Monday 31 October 2011

BINI DAN ANAK NAJIB BERSHOPPING SAKAN, DIA PULA TIDUR BERDENGKUR DIPERSIDANGAN CHOGM PERTH AUSTRALIA.PERTH


Rosmah Mansor Dilaporkan Telah Membeli Sejumlah Mutiara Bernilai $150,000 (RM387,888)  anak perempuannya berbelanja $60,000(RM193,944) di Australia?


Bini PM Najib Razak, Rosmah Mansor yang diketahui umum sebagai seorang yang boros dan gemar bermewah-mewahan dengan pelbagai barangan mahal, kali ini kantoi lagi.

Sewaktu mengikuti suaminya Najib Razak ke persidangan negara2 komenwel, CHOGM di Perth Australia, menurut Akhbar The West Australia, Rosmah Mansor dilaporkan telah membeli sejumlah mutiara bernilai $150,000 (RM387,888).

Malah anak perempuannya juga turut berbelanja sakan di David Jones sehingga $60,000 (RM193,944). Najib Razak menyeru agar rakyat semua berbelanja secara berhemah memandangkan ekonomi berada di dalam keadaan yang tidak menentu. Dalam masa yang sama isteri dan anaknya sendiri berbelanja sakan.



PANDANGAN OMAK:-


INILAH DIA KELUARGA YANG DISANJUNG DAN DIKAGUMI OLEH AHLI-AHLI, PENYOKONG,PENDOKONG DAN PECACAI-PECACAI UMNO...KELUARGA YANG HIDUP DALAM PENUH KESEDERHANAAN...KELUARGA PEMIMPIN CONTOH...KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA SEPATUTNYA BERASA MALU AKAN KESEDERHANAAN HIDUP MEREKA...OMAK MENYERU KAPADA RAKYAT DAN JUGA DIRI OMAK SENDIRI....CONTOHILAH CARA HIDUP NAJIB SEKELUARGA...UMNO IS DEAD...PR GANTI BN.

BILA MENTERI UMNO BEROTAKKAN "LEMBU" BERSUARA......


Projek feedlot RM73j diakui untuk keluarga Shahrizat
Menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Noh Omar mengakui bahawa projek Pusat Feedlot Kebangsaan bernilai RM73.64 juta yang digambarkan dalam keadaan "kacau-bilau" oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah diberikan kepada anggota keluarga seorang menteri kabinet.

Ketika ditanya, Noh mengakui bahawa projek berkenaan telah diberikan kepada anggota keluarga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

NONENamun, Noh  menjelaskan bahawa penganugerahan projek berkenaan dibuat tanpa melanggar apa-apa peraturan.

"Ya, apa salahnya kalau dia meniaga dan dia bukan kerja direct nego(rundingan terus)?" soal Noh kembali ketika ditanya mengenai projek yang menurutnya telah dianugerahkan melalui "tender terbuka" itu.

Ditanya lanjut dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Noh bagaimanapun bersetuju bahawa projek berkenaan telah diberikan secara tender terhad.

"Cara pemilihan syarikat yang dipilih untuk program National Feedlot ini bukan diberi secara rundingan terus. Semasa dibuka projek ini, ada enam syarikat buat persembahan kepada pihak jawatankuasa," katanya.

Daripada enam syarikat berkenaan, jawatankuasa kementerian pada 2006 telah memilih Agro Science Industries Sdn Bhd dan sebuah syarikat Australia, Lambert Malaysia Sdn Bhd.

"Lambert dia lari, dia tak sanggup buat. Kalau kita tengok laporan audit kata pagar runtuh itu semua sebab Lambert larilah tu," katanya lagi yang juga ahli parlimen Tanjong Karang dalam ucapan penggulungannya di Dewan Rakyat sebelum itu.

Ditanya dalam sidang media, Noh berkata sukar untuk mengambil tindakan ke atas Lambert kerana kerajaan tidak menandatangani apa-apa perjanjian dengan syarikat berkenaan.

Kementerian juga sedang membincangkan untuk menawarkan tanah pajakan seluas 500 ekar yang ditinggalkan oleh Lambert itu kepada syarikat lain.

Tegasnya, projek feedlot berkenaan bukanlah satu projek gagal kerana syarikat Agro Science telah berjaya membekalkan sejumlah 8,016 ekor lembu sepanjang tempoh 2008 hingga 2010 seperti yang disasarkan.

Bagaimanapun, kerajaan masih belum membayar sejumlah RM6.48 juta daripada jumlah geran sebanyak RM13 juta.

Laporan Audit Negara sebelum ini menyebut badan itu kekurangan 4,000 ekor lembu yang sepatutnya dibekalkan dan tindakan berkenaan menyebabkan program keusahawanan seperti yang disyaratkan oleh kerajaan tidak dapat dijalankan.

NFC juga enggan mengulas dakwaan PKR bahawa projek tersebut hanya memenuhi 0.6 peratus daripada permintaan kerajaan dan jauh ketinggalan daripada sasaran 40 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan...

PANDANGAN OMAK:-

PENJELASAN YANG JELAS DARI SEORANG MENTERI YANG MEMILIKI OTAK LEMBU....HANYA MENTERI BEROTAKKAN LEMBU SAJA AKAN MEMPERTAHANKAN PROJEK LEMBU YANG GAGAL MENCAPAI SASARAN DAN WUJUD PENYELEWENGAN...LEMBU AKAN BERCAKAP BAHASA LEMBU DAN DISOKONG OLEH LEMBU JUGA...JANGAN KITA MENJADI LEMBU ATAU MUDAH DIPERLEMBUKAN OLEH LEMBU-LEMBU UMNO..UMNO IS DEAD..PR GANTI BN.


