Monday, 26 November 2012

PULUHAN LAPORAN POLIS BAKAL DIBUAT TERHADAP MANTAN MUFTI PERLIS DATO' DR MAZA DAN USTAZ DR ZAHARUDDIN KERANA MENYATAKAN SOKONGAN TERBUKA BAHAWA DOA HANCUR UMNO DAN BN KO TIDAK SALAH!!!!!


Di Kelantan, berbelas-belas laporan polis dibuat ekoran isu doa HANCUR UMNO.. alih-alih hari ini di dalam Sinar Harian, Dr Zaharuddin Abd Rahman dan Dr MAZA keluarkan kenyataan bahawa doa tersebut tidak salah.

Adakah laporan polis akan dibuat oleh PERKASA, PEKIDA, JATI, GPMS, Beila 4B, Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO ke atas mereka?


Adakah Minda Pondok Pondok akan cabar mereka untuk berdebat?

Adakah Presiden JATI, Hasan Aqidah dan Ulama Muda UMNO paling tersohor didunia, Ustaz Fathul Bari akan mengeluarkan kenyataan atas landasan Islam, Melayu dan Raja, menyerang dan menghentam mereka berdua dalam kadar segera?...

Jangan lupa pihak Utusan, BH, RTM dan TV3 kena temuramah Ibrahim Ali dan Zul Noordin.

Saat dan ketika yang dinanti-nantikan, adakah TV3 akan meminta pandangan, pendapat dan fatwa dari Presiden MCA, Chua Soi Lek?

WALLAHUALAM BISSAWAB!!!!

BENARKAH NAJIB KATA, SOKONGAN KAUM INDIA SUDAH KEMBALI SEMULA KEPADA UMNO/BN?????? GAMBAR-GAMBAR YANG BAKAL BUAT NAJIB GOYANG DAN PENING KEPALA!!!

Sekitar sambutan ulangtahun ke-5 Hindraf 

Lokasi: Dewan Perhimpunan Persatuan  Cina Kuala Lumpur.

Acara : Himpunan Sambutan Ulangtahun ke 5 Hindraf dan Pelancaran Pelan Induk Hindraf  

Tarikh dan masa : 25/11/2012 jam 10.00pagi

Jika dilihat dari kain rentang yang dipasang dan angka hadirin yang datang, maka amat jelas sekali kata-kata kononnya kaum India sudah kembali menyokong UMNO/MIC/BN adalah omong-omong kosong saja.

Realitinya majoriti kaum India masih menolak UMNO.


UMNO masih lagi seronok dan khayal dibuai mimpi!!!!

GEMPAR!!!!!.. SOKONG UMNO HANYA DAPAT SAMPAH!!!!...AHLI, PENYOKONG DAN PENDOKONG UMNO BERANG SEBAB PARTI YANG MEREKA SOKONG SELAMA INI HANYA BERI MEREKA SAMPAH!!!!!!


SOKONG UMNO DAPAT SAMPAH!!!!!

Bantahan 'Tutup Tapak Pembuangan Sampah' oleh penduduk Batu 5,  Kg Md Noor, Parit Sulong, Johor... DUN N 21 Parit Yaani, petang tadi.

Rata-rata yang turun berdemo ini ialah ahli, penyokong dan pendokong UMNO tegar.

Mereka telah rasa diri mereka sudah dianiaya dan ditipu bulat-bulat oleh janji-janji manis para pemimpin UMNO terutamanya ADUN Parit Yaani dan Ahli Parlimen Parit Sulong.

Kampong mereka telah dijadikan tempat pembuangan dan pelupusan sampah.

Undi yang mereka berikan sampah yang mereka dapat.

Penduduk yang sama inilah yang istihar bakal keluar UMNO beramai-ramai sampai nak bubar UMNO cawangan Kg Mohd Noor, Parit Sulong, Johor.


UMNO KINI DIAMBANG TUMBANG... KUBU TERKUAT MEREKA PUN SUDAH GOYANG.

