Friday, 3 October 2014
ORANG RAMAI DILARANG BERHIMPUN ESOK DEMI MENGELAKKAN SEBARANG INSIDEN TIDAK DIINGINI GESA KETUA POLIS KUALA LUMPUR.
Polis menggesa orang ramai supaya tidak berhimpun bagi membantah kenaikan harga minyak. Difahamkan, protes besar-besaran tersebut akan dijalankan di Dataran Merdeka pada jam 4 petang, Sabtu ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata, beliau menegaskan orang ramai supaya tidak berhimpun bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.
Menurutnya, ini merupakan satu kesalahan dan akan didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman.
“Secara tidak langsung ia mampu mengganggu ketenteraman awam selain mencemarkan imej negara. Sehingga hari ini, kita belum menerima sebarang permohonan daripada pihak penganjur. Juga, masih tiada laporan diterima membabitkan perhimpunan tersebut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata pihak polis akan memperketatkan kawalan di kawasan berkenaan bagi memastikan tiada sebarang perhimpunan melibatkan orang ramai diadakan.
“Saya nasihatkan orang ramai agar jangan sertai perhimpunan ini bagi mengelak dikenakan tindakan tegas dan kita juga pantau perkara ini dari masa ke semasa,”katanya semalam.
ENAM WAKIL RAKYAT PKR DI KETUAI RAFIZI RAMLI AKAN KE AUSTRALIA UNTUK "MENGHASUT" PARA PELAJAR, AHLI AKADEMIK DAN PEGAWAI KERAJAAN AUSTRALIA TENTANG AKTA HASUTAN 1948.
Enam Wakil Rakyat PKR akan membawa bantahan mereka terhadap siri tangkapan mengikut Akta Hasutan Putrajaya ke lima bandar di Australia bulan ini, ketika kerajaan kedua-dua negara menjalin hubungan erat ekoran dua tragedi berkaitan pesawat Malaysia Airlines (MAS).
Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli akan mengetuai pasukan ke Melbourne, Canberra, Adelaide, Perth dan Sydney dari 17 hingga 23 Oktober.
"Sebahagian daripada perjalanan kami adalah untuk mengetengahkan tindakan keras akta ini dan memaklumkan kepada mereka tentang ekonomi Malaysia," Rafizi berkata.
Delegasinya termasuk Darell Leiking yang juga ahli Parlimen Penampang, Sim Tze Tzin (Bayan Baru) dan Wong Chen (Kelana Jaya) dan dua Adun – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad Selangor dan Adun Semambu Pahang Lee Chean Chung.
Mereka akan bertemu pelajar Malaysia, ahli akademik, pegawai kerajaan Australia dan ahli Parlimen, termasuk Senator Bebas Nick Xenophon, yang merupakan rakan rapat Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia dan Australia bekerjasama secara rapat sejak kehilangan MH370 pada Mac, dengan Australia kini mengetuai pencarian antarabangsa di Selatan Lautan Hindi. Terdapat enam warga Australia dalam penerbangan itu.
PANDANGAN MENGENAI ISU PENUTUPAN AKAUN SMUE PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK DAN DUN PELABUHAN KLANG YANG BERCANGGAH PENDAPAT DARI 2 BEKAS SETIAUSAHA POLITIK TSKI.
Bermula dengan sehelai surat bertarikh 25hb September 2014 dari Bendahari Negeri Selangor kepada Pengurus Cawangan AmBank Klang mengenai PENUTUPAN AKAUN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) BAGI AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK DAN DUN PELABUHAN KLANG , maka berlaku ribut kononnya terdapat percanggahan dalam tindak tanduk yang dilakukan.
Satu pihak menyalahkan Dato' Menteri Besar Selangor yang baharu dan satu pihak lagi menyatakan MB Selangor tidak terlibat tetapi arahan bulat-bulat dari Bendahari Negeri Selangor.
Kedua-duanya adalah bekas Setiausaha Politik bekas MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bekas Setiausaha Politik kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, merangkap Ketua KeADILan Cabang Bandar Tun Razak, Azman Bidin berkata akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi Parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang dibekukan kerana Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bukan lagi ahli parti PKR.
Menyanggah dakwaan Pegawai Khas kepada Adun Pelabuhan Klang, Faekah Hussin, Azman, yang juga Ketua Cabang PKR Bandar Tun Razak, menjelaskan akaun bank program bantu rakyat itu hanya boleh diurus Adun dan Penyelaras DUN Pakatan Rakyat.
“Bendahari Kerajaan Negeri telah memaklumkan kepada wakil dari Parlimen Bandar Tun Razak bahawa memandangkan Tan Sri Khalid kini adalah Ahli Parlimen Bebas dan bukan dari Pakatan Rakyat maka beliau tidak layak memegang peruntukan Skim Mesra Usia Emas lagi,” jelas Azman dalam satu kenyataan kepada Selangor Kini.
“Peruntukan ini akan disalurkan melalui DUN Angkat yang akan dilantik oleh Kerajaan Negeri. DUN Angkat ini akan memegang peruntukan ini bagi Parlimen Bandar Tun Razak dan bagi DUN Pelabuhan Klang peruntukan akan disereahkan kepada Penyelaras DUN yang akan dilantik oleh Menteri Besar dalam masa terdekat.”
Pada kenyataan media 30hb September, Faekah berkata Bendahari Negeri Selangor diarah membekukan akaun berkenaan pada 25 September lalu, selepas penukaran teraju pentadbiran negeri.
Pegawai Khas ADUN Pelabuhan Klang Faekah Hussin menganggap pentadbiran Menteri Besar Selangor Azmin Ali memulakan "langkah sumbang" apabila mendakwa kerajaan negeri mengarahkan bank membekukan akaun bantuan negeri kepada kawasan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Faekah mendakwa Azmin mengarahkan Bendahari Negeri Selangor meminta bank membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang pada 25 September lalu.
"Nampaknya Menteri Besar baru mahu menghukum bukan sahaja Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak.
"YAB Azmin Ali memulakan karier dengan langkah sumbang dan akan menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin negeri," kata Faekah yang juga bekas ketua pegawai eksekutif MBI.
Dalam kenyataannya Faekah menganggap tindakan itu sebagai "tindakan keras dan politik dendam" kepada Khalid yang berkhidmat kepada rakyat, parti dan Pakatan Rakyat sebelum ini.
"Tindakan keras sebegini tidak pula dilakukan kepada Umno tetapi kepada rakan sekutu yang telah sama-sama berjuang untuk rakyat dan amat menyedihkan tindakan ini dilakukan terhadap bekas menteri besar yang selama ini bertungkus lumus memperkasa program-program kebajikan rakyat di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
"Ternyata segala jasa-jasa Tan Sri Khalid selama lebih enam tahun menerajui Selangor dilupakan begitu sahaja kerana politik dendam yang disemai oleh menteri besar baru," katanya.
