Saturday, 30 August 2014

EDISI RAKYAT KENA AUTA HIDUP-HIDUP ... KERAJAAN UMNO PIMPINAN NAJIB MELABUR RM6 BILLION DENGAN SYARIKAT RUGI.



19HB FEBRUARI 2014 .. SYARIKAT penerbangan Malaysia Airlines (MAS) mencatatkan kerugian RM1.174 bilion sepanjang tahun lalu, iaitu hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kerugian RM433 juta dicatatkannya pada 2012.

Kerugian itu direkodkan di sebalik peningkatan pendapatan kasar sebanyak 36 peratus iaitu RM254 juta bagi tempoh 12 bulan berakhir 31 Disember 2013 berbanding RM187 juta pada akhir 2012.

"Bagaimanapun, pendapatan bersih selepas cukai merosot akibat penyusutan nilai lebih tinggi serta kerugian pertukaran mata wang asing," menurut MAS dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata, tahun lalu adalah tahun mencabar kerana persaingan sengit yang memberi kesan kepada perolehan.

"Fokus kami adalah untuk menambahkan hasil dan usaha ini menaikkan hasil syarikat sebanyak 11 peratus manakala trafik pula bertambah 27 peratus," katanya.

Menurutnya, dengan persaingan semakin sengit, MAS menjangkakan tekanan ke atas perolehan syarikat itu akan berterusan.

"Kami akan menambah usaha untuk mengurangkan kos dan menggunakan sumber kami dengan lebih baik. MAS kekal dengan komitmen kami untuk memberikan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi," katanya.

Bagi tahun kewangan 2013, syarikat itu mencatatkan perolehan RM15.1 bilion, naik 10 peratus berbanding RM13.8 bilion pada 2012.

Jumlah penumpang bagi kumpulan MAS pada 2013 turut meningkat sebanyak 28.5 peratus kepada 17.2 juta orang berbanding 2012.

Setakat akhir 2013, kumpulan MAS memiliki 148 pesawat, termasuk enam pesawat penumpang terbesar dunia, Airbus A380.



16HB MEI 2014 ... SENTIMEN
negatif terhadap MAS akibat kehilangan pesawat MH370, selain tekanan ke atas hasil dan prestasi kurang memuaskan aktiviti bukan teras menyebabkan syarikat penerbangan negara mencatatkan kerugian bersih RM443 juta bagi tiga bulan pertama berakhir 31 Mac 2014, berbanding kerugian RM279 juta bagi tempoh sama tahun lalu.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata, kebanyakan kos berkaitan MH370 akan ditanggung insurans tetapi operasi syarikat itu menjadi lembab untuk beberapa minggu sejak kehilangan MH370 pada awal Mac lalu.


MH370 ialah penerbangan MAS dari Kuala Lumpur ke Beijing, China yang hilang selepas berlepas pada 8 Mac lalu dan masih tidak ditemui sehingga kini.


Ahmad Jauhari berkata, kebiasaannya, pencapaian bagi separuh pertama dalam setiap tahun sentiasa lebih lemah berbanding separuh kedua kerana tempoh perjalanan yang sibuk pada cuti akhir tahun sebelum itu.


"Kerugian bersih bagi suku pertama ini bukan sesuatu yang tidak dijangka.


"Namun keputusannya lebih teruk kerana impak ke atas perjalanan udara secara amnya akibat kehilangan MH370. Keseluruhan pasaran bertindak balas dengan mengurangkan permintaan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.


Beliau berkata, aktiviti pemasaran MAS pada masa itu dihentikan sebagai menghormati keluarga penumpang pesawat Boeing 777 dalam perjalanan ke Beijing itu.


Menurut Ahmad Jauhari, sementara pencarian MH370 diteruskan sehingga kini, iaitu lebih dua bulan sejak kehilangannya, MAS perlu mempercepatkan usaha memperbaiki aliran perolehannya dan menguruskan kos yang semakin meningkat dengan lebih baik.


"Keperluan ini menjadi semakin penting untuk kelangsungan masa depan dan kemampanan MAS dalam pasaran yang tidak menunjukkan sebarang tanda untuk persaingan berkurang," katanya.


Beliau berkata, fokus utama kini ialah untuk kekal sebagai pemain industri relevan dalam pasaran penerbangan.


"Kami telah melalui dua tahun usaha untuk memperbaiki operasi. Masih ada banyak yang perlu dilakukan untuk menghadapi realiti perniagaan dan persaingan sebagai operasi yang dinamik.

