Thursday, 2 May 2013
TINDAKAN YANG BIADAP DAN TIDAK BERTAMADUN!!!!!... WANITA UMNO DENGAN MEGAH DAN SOMBONG TURUNKAN BENDERA PKR DAN PACAK BENDERA DACING!!!!!
Kejadian ini berlaku di Sabah diaman sekumpulan wanita UMNO dibantu beberapa orang pengikutnya telah dengan sombong dan angkuh melakukan kerja biadap kurang ajar melampau...Menurunkan bendera PKR, pijak dan humban kemudian digantikan dengan bendera lambang dacing.
Selepas buat kerja yang jijik dan hina ini boleh pula berasa megah ambil gambar.
Adakah ini yang diajar oleh para pemimpin UMNO terutamanya Ketua Wanita UMNO Malaysia Shahrizat Jalil kepada wanita UMNO??
Cakap pong pang pong pang satu dunia kononnya Wanita UMNO adalah sayap yang berhemah lemah lembut tidak akan melakukan perkara-perkara yang melampaui batas...Tapi rakaman gambar ini apa cerita?????
Kalau sayap wanitanya bersikap samseng sebegini cuba bayangkan sayap jantannya pula.
RAKAMAN GAMBAR BAKAL PM KE-7 DSAI BERSAMA KELUARGA DULU-DULU...WAKTU INI SEMUA PEMIMPIN UMNO YANG SEDIA ADA JULANG DAN CIUM TANGANNYA BILA BERSALAM SAMPAI KE PANGKAL LENGAN!!!!
Nostalgia, ceria dan bahagia... Rakaman gambar DSAI beberapa tahun sebelum dizalimi, difitnah, diaibkan dan dihumban ke dalam penjara.
Beliau tidak gentar, mengalah dan terus bangkit semula untuk rampas kembali takhta kuasa dari parti yang gila kuasa.
Pemimpin UMNO pecat tapi rakyat angkat!!!
Kuasa rakyat kuasa keramat...PRU 13 ini riwayat UMNO akan tamat.
PELIK TAPI BENAR!!!!... SPR TURUNKAN PAPAN TANDA DAP/PR DI PARLIMEN GELANG PATAH YANG AJAK RAKYAT KELUAR MENGUNDI !!!!
Mendapat khabar dan gambar bahawa pihak SPR dengan bantuan polis telah menurunkan papan tanda (bill board) yang mengajak rakyat keluar mengndi.
Kejadian yang agak anih dan pelik ini berlaku di Parlimen Gelang Patah, kawasan parlimen yang ditandingi Penasihat DAP atas tiket Pakatan Rakyat.
Agak musykil dan menghairankan.. Adakah papan tanda itu boleh mencetuskan suasana tidak harmoni serta mengancam kenteraman awam dan keselamatan negara?
Kalau dengan papan tanda ajak rakyat keluar mengundi ramai-ramai pun sudah menjadi satu masalah dan kesalahan....tiada apa nak di komenkan lagi.
Atau sememangnya wujud status pengundi hantu?....Kalau tidak berada-ada masakan tempua bersarang rendah.
Siapa makan cili padi berlebihan maka sudah pasti terasa pedas samapi terjelir lidah melecur... Itu kata orang tua zaman dulu kala lah....
UMNO WAJAR BIMBANG SEBAB JOHOR DAH NAK TUMBANG!!!!
Rangkuman gambar ceramah Pakatan Rakyat di sekitar Johor, negeri kelahiran UMNO.
Sambutan diberikan amat menggerunkan UMNO sekali, kerana Johor sudah dilihat bukan lagi negeri selamat dan paling kuat untuk UMNO.
Mood rakyat ialah Johor sebagai salah satu penyumbang besar kepada kejatuhan kerajaan korup UMNO/BN pimpinan Najib Razak diperingkat pusat.
Ramalan para pemimpin UMNO/BN yang UMNO/BN akan menang di Johor dengan penuh bergaya sudah tidak lagi boleh dipercaya.
Tidak mustahil dan menghairankan jika Pakatan Rakyat memerintah Johor jika mood rakyat ini diambil kira..
Ayuh!!! rakyat Johor bersama-sama dengan rakyat mau melakukan perubahan...PRU 13 ini adalah peluang terbaik...Peluang terbaik bukan datang selalu.
INI KALI LAH TUKAR.....JOM UBAH....SELAMATKAN MALAYSIA.
RUMAH CALON PAS PARLIMEN P088 TEMERLOH, USTAZ NASRUDIN HASSAN DIBALING DENGAN BUNGKUSAN BERISI DARAH DAN KEPALA AYAM SERTA NOTA UGUTAN!!!
Rumah penginapan calon P088, Ustaz Nasrudin Hassan di Taman Sri Semantan, Temerloh, Pahang telah dibaling dengan bungkusan berisi darah "babi"dan kepala ayam yang mengandungi nota ugutan.
