Sunday, 2 September 2012

PANASSSS MENDIDIH BEB!!!!!... POSTER MAUKAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN JADI PERDANA MENTERI GANTI DATUK SERI NAJIB RAZAK SEBELUM PRU 13, TERSEBAR LUAS!!!!!!



Poster bertajuk..."SELAMATKAN BARISAN NASIONAL" wajah Tan Sri Muhyiddin Yassin, dibawahnya tertulis KAMI MAUKAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN SEBAGAI PM SEBELUM PRU 13 terbitan Barisan Nasional Negeri Johor, kini tersebar luas di internet.

Nampaknya diakar umni UMNO sudah ada gerak kerja mau jatuhkan Najib Razak sebagai Presiden UMNO sebelum PRU 13.

Mereka merasakan Najib Razak tidak mampu membawa kemenangan bergaya kepada UMNO/BN pada PRU 13 nanti atas alasanalasan sudah pun diketahui umum.

NAMPAKNYA PERGOLAKAN DALAM UMNO SUDAH SAMPAI KETAHAP KRITIKAL!!!!!

Lihat sendiri perangai setan penyokong PERKASA berjiwa UMNO serang DSAI Di Masjid Seberang Pumpong,Alor Setar ketika sedang menyampaikan tazkirah!!!

BIAR GAMBAR BERBICARA!!!!!...UMNO PENDERHAKA!!!.... KERAJAAN UMNO 1M'SIA KETEPIKAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG PADA MALAM HIMPUNAN KEMERDEKAAN KE-55 DI STADIUM BUKIT JALIL!!!!!



Pada malam 31hb Ogos 2012, UMNO lagi sekali menunjukan sikap kebiadapan dan penderhakaannya kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung dengan tidak menjemput baginda kemajlis Himpunan Kemerdekaan yang ke-55 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dimanakah suara-suara dari Pemuda UMNO, PERKASA, JATI dan NGO-NGO berdarah dan bersemangat Melayu waja?...DIMANA!!!!!

Nampaknya pada hati dan pandangan UMNO, Najib Razak lebih besar darjat dan kedudukkannya dinegara kita.

Artikel ini bertujuan bagi menjawab tomahan yang kerajaan PKR/PR Selangor membelakangi Sultan Selangor sempenan Himpunan Kemerdekaan ke-55 Peringkat Negeri Selangor di Shah Alam baru-baru ini.

AHLI-AHLI PERKASA SERAMAI LEBIH KURANG 100 ORANG CUBA MENYERBU MASJID SEBERANG PUMPONG, ALOR SETAR KETIKA DSAI MENYAMPAIKAN TAZKIRAH!!!!!



Beberapa ahli dan penyokong PERKASA Kedah berpakaian hitam, cuba menyerbu Masjid Seberang Pumpong, Alor Setar ketika DSAI sedang menyampaikan tazkirahnya sempena siri Jelajah Merdeka Menuju KePutrajaya.

Mereka berang kerana kononnya masjid digunakan untuk berpolitik.

Bagaimana pun serbuan itu tidak berjaya dan DSAI dapat meneruskan tazkirahnya.

Jelas sekali UMNO kekal menggunakan politik samseng untuk mempertahankan Putrajaya dan mau merampas Kedah .

Kemampuan menggunakan otak, akal dan budi bahasa langsung tidak ada. Satu-satu jalannya ialah menggunakan otot.

Sudah pasti mereka tidak berani melakukannya jika tidak mendapat sokongan dan perlinndungan dari para pemimpin yang masih memegang kuasa.

Tidak ubah seperti Zionis, sekumpulan ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.

Tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa ahli Perkasa berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di mimbar masjid Al Husin.

Mereka juga bertindak samseng dengan memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan hailer untuk meneruskan kuliahnya.

Selain bertindak kasar, kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah.

Ketua Perkasa yang dikenali sebagai Dato Yusof dikatakan mengugut bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta. Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah beliau.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang berada di masjid itu turut menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai beliau.

Kejadian serangan terhadap ketua pembangkang ini adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan, semalam.

MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH... SETAKAT TARAF CICAK MENGKARUNG TAK GUGUR BULU ROMA DAN KENDUR URAT SARAF... LAWAN TETAP LAWAN SEHINGGA PUTRAJAYA DAPAT DITAWAN..