"MH370 telah mengeluarkan (ciri-ciri) terbaik pasukan MAS untuk bersatu menghadapi krisis itu. Kami menggunakan semangat pasukan ini untuk berjuang bagi masa depan kami," katanya.

MAS memaklumkan, perolehan teras syarikat meningkat sebanyak lapan peratus bersandarkan peningkatan 19 peratus dalam kapasiti tetapi prestasi keseluruhan kumpulan itu terjejas akibat perolehan lemah kargo dan lain-lain.


"Kapasiti berlebihan industri dan struktur kos tidak menguntungkan menyebabkan pendapatan sebelum faedah, cukai, penyusutan dan pelunasan jatuh negatif RM101 juta berbanding RM30 juta tahun lalu," menurut MAS.

LAGI MAU BELIT MENIPU KA?????? ....


UTUSAN RUGI LAGI ... KALI INI RM11.05 JUTA UNTUK SUKU KEDUA BERAKHIR 30 JUN.



Utusan Melayu (Malaysia) Sdn Bhd telah mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM11.05 juta untuk suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, dari keuntungan bersih sebanyak RM1.92 juta tahun yang lalu, The Star hari ini melaporkan.

Laporan itu menyatakan bahawa pendapatan bagi syarikat penerbitan yang dikuasai Umno lebih rendah pada RM74.4 juta daripada RM96.1 juta pada tahun lepas.

Setengah tahun kerugian bersih Utusan Melayu ini meningkat kepada RM30.9 juta daripada RM6.9 juta tahun lepas manakala perolehan jatuh dari RM172.1 juta pada tahun 2013 kepada RM139.9 juta tahun ini.

Syarikat itu menyatakan bahawa pendapatan bagi segmen penerbitan, pengedaran dan pengiklanan jatuh sebanyak 22.5 peratus daripada RM20.6 million- yang membawa kerugian sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM23.6 juta berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM11.6 juta pada tahun lepas .

Syarikat itu juga merupakan penerbit akhbar-akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia dan Kosmo, mingguan Mingguan Malaysia, Kosmo Ahad, satu-bahasa Jawi mingguan dan majalah Wanita, Mastika, Hijab Fesyen, Ibu dan Anak, Insta, Saji, Infiniti, Harmoni, Al -Islam dan URTV.

Ia memberitahu Bursa Malaysia bahawa ia menjangka separuh kedua tahun ini akan kekal mencabar memandangkan persaingan yang semakin meningkat bahagian pasaran hasil pengiklanan.

"Bagaimanapun, kami akan terus dengan strategi peningkatan kandungan akhbar dan menawarkan pakej kreatif untuk iklan.

"Kami juga akan terus mengamalkan strategi menjimatkan kos berhemat dalam operasi perniagaan kami," kata Utusan Melayu dalam satu kenyataan.

Strategi termasuk pembekuan pengambilan baru kakitangan dan juga kos "pemantauan secara agresif" pentadbiran, pengeluaran dan kakitangan.

Friday, 29 August 2014

ADAKAH INI RAHSIA SHAHIDAN KASSIM MASIH KEKAL SEBAGAI MENTERI DALAM KABINET NAJIB?????


Macam mana tak kekal sebagai menteri kabinet walaupun sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan gred bangang bin bahalol.

Selain kalau bersalam kena cium tangan siot berbunyi .. tetapi bila dikritik hebat oleh mantan Perdana Menteri selama 22 tahun kena bangkit menjadi hulubalang dan keluarkan kenyataan ampu bodek menjulang walaupun kelihatan macam kenyataan gred bangang.

Yang penting mesti bodek melangit .. sama ada rakyat percaya atau muntah mendengar itu belakang kira.

Kepada para menteri kabinet yang lain .. jangan segan jangan malu kalau nak kekal lama jadi menteri ikutlah gaya dan contoh teladan Shahidan Kassim.


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan individu yang banyak membawa kejayaan kepada negara, namun Malaysia memerlukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang 'kapten' yang kuat dalam pentadbiran kerajaan.


Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, semua pihak sewajarnya menyokong kepimpinan Najib tanpa melaga-lagakan kedua-dua pemimpin tersebut.


