Tuesday 30 June 2015

BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT SEMPENA SAMBUT AIDIL FITRI... RON97 NAIK 20 SEN DAN RON95 NAIK 10 SEN SELITER MULAI TENGAH MALAM INI.



Harga minyak petrol RON95 akan naik 10sen seliter bermula tengah malam ini.

Kenaikan berlaku walaupun berlaku kejatuhan harga minyak dunia sejak 10 Jun lalu.

Harga RON97 pula akan naik 20sen seliter manakala harga diesel kekal.

Harga baru ini disahkan dengan beberapa pengendali stesen minyak.

RON95 dam diesel sekarang dijual pada harga RM2.05 seliter sementara RON97 pula dijual dengan harga RM2.35 seliter, termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dilapor mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan lagi mengumumkan harga baru petrol pada hari terakhir setiap bulan.

Hasan dilapor sebagai berkata, mulai hari ini, pengguna hanya akan mengetahui harga baru sama ada berubah atau kekal pada tengah malam.

Persatuan Pengedar Petroleum Malaysia (PDAM) mengalu-alukan tindakan itu kerana pengumuman awal akan mengganggu kelancaran operasi stesen minyak.

Kerajaan menggunakan kaedah pengapungan terkawal harga minyak dan tidak lagi menanggung subsidi sejak Disember tahun lepas.

ANWAR SAKIT KETUMBUHAN BUAH PINGGANG ... NAJIB ARAHKAN RAWATAN TERBAIK UNTUK ANWAR.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan rawatan wajar diberikan terhadap bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang merengkok di Penjara Sungai Buloh.

“Saya ambil maklum kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya mahu pihak berkenaan memastikan beliau menerima rawatan sewajarnya,” kata Najib di Twintter hari ini.

Peguam Anwar hari ini menggesa pihak berkuasa untuk mengeluarkan bekas ketua umum PKR itu bawah tahanan rumah bagi membolehkannya mendapat rawatan kesihatan.

Sivarasa Rasiah dan Jared Genser berkata kesihatan Anwar semakin teruk dan amat membimbangkan setelah susut berat badan 6 kilogram.

Mereka juga berkata terdapat ketumbuhan 4cm di buah pinggang Anwar, otot bahunya terkoyak serta masalah artritis kronik.

Perkara itu disimpulkan mereka selepas Anwar dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur dua hari pada 2 Jun lalu.

Peguam Anwar berkata keadaan panas dan lembab dengan pengudaraan minimum memburukkan lagi masalah kesihatannya.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan oleh mahkamah.

Ini harus diberikan pujian ... walaupun berlainan pegangan politik namun ada sifat pemimpin berjiwa besar mengalir dalam tubuh dan jiwa Dato' Seri Najib Razak.

Rasanya amat jauh berbeza ketika Anwar ditahan semasa rejim Mahathir dulu .. mata lebam dikatakannya tumbuk sendiri.

MURID ORANG ASLI DI IKAT DAN TENDANG OLEH BEBERAPA GURUNYA KERANA DITUDUH MENCURI.



Seorang murid dari suku kaum Temiar didakwa diikat, ditendang dan dipukul beberapa orang gurunya selepas dituduh mencuri wang salah seorang daripada mereka, kata Dr Colin Nicholas, penyelaras Centre of Orang Asli Concerns (COAC), sebuah kumpulan sokongan Orang Asli.

Akibat kejadian itu, murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Kuala Betis di Gua Musang, Kelantan itu mengalami lebam di wajahnya, lengan dan paha.

"Dia dituduh mencuri. Kami tidak tahu jika ia benar tetapi kalau benar pun, ini bukan cara yang betul mengendalikannya," kata Nicholas dalam posting di laman Facebook COAC.

Beliau juga telah mencatatkan tentang kejadian pada COAC Facebook halaman.

Sumber polis, bagaimanapun, mengesahkan insiden tersebut berlaku dan ia kini disiasat.

Nicholas berkata kes itu terjadi pada 15 Jun tetapi tidak tahu jika tindakan sudah diambil terhadap guru yang terlibat.

Bagaimanapun, terdapat cubaan mendesak keluarga mangsa menarik balik laporan mereka yang dibuat oleh nenek mangsa di Balai Polis Daerah Gua Musang pada 27 Jun.

"Saya diberitahu yang guru tersebut masih mengajar di sekolah itu. Guru besar ada datang melawat tetapi meminta keluarga itu menarik balik laporan mereka dan membenarkan sekolah menangani isu itu secara dalaman. Mana boleh buat begini?" kata Nicholas.

Beliau berkata, COAC juga membuat laporan semalam selepas menerima maklumat mengatakan seorang "orang tengah" didakwa meminta keluarga itu menarik balik laporan mereka bagi pihak salah seorang guru, atau mereka akan terima akibatnya.

Individu itu didakwa memberitahu keluarga itu yang guru berkenaan boleh menyusahkan hidup mereka kerana dia mempunyai hubungan dengan polis.

PESAWAT TENTERA INDONESIA TERHEMPAS DI KAWASAN KEDIAMAN



Pesawat Hercules C-130 milik tentera udara Indonesia terhempas di kawasan kediaman dekat bandar Medan, Sumatera hari ini.

Pesawat berlepas pada pukul 12.14 tengah hari yang membawa 50 anggota tentera itu dalam perjalanan ke Pekan Baru dan Jakarta.

Biarpun masih belum diketahui jumlah mangsa yang cedera namun menurut laporan stesen radio tempatan, El Shinta, pesawat malang tersebut terjatuh ke atas rumah-rumah di kawasan tersebut.

Menurut jurucakap tentera udara Indonesia, Dwi Badarmanto, kejadian tersebut berlaku beberapa minit sebelum tengahari selepas pesawat berkenaan berlepas daripada lapangan terbang Medan.

Sementara itu, menurut saksi, pesawat terbakar di udara sebelum jatuh.

Kerja-kerja menyelamat sedang dilakukan.

MESYUARAT PKR SELANGOR DILAPORKAN KECAM TONY PUA KERANA BERI KATA DUA KEPADA AZMIN SAMA ADA PILIH DAP ATAU PAS.



Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dilaporkan mengecam DAP khususnya Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, kerana memberi kata dua kepada Dato' Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Ada pemimpin PKR negeri dikatakan tidak berpuas hati dengan kelantangan Tony Pua memberikan kata dua kepada Azmin sama ada memilih DAP atau PAS bagi meneruskan pentadbiran negeri Selangor.

Difahamkan kecaman pemimpin PKR terhadap Tony Pua dibuat dalam Mesyuarat Pimpinan PKR Selangor di kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor pada Ahad lalu.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Azmin selaku Timbalan Presiden PKR dan juga Pengerusi PKR Negeri Selangor.

Kata dua oleh Tony Pua itu merupakan antara pilihan yang dicadangkan oleh DAP bagi menyelesaikan kemelut yang melanda tiga parti yang menjejaskan pentadbiran Negeri Selangor.

Kata dua itu adalah pilihan terakhir DAP jika cadangan supaya Selangor ditadbir secara ‘kerajaan negeri gabungan’ tidak diterima.

Sementara itu akhbar rasmi Kerajaan Selangor, Selangor Kini melaporkan Azmin berkata, Mesyuarat PKR Selangor pada Sabtu lalu itu tidak membincangkan penubuhan gabungan baru bagi menggantikan Pakatan Rakyat iaitu Pakatan 2.0.

Azmin dipetik berkata, PKR kekal dengan semangat Pakatan Rakyat dan reformasi tanpa menyentuh soal pembentukan Pakatan 2.0.

Kenyataan Azmin itu berbeza dengan pendirian DAP dan pimpinan PKR lain.

DAP telah mengumumkan PR sudah tidak wujud begitu juga dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang telah umumkan PR secara rasmi tidak berfungsi.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, walaupun PR sudah tidak wujud, kerja sama antara tiga negeri, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan akan diteruskan.

Anwar berkata, pakatan pembangkang akan muncul semula dengan lebih kuat dan kukuh.

Naib Presiden DAP, Teresa Kok pula baru-baru ini membayangkan penubuhan Pakatan 2.0 bagi menggantikan PR dengan penubuhan parti baru menggantikan PAS.

