Friday, 26 June 2015
KHALID IBRAHIM SEDIA DILANTIK SEMULA MB SELANGOR.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia kembali menjadi Menteri Besar Selangor bagi memastikan negeri itu ditadbir secara telus, bertanggungjawab dan bebas rasuah.
Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas Pelabuhan Klang itu berkata, beliau hanya boleh kembali menerajui Selangor jika mendapat majoriti mudah dalam Dewan Negeri Selangor (DNS).
“Saya sedia kembali menjadi Menteri Besar jika mendapat sokongan bagi memastikan Selangor ditadbir dengan telus, bertanggungjawab dan bebas rasuah,” katanya seperti dilaporkan Malaymail Online.
Desas-desus sudah mula tersebar Abdul Khalid akan kembali menjadi Menteri Besar bagi menggantikan Mohamed Azmin Ali.
Dakwaan itu timbul apabila kemelut politik yang melanda DAP dan Pas yang turut sama mengheret Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjejaskan pentadbiran negeri.
Azmin dikatakan tidak lagi mendapat sokongan DAP malah beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (PKR) juga tidak menaruh kepercayaan terhadap pemimpinan Azmin sebagai Menteri Besar.
Ketidaktentuan politik di Selangor mendapat perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan kerajaan negeri memastikan kestabilan supaya pembangunan dapat diteruskan untuk rakyat.
Sejak akhir-akhir ini, kelibat Abdul Khalid kerap kelihatan dalam program-program rasmi yang dihadiri Sultan Selangor sekaligus menguatkan lagi desas desus itu.
Abdul Khalid diturunkan dari jawatan Menteri Besar selepas dituduh dengan pelbagai tuduhan yang antaranya penyelesaian hutang dengan Bank Islam yang meragukan, memberi kelulusan kepada pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) dan menandatangani penjanjian air dengan Kerajaan Persekutuan.
Namun, dakwaan-dakwaan itu khususnya berkaitan penyelesaian hutang Bank Islam gagal dibuktikan sehingga kini malah Azmin sendiri meneruskan perjanjian air yang telah dimulakan oleh Abdul Khalid.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
hidup khaldi ,hidup omak kau agar khaldi lebih banyak bagi harta karun,hiduppp Pas.bagi mampus rakyat selangor.
ReplyDeleteAbg khalid juga di jadi kan pujaan omak kau
ReplyDeleteFeakah juga jadi madu kesayangan omak kau
Itu aku ketawakan itu ha.ha.ha
Macai azmin pasti sakit hati
Hidup abg khalid...hehehe i suka khalid jd mb....nk harap azmin ali huuuh main longkang je keje dia.....isu air pun tak setel smpi skrg.....azmin g jaga adik dia yg bapok beruk tua da la...kehkehkeh......
ReplyDeletekecian macai dap
ReplyDeleteBLOG INI SUDAH AMAT MEMBOSANKAN
ReplyDeletemacam ada tanda2 jer.... DAP cina mesti bengang giller...kalau tgk portal cina dah sumpah seranah.......kalau pro melayu islamik dah mula tarik muka senyum... puak progresif lak camner????
ReplyDeleteOmak kau dah makin nyanyuk, bulan puasa ini pon suka reka cerita2 fitnah yang tidak mungkin berlaku. Si bangang KI boleh terus bermimpi jadi MB semula dengan sokongan omak kau yang makin membosankan.
ReplyDeleteHukumnya tidak ada masalah bagi lelaki atau perempuan yang bermimpi basah di siang hari semasa berpuasa.......Oleh itu teruskanlah mimpi basah mu wahai Omak Kau bersama bang khalid.......kasihku padamu terlalu agung hingga terbawa-bawa ke dalam mimpi bahawa kau akan kembali...kah kah kah.....sampaikan Sultan bawa Khalid melawat kubur pun boleh jadi kecuh...bukankah kubur itu lambang berakhirnya perjalanan seseorang....tak kiralah perjalanan politik ke atau perjalanan hidup.....
ReplyDeleteBangangnya omakau ni....
ReplyDelete