JUAK-JUAK UMNO CAKAP BERDEGAR KONONNYA MALAYSIA DIBAWAH PEMERINTAHAN UMNO SYURGA MENCARI REZEKI WARGA ASING. KISAH INI APA CERITA BEB!!!!



Sejuta rakyat Malaysia bekerja di luar negara


2011/10/31

KUALA LUMPUR: Dianggarkan sejuta rakyat Malaysia bekerja di luar negara sehingga April tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SK Devamany, berkata angka itu dikeluarkan Bank Dunia berikutan kajian bersama dengan Unit Perancang Ekonomi JPM.
Beliau berkata, penubuhan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) adalah langkah tepat dalam usaha menarik mereka untuk kembali berkhidmat di tanah air.
"Antara usaha TalentCorp untuk menjangkau golongan ekspatriat Malaysia yang masih bekerja di luar negara termasuk pelaksanaan program Returning Expert Programme (REP)," katanya ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) mengenai warga Malaysia berkenaan.

Katanya, bagi mereka yang masih ingin bekerja di luar negara, TalentCorp berusaha membina jaringan profesional dengan mereka untuk mengketengahkan peluang pekerjaan serta menggunakan kepakaran dan jaringan mereka di luar negara yang boleh dimanfaatkan untuk pembangunan ekonomi negara.

"TalentCorp menjalankan sesi temu seru bagi membina jaringan dengan warga Malaysia di luar negara, termasuk di Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom," katanya.

Devamany berkata, golongan itu dianggap penting kerana mereka turut menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar melalui wang yang dihantar pulang. - BERNAMA

PANDANGAN OMAK:-



MALAYSIA ADALAH SYURGA MENCARI REZEKI PEKERJAAN YANG WARGA KITA TAK SELERA NAK BUAT...PEKERJAAN SEBAGAI BURUH KASAR,AMAH DAN SEKTOR PELADANGAN...SEKTOR YANG MENGGUNAKAN KUDRAT DAN BUKAN OTAK...WARGA YANG BEROTAK PULA MENCARI REZEKI DILUAR NEGARA....INILAH AKIBATNYA BILA DISERAHKAN YANG TIDAK BERAKAL DAN KURANG GUNAKAN OTAK MENJAGA DAN MENTADBIR NEGARA...UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN.

SATU M'SIA KRONI DIDAHULUKAN TENDER DIUTAMAKAN!!!!!


1Bestarinet Milik YTL Communications Sdn Bhd. YTL Menang Tender RM1.5 Bilion Kalahkan TM-TIMEShare

1bestarinet 1Bestarinet Milik YTL Communications Sdn Bhd. YTL Menang Tender RM1.5 Bilion Kalahkan TM TIME
Kalau dahulu ada sekolah-sekolah ada program Schoolnet. Dan sekarang ini dengan projek 1Bestarinet ini. Bagi kami matlamat bagi projek 1Bestarinet ada baiknya. Tetapi, “yang menariknya” ia telah dianugerahkan kepada YTL. Contoh tender 1Bestarinet yang diberikan YTL Communications Sdn Bhd ada dalam berita ini. 
Kalau semak berita sebelum ini daripada The BorneoPost, kemungkinanan Telekom Malaysia (TM) dan Timedotcom dilihat akan kemampuan untuk mendapat projek 1Bestarinet. Manakala berita daripada The Star pula melaporkan YTL hampir pasti mendapat projek 1Bestarinet ini :
YTL dah dapat dah pun projek 1Bestarinet ini :
1bestarinet 4 1Bestarinet Milik YTL Communications Sdn Bhd. YTL Menang Tender RM1.5 Bilion Kalahkan TM TIME
1bestarinet 3 1Bestarinet Milik YTL Communications Sdn Bhd. YTL Menang Tender RM1.5 Bilion Kalahkan TM TIME
Kalau sekarang ini anda nak cari di laman web Kementerian Pelajaran Malaysiatiada lagi. Telah pun dikeluarkan dalam tempoh beberapa jam sahaja sebelum ini.
Projek 1Bestarinet akan menghubungkan 9924 sekolah satu Malaysia yang bernilai RM1.5 bilion
Kenapa kami mengeluarkan berita pemberian projek 1Bestarinet ini kepada YTL ?
  • Projek 1Bestarinet ini akan menyediakan saluran internet dan pembelajaran virtual (internet acces and virtual learning) selama 15 tahun
  • YTL ini menang tender bukan calang-calang saingannya, kebanyakan berpangalaman dalam industri ini. Syarikat-syarikat lain seperti TM, Timedotcom, Maxis dan Celcom yang ternyata terbabit terus dalam bidang telekomomunikasi dan lCT ‘fibre’ seperti TM begitu mudah diketepikan
  • Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)  ”lebih senang” memilih YTL daripada yang lain
  • Apabila YTL dapat projek, lepas tu akhirnya guna TM/TDC punya infra. “Pimai-pimai Tang Tu” juga
  • Dan…..yang menjadi kemusykilan & kerisauan sekarang ini pastilah melibatkan data yang diperolehi mereka. YTL mampu menembusi maklumat-maklumat strategik mengenai diri pelajar, ibu bapa, tempat kerja, pendapatan ibu bapa dan apa-apa perkara yang berkaitan soal keselamatan, demografi dan politik negara
1bestarinet 2 1Bestarinet Milik YTL Communications Sdn Bhd. YTL Menang Tender RM1.5 Bilion Kalahkan TM TIME
Apa kita nak sistem pendidikan di Malaysia menjadi lebih baik, kita mesti menjadikan sistem pendidikan negara lain yang lebih baik dari Malaysia untuk dijadikan contoh. Boleh semak video yang menceritakan corak sistem pendidikan di Finland. Mungkin ada sesuatu yang boleh perhatikan dan praktikkan di Malaysia….
PANDANGAN OMAK:-
APO LAGI NAK DIKATO..YANG KAYO BERTAMBAH KAYO.. YANG MISKIN MENJADI PAPO KEDANO...MANO SUARO PERKASO,PEKIDA,PENGAJUR HIMPUNAN SEJUTA UMAT DAN PEMUDO UMNO??????... JANGAN SONYAP....BERSUARO SIKIT... RAKYAT NAK DONGAR..UMNO IS DEAD... PR GANTI BN.

