Tuesday, 19 April 2016

TERLALU GHAIRAH KONONNYA BERSAMA DAN MENYOKONG MAHATHIR KERANA NAK JATUHKAN NAJIB TETAPI AKHIRNYA PKR SENDIRI YANG BERKECAMUK DAN KACAU BILAU


Ramai orang beranggapan kritikan dan serangan berterusan Tun Dr Mahathir Mohamad telah memecah belahkan UMNO. Mereka percaya, Dr Mahathir telah menyebabkan ahli UMNO membenci Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak. Mereka juga percaya bekas Perdana Menteri telah menyebabkan UMNO berpecah dua – menyokong dan menentang Najib.

Hakikatnya memang betul UMNO kelihatan berpecah kerana Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz yang bergabung dengan pemimpin pembangkang untuk menggulingkan Najib.

Mereka bersama-sama menjunjung Deklarasi Rakyat kononnya untuk Selamatkan Malaysia daripada terus musnah di bawah pentadbiran Najib.

Namun, dari hari ke hari, nampaknya usaha itu semakin hambar. Sengat dan taring Dr Mahathir serta Muhyiddin semakin tumpul dan tidak berbisa lagi. Rakyat pula makin hilang minat.

Ketika semua mata tertumpu kononnya berlaku perpecahan dalam UMNO, tanpa sedar atau buat-buat tak sedar ialah perpecahan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana Deklarasi Rakyat dan Dr Mahathir.

Penyokong PKR seolah ‘butakan mata dan pekakkan telinga’ tentang perpecahan yang sedang berlaku dalam PKR ketika ini. Khabarnya Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wah Ismail dan anaknya Nurul Izzah berjuang sendirian untuk pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nama-nama besar dalam PKR seperti Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung dan Naib Presiden, Rafizi Ramli, Tian Chua dilihat lebih menyokong Dr Mahathir maka tinggalkan Wan Azizah dan pejuang reformasi yang kebanyakan telah meniti usia senja memperjuangkan nasib Anwar bagi mengelak pemimpin agung itu mereput dalam penjara.

Tidak hairanlah secara tiba-tiba nama Ezam Mohd Noor kembali menjadi sebutan apabila didakwa beliau mahu kembali menyertai PKR.

Ada pihak yang mengatakan Wan Azizah mahu Ezam kembali untuk mencantas pemimpin tertentu yang dilihat terlalu berkuasa dalam PKR. Namun ada pihak yang memberitahu, Ezam telah lama menyuarakan hasrat untuk kembali ke pangkuan PKR tetapi dibantah pemimpin-pemimpin PKR yang tertentu.

Rakyat melihat PKR sebuah parti yang tenang namun sebenarnya parti itu penuh dengan pergolakan. Anwar yang mulanya dikatakan menyokong Deklarasi Rakyat tetapi mengubah pendirian apabila mengkritik kerjasama Dr Mahathir.

Tiba lama selepas itu, timbul cerita dalam kalangan ahli PKR bahawa surat sokongan dari Penjara Sungai Buloh itu sebenarnya palsu, bukan ditulis Anwar.

Tidak hairanlah Wan Azizah enggan menerima Deklarasi Rakyat selagi pembebasan Anwar tidak dimasukkan sebagai salah satu agenda. Peliknya hanya Wan Azizah yang menyuarakan perkara ini sedangkan pemimpin kanan PKR lain diam seribu bahasa.

Dan sehingga hari ini, Wan Azizah enggan berjumpa dengan Dr Mahathir kemungkinan besar beliau tidak boleh memaafkan tragedi 1998 yang mengheret beliau dan keluarga ke kancah politik.

Dr Mahathir bukan sahaja menghina Najib dan pemimpin UMNO lain tetapi juga Anwar. Baru-baru ini ketika ditemubual media antarabangsa, Dr Mahathir sekali lagi menghina dengan melabelkan Anwar pemimpin tidak bermoral dan tua, maka tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Yang hairannya, pemimpin kanan PKR yang selama ini berjuang bersama-sama Anwar seakan terpukau dengan Dr Mahathir dan tidak mampu menolak penghinaan terhadap Anwar, maka mereka menerimanya. Sekaligus menunjukkan betapa hapraknya pemimpin-pemimpin PKR itu.