Sunday, 25 November 2012

JOM KITA LIHAT SALAH SATU KUMPULAN RAKYAT YANG MENYEBABKAN RAKYAT LAGI LAMA TERSEKSA DIBAWAH KERAJAAN UMNO PIMPINAN NAJIB RAZAK!!!!!


Salah satu penyebab Najib Razak masih tak jumpa tarikh PRU 13.

Himpunan raksasa lebih 20,000 Anti Lynas Dataran Merdeka berjalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur petang tadi, menyebabkan makin lambatlah Parlimen akan dibubarkan.


Himpunan yang menyebabkan para pemimpin UMNO tidak nyenyak tidur, makan tidak ada selera dan mandi langsung tak basah.

Kalau tak kena hari dan gayanya boleh menyebabkan para pemimpin UMNO/BN cakap seorang diri beb!!!!


UMNO KINI DIAMBANG TUMBANG!!!!!!



TAK SAMPAI 3 HARI BILLBOARD WAJAH DSAI DENGAN JANJI HARGA MINYAK TURUN BILA PAKATAN RAKYAT MENANG PRU 13, TELAH DIROBOHKAN OLEH PIHAK YANG GENTAR DAN BACUL!!!!

BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA

Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Utara sebelum R&R Behrang, yang terpacak megah telah dirobohkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab kerana gerun dan akui ianya memberi kesan dan impak yang amat besar kepada keputusan PRU 13 nanti.

Janji PKR/PR dimana hari ini menang PRU,  dalam tempoh 24 jam harga petrol, disel dan gas cecair akan turun diseluruh negara.

Admin pernah meramalkan billboard yang berdiri megah ini tidak akan bertahan lama terpacak.

Ramalan admin menjadi kenyataan tidak sampai 3 hari iannya berdiri gagah dan kini dikhianati sampai rebah.

Terbukti UMNO cukup akui yang PR dibawah kepimpinan DSAI mampu menunaikan janji keramat ini..

Kalau billboard itu tidak mengancam hayat UMNO, mana mungkin ianya dirobohkan.

UMNO DENGAN POLITIK PURBA PEMIKIRAN PRIMITIF SUDAH MENJADI DARAH DAGING....

BERDEBAT KETAR KEPALA LUTUT...DOA KO MENGGIGIL SATU BADAN...BILLBOARD TAKUT SAMPAI KECUT PERUT....ITULAH UMNO PARTI YANG BAKAL TUMBANG KECUNDANG TERSUNGKUR PADA PRU 13 NANTI.

RAKAMAN GAMBAR YANG MEMBUATKAN NAJIB MASIH TAK JUMPA TARIKH PILIHANRAYA!!!!...PAS GANTI UMNO... PAS UNTUK SEMUA!!!!!!


Rakaman gambar para penjalan kaki bantah Lynas Kuantan-Kuala Lumpur yang singgah di Markas PAS, Taman Melewar membuktikan betapa kata-kata fitnah dan ugutan parti- parti komponen Barisan Nasional terutamanya UMNO dan MCA langsung tidak termakan oleh kaum Tionghua.

Makin difitnah dan diterjah makin berduyun-duyun kaum Tionghua berhijrah menyokong PAS/PR.

Admin mendapat maklumat sekitar 75-80% pengundi berdaftar kaum Tionghua akan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat.

Rata-rata dikalangan rakyat kaum Tionghua kini berbicara bukan berapa banyak kerusi MCA/GERAKAN bakal menang pada PRU 13 nanti tetapi berapa ramai ahli mereka yang masih tinggal menyokong.

Admin pernah meramalkan dari pengamatan dan analisis yang dijalankan, jika PRU diadakan sekarang maupun dalam tempoh 2 bulan dari sekarang, PR mampu meraih 128 Kerusi Parlimen...Menang majoriti mudah untuk menawan Putrajaya.

Mau tidak mau..perubahan pasti berlaku dalam landskap politik negara kita. Itu adalah realiti dan bukan ilusi maupun mimpi.

PAS GANTI UMNO... PAS FOR ALL.....TAKBIR!!!!... ALLAHUAKHBAR!!!!