SAMSENG JALANAN SUDAH JADI "PEJUANG KETUANAN MELAYU"



Mat rempit dakwa KM Pulau Pinang rasis
Kira-kira 200 mat rempit mengadakan tunjuk perasaan di bangunan bersejarah jam besar Pulau Pinang yang berhampiran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menuntut ‘litar perlumbaan’ dibina bagi kegunaan mereka.

NONEKumpulan, yang diketuai oleh Ahmad Shahabuddin - wakil Pertubuhan Islam Gabungan Amal - berbaris di sepanjang kawasan itu dengan motosikal mereka kira-kira jam 1 tengahari dan membunyikan hon selama kira-kira 15 minit sebelum disuraikan oleh polis.

Tindakan mereka dipercayai didalangi politik kerana kebanyakan penunggang berkemeja-T berwarna kuning dengan tertera perkataan ‘LGE rasis’ - merujuk kepada ketua menteri Lim Guan Eng - dan projek 'Selamatkan Pulau Pinang'.

Mereka juga membawa sepanduk yang berbunyi “Kami mahu litar lumba”.
Topi kaledar

Lima penunjuk perasaan, termasuk Shahabuddin, ditahan polis yang telah mengekori sebahagian daripada ahli kumpulan itu dari bangunan Komtar, tempat pentadbiran negeri.

NONEAdalah difahamkan bahawa mat rempit itu bermula dari Jalan Pulau Pinang dan bergerak ke  Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Dewan Undangan Negeri melalui Jalan Street Light.

Semasa tangkapan itu, berlaku pergelutan kecil di antara polis dan penunjuk perasaan yang terus  menjerit. Ada juga yang mencampakkan topi kaledar.

Sebahagian bangunan Komtar sebelum ini telah dicemari dengan grafitti tulisan “Guan Eng tipu Melayu” tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kumpulan mat rempit itu yang bertanggungjawab.

NONEKetua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata kumpulan berkenaan merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Lim berhubung beberapa isu yang melibatkan mereka.

"Kami benarkan mereka untuk menyerahkan memorandum itu kerana ini negara demokrasi. Tetapi jika (himpunan itu) tidak aman, ia boleh menimbulkan keadaan huru-hara dan menyebabkan kehilangan hartabenda," kata Gan.

Mereka yang ditahan akan disiasat kerana menyertai perhimpunan haram di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis.
Kata Gan, selain Sabaruddin, empat individu lain ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibebaskan selepas keterangan diambil.

DI KUALA TERENGGANU:-


JPJ Lancar Operasi Besar-Besaran Terhadap Pengguna Motosikal
KUALA TERENGGANU: Mulai tahun depan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi secara besar-besaran di seluruh negara memandangkan kadar kemalangan pengguna motosikal semakin kritikal.
Timbalan Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad berkata perkembangan ini boleh dilihat pada data-data Ops Sikap sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini yang menyaksikan kemalangan membabitkan pengguna motosikal meningkat kepada 61.6 peratus berbanding 59.7 peratus pada tahun lepas.“Kalau kita tengok dalam tempoh 2001-2010, kadar kemalangan maut di kalangan pengguna motosikal ialah 58.2 peratus,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Inovasi JPJ Peringkat Negeri Terengganu di sini, Ahad.
Turut hadir Pengarah JPJ negeri Abdul Rahman Emang Anyie.
Ismail berkata memandangkan masalah motosikal begitu kritikal di Terengganu, negeri itu dipilih sebagai perintis operasi tersebut diikuti negeri-negeri yang lain dari semasa ke semasa.
Beliau berkata hasrat JPJ untuk mengurangkan kadar peratus kemalangan maut tidak akan berjaya sekiranya ada peningkatan kemalangan di kalangan pengguna motosikal.
Ismail berkata JPJ telah mengeluarkan saman terhadap pengguna motosikal sepanjang Op Sikap yang lalu di Terengganu sebanyak 1,807 dan 12 buah di sita atas pelbagai kesalahan.
Beliau berkata pada Hari Raya Aidiladha ini JPJ akan mengadakan operasi secara sederhana di seluruh negara.
Sementara itu, katanya usaha ke arah kecemerlangan adalah satu usaha yang berterusan, tanpa had waktu atau batasan. “Hari inovasi hendaklah dilihat sebagai hari bagi mengulangi iltizam atau komitmen warga JPJ kepada kerajaan dan rakyat,” katanya. -BERNAMA


PANDANGAN OMAK:-


OPERASI ANTARA DUA DARJAT....ORANG YANG TERDESAK AKAN MEMBUAT PERKARA YANG TERDESAK JUGA...UMNO KINI SUDAH DESPRADO....TERLAMPAU DESPRATE SEHINGGA MENGGUNAKAN SAMSENG JALANAN....NAK SURUH PERKASA ,PEKIDA DAN PEMUDA UMNO DAH TAK LAKU ....SAMSENG JALANAN NI LAGI PUN UPAHNYA JAUH LEBIH MURAH.... SETANGKI MINYAK PENUH DAN RM20 DUIT KOCEK SUDAH KAUTIM....SEPATUTNYA PIHAK POLIS AMBIL KESEMPATAN UNTUK KEPONG DAN SAMAN SEMUA SAMSENG JALANAN NI... TAK PAYAH BERSUSAH PAYAH NAK KEJAR MENGEJAR SAMPAI BUAT OPERASI KHAS...NAMPAK BENOR SAMSENG JALANAN NI ADA BACKING PIHAK TERTENTU SAMPAI SEKADAR 5 INDIVIDU DITAHAN DAN DIBEBASKAN SELEPAS DIAMBIL KETERANGAN....RAKYAT BUKANNYA BODOH LAGI....MEREKA SUDAH BOLEH BERFIKIR DAN MENILAI....UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN.