"Kita kena sokong Najib, jangan buat 'kerja lebih-lebih' untuk melagakan Tun M dan Najib. Saya tak setuju dan saya menentang siapa yang melaga-lagakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno cawangan Ipoh Timur di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir menarik balik sokongan kepada Najib kerana mendakwa prestasinya lebih buruk daripada perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi..

1 Bodek Malaysia.

9 FOTO PEMANDANGAN JAMUAN RAMAH MESRA DAN HI-TEA ANJURAN PARLIMEN SHAH ALAM.


Antara tetamu yang hadir ialah Speaker DUN Selangor YB Hannah Yeoh, ADUN Kota Anggerik YB Dr Yaakob Sapari ,mantan Dato' Menteri Besar Selangor Tan Sri  Muhammad Taib dan Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad yang bertindak sebagai tuan rumah.

KEADILAN SELANGOR BERANG DENGAN KENYATAAN RAFIZI YANG DI ANGGAP ANGKUH DAN BONGKAK KERANA MERAGUI KESETIAAN DAN KEWIBAWAAN ADUN-ADUNNYA.



PKR Selangor mempersoalkan gesaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli supaya anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka di negeri itu membuat kenyataan terbuka menarik diri daripada sebarang pencalonan sebagai menteri.

Mengaku terkejut dengan kenyataan itu, ketua penerangannya Shuhaimi Shafiei berkata, gesaan Rafizi itu sebenarnya tidak perlu dan hanya “menghina” mereka dan PKR negeri.

“Saya berpandangan tidak perlu saya dan rakan-rakan ADUN diarah tarik diri kerana kami bukanlah orang yang dicalonkan sebagai MB.

“Cabaran beliau dilihat menghina kami, seolah olah kami tidak ada pendirian,” katanya yang juga ADUN Sri Muda.

Shuhaimi juga menegaskan tindakan semua ADUN PKR di Selangor sudah menandatangani akuan berkanun (SD) menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar, yang menurutnya sudah cukup untuk membuktikan sokongan.

Malah, katanya, timbalan presiden dan pengerusi PKR Selangor Azmin Ali , yang dicalonkan PAS sebelum ini, juga secara terbuka mengatakan mengikut keputusan parti dan menandatangani SD menyokong Azizah.

“Justeru itu tidak ada kewajaran cabaran Rafizi dan beliau tidak perlu mempertikaikan kesetiaan saya / kami kepada parti,” katanya lagi.

Rafizi yang baru sahaja dipilih sebagai naib presiden PKR hari ini mengucapkan tahniah kepada Ketua Angkatan Muda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad kerana menarik diri daripada pencalonan sebagai menteri besar yang dibuat Pemuda PAS.

Dalam masa yang sama, Rafizi turut menyeru ADUN PKR lain di Selangor supaya mengambil tindakan itu sebagai menghormati keputusan parti itu dan sebagai lambang kesetiaan.

'Angkuh dan bongkak'

Dalam kenyataannya hari ini, Shuhami juga mempersoalkan tindakan Rafizi sebagai naib presiden “mencabar” mereka di media dalam isu itu.

“Soalannya saya, siapa Rafizi yang hendak menyuruh saya membuat itu dan ini? Jika beliau mempunyai cadangan yang difikirkan baik, bawalah ke dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat untuk kita bincangkan dan membuat keputusan,” katanya.

Justeru, katanya, kenyataan Rafizi, termasuk “sebulan dua ini banyak merosakkan hubungan dalam Pakatan dan kini dia melebarkan lagi retak yang sedia ada dalam PKR”.

“Cara beliau memberikan gambaran bahawa hanya pendapat beliau seorang sahaja yang betul dan beliau sahaja yang layak memberikan pendapat,” kata Shuhaimi.

Beliau juga berkata, tiba masanya untuk Azizah sebagai presiden dan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur “cara melampau Rafizi” kerana banyak memberi persepsi yang tidak baik pada Pakatan.

“Amaran saya kepada Rafizi, hentikan segera sikap tergopoh-gapah beliau. Ia bakal menyerlahkan sikap sebenar seorang anak muda yang gelojoh dan mempunyai agenda peribadi dalam pelantikan menteri besar yang baru ini.

“Ia jelas mempamerkan sikap seorang yang angkuh dan bongkak,” katanya dengan nada keras.

Beliau juga menggesa tindak-tanduk itu dihentikan 'Wayang Langkah Kajang' sudah tamat dan Tan Sri Khalid Ibrahim juga mengalah.