Kerana Deklarasi Rakyat dan Dr Mahathir, pemimpin PKR telah menunjukkan mereka sebenarnya tidak boleh dipercayai dan bukan pemimpin setia.

Kesian Anwar dan Wan Azizah. Mereka tidak habis-habis dikenakan oleh Dr Mahathir dan orang-orang yang rapat yang kononnya berjuang untuk keadilan tetapi sebenarnya lebih kepada kepentingan politik sendiri.

Nampaknya Anwar patut memikirkan secara serius untuk bersara dalam dunia politik kerana beliau semakin tidak relevan dan tidak lagi dipandang mulia oleh pemimpin PKR apatah lagi pemimpin pembangkang lain.

Apa yang agaknya ada dalam kepala pemimpin kanan PKR yang menyokong Dr Mahathir? Mereka sedar Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkan Najib bukan menjatuhkan UMNO atau BN. Jika Najib turun, penggantinya juga Perdana Menteri dari UMNO. Seperti tiada kebaikan kepada pembangkang yang menyokong Dr Mahathir kecuali publisiti murahan.

Dalam soal ini, kita patut ucap tahniah kepada PAS yang ‘masih waras’ berbanding parti pembangkang lain. Walaupun dihina dan dikeji penyokong pembangkang, PAS bijak dan tidak terperangkap dengan permainan Dr Mahathir yang sebenarnya ada agenda tersembunyi untuk menjatuhkan Najib.

Tahniah juga kepada pejuang reformasi tulen dalam PKR yang sedar dengan permainan politik dan masih setia memperjuangkan agenda untuk mereformasikan pentadbiran secara keseluruhan bukan sekadar menjatuhkan seorang pemimpin bernama Najib Razak.

USTAZ NORAZLI MUSA MENANG KES SAMAN FITNAH TUDUH BELIAU MENGELUARKAN KENYATAAN "SIAPA KELUAR PAS JATUH KAFIR.


Keputusan Perbicaraan Kes Saman Fitnah Ustaz Norazli Musa Presiden Geng Ustaz terhadap Ahmad Syihan Ismail di Mahkamah Seksyen Kota Bahru Kelantan hari ini 19 April 2016.

Ustaz Norazli Musa diwakili oleh peguam Tetuan Srihana dan Partners.

Mahkamah mendapati bahawa pihak defendan telah menerbitkan kata-kata fitnah dalam facebook beliau iaitu " ceramah di Jelai semalam Norazli Taliban kata sape Keluar Jamaah Islam ( PAS ) jatuh kafir " yang tidak pernah disebut oleh Ustaz Norazli Musa dalam ceramah beliau.

Terbitan kata-kata fitnah itu telah menyebabkan persendaan dan cemuhan masyarakat umum terhadap plaintif Ustaz Norazli Musa yang tidak pernah menyebut hal berkaitan.

Mahkamah telah memutuskan dan membenarkan tuntutan dan memberikan gantirugi am serta teladan sebanyak RM 50 ribu beserta kos perbicaraan RM 4450 dan juga defendan dikehendaki membuat permohonan maaf.

ORANG KEPERCAYAAN ANWAR KINI SUDAH MENJADI KETUA SEKRETARIAT DEKLARASI RAKYAT YANG DIKETUAI TUN MAHATHIR.



Orang kepercayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyertai PKR tidak lama dahulu, Datuk Kamaruddin Jaffar telah dilantik sebagai Ketua Sekretariat Deklarasi Rakyat, sebuah badan yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Setiausaha Agung PAS itu dilantik dalam mesyuarat penuh gerakan Selamatkan Malaysia yang disertai para pemimpin pertubuhan dan parti politik Jumaat lepas.

Kamaruddin, bekas Setiausaha Agung ABIM sewaktu dipimpin Anwar, ketika dihubungi mengesahkan perlantikan itu yang katanya dibuat di hadapan semua pemimpin utama gerakan untuk menyingkirkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Ya betul, saya dilantik dalam mesyuarat Jumaat lepas," kata Kamaruddin yang sebelum ini dilantik oleh PKR untuk mengendalikan pejabat Ketua Umum PKR ketika Anwar berada dalam penjara.

