Wednesday, 29 August 2012

ISU AIR.... BIAR KERATAN AKHBAR BERBICARA....NEGERI MANA YANG PALING TERUK!!!



Biarkan keratan akhbar berbicara untuk memberi pencerahan minda kepada rakyat, negeri manakah yang paling teruk dalam menyediakan air bersih terawat kepada rakyat.


KATA DULANG PAKU SERPIH... KATA NEGERI ORANG, RUPA-RUPANYA NEGERI SENDIRI YANG LEBIH TERUK WEH!!!!

KES SUMBANG MAHRAM....ADAKAH INI INDIVIDU TERSEBUT????.....SUSPEK BUKAN PEMIMPIN DARI PARTI PAKATAN RAKYAT!!!!!..




JERANTUT - Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.

Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.

Mereka dibebaskan semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur.

"Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.

Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.

Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional. - Bernama

NAMPAKNYA PIHAK MEDIA CUBA MENGGUNAKAN ISU INI SEOLAH-OLAH YANG MELAKUKAN SUMBANG MAHRAM ADALAH DARI KALANGAN PEMIMPIN KANAN PKR MAUPUN PAS...

JUAK-JUAK UMNO CUBA MEMBERI GAMBARAN KELABU KEPADA RAKYAT, SEDANGKAN AGENSI BERNAMA DENGAN JELAS MEMAKLUMKAN PERKATAAN PARTI BARU!!!!... PARTI BARU YANG DIMAKSUDKAN ITU MENGIKUT APA YANG ADMIN DIBERITAHU IALAH PARTI KITA..PARTI YANG DITUBUHKAN OLEH ZAID IBRAHIM.

Tuesday, 28 August 2012

SUDAH KANTOI!!!!!... SURAT DBKL PAKSA DAN UGUT SEMUA KAKITANGANYA HADIR HIMPUNAN JANJI DITEPATI SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-55 TERSEBAR LUAS!!!!



Surat dari DBKL yang ditanda tangani oleh Timbalan Pengarah, Unit Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Dewan Bandara Kuala Lumpur, Hj Noor Azmi bin Nordin, bertarikh 14hb Ogos 2012,  memaksa dan ugut semua pegawai dan  kakitangan DBKL supaya hadir di Himpunan Janji Ditepati sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke-55, di Stadium Bukit Jalil, pada 31hb Ogos jam 8.00 malam.

TERTERA PERKATAAN KEHADIRAN DIWAJIBKAN DAN DIREKODKAN.

Sebelum ini Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melalui SKMM ( Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia ) telah hantar sms untuk sama-sama hadir bagi meramaikan himpunan tersebut.

Ini petunjuk jelas yang penganjur terutamanya para pemimpin UMNO, sudah merasai dan meramalkan yang Himpunan Janji Ditepati tidak akan mendapat sambutan.

ITU BARU SURAT DARI DBKL... SUDAP PASTI SURAT-SURAT DARI KETUA-KETUA JABATAN KERAJAAN YANG LAIN TELAH MENGUTUS SURAT YANG BERBENTUK DAN BERBUNYI SEAKAN SERUPA.




KALAU NAK KENAL SIAPA ITU TUN DR MAHATHIR MOHAMAD....TANYALAH KEPADA TUN MUSA HITAM JANGAN TANYA PENGKAGUM TAKSUBNYA!!!!



T
un Musa: “kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim.”

Hari Raya Kedua: Bertemu Tun Musa Hitam

Pada Hari Raya kedua, seperti kebiasaan saya bersama keluarga beraya di rumah Bapa Saudara saya iaitu Dato Zaidan Othman. Beliau adalah adik lelaki ibu saya. Semua ahli keluarga berkumpul di situ termasuklah abang saya Tan Sri Shahrir bersama bapa serta emak saudara dan sepupu saya. Walaupun hubungan kekeluargaan kami semua adalah baik, seperti biasa, mereka yang pro-PR akan lebih bersama saya dan yang sebaliknya akan lebih bersama dengan abang saya. Hanya kali ini ada sedikit kelainan apabila muncul Tun Musa Hitam dan keluarganya bersama!

Rupa-rupanya Tun Musa Hitam adalah kawan baik Bapa Saudara saya Dato Zaidan. Tun merupakan pengapit semasa Dato’ Zaidan bersanding dan adalah junior setahun kepada beliau. Katanya, semasa kelam kabut pada hari persandingan, Dato Zaidan terlupa mengikat tali kasutnya dan beliau terpaksa melutut untuk mengikatkan tali kasut sahabatnya itu. Malahan, seperti kebiasaan pada masa itu, pengapit terpaksa bermalam bersama dengan bakal pengantin lelaki pada malam sebelum persandingan! Takut pengantin lelaki lari kut?

