Friday 8 May 2015

KES TEMBAK DI INANAM SABAH ... POLIS SEDANG BURU ADIK NOH OMAR.


Polis Sabah secara terbuka memohon bantuan orang ramai untuk jejak sehingga tertangkap adik kepada bekas Menteri Pertanian dan Indusrti Asas Tani dan Pengerusi Perhunungan UMNO Negeri Selangor, Dato' Seri Noh Omar,  Mohd. Jusnaidi Omar, atau lebih dikenali sebagai Mat Malaya, 43 tahun, kerana terlibat dalam kes tembak percubaan bunuh di Inanam Sabah Rabu kelmarin.

Suspek pernah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi atas tuduhan mengedar 1,088 gram ganja dan 35 gram syabu di bawah Seksyen 39B(1)(c) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan 12(2) Akta yang sama di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Tanjung Aru, pada pukul 10 pagi, 20 Mei 2007 tetapi telah dilepas dan dibebaskan setelah dipanggil membela diri.

Polis sedang memburu seorang lelaki berumur 43 tahun yang menghilangkan diri selepas menembak dan mencederakan betis seorang pembantu mekanik lelaki berumur 36 tahun, di sebuah bengkel membaiki penghawa dingin kenderaan di Jalan Tuaran, petang semalam.


Pesuruhjaya Polis Sabah Dato’ Jalaluddin Abdul Rahman berkata suspek yang beralamat di Shah Alam, Selangor, disyaki melepaskan tiga das tembakan menggunakan sepucuk pistol ketika bergelut dengan mangsa di bengkel tersebut dalam kejadian 2.30 petang itu.


"Semasa pergelutan itu, suspek mengeluarkan sepucuk pistol dari beg kecil dan mengacukan pistol tersebut kepada pengadu. Pengadu cuba menghalang, namun suspek sempat melepaskan tiga das tembakan dan satu daripadanya menembusi betis kanan pengadu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata sebutir peluru turut dijumpai di luar bengkel berkenaan dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.


Jalaluddin berkata pemeriksaan ke atas sebuah kereta ditinggalkan suspek di luar bengkel berkenaan membawa kepada penemuan topeng hitam, satu plastik mengandungi kristal lut sinar disyaki syabu dan alat penimbang elektronik dipercayai digunakan untuk menimbang syabu di dalam kenderaan tersebut.


Beliau berkata kesemua barangan berkenaan telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

"Usaha mengesan suspek masih dijalankan. Bantuan daripada polis daerah dan jabatan luar akan diperoleh bagi melancarkan siasatan," katanya.

24 comments:

  1. Harap jgn membuka aib keluarga orang walaupun seteru politik kita

    Jesse Labu
    N9ers

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan aib la bodoh.suspek penjenayah so kena hebahkan utk bantuan.supaya dpt ditangkap
      K.silut

      Delete
    2. Bodoh jesse labu ni

      Delete
    3. Ini memang ada dalam laporan media la bahlul ... apa pulak membuka aib orang? Sebab dia adik kepada pemimpin besar umNgok ke maka tak boleh diberitakan kemusibatan jenayah yg dilakukannya itu ka? Bodoh botingkek tingkek si Jesse Labu ni.

      Delete
    4. apa yg Anonymous 10:59 faham...

      apa2 sj yg berkaitan dgn VVIP jangan didedah-buraikan..
      ianya amat5.. mengaibkan... !!
      namun bagi rakyat marhaen yg xde apa2 pun.. 'wajib dimalukan'.. xgitu...?

      Delete
  2. Tak yah mention sedara sape2 lh ....ape niat buat gitu ....

    ReplyDelete
  3. kalu paper kat semenanjung mampus x tulis adik bekas menteri.

    ReplyDelete
  4. Viralkan ke laman sosial dan sapa jumpa, maklumkan polis segera. Ini kes jenayah dan perlu dihebahkan bukan sebab kaitan dengan ahli politik tertentu. Tahniah KP Sabah, hebahkan sahaja di mana yang ada. Mungkin dia terlepas ke Semenanjung atau luar negara juga.

    ReplyDelete
  5. Kepada pengundi pkr di permatang pauh. ..adakah tiada calon lain selain nenek jijah kipas udang. ...adakah dgn kipas boleh membawa kemajuan di permatang pauh. ..kita lihat sahaja nenek jijah di parlimen nnt...


    Sekian terima kasih
    anal gangbang

    GST maju dan membangun bersama.

    ReplyDelete
  6. Dah panggil IGP barua pastu sibuk suruh polis buat keje. Polis tau la tugas diorang. Tak payah kecoh2

    ReplyDelete
  7. 10.59..hang tak faham, tak payah nak tulis.. ini kes polis minta bantuan. kalau main aid.. tak boleh selesai kes. hang memang kelakar bodoh..

    ReplyDelete
  8. Contohilah Noh Omar yg tak pernah buka aib, tak pernah fitnah dan tak pernah tuduh Anwar Ibrahim..

    ReplyDelete
  9. kalau dalam parlimen mulut noh omar ni bukan main lagi celuparnya dan selalu mengaibkan anuar ibrahim walaupun anuar dah masuk penjara sekarang aib tu pergi pada dia balik tu lah hukum Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini baru balasan di dunia...

      Delete
  10. Abang semacam tak kan adik nya jadi imam kat Sabah. Walau apa pun tahniah kepada orang Sabah kerana menyokong UMNO> Syabas!!

    ReplyDelete
  11. Anwar disabitkan kesalahan kerana meliwat. Walau apa pun tahniah orang permatang pauh kerana menyokong pr , syabas!!

    ReplyDelete
  12. Bukak aib apa pulak... kalu kena kat anak tgna tak cukup surat khabar nak tulis. Kena terima le.... nak malu apa pulak

    ReplyDelete
  13. Anal gangbang - Nama pun dah merapu...

    ReplyDelete
  14. Penjenayah dadah tidak boleh dilepaskan,berapa ribu yg telah rosak kerana dia sorang..

    ReplyDelete
  15. Sepandai2 tupai melompat akhinya jatuh ketanah juga...... Noh boleh tolong tapi kena bawa banyaklah......udang tak layan.....

    ReplyDelete
  16. pengedar dan penjual dadah memang jahat serta perosak manusia dan negara... patut dikenakan hukuman setimpal..
    dah ramai anak melayu lingkup kerana dadah...dah ramai ibubapa kena nanya dng anak yg menagih..
    dah ramai isteri2 atau tunang2 kena sembelih dn bunuh..
    dah ramai wanita melayu kena tipu jadi keldai dadah..
    jng ada perasaan kasihan sedikit pun kpd pengedar dadah...mereka inilah pemusnah negara..
    tembak dulu baru siasat.. kata Zahid Hamidi ..

    ReplyDelete
  17. Hukum karma sdg berlaku keatas noh omarrrr.... sbb itu jgn suka fitnah

    ReplyDelete
  18. Dengar molek molek. Film Hindi - Abang Penyamun Adik Pegawai Polis. Filem Melayu - Abang Penyamun Adik pun sama juga. Ada faham? Ayoyo. Nanti malaikat sepak baru hang tau!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...