“Berilah ruang kepada pihak istana melakukan tugas terakhir mengikut undang undang tubuh negeri dengan teratur,” katanya.

CARA KERAJAAN PUSAT NAK SELAMATKAN MAS IALAH DENGAN MEMBUANG SERAMAI 6,000 KAKITANGANNYA TAPI MASIH KEKALKAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF NYA.



Syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) akan mengurangkan 6,000 (30%) daripada 20,000 pekerja kepada 14,000 dan akan memindahkan ibu pejabat dan operasi utama ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di bawah pelan pemulihan syarikat itu, kata Khazanah Nasional Berhad.

Khazanah sebagai pemegang saham terbesarnya hari ini mengumumkan pengurangan pekerja besar-besaran dilakukan selepas MAS kerugian sekurang-kurangnya RM3 juta sehari bagi separuh pertama tahun kewangan semasa.

Kerugian semakin bertambah selepas syarikat itu berdepan dua tragedi besar, kehilangan Penerbangan MH370 pada Mac lalu dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai.

Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar menggariskan 12 perkara bagi membolehkan MAS mencatatkan semula keuntungan dan memulihkan syarikat penerbangan negara itu.

Antara 12 perkara yang disenaraikan dalam pelan penstrukturan semula MAS juga melibatkan rombakan menyeluruh MAS, yang akan membolehkan syarikat penerbangan itu mencapai keuntungan mampan dalam tempoh 3 tahun daripada penyahsenaraian daripada Bursa Malaysia, menjelang akhir 2017.

Azman berkata, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya akan terus berkhidmat setahun lagi sehingga Julai, 2015.

BEKAS AHLI MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (MPSJ) DI PENJARA 3 TAHUN DAN DENDA RM100,000 KERANA BERSALAH DUA PERTUDUHAN SALAH GUNA KUASA DAN MEMALSUKAN DOKUMEN.



Bekas Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dipenjara 3 tahun dan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini  selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan salah guna kuasa dan memalsukan dokumen, empat tahun lalu.

Hakim M Bakri Abdul Majid membuat keputusan tersebut terhadap Hamdan Ismail, 51, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan pada akhir kes.

Menurutnya, keterangan tertuduh dalam kes pembelaan adalah bersifat penafian semata-mata.

"Mahkamah juga bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa dua saksi pembelaan yang hadir memberi keterangan hanyalah untuk menyangkal tuduhan," katanya.

Hamdan pada ketika itu merupakan Ahli Majlis MPSJ Zon 19, didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan kelulusan bagi syarikat milik anaknya, Yuwafee Heidi, iaitu Alam Muhibbah Enterprise untuk melaksanakan kerja membina bonggol di Jalan LEP 6 dan Jalan PP1 serta baik pulih jalan di sekitar Taman Equine, Seri Kembangan pada harga RM19,790.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat MPSJ, Subang Jaya pada Februari 2010.

Bagi kesalahan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM100,000.

Sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut, penjara setahun akan dikenakan ke atasnya.

Hamdan turut didakwa atas tuduhan menggunakan dokumen Minit Mesyuarat Jawatankuasa Penduduk MPSJ Zon 19 bertarikh 3 Disember 2009 yang palsu sebagai tulen.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Bahagian Khidmat Komuniti Kompleks 3C, MPSJ, pada 3 Disember 2010.

Bapa kepada lima anak itu dijatuhi hukuman setahun bagi kesalahan tersebut dan kedua-dua hukuman penjara berjalan serentak.

Pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Sukri Seman mengikut mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Peguam, Ahmad Nizam Hamid yang mewakili tertuduh memohon penangguhan perlaksanaan hukuman atas alasan akan memfailkan rayuan di mahkamah tinggi terhadap keputusan itu.

M Bakri membenarkan penangguhan perlaksanaan hukuman dengan syarat wang jaminan dinaikkan kepada RM15,000.

Mahkamah juga mengarahkan notis rayuan tersebut difailkan sebelum 2 September selain pasport diserahkan.

INILAH WANITA BERUMUR 50AN YANG BERJAYA MEMBUNUH SEEKOR HARIMAU BINTANG DENGAN HANYA MENGGUNAKAN SEBILAH SABIT.



Seorang wanita berusia 54 tahun membunuh seekor harimau bintang dengan hanya mengguna peralatan kebun selepas haiwan itu menyerangnya ketika dia dalam perjalanan pulang dari ladang.