Tun juga turut bersalaman dengan saya dan duduk di kerusi bersebelahan saya. Dia menceritakan hal dirinya dan menyatakan bagaimana pada tahun 1986 merupakan tahun yang amat mencabar bagi dirinya. Penceraiannya dengan isterinya yang dari berasal dari Peru dan juga tekanan politik yang terpaksa beliau hadapi sungguh hebat. Saya pun terus bertanya, “mengapa Tun berundur dan tidak melawan apabila Dr. Mahathir berusaha menjatuhkan Tun?”. Tun Musa menjawab dengan nada yang selamba, “kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim.”

Selepas makan dan sebelum Tun ingin meninggalkan rumah bapa saudara saya, beliau menguatkan suaranya dan berkata secara seloka, “saya tidak tahu apa yang akan berlaku dalam pilihan raya yang akan datang, tetapi di Lembah Klang saya ingin melihat kamu menang”, sambil menunjuk ke arah diri saya, “dan di Johor pula, Shahrir seorang sahaja yang menang!” Kami semua yang mendengarnya tergelak. “Shahrir seorang sahaja (dari BN) menang?” tanya saya. “Itu sudah pasti tidak senang didengari oleh Dr. Mahathir!” kata saya lagi. Tun tersenyum dan berkata, “I won’t tell you who I voted for in the last election”.

Zaman berubah seperti juga manusia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

GAMBAR TUAN GURU NIK AZIZ DAN TUAN GURU HADI AWANG BACA UTUSAN DIJADIKAN BAHAN FITNAH!!!!



Juak-juak UMNO menabur fitnah dialam maya kononnya Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang pembaca tegar Utusan Malaysia walaupun dimana jua mereka berada termasuk ketika dirawat dalam wad di Hospital.

Membaca dan membelek-membelek ada perbezaannya.

Membaca sekadar ingin tahu apa lagi yang difitnah media perdana lidah biawak rasmi UMNO terhadap kedua pemimpin ini tidak langsung dilaporkan.


[Petikan dari Facebook Tok Guru]


Bismillah, saya dinasihatkan oleh doktor untuk berehat di HUSM hujung minggu ini. Pagi ini, saya dibekalkan dengan bahan-bahan bacaan dan akhbar-akhbar termasuk Utusan Malaysia yang membawa tajuk utama "An

war Tolak Hudud PAS.."

Di Malaysia ini, ada akhbar yang langsung tidak boleh dipercayai. Daripada sembilan berita yang ditulis, sepuluh daripadanya perlu diselidiki terlebih dahulu sebelum dipercayai. Salam hormat dari saya.

Monday, 27 August 2012

JANJI DITEPATI!!!!... DATUK SERI ANWAR IBRAHIM BERJANJI JIKA PR TAWAN PUTRAJAYA PADA PRU 13 NANTI, BELIAU TIDAK AKAN TINGGAL DI SERI PERDANA!!!.. KOMPLEKS ITU HANYA DIJADIKAN SEBAGAI RUMAH MENYAMBUT TETAMU KEHORMAT SEBAGAI LANGKAH BERJIMAT CERMAT DALAM MEMBELANJAKAN WANG RAKYAT!!!



Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasminya telah berjanji tidak akan tinggal di rumah kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana,  jika rakyat memberikan amanah dan mandat untuk mentadbir urus Putrajaya pada PRU 13 nanti.

Satu langkah bijak sebagai menjimatkan kos yang menggunakan dana pembayar cukai.

Ini baru dinamakan pemimpin berjiwa rakyat, bukannya macam UMNO, pemimpin yang cekik darah wang rakyat.

JANJI DITEPATI... BERI PELUANG UNTUK DSAI BUKTI...YANG PASTI RAKYAT TIDAK AKAN RASA RUGI.


APA KOMEN JAKIM!!!!!!....HALALKAH UMAT ISLAM MEMAKANNYA?



Mohon penjelasan JAKIM mengenai kedai yang menjual ayam "sunat"...

Adakah ayam ini ayam yang halal dimakan atau apa?.

BERITA HANGAT MELECUR!!!!... ORANG YANG DIKEHENDAKI POLIS ANTARABANGSA ( INTERPOL ) BERADA DIMALAYSIA!!!!



Masihkah ingat lagi kisah bakal menantu Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor waran tangkap yang dikeluarkan oleh polis New York kerana menipu bapa tirinya?...Masih ingat?