SMUE diperkenalkan oleh pentadbiran Khalid pada 2008 sebagai bantuan dan khairat kematian kepada keluarga warga tua yang meninggal dunia bertujuan mengurangkan beban kewangan keluarga.
Ia terbuka kepada semua warga Selangor atau rakyat yang lahir di Selangor termasuk Kuala Lumpur sebelum dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1974.
Tahun lalu skim itu diluaskan pula kepada program 'Jom Shopping' memberi belanja RM 100 kepada warga tua sekitar Selangor.
Sehingga kini lebih RM 11 juta telah diberikan di bawah SMUE.
Rumusan Omak Kau:-
1) Surat jelas bukan dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Selangor tetapi pejabat Bendahari Negeri Selangor .. Persoalannya jika bukan arahan datang dari pejabat MB Selangor adakah pejabat Bendahari Selangor begitu pantas akan mengeluarkan surat berkenaan?
2) Walaupun kedua-dua mereka ini bekas Setiausaha Politik kepada TSKI, seorang masih berada dalam PKR menjawat jawatan Ketua Cabang Bandar Tun Razak sedangkan seorang lagi telah keluar parti .. sudah pasti nada penjelasan agak berbeza ... seorang berkata dengan bahasa berlapik dan beralas sedangkan seorang lagi berterus terang tanpa berselindung dengan tidak ada rasa takut dan gentar.
3) Pokok utama penjelasan kedua mereka ialah memang wujud PENUTUPAN AKAUN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) BAGI AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK DAN DUN PELABUHAN KLANG .... persoalannya apakah ianya perlu dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa ketika kemelut politik Selangor baru nak merasai reda sedikit?
4) Dalam mempraktikkan budaya politik baharu yang cuba lari dari amalan politik purba UMNO sekian lama ialah dari segi peruntukkan tetap disalurkan terus kepada wakil-wakil rakyat waima dari parti mana pun mereka ... dengan mewujudkan suatu jawatan DUN angkat untuk menyelaraskan DUN yang bukan kepunyaan PR tidak ada bezanya apabila PR menyelar UMNO/BN mewujudkan jawatan JKKP untuk saingi JKKK sebagai tempat menyalurkan dana.
5) Ketelusan dan keadilan bukan sahaja inya mesti dilaksanakan tetapi ianya lebih penting dilihat dari kaca mata hati ianya dilaksanakan.
6) Jangan anggap dan pandang isu ini remeh dan kecil sebab persepsi rakyat tentang tatakelola urus tadbir negeri Selangor dibawah Menteri Besar baharu perlu dipandang serius dan diambil berat. Silap urus persepsi alamatnya, inilah kali terakhir PR memegang tampuk pemerintahan Selangor... Menang sorak kampong tergadai. .. Ingat!!! . Rakyat sentiasa memantau dan membuat penilaian.
Thursday, 2 October 2014
4 FOTO PENCURI LORI BERJAYA DITANGKAP OLEH ORANG RAMAI SETELAH BERLAKU KEJAR MENGEJAR DAN DIBELASAH TERUK SEBELUM DI SERAHKAN KEPADA PIHAK POLIS..
Kejadian kecurian berlaku petang tadi jam lebih kurang 4.15ptg di Manir, tetapi berjaya ditangkap di Gong Badak, Kuala Terengganu setelah lori yang dipandu pencuri terbabas.
Tapi Omak Kau rasanya tidak berapa setuju dan sokong tindakan membelasah sipencuri sampai separuh mati sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Mencuri memanglah salah, tetapi setelah berjaya dicekup serahkan sahaja kepihak berwajib polis untuk tindakan selanjutnya.
Banyak sudah terjadi dalam keghairahan sebab dirasuk perasaan geram dan marah menyebabkan sipencuri mati kena belasah sedangkan kesalahan yang dilakukan bukannya kesalahan yang dibawa hukuman mati pun.
Akhirnya sipemukul juga kena heret ke mahkamah atas kesalahan membunuh... Negara kita ada undang-undang dan janganlah ambil tindakan undang-undang ditangan sendiri.
Boleh melakukan kekerasan jika diri kita dalam bahaya untuk mempertahankan diri .. kalau pencuri itu tidak melawan tiada sebab untuk kita terus memukulnya.
MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT ... HARGA PETROL RON95 DAN DIESEL DINAIKKAN 20 SEN SELITER UNTUK PERBETULKAN CARA KERAJAAN UMNO/BN PIMPINAN NAJIB RAZAK BERSEDEKAH KATA PUTERI UMNO MALAYSIA.
"WAJARKAH KERAJAAN DIBELASAH KERANA MEMBETULKAN CARA MEREKA BERSEDEKAH"
Coretan ringkas
Dari petang tadi whatapp masuk bertalu-talu bertanyakan kepada saya adakah benar subsidi Ron 95 dan Diesel akan ditarik balik 20 Sen tengah malam ini. Ya benar, memang subsidi ditarik balik 20 sen dan harga Ron 95 dan Diesel akan naik 20 sen. Walaupun berat hati ini hendak menjawab, suka tidak suka kita terpaksa menjelas duduk sebenar perkara ini.
Pelbagai jawapan kita boleh berikan untuk menghalalkan kenaikan ini, namun perasaan amarah rakyat tidak mungkin akan menerima berita kenaikan bahan api ini dengan fikiran yang rasional, walaupun mereka sedar sistem pengagihan subsidi bahan api kita memang tidak rasional.
Mana datang rasionalnya jika si miskin dengan si kaya menikmati nilai subsidi yang sama iaitu 47 sen seliter untuk Ron 95, sedangkan penggunaan si kaya berlipat kali ganda lebih besar dari si miskin.
Mana datang rasionalnya jika warga kita terpaksa berkongsi kadar yang sama dengan warga asing, sedangkan kitalah yang terpaksa membayar cukai bukannya mereka. Sejauh mana arahan penguasa agar mereka hanya menggunakan minyak tanpa subsidi kita, Ron 97 dipatuhi. Paling cuma, sekadar di stesyen minyak bersempadan dengan negara asal mereka.
Suka tidak suka kita kena terima hakikat bahawa subsidi bahan api tidak boleh diagih secara pukal lagi. Kek kekayaan ekonomi negara harus diagihkan mengikut 'Fiqh Alaulawiyaat' iaitu mengikut urutan keutamaan.
Mereka yang susah harus diberi keutamaan berbanding dengan mereka yang senang.
Hari ini, jika subsidi pukal untuk Ron 95 berkadar 47 sen, pemilik kancil hanya akan menerima RM11.19 jika tangki penuh mereka muat diisi dengan Ron95 sebanyak RM50. Manakala rakyat golongan sederhana menikmati subsidi sebanyak RM33.57 jika mereka mengisi tangki penuh Perdana V6 mereka sebanyak RM150. Ya, 3 kali ganda lebih tinggi. Ini belum lagi jika seseorang itu menggunakan BMW, Mercedese, Land Crusier dan kereta mewah lain.