BERANIKAH POLIS BERTINDAK KEATAS UMNO-ON LINE??????



Zairil buat laporan polis terhadap UMNO-Online




Berikutan kengganan pihak UMNO-Online, iaitu laman web rasmi UMNO, untuk menghentikan, menarik balik dan meminta maaf atas laporan-laporan palsu dan berunsur fitnah yang terus dimainkan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan keluarganya, saya selaku Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang telah membuat laporan polis agar tindakan akan diambil ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Sehingga hari ini, sudah terdapat sembilan laporan yang membawa tuduhan liar bahawa kononnya anak kepada Ketua Menteri terbabit dalam kejadian mencabul seorang pelajar perempuan.  Di samping itu, laporan-laporan tersebut juga mendakwa bahawa Ketua Menteri telah membayar RM200,000 kepada keluarga pelajar perempuan tersebut sebagai sogokan untuk berdiam.

Laporan-laporan tersebut disenaraikan dalam jadual di bawah:
a)
Dakwaan Cabul: Tindakan Guan Eng Berdolak Dalih Timbulkan Banyak Persoalan
18 Okt 2011
b)
Isu Cabul: Guan Eng Mesti Jelaskan Perkara Sebenar Atau Ambil Tindakan
18 Okt 2011
c)
Guan Eng Jangan Perbodohkan Pengundi Dengan Cara Putar Alam
19 Okt 2011
d)
Isu Cabul: Sejak Bila Pembangkang Pandai Bercakap Soal Moral??
19 Okt 2011
e)
Dari Rambut Panjang Ke Gejala Dadah, Guan Eng Makin Berputar Belit
20 Okt 2011
f)
Kalau Fitnah Guan Eng Patut Saman Bukan Beri Kenyataan Berbelit-belit
21 Okt 2011
g)
Isu Cabul: Guan Eng Patut Saman Bukan Terus Politikkan Anak Untuk Cari Simpati
25 Okt 2011
h)
Rasuah RM200 Ribu : Empat Laporan Polis Dibuat Terhadap Lim Guan Eng
25 Okt 2011
i)
Isu Cabul : Guan Eng Umpama Penembak Buta
28 Okt 2011
Jadual 1: Senarai laporan-laporan di UMNO-Online

Tambahan pula, laporan-laporan "Guan Eng Jangan Perbodohkan Pengundi Dengan Cara Putar Alam" dan "Isu Cabul: Sejak Bila Pembangkang Pandai Bercakap Soal Moral??" pada 19 Oktober 2011, "Dari Rambut Panjang Ke Gejala Dadah, Guan Eng Makin Berputar Belit" pada 20 Oktober 2011 dan "Kalau Fitnah Guan Eng Patut Saman Bukan Beri Kenyataan Berbelit-belit" pada 21 Oktober telah memetik daripada sebuah laporan palsu yang kononnya telah disiarkan oleh suratkhabar Guang Ming Daily.  Guang Ming Daily telah pun menafikan kewujudan laporan tersebut dalam akhbarnya pada 21Oktober 2011 (halaman A2).

Tuduhan-tuduhan tersebut merupakan fitnah yang keji dan langsung tidak berasas.  Yang paling teruk sekali, laporan-laporan tersebut terus disiarkan dan dimainkan dengan sembereno walaupun bukti sudah pun dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk membidas tuduhan-tuduhan yang liar itu.

Sebagai contoh, pada 21 Oktober 2011, "pelajar perempuan" yang terbabit, Anya Corke, telah mengeluarkan kenyataan keras untuk menafikan penglibatannya.  Malah beliau menegaskan tidak pernah bertemu dengan Ketua Menteri atau anaknya.

Kenyataan Anya yang merupakan seorang pemain catur antarabangsa dari Hong Kong telah disusuli dengan penafian daripada Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Ahmad Tarmizi Kamaruddin yang dilaporkan dalam akhbar The Star pada 22 Oktober 2011.  Beliau pun telah mengesahkan bahawa tiada sebarang bukti untuk mengaitkan anak Ketua Menteri kepada apa-apa kejadian sedemikian.

Kenyataan-kenyataan Anya dan Ahmad Tarmizi pula adalah tambahan kepada kenyataan Goh Boon Poh, pengetua SMJK Heng Ee, iaitu sekolah lama anak Ketua Menteri, yang juga telah menafikan kejadian itu.  Walaupun macam-macam bukti telah ditampilkan, UMNO-Online masih lagi meneruskan serangan mereka tanpa melaporkan perkara yang sebenar, seperti yang boleh dilihat dalam laporan-laporan "IsuCabul: Guan Eng Patut Saman Bukan Terus Politikkan Anak Untuk Cari Simpati" dan "Rasuah RM200 Ribu: Empat Laporan Polis Dibuat Terhadap Lim Guan Eng" yang bertarikh 25 Oktober 2011.