Rupa-rupanya mamat itu kelihatan berada dirumah terbuka Aidil Fitri Tun Dr Mahathir baru-baru ini.

Mengapa pihak polis Malaysia tidak cekup dan serahkan kepada pihak Interpol?

PDRM terlepas pandang atau buat-buat tak pandang?

Atau mamat ini diberi suaka politik dari bakal bapa mertuanya?

TAN SRI KADIR SHEIKH FADZIR MOHON MAAF KEPADA TUN M KERANA MENINGGALKAN UMNO??????.....KEHADIRAN TAN SRI KADIR SHEIKH FADZIR DAN SEKELUARGA DIRUMAH TERBUKA AIDIL FITRI TUN DR MAHATHIR, JUAK-JUAK UMNO CUBA JADIKAN ISU!!!



Kunjungan hormat bekas Menteri Penerangan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, dirumah terbuka mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menimbulkan sedikit ribut dalam lingkungan pengamal media alam maya penganut UMNO.

Ada diantara mereka mencemuh dan melemparkan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya.

Ada yang berkata,  kononnya TS Kadir mau merujuk semula kedalam UMNO.

Mencerminkan sikap kebudak-budakkan mereka dalam menerima perbezaan politik dan pendapat.

Sekurang-kurangnya TS Kadir Sheikh Fadhir telah menunjukkan sikap keterbukaan yang tahu membezakan waktu dan suasana yang diizinkan bercanggah  pandangan dan bersongsang perjuangan  politik.

PANAS MENDIDIH!!!!....WISMA UMNO BAKAL DIJADIKAN TEMPAT TERNAKKAN BURUNG WALIT???



Ini bukan gambar superimpose maupun diedit.

Sebuah bangunan UMNO terletak di Seberang Prai Utara, Pulau Pinang, yang lenggang sunyi, kurang penghuni dan penyewa yang mau menduduki dan menyewanya.

Dulu semasa zaman kegemilangan UMNO, bangunan ini sentiasa penuh dan ceria. Kini kelihatan seperti hidup segan mati tak mau.

Inilah tandanya UMNO sudah mula disisih dalam pemikiran rakyat.

UMNO kian diketepikan sebagai peneraju negara ini.

Bila sudah tiada yang minat untuk menjadi penghuni maka jangan hairan jika burung walit mengambil alih sebagai penduduk tetapnya.

TAKUT-TAKUT BURUNG WALIT PUN PUN TAK TERLIUR NAK SINGGAH!!!!!

Sunday, 26 August 2012

APA SUDAH JADI BEB!!!!... RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI TUN M DAN PAK LAH.....PAK LAH BOIKOT RUMAH TUN M... DAN TUN M BOIKOT RUMAH PAK LAH....SEBAB TUN M HADIR DIRUMAH TERBUKA NAJIB MAKA PAK LAH PUN BOIKOT RUMAH NAJIB RAZAK!!!!.. SUDAH MACAM PERANGAI KEBUDAK-BUDAKKAN MEREKA INI!!!!




Baru admin perasan dan sedar yang rumah terbuka Aidil Fitri 2012 Datuk Seri Najib Razak di Seri Perdana Putrajaya, mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi tidak hadir sedangkan seorang lagi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri hadir. Siap dibawa dengan menaiki kereta buggy lagi.

Semalam apabila Tun Abdullah Badawi membuat rumah terbukanya di Dewan Datin Seri Endon di Putrajaya, Tun Mahathir langsung tak nampak kelibat dan bayangnya. Begitu juga anak beranak Tun Mahathir.

Tun Dr Mahathir buat rumah terbuka di kediaman rasminya di Seri Kembangan The Mines Resort, Tun Pak Lah serta kaum kerabatnya tidak kelihatan.

Tetapi DS Najib Razak hadir pada kedua-dua rumah terbuka tersebut.

ADAKAH SELAMA INI RAKYAT TERUTAMANYA AHLI-AHLI, PENYOKONG DAN PENDOKONG UMNO DITIPU KONONNYA HUBUNGAN KEDUA MANTAN PRESIDEN UMNO DALAM KEADAAN BAIK?....


KALAU UMNO GAGAL MAU MENYATU PADUKAN KEDUA PEMIMPIN MEREKA... JANGAN NAK BICARA PASAL PERPADUAN MELAYU...CAKAP TAK SERUPA BIKIN... BIKIN LAGI TAK SERUPA CAKAP.

SUDAH KANTOI!!!!... MENTERI DALAM NEGERI MENIPU RAKYAT PASAL INDEKS JENAYAH MENURUN MENDADAK KONON!!!..



