Monday 11 November 2013

SHAHRIZAT KETAKUTAN SEHINGGA TERPAKSA TARIK BALIK SAMAN KES NFC TERHADAP RAFIZI DAN ZURAIDA?????


Dulu semasa memfailkan saman RM100 juta terhadap Pengarah Strategi PKR YB Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR YB Zuraida Kamaruddin, bukan main sembang garang lagi kencang Shahrizat Jalil .. cakap dia akan heret mereka berdua sampai mendapatkan keadilan .. no retreat nor surrender .. lebih kurang begitulah bunyi hebatnya Sharizat Jalil.

Akhirnya setelah separuh perjalanan kes ini di dengar dan selesai PRU 13 dan Pemilihan Pucuk Pimpinan UMNO dengan dirinya masih memegang jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia .. alih-alih dia tarik balik saman.  Nampak sangat isu saman nak di jadikan modal politik murahan beliau.

Ingat hebat dan berani sangat Ketua Wanita UMNO ni sehinggakan menjerit-jerit dan menyingsing lengan baju ketika berucap di Perhimpunan Agung UMNO tahun 2012 lalu.

Penarikan saman ini bermakna apa yang diperkatakan oleh YB Rafizi dan YB Zuraida mengenai lembu yang tinggal di kondo mewah adalah benar belaka.


Nampak sangat yang YB Rafizi dan YB Zuraida berada di pihak yang benar dan sedikit pun tidak gentar.

Kes saman RM100 juta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dibatalkan setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menarik kembali saman yang dikemukakan.

Dalam saman yang difailkan pada 19 Januari tahun lalu oleh Ketua Wanita Umno itu, beliau mendakwa Zuraida dan Rafizi membuat kenyataan fitnah berhubung dakwaan terhadap projek National Feedlot Corporation (NFC).

Penarikan saman itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera.

Rafizi ketika ditemui di lobi mahkamah mengalu-alukan keputusan Shahrizat untuk menarik balik saman terhadap dirinya tanpa sebarang syarat.

Katanya, keputusan Shahrizat menunjukkan segala pendedahan mengenai NFC yang dibuat oleh mereka mempunyai asas selain bertepatan dengan laporan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya akan terus menyiasat dan mencari pihak yang bertanggungjawab dalam NFC kerana masih banyak perkara yang belum diselesaikan.

"Keputusan Shahrizat untuk menarik saman itu menguatkan lagi semangat saya untuk terus memantau isu NFC agar mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

"Sebagai seorang menteri Kabinet pada ketika itu, Shahrizat tahu bahawa dana yang sepatutnya khusus kepada projek berimpak tinggi negara digunakan bagi tujuan lain termasuk membeli kondominium tetapi tidak dilaporkan kepada Kabinet," katanya.

Zuraida yang turut ditemui media berkata, sepatutnya Shahrizat menarik balik kes itu lebih awal sebelum lebih banyak pendedahan dilakukan ke atas dirinya.

Katanya, penarikan saman itu disebabkan kemenangan Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno selain menjadi penasihat kepada Perdana Menteri dalam hal ehwal Wanita.

"Kami akan memastikan ada usaha pemulihan dilakukan ke atas projek ini kerana wang yang digunakan perlu dikembalikan untuk mengusahakan projek ini, tetapi kerajaan masih gagal berbuat demikian.

"Biarpun ada rundingan dengan syarikat Jepun tetapi mereka tidak bodoh untuk mengambil syarikat yang penuh dengan hutang untuk diambil alih.

"Rakyat masih menunggu faedah terhadap projek ini setelah tujuh tahun penangguhan. Selaku ahli Parlimen, kami akan meneruskan usaha itu,” katanya.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, penarikan saman oleh Shahrizat memberi ruang lebih luas kepada dirinya dan Rafizi untuk membongkar salah laku dalam isu NFC.

Rafizi kemudian berkata, beliau menarik balik samannya kepada Shahrizat berikutan Ketua Wanita Umno itu menggelarnya 'jambu' dan 'tanggang' kerana berpendapat ia tidak berbaloi untuk mengambil tindakan mahkamah.


