Thursday 14 November 2013

MACAM MANA SEORANG PEMILIK KERETA TAK PENGSAN JUMPA MAYAT DALAM KEADAAN BEGINI DI BUMBUNG KERETANYA.




Seorang lelaki pengsan apabila mendapati satu mayat lelaki terlentang di atas bumbung keretanya yang diparkir di Pangsapuri Sri Saujana, Lebuh Macallum di sini hari ini.
  
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6 petang mengatakan terdapat pemandu tersepit dalam kereta jenis Proton Waja itu.
  
"Apabila tiba di lokasi kejadian, kita dapati ada mayat lelaki di atas bumbung kenderaan yang remuk teruk manakala pemiliknya pengsan di hadapan kereta itu," katanya ketika dihubungi.
  
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata mangsa Liew Kam Ming, 49, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan kaki kanannya hampir putus dipercayai akibat terjatuh daripada tingkat 24 pangsapuri berkenaan.
  
Beliau berkata mayat lelaki itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut..
  
"Kita sedang mengesan ahli keluarga Liew untuk tampil membantu siasatan dan menuntut mayatnya," katanya

6 comments:

  1. Kita tunggu n tengok cam mana cai2 umnu ngok menggayakan konen2 mrk sat lg..

    ReplyDelete
  2. Masalah. Kalau tak p.pinang ...selangor. Negeri bermasalah.Penat jadi macai DAP berbajukanpkr..maka hidup tertekan. pastu bunuh diri.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. p.pinang n selangor dlm malaysia,negara bermasalah malaysia ni.PM x boleh harap langsung.

      Delete
  3. TEO BENG HOK JATUH TAK LUNYAI PUN.. TAK PELIK KE DER???

    ReplyDelete
  4. tengok dalam kereta tu ada bom c4 tak..kahkahkah

    ReplyDelete
  5. masalah kat Malaysia ni, takdak pembangkang yang ada kaki sapu jer..la ni BN...tup2 PR pulak jadi kerajaan depa pun sapu jugak...rakyat jugak yang mampuih...!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...