaik semula," kata Azizuddin.

Azizuddin berkata, kumpulan 'warlord' ini juga bijak mengambil kesempatan apabila menyerang Mukhriz pada ketika bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas perdana menteri sedang berkrisis dengan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata masih awal untuk meramalkan masa depan Mukhriz sama ada akan disingkirkan atau sebaliknya kerana pelantikan menteri besar perlukan perkenan Sultan.

"Masih awal untuk meramal, Najib hanya boleh membuang Mukhriz sebagai pengerusi perhubungan tapi tidak selaku menteri besar.

"Banyak peringkat lagi perlu dilalui, kita kena lihat langkah susulan terlebih dulu. Kalau Mukhriz melawan semula, situasi berbeza akan berlaku," katanya.

Sementara itu, beberapa pemimpin Umno Kedah mengambil langkah selamat enggan mengulas kemelut yang sedang berlaku, antaranya Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad dan Adun Guar Chempedak Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail.

KUMPULAN TINDAKAN IBU BAPA BAGI PENDIDIKAN MALAYSIA (PAGE) KECEWA DENGAN SIKAP PAN YANG KONONNYA BERSIKAP TERBUKA DAN PROGRESIF SEPERTI DIGAMBARKAN.



“Apa sudah jadi dengan pendirian parti progresif Parti Amanah Negara (PAN)? Saya kecewa dengan mereka.”

Itu jawapan Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa bagi Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim susulan kenyataan Amanah hari ini bahawa mereka mungkin akan mengadakan demontrasi bagi membantah pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP).

Apabila diberitahu mengenai kenyataan PAN yang juga menyatakan bahawa dengan DLP, kita akan kembali kepada zaman penjajah, beliau berkata, mereka sudah ‘gila’.

“Saya terkejut bahawa kenyataan ini datang dari mereka, saya ingat PAN bersifat terbuka dan progresif.

“Jelas sekali mereka bukan seperti yang digambarkan,” katanya.

Tambahnya lagi, individu seperti Pena yang turut hadir pada sidang media PAN hari ini bersifat ‘mementingkan diri sendiri dan hanya ingin jadikan kanak-kanak bodoh”.

“Mereka tidak nampak ke video Pemandu yang mencatatkan seramai 400,00 graduan tidak mempunyai pekerjaan, dan kebanyakan mereka adalah bangsa Melayu disebabkan mereka tidak boleh berbahasa Inggeris.”

Noor Azimah yang turut menganggotai jawatankuasa Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), menafikan bahawa terdapat pihak-pihak berkepentingan menjalankan rundingan sebelum projek DLP dilaksanakan.

“Rundingan telah dibuat termasuk dari pihak berkepentingan, kementerian, ibu bapa dan pihak-pihak industri lain.

“Adalah tidak benar bahawa ia dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa, ia mengambil masa 10 bulan untuk dilaksanakan selepas kajian terperinci, termasuk melihat semua kelemahan Pengajaran dan Pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).”

Katanya, ibu bapa perlu bersuara demi pendidikan anak-anak mereka seperti yang telah dinyatakan di dalam Akta Pelajaran.

“Biarlah ibu bapa membuat keputusan untuk anak-anak mereka.

“Kementerian telah melaksanakan yang terbaik mengikut Akta Pendidikan dan jika ibu bapa tidak berminat dengan DLP, mereka boleh memilih sebaliknya, kerana ia adalah satu pilihan.”

Pada masa yang sama, beliau turut bertanya mengapa kumpulan yang menentang perlaksanaan DLP berasa begitu terancam.

“Mengapa mereka berasa begitu terancam dengannya walaupun ia satu pilihan.

“Ia bertujuan untuk menjadi lebih progresif dan berdaya saing di peringkat global, jika anda tidak mahu rakyat bersifat berdaya saing, maka pilihlah Bahasa Malaysia.”

Di bawah program DLP, sekolah-sekolah telah diberi pilihan untuk mengajar mata pelajaran Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.

Wednesday 20 January 2016

ANWAR IBRAHIM SUDAH SEMAKIN PUDAR DAN KURANG DIMINATI KALANGAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL MENURUT KAJIAN DIJALANKAN.

Pemimpin politik pembangkang yang paling popular di Twitter, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah semakin pudar dan hilang minat dan daya tarikan kalangan pengguna media sosial, satu kajian oleh Politweet baru-baru ini mendedahkan.

"Sejak kemuncaknya dengan pengguna 12.505 dan 27.990 tweet pada bulan Februari 2015, kepentingan dalam kempen digabungkan telah menurun kepada pengguna 1,271 dan 1,660 tweet pada Disember 2015," Politweet berkata, satu laporan berita harian tempatan Bahasa Inggeris.

Menurut kajian itu, perhatian media sosial untuk bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah merudum 9/10 sejak kemuncaknya dalam penjara pada tahun lalu, dengan nombor yang menunjukkan semata-mata 10/1 dalam jumlah tweet.

Bekas pemimpin pembangkang yang dipenjarakan itu telah digantikan dalam populariti di media sosial oleh anak perempuannya, Nurul Izzah dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramili.

Statistik membimbangkan akan menjadi batu penghalang untuk PKR, yang masih bergantung harap kepada kemasyhuran Anwar untuk kewujudan politiknya untuk dilihat masih relevan.