Berikutan laporan-laporan ini, Ketua Menteri telah mengadakan sidang media pada 26 Oktober 2011 disusuli dengan kenyataan akhbar pada 27 Oktober 2011 untuk menuntut supaya UMNO-Online menarik balik dan meminta maaf atas laporan-laporan palsu dan berunsur fitnah tersebut.

Namun begitu, laman web UMNO-Online bukan sahaja tidak menarik balik atau meminta maaf, malah masih lagi menyiarkan laporan-laporan yang sudah diketahui palsu dan berunsur fitnah.  Ini boleh dilihat dalam laporan seterusnya pada 28 Oktober yang bertajuk "Isu Cabul : Guan Eng Umpama Penembak Buta".

Saya percaya bahawa penerbitan dan penyiaran kesemua sembilan laporan-laporan palsu dan fitnah tersebut merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah, antara lainnya, Seksyen 499 Kanun Keseksaan, Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan berharap agar pihak polis akan mengambil tindakan siasatan yang segera serta tindakan susulan yang sewajarnya ke atas laman web UMNO-Online supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan dan kerosakan nama bagi Ketua Menteri dan keluarganya.

Lampiran


Berikut adalah petikan daripada beberapa laporan yang melibatkan laporan palsu Guang Ming Daily:

"Terbaru ialah tindakan tidak senonoh anaknya meraba pelajar perempuan di sekolah Cina dan membayar RM200 ribu sebagai tanda untuk tutup mulut pelajar terbabit.  Akhbar Guan Ming Daily bertarikh 19 November 2011, pada halaman A10 melontarkan kenyataan Lim Guan Eng ekoran dakwaan anaknya meraba pelajar perempuan Sekolah Cina Heng Ee.  Menurut laporan akhbar terbabit... Lim Guan Eng menjelaskan bahawa anaknya dipindahkan ke Sekolah St Xavier's Institution kerana bimbang terjebak dengan gejala dan sindiket dadah di kalangan pelajar."

Dipetik daripada "GuanEng Jangan Perbodohkan Pengundi Dengan Cara Putar Alam" yang bertarikh 19 Oktober di http://umno-online.com/?p=47687 

"Namun semalam, dalam sebuah akhbar berbahasa Cina, Guan Eng mengatakan anaknya dipindahkan dari Sekolah Cina Heng Ee ke Sekolah St. Xavier's kerana bimbang terjebak dengan gejala negatif dan sendiket dadah di kalangan pelajar."
Dipetik daripada "Dari Rambut Panjang Ke Gejala Dadah, Guan Eng Makin Berputar Belit" yang bertarikh 20 Oktober 2011 di http://umno-online.com/?p=47774

"Sebelum ini, anak lelaki Guan Eng didakwa terlibat dengan masalah moral apabila dikatakan telah mencabul seorang rakan sekolahnya.  Akibat daripada kejadian tersebut, Guan Eng telah menukarkan sekolah anaknya dan menyogok keluarga mangsa dengan wang berjumlah RM200 ribu.
....
Selepas itu, Guan Eng telah menukar kenyataannya yang tersiar di dalam salah sebuah akhbar berbahasa Cina kononnya pertukaran tersebut adalah kerana Guan Eng bimbang anak lelakinya akan terlibat dengan gejala dadah di kalangan pelajar.
"

Dipetik daripada "Kalau Fitnah Guan Eng Patut Saman Bukan Beri Kenyataan Berbelit-belit" yang bertarikh 21 Oktober 2011 di http://umno-online.com/?p=47821

PANDANGAN OMAK:-

RAKYAT NAK LIHAT SAMA ADA POLIS AKAN MENJALANKAN SIASATAN TANPA MEMIHAK DAN GENTAR... LAGI PUN MUHYIDDIN YASSIN SUDAH MINTA LGE BUAT LAPORAN POLIS SUPAYA KEBENARAN TERUNGKAI...KINI LAPORAN SUDAH DIBUAT....KALAU KAPADA BLOGGER UMNO BERTARAF PECACAI PUN TIDAK ADA KEBERANIAN DAN KEMAMPUAN UNTUK DIAMBIL TINDAKAN.... JANGAN MIMPI JIKA KAPADA PEMIMPIN UMNO/BN PIHAK BERWAJIB BERANI MENGAMBIL TINDAKAN...RAKYAT SEDANG MEMERHATINYA DENGAN PENUH SERIUS....TINDAK TANDUK POLIS AKAN DITERHEMAHKAN NANTI DALAM BENTUK UNDI PADA PRU 13....JIKA BLOGGER PRO UMNO KEBAL UNDANG-UNDANG.. ALAMATNYA UMNO/BN BERSIFAT BEBAL MERASAI DENYUTAN NADI RAKYAT...RAKYAT AMAT BENCIKAN UMNO/BN... UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN.

AUKU UNDANG-UNDANG PRIMITIF!!!!!!




Mahkamah: Seksyen 15(5) AUKU tidak sah
Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya adalah tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.

Dalam keputusan penanda itu, dua hakim menyanggah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan AUKU sebagai sah di sisi perlembagaan dalam menguatkuasakan sekatan tertentu.

ukm 4 challenge auku uuca 280910 bannersKeputusan majoriti ini diperoleh apabila Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Linton Albert membenarkan rayuan empat bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Seorang lagi hakim Datuk Low Hop Bing yang mengetuai panel itu, bagaimanapun berbeza pendapat.

Mahkamah Tinggi pada 28 September menolak saman pemula yang dikemukakan empat pelajar jurusan sains politik UKM bagi mencabar tindakan tatatertib terhadap mereka yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April tahun lalu.

