Tuesday 2 July 2013

POLITIK DENDAM KESUMAT!!!!!!..TOK ALI KALAH DI BUKIT KATIL, LEBIH 300 PENIAGA PASAR RAMADHAN TAMAN CEMPAKA MENJADI MANGSA!!!!!!


KUALA LUMPUR, 1 JULAI: UMNO dianggap petualang apabila sanggup bertindak menutup periuk nasi lebih 300 peniaga pasar Ramadan Taman Cempaka dalam kawasan Parlimen Bukit Katil selaras dengan penutupan Jonker Walk, Melaka.

Pendedahan mengejutkan itu sekaligus meleraikan kontroversi di sebalik fitnah jahat Mingguan Malaysia semalam yang mendakwa DAP mencadangkan agar pasar Ramadan ditutup.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata demikian pada sidang medianya bersama Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau juga menyifatkan tulisan Awang Selamat terhadapnya dalam Mingguan Malaysia sebagai satu fitnah jahat dan bodoh dan meminta akhbar kawalan UMNO itu memperbetulkan tuduhan mereka.

“Utusan Malaysia hanya mengemukakan pembohongan dan memutar-belitkan segala kenyataan pemimpin DAP hingga 180 darjah untuk mewujudkan persepsi palsu bahawa DAP parti rasis walaupun hakikatnya tidak benar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Utusan Malaysia membongkar kebenaran bahawa yang menutup pasar Ramadan, yang menyinggung perasaan umat Islam lebih-lebih lagi menjelang Ramadan adalah UMNO-Barisan Nasional (BN) Melaka.

“Konteks kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini amat jelas tetapi telah dengan sengaja disalah tafsir dengan tujuan jahat.

“Saya menyindir Ketua Menteri Melaka kerana memberi alasan tidak wajar bahawa pasar malam Jonker Walk dan Taman Cempaka ditutup untuk selesaikan masalah kesesakan lalu lintas,” jelas Pua lagi.

Mengulas lanjut, Pua berkata, pihaknya tidak boleh menerima alasan itu kerana ia akan menyebabkan semua pasar malam, pasar tani dan bazar Ramadan ditutup dan bukan sahaja di Jonker Walk dan Taman Cempaka.

“Ini sekadar tindakan politik balas dendam Ketua Menteri Melaka yang baru dan tidak menolak kemungkinan ia didalangi bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam,” katanya.-Roketkini.com

4 comments:

  1. Suruh ajer Shamsul Iskandar berunding maupun selesaikan masalah ini... Apa guna jadi wakil rakyat kalau perkara sebegini tak boleh nak settle...!

    ReplyDelete
  2. apa guna ada km kalau mcmni

    ReplyDelete
  3. salam,
    bila seorang menteri hanya pentingkan diri mrk maka rakyat hanyalah barang mainan mrk bila masa mrk suka rakyat dia sayangi n bila tak suka rakyat akan dibenci. maka rakyat malaysia kini tak boleh harapkan kerajaan utk jaga kebajikan rakyat sebaliknya rakyat jagalah kebajikan rakyat sdr maka menteri hanyalah bayangan semata2. harapkan pagar pagar makan padinya.
    amin.

    ReplyDelete
  4. umporno munafikun bertindak3 July 2013 at 22:02

    politik bodoh umporno yg menjanjikan balas dendam.utusan/awang selamat pulak ambil kesempatan.pukimak betul.jgn jadikan rakyat mangsa.awang selamat pulak jgn jadi barua haramjadah memfitnah.dasar munafikun tegar.yg masih dok sokong umporno tu terima lah hadiah ramadhan dr ex km yg bangang lagi jahil.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...