Di samping perlantikan Kamaruddin yang juga ahli parlimen Tumpat itu, Deklarasi Rakyat juga kini mendapat pejabat baru yang disumbangkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kamaruddin dipercayai akan bertugas mengendalikan sektretariat gerakan ini sehingga matlamat untuk menjatuhkan Najib daripada jawatan perdana menteri tercapai dan digantikan dengan pemimpin UMNO lain seperti mana kehendak dan kemahuan Tun Mahathir sendiri dan disahkan oleh anaknya Mukhriz Mahathir serta Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini, Datuk Zaid Ibrahim dianggap sebagai setiausaha kepada gerakan ini kerana beliau mengetuai jawatankuasa penyelaras termasuk menganjurkan Kongres Rakyat di Shah Alam, 27 Mac lepas.

Zaid turut berada dalam mesyuarat yang melantik Kamaruddin itu.

Kongres yang disertai semua pemimpin yang menyokong gerakan pimpinan Tun Mahathir ini masih belum berjaya menyatukan semua kumpulan dalam PKR untuk bersama-sama Tun Mahathir yang dianggap musuh tradisi Anwar sebelum ini.

Dalam satu forum di Shah Alam Jumaat 14 April lepas, Tun Mahathir menegaskan, fokus gerakan ini adalah untuk menjatuhkan Najib sahaja, sesuatu yang dipersetujui oleh semua yang menyertai gerakan ini tetapi membisu agenda membebaskan Anwar dimana para pengkagum dan pemuja Anwar melihat Deklrasi Rakyat ini tidak lebih dari suatu agenda peribadi Mahathir semata-mata yang beberapa pemimpin pembangkang turut tumpang sekaki tanpa sedari diri mereka jua terheret sama.

Perlantikkan ini nanti sudah pasti akan melebarkan lagi jurang keharmonian dan kepercayaan sesama pemimpin PKR yang pro Mahathir dan masih ketat anti Mahathir sebab tidak dapat melupoakan kezaliman dilakukn oleh regim Mahathir keatas pemimpin pujaan mereka Anwar Ibrahim tahun 1998 lalu.

Ramai beranggapan penglibatan secara aktif dan ligat beberapa pemimpin Pakatan Harapan dalam Deklarasi Rakyat ini tidak lebih umpama “berniaga buluh kasap, dapat hujung pangkal lesap”.

Sunday, 17 April 2016

SPRM SERBU BALAI POLIS DAN TAHAN 5 ANGGOTA POLIS CAWANGAN PENCEGAH JENAYAH.



17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, selepas serbuan di balai berkenaan awal pagi tadi.

Dalam serbuan jam 3.30 pagi itu, sepasukan pegawai SPRM menahan semua anggota terbabit berhubung rasuah selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Semua anggota terbabit ditahan ketika berada dalam bilik Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) selepas SPRM mengepung balai berkenaan.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk M Samarajoo, berkata semua lima anggota berkenaan kini masih ditahan untuk siasatan lanjut berhubung maklumat yang diterima.

“Kita tempatkan mereka di lokap SPRM untuk siasatan lanjut dan akan membebaskan mereka dengan jaminan selepas keterangan mereka direkodkan,” katanya kepada BH.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut butiran siasatan kes yang dilakukan berhubung tangkapan ke atas anggota polis terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab, mengesahkan serbuan itu dan penahanan anggota balai berkenaan oleh SPRM Pulau Pinang dan sedang menunggu laporan dari SPRM.

Friday, 15 April 2016

DUA AHLI PERNIAGAAN MAUT DITEMBAK KETIKA BERADA DALAM KENDERAAN YANG MEMPUNYAI LOGO DARJAH KEBESARAN.



KOTA KINABALU 15 April - Dua ahli perniagaan berasal dari Sibu, Sarawak maut manakala seorang rakan mereka selamat selepas ditembak ketika berada di dalam kenderaan di Jalan Kolam, Luyang kira-kira pukul 7.30 pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Sallehuddin Abdul Rahman berkata, ketika kejadian, kenderaan pacuan empat roda dipandu salah seorang mangsa didekati oleh dua lelaki menggunakan motosikal sebelum melepaskan lapan das tembakan.

Katanya, polis masih menyiasat motif pembunuhan serta pemilik kenderaan jenis Toyota Land Cruiser itu yang mempunyai logo darjah kebesaran.

Thursday, 14 April 2016

SIKAP GELOJOH RAFIZI BAKAL MENYAKSIKAN PKR BERPECAH DAN PAKATAN HARAPAN MAU TAWAN PUTRAJAYA TINGGAL HARAPAN.



