Sunday, 14 June 2015
ANAKANDA ALMARHUM SULTAN JOHOR SELAR KENYATAAN MAHATHIR MENYALAHKAN ALMARHUM SULTAN JOHOR YANG MENYEBABKAN TUN SALLEH ABBAS DIPECAT SEBAGAI KETUA HAKIM NEGARA.
Adinda Sultan Johor, Tunku Abdul Majid Sultan Iskandar membidas kenyataan Tun Dr Mahathir yang cuba menyalahkan ayahandanya berhubung isu pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara pada 1988.
Menurut Tunku Abdul Majid, mantan perdana menteri itu tidak sepatutnya meletakkan kesalahan itu terhadap mereka yang telah meninggal dunia.
“Mahathir mengunakan ayahanda saya untuk menyingkirkan Tun Salleh, beliau seorang individu yang baik dan (almarhum) ayahanda saya mengiktirafnya dan telah berbaik dengannya.
“Mahathir tolong jangan letak kesalahan (tersebut) pada orang yang tidak boleh mempertahankan dirinya” bidas baginda melalui catatan Facebooknya semalam.
Menurut anakanda almarhum Sultan Johor itu, dakwaan Mahathir itu tidak berasas kerana jarak antara istana Johor dan rumah Tun Salleh agak jauh dan adalah mustahil bunyi bising yang dimaksudkan itu boleh didengar dengan jarak tersebut.
“Kita manusia tak lari dari kesilapan. Arwah ayah saya ada baik dan buruknya tetapi semua rakyat tahu baginda adalah seorang Sultan yang Amanah, Jujur dan sentiasa menjaga kepentingan rakyat dan negeri Johor di atas segala-galanya.
“… apa yang saya nak katakan adalah mustahil yang Mahathir mengatakan Tun Salleh cakap rumah Tuanku bising sedangkan rumah Tun Salleh dan arwah ayah saya terlampau jauh (dan) kalau memandu pun mengambil masa lebih dari 5 minit jadi macam mana renovation istana boleh tun dengar” ujarnya lagi.
Mahathir ketika bercakap dalam sebuah majlis di Kuala Lumpur semalam mendakwa Yang di-Pertuan Agong ketika itu mahu Salleh disingkirkan.
Agong ketika itu ialah almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar Sultan Ismail.
Menurutnya masalah itu berpunca daripada aduan yang dibuat Salleh kerana menulis surat kepada semua Sultan mengenai Agong ketika itu yang didakwa “terlalu bising dan mengganggu rumahnya”.
Selain Tunku Abdul Majid, kenyataan Mahathir itu turut dibidas oleh Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sambil menyifatkan Mahathir cuba memanipulasi isu tersebut.
“Pada masa itu, Tun Salleh tinggal kediaman rasmi Ketua Hakim di Jalan Conlay. Tiada sebarang kerja pengubahsuaian yang dilakukan di Istana Johor.
“Bunyi bising yang dimaksudnya (Mahathir) itu datang dari kerja-kerja pembinaan rumah pangsa Conlay yang bersebelahan dengan rumah Tun Salleh” ujar baginda pula.
Pentadbiran Mahathir sebelum ini didakwa sebagai bertangungjawab menyekat kuasa dan peranan institusi perundangan negara.
Mahathir sebelum ini dikatakan membalas dendam dengan memecat Tun Salleh Abbas pada tahun 1988 kerana keputusannya mengharamkan UMNO sebagai sebuah parti politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Macam nyanok je orang tua ni. Atau memang dah nyanyok. Semua orang diusik dan dikacau. Ini didunia dah tak aman , bila pindah ke sana nanti taktaula apa jadi. Cubo ontok-ontok takdola oghang maghah. Lagi pun zaman ekau dulu ramai orang toaniayo. Ini siit-sikit pokong tu tobukak. Busuk bona!!!
ReplyDeleteBiarkan......
ReplyDeleteTun m my hero.. Always
ReplyDeleteTuo2 kelapo
ReplyDeleteMakin tuo makin berisi Tun kito ni....
HAHAHAHA
ReplyDeleteSeakrang Buku bertemu ruas...
HAHAHAHA...
Aku dah cakap Daim satu lagi hantu raya yang sedang menyorok celah batu atau Bukit di Hulu...