JOM KITA LIHAT DENGAN GAMBAR SEBAGAI BUKTI!!!... SAH KERAJAAN DAP/PR PULAU PINANG PIMPINAN YAB LIM GUAN ENG BENCI, TINDAS DAN ANTI ISLAM/MELAYU!!!!!...

JIKA KURANG NAMPAK JELAS DAN INGINKAN PAPARAN YANG LEBIH BESAR DAN JELAS... SILA KLIK PADA FOTO.

Sila lihat perbandingan peruntukan kepada Hal Ehlwal berkaitan dengan Islam anatara kerajaan Pulau Pinang semasa dibawah pemerintahan Gerakan/UMNO dengan DAP/PR.

Langsung tidak perihatin Kerajaan DAP/PR kepada kegiatan Dakwah Islam. Kerajaan Gerakan/UMNO sentiasa mengambil berat dan memberikan perutunkan yang besar.

CISH!!!! tak berguna satu sen pun kerajaan DAP/PR Pulau Pinang.

Adakah patut Sekolah Agama Rakyat yang tidak pernah diberikan semasa Gerakan/UMNO memerintah diberi RM1.5juta ( tahun 2009 ) dan RM1.75juta (2012) .

Sumbangan hafaz RM75,000 ( tahun 2009 ) tahun 2012 dinaikkan kepada RM150,000.. Kerajaan Gerakan/UMNO.. SIFAR.

Sumbangan Masjid Imarah Ramadhan.. Kerajaan Gerakan/UMNO- ELEK POCHIK... Kerajaan DAP/PR RM213,000 tahun 2009 dan 2012.

Punyalah dajal kerajaan DAP/PR Pulau Pinang sampaikan ada pula dana dinamakan Bulan Alquran.. beri peruntukkan sebanyak RM 100,000 pada tahun 2009 dan penindasannya kepada umat Melayu/Islam terus membuak dengan meningkatkan lagi peruntukkan kepada RM175,000 pada tahun 2012.

Itu tak termasuk peruntukan untuk guru-guru KAFA....Kerajaan Gerakan/UMNO beri RM659,000.  Kerajaan anti Melayu/Islam beri RM879,000 ( tahun 2009 ) dan tahun 2012 sebab kebenciannya kepada Islam meningkat melantun maka ditambah lagi peruntukkan sebanyak RM900,000.

PERGH!!!.. Memang dahsyat punya anti Islamlah kerajaan Pulau Pinang yang diperintah DAP/PR...

PSSTTT... APA MACAM PENDOKONG, PENYOKONG, AHLI DAN PENGANUT UMNO... OK TAK KEMPEN SAYA INI?.. LAYAK TAK ADMIN JADI SOLDADU MAYA ( CYBERTROOPER ) UPAHAN UMNO.



BIAR GAMBAR BERBICARA!!!!.....CARA PROPAGANDA NAJIB RAZAK DENGAN PARA PEMIMPIN KOMUNIS SALING TAK TUMPAH.....KEBETULAN ATAU IKUTAN???



Nampaknya cara Datuk Seri Najib Razak mau memikat dan menambat hati rakyat sebiji seketul apa yang diguna pakai oleh para pemimpin komunis dulu dan kini.

Menggunakan kanak-kanak dan budak sekolah sebagai bahan.

Mau menonjolkan kononnya seorang pemimpin yang penyayang dan mesra kanak-kanak.

Cara ini mulai digunakan serta dipopularkan oleh bekas Presiden Vietnam Ho Chi Minh dan diikuti oleh bekas Presiden Korea Utara dulu dan kini.

Cuba perhatikan betul-betul gambar-gambar yang dimuat naik.

Kebetulan atau ikutan?

SIAPA YANG SUDAH DIRESAPI KOMUNIS?

Saturday, 1 September 2012

NAJIB BERI RM110 JUTA UNTUK PERMATA DIBAWAH PENGASASNYA ROSMAH MANSOR...HASILNYA????....BUKAN DIDIK ANAK-ANAK JADI CERDIK TETAPI JADI GEDIK DIHIMPUNAN JANJI DITEPATI DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL!!!!.



Kalau habiskan wang rakyat ratusan juta sekadar jadi tukang kibar bendera Jalur Gemilang di Stadium Nasional Bukit Jalil, baik tak payah.