Walaupun kini terdapat kempen-kempen berterusan untuk memulihkan popularitinya di media sosial dengan tawaran untuk hadiah keamanan Nobel dan membentangkan kesnya ke pejabat hak asasi manusia PBB namun semua inisiatif ini tidak mendapat tarikan di kalangan pengguna media sosial.

HIMPUNAN BANTAH TPPA .... PAKATAN HARAPAN ENGGAN TURUT SERTA KERANA IANYA DIANJURKAN OLEH PAS???????




Pada 26hb. Januari 2016 akan datang ini, Parlimen Malaysia akan mengundi samada menyokong atau membantah perjanjian TPPA. Sudah pasti bahawa BN akan menggunakan kuasa whip untuk mengarahkan ahli-ahlinya mengundi menyokong TPPA. Parlimen dinegara ini sama ada pihak pemerintah maupun pembangkang akan sentiasa akur dan tunduk segala perintah dan arahan ketua whip mereka. Itu kenyataan yang tidak ada siapa boleh menafikannya.

Keputusan menyokong TPPA oleh parti pemerintah nampaknya sudahpun diputuskan dan apa yang mungin berlaku di Parlimen pada 26 Januari hanyalah satu formaliti sahaja. Lagi pun, sebelum ini sudahpun dimaklumkan bahawa undang-undang, Negara tidak memerlukan Parlimen meluluskan TPPA namun disebabkan desakan dan bangkangan terhadap TPPA, maka isu ini dibawa ke Parlimen.

Juga akan menjadi menarik melihat apakah pendirian beberapa ahli Parlimen umpamanya seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Tengku Razaleigh. Adakah mereka akan mengundi menentang?

Kemungkinan besar mereka tidak akan hadir sesi dari mengundi demi untuk “bermain selamat” yang sememangnya telah menjadi ragam mereka sejak dulu.

Maka tarikh 23 Januari 2016 bersamaan hari Sabtu iaitu hari himpunan menentang TPPA di Dataran Merdeka mungkin akan menjadi perhimpunan besar terakhir yang penting untuk rakyat mengutarakan bangkangan mereka kepada TPPA.

Bagi Parti PAS mereka ada mengeluarkan kenyataan menentang TPPA. PAS sebagai penganjur utama ada memaklumkan bahawa mereka akan mengerahkan ahlinya bersama dengan organisasi fron mereka iaitu Kongres Rakyat untuk turun demonstrasi pada 23hb.Januari, 2016 nanti.

Tetapi bagaimana pula dengan Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PKR,DAP dan PAN? Sehingga kini jika dilihat sejauh mana mereka mengerakkan atau memobilisasi ahli-ahli mereka menentang TPPA, cukup menyedihkan.

Masih nampak tidak ada keazaman bersungguh-sungguh menentang TPPA, samalah seperti tidak ada keazaman bersungguh-sungguh semasa menentang GST dulu dimana pada awalnya mereka mengatakan akan berperang jika GST diluluskan.

Namun GST terus diluluskan pada April,2015. Tiada perang berlaku dan hanya rungutan sahaja yang kedengaran.

Setiap parti pembangkang pula nampaknya ada seorang dua sahaja yang prihatin lantang menentang TPPA umpamanya Wong Chen dari PKR dan Charles Santiago dari DAP.

Yang lebih merungsingkan adalah mobilisasi anti TPPA yang dianjurkan oleh kumpulan Bantah TPPA nampaknya tidak mendapat sokongan sepenuhnya oleh parti-parti Pakatan Harapan.

Nampaknya Pakatan Harapan masih belum membuat satu ketetapan. Juga tidak ada apa-apa arahan kepada ahli parti untuk turun memobilisasi rakyat.

Mungkin kerana pengerak utama aksi Bantah TPPA digerakkan oleh PAS d . menyebabkan parti-parti Pakatan Harapan ini serba salah dan malu alah selain mau menjaga muka dan pertahankan ego tingginya..

Pujian melangit harus diberikan kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM) walaupun jelas dan terang mempunyai ketidaksefahaman ideologi dengan para organisasi lain dalam aksi Bantah TPPA tetapi dalam perhimpunan menentang TPPA,PSM mengambil sikap dan pendirian adalah wajib untuknya bersatu kerana TPPA adalah satu perjanjian koperat untuk memiskinkan lagi rakyat Malaysia.

Kongres Rakyat amat mengalu-alukan tindakan pihak BERSIH dan NGO’s sekutunya mendeklarasikan bantahan mereka kepada TPPA dan sokongannya kepada aksi ini pada 23hb.Januari,2016.

Adalah masa untuk baju merah dan kuning bersatu kerana yang kita pertikaikan adalah TPPA sebagai suatu penjajahan zaman baru.

Rakyat berpendirian bahawa jika isu bantah TPPA ini mereka tidak mampu bersatu hati, bermuafakat dan sepakat maka rakyat melihat untuk menyerahkan negara kepada Pakatan Harapan memerintah semakin jauh dari genggaman dan cekupan. Perkara semudah ini pun mereka akan seiya sekata bagaimana nak berikan amanah dan mandat untuk tadbir negara yang memerlukan pengorbanan dan kesepakatan serta kefahaman bersama.

Jika pertelingkahan politik diutamakan dari mendahulukan agenda kedaulatan negara dan rakyat tunggu masa dan ketikanya rakyat akan hukum Pakatan Harapan dipeti undi pada PRU ke-14 akan datang.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...