ARTIS YANG DULU CAKAP BERDEGAR RELA DI PANAH PETIR PUN MELUAT HABIS DENGAN KEANGKUHAN DAN KEBIADAPAN ADIK AZMIN ALI YANG MASIH TIDAK BERHENTI MEMAKI DAN MENGHINA ORANG AWAM.



Sikap angkuh dan biadap melampau adik Azmin Ali, Azwan Ali yang memaki hamum seorang pengikut Twitter dan menghina pemilik Me’nate Steak House mendapat perhatian rakan artis lain.

Selebriti Azhar Sulaiman yang terkenal dengan cakap sanggup dipanah petir kerana yakin Anwar Ibrahim kaki liwat , tampil menasihatkan supaya adik kepada Dato' Menteri Besar Selangor itu mengawal kemarahan supaya tidak dibenci masyarakat sekeliling.

Menerusi Facebook, Azhar menasihatkan Azwan Ali supaya tidak melayan orang awam dengan terlalu kasar.

Dia menasihatkan Azwan Ali supaya tidak terlalu biadap dengan orang awam kerana akan membawa kerugian apabila dibenci oleh masyarakat umum.

Katanya, sebagai orang lama dalam industri, Azwan Ali sepatutnya lebih tenang berdepan dengan situasi seperti itu.

“Fuhhhh….Mengapalah boleh jadi sampai macam ni…Bro Azwan….as a brother to you, i rasa kita takleh lah brutal sangat macam ni dengan public.

“Kitakan orang lama dalam industry.I am still ur friend and hope you will be cool after this.Unnecessary bro….rugi kita dibenci orang ramai. I love you bro!,” tulisnya.

Pada satu lagi status, Azhar memuat naik gambar pemainan Angry Bird yang tertulis “Anger Management’ dengan kapsyen “Mungkin ini boleh membantu” yang dipercayai ditujukan kepada Azwan Ali.

WARGA MALAYSIA MAUT DITEMBAK DIGOLOK BERPUNCA SALAH FAHAM URUSAN JUAL BELI MERCUN SEMPENA AIDIL FITRI



Seorang warga Malaysia maut manakala rakannya cedera akibat ditembak oleh dua lelaki bermotosikal di Jalan Charengket di Sungai Golok difahamkan berpunca dari perselisehan faham dalam urusan jual beli mercun sempena Aidil Fitri ini.

Pegawai Penyiasat Balai Polis Sungai Golok, Kol.Pol. Somchai Pearkan berkata dalam kejadian pukul 3.30 pagi waktu tempatan, mangsa, Muhammad Asshraf Zafri, dari Jalan Tepi Sungai, Rantau Panjang, Kelantan, maut akibat terkena satu das tembakan di bahagian kepala.

Katanya, dalam kejadian pada awal pagi Isnin rakan mangsa, Muhammad Irfan Muhammad Zain, mengalami cedera parah akibat terkena tembakan di bahagian belakang badan dan dibawa ke hospital di wilayah berkenaan untuk rawatan.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar kejadian, polis berjaya menahan seorang suspek warga Thailand berusia 52 tahun di sebuah rumah di pekan Sungai Golok.

BUANG BAYI DEKAT TANGGA MASJID KETIKA JEMAAH SEDANG SOLAT MAGHRIB

Jemaah lelaki yang nampak seorang wanita menghampiri tangga Masjid Sungai Gelugor sebelum tergesa-gesa keluar

GEORGE TOWN:
Seorang bayi yang masih bertali pusat dan berbalut tuala ditinggalkan di tepi tangga Masjid Sungai Gelugor ketika jemaah sedang menunaikan solat Maghrib.

Bayi perempuan itu kemudian ditemui sebaik orang selesai menunaikan solat Maghrib di masjid berkenaan kira-kira jam 8 malam.

Seorang saksi, Mohammad Hafiz Mohammad Zaidi, 26, berkata jemaah lelaki dimaklumkan mengenai bayi itu oleh seorang jemaah wanita yang terdengar bunyi tangisan bayi.

“Selepas solat Maghrib, saya ke tandas dan seorang makcik bertanya kepada saya ada jemaah perempuan solat di bahagian lelaki ke, kerana dengar bunyi tangisan bayi di tangga masjid.

“Sebaik dimaklumkan, kami terus ke bahagian tangga dan mendapati bayi perempuan sedang menangis. Saya terus beritahu imam dan jemaah lain,” katanya.

Mohammad Hafiz berkata seorang daripada jemaah terus mengambil bayi itu dan melihat ada lampin pakai buang serta beberapa helai baju bayi dalam sebuah beg berhampirannya.

“Ada jemaah lelaki yang nampak seorang wanita menghampiri tangga masjid sebelum tergesa-gesa keluar, tapi dia tidak sangka wanita itu meninggalkan bayi berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi Bernama, mengesahkan kejadian itu, dan berkata bayi itu dalam keadaan sihat dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Beliau berkata polis akan mendapatkan rakaman CCTV yang terdapat di kawasan
masjid itu untuk siasatan lanjut.

“Saya minta sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.
.... BERNAMA

Monday 29 June 2015

SETELAH DIMALUKAN SIFAT BIADAPNYA ADIK AZMIN ALI KINI MENGHINA RESTORAN ME'NATE PULA SEBAGAI RESTORAN TIADA CLASS UNTUK DIRINYA.



Tanpa sepatah ayat memohon maaf kepada seorang wanita yang dimaki di Twitter, selebriti Azwan Ali terus bersikap biadap apabila menghina sebuah kafe yang menaja steak percuma kepada wanita yang dimakinya itu.

Menerusi rakaman video, adik kepada Menteri Besar Selangor, itu mengutuk kafe berkenaan, Me’nate Steak Hub, sebagai tempat makan murah.

Dengan nada angkuh, Azwan berpesan supaya tidak berbuka puasa di kafe berkenaan kerana murah berbanding di Hotel Mandarin atau hotel enam bintang.

“Helo uols, ingat pesanan truly diva AA, jangan berbuka di kedai binatang, berbuka lah di Mandarin Oriental ke, hotel 6 bintang ke, tak main berbuka di kedai murah ni, mintak kebulur, minta despedo, malunya,” katanya.

Sikap biadap Azwan itu tercetus apabila dia menerusi Twitter bertanyakan tempat yang menyediakan steak yang sedap untuk berbuka puasa.

Seorang pengikutnya, Nur Azira Wazi Azman membalas tweet itu dengan menjawab Me’nate.

Azwan mengamuk dan memaki wanita berkenaan dengan pelbagai gelaran memalukan kerana menyangka Me’nate itu bermaksud ‘binatang’ dalam dialek Kelantan.

Kontroversi itu diketahui pemilik Me’nate dan mempelawa wanita berkenaan dan keluarganya berbuka puasa secara percuma.

Pemiliknya, Che Mustaffa Othman merupakan bekas tukang masak di Istana Buckingham dan berkhidmat untuk mendiang Puteri Diana dan Queen Elizabeth.

“Takapalah, biarkan dia. Kita kena penuhkan hidup kita dengan orang-orang yang positif dan orang yang buat kita gembira. Abaikan orang-orang yang tidak memberikan kebaikan kepada hidup kita.

“Tapi saya berdoa agar suatu hari Allah buka pintu hati beliau untuk jadi insan yang lebih hebat”,” kata Che Mustaffa seperti dilaporkan sebuah portal.

PENUBUHAN PARTI ISLAM BAHARU YANG DIUSAHAKAN OLEH G18 BERSAMA-SAMA PASMA ADALAH UMPAMA MEMBERIKAN TALIAN HAYAT KEPADA UMNO SEBENARNYA!!!!.



Jawapan kepada ura-ura parti baharu berkulit Islam tetapi terbuka kepada semua kaum dan agama yang bakal ditubuhkan oleh mereka yang tewas dalam pemilihan PAS kali ini selepas Aidil Fitri ini.

UMNO mengetahui undi kaum Bumiputera dan Melayu terbahagi kepada tiga kelompok .... mereka yang menyokong UMNO, mereka yang menyokong PAS dan mereka yang tidak menyokong kedua-dua parti itu.


Bagi UMNO, majoriti kerusi yang ditandinginya, mereka perlu berdepan dengan PAS di kawasan majoriti Melayu. Di kerusi campuran, UMNO berdepan dengan calon PAS ataupun PKR ataupun parti pembangkang laindi Sabah.