Kata PERMATA dikhususkan untuk anak-anak pintar atau gifted children.

Adakah mengibarkan jalur gemilang sebagai peramai pengunjung ditakrifkan sebagai pintar?

Tetapi inilah realitinya. PERMATA hasil buah fikiran isteri Najib Razak, Rosmah Mansor sekadar menghasilkan anak-anak murid pintar dan bijak mengibar Jalur Gemilang.

SAH PARA PEMIMPIN UMNO TERUTAMANYA NAJIB RAZAK DAN TUN MAHATHIR TAK LENA TIDUR, MANDI TAK BASAH DAN MAKAN TAK SELERA!!!!... KONVOI XPRESI HIJAU ANAK MUDA MERDEKA DIPADANG TERAP KEDAH!!!!..



Konvoi Terbesar Pernah Di adakan Di Padang Terap..Xpresi Hijau Anak Muda Merdeka Diketuai Oleh Haire Othman @ Leftenan Adnan , Leman Raja Lawak , YB Nasir Zakaria ...

Admin amat Terkejut Dengan Sambutan Anak Muda Yang Di Luar Jangkaan..

Tahniah Anak Muda  Yang maukan perubahan.

JOM UBAH!!... UBAH SEBELUM LEBIH PARAH...SELAMATKAN MALAYSIA..UMNO WAJIB KASI REBAH!!!

UMNO JELAS PENGAMAL POLITIK SAMSENG DEMI MEMPERTAHANKAN KUASA YANG KIAN TERLUCUT DAN TERHAKIS!!!!!

TEMBERANG UMNO SUDAH PECAH!!!!!!......FIRMA KAJIAN TWITTER POLITWEET.ORG MEMPERSOALKAN REKOD 3,611,323 TWEET PATRIOTIK KEPADA NAJIB RAZAK, SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN JANJI DITEPATI SEPERTIMANA YANG DIUMUMKAN KERAJAAN UMNO 1M'SIA MALAM TADI....SUDAH KANTOI!!!!! UMNO SAH LAGI SAHIH KAKI PENIPU!!!!

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/10457_464733666893246_1243302046_n.jpg


TEMBELANG SUDAH PECAH...BAUNYA AMAT BUSUK SEKALI BEB!!!!....


Firma kajian Twitter Politweet.org mempertikai rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka seperti yang diumumkan kerajaan pada malam tadi.

Firma itu berkata, sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan.

Kajian itu berdasarkan sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna dalam tempoh berkenaan.

Firma itu mendapati, sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck.

TweetDeck merupakan perisian sokongan kepada pengguna Twitter yang membolehkan seseorang mentadbir pelbagai akaun dalam satu masa.

"Ia bermakna 41,000 tweet (diterima) daripada 2,761 pengguna," kata Politweet.org dalam satu tulisan di Facebook hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, firma itu berkata mereka juga mengesyaki bahawa jumlah pengguna terbabit merupakan penghantar spam yang dimaksudkannya.

Laporan Bernama pada malam tadi menyebut, jumlah 3,611,323 juta tweet dalam tempoh sejam itu mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dalam kategori tweet terbanyak dan juga perhimpunan tweet terbesar.

Agensi berita itu melaporkan, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang berkata, 10,128 orang terlibat menghantar tweet di
dalam majlis sambutan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.

INI LAPORAN KISAH YANG DITIPU TERSEBUT YANG DIPETIK DARI BERNAMA:-


3.6 Juta Tweet Sempena 55 Tahun Merdeka Dituju Kepada PM

KUALA LUMPUR:
Dua rekod bagi kategori tweet terbanyak dan perhimpunan pengguna tweet terbesar dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang dtujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam Jumaat.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, sebanyak 3,611,323 juta tweet dicatat dalam masa sejam kepada akaun perdana menteri, @NajibRazak seluruh negara yang mengandungi pelbagai mesej kemerdekaan.

"Satu lagi rekod adalah kira-kira 10,128 orang telah menghantar tweet di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil dengan menggunakan #Merdeka55 pada satu-satumasa," katanya.
Rais, yang juga Pengerusi Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, berkata demikian semasa mengumumkan rekod itu pada Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati sempena Hari Kemerdekaan negara di stadium itu malam Jumaat.