ISU BAKAL MENJERUT LEHER UMNO NEGERI SEMBILAN PADA PRU 13 NANTI...JALAN PASIR PANJANG-LINGGI RM300JUTA TERBENGKALAI???



Jalan Pasir Panjang ke Linggi RM300 juta terbengkalai?

Projek jalan Pasir Panjang ke Linggi penuh kontroversi dan tanda tanya. Carian internet projek ini telah beberapa kali terbengkalai. Ianya sepatutnya siap pada tahun 2007. Amat memeranjatkan walaupun projek ini telah terbengkalai, dan kontraktor sepatutnya disenarai hitam, laman web CIDB menunjukkan kontraktor yang sama telah dilantik untuk memulihkan projek ini. Kos projek pada asalnya cuma RM118 juta kini telah menjadi hampir RM300 juta, dan masih belum siap-siap. Jika projek lembu NFC Gemas dengan nilai RM250 juta melibatkan Menteri Wanita Umno, projek RM300 juta Jalan Pasir Panjang ke Linggi ini juga melibatkan bekas Menteri Wanita UMNO dari N.Sembilan merangkap Pengerusi Tetap Wanita UMNO Malaysia,Tan Sri  Napsiah Omar.

*************

Maklumat Syarikat: : HARTAJAYA-BENTENG TIMUR-AMR JELI JV SDN. BHD.
CIDB : No Pendafataran : 0120051003-WP106638
ROC : 597928T

Ahli Lembaga Pengarah:
1. DATO NAPSIAH BINTI OMAR
2. DATO SRI RAM A/L M.S SARMA
3. NORIZAN BIN MOHD AMIN
Maklumat Projek:
10-11-2011
RM 47,500,000.00
Seksyen 1 - Prjk Menyiapkan Kerja Tertinggal Bg Membina Jln Baru Dari Lebuh Raya Seremban-Port Dickson Ke FR5 Laluan 5 Di Pasir Panjang & Menaik Taraf FR5 Dari Pasir Panjang Ke Linggi

20-06-2008
RM 118,610,418.92
Cdangan Jln Baru Dari Lebuhraya Seremban PD- FR5 Dari Pjang Dan Menaiktaraf FR5 Dari Pasir Panjang Ke Langgi.

06-01-2005
RM 118,610,418.92
Membina Jalan Baru Dari Lebuhraya Seremban-PD-FR5 Di Pasir Panjang & Menaiktaraf FR5 Dari Pasir Panjang Ke Linggi (Seksyen 1)


TAMPIN 18 Okt. 2009 - Isu projek menaik taraf Jalan Pasir Panjang-Linggi yang terbengkalai sejak 2005 akan selesai apabila ia siap dalam tempoh enam bulan akan datang. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, sebelum ini, projek berkenaan yang menelan belanja RM118 juta terbengkalai

JAWAPAN JAWAB LISAN, ISU LEBUH RAYA SEREMBAN PORT DICKSON
21 October 2010

Merujuk kepada jawap pada soalan yang dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya berhubung dengan isu pembinaan Lebuh Raya Seremban-Port Dickson ke FR5 Pasir Panjang-Linggi yang telah tergendala menunjukkan terdapat pertambahan harga yang tidak kurang dari RM200juta serta pembinaan tersebut apa selesai pada pertengahan 2012.

Peningkatan harga dan juga kelewatan untuk menyiapkan projek tersebut adalah kerana kementerian terbabit gagal menjalankan penelitian dalam setiap pemilihan kontraktor yang ingin menjalan kerja-kerja tersebut.

1) Seksyen 1 : sepanjang 22.5 kilometer, ditawarkan kepada syarikat Hartajaya-Benteng Timur-AMR Jeli JV Sdn Bhd. dengan harga kontrak sebanyak RM118 juta. Projek bagi segmen ini telah dimulakan pada bulan Februari 2005 dan sepatutnya disiapkan pada 1 Disember 2009


BAKAR GERAN RUMAH PROTES PROJEK LEBARKAN JALAN

TELUK KEMANG 10 April 2010 - Geram dan kecewa dengan masalah yang timbul berikutan kelewatan projek pelebaran Jalan Pasir Panjang-Linggi dekat sini, menyebabkan beberapa penduduk bertindak membakar geran asal rumah mereka, hari ini.