Lagi besar kenderaan mereka, lagi banyaklah duit rakyat yang terpaksa digunakan untuk subsidi mereka yang lebih berada.
Dimana letaknya keadilan untuk mereka yang hanya mampu membeli motosikal atau yang langsung tak mampu membeli sebarang kenderaan.
Salahkah jika kerajaan mula sedar sekarang bahawa selama hari ini mereka bersedekah lebih kepada si kaya berbanding dengan si miskin dan sudah tiba masanya kesilapan silam ini diperbetulkan secara berperingkat?
Setiap tahun kita dicemuh kerana gagal mengemukakan bajet berimbang atau dengan bahasa rakyatnya, bajet yang memaparkan unjuran pendapatan melebihi unjuran perbelanjaan. Setiap kali belanjawan defisit dibentangkan di Parlimen, kerajaan dikecam sebagai tidak cekap dan tidak berhemah dalam berbelanja.
Pernahkah ada sesiapa perasaan bahawa kegagalan kita mengemukakan bajet berimbang ini boleh kita akhiri bila-bila masa dengan berhenti bersedekah berlebih-lebihan? Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa setiap tahun kerajaan akan bersedekah hampir 20% daripada pendapatan negara dalam bentuk subsidi.
Jika penarikan subsidi sebanyak 20 sen malam ini tidak dilakukan, untuk tahun ini sahaja, kita menjangkakan sebanyak 22.34 Billion ringgit terpaksa kerajaan belanjakan untuk subsidi Ron95 dan diesel. Dan itu hanya sebahagian daripada lebih kurang 40 billion ringgit yang kerajaan peruntukkan bagi keseluruhan subsidi 2014.
Saya akan bantah jika subsidi RM6 bagi setiap kampit 10kg beras ST Super Tempatan 15 ditarik balik. Kerana subsidi ini dinikmati oleh rakyat biasa. Si kaya sudah pasti akan menggunakan Basmathi atau Beras Wangi Siam, bukan ST15. Kita juga boleh membantah jika subsidi tepong, subsidi minyak masak serta subsidi gas masak ditarik balik. Namun dimana kewajarannya, jika kita membantah kerajaan menarik balik subsidi yang dinikmati LEBIH! oleh golongan yang berada berbandingan golongan miskin?
Memang senang untuk kita lemparkan cemuhan serta makian terhadap PM kita bila subsidi bahan api ini ditarik balik. Namun bila kita berjaya menjimatkan 4 billion ringgit tahun ini melalui penarikan subsidi Ron95 dan Diesel tahun lepas, penerima BRIM yang mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM4,000 juga yang merasa nikmatnya bila bantuan BRIM mereka dinaikkan dari RM500 ke RM650.
Begitu juga bila PM mengumumkan subsidi gula ditarik 34 sen tahun lepas, rata-rata yang memaki beliau sebenarnya menggunakan gula tidak sampaipun 2kg sebulan. Yang rakyat tak sedar, sebenarnya kita berhenti bersedekah pada kilang biskut, kilang buat jem, kilang buat kordial serta kilang-kilang minuman berkarbonat yang menggunakan beribu kilogram gula sehari.
Sungguhpun PM dimaki, namun akhirnya bila kerajaan dapat menjimatkan 480 juta ringgit melalui penarikan subsidi gula tersebut, yang dapat nikmatnya rakyat yang berpendapatan rendah melalui pembinaan 70 biji Klinik Rakyat 1 Malaysia.
Sahabat....bukan semua benda yang kita nampak dengan mata kasar kita tidak baik dilakukan oleh kerajaan, maka ianya tidak baik untuk kita. Dan bukan semua benda yang kita lihat dengan mata kasar kita itu baik, sebenarnya belum tentu baik utk kita.
ULASAN OMAK KAU:-
KWAH KWAH KWAH ... KWAH KWAH KWAH .
Inilah gaya penjilat UMNO kalau berhujah ... naikkan harga petrol RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen seliter bagi tujuan memperbaiki cara kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Razak bersedekah.
Dia ingat kalau RON95 dan Diesel naik 20 sen hanya setakat itu sahaja .. tiada kesan sampingan dan turutan hasil dari kenaikkan tersebut.
Sebagai contoh semua barang-barang keperluan terpaksa menggunakan pengangkutan untuk menghantar .. apabila Diesel naik 20 sen seliter bukannya setangki, ertinya kos pengangkutan sudah naik 10 peratus ... jadi kos tersebut siapa nak tanggung demi mengiyakan tindakan kerajaan UMNO/BN untuk memperbaiki cara bersedekah? .. Menteri? .. pemimpin-pemimpin UMNO/BN? ahli-ahli Puteri UMNO Malaysia? .. sudah pasti para pengguna iaitu rakyat .
Yang paling tertekan nanti ialah para pengguna diluar bandar dan rancangan-rancangan FELDA iaitu lubuk UMNO paling kuat ... tertekan sebab mereka digolongkan sebagai rakyat berpendapatan rendah ... sedikit kenaikan harga barang-barang keperluan cukup memberikan kesan.
Bila masa kereta BMW, Mercedes Benz, Land Cruiser dll kereta jenama mewah guna pakai RON95?
Secara logiknya kos selenggara dan guna pakai kenderaan akan naik 10 peratus dari yang ada sekarang .. barang-barang keperluan akan pasti naik termasuklah bahan-bahan binaan .. apa jua barang-barang dalam negara ini akan naik harganya... itukah cara UMNO/BN bersedekah??? .. Memberi dan menambah susahkan rakyat????
Hujah Puteri UMNO Malaysia ini persis cuba nak menghina kebijaksanaan rakyat berfikir dan menilai.
Lagi memedihkan hati apabila anggap rakyat bawahan sebagai pengemis peminta sedekah tertunggu-tunggu bentuk sedekah dari kerajaan UMNO/BN.
BERITA INI SUDAH PASTI PARA PENYOKONG DAN PENDOKONG UMNO GEMBIRA SAKAN ... HARGA LEMBU NAIK RM4,000 HINGGA RM5,000 SEEKOR.
Persatuan Ternak Terengganu (PTT) menjangka permintaan lembu tempatan untuk ibadah korban sempena Aidiladha di negeri ini tahun ini berkurangan berikutan harga ternakan itu yang tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Pengerusi PTT Hamid Salleh berkata perkembangan itu berikutan harga lembu meningkat antara RM4,000 hingga RM5,000 seekor bergantung kepada saiz berbanding RM2,000 hingga RM3,000 seekor tahun-tahun sebelumnya.