Keputusan dibuat oleh Hakim Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas Datuk Aziah Ali.
Pelajar-pelajar terbabit, semuanya bekas ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM, ialah Hilman Idham (presiden), Ismail Aminuddhin (naib presiden), Azlin Shafina Adzha (setiausaha agung), Wong King Chaรฌ (exco).
Mahkamah dengan itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 September 2010 yang memutuskan seksyen berkenaan tidak melanggar Perlembagaan selepas menolak saman pemula mereka.

PANDANGAN OMAK:-

BILA SUDAH ADA HAKIM BERANI MEMBUAT KEPUTUSAN BERSANDARKAN KAPADA SEMANGAT SEBENAR KELUHURAN PERLEMBAGAAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG MAKA SUDAH PASTI SEGALA KEPINCANGAN AKAN TERBONGKAR DAN TERHURAI....POKOKKNYA.. BERANI ATAU TAKUT.. MAU ATAU TAK MAU SAJA...TAHNIAH KAPADA HAKIM BAKA SPESEL YANG AMAT KURANG KINI BERADA DALAM KERANGKA JABATAN KEHAKIMAN NEGARA KITA....RAKYAT BENCI UMNO/BN.... UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN.

LAWAK BANGANG LAGI MEMBANGANGKAN DARI KETUA PEMUDA WP KL!!



248,000 pengundi muda akan bersama BN
KUALA LUMPUR – Seramai 248,000 pengundi muda berusia 40 tahun ke bawah di Wilayah Persekutuan dijangka bersama Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang.

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Rizalman Datuk Mokhtar berkata jangkaan awal itu dapat dikesan menerusi gerak kerja turun padang yang dijalankan pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.
Menurutnya ‘trend’ pengundi sudah berubah dan kebanyakkannya tidak mempercayai parti pembangkang yang hanya melebihkan politik daripada membantu rakyat.

“Ini merupakan senario dan semua maklumat positf ini diperolehi menerusi pertemuan dengan pengundi - pengundi di beberapa kawasan utama di Wilayah Persekutuan,”katanya ketika mengulas mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan Wilayah Persekutuan adalah merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat.

Katanya apa yang diperkatakan ketua pembangkang itu sebenarnya tidak berlaku kerana rata-rata rakyat di sini sudah meluat dengan permainan politik pembangkang yang gemar menaikkan pelbagai isu sensitif terutama melibatkan agama Islam ”katanya.

Beliau ketika ditemui pada Program Taklimat Jentera Pilihanraya Pemuda BN Segambut dekat sini turut mengingatkan ahli pemuda parti komponen dapat bergerak membantu BN menjalan kerja-kerja kemasyarakatan diperingkat akar umbi.

“Saya harap semua jentera sudah bersedia dan taklimat yang diadakan pada hari ini adalah merupakan fasa pertama untuk program ini yang akan diperluas di seluruh Wilayah Persekutuan,”katanya.

Difahamkan setakat ini Wilayah Persekutuan sendiri mempunyai 300 peti undi melibatkan 13 buah parlimen.

Sementara itu Ketua Pemuda BN Segambut Mahadhir Sulaiman berharap dengan adanya taklimat seperti itu pemuda BN di kawasan itu mempunyai matlamat dan seterus bekerja keras lebih keras lagi untuk memastikan kemenangan BN dikawasan itu.

“Salah satu daripada usaha kami adalah untuk memastikan gerak kerja pilihanraya akan datang berjalan lancar dengan semua parti terutama dari Umno , MCA, Gerakan dan MIC dapat bergerak seiring dalam apa jua progrzm yang diadakan selepas ini.

Turut hadir Ketua Pemuda MIC Dr S.Thiru dan Ketua Pemuda MCA Dr.S.Thiru dan wakil Pemuda Gerakan Segambut. - Bernama

PANDANGAN OMAK:-

NAJIB RAZAK KATA UMNO KINI ADALAH PARTI KAMPONG DAN LUAR BANDAR....KETUA PEMUDA WP KL PULA KATA SETAKAT INI HAMPIR SUKU JUTA ANAK-ANAK MUDA PENYOKONG TEGAR UMNO/BN....YANG MANA SATU RAKYAT NAK PERCAYA NI????????......KALAU DAH SERAMAI INI ANAK-ANAK MUDA AKAN MENYOKONG UMNO/BN....OMAK CADANGKAN TAK PERLU UMNO BERSUSAH PAYAH NAK BUAT PROGRAM DAN CERAMAH BAGI TUJUAN MENAMBAT HATI MEREKA...LEPAS INI PADA PRU 13 NANTI, BOLEHLAH LETAKKAN SONGKOK TINGGI SEBAGAI CALON UMNO, SUDAH PASTI MENANG PUNYA...BUBARKAN PARLIMEN SEKARANG JUGA BAGI MENGUJI CAKAP BESAR BERDEGAR-DEGAR PECACAI UMNO INI....NASIB BAIK PENYAKIT BANGANG BUKAN PENYAKIT KETURUNAN DAN BERJANGKIT...RAKYAT BENCI UMNO/BN... UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN.

NAZRI AZIZ SOKONG BUKAN MELAYU JADI PM MALAYSIA!!!!