Kejadian disedari oleh beberapa pembantu beliau yang berada di dalam rumah tersebut, pada jam 7 pagi.
Dijangka kerja terkutuk ini belaku sekitar jam 3-7 pagi.
Laporan polis akan dibuat sebentar lagi.
MOHON UMNO JANGAN DENGKI PULA....INI ADALAH REALITI BUKANNYA ILUSI...PAS DITERIMA DI MANA-MANA!!!!
Penerimaan PAS dari kalangan warga kita yang berada diluar negara terutamanya anak-anak muda dan pelajar cukup hebat dan memberangsangkan sekali... KENYATAAN BUKAN REKAAN.
Bukan saja warga Melayu/Islam menerima perjuangan PAS malahan disokong padu oleh yang bukan beragama Islam.
Itulah PAS for All... Pas untuk Semua...TAKBIR!!!!!
Wednesday, 1 May 2013
INI KALI LAH!!!!!!!... PEMANDANGAN DI SUTERA MALL, SKUDAI, JOHOR MENUNGGU KETIBAAN DSAI!!!!!
Macam mana Najib tak panik dan gelabah.....Sesiapa pun akan rasa gentar dan cuak apabila melihat pemandangan seperti ini di pihak parti lawan.
Pemandangan Ceramah anjuran PR sejak nak tiba PRU seperti ini sudah perkara lazim dan biasa.
Lagi dekat nak tarikh mengundi lagi mengila rakyat turun sokong ceramah PR.
Kehadiran puluhan ribu tanpa di angkut... tidak disediakan makanan dan minuman.. tidak di beri duit saku.. tiada Baju T percuma... sebaliknya terpaksa berjalan kai berkilo meter dan sampai ditempat ceramah kena keluar duit dari kocek sendiri untuk derma dana parti.
Inilah Kebangkitan Rakyat yang mau tekad melakukan perubahan.
GEMPAR!!!!... KALI PERTAMA UNTUK PRU 13, CERAMAH ANJURAN "MCA/BN" MENDAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA?????
Kalau sekali imbas dipandang memang orang percaya yang rakaman gambar ini adalah ceramah anjuran MCA/BN sebab kelihatan begitu banyak sekali poster BN pasang diatas.
Lagi pun yang hadir majoritinya kaum Tionghua.
Tetapi realitinya ialah ini sebenarnya ceramah anjuran PR di Sg Long Cheras malam ini.
Ceramah anjuran BN mana ada sambutan sebegini hebat..
INI KALILAH TUKAR.....JOM UBAH....SELAMATKAN MALAYSIA.
PARLIMEN P122 SEPUTEH SAH MILIK MCA/BN?????... CERAMAH ANJURAN DAP DI SERI SETIA, KUALA LUMPUR, MALAM INI, HAMBAR, LENGGANG DAN SUNYI SEPI...SEKITAR TAK SAMPAI 100 ORANG HADIR!!!!
Beginilah pemandangan ceramah DAP/PR malam ini di Seri Stia, K.L, Parlimen Seputeh.
Lihat sambutan yang diberikan oleh rakyat Seputeh...Masih MCA nak mengaku kepada dunia yang kaum Tionghua sudah beralih sokongan kepada MCA sepertimana yang dicanangkan oleh Presiden hebatnya, Chua Soi Lek?
Mohon MCA yang terus bermimpi syok sendiri tanpa mau menerima realiti yang MCA sudah tidak lagi relevan kepada masyarakat Tionghua dinegara ini.
MCA akan dikuburkan oleh kaum Tionghua pada PRU 13 kali ini.. Omak Kau cukup teramat yakin.
PERGH!!!!!... RIBUAN RAKYAT KAPAR, KLANG SAMBUT "EJEN SULU" DI KLANG UTAMA!!!!
LOKASI:- HADAPAN ECONSAVE TAMAN KLANG UTAMA, KLANG.
TARIKH/WAKTU:- 1hb Mei 2013/4.30 ptg
Cukup punya dahsyat sambutan diberikan oleh rakyat Parlimen P109 Kapar kepada "Ejen Sulu" DSAI petang tadi.
Inagatkan apabila dituduh pelbagai ejen dari yahudi, CIA, Cina dan terbaru ejen Sulu, rakyat akan menjauhkan diri dan boikot apa jua ceramah maupun program yang melibat DSAI....rupa-rupanya tidak beb!!!...lagi kuat dituduh ejen segala ejen lagi berbondong rakyat sokong dan dakap perjuangan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat walaupun dibawah matahari terik.
Nampaknya taktik UMNO nak pikat hati rakyat dengan serang DSAI dari pelbagai sudut tidak memberi sedikit pun kesan dan impak.