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein and CEO PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala harus memperjelaskan isu data jenayah NKRA yang dimanupulasikan, seperti yang didakwa surat yang tersebar luas melalui media elektronik semalam oleh “Sumun Osram”, seorang “anggota polis yang ingin merahsiakan indentiti”.

Dakwaan tersebut adalah serius kerana ia membawa keraguan terhadap integriti statistik rasmi dan selanjutnya, akan menjejas kredibiliti Kementrian Dalam Negeri, PEMANDU dan PDRM.

Surat “Sumum Osram” mendakwa bahawa terdapat percubaan secara sistematik untuk “merendahkan kadar jenayah dengan mengalihkan jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks. Pemindahan ini dilakukan ketika laporan polis sedang dibuat. Klasifikasi jenayah dari jenis indeks kepada jenis bukan indeks akan dirakamkan oleh sistem laporan polis sebagai jenayah ‘bukan indeks’ lalu ia tidak didaftarkan untuk tujuan statistik. Penurunan kadar jenayah indeks akan menunjukkan bahawa jenayah –jenayah tertentu sedang berkurangan.”

“Jenayah indeks” didefinasikan sebagai jenayah yang kerap dilaporkan dan merupakan cukup ketara untuk dijadikan indeks terhadap situasi jenayah. ‘Jenayah bukan indeks” pula adalah kes-kes kecil yang jarang berlaku maka ia tidak disertakan ke dalam statistik atau sebagai penanda aras untuk menentukan situasi jenayah.

Statistik rasmi kadar jenayah hanya mengambil kira jenayah indeks.

Mengikut surat ‘Sumun Osram’, jenayah yang dimanipulasi termasuk:
(A) Kes-kes kecurian diklasifikasikan sebagai Jenayah Indeks di bawah Akta Jenayah. Laporan mengenai jenayah ini akan diklasifikasi di bawah seksyen 382 Akta Jenayah. Oleh kerana seksyen 382 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.
(B) Samun di bawah Seksyen 457 Akta Jenayah merupakan jenayah indeks. Laporan yang diterima akan diklasifikasikan di bawah Seksyen 452 dan 453 Akta Jenayah. Oleh kerana seksyen 452 dan 453 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.
(C) Menyebabkan kecederaan adalah jenayah Indeks di bawah seksyen 324 dan 326 Akta Jenayah. Laporan yang diterima akan diklasifikasikan di bawah Seksyen 148 Akta Jenayah. Oleh kerana Seksyen 148 Akta Jenayah adalah jenayah bukan indeks, ia tidak akan direkodkan dalam perangkaan kadar jenayah.

Surat tersebut mendakwa bahawa “pengklasifikasian jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks jumlahnya adalah beberapa ribu kes. Tentunya, dengan mengalihkan kes-kes tersebut, perangkaan kadar jenayah akan mengambarkan seolah-olah kadar jenayah telah berkurangan.”

Pakatan Rakyat meminta agar Hishammuddin dan Idris Jala mendedahkan perangkaan kes-kes yang diklasifikasikan di bawah seksyen-seksyen 148, 382, 452 dan 453 Akta Jenayah selepas perlaksanaan NKRA sehingga ke hari ini dan tiga tahun sebelum perlaksanaan NKRA bagi membuktikan kebenaran.

AKHIRNYA AKHBAR MILIK UMNO AKUI YANG JUDI ADALAH MUSUH UMAT ISLAM/MELAYU NOMBOR SATU NEGARA!!!!!



Akhbar milik dan kawalan UMNO sudah mula memainkan peranan betapa judi ketika ini menjadi barah yang semakin hilang kawalan di kalangan umat Islam khususnya orang Melayu. Pemimpin negara, pihak berkuasa bila lagi hendak bertindak secara terancang dan bersepadu agar memenuhi pencapaian NKRA yang telah ditetapkan, sekiranya ada? Akhbar berbahasa Melayu juga , haruslah reti bahasa dengan tidak menyiarkan lagi iklan keputusan judi dan apa-apa yang berkaitan dengannya.

