Wednesday, 3 June 2015

BUDAYA "CHAI" YANG DULU DIKUTUK KERAS SEBAGAI BUDAYA YANG BERTENTANGAN DENGAN AMALAN DEMOKRASI SIHAT DAN SEGAR SUDAH MELANDA MUKTAMAR PAS KE-61 KALI INI



Tidak seperti pemilihan sudah-sudah, budaya 'chai' atau senarai pilihan menjadi budaya baru yang diamalkan secara terbuka dalam PAS.

Malah, Dewan Ulama dan pemimpin tinggi mereka turut terlibat mempamerkan senarai pilihan masing-masing untuk panduan perwakilan dalam muktamar.

Lewat pagi ini, Facebook Dewan Ulama PAS turut memuat naik senarai itu di Facebook mereka yang memaparkan senarai kumpulan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi digandingkan dengan calon naib presiden pilihan mereka Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta tiga tokoh pro-status quo dalam PAS Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Abd Samad.

Dewan Ulama menggelar senarai itu sebagai “Siiru A'la Barakatillah” (bersama-sama mencari keberkatan Allah).

Senarai itu turut ditetapkan di atas sekali senarai tulisan bagi mendapatkan perhatian pengguna Facebook.

Pemerhati politik melihat budaya baru PAS itu sebagai amat aneh kerana tidak berlaku sebelum ini dalam parti-parti lain yang sinonim dengan budaya itu seperti Umno dan MCA.

Sebelum ini, chai hanya diedarkan secara senyap-senyap, daripada tangan ke tangan atau SMS dan tidak pernah dipamer dalam laman sosial rasmi seperti dilakukan Dewan Ulama.

Rata-rata pengguna maya menyambut baik senarai itu. Bagaimanapun terdapat juga yang melihat tindakan itu tidak sesuai, malah tidak adil kepada calon pencabar Hadi, Ahmad Awang.


Bagi pandangan Omak Kau amat mudah ... berkempenlah dengan sihat, tetapi jauhi amalan menyuap dan paksa ahli untuk membuat pilihan dengan meletakkan mereka dalam keadaan dan kedudukkan serba salah.

7 comments:

  1. Kasi cuci habis kali ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ROSAK PAS ANGKARA ANWAR..

      Delete
  2. Mcm dh tak relevan je PAS ni.. rasanya PASMA lagi nmpk keseimbangannya...

    ReplyDelete
  3. semoga semua peminpin ulmak memegang semua jawatan ,kita tendang semua golongan profesional,dan kita harap Pas terus keluar dari pakatan terutama di selangor.biar Pas hidup sendiri atau kita bergabung denagn Umno semoga islam kita makin kuat.hidup Umno.hidup Pas.kita namakan bagungn ini Umno +Pas sebagai Humpas..ok ke Omak kau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah PASMA maksudnya perrubuhan suka making orang alim

      Delete
  4. Tengok gelagat PAs sekarang biorle diorang jadi parti kampung atau parti peringkat surau dan masjid je. Tak payahla perintah negeri. Cukuplah ada satu parti Melayu yang huruhara dan hiruk pikuk. Takkan pak aji dan lebai lebai pun nak ikut sama.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...