"Kita jangka tahun ini orang buat korban berkurangan sebabnya rata-rata orang ramai yang kami temui mengeluh kerana tidak mampu untuk membeli kerana harga lembu tempatan mahal," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai harga lembu tempatan untuk ibadah korban yang mahal pada masa kini.
Menurut Hamid, masalah bekalan ternakan di negeri ini pada masa ini tidak berbangkit memandangkan ramai penternak membawa masuk lembu import dari Thailand dan Myanmar.
Beliau berkata pihaknya sedia membantu sekiranya orang ramai memerlukan lembu untuk membuat korban sempena Hari Raya Aidiladha ini.
Sementara itu, seorang pembekal lembu dari Kuala Terengganu, Wan Musa Wan Abdul Mutalib berkata kadar permintaan lembu yang diterima daripada umat Islam di negeri ini pada kali ini dilihat merosot teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Beliau yang juga anggota jawatankuasa PTT berkata beliau cuma dapat menjual antara 40 hingga 60 ekor sahaja berbanding 100 ekor tahun lepas.
"Bila bekalan lembu saya dapat harganya sudah tinggi, maka saya terpaksa jual dengan harga tinggi, jadi orang buat korban tidak banyak," katanya.
- Bernama
RON 95 DAN DIESEL NAIK 20 SEN SELITER ... MENTERI HASAN MALEK MINTA RAKYAT BERSYUKUR DAN BUKAN MEMBANTAH DAN BUAT PROTES.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata rakyat sepatutnya bersyukur dengan tindakan kerajaan dan bukannya mengadakan bantahan ke atas kenaikan harga bahan api.
Jelasnya, rakyat sepatutnya bersyukur dengan langkah penjimatan seperti usaha membanteras penyeludupan bahan api bersubsidi.
Hasan berkata demikian ketika ditanya sekiranya beliau menjangkakan bantahan ke atas kenaikan 20 sen seliter untuk petrol RON95 dan diesel.
“Itu hak merekalah (untuk buat bantahan), kita di kementerian akan jalankan tugas.
“Ops Titik (banteras penyeludupan) yang kita buat ini telah menyelamatkan banyak wang negara. Anda semua patut (ucap) tahniah.
“Budaya kita kita kena ubah balik kepada budaya menghormati pemimpin, menghormati negara dan bersyukur dengan apa kejayaan kita,” katanya.
ULASAN OMAK KAU:-
Patutlah rakyat gelar dia ni menteri cop ayam ... lekeh betul cara pemikiran dan hujahnya... rakyat hidup semakin terhimpit dan tertekan dia boleh minta bersyukur .. apa punya bungkolah menteri ini .. macam mana Najib boleh lantik dan simpan lagi dia menjadi menteri.
Kalau begitu sepatutnya dinaikkan sehingga RM20 seliter ... alang-alang naiklah .. barulah rakyat betul-betul bersyukur.
TIMBALAN PRESIDEN PAS DIMASUKKAN KE HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH KLANG, DISYAKI DEMAM DENGGI.
Mendapat maklumat bahawa Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohamad Sabu sebentar tadi telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang wad 8C, kerana disyaki mengidap demam denggi.
Moa doa dari rakyat Malaysia semoga Mat Sabu cepat sembuh seperti sedia kala.
CARTA HARGA PETROL RON 95 DARI TAHUN 2009-2014 ... SUDAH NAIK 5 KALI ... DULU SEKALI NAIK 5 SEN ... SESUDAH PRU 13 NAIK MENDADAK 20 SEN.
Harga petrol RON 95 dari tahun 2009 - 2014. Harga terkini dinaikkan sebanyak 20 sen dari RM2.10 ke RM2.30.
Sejak tahun 2009 hingga 2010 naik 3 kali tetapi sekali nai hanya 5 sen seliter ... tahun 2012 tidak naik sebab dah dekat dengan PRU ke-13 takut nanti tergolek "dog" UMNO/BN rakyat kerjakan.
PUTRAJAYA 27 Mac 2012 - Harga petrol RON95 kekal RM1.90 seliter walaupun berlaku kenaikan harga bahan bakar itu di pasaran global ketika ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga itu dapat dikekalkan selepas kerajaan menambah subsidi sebanyak 10 sen bagi bulan ini iaitu kepada RM1.03 seliter.
"Langkah ini perlu bagi memastikan rakyat tidak dibebani kesan sampingan berikutan kenaikan harga minyak global.
"Kerajaan masih mengekalkan subsidi itu kerana kita tahu kalau tidak dikekalkan, harga barangan lain termasuk yang tidak ada kaitan dengan minyak akan naik sebab apabila kos pengangkutan meningkat, ia akan dimasukkan dalam harga barangan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan kementeriannya di sini hari ini.
Harga minyak mentah global hari ini berada pada paras AS$107.04 setong dan penganalisis menjangkakan harga itu terus meningkat selepas Jun ini yang salah satunya disebabkan oleh sekatan terhadap penjualan minyak dari Iran.
Kali terakhir harga RON95 dikaji semula adalah pada Disember lalu apabila harga minyak naik daripada RM1.85 seliter kepada RM1.90.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji Februari lalu bahawa harga RON95 yang digunakan secara meluas oleh pemilik kenderaan, akan dikekalkan untuk masa terdekat walaupun berdepan dengan kenaikan harga minyak global.
Setakat ini, beberapa negara di rantau Asia seperti China dan Indonesia sudah menaikkan harga minyak di negara masing-masing ekoran kesukaran untuk menampung kenaikan harga bahan api itu.
Pada Januari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan, kerajaan membelanjakan kira-kira RM10 bilion setahun untuk subsidi diesel dan petrol.
Pada tahun lalu sahaja, katanya, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM15.9 bilion untuk membiayai subsidi petrol dan diesel bagi mengurangkan beban rakyat dan ia merupakan penambahan sebanyak RM6.3 bilion berbanding tahun sebelum iaitu berjumlah RM9.6 bilion.
Realitinya selepas PRU 13 menang celah gigi, harga minyak RON 95 dan Diesel pada 1hb September 2013 dinaikkan 20 sen seliter ... alasan diberi ialah mencegah penyeludupan.
Tahun ini genap setahun setelah dinaikkan .. dinaikkan lagi 20 sen seliter.
Rakyat bertanya .. adakah Langkah Naik Minyak ini rakyat tidak dibebani kesan sampingan?
KENYATAAN TIMBALAN MENTERI CGPA 3.85 MENGAPA RAKYAT DI BEBANKAN DENGAN KENAIKKAN PETROL RON95 DAN DIESEL 20 SEN SELITER.
Diperturunkan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan CGPA 3.85 merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan mengenai rasionalnya kerajaan UMNO/Barisan Nasional naikkan petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam tadi.