Beliau berkata, pihak MBOR akan menyampaikan sijil rekod itu kepada PerdanaMenteri sempena sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September ini.

Tweet sempena Merdeka adalah antara program semasa Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati, yang bertujuan memecah rekod dunia sebagai perhimpunan pengguna Twitter terbesar dunia dengan catatan 10,000 pengguna Twitter. - BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/9/1/mstar_berita/20120831230505&sec=mstar_berita



NASIHAT DAN AMARAN KERAS....SESIAPA PENGHIDAP LEMAH JANTUNG .. DILARANG MEMBACA!!!!!...HISHAMUDDIN HUSSEIN KATA HIMPUNAN JANJI BERSIH GAGAL!!!!!



HIMPUNAN JANJI BERSIH GAGAL!!!!... itulah butir-butir percakapan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein apabila ditemuramah oleh media eletronik rasmi UMNO.

Antara ucapan beliau tidak ramai yang hadir..kurang sambutan.

Demi memberi pecerahan minda, elok jua dimuat naikkan semula gambar-gambar yang dirakam sekitar perhimpunan JANJI DEMOKRASI di Dataran Merdeka malam 30hb Ogos 2012.

Disitu nanti boleh kita nilai tahap pemikiran yang dimilik seorang pemimpin kanan UMNO. Jenis tak boleh menerima kenyataan. Pemimpin yang menghidap penyakit Sindrom Nafi. Pemimpin yang masih terperangkap dizaman syok sendiri. Pemimpin yang suka memutar belit fakta dan kebenaran.

PANASSS... DENGAN BAS PAKATAN RAKYAT PUN UMNO TAKUT INI KAN PULA PARA PEMIMPINNYA....BAS JELAJAH MERDEKA RAKYAT DISERANG DIKOTA BAHRU, KELANTAN!!




Bas Jelajah Merdeka Rakyat Diserang

Pada awal pagi tadi sekitar jam 5 pagi, bas Jelajah Merdeka Rakyat yang kini dalam rangka perjalanan ke Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis telah diserang berdekatan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.

Menurut kemaskini Twitter oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, cermin bas tersebut telah dipecahkan dan cat merah disimbah pada bas tersebut. Insiden ini disyak
i didalangi oleh samseng upahan.

Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu sebentar tadi dan pihak polis telah memberi jaminan akan menjalankan siasatan segera berhubung insiden ini.

Susulan dari itu, satu sidang media khas juga akan diadakan pada jam 11 pagi ini di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Via Anwar Ibrahim

http://anwaribrahimblog.com/2012/09/01/bas-jelajah-merdeka-rakyat-diserang/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bas-jelajah-merdeka-rakyat-diserang

BENARKAH HIMPUNAN JANJI DITEPATI DISTADIUM NASIONAL BUKIT JALIL MELEBEHI 100,000 ORANG YANG HADIR!!!!!



BIAR GAMBAR SEBAGAI BUKTI BERBICARA..
Sila lihat dengan mata kepala sendiri.

Stadium Nasional Bukit Jalil hanya mampu mengisi setiap tempat duduk sekitar 80,000 saja.

Jika diukur dari panduan tersebut sudah pasti kehadiran jauh meleset.. NST boleh berkata rakaman gambar ini adalah yang terkini disekitar 100,000 yang hadir.

Kerusi pun banyak yang kosong.

Lihat betapa media milik UMNO cuba nak putarkan kisah kononnya sambutan diluar jangkaan.

Hakikatnya ialah walaupun diumpan dengan cabutan bertuah kereta, motosikal, Black Berry, barang-barang elektrik dll serta dipaksa dan ugut kakitangan awam, namun sambutan sebenarnya adalah dikira tidak berbaloi dan pulang modal.

Para pemimpin dan strategis UMNO/BN lupa yang kini maklumat boleh diperolehi dihujung jari.

Rakyat, terutamanya dari golongan anak-anak muda tidak mudah ditipu dan dipesong dengan auta.

Kalau UMNO ingat depa cerdik, rakyat pun bukannya bodoh.

Gambar ini dikutip dari laman NSTP http://www.nst.com.my/latest/crowd-exceeds-100-000-at-bukit-jalil-national-stadium-for-55th-merdeka-gathering-1.132990

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...