Sebelum beliau hadir bapa Saiful Bukhari Azlan lazim pula buat U-Turn kata betula DSAI liwat anaknya..Ingatkan cara pengakuan flip flop itu rakyat sudah pastilah naik meluat dan menyampah kepada DSAI...tapi tidak juga.
Agaknya sekarang UMNO/BN pimpinan Najib Razak sebagai Presiden dan Mahathir sebagai penasihat sudah pasti dah mati akal cara mana nak sekat DSAI dari menjadi PM ke-7 selepas 5hb Mei 2013 ini.
Hari yang bersejarah ini dihadiri sama calon PKR/PR Parlimen Kapar Sdr Manivannan Gowindasamy dan Ketua Gabang PKR Kapar Tuan Azizi Ayub.
Parlimen P109 Kapar, Ins'y Allah akan kekal ketangan Pakatan Rakyat jika diambil kira sambutan dan mood rakyat petang tadi.
INI KALILAH TUKAR.....JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA...PAS GANTI UMNO...PR GANTI BN.
NAJIB LANGSUNG TIDAK BERANI TUNJUK MUKA JEMPUTAN MB SELANGOR UNTUK BERDEBAT MANIFESTO PAKATAN RAKYAT LWN MANIFESTO AKU JANJI BN SELANGOR!!!!!
Seperti dijangkakan, Perdana Menteri sementara Malaysia Najib Razak yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN tak berani sahut cabaran MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim supaya datang berdebat dengan beliau di Pandamaran hari ini mengenai Manifesto Pakatan Rakyat Selangor lwn Aku Janji BN Selangor...Yang mana satu janji boleh ditunaikan yang mana janji sekadar janji.
Kalau dalam ceramah Najib di Klang baru-baru ini melemparkan cemuhan terhadap TS Khalid Ibrahim kononnya lari tengah malam tinggalkan DUN Ijok untuk bertanding ke DUN Pelabuhan Kelang sebab dikatakan ditolak rakyat Ijok, maka sudah semesti dan sewajarnya beliau sambut cabaran TS Khalid Ibrahim untuk berdebat untuk kasi lunyai lumat sama dia.
Tapi apa yang terjadi?...Bukannya Khalid Ibrahim lari tengah malam tapi Najib Razak lari lintang pukang mencicit samapi tak cukup tanah tak sempat nak tunggu malam.
Inilah rupa bentuk pemimpin UMNO kini... Cakap besar berdegar-degar didepan penyokong sendiri kononnya hebat dan tidak gentar dengan sesiapa pun tetapi apabila dipelawa berdebat bayang pun tak nampak menyorok dibelakang kata-kata "BERDEBAT BUKAN BUDAYA KITA"
Kalau debat bukan budaya kita mungkin Cakap besar berdegar-degar tetapi menikus adalah budaya UMNO!!!!!!
Sepatutnya para penyokong, pendokong, ahli dan pengikut UMNO berasa malu dan hampa kecewa dapat pemimpin berjawatan Presiden yang sepenakut begini...Betul-betul punya malu.
ISU DAKWAT KEKAL TIDAK KEKAL.....AKHIRNYA SPR AKUI AKAN KEBENARAN PAKATAN RAKYAT YANG DAKWAT KEKAL TIDAK KEKAL DAN MUDAH TANGGAL!!!!!
Kenyataan rasmi SPR mengenai dakwat kekal tidak kekal
KUALA LUMPUR: 1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima maklumat berlaku penyebaran gambar melalui laman sosial mengenai pendedahan oleh seorang pengundi awal bahawa dakwat kekal yang dicalit pada jarinya mudah hilang dengan membasuh jarinya. Gambar jari yang dakwat kekal itu telah hilang dimuat naik dan disebarkan melalui laman sosial. SPR juga telah menerima maklumat bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pemimpin parti politik berkaitan perkara itu.
2. SPR ingin memaklumkan bahawa SPR telah membuat beberapa kali ujian terhadap dakwat kekal itu sebelum ia dibekalkan untuk digunakan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Terbukti daripada ujian-ujian itu, dakwat itu kekal bagi tempoh 5 hingga 7 hari.
3. Berikutan dengan laporan polis itu, SPR telah berbincang dan mendapat maklum balas kemungkinan perkara itu berlaku disebabkan oleh kegagalan sebahagian daripada petugas SPR untuk mematuhi cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal. Sebaik selepas SPR menerima laporan polis dan maklum balas itu, suatu arahan telah dikeluarkan kepada semua petugas SPR untuk mematuhi cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal.