Undi yang diperlukan UMNO adalah daripada kalangan mereka yang menyokong UMNO... UMNO boleh menang jika undi kepadanya bertambah atau undi kepada lawannya berkurangan atau terbahagi dalam pertandingan 3 penjuru.


Mengharapkan undi UMNO meningkat pada situasi rakyat sedang merana kos sara hidup yang tinggi dan dua parti komponennya MCA dan MIC yang kini tempang adalah perkara yang amat berisiko dan kurang rasional. UMNO hanya mengharapkan undi mereka kekal sudah dikira cukup baik.


Oleh itu, UMNO hanya boleh bergantung kepada pecahnya undi daripada kalangan mereka yang melawannya dan ura-ura penubuhan parti baharu oleh mereka yang tewas di pemilihan PAS baharu ini adalah berita yang amat dinantikan dan menggembirakan UMNO.


Bagi UMNO, parti baharu yang dicanang ini bukanlah satu ugutan maupun tamparan maut kepada undi mereka kerana parti baharu ini terdiri daripada kalangan mereka daripada pembangkang dan sememangnya tidak menyukai UMNO, yang dulu bersama PAS tapi kini mungkin kurang menyukai PAS.


Mereka adalah dari kelompok pasaran  penyokong pembangkang yang sama. Keadaan akan berbeza kalau mereka ini parti serpihan UMNO yang beralih kepada pembangkang seperti Semangat 46.


Namun soal undi adalah perkara kedua. Perkara yang diintai UMNO ialah konflik perebutan kerusi yang bakal dicetuskan parti yang baharu ini di kalangan parti pembangkang.


Umum mengetahui, bab pembahagian kerusi adalah perkara yang paling sensitif di kalangan parti pembangkang.


Kerusi yang sudah ada di tangan (ditandingi di PRU yang lepas) jarang akan diberikan kepada orang lain. PAS, PKR dan DAP masing-masing sudah hampir pasti mengekalkan kerusi yang bakal ditandingi mereka nanti di PRU14.


Jika parti baharu ini tertubuh, di manakah mereka akan bertanding?


Apakah DAP dan PKR akan memberikan kerusi mereka kepada parti baharu atas semangat pakatan yang baharu????? Rasanya sudah pasti tidak. Tiada siapa yang sanggup mengurangkan kuota kerusi masing-masing untuk memberikan ruang kepada parti baharu ini.


Hakikatnya kerusi yang ada itu terhad untuk menjamin satu lawan satu dengan BN. Bagi PKR dan DAP, sudah tentu kerusi yang ada akan diberikan kepada mereka yang berjuang untuk parti masing-masing selama ini.

Contohnya, tidak terlintas bahawa PKR sanggup melepaskan kerusi Parlimen Bera kepada parti baharu, meskipun ini kerusi yang tewas. Bayangkan kesanggupan mereka untuk berkongsi kerusi yang menang kepada parti yang baharu?

Bagaimana pula dengan kerusi-kerusi DAP? Ini lagi tidak mungkin kerana kerusi-kerusi di DAP menjadi rebutan ramai di kalangan mereka sendiri atas faktor mereka merasakan undi bukan Melayu sudah ada di tangan.


Berdasarkan pengalaman PAS berunding kerusi dengan DAP dan PKR, parti baharu ini sebenarnya sedar pada akhirnya mereka terpaksa mengintai kerusi-kerusi yang ditandingi PAS. Ini kerana semua kerusi yang bakal dimiliki oleh parti baharu selepas tertubuhnya ia, adalah juga kerusi PAS pada asalnya.


Masalahnya, parti baharu ini juga tahu PAS sudah tentunya tidak akan berunding dengan mereka ini kerana mereka adalah serpihan kepada parti PAS. Dengan jiwa yang tidak takut pada kekalahan, parti baharu tahu PAS tidak akan berkompromi untuk memberikan kerusi kepada parti baharu.


Berlatar-belakangkan itu, UMNO sedang mengintai peluang untuk mengecapi semula rezeki lumayannya sebelum PRU13 yang sering terhasil melalui pertandingan tiga penjuru kerana perebutan kerusi di kalangan parti pembangkang. Pertandingan tiga penjuru dengan perpecahan undi pembangkang hanya menguntungkan UMNO, memandangkan undi kekal UMNO cukup kuat terutamanya kalangan masyarakat luar bandar dan rancangan-rancangan Felda ... tidak termasuk undi awal dan pos.


Oleh itu, diharapkan mereka yang sering memberikan amaran menentang tindakan PAS yang kononnya memberikan talian hayat kepada UMNO, akan tetapi pada masa yang sama ingin menubuhkan parti yang baharu, cuba merenungkan semula siapakah sebenarnya yang bakal membantu mengekalkan UMNO di Putrajaya pada akhirnya?


Percayalah UMNO akan memberikan kelulusan segera kepada penubuhan parti baharu ini, meskipun pada zahirnya parti baharu ini dilihat melawan UMNO, akan tetapi hakikatnya ia adalah penyambung nyawa politik mereka.

G18 BAKAL HADAPI KESUKARAN BILA BERDEPAN PRU KE-15 KATA PENGANALISIS POLITIK



Kumpulan progresif yang disingkirkan dalam kepimpinan PAS sewaktu pemilihan lalu mungkin berdepan tempoh yang sukar pada pilihan raya umum akan datang jika mereka memutuskan untuk menubuhkan parti.

Penganalisis politik Wan Saiful Wan Jan berkata ini kerana kumpulan konservatif lebih banyak menguasai sokongan akar umbi berbanding parti baru itu.

"Saya rasa ia akan menjadi cabaran sengit kepada setiap orang. Kumpulan konservatif dalam PAS mempunyai sokongan akar umbi, manakala parti baru mungkin tidak mempunyai sokongan yang mencukupi, belum lagi.

"Ia bergantung kepada sejauh mana cepatnya kumpulan progresif menubuh parti baru dan bagaimana cepatnya mereka membina momentum ke arah pilihan raya umum akan datang. Tetapi kelemahan mereka akan terjadi pada jentera akar umbi," kata Wan Saiful.

Beliau menjawab soalan berhubung peluang parti Islam baru akan melonjak lebih berbanding PAS dan Umno pada pilihan raya umum ke-14 kelak.

Parti baru yang sedang difikirkan oleh pemimpin progresif PAS, sebagai tindak balas kepada apa yang mereka mendakwa menjadi "semakin tertutup" dalam kepimpinan baru PAS.

Mereka yang dikenali Harapan Baru atau Gerakan G18, katakan sebuah parti baru, jika dibentuk, akan menjadi lebih terbuka dan inklusif daripada PAS, dengan membuka keahlian kepada bukan Islam.

KENYATAAN TIMBALAN PRESIDEN PAS KEPADA MEREKA YANG MAKAN CILI BANYAK SANGAT SAMPAI TERASA DIRI MEREKA ANJING KERANA MENENTANG DAN MEMPERLEKEH HUDUD



Ucapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi di Kepala Batas, Pulau Pinang kelmarin bukan bertujuan menggelar orang lain sebagai anjing.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebaliknya Abdul Hadi telah memetik sebuah syair Arab sebagai kiasan.

“Dalam syair itu menyebut biarlah serigala menyalak, tetapi kabilah akan teruskan perjalanan. Biasanya masyarakat Arab yang pergi berjalan di padang pasir akan berdepan dengan anjing atau serigala yang menyalak.

“Syair itu membawa maksud agar kabilah tidak takut dengan anjing dan serigala dan teruskan perjalanan. Jadi ia sebagai kiasan atau kata-kata semangat kepada kita agar jangat cepat menyerah dalam perjuangan walaupun ada banyak cabaran,” katanya.

Menurutnya, beliau turut berada dalam ceramah tersebut dan ucapan Abdul Hadi perlu dilihat dalam konteks menyeluruh.

“Saya harap semua faham, ucapan ini bukan mengejek atau gelar sesiapa sebagai anjing.

“Ceramah Abdul Hadi berlangsung satu jam setengah, jadi tak boleh kita ambil satu patah perkataan saja lalu perbesarkannya. Sebab bidalan itu perlu dilihat konteks kiasan,” katanya.

Katanya, Abdul Hadi juga tidak menyebut mana-mana pihak dalam ucapannya itu.