Tindakan itu merupakan tanda protes penduduk yang sudah bosan dengan kemelut yang dihadapi termasuklah terpaksa berhadapan banjir lumpur, debu dan risiko kemalangan jalan raya.


PORT DICKSON MENJADI MANGSA PROJEK RUNDING TERUS
November 26, 2009

Contohnya projek membina jalan baru dari Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Jalan Persekutuan 5 di Pasir Panjang dan menaik taraf Jalan Persekutuan 5 dari Pasir Panjang ke Linggi telah dimulakan sejak 14 Febuari 2005 dan sepatutnya siap mengikut kontrak pada 12 Ogos 2007.

Projek ini telah dilaksanakan secara RUNDING TERUS, REKA DAN BINA dan dianugerahkan kepada Kontraktornya, Hartajaya-Genting Timur-AMR Jeli JV Sdn. Bhd. Setelah gagal menyiapkan projek pada 12 Ogos 2007 seperti syarat kontrak, kerajaan telah menganugerahkan syarikat tersebut dengan menunda tarikh siap projek (tanpa denda) ke Disember 2009.

Maklumat Syarikat: HARTAJAYA (M) SDN. BHD.
CIDB : i) No Pendafataran : 1960906-SL005270
PKK : i) No Pendafataran : 1006 A 2005 0120
ii) Kelas : A
ROC : 155443X
Maklumat Ahli Lembaga Pengarah:
1. MAZWIN BINTI BAHARUDDIN
2. SRI RAM A/L MS SARMA
3. SUHUT BIN MD SALIH

Company Name: AMR Jeli Sdn. Bhd. (321666H)
Address: 38-2, Lorong Haruan 5/2 Oakland Commerce Square, 70300, Seremban

HARTAJAYA (M) SDN. BHD.
Contact Persons SRI RAM SARMA DATO'

GAMBAR SATU CAWANGAN MCA SUDAH DITUTUP TERSEBAR LUAS!!!


Kisah sebuah cawangan MCA, rakan paling akrab dan dikasihi UMNO sejak merdeka telah tutup kini heboh diperkatakan orang.

Sebab itu ada warga kaum Tionghua kata, masyarakat Cina kini berbincang sesama mereka bukan lagi berapa kerusi MCA boleh menang dalam PRU 13 tetapi berapa ramai ahli MCA yang masih tinggal!!!!



Saturday, 24 November 2012

AKHIRNYA RAMALAN OMAK KAU MENJADI KENYATAAN... BILLBOARD TURUNKAN HARGA MINYAK DI LEBUH RAYA PLUS TELAH DIRUNTUHKAN OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB MALAM TADI!!!


Mengapa perlu dirobohkan seandainya janji Pakatan Rakyat akan menurunkan harga minyak dalam tempoh 24 jam sebaik saja memenangi PRU13 hanyala omong kosong???

Ini menunjukkan UMNO/BN tau bahawa janji Pakatan Rakyat ini akan pasti ditunaikan!!!

Omak berjanji akan muat naikkan gambar-gambar billboard diruntuhkan apabila diperolehi nanti..

BILLBOARD TUMBANG UMNO KECUNDANG....UMNO TERSUNGKUR RAKYAT BERSYUKUR!

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012...SUDAH ADA KEINGGINAN PARA PERWAKILAN LELAKI MEMAKAI KOPIAH PUTIH MENGGANTIKAN SONGKOK TINGGI???? DULU KUTUK SEKARANG TIRU!!!!


Adakah kopiah berlogokan UMNO bakal mengganti songkok tinggi yang cukup sinonim dengan UMNO pada PAU 2012 kali ini?

Jika ianya benar maka jelas kini UMNO mau menonjolkan imej Islamik secara kosmetik.

Islam bukan dilihat sebagai pemakaian kopiah tetapi lebih kepada perlaksanaan dan cara hidup harian.. Islam A Way of Life... Islam sebagai Ad-deen.