Deklarasi Rakyat yang diumumkan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bagi mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan merupakan deklarasi tergesa-gesa disamping terselit agenda politik peribadi.


Bekas Pengarah Eksekutif Perikatan Wartawan Asia Tenggara, Gayathry Venkiteswaran menggariskan empat sebab mengapa deklarasi tersebut perlu ditolak oleh rakyat.


Sebab pertama digariskan Gayathry merupakan deklarasi tersebut dibentuk oleh orang kuat UMNO sendiri untuk menumbangkang pemimpin parti tersebut agar mereka boleh menggantikan pucuk pimpinan tersebut.


"Kenyataan Mukhriz membuktikan mereka sangat mahukannya (deklarasi rakyat), dan ianya merupakan untuk menggulingkan peneraju (UMNO), supaya beliau boleh berkuasa. Oleh sebab itu, mereka boleh menganjurkan petisyen bersama penyokong kuat Mahathir dalam UMNO dan buat sesuka hati mereka.


"Jadi saya tidak akan menandatangani deklarasi untuk memberi Mukhriz, Muhyiddin dan Mahathir apa-apa kuasa," katanya.


Tambahnya, proses rundingan deklarasi rakyat dibuat dengan tergesa-gesa dimana ianya merupakan proses paling kritikal dalam mana-mana rundingan.


"Tetapi bukan dokumen Mahathirian ini yang dibuat dengan terburu-buru dan senyap. Saya tidak akan tandatangan deklarasi dengan input rakyat yang sedikit dan tidak dibuka secara langsung," katanya.


Katanya, Mahathir meletakkan Deklarasi Rakyat sebagai satu-satunya pilihan atau inisiatif menukar kerajaan lantas mengecilkan jalan lain seperti tekanan politik, kempen dan sebagainya.


"Jadi saya menentang mereka yang menyokong inisiatif deklarasi dan mendakwa baki kami yang lain tidak berbuat apa, mendakwa mereka yang meletakkan kepada proses pilihan raya tidak akan berlaku.


"Mengecilkan sekutu kamu dan, lebih teruk rakyat jelata bukanlah satu ciri sebuah masyarakat yang kuat.

Deklarasi ini mungkin sebuah jalan kepada sesetengah pihak tetapi tolong jangan sampaikannya sebagai satu-satunya pilihan yang ada ketika ini. Saya tidak akan tandatangan deklarasi kerana saya akan ambil jalan lain yang ada untuk saya," ujarnya.


Ujarnya lagi, mungkin mudah bagi sesetengah pihak memaafkan kesilapan lampau Dr Mahathir namun ramai juga yang sengsara dengan salah tadbir bekas Perdana Menteri itu, maka beliau juga perlu dihukum diatas kesalahan yang telah dilakukannya.


"Satu mekanisma akauntabiliti diperlukan bagi mereka yang menjadi mangsa salahlaku dan mencari keadilan.

Memaafkan perlu ditukar kepada sebuah kebertanggungjawapan kepada mereka yang berkuasa. Proses perdamaian formal diperlukan kepada mereka yang terlibat dimasa lampau. Perkara tersebut belum terjadi dan dilihat tidak ditawarkan.


"Mahathir perlu bertanggungjawab diatas tindakannya. Tidak mencukupi untuk mendengar beberapa orang mengatakan mereka memafkan beliau hanya untuk mewajarkan deklarasi Mahathirian. Saya tidak akan tandatangan," katanya lagi. ....   CHEGUBARD


KUPASAN OMAK KAU:-


Memiliki kelayakan akademik cemerlang dari universiti terbilang tidak bermakna apa jua tindak tanduk dan perancangan akan berhasil dengan penuh bergaya, cemerlang, gemilang dan terbilang jua.

Sudah ada sejarah betapa Langkah Kajang menyebabkan Pakatan Rakyat yang suatu ketika dulu gabungan pembangkang yang cukup kuat dan ampuh dalam sejarah negara sejak merdeka terus hancur berderai.

Diikuti dengan kemelut MB Selangor yang memberi gambaran yang sudah terbentuk dalam minda dan jiwa rakyat betapa PKR adalah sebuah parti yang sanggup lakukan apa sahaja hatta menipu dan memfitnah sesama pemimpin demi pelahap kuasa dan membalas dendam kesumat.