“Ucapan beliau umum, tidak ditujukan atau menyebut mana-mana individu, kumpulan atau parti. Jadi, tidak perlu sesiapa terasa,” katanya.



ULASAN OMAK KAU:-

Inilah akibatnya terlalu banyak sangat makan cili padi mentah kepada puak-puak yang menentang dan mempelekehkan hudud ini ... mudah terasa.


Masalah besarnya dia panggil TGHA anjing sedap pula mulutnya ... bila diberikan kiasan terus melenting betul-betul macam anjing kena siram dengan air panas mendidih.

TIDAK PUAS HATI WARGA MAYA SOKONG PADU INSAN YANG DIMAKINYA DAN MENDAPAT LAYANAN VVIP DARI RESTORAN ME'NATE .. ADIK KANDUNG AZMIN TERUS BERLAGAK SOMBONG MAKI HAMUN LAGI.



Susulan dari kes Azwan Ali memaki hamun seorang followernya di Twitter, wanita berkenaan menerima jemputan untuk menjamu selera di restoran berkenaan dari pemilik Me'nate Steak Hub sendiri.

Bagaimanapun, 'drama' rupanya tidak habis di situ. Azwan Ali kali ini membuat kenyataan balas di laman Instagram pula.

"Besar hama tak berkudis dengan all Melayu anjing yang terus #menyalakkk dok support betina najis 'MENATE'! Terbukti merekalah binatang Melayu dan Melayu syaitan direjam yang terus amok di bulan ramadhan & berlagak sebijik syaiton! Sikit pun tak goyah! Tuhan ada! Tuhan tahu kebenarannya! In fact, Diva AA terbang tinggi sambil meludah balik all," katanya.

Sudah bersalah tak mahu mengaku apatah lagi memohon maaf. Umum tahu lelaki yang menggelarkan dirinya Diva ini sudah pergi ke tanah suci beberapa kali dan juga mendapat gelaran haji tetapi masih begitu juga perangainya.

Apa pun, doakan moga Diva Azwan Ali dilembutkan hatinya untuk berubah dan memohon maaf kepada mangsa makiannya. Nak harapkan Azmin beri nasihat rasanya takde lah.

AKIBAT KENA MAKI DENGAN ADIK KANDUNG AZMIN ALI, DAPAT MAKAN STEAK RM4,678



Semalam, mangsa kena maki Azwan Ali, Nur Azira, memuat naik beberapa gambarnya berbuka puasa di Me'nate Steak Hub bersama dengan keluarganya serta wakil pengendali laman Facebook popular, Oh! Media.

"Assalamualaikum. First of all, I nak berterima kasih kat Oh! Media because viralkan that case. Hehehe! Yeayyy! Dari situ laa we'oulss sekeluarga dapat special invitation from 5 star steak house bebbb for iftar!

"Secara jujurnya, tak mampu den nak membayor makan sampai RM4K (bills for iftar today). Biar la kita ni low profile sikit, jangan nak GAHH manjang. Soon HATERZZZ yang ramai hokey!" katanya yang dipercayai ditujukan kepada Azwan Ali.

Dalam kenyataan Nur Azira di Instagram itu, dia juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pekerja restoran itu dan tidak lupa juga kepada pemiliknya yang sangat peramah ketika melayani mereka sekeluarga.

"Owner tersangatlah peramah melayan saya sekeluarga seperti VVIP sepanjang di sana. Steak yang disajikan untuk kami sangat sedap, soft dan terasa herbnya,"

Azira juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan sokongan kepadanya.

Bagi mereka yang ingin merasa sendiri kesedapan steak restoran ini, bolehlah berkunjung ke cawangan yang berhampiran dengan anda

PELUANG AZMIN MEMBUKTIKAN KEUPAYAANNYA SUDAH BERAKHIR, BERI LALUAN PADA YANG LAYAK ..... FAEKAH HUSIN


Saya sama sekali tidak terkejut melihat reaksi melatah daripada beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ternyata kurang senang dengan berita kesudian mantan Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim untuk kembali menerajui tampuk kerajaan negeri demi memastikan pentadbiran yang telus, berkeupayaan, bertanggungjawab, berintegriti dan bebas rasuah.

Seolah-olah siri ulang tayang kepada apa yang berlaku pada tahun lepas, bilamana pemimpin PKR meneruskan "tradisi" mencerca, maki hamun, fitnah dan pembohongan tanpa segan silu atau rasa hormat terhadap bulan Ramadan yang mulia ini. Sekali lagi saya tegaskan bahawa segala tuduhan liar terhadap Tan Sri Khalid berkaitan penyelesaian luar mahkamah dengan Bank Islam, KIDEX atau mana-mana dakwaan salahguna kuasa adalah berniat jahat, tidak berasas dan berunsur fitnah. Perkara tersebut telahpun dibawa ke mahkamah melalui saman malu yang telah difailkan oleh Tan Sri Abdul Khalid terhadap PKR. Setakat hari ini meskipun beberapa dokumen utama telah difailkan PKR termasuk dokumen Pernyataan Pembelaan, tidak ada satu buktipun yang mampu diketengahkan PKR berkenaan tohmahan dan fitnah tersebut. Mahkamah akan membuktikan bagaimana jahat dan hinanya kumpulan ini menfitnah mantan Menteri Besar demi merampas tampuk pemerintahan di Selangor.

Selain biadab, kenyataan pimpinan PKR yang begitu ghairah mengampu turut menimbulkan beberapa persoalan nyata. Apakah butiran fakta dan hujah yang boleh mereka kemukakan untuk membuktikan kononnya Selangor lebih maju dan makmur setelah YAB Tuan Azmin Ali menjadi Dato' Menteri Besar hanya selama sembilan bulan? Adakah pada mereka maksud “kemakmuran” ialah bersenang lenang berbelanja wang rezab yang dikumpul pentadbiran terdahulu?

Adakah "kemakmuran" telah dinikmati hasil lagak meraih publisiti murahan menerusi aktiviti-aktiviti terjah longkang, lori sampah dan tapak pelupusan; menjahit baju; mencuci pakaian dan yang paling hebat sekali menyembur racun serangga dan ubat nyamuk? Adakah “kemakmuran” namanya apabila Selangor kekal menjadi juara negeri tertinggi kes penyakit denggi meskipun habis semua bas sekolah disembur ubat nyamok? Adakah “kemakmuran” dirasai rakyat apabila kontraktor meraih keuntungan berganda dengan menurap jalan berkali-kali sedang longkang kekal tersumbat dan sampah bertimbunan di bahu jalan dan di taman-taman perumahan?

Adakah "kemakmuran" dirasai segenap lapisan masyarakat setelah Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dtubuhkan di mana para pegawai Dato' Menteri Besar dilaporkan sangat sibuk berbincang; di atas meja mahupun di bawah meja dengan pelbagai pihak untuk menjayakan projek perumahan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM10 billion? Adakah "kemakmuran" saksama dikecapi rakyat di seluruh negeri dengan pendirian berbeza-beza mengenai lebuhraya bertol Kerajaan Persekutuan - KIDEX di Kinrara/Petaling Jaya/Damansara/Subang kononnya dibatalkan sedangkan EKVE, projek yang dianugerahkan kepada Ahmad Azri Resources Berhad di Ukay Perdana/Bukit Antarabangsa diluluskan?

Adakah "kemakmuran" yang dimaksudkan itu berlandaskan “keberanian” Menteri Besar membentangkan belanjawan defisit buat pertama kalinya bagi tahun 2015 meskipun tanpa justifikasi yang sah berbanding belanjawan berimbang selama enam tahun berturut-turut sejak 2009?

Atau mungkin "kemakmuran" yang dikecapi bersandarkan kegagalan demi kegagalan Dato' Menteri Besar untuk menyelesaikan pelbagai isu berkaitan bekalan air bersih sehinggakan sekitar 600 penduduk Selangor berarak "bersenjatakan" gayung dan baldi ke Bangunan SUK di Shah Alam baru-baru ini?