Kenyataan Tun M tidak memburukkan sesiapa. Kuasa Agong untuk melantik Ketua Hakim Negara, dan kuasa Agong juga untuk memecat. Apa yang berlaku di belakang tabir, selalunya sesuatu yang di luar jangkauan akal.
ReplyDeleteTapi siapa yang memulakan permainan ungkit mengungkit ini?
Siapa lagi kalau tidak pendokong setia PM Najib, termasuklah Omakkau!
Mereka ini sepatutnya dilarang masuk ke negeri Johor!
To the Johorian Royal members - Tun M merely emphasised the power of SPB YDP Agong as the Head of State with regard to the appointment and the removal of judges. Not many SPB YDP Agong would have couraged to do that, regardless for the right or wrong reasons, but the fact that it happened during the Agongship of the late Sultan of Johor, indicated how influencial and powerful the Agong was.
Yes TMJ, indeed, the whole Malaysians silently admitted how powerful the Sultan and Johor Royal Members are, jadi bolehlah Tuanku semua ajar Menteri yang kurang ajar itu! Kami sokong aje!
Tun M tak payahlah susah-susah nak layan diorang yang kehabisan modal dan asyik mengungkit tu.
ReplyDeleteBloggers lalang berbayar macam Omakkau lagilah tak payah layan.
Diorang cuma nak larikan fokus dari isu semasa. Tun pastinya lebih arif.
makin syok ni.. geng najib tampil...
ReplyDeletehttp://bankami.blogspot.com
Bukan pelik jika tuduhan dilempar pada seseorang yang tidak berdaya menjawab maka akan tampil pewarisnya mempertahankan kewibawaan ahli keluarga mereka tanpa mengambil kira ia benar-benar berlaku atau pun tidak.
ReplyDeleteCerita politik, adalah berasaskan persepsi. Betul atau tidak ungkitan Tun Mahathir itu ianya perlu di siasat jika ingin mencari kebenarannya.
Secara lojiknya, Tun Mahathir yang ketika ini sedang bercakaran dengan Najib tidak akan mudah mengeluarkan kenyataan yang boleh menyusahkan diri sendiri.
Allahyarham ustaz Fadzil Nor pernah berdoa supaya Allah panjangkan umur Tun Mahathir untuk dia lihat sendiri akan kemusnahan yang dia buat semasa Tun pegang kuasa, sekarang lihat sendiri apa jadi pada kehakiman negara, Polis dan semua agensi kerajaan termasuk Raja2 melayu
ReplyDeletePadil nor tu bodoh jugak.. Patutnya doalah yg baik baik.
DeleteUstaz Fadzil Nor doa supaya umur TM dipanjangkan, itu baik namanya. K
Deletealau allahyarham doa supaya umur mahathir dipendekkan, apa pula kata kamu.
Aku tak pernah pulak dengar uss fadzil doa. Jgn buat fitnah. Uss fadzil dah tak ads. Jgn fitnah orang dh tak ada. Nanti mati kene langgar lori.
DeleteLks lge leh je guna pakai ayat Ustaz Fadil Nor TGNA walhal faktanya salah. Lama dah aku tunggu, idak pula dilanggar lori.
DeleteAwak tunggu Kapaseng ka ?????
ReplyDeletemendiang oksideng lamo doh
Doa apa ni..doa panjangkan umur Tun M sebab mau dia tengok negara musnah masa dia pegang, gitu.Tapi masa Tun M pegang Malaysia tidak ada pula negara ini rakyatnya merungut teruk tentang kehidupan macam hari ini. Ei..belajar tak kat sekolah,sistem polis,sistem kehakiman tu semua sudah wujud sebelum Tun M jadi PM lagi.Negara ni kucar kacir selepas Tun M memerintah.Idea gila menyusahkan rakyat, rakyat takut dan tiap hari fikir bila semua ini berakhir. Masa Tun M dulu mana pernah putus bekalan gula dan tepung.Minyak pula mcm bursa saham turun naik.Orang yg suruh Tun letak jawatan tu bukan suara rakyat tapi parti politik yg suaranya ahli politik.Apasal pulk mau suruh dia tgok kemusnahan negara selepas dia p3gang Malaysia.Orang selepas itu apa kerjanya..negara swrta rakyat saban hari risau dgn idea gila bebankan rakyat..
ReplyDeleteFaham2lah Mahathir. Lu siapa.
ReplyDelete