Muafakat Selamatkan Malaysia cetusan idea Rafizi ini tidak mustahil akan berakhir dengan perpecahan teruk PKR dalam masa terdekat ini. Suara-suara bantahan dan berang sudah mula kedengaran diakar umbi.

PKR langsung tidak memiliki apa-apa pilihan selain memastikan dua pemimpin PKR iaitu Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution Ismail tidak lagi memegang apa-apa jawatan penting dalam parti jika mau PKR terus relevan dan diterima umum.

Jika mau ubah kerajaan, terlebih dahulu lakukan perubahan dalam struktur organisasi parti terlebih dahulu.

Rakyat amat dahagakan pemimpin yang komited, jujur dan ikhlas bukannya kaki gurau senda jiwa penuh dengan hasad dengki dan dendam kesumat.

Paling utama pilihlah pemimpin menawal dan mentadbir PKR tergolong dari mereka yang cukup mesra dan diterima PAS jika masih menyimpan hasrat mau tawan Putrajaya.

Tuesday, 12 April 2016

RESTORAN IKAN BAKAR HARGA CEKIK DARAH!!!!!

Seorang pelanggan restoran ikan bakar dan makanan laut di Pantai Jeram, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan melahirkan rasa geram, berang dan benggangnya apabila dicaj dengan harga yang begitu mahal untuk beberapa makanan laut yang jumlah dan beratnya tidak seberapa.

Bayangkan kangkung pun harga hampir RM50????? Kangkung jenis apa itu??? Kangkung organik pun tidak semahal itu.

Monday, 11 April 2016

PEGAWAI KANAN SPRM DITANGKAP SEDANG MENERIMA SOGOKAN RM20,000 TIADA KAITAN DENGAN KES GUAN ENG.


PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan bahawa penahanan seorang pegawai suruhanjaya itu baru-baru ini ada kaitan dengan siasatan kes membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata pegawai lelaki berusia lewat 30-an itu ditahan selepas disyaki meminta rasuah sebanyak RM20,000 sebagai wang perlindungan daripada seorang pegawai polis yang disiasat SPRM.

“Justeru, ingin saya jelaskan bahawa tuduhan beliau ditangkap kerana kononnya cuba menghapus bukti kes melibatkan siasatan Guan Eng adalah tidak benar.

“Pegawai yang bertugas di SPRM Putrajaya itu ditahan sendiri oleh SPRM dalam satu kes perangkap di Bangi, Selangor,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau mengulas dakwaan dalam satu laman blog bahawa SPRM cuba menghapus bukti berkaitan kes siasatan pembelian banglo oleh Lim di bawah harga pasaran dengan menahan seorang pegawainya yang berasal dari Pulau Pinang bersama-sama wang RM50,000 di Putrajaya.

Selain dakwaan kononnya cuba menghapuskan fail kes Ketua Menteri Pulau Pinang itu, blog itu turut mendakwa sumber dalaman SPRM memaklumkan penangkapan pegawai itu juga ada kaitan dengan kes penyelewengan dana kerajaan di Kementerian Belia dan Sukan bernilai lebih RM100 juta.

Mengulas lanjut, Azam berkata dakwaan berhubung jumlah wang dan lokasi tangkapan jelas berbeza daripada fakta sebenar iaitu pegawai tersebut sebenarnya ditahan pada tengah hari 7 April lepas di Bangi, dan penemuan wang sebanyak RM20,000 daripada suspek.

Katanya kertas siasatan bagi pertuduhan sudah siap dan pegawai tersebut dijangka didakwa esok sama ada di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atau Shah Alam, Selangor.

Sunday, 10 April 2016

DEKLARASI TUN M-KIT SIANG ANJURAN ANAK MUDA GAGAL DAPAT SAMBUTAN ... LEBIH BANYAK KERUSI TANPA PENGHUNI DARI YANG HADIR



Program ‘Deklarasi Mahathir – Lim Kit Siang’ anjuran kumpulan yang mengelar diri mereka sebagai ‘Anak Muda Selamatkan Malaysia’ gagal mendapat sambutan seperti yang diharapkan petang semalam.

Tinjauan yang hadir ketika membuat liputan program yang di adakan di dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru itu mendapati, anggaran kehadiran hanya sekitar 30 ke35 orang.