Adakah dikatakan “hebat” apabila Dato’ Menteri Besar dengan sewenang-wenangnya meletakkan beban kegagalan memuktamadkan penstrukturan semula industri air ke atas bahu mantan Menteri Besar sedangkan beliau hanya perlu melaksanakan terma dan syarat Perjanjian Utama yang telah dimeterai hasil rundingan kompleks dan holistik selama lima tahun dalam lebih 60 sesi mesyuarat dan perbincangan di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Apatah lagi apabila aspek paling penting dan rumit dalam proses penstrukturan semula ini yang melibatkan struktur dan kerangka kewangan telah pun disempurnakan sendiri oleh mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setelah menolak perkhidmatan bank pelaburan antarabangsa, sekaligus menjimatkan Kerajaan Negeri daripada membayar fi dan caj bernilai sekurang-kurangnya RM20 juta.

YAB Tuan Azmin Ali telah mempersiakan peluang yang telah diberikan untuk membuktikan keupayaan beliau selama sembilan bulan. Maka tiada jalan lain yang lebih adil dan berfaedah bagi rakyat Selangor melainkan beliau beri laluan kepada yang lebih layak.

FAEKAH HUSIN
PEGAWAI KHAS KEPADA ADUN PELABUHAN KLANG

SEPASANG SUAMI ISTERI YANG DERA KANAK-KANAK LIMA TAHUN BERJAYA DITAHAN POLIS DAN DIREMAN EMPAT HARI BANTU SIASATAN



Polis Kelantan menahan bapa dan ibu tiri seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang menjadi mangsa dera pasangan itu sejak enam bulan lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek yang berusia 25 dan 39 tahun ditahan kira-kira jam 9 malam Ahad, di sebuah restoran di Jalan Bayam, Kota Bharu.

“Bapa kandung dan ibu tiri kanak-kanak itu akan direman pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pasangan suami isteri itu telah melarikan diri ke Thailand selepas perbuatan mereka terhadap kanak-kanak itu diketahui pihak berkuasa.

Polis negara ini telah bekerjasama dengaan polis Thailand untuk mengesan kedua-dua suspek hingga membawa kejayaan penangkapan mereka.
Suami isteri ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Khamis berhubung kes penderaan kanak-kanak berusia lima tahun.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Pasir Mas, Rashid Mustapa, hari ini.


Pasangan itu yang juga bapa dan ibu tiri kanak-kanak berkenaan berusia 39 serta 25 tahun sebelum itu ditahan polis di hadapan restoran di Jalan Bayam Kota Bharu, 9 malam tadi.


Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak Kanak 2001.

Akhbar sebelum ini melaporkan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun patah 13 tulang dan cedera teruk dipercayai didera ketika dalam jagaan ibu tiri di Rantau Panjang, di sini.


Kanak-kanak itu dikenali Yaya dipercayai sudah dicederakan sejak enam bulan lalu, sebelum disedari ibu kandung Sana Abdul Malek, 28, pada Rabu selepas mengambilnya dari jagaan bekas suami dan ibu tiri.

SEMENJAK AZMIN MENJADI MB TERNYATA KRISIS AIR YANG MELANDA SELANGOR SELAMA INI SUDAH DAPAT DISELESAIKAN DENGAN MUDAH DAN SEGERA?????


APA LAGI RAKYAT SELANGOR MAU!!!! ................

Memang tepat berpaksikan kepada fakta dan bukan auta seperti kata Ketua Wanita PKR yang paling ulung yang juga merupakan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin betapa semenjak Azmin Ali menjadi MB Selangor segala permasalahan yang melanda Selangor selama ini telah berjaya diselesaikan.

Contoh terbaiknya masalah air ... kini pentadbiran Azmin menerima pujian melangit dari rakyat????

HIDUP AZMIN ALI!!!! .... WE LOVE AZMIN ALI!!!!!  AZMIN ALI FOR PM!!!! ... PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DIPEDULI!!!!!



BALAKONG –
“Nak tercabut rasa tulang ni bila kerja asyik‎ angkut air saja setiap hari, nak harap ahli keluarga lain mereka bekerja bila lori tangki Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) datang ke sini,” kata warga emas, Wong Ah Moi, 80.

Dia yang tinggal di Taman Bukit Belimbing di sini berkata, disebabkan mahu menggunakan air dihantar sebagai minuman, dia terpaksa memindahkan air dari baldi ke dalam tong yang bersambung dengan sistem penapis air.

“Saya tinggal bersama lima ahli keluarga lain dalam rumah ini, tapi bila lori Syabas yang tak tentu masa datang hantar air, hanya saya berada di rumah manakala yang lain keluar bekerja.

“Nak tak nak terpaksa juga angkut air dari lori Syabas bawa ke tong besar, kemudian berulang-alik pula pindahkan air dari garaj ke dalam rumah untuk kegunaan tandas,” katanya air putus dua kali berturut-turut sejak seminggu lalu.

Ah Moi yang terpaksa mengigihkan diri mengangkut air meskipun usia lanjut berkata, jika dia tidak berbuat demikian, ahli keluarganya akan berdepan masalah kekurangan air untuk kegunaan harian.

Suri rumah, Hesti Fatiah, 34, berkata, dia yang mempunyai dua anak kecil berdepan kepayahan apabila perumahan itu terputus bekalan air sejak seminggu lalu.

“Air ni kejap-kejap ada, pastu tak ada balik, memang segala benda akan terbantut... Susah nak masak, urus anak-anak kecil lagi...aduh memang payah.

“Sampai bila nak hadap benda ini, sejak kena angkut air, badan mudah letih dan sakit, bukannya ringan jauh pula tu nak bawa baldi,” katanya.

Sunday 28 June 2015

KHALID IBRAHIM MEMBERI AMARAN KEPADA AZMIN ALI AGAR SELESAIKAN ISU AIR DAN JIKA TIDAK MAMPU SILA BERUNDUR.



Saya yakin ramai rakyat di Lembah Kelang secara amnya dan Selangor khususnya berasa kecewa dengan sikap Kerajaan Negeri Selangor dan YAB Dato’ Menteri Besar yang jelas tiada kewibawaan mahupun komitmen untuk menyelesaikan dengan segera penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan “ancaman” oleh Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB), pemegang saham terbesar dalam dua syarikat konsesi air di Selangor yakni Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor untuk membatalkan perjanjian jual beli dengan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) selepas lima kali permohonan oleh Air Selangor untuk melanjutkan tempoh memenuhi syarat perjanjian tersebut.

PNHB juga mengancam mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan semula hutang tertunggak Kerajaan Negeri yang dianggarkan mencecah RM4.97 billion pada 31 Mac 2015.

Tidak mustahil ancaman PNHB ini bertukar menjadi realiti memandangkan “imuniti” yang dinikmati oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH), satu lagi syarikat konsesi air untuk terus berdegil menolak tawaran Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan kegagalan berlarutan
Kerajaan Negeri memuktamadkan Perjanjian Utama yang dimeterai pada 12 September 2014 dengan Kerajaan Persekutuan, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Air Selangor.

Walaupun DYMM Sultan Selangor sendiri telah berulang kali mengingatkan jemaah pentadbiran negeri untuk memastikan penyusunan semula industri air dimuktamadkan secepat mungkin tanpa bercanggah dengan semangat dan terma Perjanjian Utama, namun titah Tuanku Sultan seolah-olah tidak diendahkan sama sekali.

Sejak hari pertama mengepalai pentadbiran negeri pada hujung bulan September 2014 hinggalah ke hari ini, YAB Dato’ Menteri Besar bukan sahaja kelihatan sengaja melengah-lengahkan proses pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi air, malah gagal menggariskan satu pelan tindakan terperinci, lengkap dengan langkah-langkah konkrit untuk menyelesaikan semua isu berkaitan perkhidmatan air.

Akibatnya, saya difahamkan bahawa para pegawai yang selama ini bertungkus-lumus dalam usaha menyempurnakan penyusunan semula industri air Selangor kini seolah-olah hilang punca tanpa hala tuju dan garis panduan yang jelas daripada Dato’ Menteri Besar.

Sebaliknya, apa yang beliau mampu lakukan hanyalah melemparkan pelbagai kenyataan mengelirukan, dolak-dalih retorik, dakwaan tempang dan tuduhan tidak berasas terhadap pihak-pihak berkepentingan yang lain terutama Kerajaan Persekutuan. Sama ada beliau memang tiada kompetensi atau sebenarnya ada udang di sebalik batu.

