Sunday 30 November 2014

KEMALANGAN MAUT .. ADIK LANGGAR ABANG.



Seorang penunggang motosikal maut dilanggar sebuah kereta dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 23, Jalan Kuantan-Sungai Lembing, berhampiran Jambatan Sungai Atong, dekat sini, semalam.

Lebih menyedihkan, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, pemandu kereta, Azhar Husin, 32, adalah adik mangsa sendiri yang menyedari motosikal berkenaan adalah milik abangnya.


Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Deputi Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, ketika kejadian, mangsa Azhari Husin, 37, yang beralamat  di Kampung Jelihang, Sungai Lembing dalam perjalanan pulang ke rumahnya.


Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai terlanggar belakang sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu seorang wanita berusia 26 tahun menyebabkannya tercampak ke laluan bertentangan.


“Mangsa kemudiannya dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu Azhar yang datang dari arah Sungai Lembing menuju ke bandar,” katanya.


Akibat rempuhan itu,  katanya, mangsa  yang juga Pembantu Am Rendah Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) parah di kepala dan anggota badan sebelum disahkan sudah meninggal dunia sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)di sini, untuk tindakan lanjut.


Bagaimanapun katanya,  kedua-dua pemandu kereta tidak mengalami kecederaan dan siasatan awal mendapati penunggang motosikal dan pemandu kereta Perodua Myvi adalah adik beradik.


Katanya, siasatan awal mendapati  kemalangan  berlaku selepas mangsa  terlanggar belakang kereta Toyota Vios menyebabkannya tercampak ke laluan bertentangan sebelum dilanggar pula oleh kenderaan di belakang.


Mohd Noor berkata, pihaknya sudah merekodkan keterangan pemandu dan saksi kejadian untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

10 comments:

  1. Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya”.
    AL QURAN 2.[68](samb)

    ReplyDelete
  2. ANWAR MOTHER OF CORRUPTION!!!







    ANWAR MOTHER OF CORRUPTION!!!







    ANWAR MOTHER OF CORRUPTION!!!







    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukannya apa aku hantar komen begini, aku hot betul Najib kata bangang itu termasuklah aku ni. Adakah patut Najib pecah lobang?

      Delete
  3. Hahaha....apasal blogers umno hentam tak tentu pasal aysik curoption2 bukan ke bodoh lain kurap lain di bisingkan. Tahziah buat saudara yg meninggal.

    ReplyDelete
  4. Patut le najib kata bloggers umno banggang sbb tak pandai nak bagi hujah yg konkrit.
    Layak sgt ko org dpt title BANGGANG tu.

    ReplyDelete
  5. Amcm bloggers umno... ada dpt upah lebih kot.... bangang oh bangang

    ReplyDelete
  6. Ini kes nombor plet tidak ikut peraturan JPJ. KP JPJ mahu 5000 orang mati di jln raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. atau ceromin pandang kedepan telebeh tinted

      Delete
  7. Salam takziah malang tidak berbau...trauma adiknya terlanggar abang sendiri

    ReplyDelete
  8. Takziah dari kami warga netizen- semoga roh dirahmati ALLAH

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...