4. SPR juga telah membuat beberapa ujian menggunakan dakwat kekal pada 30 April 2013 terhadap pegawai-pegawai SPR yang telah mengundi secara pos. Sebahagian daripada mereka ini telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya tidak digoncang dan sebahagian yang lain pula telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya telah digoncang. Hasilnya, SPR mendapati jari mereka yang telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya telah digoncang lebih kekal dakwat itu di jari mereka dibandingkan dengan jari mereka yang dicalit menggunakan dakwat kekal yang botolnya tidak digoncang. Ujian ini dibuat berdasarkan kepada cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal.
5. Sebagai tambahan kepada perkara yang disebut terdahulu, SPR akan mengadakan suatu demonstrasi kepada wakil media pada 2 Mei 2013 untuk menunjukkan bahawa dakwat kekal ini jika dicalitkan pada jari pengundi mengikut cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal, dakwat tersebut akan lebih kekal di jari pengundi.
6. Walau apa pun kesan dakwat kekal itu, SPR ingin menegaskan bahawa setiap pengundi awal yang telah selesai mengundi pada 30 April 2013 tidak boleh mengundi sekali lagi pada hari pengundian biasa kerana nama mereka tidak wujud dalam daftar pemilih pilihan raya bagi pengundi biasa yang akan mengundi pada 5 Mei 2013.
7. Oleh itu SPR akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada 5 Mei 2013 ini selaras dengan kehendak undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
Sekian dan terima kasih.
Datuk Kamaruddin Mohamed Baria
Setiausaha
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
30 April 2013
JADI TUDUHAN PAKATAN RAKYAT BERASAS, SAHIH LAGI BENAR!!!!!!
ALI RUSTAM DI MALUKAN OLEH RAKYAT MELAKA!!!!.....LEPAS MAKAN ORANG RAMAI TERUS CABUT LARI!!!!
Rupa-rupanya rakyat Melaka datang ke ceramah anjuran UMNO/BN sekadar nak makan free jer... lepas makan akan terus cabut lari tinggalkan majlis.
Insiden ini berlaku menimpa juga keatas Ali Rustam apabila beliau dikatakan terlambat datang ke-satu tempat ceramah yang beliau di jadualkan memberikan ucapan di Taman Ozana Impian, Melaka malam tadi.
Ikut aturcara program beliau sepatutnya hadir jam 9.00 mlm namun setelah menunggu hampir 1 jam para hadirin yang kelaparan terus menjamu selera yang disediakan di bahagian belakang khemah.
Selesai saja makan, mereka terus angkat kaki balik kerumah.
Apabila Ali Rustam tiba lebih kurang 20 minit kemudiannya, khemah sudah hampir kosong..Beliau hanya berikan ucapan tak sampai pun 5 minit kerana sudah hilang semangat.
Sudah pasti dirinya terasa bahawa sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Melaka selama ini kepada dirinya dan kerajaan UMNO/BN adalah palsu belaka.
Masih nak mendabik dada kata Melaka adalah kubu terkuat UMNO?
KOLEKSI RAKAMAN GAMBAR CERAMAH PR BERSAMA DSAI, DI JALAN DATO' SIAMANG GAGAP SEREMBAN, YANG PASTI BUAT NAJIB DAN UMNO TERUS GAGAP!!!!!
Pergh!!!! Paling kurang 20,000 rakyat Seremban, Negeri Sembilan dari pelbagai kaum, tua dan muda telah turun berhimpun di Betaria Business Centre , Jalan Siamang Gagap Seremban, Negeri Sembilan, malam tadi 30hb April 2013.
Para penganjur memaklumkan bahawa pihaknya telah cuba nak menempah Padang MPS tetapi pihak Majlis Perbandaran Seremban enggan sewakan, begitu juga dengan Stadium Negeri Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban, pun tidak dibenarkan, maka tiada pilihan terpaksa juga cari tempat kosong yang berkedudukan dalam DUN Ampangan.
Punyalah sesak dan padat dilokasi ceramah sehingga melimpah kedua belah jalan.
Kenderaan terpaksa diletakkan 1km dari kedua arah...Laungan reformasi..Ini kalilah.. Ubah..lawan tetap lawan, sering dilaungan...Cukup meriah dan bersemangat sekali...Memperlihatkan kesungguhan rakyat Negeri Sembilan secara keseluruhannya mau melakukan perubahan...Mood perubahan cukup tebal dan pekat sekali.
Apa yang pasti perhimpunan malam tadi sudah cukup membuat Najib dan seluruh pimpinan UMNO/BN gusar dan tidak bermaya...HARI UMNO UNTUK MENJADI PEMBANGKANG SUDAH HAMPIR TIBA,
Subscribe to:
Posts (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam ditahan berkaitan kes rasuah, malam Rabu. N...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Beginilah pemandangan dan sambutan yang diberikan kepada parti yang dipimpin oleh individu-individu yang amanah, progresif, peduli, ink...


















