Nazri says no objection to non-Malay PM

“If it happens that the best person is a non-Malay, so be it,” he told The Edge Financial Dailyin an interview published today.
“I cannot say, ‘I’m Malaysian first, but the prime minister must be Malay.’ You can’t have your cake and eat it (too).”
Last year, Nazri(picture) became the first Umno minister to declare he was Malaysian first and Malay second, in line with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s 1 Malaysia concept.
“Yes, I am a Malaysian first and Malay next. Does any bigot have a problem with that?” the minister in the Prime Minister’s Department had said in an open letter to Utusan Malaysia last September.
His words appeared to be a direct snub to his superior in Umno, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, who once famously declared himself to be Malay first and Malaysian second.
But Nazri stressed today it was crucial for a Malay leader to lead the charge for greater inclusivity as non-Malay leaders would have a hard time garnering broad support.
“Someone has to take the lead. It is very important for a Malay leader to come forward,” he said.
“If a Chinese leader... or an Indian leader comes forward, it’s not going to change the country as they are not the majority community. So Malay leaders must take the lead.”
He added it was unacceptable for ethnic minorities to be told to go back to China or India more than half a century after Merdeka, and that Malaysians must instead respect cultural differences while celebrating what they had in common.
“For heaven’s sake, after 50 years we should accept each other now,” he said
PANDANGAN OMAK:-
TUNGGU APA KOMEN IBRAHIM ALI, ZUL KULIM, KHAIRY JAMALUDDIN, PERKASA,PEKIDA,KIMMA,GAPS,NGO-NGO MELAYU, PENGANJUR HIMPUNAN SEJUTA UMAT DALAM ISU INI...OMAK CADANGKAN AGAR DEMO MEMBAKAR GAMBAR NAZRI AZIZ DENGAN MEMBAWA SEPANDUK YANG NAZRI AZIZ SUDAH MENGHINA DAN MENGURIS HATI MELAYU DIADAKAN DIBANGUNAN PARLIMEN HARI INI JUGA....PASTIKAN JANJI PERKASA YANG MANA-MANA PEMIMPIN YANG MENGURIS HATI MELAYU AKAN TUMBANG PADA PRU 13 NANTI...UMNO IS DEAD.. PERKASA IS GONE.. PR GANTI BN.

TERIMA KASIH KAPADA PERKASA,PEKIDA DAN PEMUDA UMNO KERANA MEMBERI PROMOSI DAN PUBLISITI PERCUMA KAPADA NAMEWEE!!!



Media: ‘Orang filem patut ambil elemen jernih Nasi Lemak 2.0 Namewee’


Poster mempromosikan filem ‘Nasi Lemak 2.0’.
Ketika beberapa pihak mengecam “Nasi Lemak 2.0” arahan pembikin filem dan artis kontroversi Namewee, pandangan terbaru menyebut karya itu turut membawa aspek positif untuk diikuti rakyat demi kebaikan dan kepentingan industri filem negara ini.
Ruangan mingguan Berita Harian hari ini berkata, filem itu yang telah mengutip lebih RM7 juta mendapat sambutan rakyat pelbagai kaum dan ia seharusnya dianggap sebagai perkembangan positif bagi dunia hiburan di Malaysia.
Penulis itu menambah, walaupun ada pihak yang kurang suka apabila Namewee menghasilkan filem ini, berikutan beberapa kontroversi membabitkan dirinya sebelum ini, namun mungkin orang filem sendiri dapat belajar sesuatu daripada arahan sulungnya itu.
“Kata orang, ambil saja yang jernih,” katanya lagi.
Dalam satu kenyataan akhbar akhir bulan lalu, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee bimbang “Nasi Lemak 2.0” mungkin diharamkan ekoran demonstrasi membantah filem tersebut di Perak.
Katanya, dia kesal dengan protes tersebut dan berharap pihak berkuasa tidak mengendahkan desakan supaya filemnya diharamkan.
“Mungkin pemuda itu (Namewee) mempunyai formula tersendiri, yang berjaya menarik orang ramai ke panggung. Bukan saja penonton Cina, tetapi peminat filem daripada bangsa lain juga khabarnya berebut-rebut menonton ‘Nasil Lemak 2.0’.
“Tidak salah kalau kita belajar untuk kebaikan dan kepentingan industri filem kita sendiri?” kata penulis kolum Dengarnya Normah Becok.
Filem itu diterbitkan oleh Fred Chong dari Prodigee Media Entertainment dan diarah dan dilakonkan oleh Namewee sendiri.
Namewee juga merupakan pelakon utama. Ia mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 8 September lalu merupakan filem sulung mereka.
Normah berkata dalam keadaan pasaran filem tempatan yang tidak menentu, tiba-tiba “Nasi Lemak 2.0” mendapat sambutan cukup hebat daripada peminat.
“Ada sesetengah filem tempatan, hendak capai RM1 juta kutipan tiket pun susah bukan main lagi.
“‘Nasi Lemak 2.0’ pula, walaupun tidak pernah menduduki carta pertama filem pecah panggung, tetap memungut laba yang tinggi,” katanya sambil menambah, “jadi, pasti ada sesuatu yang menarik mengenai filem Cina yang turut memuatkan dialog dalam bahasa Melayu dan Tamil ini.”
Menurut Normah, “Nasi Lemak 2.0” ada kekuatannya yang banyak terletak kepada gabungan karakter dan elemen budaya pelbagai kaum di negara ini.
“Walaupun ia filem berbahasa Cina, namun ada watak Melayu dan India juga di dalamnya. Jadi, semua orang boleh berasa dekat dengan paparan yang diberi,” kata penulis itu lagi.
Selain Namewee, Karen Kong, Dennis Lau, Ho Yuhang, Pete Teo dan Kenny & Chee, filem ini turut mengundang pelakon Melayu dan India seperti Adibah Noor, Afdlin Shauki, Nur Fathia, Datuk David Arumugam, Reshmonu dan Nadine Ann Thomas.
“Memang 1 Malaysia sangat bentuknya,” katanya lagi.
Filem “Nasi Lemak 2.0” tidak memperoleh status Wajib Tayang daripada Finas, yang mewajibkan operator pawagam menayangkan selama dua minggu.
Ekoran satu artikel Utusan Malaysia memperlekehkan filemnya, Namewee mengecam akhbar milik Umno itu melalui video klip selama 2 minit 43 saat.
Artikel tersebut menzahirkan pandangan penulisnya yang tidak senang dengan sikap Namewee yang cuba menjadi hero 1 Malaysia melalui filem “Nasi Lemak 2.0” sedangkan didakwa telah beberapa kali mengguris hati dan perasaan rakyat Malaysia sebelum ini.
Awal bulan ini, Utusan Malaysia membuat dua laporan polis berhubung kenyataan Namewee itu, didakwa lucah terhadap syarikat berkenaan dan wartawannya Fauziah Arof.
Kumpulan itu mendakwa Namewee menyalah guna kemudahan multimedia untuk menjatuhkan imej akhbar Utusan Malaysia dan mengeluarkan tuduhan melampau terhadap penulisan artikel “Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee...” yang disiarkan bulan lalu
PANDANGAN OMAK:-
MANA-MANA PERTUBUHAN ATAU INDIVIDU YANG DIKECAM.DICACI,DIHINA DAN DIMAKI OLEH PERKASA,PEKIDA,PEMUDA UMNO DAN NGO-NGO MESRA UMNO SUDAH PASTI PERTUBUHAN ATAU INDIVIDU BERKENAAN  AKAN MENDAPAT SAMBUTAN DAN SOKONGAN ORANG RAMAI...LAGI DI HINA KECAM LAGI HEBAT SAMBUTAN DAN SOKONGAN YANG AKAN DIPEROLEHI...KINI WATAK DAN PERANAN PERKASA,PEKIDA DAN PEMUDA UMNO LEBIH KAPADA TUKANG PROMOSI DAN PUBLISITI SECARA PERCUMA YANG NUMBER ONE DIMALAYSIA....LEPAS INI JIKA MANA-MAMA  PENERBIT FILEM MAU FILEMNYA MENDAPAT SAMBUTAN BOX OFFICE... BERPAKATLAH DENGAN PERKASA,PEKIDA DAN PEMUDA UMNO MEMBUAT MAKI HAMUN DAN KECAMAN...BOLEH TENGOK TINDAK BALAS DAN REAKSI RAKYAT....KUTIPAN BERJUTA RINGGIT DALAM  GENGGAMAN...BETAPA RAKYAT AMAT  BENCIKAN UMNO/BN... UMNO IS DEAD.. PERKASA IS GONE...PR GANTI BN.