Ketagih selepas menang RM300

25 Ogos 2012 - “SAYA mula bermain judi roulette sejak awal tahun lalu selepas mengikut rakan ke pusat siber. Pada mulanya saya ingat dia mahu saya menemaninya melayari Internet. Bagaimanapun, saya terkejut sebaik melangkah masuk ke kafe siber itu kerana di dalamnya memang ada komputer tetapi semuanya untuk tujuan berjudi dengan menawarkan permainan berlainan. Rakan mengesyorkan saya mencuba judi roulette dan percubaan pertama menyebabkan saya habis RM50. Tidak puas hati, saya kembali ke pusat siber itu keesokannya dan bertuah apabila menang lebih RM300 dengan hanya bermodalkan RM30.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KetagihselepasmenangRM300/Article/artikelMA

Melayu gila judi ‘on-line’

25 Ogos 2012 - Sebelum 2009, majoriti tahi judi gilakan ‘mesin kuda’ yang menawarkan pertaruhan meneka urutan kuda pertama dan kedua sampai di garisan penamat dalam setiap perlumbaan. Semua enam kuda bernombor dan berlari hanya ilustrasi grafik di atas skrin komputer. Bagaimanapun, keuntungan diraih jika menang dikatakan kurang lumayan. Cita rasa kini berubah, begitu juga teknologi. Kini perjudian ‘on-line’ pilihan mereka, terutama Melayu.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Melayugilajudi__8216_on-line__8217_/Article/artikelMA

Ibu bapa perlu awasi kegiatan anak-anak elak terjebak pertaruhan siber
25 Ogos 2012 - “Kebanyakan pusat judi siber menawarkan pertaruhan serendah RM1. Jadi remaja terbabit berjudi secara kecil-kecilan antara RM5 hingga RM10. “Walaupun ada ketikanya mereka menang, kekerapan itu terlalu sedikit dan tanpa sedar, mereka sudah berbelanja ribuan ringgit,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ibubapaperluawasikegiatananak-anakelakterjebakpertaruhansiber/Article/artikelMA

AKHIRNYA UMNO AKUI JUA APA YANG DIPERJUANGKAN OLEH PAS/PR SELAMA INI ADALAH BENAR BELAKA.

Saturday, 25 August 2012

SUDAH KANTOI!!!!.. KETUA PEMUDA KHAIRY JAMALUDDIN SECARA TAK LANGSUNG AKUI YANG BUAT KERJA MENGAPIKAN SENTIMEN AGAMA DILAMAN SOSIAL FACEBOOK, KEPUNYAAN PEMUDA UMNO ADALAH TERDIRI DARI ADMIN FB ITU SENDIRI!!!!



Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin akan menyerahkan kepada polis nama-nama orang yang disyaki mengendali akaun palsu sebuah laman sosial Facebook didakwa milik pergerakan itu.

Facebook itu dikatakan memaparkan poster berbau hasutan: Jika orang ramai setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, teruskan sokongan kepada gabungan pembangkang, Pakatan Rakyat.

Jelas sudah kini... mula-nafikan kononnya itu akaun palsu yang cuba memburukkan nama Pemuda UMNO Malaysia, sampai siap buat laporan polis.

Bila Pemuda UMNO menjalankan siasatan dalaman dipercayai sememangnya admin Facebook asli kepunyaan Pemuda UMNO yang melakukannya.

Bila dah kantoi, baru nak mohon maaf. Kalau tidaktu,  mula nak tunding jari kepada Pakatan Rakyat sebagai dalang, rupa-rupanya ahli mereka sendiri yang menjadi jembalangnya.

NAMA RESTORAN YANG PALING BANGANG DALAM MALAYSIA!!!!!!..



Kalau ya pun nak bodek.. agak-agaklah..Janganlah sampai diri sendiri dilihat sebagai warga yang mengampu membabi buta.
SALAM BODEK SATU MALAYSIA.

PANASSSSS!!!!... PERANG BESAR ANTARA MB JOHOR DENGAN KHALED NOORDIN SUDAH BERMULA.....MARI KITA TENGOKKKK....SIAPA YANG KENAAAAA!!!!



Perang besar secara terbuka sudah pun bermula antara MB Johor Datuk Ghani Othman dengan Menteri Pengajian Tinggi, DS Khaled Noordin apabila isu tanah di Pasir Gudang mula dibangkitkan.

Kes ini sudah berlarutan dengan beberapa kali janji ditabur kepada penduduk tempatan tetapi masih tidak ditepati.

PRU 13 sudah hampir menjelma. Rakyat tuntut janji.

Khaled Noordin sebagai pemimpin UMNO dibahagian tersebut dan juga ahli parlimennya sudah merasa bahang yang bakal dirasai UMNO nanti.

ISU INI PETANDA UMNO JOHOR BAKAL TERIMA PADAH DAN JIKA TIDAK DITANGANI DENGAN BERHEMAH TIDAK MUSTAHIL UMNO AKAN REBAH!!!!!

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...