Kamla Devi yang cedera selepas bertarung selama kira-kira sejam dengan haiwan itu berhampiran kampungnya di daerah Rudraprayag, Uttarakhand Ahad lalu, kini dirawat di hospital.

Ibu satu anak itu hanya mengguna sabit dan penyodok kecil untuk melawan harimau bintang berkenaan sebelum berjalan kira-kira setengah kilometer untuk mendapatkan bantuan.

Dia mengalami luka yang dalam dan patah di tiga bahagian tubuhnya serta kehilangan banyak darah sebelum tiba di hospital.

Haiwan itu kemudiannya ditemui mati berhampiran kampungnya, Koti Bodna.

Pakar hidupan liar, Lakhpat Rawal berkata, dia terkejut dengan masa bertarung yang begitu lama.

“Harimau bintang biasanya akan berundur jika mendapati mangsanya kuat. Biasanya, serangan itu hanya mengambil masa tidak lebih 10 minit.

“Mungkin harimau bintang itu terlalu tua atau terlalu muda dan tidak berpengalaman.

“Mungkin juga haiwan itu terdorong untuk terus menyerang dengan harapan untuk membunuh wanita itu selepas melihat terlalu banyak kecederaan pada tubuh mangsa,” katanya.

Kamla yang kematian suami 30 tahun lalu bagaimanapun memberitahu media tempatan, dia masih ingat keseluruhan kejadian dan tempoh masa ia berlaku.

Kakitangan perubatan berkata, walaupun keadaan wanita itu stabil, dia terpaksa menjalani lebih 100 jahitan memandangkan luka yang dalam pada kepala dan kakinya.

Dia juga dirawat kerana patah tulang tangan kanan dan kiri.

PEMUDA UMNO, PERKASA, PEKIDA, ISMA  DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA ... ADA BERANI LAKUKAN SERUPA WANITA INIKAH?????

3 FOTO ... JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK (JSJN) BERJAYA MENANGKAP KELDAI DADAH FILIPINA DI KLIA.



KELDAI DADAH FILIPINA KANDAS DI KLIA

Kuala Lumpur, 29 Ogos – Seorang wanita warga Filipina ditahan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam berikutan maklumat jenayah penyeludupan yang diterima oleh pihak polis.


Wanita terbabit ditahan kira-kira jam 7.35 pagi selepas menyembunyikan lima bungkusan plastik mengandungi ketulan kristal disyaki syabu seberat 3.1 kilogram bernilai RM620,000 di dalam bagasinya.


Nilai pasaran rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM620,000 dan suspek kini direman selama tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Kejayaan tangkapan ini adalah hasil kerjasama perkongsian maklumat di antara Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan pihak Office of the Narcotics Control Board (ONCB) Thailand.

SPR TELAH MENETAPKAN 25HB SEPTEMBER 2014 BAGI TARIKH PAKATAN RAKYAT MENGUBURKAN UMNO/BN DI PRK N01 PENGKALAN KUBUR.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 September depan sebagai hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor, manakala 25 September pula sebagai hari pengundian.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hari penamaan calon untuk PRK itu ditetapkan pada 13 Sept sementara pengundian awal pada 21 Sept.
  
Daftar pemilih untuk PRK itu ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku pertama tahun 2014 dan dikemas kini sehingga 20 Ogos 2014.
  
"Sebanyak 11 buah sekolah digunakan untuk pusat pengundian dengan 46 saluran mengundi. Sebanyak 422 petugas akan dilantik untuk PRK kali ini," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung pilihan raya kecil DUN itu di Putrajaya hari ini.
  
PRK untuk DUN Pengkalan Kubor diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Noor Zahadi Omar pada 20 Ogos lepas, akibat kanser hati.
  
Pada pilihan raya umum tahun lepas, Noor Zahidi yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan undi sebanyak 10,174  mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim (8,438 undi) dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary (65 undi).

Abdul Aziz berkata daftar pemilih di kawasan berkenaan mengandungi 24,039 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 23,929 pemilih biasa, 109 pemilih awal dan seorang pengundi tidak hadir luar negara (PTH) dan daftar pemilih itu akan mula dijual pada 8 September ini.
  
"Kawasan itu mempunyai 12,462 (51.84 peratus) pengundi lelaki, wanita 11,577 (48.16 peratus), pengundi berdaftar paling ramai ialah kategori umur 30 hingga 39 tahun iaitu 5,744 (23.89 peratus)," katanya.

