Tuesday 24 June 2014

JANGAN JADIKAN PROJEK KIDEX SEBAGAI MODAL UNTUK MENYERANG PERIBADI MB SELANGOR KERANA IANYA LEBIH DILIHAT SEBAGAI SUATU TINDAKAN DAN SERANGAN BERAT SEBELAH .... KOORDINATOR GABUNGAN TANAH RAKYAT (TANAH)



Koordinator Gabungan Tanah Rakyat (TANAH), Shazni Munir Mohd Ithnin membangkitkan persoalan projek infrastruktur mega dengan nilai keseluruhan RM6.3 bilion di Pulau Pinang untuk membina tiga lebuh raya dan dan sebuah terowong bawah laut serta bertol tidak dibantah kepimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) perlu menyatakan pendirian terhadap cadangan membina lebuh raya bertol di Selangor termasuk projek Kinrara- Damansara Expressway (KIDEX).

Koordinator Gabungan Tanah Rakyat (TANAH), Shazni Munir Mohd Ithnin meminta supaya ia tidak dijadikan modal untuk menyerang peribadi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana tindakan itu dilihat berat sebelah.

Dalam kenyataan yang dihantar kepada The Rakyat Post, ia membangkitkan persoalan terdapat projek infrastruktur mega dengan nilai keseluruhan RM6.3 bilion di Pulau Pinang untuk membina tiga lebuh raya dan dan sebuah terowong bawah laut serta bertol.

Ia mendakwa cadangan berkenaan juga menerima bantahan daripada orang ramai dengan hujah yang hampir sama dengan projek KIDEX tetapi perkara itu dikatakan tidak dibangkang kepimpinan PR.

Katanya, projek yang dianugerahkan kepada kontraktor utama, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd dengan Zenith Construction Sdn Bhd dan China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) sebagai pemegang saham terbesar secara usahasama sebanyak 70 peratus, Beijing Urban Construction Group (BUCG) sebanyak 10 peratus, Sri Tinggi Sdn. Bhd. sebanyak 10 peratus dan Juteras Sdn Bhd sebanyak 10 peratus.

Ia merupakan projek Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan bukan projek Kerajaan Persekutuan.

Sebagai bayaran atau pulangan timbal balas, kerajaan negeri akan menganugerahkan pemaju projek 110 ekar tanah negeri untuk pembangunan dan kontrak konsesi selama 30 tahun.

Sedangkan projek KIDEX dan empat lagi lebuhraya bertol baharu yang dicadangkan di Selangor termasuk Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH), Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Lingkaran Luar Kuala Lumpur (KLORR) merupakan projek Kerajaan Persekutuan.

Ia sebenarnya terikat dengan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan hal ehwal perhubungan dan pengangkutan serta kerja raya dan pembekalan utiliti terkandung dalam senarai persekutuan meskipun sebarang perkara berkaitan tanah di bawah senarai negeri manakala perancangan bandar dan kampung pula di bawah senarai bersama.

Capaian dan skop bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sangat meluas dan hampir mutlak terutama sekiranya melibatkan infrastruktur serta kemudahan awam dan kerajaan negeri hanya mempunyai peranan memberi nasihat.

Pengambilan tanah demi kepentingan awam dibenarkan dan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan mengikut Kanun Tanah Negara.

Kerajaan negeri hanya dibenarkan dengan alasan yang sangat munasabah, mempertikai kuantum pampasan yang akan diterima oleh mereka yang terjejas akibat pengambilahan tanah tersebut atau mencadangkan jajaran alternatif menurut Akta Pengambilalihan Tanah walaupun hal-ehwal tanah terkandung dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

Jelasnya, kerajaan Selangor sehingga kini sentiasa menyokong dan sedaya upaya cuba melaksanakan tawaran yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Rakyat di peringkat pusat bagi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13).

Sebagai contoh,  ia menghalang kenaikan tarif tol yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi 15 lebuhraya menjelang 1 Januari 2014 dengan menggunakan ‘kelebihannya’ sebagai pemegang saham dalam tiga syarikat konsesi lebuhraya di Selangor iaitu 30 peratus dalam Lebuhraya KESAS melalui PKNS serta 20 peratus dalam Lebuhraya SPRINT dan LDP melalui Kumpulan Perangsang Berhad.

Walaupun kerajaan negeri secara dasar bersetuju dengan cadangan pembinaan KIDEX sejak Februari 2012, tetapi tidak bermakna ia akan diteruskan tanpa memenuhi kesemua syarat dan terma duluan yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Projek KIDEX sebelum ini tiga kali ditolak oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) atas alasan gagal menyediakan perincian atau dokumen yang diperlukan seperti Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar, Laporan Penilaian Kesan Sosial dan Laporan Penilaian Kesan Lalu Lintas.

Sebelum itu pada 11hb Jun 2014 Dato' Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dalam suatu kenyataan menjelaskan dengan tegas bahawa persetujuan KIDEX hanya pada prinsip sahaja.

Persetujuan kepada pembina Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) hanyalah dari segi prinsip dan bukannya persetujuan penuh kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut beliau, kerajaan negeri masih perlu memantau segala aspek kecil dan impak kepada trafik serta sosial sebelum memberi kebenaran sepenuhnya untuk pembinaan Kidex.

