KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Thursday, 25 June 2015

BELUM TUBUH PARTI NAK LAWAN PAS TAPI PASMA DAN G18 SESAMA SENDIRI SUDAH BERGADUH



Belum pun tubuh parti baru bagi menggantikan Pas dalam Pakatan 2.0, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dan kumpulan G18 (liberal Pas) sudah tidak sefahaman.

“Pergaduhan’ mula tercetus apabila Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin mendakwa PasMa tidak mempunyai daya tarikan yang cukup dengan akar umbi untuk memimpin sebuah parti baru.

Berang dengan kenyataan itu, Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, sikap G18 yang memandang remeh terhadap orang lain menjadi punca kumpulan itu kalah dalam Pemilihan Pas baru-baru ini.

“Kalau beginilah sikap mereka, patutlah mereka kalah kepada ustaz-ustaz muda dengan ustaz pondok dalam Pemilihan Pas.

“Mereka mengambil remeh tentang keupayaan orang lain sebab itu mereka kalah dengan kumpulan yang tidak berpengalaman.

“Tengoklah natijahnya mereka dah kalah. Mereka kalah sedangkan kumpulan ini orang hebat.

“Bagaimana mereka kata cukup berpengaruh tetapi tetap kalah? Sepatutnya mereka mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku,” katanya kepada FMT.

Kumpulan G18 dikenali dengan pelbagai gelaran seperti golongan profesional dan sekarang dilabel golongan progresif dalam Pas.

Phahrolrazi berkata, kumpulan G18 tidak menghormati orang lain seperti mana mereka tidak menghormati keupayaan ustaz-ustaz muda dan akhirnya menyebabkan mereka kecundang.

Katanya, beliau menyokong penubuhan Pakatan 2.0 tetapi tidak kepada parti yang ditubuhkan kumpulan G18.

“PasMa menyokong penubuhan gabungan baru tetapi tidak kepada parti itu jika mereka bergerak sendirian kerana objektif kita melawan UMNO,” katanya.

Beliau mengakui PasMA tidak mempunyai kekuatan jika bergerak sendirian tetapi mampu memberi impak yang besar kepada landskap politik tempatan jia bergabung dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat yang juga salah seorang ahli kumpulan G18 berkata, mereka akan mengumumkan sama ada menubuhkan parti baru atau tidak, dalam waktu terdekat.

“Kita tidak putuskan lagi dan perkara itu akan dimaklumkan dalam pengumuman khas nanti, bila nak umum kita tidak tahu lagi tunggu pengumuman daripada team G18,” katanya ketika dihubungi.

10 comments:

  1. Kahkahkah.berita mana ko ambik ni omakkau. Kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS, PasMa dan G8 terbarai. UMNO tetap consistent.

      Delete
    2. Umno tetap consistent meropak duit rakyat.
      Terbaru skandal MARA.

      Delete
    3. G18 pegi mana2 pun cari musuh.

      Delete
    4. Kipidap omakkau..i lap u

      Delete
  2. Yessssss

    Terbaik dari Omak Kau.

    Tapi entri skandal rasuah MARA yang melibatkan duit rakyat oleh pemimpin UMNO bila nak keluar.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Omakkau bulan2 posa ni boleh tak kau bersangka baik sikit. Dari awal Khalid Ibrahim dipecat aku tengok omakkau ni jadi pompuan kaki laga. Semua org tau kau tu condong kpd Khalid Ibrahim. Khalid memang geng Hadi lepas dipecat dari PKR tapi tak berani nak masuk PAS sbab tau PAS tu dah jauh terpesong. Jadi geng Hadi pun sbab takada sapa nak rapek dgn Khalid cuma Hadi (Hadi berbaik dgn Khalid pun sbab cuma Khalid aja yg dpt menyelamatkan $$ anak menantu Hadi diSelangor), klau Khalid jadi MB Selangor. Omakkau skrg tengah menjilat geng PAS@Hadi dan geng ustaznya UMNO@Najib dan geng menteri bodohnya. Selain dari 2 kumpulan ni habis dihentam omakkau walau buat benda baik. Beberapa hari lepas pasal Azmin dulukan bonus utk kakitangan kerajaan Selangor, omakkau kata Azmin cuma nak amil hati aja. Kan ke busuk hati namanya tu...patut omakkau sokong tapi makin dikecisnya usaha Azmin membantu rakyat. Klau betul pun Azmin berniat hanya utk mengambil hari, biarkanlah sbab disebalik niat tu ada kebaikkan kpd rakyat. Skrg ni cuma omakkau sbgai bloger PR yg setiap tulisannya cuma memburukkan segala apa yg dilakukan pihak pembangkang selain PAS. Apa yg PAS@Hadi dan pasukkan Ulamanya dan UMNO@Najin dan pasukkannya buat walau buruk sekalipun tak akan jadi bahan utk omakkkau tulis lagi dah. Boleh tak omakkau terus terang siapa omakkau sebenarnya.

    ReplyDelete
  4. OmakKau
    ApakKau
    Ah Kau
    Tembakau

    ReplyDelete
  5. omak sb umno. tu sebb foto msih baju pkr tp mmbenci pkr. pakaila baju foto khalid omak ooiii

    ReplyDelete
  6. Baru kalah sekali dah nak merajuk keluar paryi. Perangai macam UMNO. Jadi masuk PAS sbb nak jadi ketua lah. Bila tak jadi ketua terus merajuk. Mcm budak sekolah saja. Inikah di namakan progresif?

    ReplyDelete