UPAH MENGECAT PINTU SEKOLAH YANG PALING MAHAL DIDUNIA TERDAPAT DIMALAYSIA!!!



Bayaran RM20,000 untuk cat pintu yang patut diganti
Pelajar di beberapa sekolah agama di Sabah terpaksa tidur berkongsi katil dengan tilam yang koyak dan mandi di pili yang terletak di luar bangunan asrama, walaupun kerajaan negeri memperuntukkan jutaan ringgit untuk kerja-kerja menaiktaraf sekolah berkenaan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, sejumlah RM1.7 juta dibelanjakan untuk kerja-kerja naiktaraf di lima buah sekolah berasrama penuh. Namun tinjauan mendapati sama ada kerja-kerja yang dilakukan itu tidak memuaskan atau belum dimulakan meskipun bayaran telah dibuat sepenuhnya.

"Kontraktor yang gagal menyiapkan kerja mengikut spesifikasi mestilah disenaraihitamkan dan bayaran tidak sepatutnya dibuat sebelum kerja dilakukan," petik laporan itu.

Laporan audit itu juga mendesak supaya siasatan dan tindakan diambil terhadap mereka yang didapati cuai atau terlibat dalam unsur-unsur rasuah.

Di Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Tambunan, RM1.35 juta dibayar sepanjang tempoh 2009 hingga 2010 tetapi tidak ada apa-apa kerja menaik taraf yang pernah dilakukan.

Perkara yang sama berlaku di SMAN Pantai Manis di mana kontraktor yang dilantik secara terus,  Milure Solution dibayar antara RM2,000 hingga RM24,000 bagi setiap kerja dilakukan yang bagaimanapun tidak pernah dilakukannya ataupun dibiarkan tanpa siap.

Syarikat Pembinanan Umum Kasariah pula, yang antara lain, dilantik melalui rundingan terus, dibayar RM20,000 untuk semata-mata mengecat semula sebuah pintu lama yang sepatutnya digantikan oleh syarikat berkenaan.

Sejumlah RM15,000 lagi dibayar kepada syarikat yang sama untuk membekalkan besen tangan, tetapi sinki besen itu tidak dapat dikesan.

Di SMAN Menipir, yang merupakan antara satu daripada 13 buah sekolah yang dikunjungi untuk diaudit, pihak audit mendapati kerajaan negeri membayar harga RM6,600, atau 340 peratus lebih tinggi daripada yang sepatutnya bagi membeli 60 kerusi plastik. Malah kerusi yang dibekalkan itu juga bukan daripada jenama yang telah dijanjikan kepada mereka.

Semua 13 sekolah yang dilawati itu juga didapati mempunyai pelbagai masalah. Antaranya  menghadapi ancaman tanah runtuh kerana tembok rintangan yang sepatutnya dibina tidak menjadi kenyataan.

PANDANGAN OMAK:-

PUNYALAH PENUNTUT SEKOLAH AGAMA DIHINA SEBEGITU RUPA OLEH UMNO....TIDUR BERKONGSI KATIL DENGAN TILAM KOYAK RABAK DAN HAPAK!!!....MANA PERGI LESAPNYA JUTAAN RINGGIT YANG DIPERUNTUKKAN????....BETUL-BETUL TAK BERGUNA!!!!!!!!!.....RAKYAT BENCI UMNO/BN...UMNO IS DEAD... PR GANTI BN

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...