Thursday 16 January 2014

INILAH WAJAH SEPASANG SUAMI ISTERI YANG DITAHAN OLEH PIHAK BERKUASA SWEDEN ATAS KESALAHAN MENDERA ANAK MEREKA KERANA TIDAK MENUNAIKAN SOLAT!!!!




Heboh baru-baru ini kisah sepasangan warga Malaysia di Stockholm ditahan kerana dikatakan menghukum anak. Mereka ditahan sejak pertengahan Disember lalu dan bakal dibicarakan pada 16 Januari ini.

Suami Azizul Raheem Abdullah merupakan seorang pegawai Lembaga Penggalakan Pelancungan Malaysia yang berkhidmat di Stockholm, sementara isterinya Shalwati Nurshal seorang pendidik sekolah menengah pula mengambil cuti tanpa gaji untuk bersama suami di negara itu.

Pihak Wisma Putra memberitahu bahawa pihaknya akan membantu sepenuhnya termasuk menyediakan bantuan guaman dan aspek pengurusan kes.

Menurut sumber, kesemua anak-anak dilapor berada di bawah penjagaan pihak kebajikan masyarakat Stockholm.

Jumaat lalu, media melaporkan pasangan itu ditahan atas sebab menghukum anak kerana tidak menunaikan solat.

Penahanan itu disebabkan undang-undang ketat Sweden yang melarang anak dihukum melalui fizikal walaupun tanpa melibatkan kecederaan.

20 comments:

  1. Jangankan Sweden kalau kat Malaysia ini jiran aku pukol anak berusia 7th dengan rotan sampai berbirat badan kerana tak solat aku belasah bapak dia bagi penumbuk sulong. Nabi dah gariskan bagaimana nak ajar anak tapi tak mahu ikut. Lahirnya seorang bayi nabi kata kasihi dan sayangi dia. Dah berusia 7th ajari dia. Dah sampai usia 18th kawani dia. Ini dak umur anak 4th salah sikit rotan. Masa usia 7th sampai 17th dikasihinya. Bila dah usia 18th baru nak ajar budak itu mana mahunya ibarat rebong dah jadi buloh camana nak lentor. Mak pak skrg ajar anak songsang tapi kalau ikut sunah insya'allah selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak belasah bapak budak tu sunnah mn plak yg kau ikut?

      Delete
    2. hahaha...betul tu...sunnah mana plak dia ni ikut belasah org suka hati, kan baik kalau nasihat elok2 atau buat je repot polis kalau dah 'over' sgt makbapak budak tu belasah anak dorang.

      Delete
    3. Anon 23:23 you made my day! Haha komen terbaik!

      Delete
  2. Gempar! Mesti tengok. Tahun Cina punya pasal Tengok ini...

    ReplyDelete
  3. anon 22.06

    Mana awak tahu Bapa budak tu tu pukul ikut suka belasah...mungkin dah cukup nasihat dsb..budak tu dah 11 tahun dah, kalau ikut Hadis Nabi, boleh dipukul untuk mengajar. Kalau tak tau cerit sebenar jangan serkap jarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.kena siasat dulu baru boleh hukum,undang2 negara barat mana kita tahu.kalau budak malas solat kena rotan pun,takan nak tunggu besar baru nak rotan,masa trlambat dah.dlm kes kena tngok org tua dia pukul mcm mana.org barat mana bleh prcaya sangat.tmbah2 dgn org islam.

      Delete
    2. buruk sangka itu haram hukumnya

      Delete
  4. hukum x solat = bunuh. fikir2 kn lah

    ReplyDelete
  5. Aku biasa nya "belasah" emak dia aje....itu pun lepas anak-anak dah tidur..kih kih kih,,!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang pukul dengan rotan kecik. Tak sakit mana pun..... Pulak tu pukul sembunyi2, org tak nampak. 9 bulan 10 hari baru nampak kesan pukulan hang.

      Delete
  6. Yang pasti suami isteri tu tak akan jejak Sweden lepas ni. Memang menyumpah tak sudah pada bangsa Viking ni. Dan tak mau dengar lagu ABBA lah.
    Mesti Kedutaan akan akan paksa anak anak ni diserahkan balik ke Malaysia.
    kalau tidak dah tentu bangsa Viking ni bagi makan babi sajalah budak budak ni sampai besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa tak percaya yang dia belasah anak dia sebab tak solat....mana ada Melayu yang kisah anak dia tak solat...cerita ni direka untuk melepaskan diri...biasa lah pakai issue agama...apa dia orang ini hakim Sweden senang dibodoh2kan. Kalau hakim mahkamah syariah tu boleh la ..kes buang bila suami kata dia pukul isteri sebab nak ajar isteri dia yang tak solat !
      selalunya anak Melayu kena pukul sebab hisap rokok..minum arak atau bercinta...kalau dia pompuan...aku rasa pompuan itu bercinta dengan budak African...tu yang buat mak bapak dia naik darah

      Delete
    2. haha.. ni mesti kes kes komen suka-suki tanpa baca kronologi kes ni...

      Delete
  7. Ala kat negara barat ni undang2 memang pelik. Klu jiran terhidu masakan dari umah kite pun drang leh saman sebab bau masakan sebabka emosi drang tergganggu. Klu sal blasah budak tu, aku tau anon tu ikut sunnah umno mcm pemuda umno g tumbok c india menteri tu.

    ReplyDelete
  8. Saya rasa tindakan serahkan pada keluarga angkat kristian adalah keputusan yg kurang wajar kerana kanak2 tersebut bukan nya rakyat sweden. Lebig bagus jika dipulangkan pd keluarga di Malaysia. Terjamin akidahnya insyaAllah, dan parent kanak2 terbabit boleh unite balek

    ReplyDelete
  9. Hari ini kes tu keluar kat TV...tapi kenapa anak sulung pompuan mcm tak reti cakap melayu bila wartawan tanya...rasanya diorg br duduk 3 tahun kat sana..

    ReplyDelete
  10. Baguslah anak-anak tu dah dibawa ke Malaysia...duduk tak ketahuan dgn keluarga bukan Islam sangatlah tidak wajar..Usaha kerajaan Malaysia bawa pulang mereka harus dipuji...cuma ibubapa mereka shj lagi.

    ReplyDelete
  11. Apa2 pun, budak lelaki tu dah besar. Kenapa mengadu pada cikgu? Walhal dipukul utk mengajar dan bukannya dera. Yang salah budak tu kerana report bukan2 kat cikgu. Yang kakak dia pulak dlm berita terkini semalam tetiba tak pandai berbahasa melayu. Tapi dlm laman fb pandai pulak mengadu tak puas hati dlm bm. Baru ke sana je dah tak pandai berbahasa melayu. Pelik betul.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...