Rakyat juga sedang menanti pendedahan Dato’ Menteri Besar nama syarikat dan mereka yang didakwa oleh Ketua Umum PKR pada September 2014 bakal mendapat laba bernilai jutaan ringgi hasil Perjanjian Utama ini. Rakyat berhak diberi maklumat lengkap siapa yang bakal mendapat manfaat melampau yang melibatkan dana awam.

Berulang kali telah saya tegaskan bahawa kejayaan penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor merupakan prasyarat utama demi menjamin:

    Bekalan air terawat mencukupi bagi kegunaan isirumah, komersil dan industry
    Perkhidmatan air efisien, bebas gangguan serta pada tarif munasabah dan tidak membebankan rakyat
    Berakhirnya perjanjian konsesi berat sebelah yang nyata hanya memberi keuntungan berlipat ganda kepada pemegang konsesi
    Pemulangan semua aset dan hal-ehwal berkaitan air kepada Kerajaan Negeri dalam bentuk kuasa dan kawalan mutlak serta rakyat dalam bentuk saham.

Berbanding dengan pentadbiran negeri terdahulu yang beriltizam tinggi dan gigih berusaha menjayakan penyusunan semula industri air dan menyelesaikan segala permasalahan berkaitan air dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan, Dato’ Menteri Besar sekarang nampaknya terlalu fokus dengan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang baru sahaja ditubuhkan hasil pengubahsuaian Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).

Malah, saya dimaklumkan bahawa DEIG sekarang sedang giat mengadakan perbincangan dengan pelbagai syarikat pemaju hartanah swasta untuk menjayakan lima projek perumahan yang keseluruhannya bernilai RM10 billion.

Setelah berulang kali saya menegaskan tiada kompromi dalam proses memuktamadkan penstrukturan semula industri Selangor demi kemaslahatan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dijangka bakal mengalami masalah bekalan air kritikal sekiranya Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) gagal disiapkan menjelang 2017, saya yakin Kerajaan Persekutuan tidak akan teragak-agak menguatkuasakan Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 khususnya Seksyen 114 sekiranya usaha ini menemui jalan buntu.

Sekiranya Dato’ Menteri Besar sendiri sedar akan had keupayaan peribadi dan mana-mana kekangan lain untuk memuktamadkan segera penyusunan semula industri air Selangor pada kos keseluruhan tidak melebihi RM9.65 billion, maka saya ulang gesaan yang pernah saya utarakan di dalam Dewan Degeri Selangor sebelum ini. Keikhlasan mendahulukan rakyat akan terpancar jika beliau berundur sekarang supaya Dewan dapat mencari seorang pengganti yang benar-benar layak, berkemampuan dan berkebolehan untuk melaksanakan tanggungjawab berat ini..... TAN SRI KHALID IBRAHIM

MAJLIS BERBUKA PUASA DENGAN AZMIN ALI BERSAMA-SAMA DENGAN WAKIL-WAKIL RAKYAT PR, AHLI-AHLI MAJLIS DAN KETUA-KETUA KAMPONG DIKEDIAMAN RASMINYA MALAM TADI KURANG MENDAPAT SAMBUTAN


Banyak kerusi tidak berpenghuni .. lebih banyak kerusi kosong dari tetamu yang hadir ... begitulah gambaran yang diberikan mengenai suasana Majlis Berbuka Puasa bersama Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Hj Mohamed Azmin bin Hj Ali dengan para wakil rakyat PR, ahli-ahli majlis dan ketua-ketua kampong dikediaman rasminya di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor malam tadi.

Pada sebelah petangnya jam lebih kurang 4 petang PAS-DAP-PKR Selangor telah mengadakan pertemuan bagi membincangkan masa depan Pakatan Rakyat (PR) di negeri itu selepas kerjasama gabungan itu diisytiharkan berakhir.

Pertemuan itu merupakan inisiatif Hj Mohamed Azmin Ali yang mengadakan satu majlis berbuka menteri besar Selangor bersama semua wakil rakyat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) PR Selangor, ahli majlis,dan ketua kampung di kediaman rasminya di Shah Alam.

Pertemuan tersebut akan dijadikan ruang buat ketiga-tiga parti itu berbincang secara tidak rasmi selepas muktamar PAS membuat pendirian putus hubungan dengan DAP pada awal Jun lalu yang merenggangkan hubungan antara parti.

Dalam pada itu dalam satu sidang media selepas majlis berbuka puasa, Azmin memberitahu bahawa Mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Selangor tidak membincangkan isu pembentukan Pakatan 2.0 sebaliknya menyentuh perkembangan isu semasa dan pentadbiran Negeri Selangor.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menjelaskan, ia merupakan mesyuarat bulanan biasa dan tiada yang luar biasa.

“Saya meminta semua pimpinan PKR memberi tumpuan dan fokus untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberikan rakyat Selangor serta memastikan aspirasi rakyat ini dapat dipertahankan.

“Ia perlu dilaksanakan di semua peringkat,” katanya kepada media pada Majlis Berbuka Puasa di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seksyen 7.

Tegasnya, PKR kekal dengan semangat Pakatan Rakyat dan reformasi tanpa menyentuh soal pembentukan Pakatan 2.0.

“Kita perlu bincang secara baik sekiranya ada masalah dan PKR sentiasa ambil peranan untuk memberikan pandangan dan nasihat supaya semua parti politik dalam Pakatan ini dapat tumpu soal dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui,” kata beliau lagi.

KOLEKSI FOTO KEADAAN SEKOLAH RENDAH DI PANDAN JAYA MEMANG SAH SEPERTI DI KATAKAN KETUA PENGARAH JASA BAHAWA TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN TIMBALANNYA JENIS MALAS TURUN PADANG.



BIAR GAMBAR MENJADI SAKSI BERBICARA.

Beginilah keadaan amat menyedihkan Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya terkini ... walaupun terletak dikawasan bandar namun keadaannya cukup daif dan menyedihkan sekali ... membuktikan betapa kata-kata Ketua Pengarah Kabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang juga mantan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dato' Dr Puad Zarkashi pada 21hb Mei 2015 yang lalu melalui akuan media sosialnya betapa Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan-timbalan jenis pemalas turun padang untuk meninjau sendiri keadaan sekolah-sekolah.

Sebelum ini beliau melaporkan keadaan beberapa buah sekolah di Keningau Sabah yang terletak dipinggir bandar ... kalau tak sempat turun padang pun kira boleh dimaafkan tetapi ini kawasan bandar yang terlertak dalam Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) masih begini keadaaanya untuk sekian lama.

Difaham pihak PIBG sudah pun membuat pengaduan kepada pihak sekolah agar bertindak cepat ... malangnya diberitahu bahawa tiada peruntukkan.

Kalau perkara asas ini pun gagal sebagai Menteri Pelajaran untuk dilaksanakan apakah Muhyiddin layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia???? .. takut semua bangunan kerajaan yang bocor dan rosak tidak mendapat pembelaan.

G18 BELUM BERGERAK SUDAH TEMPANG .. MAHFUZ OMAR ENGGAN SERTAI G18

Belum apa-apa G18 menerima pukulan siku dan lutut apabila salah seorang yang digembar gemburkan sebagai salah seorang ahlu kumpulannya membuat kenyataan tidak akan menyertai kumpulan kecewa yang tumpas dalam pemilihan Muktamar PAS ke-61 lalu yang beriya-iya mau menubuhkan sebuah parti Islam yang Progresif lagi insklusif.  Patutlah G18 mau ditukar nama ke Kumpulan Harapan Baharu sebab sudah menghidu kumpulan itu akhirnya akan menjadi jauh lebih kecil dari angka 18.

Ketika heboh diperkatakan bakal wujudnya parti baharu, bekas Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar mengesahkan tidak akan menyertai kumpulan progresif  yang menggelarkan diri 18 (G18).

Bertegas masih setia berkhidmat sebagai ahli Pas, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, beliau masih tidak bersedia untuk meninggalkan Pas yang disertainya sejak sekian lama.

“Saya masih Yang DiPertua Pas Pokok Sena dan ahli parlimen. Saya juga masih ahli Pas. Full stop (itu sahaja),” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.  Ketika ditanya lagi, Mahfuz dengan tegas berkata, beliau masih menghormati ahli-ahli G18 meskipun ‘berbeza haluan’.

“Saya tidak akan join (sertai).. Tapi saya menghormati mereka iaitu kawan-kawan saya yang sudah berada dalam kumpulan G18,” katanya lagi.