Program yang diadakan itu turut dihadiri oleh Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr. Afif Bahardin; Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dalam setiap ucapan yang disampaikan, mereka yang hadir turut merayu golongan belia untuk menandatangani deklarasi tersebut sambil menjelaskan sambutan yang diterima setakat ini tidak begitu menggalakkan.

Tun Dr Mahathir Mohammad pada 4 Mac lalu mengetuai majlis menandatangani deklarasi tersebut bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas menteri besar Kedah, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir, Dato' Zaid Ibrahim dan lebih kurang 50 orang pimpinan parti pembangkang.



EZAM AKAN MENYERTAI SEMULA PKR BAGI MEMBANTU MENGUKUHKAN POLITIK KAK WAN?????



Bekas senator, Mohamad Ezam Mohd Nor dijangka akan menyertai semula PKR dalam masa terdekat dikatakan bagi membantu mengukuhkan politik Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti.

Menurut sumber , Wan Azizah telah mengadakan perjumpaan dan beberapa perbincangan dengan Ezam berhubung perkara itu.

“Apa yang saya boleh katakan ketika ini, kak Wan (Wan Azizah) telahpun mengadakan perbincangan bersama Ezam dan satu pelan sedang dirangka untuk membawanya kembali bersama PKR.

“Setakat ini hasil perbincangan amat positif dan Ezam dikatakan telah bersetuju untuk membantu mengukukuhkan sokongan politik Kak Wan di dalam PKR yang semakin merosot, malah Ezam baru-baru ini juga dilihat semakin ‘garang’ menyerang pentadbiran Najib dan itu merupakan sebahagian daripada strategi yang diatur,” katanya.

Ezam sebelum ini melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Negara yang disandangnya sejak 2010 apabila dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan berkuat kuasa 15 Mac 2014.

Namun sejak 1 April lalu, Ezam tidak lagi berkhidmat dengan Kementerian Kewangan, walaupun kontraknya masih berbaki sehingga tahun depan.

Menurut sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu juga berkata, antara peranan dan tanggungjawab Ezam ialah mewujudkan ‘SEMAK DAN TIMBANG’ di dalam parti yang ketika ini sedang didominasi dan dikuasi hampir secara total oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali

“PKR ketika ini sedang dikuasai oleh Azmin dan orang-orangnya dan perkembangan itu dilihat sangat bahaya dan mampu ganggu gugat politik Kak Wan.

“Azmin dikatakan telah mengunakan kesempatan sebagai Dato' Menteri Besar Selangor untuk mengukuhkan kedudukkan politiknya sekaligus menyebabkan pengaruh Kak Wan semakin lemah dan luntur” katanya lagi.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan itu meninggalkan parti pada tahun 2007 kerana hilang keyakinan terhadap bekas bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan menyertai semula UMNO pada tahun 2008 dan kini memegang jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kota Raja yang dimenanginya tanpa bertanding.

Selepas tempoh beliau sebagai senator berakhir pada 2014, beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Hisbah Centre For Reform.

Seandainya apa yang dikatakan ini menjadi kenyataan maka pergolakan dalam PKR akan menjadi semakin menarik dan sengit.

Monday, 4 April 2016

VIDEO LELAKI DIPERCAYAI ANGGOTA POLIS PUKUL ISTERINYA YANG MASIH DALAM PANTANG DALAM KAWASAN BALAI POLIS TERSEBAR


Seorang anggota polis didakwa memukul seorang wanita dipercayai isterinya yang masih dalam pantang.

Menerusi video yang tersebar, kejadian dikatakan berlaku di Balai Polis Felda Redong dekat Segamat, Johor.

Seorang wanita bernama Eyka Zulaikha yang melihat kejadian itu telah merakam video dan kemudian memuat naik rakaman tersebut di Facebook.

Video itu dimuat naik dengan kapsyen berbunyi; “Tindakan seorang anggota polis Redong yang kurang ajar sanggup bersikap kasar terhadap isteri yang dalam pantang!!! tolong viralkan supaya di ambil tindakan dengan segera!!!,” tulisnya.

Berdasarkan visual berkenaan, dilihat seorang wanita berjalan terbongkok-bongkok sambil menggendong seorang kanak-kanak dan dipimpin oleh ibunya.

Seorang lelaki yang dipercayai anggota polis di balai berkenaan telah keluar lalu menampar wanita berkenaan.




INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...