SIAPA KATA MELAKA KUBU TERKUAT UMNO DALAM DUNIA KINI....RAKAMAN GAMBAR YANG PASTI PRU 13 DITANGGUHKAN LAGI!!!!


IZINKAN GAMBAR BERBICARA!!!...JAMUAN MAKAN MALAM 190 MEJA ANJURAN DAP DIMELAKA DAN CERAMAH JELAJAH MERDEKA RAKYAT AIR KEROH, MELAKA, MEMBUKTIKAN MELAKA KINI SUDAH GOYANG DAN TIDAK TERKEJUT JIKA MELAKA TUMBANG!!!!
Kalau dilihat pada sokongan rakyat pada jamuan makan malam DAP 190 meja dan ceramah DSAI Jelajah Merdeka Rakyat di Air Keroh, Melaka, amat jelas sekali rakyat kini sudah siap siaga untuk melakukan perubahan... Pakatan Rakyat jadi pemerintah dan UMNO/BN sebagai pembangkang.

Jamuan makan malam, semua meja habis dijual dan terpaksa mereka mau mendengar amanat dari DSAI dan YB Lim Kit Siang  bersesak-sesak diluar dewan.

Mereka datang ceramah PR terpaksa bayar bukan diangkut dengan dibayar. Berbeza dengan jamuan anjuran UMNO.. Semuanya disediakan percuma termasuk pengangkutan.

Fenomena inilah yang menyebabkan sehingga kehari ini, Najib Razak masih tidak jumpa tarikh nak bubar parlimen.

Belum pernah dalam sejarah negara sebelum ini, seorang Perdana Menteri masih ragu-ragu dan takut nak bubar parlimen.. Belum pernah!!!!

Begitu juga ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Air Keroh Melaka.. Lagi hampir Pilihanraya lagi ramai yang turun mendengar. Lagi kuat dan hebat Pakatan Rakyat difitnah bertambah ramai rakyat yang berhijrah.

MUNGKIN DOA KERAMAT BN KO DISTADIUM SULTAN MUHAMMAD IV, KOTA BHARU, KELANTAN SUDAH MULA MENAMPAKKAN HASILNYA.


Rakaman gambar ehsan MEDIARAKYAT

KALI PERTAMA DALAM SEJARAH NEGARA, PERDANA MENTERI MASIH TIDAK JUMPA TARIKH PILIHANRAYA!!!!

SIRI JELAJAH MERDEKA RAKYAT....KHIDMAT DSAI SUDAH TIDAK DIPERLUKAN LAGI????..DSAI SUDAH TIDAK RELEVAN????...


Kalau dilihat dari sambutan rakyat berikan kepada ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Damansara Damai dalam DUN Bukit Lanjan, pada malam Khamis yang lalu, menunjukkan betapa ribuan rakyat turun memberikan sokongan walaupun DSAI tidak disenaraikan sebagai salah seorang penceramah utama.

Rakyat kini akan turun beramai-ramai ke ceramah Jelajah Merdeka Rakyat bukan sekadar mau mendengar pidato bakal PM ke-7 Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi lebih mau memberitahu kepada kerajaan UMNO 1M'sia dibawah pimpinan Najib Razak, rakyat kini sudah bersedia untuk membuat perubahan pada PRU 13 nanti.

With or without DSAI rakyat sudah bertekad mau menobatkan Pakatan Rakyat sebagai parti pemerintah diperingkat pusat.

Aura DSAI amat cukup kuat dikalangan rakyat kini.. Memadai wajahnya diwar-warkan di setiap ceramah Jelajah Merdeka rakyat tanpa perlu beliau menghadirkan diri namun ribuan rakyat akan berikan sokongan padu.

Pada malam Khamis yang lalu Jelajah Merdeka Rakyat Bukit Lanjan di Damansara Damai, para penceramah utamanya terdiri dari YB Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan merangkap Exco Kerajaan Selangor, YB R.Sivarasiah dan Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohamad Sabu.

Jika diukur dari sambutan yang diberikan malam itu, admin tidak yakin UMNO mampu merampas kembali Selangor dari tangan PKR/PR.