Mak cik-mak cik Felda tidak perlu baca sebab mereka dah faham sangat sebab itu menyokong tanpa ada dakwa dakwi dan sangsi kepada UMNO/BN selama ini.
Subsidi RON95 & Diesel:
Sedikit penjelasan.
1. Selama ini rakyat Msia samada yg kaya, sederhana & berpendapatan rendah mendapat subsidi RON95 & diesel tapi ramai yg kurang sedar kewujudan subsidi itu walau ada dimaklum di pam2 minyak.
2. Jumlah subsidi Kjaan utk RON95 & diesel thn lepas sahaja ialah rm24.8 billion & tahun ini sekitar rm21-22 billion. Purata rm2b sebulan!! Ini kerana ketika minyak tinggi harganya, subsidi seliter adalah juga tinggi antara 50-80sen seliter.
3. Bila ditarik subsidi 20 sen, maka RON95 berharga 2.30 seliter & diesel 2.20 seliter. Harga terkini sebenar di pasaran utk RON95 ialah 2.58 seliter, tapi harga Msia 2.30. Bermakna Kjaan masih beri 28 sen seliter subsidi. Utk diesel pula harga terkini sebenar 2.52. Harga Msia 2.20. Bermakna 32 sen masih lagi diberi subsidi oleh Kjaan.
4. Hampir rm2 ribu juta sebulan dibelanja utk subsidi bahan bakar yg tentunya "hangus terbakar". Rm2 ribu juta boleh bina 2 ribu dewan org ramai di 2 ribu kpg dgn harga rm1 juta sebuah dewan. Boleh bina 4 universiti sebulan dgn harga rm500 juta sebuah. (48 universiti setahun!!) Boleh bina 2ribu kilometer jalan kpg utk Sabah & Sarawak. Tapi semuanya tak boleh dibuat sbb kita beri subsidi utk RON95 & diesel.
5. Siapakah penerima terbesar subsidi rm2billion sebulan itu? Data yg ada mendapati 70% diguna oleh mereka yg berpendapatan tinggi & sederhana tinggi. Sbbnya mereka miliki lebih banyak kenderaan & kuasa / CC kereta lebih besar. Rakyat di kpg2 & pinggir2 bandar hanya guna motorsikal & kereta2 yg kecil.
6. Subsidi sepatutnya diberi kpd mereka yg miskin bukan kpd yg kaya. Jadi subsidi diesel & petrol ini telah sekian lama tersasar. Ini adalah tidak adil & tidak rasional. Dulu ketika minyak murah & kenderaan tidak sebanyak kini, subsidi minyak cuma rm2 billion setahun yg kini rm2billion sebulan. Semakin kecillah peruntukan kpd rakyat terbanyak yg boleh diberikan.
7. Maka utk lebih adil, subsidi minyak itu perlu dikurangkan. Penjimatannya boleh diberi kpd rakyat yg lebih layak. Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah rm4 billion & diberi dlm bentuk BR1M yg telah menafaatkan hampir 7 juta rakyat & keluarga di negara ini.
8. Tentu rakyat sedang menunggu berita2 baik yg akan diumum oleh YAB PM dlm Bajet 2015 pada 10/10/14 ini. Semuanya itu perlu kpd peruntukan yg banyak. Sbhgnya tentu drpd subsidi minyak yg telah dijimatkan lagi sebanyak 20 sen seliter utk faedah kpd ramai rakyat yg lebih memerlukan.
9. Msia mmg negara pengeluar minyak, lebih kurang 600 ribu tong sehari. Minyak kita berkualiti tinggi maka kita eksport & dapat hasil yg lebih kpd negara. Arab Saudi & USA lebih 1.7juta tong sehari. Kita negara pengeluar yg ke 27 di dunia. Jadi minyak yg ada di stesyen seluruh negara adalah diimport & harganya ikut pasaran dunia.
10. Memang sukar utk membuat keputusan yg tidak popular. Tapi keputusan itu adalah utk membetulkan ketidakadilan yg berlaku. Subsidi minyak yg banyak itu boleh diagih kpd rakyat dgn lebih bersasar & tepat spt BRIM yg lebih tinggi jumlahnya & juga utk pembangunan luar bandar yg lebih baik.
11. Rakyat terbanyak skrng ini masih menikmati subsidi tepong, gas memasak, beras ST15, minyak masak, diesel, RON95, kesihatan/perubatan, pendidikan, rm100 utk anak sekolah, rm250 voucher buku. Utk pesawah ada pelbagai subsidi padi, ada sara hidup nelayan rm200 sebulan, bantuan2 JKM, Kedai Rakyat 1Msia dll.
12. Kebajikan yg banyak ini akan diteruskan malahan akan sentiasa diperbaiki. Namun, utk membetulkan ke arah yg lebih adil & rasional, khususnya ttg subsidi minyak secara pukal yg tersasar itu, ianya memerlukan kefahaman & kesabaran ramai & banyak pihak. Komitmen kpd kesejahteraan rakyat tetap jadi keutamaan
Kjaan. Tkasih.
AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO TIDAK JADI, USTAZ MOHD KAZIM ELIAS BENGANG PETROL RON95 DAN DIESEL NAIK 20 SEN SELITER.
Pendakwah merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO tidak jadi, Ustaz Mohd Kazim Elias melalui laman sosial Facebooknya meluahkan rasa tidak puas hati dan bersetuju cara kerajaan UMNO/BN yang dipimpin Najib Razak menaikkan petrol RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam tadi.
Menyatakan secara halus dan sini kenaikkan ini bakal membawa tumbangnya UMNO/BN pada PRU 14 akan datang.
"Salam.. Sepatutnya cari jalan lain utk mengurangkan kos.. byk benda lain yg x perlu dan patut dipotong perbelanjaannya.Bukan dgn menaikkan harga Ron95.Sy rasa barisan penasihat patut lebih menyelami denyut nadi rakyat bukan dgn membuat pelbagai alasan kenaikan.Belum terlambat utk kaji semula kenaikan ini, tak payah beri BRIM la kalau kos hidup lain naik ekoran kenaikan harga bahan api..Harap2 pimpinan kerajaan fikirlah balik jika ingin melihat survival pemerintahan dpt bertahan. Kaji semula n buat kaedah lain yg lebih mengembirakan rakyat... inilah luahan rakyat biasa seperti saya tp ingatlah rakyat biasalah yg menentukan survival politik..."
Wednesday, 1 October 2014
MAHATHIR BIDAS KERAS KERAJAAN NAJIB RAZAK KERANA NAIKKAN HARGA PETROL RON95 DAN DIESEL SEBANYAK 20 SEN SELITER.
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menegur tindakan kerajaan yang menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter.
Beliau yang menegur melalui laman twitter menyatakan kerajaan seharusnya menghentikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bukannya mengurangkan subsidi secara mendadak.