Dakwat kekal
    

Sementara itu SPR katanya menetapkan tarikh tutup permohonan undi pos dalam negara ialah pada 15 September dan untuk luar negara pada 13 September.
  
Beliau berkata pusat penamaan calon pula akan diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, penjumlahan rasmi undi di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa Tumpat, Kelantan sementara pusat pengundian awal di Dewan Delima Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.
  
"Kos perbelanjaan pilihan raya kali ini sebanyak RM696,750 dan tiga pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya akan diwujudkan," katanya.

Semakan daftar pemilih boleh dibuat dengan melayari laman web www.spr.gov.my dan melalui SMS dengan menaip SPR<jarak>SEMAK<jarak>NO KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888 mulai 8 Sept atau menghubungi talian 03-88856565 atau 09-7482510.
    

Pada sesi soal jawab kemudian Abdul Aziz berkata seperti PRK sebelum ini, dakwat kekal akan digunakan.
  
Mengenai jangkaan jumlah pengundi yang akan keluar mengundi, beliau berkata mungkin jumlahnya tidak kurang daripada 70 peratus memandangkan pada pilihan raya umum ke-13 jumlah keluar mengundi ialah 79 peratus.
  
Ditanya kemungkinan berlakunya banjir semasa proses pilihan raya pula SPR bersedia menghadapinya kerana sebelum ini pernah ada pengalaman berdepan situasi berkenaan semasa pilihan raya kecil Tenang di Johor, katanya.

EDISI KATA DULANG PAKU SERPIH .. KATA KAT NAJIB ANAK SENDIRI LAGI LEBIH.


Bukan berniat dan bertujuan nak pertahankan Najib tetapi sekadar nak dedahkan sifat kuman seberang lautan nampak .. ikan paus tersangkut dikelopak mata langsung buta buat-buat tak nampak.

Kalau nak bersuara dan memberikan pandangan atas kapisiti bekas negarawan untuk beri nasihat amat-amat dialukan ... malahan apa yang diperkatakan ini memang benar, tepat lagi sahih, tetapi kena nasihat anak kandung sendiri dulu agar boleh dijadikan contoh teladan untuk di ikuti dan barulah rakyat percayai apa yang terhambur dari mulut itu gred ikhlas bukannya sekadar mengkritik.

Kritik pedas Najib boros . yang anak sendiri sebagai MB Kedah buat ubah suai rumah dan tanam pokok kurma sebagai bahan landskap sampai RM4.3juta apa ceritanya????


(SINAR HARIAN) ...
Kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaannya bagi membantu menurunkan defisit negara.as Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan penjimatan itu barulah kerajaan mampu menampung pemberian subsidi yang tinggi.

"Seperti yang kita tahu sekarang, negara kini mengalami defisit. Kita pinjam terlalu banyak wang.

“Kalau kita tak pinjam wang, itu lebih baik. Jika boleh, kurangkan perbelanjaan kerajaan (kerana) subsidi kita sangat tinggi,” katanya dalam sidang media Cabaran Lumba Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi 2013, di sini, semalam.



EDISI JANJI DICAPATI .. CIRI-CIRI SEORANG MUNAFIK TULEN

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) .


Thursday, 28 August 2014

PATUTLAH HASAN MALEK MASIH KEKAL MENJADI MENTERI KABINET?????



Walau pun sudah diketahui umum betapa Hasan Malek adalah antara menteri kabinet Najib Razak yang paling tidak popular dikalangan rakyat kerana kata-kata lawak yang menyakitkan hati rakyat dianggap semacam cuba nak perbodohkan rakyat ... jangan katakan penyokong Pakatan Rakyat meluat dengan beliau malahan para penyokong totok UMNO pun menyampah gila sampai gelar dirinya Menteri Ayam.

Baru-baru ini riuh rendah radio karat akan berlaku rombakan dan pemecatan beberapa menteri kabinet dan nama yang paling atas untuk dipecat ialah Hasan Malek ... Tup tup akhirnya beliau masih kekal kukuh berdiri tegak  sebagai menteri lagi.

Apakah rahsia sehingga Najib begitu sayang kan beliau ... kalau ikut kepada KPI penilaian rakyat dari 10 mata dia sekadar dapat 1.5 sahaja... tetapi mengapa masih dikekalkan???

Adakah disebabkan gambar-gambar diatas dan paling terbaru di Padang Sumatra, Indonesia ketika menyambut Rosmah Mansor untuk menerima darjah tertinggi Minangkabau?????