Segala propaganda murahan yang dilakukan terhadap Kerajaan PKR/PR Selangor seperti isu air, Talam, UNISEL dan terbaru 2020 ibu tunggal menyaman kerajaan negeri oleh UMNO tidak akan membuahkan hasil. Rakyat sudah bijak berfikir dan menilai.

Rakaman gambar ehsan MediaRakyat.


Friday, 23 November 2012

EDISI PECAH TEMBELANG!!!... UMNO LAGI SEKALI SUDAH KENA KANTOI!!!!... SUSULAN KATA CERAMAH JELAJAH MERDEKA RAKYAT SEK 24, SHAH ALAM, TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN, HAMBAR DAN SUNYI SEPI !!!!!


Seperti dijanjikan, admin muat naik beberapa rakaman gambar dari blogger Pro PR bagi menyanggah propaganda murahan berbau fitnah konnnya ceramah Jelajah Merdeka Rakyat Di Seksyen 24, Shah Alam tidak mendapat sambutan langsung, hambar sunyi sepi tiada pendengar yang ingin datang ketempat ceramah di Padang Bola, Jalan 24/1F, Sek 24, Shah Alam, Selangor.

Digambarkan seolah-olah rakyat sudah muak dan jemu dengan ceramah DSAI.

Sekarang lihat saja beberapa gambar yang admin kutip dari blogger Lianglahad demi pencerahan minda atas konsep dan landasan kebenaran.

Malam tadi DSAI tidak dapat hadir dan diwakilkan kepada anaknya YB Nurul Izzah dengan Timbalan Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu sebagai penceramah utama yang bergegas dari satu lagi ceramah Jelajah Merdeka Rakyat diDamansara Damai, Bukit Lanjan.

Ternyata para hadirin yang datang melimpah ruah sehingga ketepi jalan.

Kalau cara begini juak-juak UMNO fikir akan dapat menahan ombak tsunami perubahan yang bakal berlaku dalam senario politik negara, admin dengan ikhlas nyatakan ianya adalah kerja yang sia-sia belaka.

Perubahan pasti berlaku dalam negara kita. Itu sudah pasti. Tiada kuasa boleh menahannya melainkan Allah SWT saja.

UMNO DAN FITNAH DIPISAH TIADA... UMPAMA KENTUT DENGAN TAIK.

BENARKAH SIRI JELAJAH MERDEKA RAKYAT DSAI DI SEK 24 SHAH ALAM TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN LANGSUNG DARI PENDUDUK TEMPATAN?????


Admin telah kutip gambar dan kisah ini dari blog Pro totok UMNO yang mengisahkan konnnya siri Jelajah Merdeka Rakyat di Padang Bola, Jalan 24/1F, Seksyen 24, Shah Alam malam tadi tidak mendapat sambutan langsung dari penduduk tempatan.

Dikatakan hambar dan kurang sambutan.

Kononnya sokongan terhadap DSAI sudah merudum.

Setelah admin siasat dan selidiki dapati gambar-gambar yang dimuat naikkan ini ialah semasa DSAI belum lagi tiba, kira-kira jam 8.45 malam.

Pada kebiasaannya DSAI akan tiba jam 11.00 malam keatas.

Gambar-gambar ini ceramah sebenarnya belum lagi bermula.

Gambar-gambar propaganda kononnya DSAI,  PKR/PR sudah ditolak rakyat Selangor.

Admin berjanji akan muat naikkan gambar-gambar semasa DSAI menyampaikan ceramahnya apabila diperolehi nanti... Apa yang admin dimaklumkan sambutan kepada ceramah ini sama jua ceramah-ceramah DSAI Jelajah Merdeka Rakyat yang lain.. Sambutannya cukup hangat dan memberangsangkan.

KALAULAH BENAR SIRI JELAJAH MERDEKA RAKYAT SEK 24 SHAH ALAM TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN... MENGAPA TIDAK DISIARKAN DIAKHBAR-AKHBAR LIDAH RASMI UMNO SEPERTI UTUSAN DAN BERITA HARIAN?

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...