"Hentikan BRIM bukan kurangkan subsidi Petrol dan Diesel secara mendadak untuk tampung perbelanjaan negara," tulis beliau melalui twitter Mahathir Mohamad@Suara_generasi malam ini.
Tambahnya, keputusan kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel itu mengakibatkan kos sara hidup meningkat dan membebankan rakyat.
"Kenaikan harga petrol dan diesel secara mendadak menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup dan harga barang serta membebankan rakyat," ujar beliau lagi.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.
Berikutan itu harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.
Harga pasaran bagi petrol RON95 pada masa ini ialah RM2.58 seliter dan harga diesel RM2.52 seliter.
KOLEKSI RAKAMAN GAMBAR, RAKYAT MENYAMBUT BERITA GEMBIRA KENAIKKAN HARGA RON95 DAN DIESEL 20 SEN SELITER, DENGAN BERSESAK-SESAK KE STESEN MINYAK.
Suasana di beberapa stesen minyak menjadi sesak selepas kenaikan harga petrol RON95 dan diesel bermula 12.01 pagi, 2 Oktober diumumkan KPDNKK sebentar tadi.
CERITA INI UTUSAN DAN BERITA HARIAN TIDAK AKAN SIARKAN ... HARGA MINYAK DUNIA TURUN TETAPI DI NEGARA KITA NAIK????
Pada 15hb September 2014 laporan dari luar negara menyatakan harga minyak turun sebab permintaan yang rendah dan lembab
Hari ini 1 hb Oktober 2014 akhbar Australia melaporkan harga minyak menjunam 3.6%.
Pelik bin ajaib bin hairan .. Di Malaysia minyak RON92 dan Diesel dinaikkan 20 sen seliter mulai tengah malam ini.
Mohon penjelasan dan pencerahan mengapa ini boleh terjadi?????
15 September 2014 ....A global oil surplus is driving U.S. crude prices to fresh lows.
Benchmark U.S. oil-futures prices approached a 16-month low for the second time in three trading sessions on Monday before recovering. Oil for October delivery ended at $92.92 a barrel, down more than 13% from highs for the year hit in June.
Both U.S. and world prices have tumbled over the past few months, as weak demand and robust global production left extra crude sloshing around the market. The glut is having ripple effects in the U.S. Stockpiles in one of the nation's biggest storage hubs are rising, reinforcing the downward pressure on U.S. prices, analysts say.
"We don't have the demand, and the supplies are there," said David Leben, director of commodity derivatives at BNP Paribas BNP.FR +0.06% in New York. "There's not much of a bullish picture right now. It's going to take something relatively significant to turn this market around."
1 Oktober 2014 ... World oil prices have slumped, with the main US contract falling 3.6 per cent due to worries about a supply glut and the strengthening US dollar.
US benchmark West Texas Intermediate for November delivery sank $US3.41 to $US91.16 a barrel on the New York Mercantile Exchange.
European contract Brent oil for November delivery fell $US2.53 to $US94.67 a barrel in London.
Analysts cited concerns about oversupply following disappointing economic data from key oil-consuming regions.
The HSBC China manufacturing purchasing managers' index came in at a barely-growing 50.2, below the initial reading of 50.5.
Eurozone inflation data fell in September to the lowest level since the worst of the financial crisis, while US consumer confidence dropped sharply in September, according to the Conference Board.
"There's a pretty good cocktail of issues that are all weighing on the market," Robert Yawger, director of the futures division at Mizuho Securities USA, said.
Other factors lending downward pressure to oil included a report by Reuters projecting that OPEC oil production hit a two-year peak in September on strong output from Libya and Saudi Arabia; and a big drop in gasoline prices as a key monthly contract expired.
Analysts also cited the stronger US dollar as a factor after the euro briefly slipped below $US1.26 for the first time in two years.
The stronger greenback makes dollar-priced crude more expensive for buyers using other currencies and weighs on demand.
BERITA PALING MENGEMBIRAKAN KEPADA PARA PENYOKONG DAN PENDOKONG UMNO/BN .. RON95 DAN DIESEL NAIK 20 SEN SELITER MULAI TENGAH MALAM INI.
Tidak payah tunggu pelaksanaan GST harga petrol dan diesel naik.
Harga minyak petrol RON95 dan diesel akan naik 20 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.
Mulai 12.01 tengah malam ini, RON95 akan dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20.
Sekarang ini RON95 dijual pada harga RM2.10 seliter dan diesel pula RM2.
Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui kenyataannya hari ini.
Penyelarasan harga itu dibuat ekoran pengurangan subsidi sebanyak 20sen.
"Walaupun dengan pengurangan kadar subsidi ini, kerajaan menganggarkan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion bagi subsidi petrol RON95, diesel dan LPG untuk tahun 2014," menurut kenyataan itu.
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN PERIHATIN RAKYAT DAN SENTIASA MEMIKIRKAN UNTUK TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT TIDAK LAIN TIDAK BUKAN, KERAJAAN PALING MULIA SUCI MURNI DAN BAIK SEKALI SEANTARO DUNIA, KERAJAAN UMNO/BN PIMPINAN NAJIB RAZAK .
KATA ORANG TETAPI BUKAN MAK CIK-MAK CIK FELDALAH .. JIKA HARGA PETROL NAIK SECARA AUTOMATIK BARANG-BARANG KEPERLUAN HARIAN AKAN NAIK SEBAB ITU KESAN RANTAIAN.
RAKYAT KESELURUHANNYA BERSYUKUR... TERIMA KASIH NAJIB .. WE LOVE NAJIB .. HIDUP NAJIB!!!!
KES BEKAS KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SIME BANK KE MAHKAMAH TINGGI SEMULA.
KUALA LUMPUR - Selepas mengisytiharkan bahawa kes pertikaian mahkamah beliau sejak 16 tahun lalu selesai empat bulan lepas, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sime Bank, Datuk Ismail Zakaria kini kembali ke Mahkamah Tinggi selepas pihak pendakwaan dapat mengembalikan semula kesnya berhubung kelulusan kemudahan kredit berjumlah RM175 juta.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaruddin Hashim menetapkan 12 Disember bagi mendengar rayuan kes.
Pihak pendakwaan yang diterajui Ketua Unit Komersial, Jabatan Peguam Negara, Syed Faisal Syed Amir yang mewakili Bank Negara, berjaya dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan pada 25 September selepas mahkamah bersetuju dengan hujah pihak pendakwaan bahawa wujud kesilapan sebenar di pihak mereka kerana gagal hadir di Mahkamah Tinggi semasa peringkat pertama rayuan.
Ismail, 71, yang menerajui Sime Bank semasa satu daripada krisis kewangan paling teruk pada 1997 tidak berada di mahkamah hari ini dan peguamnya Kitson Foong memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya sakit.