INILAH 3 FOTO PEROMPAK BERMISAI PALSU YANG DI TEMBAK MATI OLEH PENGAWAL KESELAMATAN KETIKA CUBA MEROMPAK BANK.



Seorang pengawal keselamatan menembak mati seorang lelaki yang cuba merompak sebuah bank di Jalan Sungai Dua di sini, hari ini.

Lelaki berusia 30-an itu dipercayai daripada kumpulan sama yang melarikan sejumlah RM60,000 dari bank sama pada 29 Mei lepas, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan.

Dalam kejadian rompakan sebelum ini, pengawal keselamatan yang sama tergelincir dan terjatuh akibat lantai licin ketika mengejar perompak bank itu.

Thaiveegan berkata, dalam kejadian pada 11.17 pagi ini, lelaki terbabit dilihat memasuki premis itu berseorangan dan mencurah petrol di hadapan kaunter sebelum menjerit mahu merompak bank itu.

"Belum sempat lelaki itu berbuat apa-apa, pengawal keselamatan yang berada di belakang kaunter melepaskan dua das tembakan pada badan suspek," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, lelaki itu didapati membawa sebilah parang yang diselit pada pinggang selain memakai misai palsu.

Thaiveegan berkata polis turut menemui sebuah kereta Proton Saga dipercayai digunakan suspek diletakkan di pinggir jalan berhampiran bank itu.

"Polis tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai rakan-rakan lain yang menunggu di luar dan sedang meneliti rakaman CCTV (kamera litar tertutup) untuk siasatan lanjut," katanya.

Thaiveegan turut memuji pengawal keselamatan berusia 29 tahun itu kerana cekap bertindak tanpa menjejaskan keselamatan enam hingga tujuh pelanggan yang berada dalam bank berkenaan.

SEORANG AJK UMNO BAHAGIAN KENA SERANG HENDAP OLEH RAKAN SEPARTI SAMPAI MASUK HOSPITAL????




"Aku dpt tahu seorang ahli jawantankuasa UMNO Bhg yg juga kwn aku telah di serang hendap..aku tahu beliau agar celupar mulutnya dlm politik tapi itu bukan cara n budaya kite hanya krn berbeza pandangan politik sesame kite ..ini sesuatu yg amat menyedihkan..kite berperang sesame sendiri dan menghalalkan kekerasan sbg kata pemutus ..huhus .."

Dahsyat sampai main pukul curi sebab berbeza pendapat ... Itu sesama menganut parti yang sama .. kalau parti lain .. tidak dapat nak bayangkan apa yang bakal terjadi.

Kalau begitu yang menyerang AJK ini sudah pun dikenal pasti siapa suspeknya... harap-harap pihak berwajib bertindak cepat sebab budaya politik samseng tidak boleh dibiarkan subur membiak dinegara kita walaupun UMNO memang terkenal seantaro dunia mengamal politik samseng.

MAHATHIR LAWAN NAJIB ... 160 KETUA UMNO BAHAGIAN AKAN BERKUMPUL LUAHKAN SOKONGAN PADU KEPADA NAJIB RAZAK.



Kira-kira 160 ketua Umno bahagian dijangka berkumpul di Putrajaya hari ini bagi menunjukkan sokongan kepada kepimpinan presiden parti Datuk Seri Najib Razak, satu langkah yang dilihat sebagai mencerminkan serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap perdana menteri tidak mendapat sokongan dari dalam parti.

Difahamkan pihak penganjur cuba mendapatkan semua 193 ketua Umno bahagian hadir memberikan sokongan kepada Najib, yang mula mengambil alih jawatan tertinggi Umno itu pada 2009 daripada pengganti Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Kita dijemput untuk menunjukkan sokongan. Saya fikir sekurang-kurangnya 160 akan hadir," kata seorang 'panglima perang' Umno.

Sumber lain berkata, langkah itu bertujuan memencilkan Dr Mahathir dan kritikan yang dibuatnya melalui blog pada 18 Ogos terhadap Najib, yang dilaporkan secara meluas dalam portal berita tetapi tidak disiarkan media arus perdana.

Seorang sumber Umno berkata, beberapa pemimpin Umno memberi maklum balas terhadap kritikan Dr Mahathir walaupun dalam cara berdiplomasi kerana mereka ingat bagaimana serangan beliau terhadap Abdullah sehingga membawa kepada peletakan jawatannya pada 2009.