"Kita hanya beri kelulusan dari segi prinsip. (Mereka tunjuk) jalan lingkaran yang hendak dibina sebagai sistem penyebaran trafik.

"Persetujuan ini bergantung kepada kos, penilaian trafik serta penilaian impak kepada masyarakat dan keadaan alam sekitar," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat exco negeri hari ini.

Khalid turut mengumumkan Selangor secara rasmi telah memanggil Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk menerangkan kepada rakyat mengenai cadangan pembinaan Kidex.

Menurutnya, LLM sebagai badan berkanun dan pemilik lebuhraya negara ini perlu memainkan peranan penting bagi mengelakkan orang ramai dikelirukan.

"Saya dapati rakyat keliru atau dikelirukan oleh pihak yang berkepentingan sama ada yang menyokong atau menentang cadangan pembinaan lebuh raya ini," kata beliau.

Khalid meminta agar orang ramai tidak panik dan membiarkan pihak berkewajipan untuk melaksanakan kerja mereka.

Beliau berkata rakyat tidak perlu bimbang kerana kerajaan negeri mempunyai hak untuk tidak membenarkan Kidex dibina sekiranya tidak mengikuti syarat.

"Kita turut difahamkan syarikat konsesi (Kidex) setakat ini belum menghantar Laporan Penilaian kesan Alam Sekitar, Laporan Penilian Kesan Sosial dan Laporan Penilaian Kesan Trafik kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya," katanya.

Pembinaan Kidex sepanjang 14 kilometer, dijangka bermula tahun depan dengan anggaran kos RM2.2 bilion dan dijangka mengambil masa empat tahun untuk disiapkan.

Lebuhraya Kidex akan menghubungkan persimpangan Damansara-NKVE di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di utara ke Bandar Kinrara di selatan.

Pembinaan ini telah mendapat bantahan dari DAP Selangor serta penduduk kawasan sekitar yang telah menubuhkan NGO "Katakan Tidak kepada Kidex" (Say no to Kidex) yang aktif membantah setiap kali Kidex membuat pertemuan bersama penduduk.

LLM akan menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) esok bagi membincangkan pendapat mereka dengan kerajaan negeri.

8 comments:

  1. Reply Kepada Deramang@TB@Deramang.................The believer of UG yang tak wujud kah Kah Kah. UG dan Bigfoot memang tak wujud hanya dalam khayalan orang tak centre. Kah Kah Kah. Baca article kat bawah ni la Deramang. Aparaaaaaaaa

    http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/10/kenapa-tan-sri-khalid-ibrahim-kedekut.html

    Kerajaan Selangor pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim (TSKI) sangat mementingkan kestabilan kewangan negeri dalam usaha meneruskan kecemerlangan pentadbiran negeri.

    TSKI juga telah menyediakan beberapa perancangan terperinci untuk menggunakan wang rizab negeri yang dikumpul sejak menerajui Selangor hasil dari amalan berbelanja secara berhemah dan tertib. Lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Persekutuan gagal menghormati semangat federalisme lantas banyak pembangunan prasarana di Selangor tidak mendapat peruntukan sewajarnya dari Persekutuan.

    Meskipun Negeri Selangor merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi negara dari segi kutipan hasil cukai iaitu melebihi 23% pada 2012, namun agihan peruntukan untuk pembangunan ke negeri ini tidak setimpal. Tanggungjawab menyediakan prasarana di negeri ini sentiasa diabaikan walaupun tanggungjawab itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan yang bermewah mengutip pelbagai bentuk cukai.

    Selaku sebuah kerajaan negeri yang bermaruah, Kerajaan Selangor tidak akan meminta sedekah untuk melaksanakan pembangunan di negeri ini tetapi telah sedaya upaya bersiap sedia dengan menyediakan kedudukan ekonomi dan kewangan yang kukuh.

    Walaupun Kerajaan Persekutuan telah berjanji untuk membina jambatan ketiga di Klang bagi mengurangkan kesesakan lalulintas, apatah lagi upacara memecah tanah bagi projek tersebut telahpun disempurnakan dengan gilang gemilang, namun setelah kalah dalam PRU12 pada 2008 yang lalu satu batang cerucuk pun tidak kelihatan hingga ke hari ini.

    Kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa menggunakan sekurang-kurangnya RM300 juta wang rizab negeri untuk menunaikan janji yang tidak ditepati Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Selangor.

    ReplyDelete
  2. Wehhhh Deramang Tulang Besi where are you????? Malaysia Waves la ni tak laku???
    Cerita la UG banyak2. Benda yang diada-adakan memeng macam tu. Satu hari kantoi jugak klentong Hayam tu. Kah Kah Kah

    ReplyDelete
  3. Ni sumer power...TB pengsan Haisehhhhh

    ReplyDelete
  4. Ni sumer poyo...haktuihhhh

    ReplyDelete
  5. WAKAKAKA

    BILA KENA BATANG HIDUNG BOS SENDIRI TAK BOLEH SERANG.

    ORANG LAIN BOLEH SERANG & FITNAH.

    KAH KAH KAH.

    BODOH PUNYA PKR.

    ReplyDelete
  6. Najib pakai c4 ade sape2 ke yang boleh serang dia.
    bodoh punya macai.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...