Ketika ditemui selepas prosiding mahkamah, Syed Faizal berkata panel mahkamah rayuan juga bersetuju bahawa terdapat merit bagi rayuan yang betul untuk didengar sebelum kes diselesaikan secara muktamad.
Pada 6 Jun lepas, Mahkamah Tinggi menolak percubaan pertama pihak pendakwaan untuk mengembalikan semula kes selepas memutuskan bahawa kegagalan untuk mencatatkan tarikh pendengaran bukan satu alasan bagi mahkamah untuk bertolak ansur.
Pada 12 September, 2011, Ismail dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada empat pertuduhan bertindak di luar bidang kuasanya meluluskan pinjaman berjumlah RM175 juta kepada sebuah syarikat pelaburan. Ismail, didakwa meluluskan RM59 juta, RM50 juta, RM40 juta dan RM26 juta kepada Everise Capital Sdn Bhd.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu antara 20 September 1997, dan 21 Oktober 1997, di pejabatnya di tingkat 2, Bangunan Sime Bank di Jalan Sultan Ismail di sini.
Pertuduhan mengikut Seksyen 65 (1), Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1) (a) akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM5 juta, atau kedua-duanya. - Bernama
PROFESOR AZIZ BARI MEMILIH UNTUK MEMBISU KETIKA DISOAL SIASAT OLEH POLIS BERKAITAN KES DIBAWAH AKTA HASUTAN 1948.
Pakar perlembagaan dan profesor undang-undang Abdul Aziz Bari disoal siasat selama sejam oleh pihak polis di bawah Akta Hasutan hari ini, tetapi beliau memilih untuk berdiam diri dan tidak menjawab sebarang soalan.
Abdul Aziz disoal siasat di ibu pejabat polis daerah Sabak Bernam pagi ini ekoran laporan polis dibuat terhadapnya berhubung komennya dalam dua artikel yang disiarkan dalam The Malaysian Insider.
Artikel pertama bertajuk 'Sultan Selangor terikat deklarasi 1992, perlu lantik Wan Azizah, kata Aziz Bari' dan satu lagi artikel bertajuk ‘Only God, not Sultan, has absolute powers, says legal expert’
Dua wartawan The Malaysian Insider telah diambil kenyataan mereka berhubung dua artikel tersebut.
Menurut salah seorang peguamnya, Afiq M Noor dari Lawyers for Liberty, Abdul Aziz memutuskan untuk menggunakan Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah (CPC), yang membenarkan seseorang itu untuk berdiam diri.
Dr Dheeraj Bar merupakan seorang lagi peguam yang menemani Abdul Aziz ke balai polis.
"Kami tidak diberitahu apakah langkah seterusnya. Mereka akan memaklumkan kepada kami," kata Afiq sambil berkata sesi soal siasat itu berakhir pada kira-kira jam 12.30 tengahari.
JOM BANTU POLIS KESAN SAMPAI TERTANGKAP SUSPEK KES BUNUH INI.
Mohon kerjasama orang awam bagi pihak polis mengesan seorang suspek lelaki yang merupakan rakan sekerja mangsa yang dipercayai terlibat berhubung kematian seorang lelaki warga Bangladesh di sebuah stor simpanan besi di Seksyen 23, Shah Alam, Selangor.
Butir-butir suspek :
Nama : Mohammed Alauddin
W/Negara : Bangladesh
No. Pasport : F0069871
Tarikh Lahir : 02/05/1973
Umur : 41 Tahun
Sebarang maklumat berkenaan kes ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Mohammad Daniel Lee bin Abdullah di talian 019-6820550 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
ANWAR IBRAHIM MASIH PENASIHAT EKONOMI SELANGOR DENGAN BERGAJI RM1 SEBULAN.
Dato' Menteri Besar Selangor yang baru, YAB Azmin Ali mengesahkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah dipecat dari jawatan penasihat ekonomi Selangor.
Sebaliknya keputusan mesyuarat exco terakhir yang dipengerusikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim hanya menutup pejabat penasihat ekonomi Selangor dan tidak timbul soal memecatnya.
"Itu bukan isunya di sini. Bila kita teliti minit mesyuarat 22 September itu.
“Apa yang dibuat adalah keputusan tutup pejabat penasihat ekonomi," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat exco pertama beliau hari ini.
PORTFOLIO AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR YANG BARU DIBAWAH DATO' MENTERI BESAR YAB AZMIN ALI.
Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Azmin Ali hari ini mengumumkan senarai
portfolio bagi exco baru kerajaan negeri Selangor dengan dirinya
memegang portfolio kewangan, pembangunan tanah dan sumber alam.
Portfolio agama kekal diberikan kepada exco PAS Dr Ahmad Yunus Hairi.
Berikut merupakan senarai penuh Exco Selangor dan portfolio mereka.
Portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan, Pembangunan Tanah, Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor dan Penerangan dipegang Dato' Menteri Besar Selangor YAB Azmin Ali.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian (IKS) & Perdagangan dan Pengangkutan - Datuk Teng Chang Khim
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar - Iskandar Abdul Samad.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongann, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna - Elizabeth Wong.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu - Ean Yong Hian Wah.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi - Dr Ahmad Yunus Hairi.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita & Keluarga - Dr Daroyah Alwi.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang - Ganabtirau A/L Verman.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi - Nik Nazmi Nik Ahmad.
Pengerusi Jawtankuasa Tetap Pembangunan Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan - Amirudin Shari.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrstruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani - Zaidy Abdul Talib.
Portfolio agama kekal diberikan kepada exco PAS Dr Ahmad Yunus Hairi.
Berikut merupakan senarai penuh Exco Selangor dan portfolio mereka.
Portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan, Pembangunan Tanah, Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor dan Penerangan dipegang Dato' Menteri Besar Selangor YAB Azmin Ali.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian (IKS) & Perdagangan dan Pengangkutan - Datuk Teng Chang Khim
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar - Iskandar Abdul Samad.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongann, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna - Elizabeth Wong.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu - Ean Yong Hian Wah.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi - Dr Ahmad Yunus Hairi.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita & Keluarga - Dr Daroyah Alwi.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang - Ganabtirau A/L Verman.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi - Nik Nazmi Nik Ahmad.
Pengerusi Jawtankuasa Tetap Pembangunan Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan - Amirudin Shari.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrstruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani - Zaidy Abdul Talib.
GAMBAR RAS ADIBA RADZI MENERIMA RAWATAN DI ICU.
Pengacara televisyen popular, Ras Adiba Radzi dilaporkan terlantar di hospital akibat masalah kesihatan yang dihadapinya.
Melalui sebuah tulisan di laman Facebook milik adiknya, Ras Afiona Radzi, kakaknya kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital akibat demam sejak semalam.