“Umno bersikap hati-hati dengan Dr Mahathir tetapi ketua bahagian ingin memberitahu mereka gembira dengan Najib,” katanya.

Dalam blognya, Dr Mahathir menyelar pentadbiran Najib dan mengumumkan menarik balik sokongan kepada beliau kerana kesal tegurannya tidak diendahkan.

"Saya cuba menyampaikan pendapat saya secara langsung kepada Datuk Seri Najib.

"Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur," tulis Dr Mahathir di blognya ‎chedet.cc.

Dr Mahathir turut berkata prestasi Najib lebih buruk daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dr Mahathir berkata beliau berharap Najib mengambil pengajaran daripada pencapaiannya yang teruk dalam pilihan raya umum lalu tetapi nampaknya beliau tidak berbuat demikian.

Umno menang 9 lagi kerusi persekutuan tetapi gabungan Barisan Nasional hilang 7 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Gabungan itu kemudian memperolehi satu lagi kerusi menerusi pilihan raya kecil.

Menurut Dr Mahathir, banyak dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib "merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara".

Katanya, kelemahan Najib bermula apabila beliau melayan tuntutan musuh dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 2011 serta Akta Buang Negeri, yang memberi kuasa kepada kerajaan menahan sesiapa disyaki terlibat jenayah tanpa proses mahkamah.

"Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau Datuk Seri Abdullah dan difitnah ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.

"Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya," kata Dr Mahathir.

NANTI KITA TENGOK ... SIAPA YANG KENAAAAAA.

DSAI TARIK BALIK SAMAN FITNAH RM100 JUTA TERHADAP PENGERUSI SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (SPAD) TAN SRI SYED HAMID ALBAR TANPA KOS.



Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim menarik balik saman fitnah RM100 juta terhadap Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar tanpa kos, selepas defendan meminta maaf berhubung satu artikel di mana Anwar didakwa sebagai pengkhianat.

"Kami berjaya selesaikan secara baik, walaupun ia dalam kamar. Tan Sri Syed Hamid berkata beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan saya, dan tidak menganggap artikel itu sebagai tepat.

"Oleh kerana kekeliruan ini, beliau memohon maaf, dan saya menerimanya secara positif. Saya menarik balik saman saya kerana beliau memohon maaf, kerana beliau tidak berniat demikian," kata Anwar kepada  pemberita di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.

Anwar memfailkan saman itu pada 29 Ogos 2008, dan menamakan Syed Hamid dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

3 FOTO ... EDISI KEMBANG TEKAK ... PROSES MEMBUAT PUTU MAYAM YANG MENJIJIKKAN.


Omak Kau dapat kiriman gambar menyatakan bahawa suatu PREMIS membuat putu mayam yang meloya dan amat menjijikkan sekali.

Tengoklah sendiri .. dengan lantai kotor dan pekerja tanpa pakai baju .. aduh!!! naik kembang tekak.


KES RASUAH KHIR TOYO PERINGKAT RAYUAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN DITANGGUHKAN UNTUK KALI KETIGA.



Rayuan peringkat akhir Dr Mohd Khir Toyo terhadap hukuman 12 bulan penjara kerana sabitan rasuah, telah ditangguhkan sekali lagi kepada 6 November selepas bekas menteri besar Selangor itu tidak hadir di mahkaman kerana dimasukkan ke hospital malam tadi.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah  berkata Khir dimasukkan ke Hospital Pakar DEMC Shah Alam sekitar jam 9 hingga 10 malam tadi kerana migrain yang teruk akibat sakit tulang belakang dikenali sebagai cervical spondylosis.

"Beliau telah mengalami sakit kepala dan migrain sejak dua minggu lalu.

"Malam tadi beliau mengalami migrain yang teruk.

"Beliau tak boleh berjalan. Harapnya itu sahajalah (sakit beliau)," katanya di dalam mahkamah pagi tadi.

Wakil Jabatan Peguam Negara sedikit pun tidak membantah permohonan penangguhan dari peguam Muhammad Shafee Abdullah.

EDISI BILA ANAK MURID TERLAMPAU CERDIK!!!



Omak Kau mendapat kiriman gambar seperti diatas ... bukan nak kata apa .. jika apa yang ditulis oleh seorang anak murid ini benar maka jelas yang tragedi MH370 cukup memberi impak dan kesan yang amat mendalam dalam sanubari rakyat kita.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...