Pemimpin Pas yang tewas dalam pemilihan Pas baru-baru ini menyifatkan kekalahan mereka secara blok dalam pemilihan itu menjadi 'rahmat yang terselindung' apabila ia membuka ruang membina sesuatu lebih kukuh untuk negara selepas ini.

Setiausaha jawatankuasa bertindak kumpulan G18, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, penyingkiran mereka menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif dibina untuk semua rakyat Malaysia.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengepalai kumpulan itu sebelum ini tampil dengan kenyataan mengalu-alukan peringatan dan amaran khususnya daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung rancangan mereka untuk menubuhkan parti baharu.

MOHON JANGAN KETAWA .... BELUM APA-APA DAH ISYTIHAR PAKATAN RAKYAT BAHARU TANPA PAS SUDAH WUJUD DI SELANGOR?????



Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi hari ini mendedahkan terdapat beberapa mesyuarat ‘tidak rasmi’ diadakan di antara PasMa, DAP dan PKR yang membincangkan mengenai pembentukan sebuah parti politik baru.

Baru-baru ini, PasMa mengumumkan bahawa mereka akan membentuk sebuah parti politik baru untuk menyertai Pakatan Rakyat selepas PAS memutuskan hubungannya dengan DAP.

“Kami masih berbincang tetapi ia hanya akan ditubuhkan selepas Raya nanti,” katanya.

Walau bagaimanapun, dari kiriman gambar ternyata di Parlimen Sepang dan Kota Raja mendapati beberapa Ahli Parlimen di kawasan masing-masing meletakkan kain rentang ucapan selamat berpuasa dan menyambut Ramadan dengan tiga logo di atasnya – DAP, PKR dan Pasma.

Di bawah logo itu tertulis ‘Pakatan Rakyat Baharu’.

Ditanya mengenai maksud perkataan tertera ‘Pakatan Rakyat Baharu’ di kain rentang itu, Phahrolrazi enggan mengulas dan hanya menyifatkan ia sebagai “Gelombang momentum yang baik”.

“Setakat ini kami telah menerima maklum balas positif termasuk parti-parti politik dalam Pakatan Rakyat.

“Kami juga mengadakan beberapa perbincangan tidak rasmi mengenai perkara ini dengan PKR dan DAP.”

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata, parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan mereka boleh bersetuju mengenai hala tuju dan dasar bersama.

“Memandangkan hakikat bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud, kita (DAP) sanggup bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang boleh bersetuju dengan kerangka kerja yang sama.

“Buat masa ini, kita perlu melihat pembentukan (parti baru) pertama. Mari kita lihat apa yang parti-parti pembangkang lain fikirkan tentang parti baru ini,” katanya.

Bagi Naib Pengerusi DAP Teresa Kok, dia mengakui dan berharap untuk sebuah parti baru dalam kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

“Saya berharap akan ada sebuah parti baru untuk menggantikan PAS. Itu adalah hasrat saya,” katanya.

Kini sudah jelas siapa petulang kepada perjuangan .. berjuang jual nama agama demi tembolok sendiri bila kalah dalam pemilihan parti.

PAS AKAN TERUS DENGAN AGENDA HUDUD WALAUPUN DIMANIPULASI MUSUH TEGAS HADI AWANG



Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak akan lari daripada agenda perjuangan parti itu dan mendakwa “musuh” politik mereka menggunakan sudut agama seperti hudud untuk menakut-nakutkan rakyat.

Presiden PAS itu berkata, gambaran diberi seolah-olah hudud akan menjadi agenda pertama parti itu sekiranya ia menang dan membentuk kerajaan persekutuan, tetapi hakikatnya, ia hanya sebahagian undang-undang Islam yang merangkumi pelbagai aspek termasuk undang-undang antarabangsa dan sivil.

"Dalam hudud, ada hukuman potong tangan untuk pencuri dan hukuman untuk penzina. Ini yang mereka pilih.

"... Dipilih oleh media dan banyak pihak lagi untuk membuatkan rakyat takut kepada Islam," katanya pada satu ceramah Ramadan dihadiri ratusan penyokong di ibu pejabat PAS di Pongsu Seribu, Pulau Pinang malam tadi.

Hadi berkata kira-kira 5 tahun lalu, bekas menteri kanan Singapura mendiang Lee Kuan Yew ingin tahu lebih lanjut mengenai PAS, maka kedutaan republik itu di Kuala Lumpur menghubungi setiausaha politiknya bagi mengatur satu pertemuan.

"Saya terkejut Lee Kuan Yew hendak jumpa saya. Sebab itu saya fikir DAP ni kecil sahaja. DAP lahir daripada PAP, parti Lee," katanya disambut ketawa hadirin.

Hadi berkata, Lee tidak lama kemudian datang ke Malaysia dalam satu rangka lawatan kerja dan selepas beliau bertemu dengan kerajaan Barisan Nasional dan bekas Mursyidul Am Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan, kedua-dua mereka bertemu di sebuah hotel di Kuala Lumpur, di mana pemimpin Singapura itu, yang diiringi beberapa menteri, bertanya banyak soalan.

Katanya, Lee ingin tahu mengenai agenda Islam PAS dan dasar luarnya sekiranya ia membentuk kerajaan persekutuan.

"Saya kata dasar kami akan mengikut Islam dan keamanan akan terletak di tempat paling atas. Keamanan merupakan keutamaan dalam hubungan antarabangsa.

"Islam mempunyai caranya sendiri menyelesaikan sesuatu isu dan menyatukan rakyat daripada latar belakang berbeza melalui keadilan dan rahmah yang dibawanya," katanya.

Apabila hudud menjadi isu panas, Hadi berkata, beliau dijemput berucap di Universiti Nanyang Singapura mengenai perkara itu.

Katanya, beliau memberitahu ahli akademik yang kebanyakannya bukan Islam di situ, mereka tidak boleh mentafsirkan Islam sebagai agama berdasarkan istilah Barat.

"Islam ialah ajaran Allah yang meliputi penciptaan manusia, hubungan antara manusia, kehidupan di dunia dan akhirat. Ia merangkumi semua.

"Tetapi apabila menyentuh mengenai hudud, yang mereka tahu hanya potong tangan."

Hadi berkata, beliau menjelaskan bagaimana keadilan dalam Islam berfungsi, bagaimana ia menentukan cara hakim membuat keputusan berdasarkan hujah yang dikemukakan.

"Hakim dan saksi mesti adil. Kalau ada keraguan dalam sesuatu hujah, hudud tidak boleh dijalankan. Malah, saksi pun boleh dikenakan hudud jika didapati dia tidak berlaku adil.

"Hudud bukan hanya tentang hukuman. Ia tentang melindungi mangsa, membuat penjenayah takut undang-undang dan bertaubat," katanya sambil menambah merotan dalam Islam tidak sampai melukakan seperti rotan yang dijalankan sekarang.

Hadi berkata, mereka yang bukan Islam memahaminya dan tidak banyak soalan, tetapi yang membuat bising ialah mereka yang tidak menghadiri ceramah tersebut.

PELANCONG YANG BIADAB BERTEMPIARAN LARI SETELAH DISERGAH QUEEN'S GUARD.



Seorang pelancong bertempiaran lari selepas disergah Queen’s Guard di luar Istana Buckingham.

Ia berlaku selepas lelaki berkenaan mengacah pengawal berkenaan.

Usikan bermula apabila pelancong berkenaan meniru aksi salah seorang anggota Queen’s Guard yang bertugas berjalan.

Sebaik pengawal berkenaan berpusing, dia meletak tangan di bahu.

Sejurus selepas itu, anggota berkenaan mengacukan hujung rifel ke arahnya sambil memekik.

“ Berundur daripada Queen’s Guard,” pekiknya.

Ketika itu pelancong berkenaan yang terkejut, lari lintang pukang.

Aksi berkenaan kemudian dimuat naik di Youtube dan disiarkan di The Telegraph.

Mengulas mengenai insiden itu, juruakap Menteri Pertahanan Britain memaklumkan anggota Queen’s Guard boleh mengambil tindakan yang dirasakan wajar terhadap pelancong yang kurang ajar dan biadap..


KENYATAAN ZURAIDA TERHADAP KHALID IBRAHIM YANG SANGGUP KEMBALI MENJADI MB, MEMBUKTIKAN PILIHAN HADI AWANG SELAMA INI ADALAH BIJAK, TEPAT DAN BERPANDANGAN JAUH?????


Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu untuk memalukan dirinya dengan menawarkan diri untuk kembali memegang jawatan Menteri Besar.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menyatakan Khalid tidak sepatutnya bertindak sedemikian.

Hal ini kerana, beliau sendiri gagal dalam pentadbirannya yang lalu seperti perjanjian air Selangor.

“Rakyat Selangor masih ingat isu Lebuhraya Kinrara-Damansara ( KIDEX) dan kes penyelesaian di luar mahkamah dengan Bank Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambah Zuraida lagi, adalah lebih baik agar Khalid belajar untuk berkhidmat di dalam kawasannya terlebih dahulu.

“Tugasnya adalah untuk rakyat, maka jagalah Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak dengan baik dan berhenti bermimpi tentang menjadi Menteri Besar Selangor,” katanya lagi.

Zuraida yang juga Ketua Wanita Keadilan, turut menyatakan sejak Azmin Ali mengambil alih Selangor sebagai Menteri Besar, negeri ini telah berkembang dan makmur dengan ketara berbanding sebelum ini.

“Walaupun masih ada ketegangan kaum dan agama, namun telah ditangani dengan baik dan cara yang memuaskan.

“Oleh itu, tidak ada ruang bahawa Khalid mempunyai peluang dalam mengambil alih Selangor semula,” kata beliau lagi.

Itulah kenyataan sombong lagi angkuh Zuraida Kamaruddin terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim yang menawarkan diri untuk kembali menjadi Dato' Menteri Besar Selangor jika memenuhi syarat dan mendapat sokongan ADUN-ADUN Selangor yang mencukupi untuk menyelesaikan masalah politik di Selangor yamng tiada kesudahannya sehingga kini.

_________________________________________________________________________________

Sekarang Omak Kau cuba nak hadam dan faham apakah yang dimaksudkan oleh Zuraida mengenai kenyataannya itu ...:-

Azmin Ali jauh lebih baik dari Khalid Ibrahim dalam mentadbir dan mengurus negeri Selangor. Dalam tempoh 9 bulan sahaja Azmin menjadi MB Selangor, negeri Selangor telah berkembang pesat dan makmur sekali. Kini tiada lagi ketengangan kaum dan agama di negeri Selangor ... ini semua gara-gara kepimpinan amat hebat insan bernama Tuan Hj Mohamed Azmin b Hj Ali.

Begitulah kefahaman Omak Kau dalam kenyataan keras Zuraida Kamaruddin ini.

Jika apa yang dikatakan benar, sahih dan berpaksikan kepada fakta maka sudah sewajarnya Azmin Ali diangkat sebagai Perdana Menteri malaysia kerana kesemua PM sejak merdeka sebelum ini masih gagal untuk menyelesaikan ketegangan dan koflik perkauman dan agama dinegara kita malahan dengan satu isu ini sahaja sudah melayakkan Azmin Ali dinobat sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Demi berlaku adil maka Omak Kau mau mengajukan soalan kepada Zuraida Kamaruddin ... Adakah Azmin Ali yang beliau maksudkan ini Azmin Ali yang pada awalnya berkeras tidak maukan jawatan MB Selangor?????  Azmin Ali yang sama dimana Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang Presiden PAS mau calonkan ganti Tan Sri Khalid Ibrahim sedangkan PKR dan DAP berkeras maukan Kak Wan sampai buat akuan bersumpah???? Azmin Ali ini juga kah????

Dan ini adalah Azmin Ali yang sama dimana PKR dan DAP belasah Hadi Awang dengan pelbagai kata-kata nista dan kesat semata-mata beliau maukan Azmin menjadi Dato' Menteri Besar menggantikan Khalid Ibrahim????

Dan inikah Azmin Ali yang sama kerana sokongan tegas Hadi Awang menyebabkan perhubungan antara PAS dengan dua rakan komponen dalam Pakatan Rakyat menjadi renggang sehingga hampir PR berkubur????

Baik!!!! ... jika inilah Azmin Ali yang sama dimaksudkan Zuraida Kamaruddin ... soalannya .. Adakah Hadi Awang membuat keputusan dan tindakan yang silap dalam menamakan Azmin Ali sebagai Dato' Menteri Besar Selangor yang baharu mengantikan Khalid Ibrahim ????

Sekiranya tindakan Hadi Awang silap, mengapa perlu Zuraida Kamaruddin memuji dan menjulang melangit Azmin Ali sebagai MB Selangor????

Kalau tindakan Hadi Awang tepat dan bijak maka sewajarnya Zuraida Kamaruddin dan keseluruhan pimpinan PKR mengucapkan jutaan terima kasih dan memuji dan menjulang melangit juga kepada Hadi Awang atas keputusan dan tindakannya yang bijak, tepat dan berpandangan jauh itu sehingga sanggup melanggar hajat dan hasrat PKR dan DAP yang berkeras maukan Kak Wan sebagai pengganti Khalid Ibrahim???

Kepada para pentaksub Azmin Ali ... mulai sekarang hentikan caci cerca, maki hamun dengan kata-kata lucah dan kesat terhadap Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang .. kerana beliaulah yang membuat keputusan tepat ,bijak dan berpandangan jauh memilih Azmin Ali sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.




KOLEKSI GAMBAR PROGRAM SULUNG PENERANGAN PAS PUSAT DI PULAU PINANG SELEPAS MUKTAMAR KE-61 BERSAMA PIMPINAN BAHARU PAS TIADA SAMBUTAN DAN HAMBAR??????



Kesiannnnn sungguh!!!!! ... tanpa disedari menitis air mata Omak apabila melihat beberapa rakaman gambar program sulung Penerangan PAS Pusat, bersama-sama dengan Dato' Seri Presiden PAS, Timbalannya Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden YB Ustaz Idris Ahmad dan Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Dato' Mustafa Ali yang berlangsung di Dewan Nahdhah Pulau Pinang petang semalam.

Dewan hampir kosong ... maklumlah negeri yang diterajui oleh DAP yang buat keputusan anggap PAS bukan lagi rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Nampak gayanya benar dan tepat sekali kata-kata para pemimpin G18 dan PasMa .. PAS bakal berkubur sebaik sahaja parti "Islam" baharu ditubuhkan selepas Aidil Fitri ini ... hari pertama penubuhan 70% ahli PAS akan melompat dan dakap erat parti yang cukup inklusif kerana terbuka kepada semua kaum dan fahaman agama ... kalau tidak kena gaya mungkin habis anggota PKR dan DAP sekali melompat sebab parti terhebat ini terbuka kepada semua kaum yang sokong pemimpin Islam yang profesional lagi progresif.

Ternyata silap peringatan dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ... bukan G18 dan PasMa yang akan tenggelam tetapi PAS.

HIDUP G18!!!!! ..... HIDUP PasMa!!!!! .... HIDUP DAP!!!!!

PASCA MUKTAMAR PAS KE-61 ..... CERAMAH PRESIDEN PAS DI PULAU PINANG HAMBAR DAN LENGGANG?????



Himpunan "Pimpinan Bersama Masyarakat" anjuran Penerangan PAS Pusat dengan kerjasama Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang di Pongsu Seribu Pulau Pinang. Pidato disampaikan oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi (Presiden PAS), Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden PAS), YB Ustaz Idris Ahmad (Naib Presiden PAS) dan YB Ustaz Nasruddin Hassan (Ketua Penerangan PAS Pusat).

Dahsyat betullah pukulan maut yang diberikan oleh G18 dan PasMa ni .... memang sah lebih 70% ahli dan pendokong PAS bakal meninggalkan parti tersebut sebaik sahaja sebuah parti Islam Baru yang terbuka kepada semua kaum dan agama yang cukup iklusif ditubuhkan selepas Aidil Fitri ini.

Contoh terbaik malam tadi .... Tak sampai 20 orang pun yang hadir menandakan PAS di Pulau Pinang akan berkubur tidak lama lagi ... rakyat Pulau Pinang sudah menolak PAS dan mau dakap G18 dan PasMa yang kelihatan amat rapat ketat dan mesra intim kuat dengan DAP!!!!!

HIDUP G18!!!! .... HIDUP PasMa!!!! .... HIDUP DAP!!!!

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...