20 comments:

  1. Macai langsung tak kisah dengan penyelewengan macam ni..diaorang lebih risau pasal gambar tampal..kahkahkah

    ReplyDelete
  2. Penarikan balik saman dari Sharizat bakal menambah sakit hati penyokong dungu tegar PKR terutamanya si kapir Tian chuak. Tindakan muslimah sejati..tidak berdendam. Yg pelik rafizi jambu saman kak jat sebab memanggilnya 'Jambu'.kahkahakh

    ReplyDelete
    Replies
    1. muslimah sejati?gile dah agaknye macai umno ni,pakai tudung nampak jambul woi macai!

      Delete
    2. memang macai buta hati dan buta agama.nak panggil muslimah pun x layak

      Delete
    3. kah.kah.kah.kih.kih.kih.kih.kih.Woooooooooooo.dlm syiah umporno,selak kain dan menyinsing hingga nampak betis dan lengan memang digelar muslimah.maklum ler syiah umporno nie jantan nyer kaki burid.jantan umporno dan burid berpisah tiada seumpama lembu dan kondo.tu ler Allah swt telah membuktikan umporno itu syiah sesat lg menyesatkan.kah.kah.kah.kih.kih.kih.kih.Wooooooo.

      Delete
  3. Cepat la sikit PR & BN nak gaduh n berperang.

    perang sampai dua2 mati.

    lepas dua2 mati kami akan amik kuasa.

    tak sabar rasanya.

    cepat la sikit berbunuhan antara satu sama lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keh keh ke.
      Ade ati nk kuasa jgak tuh.
      Kah kah kkah.
      Kami amik kuasa!!!!kah kah kah.
      Sape tah kami tuh.mooooo kot.
      Hehehe.nak berkuasa jgakk.
      Kah kah kah kah.
      Lawak terbaik abad ini

      Delete
  4. Diantara Shahrizat Lembu dengan Rafizi Jambu.... Siapa yang menipu dan mencuri duit rakyat ?

    ReplyDelete
  5. Fuyoooooo.....MUSLIMAH sejati. Kah..kah..kah....guling2 aku.

    ReplyDelete
  6. Bom orang pun lepas ni kan pula setakat curi lembu..syukurlah malaysia masih aman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah bro.. komen yang bijak..

      Delete
  7. dia tarik saman sbb masih byk lembu2 menyokong die........sbb diberi rasuah tinggal dlm kondo.....hihihihihihi

    ReplyDelete
  8. cayalah muslimah sejati.penggal ni project kambing pulak. up ckit 500 juta....
    Lu buat ape pun orang orang mesti sokong lu jadi ketua punya. maklumla.. UMNGOK...

    ReplyDelete
  9. dua-dua mata orang jahat

    ReplyDelete
  10. Rafizi memang dah buat fitnah mengatakan lembu tinggal di kondo, kalau kak Ijat teruskan saman tu tentu menang punya. Bab seleweng duit NFC tu memang betullah. Apa pasai kak Ijat tak teruskan saman tang lembu tinggal di kondo tu?

    ReplyDelete
  11. isytihar perang je PR-BN. cepat sikit dua2 mampos.

    ReplyDelete
  12. Dulu kan main ranggi sinsing lengan baju ops...lupa baru lepas kejar itik, badan bau itiklah pulak. Itu yg segan nak masuk mahkamah kot

    ReplyDelete
  13. Muslimah sejati??...mama lembu adalah..kahkahkah..

    ReplyDelete
  14. Tujuan mak lembu nak saman dia nak tunjuk yang dia betul kat lembu2 no otak je..Suruhanjaya Penglipulara Rakyat Malaysia sendiri cakap mak lembu tiada kepakaran dan modal.sekarang dah menang jawatan boleh la enjoy dgn lembu2nya..kahkahkah

    ReplyDelete
  15. Nurul izzah bergaya di mahkamah. Cekap menjawab soalan. Srikandi ini juga bergaya ketika dalam kes nong cik. Syabas nurul... teruskan niat murni ... fitnah adalah makananmu.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...