“Hai semua.. Kakak saya Ras Adiba Radzi kini berada di wad ICU (Unit Rawatan Kecemasan) .. Dia mengalami demam dan sawan malam tadi.
“...Doakan dia supaya cepat sembuh,” katanya seperti yang dipetik melalui laman Facebooknya.
PASAR LEMBU DI DEPOK, JAKARTA GUNAKAN KHIDMAT JURUJUAL WANITA DAN "COW GIRLS" SEBAGAI DAYA TARIKAN
Taktik unik di sebuah pasar lembu bagi memenuhi permintaan sempena Hari Raya Korban, di Depok, pinggiran Jakarta ialah dengan meletakkan jurujual wanita dan cow girls sebagai tarikan melariskan jualan.
INILAH WAJAH INDIVIDU YANG DIKATAKAN OLEH LIM GUAN ENG TERLIBAT DALAM KES PENIPUAN JONGKONG EMAS BERNILAI RM4 JUTA.
GEORGE TOWN: Lapan belas laporan polis diterima berhubung penipuan melibatkan kes jongkong emas bernilai RM4 juta di negeri ini, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi.
"Kertas siasatan kes itu 70 peratus lengkap dan setakat ini kami telah mengambil keterangan daripada 12 individu," katanya.
Bercakap kepada pemberita di sini, Isnin, Abdul Rahim berkata, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan polis sedang mengesan beberapa lagi mangsa untuk diambil keterangan.
Beliau ditemui selepas majlis penghargaan kepada seorang pengawal keselamatan, Mohd Najib Ahmad, 30, yang menembak mati seorang lelaki yang cuba merompak sebuah bank di Sungai Dua di sini, 28 Ogos lepas.
Pada Ahad, Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam sidang akhbarnya meminta polis mengambil tindakan terhadap seorang lelaki yang didakwa menjalankan urusan jual beli jongkong emas kepada sekumpulan individu dengan harga lebih murah berbanding harga pasaran.
Abdul Rahim berkata, polis merampas 100 keping cek yang dipercayai digunakan untuk urusan jual beli jongkong emas itu.
"Kami tidak pernah tutup kes ini sebaliknya masih meneruskan siasatan dan untuk pengetahuan semua siasatan jenayah komersial tidak sama dengan kes jenayah biasa kerana polis perlu lengkapkan kertas siasatan untuk sebarang tindakan lanjut iaitu sama ada dia (suspek) ditahan atau terus didakwa," katanya.
Individu suspek utama kes penipuan jongkong emas RM4 juta ini adalah antara penjenayah yang dituduh di Mahkamah Majistret Pulau Pinang baru-baru ini atas kesalahan menceroboh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
PULAU PINANG 15 Sept. - Selepas lebih empat bulan menghilangkan diri, seorang lagi tertuduh kes pencerobohan Dewan Undangan Negeri(DUN) Pulau Pinang, Mei lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Wan Norazman Ariffin, 41, mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersama-sama 15 lagi lelaki yang te- lah dituduh sebelum ini menceroboh DUN tersebut pada kira-kira pukul 1.30 petang, 21 Mei lalu dengan niat hendak menggusarkan Setiausaha Dewan, M. Maheswari.
Pendakwaan terhadap ahli perniagaan itu dikemukakan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau ke- dua-duanya.
EDISI MACAI BN CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN DAN BIKIN LAGI TIDAK SERUPA CAKAP... SURUH JANGAN PERCAYA SEMUA YANG DI LIHAT DI INTERNET, TETAPI SENDIRI MAIN LANGGAR SEMACAM.
Sebelum ini macai-macai yang menjaga akaun laman sosial FB Friends Of BN - Barisan Nasional memberitahu satu dunia supaya "JANGAN PERCAYA SEMUA YANG ANDA LIHAT DI INTERNET ... KAJI FAKTA DAHULU SEBELUM MEMBUAT KESIMPULAN".
Akhirnya diri sendiri yang langgar lentung sampai kemek total lost apabila membuat satu posting memfitnah dengan berbekalkan kepada suatu sumber yang diperolehi dari Facebook.
Kisah ini terjadi apabila macai Friends of BN- Barisan Nasional melutut mohon maaf atas suatu artikel berbau dan berunsur fitnah jahat mengenai tajuk " GENG MOTOR BESAR BERSELFIE BERSAMA ABANG POLIS TRAFIK LEPAS KENA SAMAN. SEMUA SPORTING BETUL"
Ekoran dari posting berkenaan yang tidak benar sama sekali itu, tuan punya gambar yang dijadikan bahan fitnah telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi tujuan siasatan dan susulan tindakan saman malu.
Dengar khabarnya macai-macai Friends of BN - Barisan Nasional dah menggelupur ketar kepala lutut mohon maaf diatas pembohongan dan fitnah yang dilakukannya.
SURAT INSTITUT PENYELIDIKAN PERUBATAN YANG MENGESAHKAN JUS DAUN BETIK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI RAWATAN SAMPINGAN BAGI PESAKIT DENGGI.
Ramai mengetahui buah betik adalah kaya dengan vitamin A dan C.
Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa daun betik juga boleh digunakan dalam merawat demam denggi.
Satu
kumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)
yang diketuai oleh Dr. Soobitha Subenthran telah menemui bahawa jus daun
betik dapat meningkatkan bilangan sel platlet darah di dalam pesakit
demam denggi.
Kumpulan tersebut telah bekerjasama dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor bagi melakukan kajian klinikal ke atas 228 pesakit demam denggi dan demam denggi berdarah.
Separuh dari pesakit tersebut telah diberikan 50 gram jus daun betik selama tiga hari berturut-turut.
Dalam masa yang sama, bacaan bilangan sel platelet darah pesakit-pesakit telah diambil selama dua hari.
Didapati bahawa pesakit yang menerima jus daun betik mempunyai kadar
bilangan sel platlet yang lebih tinggi berbanding pesakit yang tidak
mengambilnya.
Penemuan ini amat penting kerana sehingga kini, kaedah rawatan demam denggi adalah hanya dengan kaedah pemindahan cecair atau darah.
Menurut kumpulan penyelidik tersebut di dalam artikel kajian yang berjudul Carica papaya Leaves Juice Significantly Accelerates the Rate of Increase in Platelet Count among Patients with Dengue Fever and Dengue Haemorrhagic Fever terbitan jurnal Evidence Based Complementary and Alternative Medicine.
Penemuan ini mungkin akan memainkan peranan yang penting di dalam pengurusan demam denggi pada masa akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam ditahan berkaitan kes rasuah, malam Rabu. N...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Beginilah pemandangan dan sambutan yang diberikan kepada parti yang dipimpin oleh individu-individu yang amanah, progresif, peduli, ink...











































